Jumaat, 31 Julai 2009


Anjuran:
Persatuan Pegawai-pegawai Agama Perak (PPUP)

Derma Tiket: RM5.00

Dengan Kerjasama:
Persatuan Kebajikan Ummah Trong (PEKUT)
Hubungi:
0195710933-AF USTAZ Norazli Musa

Penampilan Istimewa:
1. Azahan Atan- Juara Akademi Nasyid
2. Sabri Yunus
3. Sani Sudin

Tetamu Jemputan:
SDR. Azmi Hamid- Pengerusi TERAS

HARAP SEBARKAN...
TERIMA KASIH

ADUN Permatang Pasir Pulau Pinang meninggal dunia.


TERKINI : ADUN Pakatan Rakyat (PAS) bagi DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang, Dato' Hj. Mohd. Hamdan Abd.Rahman telah kembali kerahmatullah di IJN KL pagi ini, demikian menurut sumber yang saya perolihi dari talifon dan sms seorang kenalan sebentar tadi.

Menurut sumber itu beliau telah mendapat pengesahan dari saudara terdekat almarhum dan Bendahari PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli. Malumat itu juga telah mengesahkan bahawa sehingga berita ini diterbitkan, jenazah masih berada di IJN Kuala Lumpur.

Semuga rohnya ditempatkan ditempat yang terpuji...Al Fatihah..

Harussani dah buat dah....ISA haram ker tak ?

Saya selaku umat islam pastinya akan menilai sesuatu perkara berdasarkan al-quran dan hadis ..selain itu mengambil kira fatwa ataupun pendapat ulamak muktabar ...sekarang ini isu ISA sedang panas diperkatakan ekoran himpunan mansuhkan ISA sabtu nie..sehingga kini masih tiada ulasan atau fatwa dikeluarkan ...malah lebih mengelirukan kerana seolah-olah cuba mengalihkan isu ISA kepada isu perhimpunan pulak..kita lihat petikan di bawah ...

Mufti Perak, Harussani Zakaria, berkata jika perhimpunan yang boleh mendatangkan huru hara, maka adalah haram mana-mana pihak untuk menyertainya apatah lagi perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa..

Bagi aku selaku pencinta keadilan dan juga sayangkan agama dan bangsa ..saya tidak sanggup untuk membiarkan ISA terus digunapakai di negara ini..memalukan apabila keadilan islam tidak ditunjukkan oleh pemerintah yang beragama islam ..adakah wajar isu ISA tidak difatwakan sebagai haram ..

secebis petikan dari BLOG DR.ASRI

Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengeluarkan fatwa mengenai ISA. Ini kerana isu ini telah berulang kali diminta oleh Umat Islam agar dilihat di sudut agama. Namun fatwa itu hendaklah adil, bebas dari keterikatan dengan mana-mana pihak, dibahaskan secara saksama dengan kehadiran pakar perundangan, pihak berkuasa dan mangsa. Juga ahli-ahli politik yang bersetuju dan yang membantah perlu dijemput memberikan pandangan.

idea dan lontaran pendapat yang sebeginilah yang diingini ..bukan hanya membuat fatwa mengikut kehendak pemerintah sahaja ...

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.(Al-Maidah)

Khamis, 30 Julai 2009

Sesiapa yang sokong ISA elok baca ....(Biar insaf sikit)

Oleh C.N.AL-AFGHANI

Mengharungi kehidupan di bawah kongkongan Akta ISA yang begitu lama,bukanlah sesuatu yang di impikan sebelum ini. Namun, inilah yang dikatakan ISA. Siapa pun bolehmenjadi mangsanya dengan hanya disyaki mengancam keselamatan negara. Jantung anda akan terhenti seketika apabila secara tiba-tiba rumah anda diserbu dan digeledah oleh orang-orang yang bersenjata. Lebih trajis lagi bila anda dibawa keluar dengan tangan bergari secara kasar di hadapan anak isteri. Tentu anda dapat bayangkan betapa hancurnya hati ahli keluarga mangsa ISA itu

Ataupun di satu ketika,sewaktu anda dalam perjalanan ke tempat kerja atau mahu pulang ke rumah, tiba-tiba kenderaan anda di pintas. Kunci kenderaan anda dirmpas dan secara kasar anda di seret ke sebuah kereta lain. Tangan di gari dan anda dmaklumkan yang anda ditahan atas mengancam keselamatan negara. Bagaikan gasing fikiran anda berputar mencari apakah kesalahan yang telah anda lakukan sehingga mengancam keselamatan negara itu. Tekanan fikiran ini akan bermain sejak anda ditahan hingga ke lokasi rahsia dimana anda ditempatkan.Seterusnya hinggalah ke sesi soal siasat selama dua bulan dilokasi rahsia tersebut.Dalam setengah kes tekanan perasaan ini berterusan hingga beberapa tahun anda ditahan di Kem Tahanan Kemunting (KEMTA ). Tak kurang juga yang mengalami Inilah peristiwa hitam yang pernah dan sedang di lalui oleh beratus tahanan ISA era saya keperitan ini setelah dibebaskan.

dari tahun 2001 hingga hari ini. Samada yang dituduh sebagai kumpulan Al-Maunah, Reformasi,Kumpulan Mujahidin Malaysia(KMM), Kumpulan Jemaah Islamiah (JI) dan Kumpulan Daulah Islamiah (DI). Hingga ke hari ini masih terdapat tahanan yang ditahan menjangkau 8 tahun. Saya pernah bersama mereka di KEMTA. Dr.Abdullah bekas seorang pensyarah dan saudara Mat Shah Satrey bekas pemandu teksi. Kedua-duanya terkenal dkalangan orang tahanan sebagai tahanan yang berakhlak,sopan santun dan tidak membuat masalah pada orang lain juga kepada penguasa kem. Tetapi kenapa mereka ditahan begitu lama? Inilah kezaliman ISA yang amat sukar fahami kerana ianya satu tahanan tanpa bicara. Mereka boleh menahan sesiapa saja yang disyaki,tanpa membawa ke muka pengadilan. Dan mereka boleh menahan mangsa selama mana yang dikehendaki.Bkan atas keselamatan Negara,sebaliknya atas prinsip tahanan yang tidak mahu tunduk kepada kezaliman ISA itu.

Sebagai contoh,Dr.Abdullah amat tegas bila berhadapan dengan SB yang turun memantau tahanan setiap 6 bulan sekali. Ia mengambil kesempatan setiap pertemuan itu berhujah dengan SB berdasarkan fakta al-quran dan hadis . ia antara tahanan yang banyak bertukar SB,kerana mereka tak sanggup mendengar apa yang disifatkan sebagai ceramah oleh SB. Lalu ia dianggap tahanan yang masih belum insaf. Begitu juga dengan Mat Shah yang tidak berminat bertemu dengan SB kerana dianggapnya TIDAK memberi faedah. Ia didera atas sikap itu. Juga dikatakan sebagai satu tindakbalas pihak berkenaan terhadap isterinya, Norlela yang menjadi aktivis dalam Gerakan Mansuh ISA(GMI).

Ramai yang beranggapan tahanan ISA akan mendapat sedikit keselesaan di zaman Pak Lah berkuasa.Bukan sahaja sebagai Menteri Dalam Negeri,juga sebagai Perdana Menteri.Sifat lemah lembutnya dan juga ilmu agama yang dimilikinya diharapkan keadaan tahanan,khususnya kebajikan keluarga mereka di ambil perhatian. Rupanya keadaan sebalik berlaku,malah lebih teruk dari era sebelumnya,ketika Tun Mahathir berkuasa. Pak Lah sudah tentu tahu, dalam Islam antara golongan yang perlu mendapat perlindungan pemerintah adalah wanita dan kanak-kanak disamping lelaki tua. Dalam satu kes, Pak Lah telah mengarahkan tangkapan ke atas isteri tahanan anggota JI iaitu Yazid Syufaat sebagai satu ugutan pada suaminya yang dikatakan tidak mahu bekerjasama dengan SB. Isteri muda ini ditangkap dalam rumahny di Ampang ketika bersama anak perempuannya yang baru berusia lebihkurang 4 tahun.Ketika ibunya di bawa pergi ditengah malam,anak itu menangis keseorangan tanpa dikasihani oleh anggota polis bertugas. Anda bayangkan,bagaimana perasaan seorang ibu yang dipaksa keluar meninggalkan anak kecil sedang meraung ketakutan tanpa ditemani sesiapa.

Hampir 60 hari ia ditahan untuk soal siasat oleh Bukit Aman. Setelah dibebas dkenakan pula tahanan daerah selama 6 tahun. Suatu sekatan semata-mata untuk menyusahkan pergerakannya mencari nafkah,juga melawat suaminya di KEMTA.

Satu peristiwa berdarah dalam KEMTA yang masyarakat luar tidak tahu secara meluas berlaku pada 8 December 2004. Ianya berlaku di blok T2B yang penghuninya seramai 12 orang terdiri dari orang tahanan (OT) anggota JI dari Indonesia,Filipina dan Malaysia. Beberapa hari sebelum operasi, anggota UKP dari Kajang,Pulau Pinang dan Taiping telah ditempatkan di KEMTA. Dalam kesempatan pertemuan dengan Pangarah KEMTA ketika itu,sempat saya mengigatkan ianya jangan bertindak sebarangan terhadap OT tersebut. Bak kata orang,bagai anjing menyalak bukit. Manalah pandangan dan nasihat orang seperti kami nak didengari.

Pagi 8 December 2004 itu, kegiatan harian kami seperti biasa. Joging,main badminton dan berkebun sayur. Tanpa disedari lebihkurang jam 9.00 pagi ,semua warder yang bertugas disemua blok (6 blok).diarah meninggalkan semua blok dengan mengurung tahanan tanpa di awasi. Suatu arahan luar biasa yang dikatakan bercanggah dengan etika penjara. Yakni warder tidak boleh meninggalkan orang tahanan atau banduan tanpa pengawasan. Inilah ISA,segala-galanya boleh berlaku.Ringkas cerita diruangan yang terhad ini,pihak berkenaan telah melakukan provokasi bagi mengujudkan suasana tidak aman antara UKP dan OT di blok T2B. Lebih seratus UKP yang lengkap dengan topeng serta pakaian keselamatan,merempuh masuk menyerang OT.

Dalam insiden itu kesemua OT dipukul semaunya,hingga ada yang pengsan,patah jari,cedera dikepala,betis dan lain-lain anggota. Saya dan rakan-rakan dari blok T3 yang jaraknya kurang dari 1oo meter dapat saksikan dari celah-celah lubang zink dinding blok,bagaimana OT yang cedera diusung seperti binatang ke tempat rawatan. Hampir semua nya dibasahi darah baju warna putih mereka. Sepanjang hari itu mereka tidak mendapat rawatan yang sewjarnya,begitu juga makan dan minum. Mereka dilayan betul-betul macam binatang Malam baru sorang demi sorang.di bawa ke hospital Taiping menerima rawatan selanjutnya. Ada maklumat yang menyebut,doktor yang merawat OT,amat terkejut dengan kecederaan serius yang dihadapi setiap mereka. Hingga mereka mencadangkan OT ambil tindakan mahkamah terhadap pihak terbabit.

Tak cukup di situ sahaja,esoknya operasi berjalan pula di lain-lain.blok.Kali ini mereka mencari OT yang dikategori sebagai degil atau selalu menyusahkan pihak kem. UKP yang bersikap ganas masuk ke blok T4A dan T4B mengasari sasaran mereka dengan diseret keluar ke tempat asingan (blok T 1) yang jaraknya hampir 200 meter. Sepanjang perjalanan itu,mereka dipukul,sepak terajang,maki hamun hingga ada yang mencabar Allah turun bantu OT. Terdapat juga warder KEMTA yang dendam sangat dengan OT telah ambil kesempatan memaki dan meludah OT yang di bawa melintasi mereka. Paling menyedihkan,terdapat OT yang dikategori sebagai ustaz dibogel dan dihumban secara kasar ke dalam lokap blok. Mungkin sukar untuk anda percaya,tetapi itulah yang telah berlaku. Selepas tragedi berdarah itu, kami dan keluarga mulai mendapat layanan buruk dari pihak KEMTA dengan alasan mereka mendapat arahan dari KDN

Begitulah sekelumit dari segunung kezaliman ISA. Kami yang menderitai kezaliman ini diminta mengakui bahawa pemerintah yang ada ini baik,adil,bertanggungjawab dan tahanan kami ini adalah wajar. Jika tidak, kami dianggap tidak insaf, sebagai balasannya kami merengkok dalam kem tahanan tahun demi tahun.Keadaan ini mengigatkan saya apa yang sering disebut oleh Allahyarham Presiden PAS ,Ustaz Fadzil Nor dalam mengulas isu ISA ini. Menurut beliau, "apakah adil pada kamu apabila menangkap orang,di ikat kaki tangan ,dipukul,sepak,terajang,kilas tangan dipijak sampai patah kaki,sumbat mulut lalu ditanya orang itu,sakit atau tidak. Sudah tentulah pelaku-pelaku ini terdiri dari orang-orang yang tidak waras"

Beberapa hari sebelum bebas, saya didatangi oleh salah seorang pegawai kanan Bukit Aman.Dia berpesan pada saya agar memaklumkan kepada pihak-pihak atau NGO yang berusaha menghapuskan ISA. Bahawa ISA ini tidak akan dihapuskan walaupun terdapat 1000 NGO membantah.Sehingga ini tak ada mana-mana pihak yang saya maklumkan. kecuali pada YB Shaari Sugaib yang menziarahi saya setelah dibebaskan. Sepanjang pengalaman 1893 hari mengharungi kezaliman ISA itu,saya yakin apa yang dkatakan pegawai berkenan benar. Ini kerana yang menguasai isu ISA ini,samada dari KDN atau Bukit Aman, terdiri dari mereka yang hatinya keras tidak lut dengan nasihat agama dan hilang kemanusiaan mereka.

GMI,NGO dan parti politik pembangkang sememangnya tidak mampu untuk menghalang keegoan pemerintah.Hanya kebangkitan rakyat sahaja yang dapat menyelesaikan isu ini. Rakyat yang tidak mempunyai maklumat atau memandang remeh isu ini,tak akan bersuara,apatah lagi ke jalanan membuat bantahan. Terutama di saat ini,masih menjadi bualan PM baru membebaskan 13 tahanan sebaik saja menganti Pak Lah. Rakyat tentu tak tahu bahawa ini satu sandiwara. Mereka diperjudikan semata-mata untuk kepentingan PM baru,Najib.

Tentu kita masih ingat, 3 minggu selepas Pak Lah ambil alih kuasa 15 orang tahanan anggaota Al-Maunah telah dibebaskan sehari menjelang aidilfitri November 2003. Desas desus pembebasan mereka ini telah kami dengar tiga bulan sebelum itu. Namun mereka di kambinghitamkan untuk kepentingan politik Pak Lah. Dua minggu selepas itu,saya didatangi SB dari Bukit Aman . Di antara perbualan kami menyentuh isu pembebasan anggota maunah itu. Disebutkan pada saya antaranya," cuba hang fikir,bila mereka balik menjelang raya, bukan saja tangan mereka,tapi tangan isteri,anak-anak dan ahli keluarga masing-masing akan angkat doa berterima kasih pada Pak Lah kerana dapat menyambut raya bersama keluarga di rumah. Tentu mereka kata Pak Lah baik".

Sandiwara ini berulang lagi pada giliran Najib. Tetapi cacat lakonannya kerana tidak semua anggota Hindraf dan JI dibebaskan. Namun Makkal Sakthi yang ditunjukkan oleh masyarakat India berjaya memberi tekanan hingga semua anggota Hindraf dibebaskan. Tinggal lagi anggota JI dan DI. Semasa muktamar PAS yang lalu,saya bertemu dengan Norlela,isteri Mat Shah. Menurutnya,seminggu lagi ia akan ke Geneva atas urusan merayu pihak antarabangsa membebaskan suaminya. Dia yakin suaminya akan dibebaskan penghujung bulan jun yang lalu. Itulah antara kezaliman ISA, isteri dan anak-anak diberi janji-janji manis. Akhirnya penantian itu berakhir dengan kehampaan.

Tidak lengkap isu ini tanpa menyentuh keadaan anak isteri sepanjang kami tahan. Sebaik saja ditahan,rumahtangga menjadi kelam kabut.Khususnya isteri menjadi tidak tentu arah. Mana nak melayan kerisauannya,terpaksa pula memujuk hati anak-anak kecil yang merindui ayah mereka,juga kejutan anakanak remaja yang terpaksa menghadapi masyarakat yang berbagai ragam. Cuba bayangkan,bagaimana anak-anak remaja ini,khususnya kami dari KMM yang dituduh membunuh dan merompak. Media membesarkan tajuk ini dengan menyiarkan gambar-gambar kami selaku penjenayah sepanjang bulan ogos hingga hujung tahun 2001. Waktu ini ada anak-anak kami yang akan menghadapi peperiksaan UPSR,PMR,SPM,STPM dan dipusat pengajian tinggi.

Terdapat dalam beberapa kes di mana isteri terpaksa memohon cerai atas tekanan pihak tertentu. Anak remaja yang meninggal kampong kerana tak selesa tinggal lagi dengan fitnah terhadap ayah mereka. Tak kurang pula anak-anak ini yang terpaksa tangguh pengajian kerana masalah ekonomi dan tekanan perasaan. Paling menyedihkan apabila pihak berkuasa langsung tidak mempedulikan kebajikan keluarga tahanan. Malah terdapat kes dimana pihak tertentu diarahkan menghalang individu memberi sumbangan wang pada keluarga tahanan. Pada awal tangkapan ramai yang simpati hulur sumbangan samada ketika dating ziarah atau memasukkan wang dalam akaun bank. Dengan halangan itu,akhirnya tak ada lagi sumbangan individu,kecuali NGO atau saluran politik pembangkang.

Ada juga yang simpati,lalu bantu membawa keluarga tahanan ke KEMTA seminggu sekali. Dengan halangan dari pihak tertentu,akhir terpaksa menaiki bas ke KEMTA. Lebih menderita pada isteri yang tinggal jauh seperti Johor, Negeri Sembilan,Melaka,Selangor,Kelantan,Terangganu,Pahang,Pulalu Pinang dan Kedah. Tak kurang pula dari Sabah. Teringat saya pada seorang rakan tahanan yang terkenal dengan kesabarannya. Selalunya,bila pulang dari bertemu isteri,wajahnya ceria dengan berbagai cerita baru yang dibawanya. Satu iapulang dengan agak kesedihan. Selepas makan dan solat jemaah zohor saya kebiliknya. Dalam berbual air matanya mengalir. Katanya dia terkenangkan betapa setia isterinya bersusah payah dating menemuinya sewaktu dia baru sepuluh hari melahirkan anak lelaki. Kerana yahu suami berhajatkan anak lelaki,dia tak sabar-sabar datang membawa anak itu untuk ditunjukkan pada dia. Tidak ada lagi orang yang mahu menghantarnya,lalu isterinya naik bas dari Banting seawal pagi menuju ke K.L. Kemudian ambil bas dari Puduraya ke Kamunting. Makan masa hampir enam jam. Di pintu utama masuk kem, dia terpaksa pula jalan kaki hampir satu kilo meter ke tempat pendaftaran pelawat.

Usaha mengumpulkan ratusan ribu rakyat mengadakan protes memansuhkan Akta ISA pada 1 Ogos 2009 ini wajar dipandang serius oleh semua pihak. Masih banyak lagi babak-babak kezaliman disebalik tabir ISA. Memang benar jumlah tahanan sekarang kurang dari 10 orang,tetapi amaran dari Menteri Dalam Negeri baru-baru ini kepada pihak tertentu, membayangkan KEMTA bakal dipenuhi penghuni lagi. Seperti dikatakan,tidak ada kuasa yang boleh menyelesaikan isu ini melainkan kua rakyat. Kita lakukan ini bukan untuk kita,tapi buat jenerasi akan datang. Bukan sahaja bercanggah dengan ajaran agama, penahanan tanpa bicara ini bercanggah juga dengan fikrah dan hak asasi manusia.

Bekas tahanan seperti saya dan rakan-rakan lain masih lagi dibimbangi dengan pantauan seolah ugutan. Kehidupan harian kami tidak selesa seperti dulu,terutama perbualan talipon kami dirakam. Ada yng dipaksa memaklumkan pada Bukit Aman jika menerima panggilan dari luar Negara. Tak kurang pula yang ditahan passport oleh KDN juga sukar membuka akaun bank. Ramai antara kami yang keluar terpaksa terkapai-kapai mencari nafkah hidup. Perkerjaan dulunya telah hilang. Yang terlibat dalam perniagaan,terbantut bisnes. Saya umpamanya, terpaksa menanggung hutng hampir 200 ribu ringgit akibat projek ternakkan ayam yang tersadai sebaik ditahan lebih dari lima tahun. Bukan senang bagi saya untuk mengumpul wang dengan jumlah sebegitu banyak dalam usia separuh abad ini.

Apa yang dialami oleh mangsa ISA,terutama mereka yang lebih dari 3 tahun dalam tahanan,gelora hidup keluarga merekam seharusnya mengamit simpati dari kita. Bayangkan Norlela sanggup pergi ke Geneva semata-mata dengan hasrat membebaskan suami tercinta,juga menyatakan kezaliman ISA di mata dunia, ngapa kita tidak sanggup untuk beberapa jam sahaja menyambut seruan pihak tertentu untuk memberi sokongan dalam usaha menghapuskan ISA.

Tuanguru Nik Aziz pernah mengigatkan pihak berkenaan bahawa tiap helai bulu ruma,setitik peluh dan air mata yang gugur atau keluar dari tubuh tahanan tanpa bicara ini, maka akan dipertanggungjawab hadapan Allah kelak. Justeru, sedikit masa dan keringat kita semasa perhimpunan itu tentunya akan dipetanggungjawab juga hadapan Allah kelak. Bukan sahaja memberi sokongan kepada kegigihan Norlela serta keluarga Dr.Abdullah,lebih jauh dari itu adalah kita bersama-sma dengan golongan yang menentang kezaliman. Dalam satu himpunan, satu langkah,satu hasrat dan satu suara rakyat Malaysia HAPUSKAN ISA …………………

untuk renungan :Utusan kematian


Dalam kitab Zahrir Riyadh, diceritakan bahawa Nabi Yaakub alaihissalam bersahabat dengan Malaikat Maut. Suatu hari Yaakub dikunjungi Malaikat Maut. Dia bertanya kepada Malaikat Maut, “Adakah engkau datang untuk menziarahi atau mencabut nyawaku?”

Kata Malaikat Maut, “Untuk berziarah saja.”

Kata Yaakub, “Aku ada permintaan. Apabila ajalku telah dekat dan engkau hendak mencabut nyawaku, hendaklah engkau beritahu aku terlebih dahulu.”

Jawab Malaikat Maut, “Baiklah, aku akan utus dua atau tiga utusan.”

Ketika ajal Yaakub semakin hampir, Malaikat Maut datang kepadanya, lalu ditegur Yaakub, “Adakah engkau datang utnuk berziarah atau mencabut nyawaku?”

“Aku datang untuk mencabut nyawamu!” balas Malaikat Maut.

Yaakub kehairanan dan bertanya, “Bukankah engkau sudah berjanji akan menghantar dua atau tiga utusan terlebih dahulu?”

Malaikat Maut menjawab, “Benar dan aku telah melakukannya. Rambut hitam berubah putih, tubuh kuat berubah lemah, itu adalah utusanku kepada manusia sebelum mereka mati, wahai Yaakub.”

Rabu, 29 Julai 2009

Setelah Himpunan Mansuhkan ISA moh kite ker Himpunan Pemuda PAS perak

Sempena memperingati kemelut pencabulan demokrasi di Perak, Pemuda PAS Perak akan mengadakan satu program Himpunan Pemuda PAS Perak bertemakan '1 Hitam Perak-Bubarkan Dun Perak

Program tersebut akan diadakan pada 2 Ogos, jam 11 pagi sehingga 6 petang di Markas PAS Kawasan Bagan Serai.

Antara pimpinan yang bakal menyampaikan pidato pada sebelah siangnya adalah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad; AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu dan Dato' Seri Ir Mohamed Nizar Jamaludin.

Kemudian, pada sesi malamnya, terdapat beberapa ceramah yang diadakan di zon-zon tertentu.

Di Zon 1 iaitu sekitar Larut, ceramah akan disampaikan AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu; Penolong Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Kamaruzaman Mohammad; AJK DPPP, Adram Musa; Salman Saleh, Ustaz Nazri Din serta beberapa Exco Pemuda PAS Perak.

Manakala di Zon 2, Sungai Siput pula, barisan penceramahnya terdiri daripada Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad; Timbalan Ketua DPPP, Ustaz Azman Shapawi; Exco DPPP, Suhaizan Kaiat; Tengku Ahmad Al-Hiss serta Zairul Tambun selain beberapa Exco Pemuda PAS Perak.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi pula dijangka menyampaikan ceramah di Zon 3 yakni Lumut bersama exconya yang lain iaitu, Ustaz Kamal Shaari, Tan Sri Zawawi Hassan dan Ustaz Akmal As-Syriyun.

Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabki Yusof bersama exconya, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Ustaz Mohd Nur Amin, Aminudin Lawyer dan ahli parlimen Jerai, Ustaz Firdaus Jaafar di Zon 4 iaitu di Tanjung Malim selain beberapa exco pemuda PAS Perak.

Program ini adalah bertemakan pakaian hitam sebagai tanda era kegelapan pada sistem demokrasi di Perak. - mks._

Selasa, 28 Julai 2009

2 cerita lawak hari ini...


ni lawak 1 ...Khalid abu bakar telah memecah kebuntuan siasatan dengan menyatakan Teoh Beng Hock diklasifikasikan kematian menyejut dan aku setelah membacanya tak dapat menahan ketawa kerana sememangnya aku dah jangka polis akan membuat kenyataan yg mmg bijak dan sgt org ramai percaya ...kah kah kkihh kihh kuhhh

ni pulak citer lawak 2
Kita telah berkongsi pengalaman Suruhanjaya Pencegahan Malaysia mengenai cara Malaysia membanteras rasuah," kata Muhyiddin.

Kita beritahu mereka mengenai SPRM dan kita berpeluang berkongsi pengalaman bagaimana rakyat harus disedarkan tentang bahaya rasuah supaya ia dilihat sebagai sesatu yang jijik dan perlu disemai dalam jiwa masyarakat. Ini kita bincang secara terbuka," katanya.


ini pulak lawak dari pemimpin no.2 negara siuttt...kalau ler pemimpin afrika tu duk kat malaysia aku rasa dia pun mesti tergelak punya..sprm dah hilang kredibilitinya pun masih boleh diexplore kat afrika ..laku gak sprm nie rupenyer..

Puaka (Politik) 13 Mei dan Teori Celaka

Saya dibesarkan dalam persekitaran Melayu yang kuat. Sejak dari kecil, orang-orang tua dalam keluarga sering memomokkan saya akan bahaya yang dibawa oleh bangsa Cina dan India.
Kata mereka, Cina ini kaum pendatang yang suka menipu dan mahu merampas hak orang Melayu. India pula bangsa yang kuat mabuk, suka mencari gaduh dan melakukan jenayah. Untuk mendukung teori celaka ini maka minda Melayu saya disogok dengan satu kisah puaka yang terjadi empat dekad yang lalu.Teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – ini terbawa-bawa sehingga ke alam persekolahan rendah menerusi pergaulan saya yang hanya terbatas dalam kelompok anak-anak Melayu sahaja. Saya tidak berkawan dengan murid-murid bukan Melayu dan sering memandang curiga terhadap apa saja yang mereka lakukan.Sewaktu darjah lima, seorang teman sekelas (budak Melayu yang saya lupa namanya) membuka kisah 13 Mei. Katanya, ini cerita benar yang didengar dari datuk dan bapa saudara yang (didakwanya) terlibat secara langsung dalam peristiwa tersebut. Saya jadi tertarik dan bertanya lanjut.Maka dikatakan bahawa waktu itu orang-orang Cina bertindak biadap dan kurang ajar kerana menghina dan mencerca orang-orang Melayu. Orang Cina mengutuk hak istimewa Melayu dan merendah-rendahkan bahasa Melayu. Kerana merasakan bahawa maruah bangsa telah dicabar, orang-orang Melayu mengangkat senjata dan mengamuk dengan menyerang dan membunuh orang-orang Cina yang celupar itu.Orang Cina bertindakbalas dan turut bertindak agresif. Maka saat itu parang, kayu, keris dan segala macam senjata melayang ke udara, cerita teman saya itu. Tambah beliau lagi (entah betul atau tidak), datuknya juga turut ditetak di dada oleh seorang Cina namun langsung tidak cedera kerana memiliki ilmu kebal yang menyebabkan badannya tidak lut senjata. Saya kagum dan teruja dengan cerita teman saya tadi.Kemelayuan saya semakin jitu dan teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – kini saya yakini sepenuhnya. Melayu itu hebat, pantang dicabar. Kalau dicabar, nahas!
Di rumah, saya bertanyakan bapa tentang 13 Mei. Kata beliau, waktu itu dia masih kecil dan tidak tahu menahu kerana peristiwa itu hanya berlaku di Kuala Lumpur sedangkan beliau menetap di Pahang. Tiba-tiba, bapa saya bercerita tentang Tun Razak, Dasar Ekonomi Baru dan UMNO.
Sekali lagi, teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – bergema dalam minda saya. Ya, saya Melayu. Saya bangga jadi Melayu!
Hidup Melayu!
(ii)
Sewaktu bersekolah menengah, saya sekelas dengan ramai pelajar berbangsa Cina. Kesan daripada puaka 13 Mei ini, saya kekok dan sukar bergaul dengan pelajar-pelajar lain yang bukan berbangsa Melayu. Saya hanya senyap dan menyendiri di dalam kelas sehinggalah saya ditegur oleh seorang anak Cina yang fasih berbahasa Melayu.
Budak Cina ini bernama Tan Chien Liang. Dia anak orang kaya yang dihantar dan dijemput setiap hari oleh pemandu keluarganya. Ya, bapanya ahli perniagaan dan memiliki rumah banglo yang mewah.
Mulanya saya prejudis dan gemuruh dengan budak Tan ini. Puaka 13 Mei dan teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – masih lagi bersarang dalam benak Melayu saya. Namun demikian, lama kelamaan saya mulai senang dengan Tan. Dia baik dan tidak menipu. Setiap kali saya terlupa membawa wang belanja, dia akan meminjamkan wangnya untuk saya beli makanan di kantin. Dia juga tidak akan beri jawapan kepada saya setiap kali saya cuba menirunya waktu peperiksaan. Tidak baik katanya.
Kami bersahabat. Macam belangkas, kata pelajar-pelajar lain. Dan saya semakin terlupa akan teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – yang sering dimomokkan oleh orang-orang tua dalam keluarga saya. Saya senang dengan Tan. Dia fasih bercakap Melayu. Dia suka makanan Melayu. Dan dia juga menaruh cinta pada gadis Melayu!
Suatu hari, Tan bertanyakan saya tentang Islam. Dia mahu saya mengajarkannya perihal Islam. Katanya, dia suka berkawan dengan saya sebab saya baik. Sebab dia nampak orang Islam baik. Saya terpinga. Namun saya bersetuju.
Maka saya pun mula belajar dan pada masa sama mengajar Tan tentang Islam. Saya kaji Al-Quran, saya baca hadith. Oh, rupanya semua manusia ini bersaudara. Semua manusia ini berasal dari Adam. Melayu, Cina dan India rupanya manusia bersaudara. Cuma faktor sejarah, geografi dan budaya yang membezakan mereka. Hakikatnya – menurut pembacaan saya itu – semua manusia bersaudara.
Tiba-tiba teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – cuba menyerang kesedaran yang baru terbina. Ada bisikan puaka yang mengingatkan saya tentang 13 Mei. Tentang kebiadapan Cina terhadap Melayu. Tentang kehebatan Melayu yang tak lut senjata. Tentang keris. Tentang Hang Tuah. Bisikan puaka ini menyuruh saya menafikan kenyataan bahawa manusia itu bersaudara dan sememangnya Cina penipu dan India suka cari gaduh.
Ah, tak mungkin! Tan baik orangnya. Dia tidak pernah menipu saya. Dia jujur sewaktu jawab peperiksaan dan dia mahu belajar tentang Islam. Dia suka berkawan dengan saya sebab saya juga baik kepadanya.
Dan bisikan puaka 13 Mei serta teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – mendiamkan diri. Barangkali bengang kerana saya tidak melayani.
(iii)
Di universiti, saya belajar kejuruteraan. Sewaktu hari pertama kuliah – waktu sesi memperkenalkan diri – seorang budak India bernama Ganesan dengan bangganya mengatakan beliau seorang ateis.
Selepas kuliah, saya menghampiri Ganesan dan bertanyakannya kenapa dia tidak meyakini Tuhan. Dia hanya tersenyum sambil menyatakan bahawa dia sebenarnya masih dalam pencarian ke arah kebenaran. Saya berjabat tangan dengannya dan kami ke kafé untuk minum. Cukup mengejutkan kerana Ganesan juga fasih bertutur Melayu!
Ganesan, meski tidak percayakan Tuhan merupakan seorang siswa yang pintar. Dia rajin dan tidak lokek berkongsi pengetahuannya dengan saya. Dia juga tanpa silu selalu meminjamkan saya tugasan kuliah untuk ditiru. Kata Ganesan, hidup ini mesti tolong-menolong.
Setiap petang selepas kuliah, saya akan melepak di kafé dan bertukar cerita dengan Ganesan. Kami akan berbual pelbagai isu termasuk agama, politik, budaya dan sukan. Saya terharu tatkala Ganesan menyatakan bahawa dia amat mengagumi adat dan kebudayaan orang Melayu. Kata Ganesan, orang Melayu merupakan bangsa paling budiman dan halus pekertinya. Ganesan juga meminta tolong saya untuk memikat seorang siswi Melayu yang diminatinya.
Pengetahuan dan keprihatinan Ganesan terhadap budaya dan adat Melayu mendorong saya untuk mendalami budaya dan adat masyarakat India pula. Maka saya mengkaji dan menelaah makalah-makalah sejarah tentang ketamadunan India silam. Agak menarik kerana rupa-rupanya, pembinaan tamadun Melayu banyak dipengaruhi dan berasal dari tamadun Hindu klasik dari India.
Saya teruja sebaik mengetahui bahawa asal moyang orang-orang Melayu dahulunya menganut ajaran Hindu dan bertutur dalam bahasa Melayu yang disaring dari perkataan-perkataan Sanskrit. Parameswara, pengasas kesultanan Melayu Melaka juga asalnya merupakan seorang Hindu sebelum diislamkan oleh saudagar Arab yang berdagang di Melaka.
Keterujaan saya pada ketika itu sekali lagi cuba digugat oleh bisikan puaka 13 Mei dan teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – namun ianya gagal lagi. Ungkapan ‘Ketuanan Melayu’ dan ‘Hidup Melayu’ dipandang sepi oleh jiwa saya yang semakin mengerti hakikat kemanusiaan.
Ganesan dan saya kekal akrab. Meskipun dia ateis dan saya aktivis gerakan mahasiswa Islam, rutin minum petang di kafé selepas kuliah kekal diteruskan sehingga tamat pengajian.Hari ini, puaka 13 Mei sudah tidak mahu mendampingi saya lagi. Ianya telah jauh menghilangkan diri. Teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – juga sudah tidak wujud dalam kematangan intelektual saya.Selepas 8 Mac 2008, percubaan sesetengah pihak yang masih meyakini teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – untuk menghidupkan semula puaka 13 Mei jelas sekali gagal. Manipulasi media untuk meracuni akal budi rakyat dengan menyemai sentimen kebencian melalui ego perkauman sememangnya keji dan menjengkelkan.Saya bertuah kerana telah melalui kerencaman pergaulan sejak dari alam persekolahan rendah sehingga ke peringkat universiti dengan mengenali pelbagai bentuk karakter dan individu tanpa mengira latar bangsa dan kepercayaan. Semakin saya cuba untuk menegakkan ego kebangsaan dan keangkuhan ras, semakin terbentang ruang dan kesempatan untuk saya mendekati kepelbagaian dan keindahan multi-budaya.Puaka 13 Mei dan pendekatan politik yang berlandaskannya harus dibunuh terus oleh kita semua. Teori celaka yang mewujudkan persepsi negatif terhadap ras-ras tertentu juga wajib disingkirkan daripada terus melatari keharmonian dan kelangsungan hidup warga negara ini.Malaysia ini milik semua. Milik saya, Tan, Ganesan dan anak-anak cucu kami yang bakal mewarisinya nanti
Najwan Halimi merupakan bekas jurutera yang kini meneruskan karier sebagai seorang birokrat.

cuba fikirkan kes yg sama tapi kesan tak sama ....



Terkejut juga membaca berita utama Harian Metro hari ini. Seorang pemuda berusia 22 tahun, Tan Kian Chong ditemui mati setelah terjatuh dari tingkat 16, Apartmen Vista Angkasa, Kampung Kerinchi semalam. Harian Metro melaporkan;

“Saya dengar macam bunyi letupan sebelum melihat satu tubuh manusia di atas lantai bangunan,” kata Hamzah Sharif, 45, menceritakan kejadian seorang pelajar lelaki Universiti Malaya (UM).

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa, Tan Kian Chong, 22, ditemui dalam keadaan tertiarap dengan keadaan kepalanya berkecai dan kesan darah dilihat terpercik hingga ke tingkat dua bangunan apartmen berkenaan.

Kes ini menarik perhatian saya kerana pada 15 Julai lepas, Setiausaha Politik Exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah iaitu Teoh Beng Hock ditemui mati di Plaza Masalam Selangor selepas disoal siasat SPRM.

Kebanyakkan media melaporkan bahawa beliau mati kerana terjatuh dari tempat yang tinggi. Anehnya keadaan jasadnya tidaklah seteruk kes Kian Chong atau kes-kes lain yang melibatkan mangsa yang jatuh dari tempat tinggi yang lain.

Jasad Beng Hock ditemui dalam keadaan bahagian belakang seluarnya terkoyak. Kepalanya masih sempurna, pendarahan dikesan dibeberapa bahagian.

Kes ini pastinya perlukan siasatan rapi dari pihak Suruhanjaya yang diamanahkan. Kita harap kita akan mendapat jawapan yang menyakinkan tentang kematian Beng Hock tak lama lagi.

Pemuda Pakatan tubuh majlis muafakat

Pemuda Pakatan tubuh majlis muafakat
Jul 28, 09 7:28am
Pemuda Pakatan Rakyat menubuhkan Majlis Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat - dengan singkatan MAMPAT - bagi menguatkan lagi hubungan kerjasama politik antara PAS, PKR dan DAP.

Menurut satu kenyataan bersama, penubuhan MAMPAT juga untuk memberi kekuatan kepada Pemuda Pakatan merencana gerak kerja bersama pada setiap masa.

Kenyataan tersebut ditandatangi oleh pemimpin tiga sayap Pemuda Pakatan - Nasrudin Hassan (PAS), Shamsul Iskandar Mat Akin (AMK) dan Loke Siew Fook (DAPSY).

Mesyuarat pertama MAMPAT semalam, bersetuju anggota majlis tersebut yang terdiri daripada ketua, setiausaha dan tiga pemimpin tertinggi ketiga-tiga sayap itu, akan mengadakan mesyuarat bulanan secara tetap.

"Penubuhan majlis tersebut akan dapat membantu Pemuda Pakatan Rakyat menyelesaikan dengan lebih cepat, sebarang isu berbangkit yang melibatkan hubungan parti-parti dalam Pakatan," kata kenyataan itu lagi.

Menurut kenyataan itu lagi, MAMPAT juga menyokong penuh Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos ini.

Oleh itu, katanya, seluruh pemimpin dan ahli Pemuda Pakatan Rakyat akan menghadiri perhimpunan tersebut.

"MAMPAT percaya, himpunan tersebut akan berlangsung secara aman, sepertimana yang dirancangkan dan meminta kerjasama pihak polis untuk membantu mengawal keselamatan semua pihak," tegas kenyataan itu lagi.

ingat !1 ogos adalah hari referendum rakyat ....


Kenyataan Media Ketua Penerangan PAS Pusat

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)yang akan mengadakan Himpunan Mansuhkan ISA terbesar pada 1 Ogos sabtu ini di Ibu Negara.

Kesungguhan GMI ini akhirnya berjaya membuatkan Pendukung Akta Keselamatan Dalam Negeri (Pro-ISA) tercabar untuk melakukan Himpunan yang sama pada hari dan waktu yang sama (2 petang).

PAS melihat bahawa inilah peluang untuk Kerajaan melihat kesungguhan rakyat terhadap Akta zalim ini. Pada 1 Ogos ini seluruh rakyat diseru untuk keluar rumah dan menyertai referendum rakyat ini. Inilah hari Referendum ISA yang terbesar pernah berlaku dalam sejarah negara dibawah kepimpinan Perdana Menteri yang baru. Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Jika anda menyokong pemansuhan ISA, maka berhimpunlah bersama GMI di SOGO, Masjid Jamek dan Masjid Negara sebelum berarak beramai-ramai ke Istana negara dengan pakaian Hitam atau Merah.

Jika anda menyokong kumpulan Pro-ISA, maka hadirlah bersama mereka di Pasar Seni dan kemudian berarak ke Istana Negara dengan pakaian putih.

Maka pada hari itu, Istana dan Kerajaan akan melihat kelompok manakah yang mendapat suara referendum yang majoriti.

Jika Kumpulan GMI lebih ramai maka Kerajaan haruslah mansuhkan ISA serta merta, begitu juga sebaliknya.

PAS yakin, GMI mampu mengumpulkan lebih dari 100 ribu rakyat untuk mendesak Kerajaan memansuhkan ISA.

PAS berharap agar pasukan Polis bertindak bijak dan tidak mencetuskan provokasi supaya kedua-dua kumpulan ini dapat berhimpun secara aman.

Mansuh ISA!!!…MAnsuh ISA!!!…Mansuh ISA!!!

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

KEMATIAN DI BANGUNAN SPRM;Isu Nyalaan Lilin Dibesar-besarkan.





Setahu kami jika ada kematian biasa orang Cina yang bukan muslim, mereka akan pasang colok bukannya lilin.


Pasang lilin beramai-ramai juga sudah menjadi budaya masyarakat dunia atas nama PROTES bila memprotes sesuatu terhadap orang yang lebih berkuasa sebagai lambang / TUNJUK PERASAAN duka..

Orang-orang Palestin juga pernah lakukan sedemkian memprotes kekejaman Yahudi Israel terhadap mereka. Di Malaysia, baru-baru ini pihak Pakatan Rakyat di negeri Perak melakukan acara pemasangan lilin malah mogok lapar / berpuasa tanda memperotes keadaan demokrasi yang gagal dilaksanakan di negeri itu. Mereka memprotes ketidak-adilan BN menangani isu politik DUN Perak..

Peristiwa Nizar menyertai nyalaan lilin sebagai lambang memprotes kejadian luar biasa yang berlaku di dalam 'rumah' SPRM...dan kebetulan pula berlaku korban nyawa / kematian, maka protes terhadap apa yang terjadi itu dipandang serong oleh orang yang memang bermata serong. Mereka jadikan isu 'Nizar sertai nyalaan lilin' LEBIH BESAR dari korban nyawa di bangunan SPRM itu; yang hingga kini dikatakan pihak kerajaan kena tubuh Suruhanjaya D'raja menyiasat punca terbunuhnya Teo Beng Hock itu. ..

Banyak orang berkata, pembangkang mempolitikkan kejadian itu... binawe sungguh. Dah memang SPRM nak siasat orang politik negeri Selangor, kebetulannya DAP...dan si mati adalah Setiausaha Politik Exco di DUN Selangor.......semuanya berkaitan politik.. mengapa pulak gatal mulut menuduh pihak pembangkang mempolitikkan kejadian??? Dah watak, perwatakan, lokasi, masa dan puncanya berkaitan politik...... Boleh kan ianya diurusniaga cara politik.?? Kami tetap mengatakan:Kejadian misteri itu memang tidak boleh dipisah-pisahkan dengan iklim / motif politik.

Ada sesetengah orang mengatakan walaupun perkara ini tak salah tapi ia boleh mendatangkan fitnah kerana orang memerhati... YA! teman setuju tapi teman nak tanya macamana perkara ini boleh mendatangkan fitnah? takkan ia terjadi sendiri? puak mana yang cuba memperbesarkan perkara ini? jengjengjeng.... masa isu kematian DEMOKRASI prasan tak ramai orang islam menyalakan lilin menandakan DEMOKRASI DIBUNUH dan DILIWAT oleh BN di PERAK.... kenapa isu ini tak berbangkit masa tu? tau kenapa? sebab isu nih direct to BN... :) so media pun buat2 tak nampak perkara ini berlaku...

petikan dari blog : TAMU PULAU MELAKA

Sabtu, 25 Julai 2009

Tarikh / Sejarah Perkembangan Islam

Dinasti Mamalik di Mesir (Masa Kemunduran)


Kalau ada negeri Islam yang selamat dari kehancuran akibat serangan-serangan bangsa Mongol, baik serangan Hulagu Khan maupun Timur Lenk, maka negeri itu adalah Mesir yang ketika itu berada di bawah kekuasaan dinasti Mamalik. Karena negeri ini terhindar dari kerhancuran, maka persambungan perkembangan peradaban dengan masa klasik relatif terlihat dan beberapa diantara prestasi yang pernah dicapai pada masa klasik bertahan di Mesir. Walaupun demikian, kemajuan yang dicapai oleh dinasti ini, masih di bawah prestasi yang pernah dicapai oleh umat Islam pada masa klasik. Hal itu mungkin karena metode berpikir tradisional sudah tertanam sangat kuat sejak berkembangnya aliran teologi 'Asy'ariyah, filsafat mendapat kecaman sejak pemikiran al- Ghazali mewarnai pemikiran mayoritas umat Islam, dan yang lebih penting lagi adalah karena Baghdad dengan fasilitas-fasilitas ilmiahnya yang banyak memberi inspirasi ke pusat-pusat peradaban Islam, hancur.


Serangan-Serangan Timur Lenk (Masa Kemunduran)

Timur Lenk merupakan keturunan Mongol yang sudah masuk Islam, dimana sisa-sisa kebiadaban dan kekejaman masih melekat kuat. Dia berhasil menaklukkan Tughluk Temur dan Ilyas Khoja, dan kemudian dia juga melawan Amir Hussain (iparnya sendiri). Dan dia memproklamirkan dirinya sebagai penguasa tunggal di Transoxiana, pelanjut Jagati dan Turunan Jengis Khan.

Masa Kemunduran (1250 -1500 M) - Bangsa Mongol dan Dinasti Ilkhan

Pada tahun 565 H/1258 M, tentara Mongol yang berkekuatan sekitar 200.000 orang tiba di salah satu pintu Baghdad. Khalifah Al-Mu’tashim betul-betul tidak berdaya dan tidak mampu membendung “topan” tentara Hulagho Khan. Kota Baghdad dihancurkan rata dengan tanah, dan Hulagho Khan menancapkan kekuasaan di Banghdad selama dua tahun, sebelum melanjutkan gerakan ke Syiria dan Mesir.

Khilafah Bani Abbas (Masa Kemajuan Islam)

Khilafah Abbasiyah merupakan kelanjutan dari khilafah Umayyah, dimana pendiri dari khilafah ini adalah keturunan Al-Abbas, paman Nabi Muhammad SAW, yaitu Abdullah al-Saffah ibn Muhammad ibn Ali ibn Abdullah ibn al-Abbas. Dimana pola pemerintahan yang diterapkan berbeda-beda sesuai dengan perubahan politik, sosial, dam budaya.

Khilafah Bani Umayyah (Masa Kemajuan Islam)

Khilafah Bani Umayyah berumur 90 tahun yaitu dimulai pada masa kekuasaan Muawiyah, dimana pemerintahan yang bersifat demokratis berubah menjadi monarchiheridetis (kerajaan turun temurun), yang diperoleh melalui kekerasan, diplomasi dan tipu daya, tidak dengan pemilihan atau suara terbanyak.

Masa Kemajuan Islam (650-1000 M) - Khilafah Rasyidah

Khilafah Rasyidah merupakan pemimpin umat Islam setelah Nabi Muhammad SAW wafat, yaitu pada masa pemerintahan Abu Bakar, Umar bin Khattab, Utsman bin Affan dan Ali bin Abi Thalib, dimana sistem pemerintahan yang diterapkan adalah pemerintahan yang demokratis.

Sebab-sebab Kemunduran Pemerintahan Bani Abbas (Masa Disintegrasi)

Masa disintegrasi ini terjadi setelah pemerintahan periode pertama Bani Abbasiyah mencapai masa keemasannya, pada masa berikutnya pemerintahan dinasti ini mulai menurun, terutama di bidang politik. Dimana salah satu sebabnya adalah kecenderungan penguasa untuk hidup mewah dan kelemahan khalifah dalam memimpin roda pemerintahan.

Perang Salib (Masa Disintegrasi)

Perang Salib (perang suci) ini terjadi pada tahun 1905, saat Paus Urbanus II berseru kepada Umat Kristen di Eropa untuk melakukan perang suci, untuk memperoleh kembali keleluasaan berziarah di Baitul Maqdis yang dikuasai oleh Penguasa Seljuk yang menetapkan beberapa peraturan yang memberatkan bagi Umat kristen yang hendak berziarah ke sana.

Perebutan Kekuasaan di Pusat Pemerintahan (Masa disintegrasi)

Faktor lain yang menyebabkan peran politik Bani Abbas menurun adalah perebutan kekuasaan di pusat pemerintahan, dengan membiarkan jabatan tetap dipegang bani Abbas, karena khalifah sudah dianggap sebagai jabatan keagamaan yang sakral dan tidak bisa diganggu gugat lagi, sedangkan kekusaan dapat didirikan di pusat maupun daerah yang jauh dari pusat pemerintahan dalam bentuk dinasti-dinasti kecil yang merdeka.

Masa Disintegrasi (1000-1250 M) -- Dinasti-Dinasti yang Memerdekakan Diri dari Baghdad

Akibat dari kebijaksanaan yang lebih menekankan pembinaan peradaban dan kebudayaan Islam dari pada persoalan politik itu, propinsi-propinsi tertentu di pinggiran mulai lepas dari genggaman penguasa Bani Abbas, dengan berbagai cara diantaranya pemberontakan yang dilakukan oleh pemimpin lokal dan mereka berhasil memperoleh kemerdekaan penuh.

Pengaruh Peradaban Spanyol Islam di Eropa

Spanyol merupakan tempat yang paling utama bagi Eropa dalam meneyerap peradaban Islam, baik dalam hubungan politik, sosial, maupun perekonomian dan peradaban antar negara.

Penyebab Kemunduran dan Kehancuran

Beberapa penyebab kemunduran dan kehancuran Umat Islam di Spanyol di antaranya konflik Islam dengan Kristen, tidak adanya ideologi pemersatu, kesulitan ekonomi, tidak jelasnya sistem peralihan kekuasaan, dan keterpencilan.

Kemajuan Peradaban

Umat Islam di Spanyol telah mencapai kejayaan yang gemilang, banyak prestasi yang mereka peroleh, bahkan pengaruhnya membawa Eropa dan juga dunia kepada kemajuan yang lebih kompleks, terutama dalam hal kemajuan intelektual.

Perkembangan Islam di Spanyol

Perkembangan Islam di Spanyol yang berlangsung lebih dari tujuh setengah abad, Islam memainkan peranan yang sangat besar. Sejarah panjang yang dilalui Umat Islam di Spanyol ini dapat dibagi menjadi enam periode, dimana tiap periode mempunyai corak pemerintahan dan dinamika masyarakat tersendiri.

Masuknya Islam ke Spanyol

Spanyol diduduki umat Islam pada zaman khalifah Al-Walid (705-715 M), salah seorang khalifah dari Bani Umayyah yang berpusat di Damaskus, dimana Umat Islam sebelumnya telah menguasasi Afrika Utara. Dalam proses penaklukan Spanyol ini terdapat tiga pahlawan Islam yang dapat dikatakan paling berjasa yaitu Tharif ibn Malik, Thariq ibn Ziyad, dan Musa ibn Nushair.

Islam di Spanyol dan Pengaruhnya Terhadap Renaisans di Eropa

Dalam masa lebih dari tujuh abad kekuasaan Islam di Spanyol, umat Islam telah mencapai kejayaannya di sana. Banyak prestasi yang mereka peroleh, bahkan pengaruhnya membawa Eropa, dan kemudian dunia, kepada kemajuan yang lebih kompleks.



:sila klik paragraph utk infomasi lanjut
(sumber: Pesantrenonline)

Mandi Wajib – Nampak Mudah Tapi Penting

Mandi wajib nampak mudah. Namun perkara ini sangat penting, kerana ia menjadi asas kepada keberkesanan dalam amalan kita.
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan ramai umat Islam di dalam masyarakat kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua-dua keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati ramai di kalangan umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun-rukunnya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.”

Atau “Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana-mana bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: “Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Mengenai rukun mandi wajib yang kedua, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ketiga, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya air tidak dapat sampai ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya bulu di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yang boleh menghalang air sampai ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yang diwarnakan pula selain inai, inilah yang rumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang untuk sampai ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab-sebab seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab-sebabnya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan di mana-mana dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai, laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok-eloknya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Jumaat, 24 Julai 2009

UMNO .....RACIST(bukan pakatan rakyat )


Semua pemerhati politik tahu bahawa apa yang berlaku dalam peristiwa Teoh Beng Huat ialah satu permainan kotor politik yang berpaksi kepada sifat dengki yang racist UMNO. Oleh kerana UMNO rasa mereka sekurang kurangnya dapat berpaut kepada dahan rapuh masa dalam kes penipuan dan rampasan kuasa di Perak dengan bantuan semua instrumen negara, maka nafsu serakah mereka tidak dapat dan belum dapat dipuaskan.

Mereka berkira kira untukmenjatuhkan kerajaan Negeri Selangor yang dipilih secara mengikut perlembagaan dengan cara yang sama, iaitu memperkudakan instrumen negara dengan cara mafia yang telah berkali kali mereka lakukan. Tetapi kali ini kuda kepang mereka tersilap langkah dan merungkup jatuh bersama tuan sipenunggang.

Punca mereka melakukan kerja kerja mafia ini adalah kerana sifat hasad dan dengki yang berkerak dalam qalbu mereka, dan untuk mendapat sokongan, mereka meniupkan api perkauman tentang survival Melayu, kerana, itulah satu satunya cara yang mereka tahu untuk mendapat sokongan.

Oleh itu, selesai sahaja PRU 12, mereka laungkan ketuanan Melayu. Dalam kes perompakan kuasa di Perak, semua institusi Melayu dan Islam digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang haram. Ia itu merompak.

Sekarang, dalam keadaan bertelanjang dikhalayak ramai kerana isu Teoh Beng Huat, maka laungan perkauaman ini ditiupkan semula. Mereka mengatakan pembangkang memainkan isu perkauman, kerana cuba melemahkan SPRM, satu institusi Melayu.

SPRM institusi Melayu? Atau ia institusi Malaysia?

Tak dapat beza ke antara SPRM dengan institusi Undang dan Luak?

Dalam keadaan UMNO tersepit kerana kehakisan sokongan, GAPENA pun bersuara dengan suara dan denyutan nadi UMNO, sebab pada mereka GAPENA itu gabungan penulis UMNO, dan bukan gabungan penulis nasional.

Apa yang UMNO risau, orang Melayu yang sengaja dibiarkan mundur masih lagi dan terus menerus sokong UMNO. Perhatikan keputusan pilihanraya kecil Bukit Gantang bagi kawasan Trung, dan pilihanraya kecil Manek Urai.

Apa yang UMNO perlu lakukan untuk terus berkuasa ialah jadikan orang Melayu mundur dan tidak berkembang secara intelektual.

Kumpulan ini akan terus menyokong mereka.


Dalam artikelnya "Matlamat tidak menghalalkan cara," saya nampak Raja Petra Kamarudin menyifatkan mereka yang mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah orang-orang Melayu. Manakala mereka yang menentang ISA pula adalah orang-orang Islam.

Orang Melayu menyokong ISA. Orang Islam menentang ISA.

Bagaimanapun, pada pandangan saya yang bersyukur dengan ketetapan Allah yang menjadikan saya seorang Melayu, semua bangsa di negara ini menentang ISA tidak kira Melayu, Cina atau India. Ada orang mendakwa, satu-satunya bangsa yang mempertahankan ISA ialah bangsa Umno.

Kenapa saya kata begitu? Perlembagaan Malaysia telah memberikan takrif yang jelas kepada makna orang Melayu. Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan telah menakrifkan orang Melayu sebagai:
1. Seorang yang beragama Islam
2. Bertutur Bahasa Melayu
3. Mengamalkan Adat istiadat Melayu
4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

ISA menahan tanpa bicara. Islam mengharamkan penahanan tanpa bicara. Allah s.w.t. sendiri membicarakan hamba-hamba-Nya sebelum menentukan syurga atau neraka di Hari Perhitungan nanti.

Adakah ISA lebih berkuasa dari Allah?

Berdasarkan takrif Melayu di atas, orang Melayu beragama Islam. Seseorang yang beragama Islam tidak akan menjunjung undang-undang yang bertentangan dengan prinsip keadilan Islam serta mencabar kedudukan Allah sebagai Yang Maha Berkuasa lagi Maha Menghakimkan.

Melayu yang beragama Islam tidak akan menyokong ISA.

LILIN punya pasal kecoh satu malaysia......


NIZAR PEGANG LILIN?

Berita kematian seorang setiuasaha politik kepada salah seorang exco kerajaan negeri Selangor yang berbangsa cina telah tersebar. Bagi menuntut keadilan terhadap kematian tersebut, ramai sahabat-sahabat yang berbangsa Cina memasang lilin, sebagai satu symbol protes terhadap kezaliman pembunuhan terhadap Saudara Teoh Beng Hock.

Isu pasang lilin ini tidak menjadi hebat, melainkan apabila didapati Ir Mohammad Nizar Jamaluddin turut sama memegang lilin. Ramai mendakwa, tindakan itu bercanggah dengan islam, dan dikatakan bisa melahirkan kerosakan pada akidah.

ADAT ATAU IBADAT?

Memegang lilin dalam masyarakat cina tidak sekadar merujuk kepada pemujaan, atau berkabung. Sebaliknya, dalam masyarakat cina, memegang lilin tidak sekadar dilakukan dikala berlaku kematian, bahkan ia digunakan sebagai satu symbol dalam melakukan sesuatu protes.

Sebelum ini pun, banyak program-program berbentuk protes terhadap kezaliman ISA disertakan dengan acara membawa lilin kecil. Ia merujuk kepada kezaliman telah bermaharajalela, pun begitu, masih ada lagi golongan yang sedikit yang akan mempertahankan keadilan.

Apabila banyak orang membawa lilin, ia merujuk kepada maksud, golongan yang mempertahankan keadilan itu ramai, waimma mereka bukan dari golongan yang berkuasa.

Apabila difahami ini, nyata bahawa tindakan membawa lilin yang dilakukan oleh Saudara Mohammad Nizar Jamaluddin itu bukanlah amalan yang berbentuk ibadat dalam agama budha, malah ia merupakan budaya bangsa cina yang merujuk kepada maksud protes. Apabila ini difahami, nyata, ia bukan perkara ibadat, tetapi perkara adat.

Kondisi ini, sama seperti tindakan bangsa melayu yang memasang pelita di 10 hari terakhir bagi bulan ramadhan. Ia bukan bermaksud ibadat, tetapi sekadar adat melayu yang menunjukkan peringatan agar bersiap sedia dalam usaha untuk mendapatkan malam lailatul qadar.

ADAT ADALAH HARUS

Apabila sesuatu perkara itu merujuk kepada adat, sudah pasti hukumnya adalah harus, selagimana tidak wujud sebarang dalil yang jelas dan nyata atas pengharamannya.

Kaedah fiqh menyebut;

الأصل في الأشياء الإباحة

Maksudnya;
“Asal sesuatu perkara adalah harus”

Asas kaedah ini disandarkan kepada firman Allah SWT;

هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُمْ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا

Maksudnya;
”Dia (Allah) yang telah menciptakan untuk kamu semua perkara yang ada di bumi”

(Surah Al-Baqarah : 25)

Justeru, hukum memegang lilin yang dilakukan oleh Nizar bukanlah perkara haram, malah ia adalah perkara yang harus, kerana merujuk kepada amalan adat dalam masyarakat Cina, sepertimana keizinan orang islam memakai pakaian berbangsa cina.


Sekian

Baca sama;

1- nizar pegang lilin : kenyataan media ADUN Titi Serong. (cina islam)
2- Sertai perhimpunan nyalaan lilin tidak salah – Timb Mufti kedah (Cina Islam)


Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com

Selasa, 21 Julai 2009

BN pun sibuk nak berdemo 1 OGOS.....



Majlis pemuafakatan Melayu (pewaris ) bersama dengan 10 NGO melayu ..yang dikatakan melayu islam juga turut ingin sibuk berdemo pada 1 ogos demi mempertahankan akta zalim ISA..
Puak-puak nie dikhabarkan akn berhimpun dan turut meniru kaedah GMI untuk menyerahkan memorandum pada yang dipertuan agung...(tak ker pening agung nanti)sampai 2 memorandum ,

Perhimpunan tersebut yang bertemakan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu" dibuat serentak dengan Himpunan MANSUH anjuran GMI yang ingin berarak ke Istana Negara.

AKU jamin puak2 nie mesti buat kacau punyer...jenis pakai songkok tinggi 2 kene hati-hati sikit
...hakikatnya akta ISA ini hanyalah 'penyelamat pemimpin pemerintah bukan menjaga keselamatan negara....

harapan saya diharapkan perhimpunan GMI ini akan lebih berjaya dari perhimpun sebelum ini seperti Bersih DAN PPSMI...MARILAH KITA sama2 beramai -ramai menyertai gerakan mansuhkan akta iblis ini..yang jelas bercanggah dari ajaran islam ..

Justeru itu bangkitlah wahai umat kita menunjukkan kekuatan ummah dalam menyah kan akta ciptaan penjajah ini...

Isnin, 20 Julai 2009

Berhati -hati memilih pemimpin


Dalam surah al-Hajj ayat 40-41, Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah menolong sesiapa yang menolong Agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Gagah, lagi Maha Perkasa. Iaitu mereka yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang mungkar. Dan kepada Allah sahajalah kembali segala urusan”.

Dalam ayat ini Allah menceritakan tentang golongan yang mendapat pertolongan daripada Allah. Mereka ialah golongan yang ‘diteguhkan kedudukan mereka di muka bumi’ berdasarkan kalimat ‘makkannaahum fil ardh’ dalam surah al-Hajj ayat 41. Imam al-Hasan dan Abu al-‘Aliyah mentafsirkan golongan ini sebagai ‘golongan daripada umat ini yang diberikan kemenangan oleh Allah’. Imam Ibn Abu Najih mentafsirkannya sebagai ‘pemimpin-pemimpin’. Imam ad-Dahhak mentafsirkannya sebagai ‘mereka yang kurniakan kerajaan dan kekuasaan oleh Allah’. Kesemua pendapat ini dilaporkan dalam al-Jamik li Ahkamil Quran oleh Imam Qartubi.

Pemimpin yang bagaimanakah yang mendapat pertolongan dan diredai Allah? Secara dasarnya Allah tidak memberi cek kosong kepada para pemimpin, sebaliknya yang diberikan kepada mereka adalah amanah dan tanggungjawab. Antara tanggungjawab itu ialah “mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang mungkar”.

Pemimpin Dan Solat

Seseorang pemimpin Muslim memerlukan bantuan dan pertolongan untuk melaksanakan tugasnya dengan baik, dan penolong yang terbaik baginya ialah Allah. Justeru pemimpin Muslim perlu sentiasa mendekati Allah dengan beribadah kepadanya, dan ibadah yang paling penting ialah solat.

Seorang Muslim yang tidak melaksanakan solat tidak layak menjadi pemimpin. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim nabi bersabda, “Sebaik-baik pemimpinmu ialah mereka yang kamu kasihi dan mereka mengasihimu dan kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu. Sejahat-jahat pemimpinmu ialah mereka yang kamu benci dan mereka membencimu dan kamu mengutuk mereka dan mereka mengutukmu.’ Sahabat-sahabat pun berkata, ‘Bolehkah kami menentang mereka?’ Jawab Nabi, ‘Tidak, selama mana mereka tetap menegakkan solat’.”

Hadis ini menunjukkan apabila seseorang pemimpin Muslim memperkecilkan solat, dia perlu turun dari jawatan kepimpinannya.

Pemimpin Dan Zakat

Hubungan yang baik dengan Allah perlu disusuli dengan hubungan yang baik sesama manusia. Dalam erti kata yang lain, seseorang pemimpin Muslim perlu berada di masjid untuk beribadah dan perlu juga berada di rumah rakyat untuk membantu mereka. Kebajikan rakyat tidak boleh diabaikan termasuk dalam aspek material dan kesenangan duniawi. Jika boleh kemiskinan dibasmi sepenuhnya dan semua rakyat hidup dalam keadaan senang lenang.

Antara contoh yang terbaik ialah pemerintahan khalifah Omar bin Abdul Aziz. Beliau terkenal sebagai seorang pemimpin yang bertakwa lagi adil. Pemerintahannya memakan masa 30 bulan. Dalam masa itu kemiskinan berjaya dibanteras dan rakyat ketika itu hidup dalam kemewahan. Berhubung dengan ini Yahya bin Said meriwayatkan, “Khalifah Omar Abdul Aziz mengutus aku untuk mengutip zakat di Afrika. Aku pun melaksanakan tugas ini dan kemudiannya aku pun mencari golongan fakir miskin untuk di berikan zakat namun golongan ini tidak aku temui. Sesungguhnya khalifah Omar Abdul Aziz telah menjadikan kami manusia yang kaya raya”.

Ibadah zakat yang disebutkan dalam surah al-Hajj ayat 41 menekankan tentang aspek ini. Kebajikan rakyat dalam aspek duniawi tidak boleh dipandang ringan.

Pemimpin Dan Amar Makruf Nahi Mungkar

Terdapat sebahagian pemimpin Muslim yang tidak melupakan solat dan zakat, tetapi mereka melupakan tanggungjawab untuk mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkiran. Mereka juga tidak layak memimpin masyarakat. Berhubung dengan ini Imam Qartubi, dalam al-Jamik li Ahkamil Quran, melaporkan perkataan Imam Sahl bin Abdullah yang bermaksud, “Mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran adalah wajib ke atas mereka yang berkuasa serta ulama”.

Tidak ada kemuliaan bagi mereka yang mengabaikan amar makruf dan nahi mungkar. “Makruf” bermaksud “sesuatu yang baik mengikut pandangan syarak dan akal,” dan “mungkar” pula bermaksud “sesuatu yang berlawanan dengan makruf sebagai contoh, meninggalkan perkara yang difardukan serta kewajipan, ataupun melakukan perbuatan yang haram sama ada berbentuk dosa kecil ataupun besar”. Tafsiran ini disebutkan oleh Muhammad ibn Illan Al-Makki dalam Dalilul Falihin (Maktabah Al-Halabi, Mesir; jilid 2)

Aspek ini amat dipentingkan oleh Islam sehinggakan, mengikut riwayat Muslim, Nabi mengizinkan penentangan dilakukan jika pemimpin melakukan ‘kufran bawaahan.’ Sahabat Abdullah bin Samit meriwayatkan, “Kami berbaiah (iaitu membuat perjanjian taat setia) agar tidak menentang kepimpinan melainkan jika berlaku ‘kufran bawaahan’ di mana di sisi Allah bukti-buktinya adalah amat jelas.” Imam Nawawi mentafsirkan ‘kufran bawaahan’ sebagai ‘maksiat yang dilakukan oleh seseorang pemimpin yang jelas bercanggah dengan kehendak agama Allah dan kaedah-kaedah Islam’. Hal ini dilaporkan dalam kitab Sahih Muslim bi Syarhi An-Nawawi (Al-Matbaah Al-Fikriah; juz. 12, 1924).

Justeru seseorang yang tidak menyeru kepada makruf dan pada ketika yang sama membiarkan serta menggalakkan perbuatan mungkar (dan yang lebih teruk lagi ialah dia sendiri terlibat melakukan kemungkaran itu), maka dia tidak layak menjadi pemimpin umat. Qadhi Iyad memfatwakan, “Apabila berlaku ke atas seseorang pemimpin tanda-tanda kekufuran, perbuatan mengubah syariat ataupun amalan bidaah, wajiblah dilucutkan kepimpinannya dan gugurlah ketaatan rakyat kepadanya. Ketika itu beliau hendaklah digantikan dengan seorang yang adil”. Fatwa ini dilaporkan dalam Sahih Muslim bi Syarhi An-Nawawi (Al-Matbaah Al-Fikriah; juz. 12, 1924).

Usaha untuk mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran tidak akan dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa ilmu. Justeru seseorang pemimpin Muslim wajib menguasai ilmu apatah lagi ilmu agama. Rata-ratanya kita sudah mengetahui bahawa ilmu yang diperlukan bukanlah semata-mata ilmu tentang tajwid, rukun solat, mandi wajib, wuduk, tayamum dan yang seumpamanya. Ia lebih dari itu.

Di samping itu beliau juga merupakan peribadi yang bersedia untuk terus belajar dan mendengar serta menghormati pandangan golongan ilmuwan terutamanya dalam bidang agama.

Berhati-hati Memilih Pemimpin

Ketika dalam perjalanan kita disuruh berhati-hati di jalan raya. Hadis-hadis pula menyuruh umatnya berhati-hati ketika memilih pasangan hidup serta kawan. Maka dalam konteks memilih pemimpin ia sudah pasti lebih dituntut lagi kerana isunya adalah lebih besar dan kesannya lebih meluas.

Dalam surah Al-Baqarah ayat 124, Allah berfirman, “Berkata Allah (kepada Ibrahim), ‘Sesungguhnya Allah akan menjadikan kamu Imam (pemimpin) untuk manusia’. Berkata Ibrahim, ‘Dan juga dari keturunanku.’ (Berfirman Allah), ‘Janji-Ku tidak akan diberikan kepada mereka yang zalim’.”

Ayat ini menunjukkan pemimpin tidak boleh dilantik secara sembarangan. Sehubungan dengan ini Imam Qartubi dalam Al-Jamik li Ahkamil Quran berkata, “Ayat ini (iaitu al-Baqarah ayat 124) merupakan dalil bagi satu jemaah ulama Islam bahawa pemimpin-pemimpin mestilah dari golongan yang adil, ihsan dan mulia…..Adapun yang fasiq dan zalim mereka tidak layak menjadi pemimpin”.

Nukilan Dr. Danial bin Zainal Abidin Untuk mindasuper.com

Hasil Nukilan :

Dr. Danial Zainal Abidin
dzcsyifa@streamyx.com
http://danialzainalabidin.com

Ahad, 19 Julai 2009

3 Parti Pakatan Rakyat Akan Guna Satu Lambang Dalam PRU 13


TELUK INTAN - Pakatan Rakyat (PR) bercadang menggunakan satu lambang pada pilihan raya akan datang dan mendaftarkan pakatan itu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bagi memudahkan segala urusan sama ada melibatkan pilihan raya dan urusan-urusan lain.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat pemimpin tertinggi PR dan sedang dalam penelitian sekretariat PR serta mendapatkan pandangan dari sudut undang-undang untuk perkara itu.

Beliau berkata, perkara itu masih di dalam peringkat cadangan dan belum diputuskan kerana pihak peguam PR sedang membuat penelitian dan kajian dari sudut perundangan sebelum didaftarkan termasuk penggunaan satu lambang bagi mewakili PR dalam pilihan raya akan datang.

“Kita berharap perkara ini dapat dilaksanakan dalam tempoh masa yang terdekat memandangkan beberapa masalah dihadapi sewaktu Pilihan Raya Kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai yang lalu di mana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membenarkan kita mengibarkan bendera selain Pas dengan alasan PR tidak didaftarkan.

“Saya fikir ini masa yang sesuai untuk melaksanakannya di mana kita sedang menuju ke arah sistem politik dua parti yang diamalkan di kebanyakan negara-negara maju dan kita harap pada Pilihan Raya Umum ke-13 kita boleh menggunakan konsep ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Memimpin Harapan Rakyat anjuran PKR Negeri Perak di Dewan Utama Hotel Angsoka, di sini, semalam.

Mengenai usaha untuk mendisiplinkan ahli dan pemimpin PR, beliau berkata, PR akan menyediakan mekanisme yang lebih jelas sebagai panduan kepada ahli dan pemimpin untuk menyelesaikan masalah secara bersama di dalam sekretariat PR di peringkat negeri dan pusat tanpa melibatkan media.

Menurutnya, walau bagaimanapun, pihaknya tidak menghalang mana-mana pemimpin untuk membuat kenyataan melalui media mengenai isu-isu tertentu sebaliknya meminta supaya segala masalah dalaman parti dibincangkan bersama tanpa melibatkan media untuk mengelakkan dimanipulasi oleh media yang dikuasai UMNO dan Barisan Nasional.

Beliau berkata, sekretariat itu akan dikembangkan termasuk pembentukan jawatankuasa di peringkat Ahli Parlimen dan di peringkat negeri-negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat (PR) supaya permasalahan ini dapat diselesaikan dengan baik.

Jumaat, 17 Julai 2009

Apa ker hal dia mati di pejabat SPRM ?????


TAKZIAH diucapkan kepada keluarga mendiang Beng Hock, Pembantu serta Setiausaha politik kepada seorang Exco iaitu YB Ean Yong Hian Wah, ADUN Sri Kembangan.

pemuda yang mati dengan penuh tanda tanya biarpun dia dikatakan terjatuh amat sukar untuk mempercayainya lebih2 lagi ianya berlaku di pejabat sprm ...dan selepas disoal siasat..kita tunggu hasil siasatan .....

ini bukan penyokong BN yer....(media yang tak adil)


statistik penuh keputusan pilihanraya di manik urai..

Ahad, 12 Julai 2009

malaysia negara penahan petir antara tertinggi di dunia


Berapa ramai orang yang mati di Malaysia setiap tahun akibat petir ? Tiada data dijumpai , tak tahulah ada ke tidak jabatan kerajaan di Malaysia yang ada statistik tersebut.

Tapi banyak berita mereka yang mati di panah petir , di pondok bas , di padang bola , di atas gunung , atas motosikal , mencandat sotong dan banyak lagi.

Tahu ke tidak , negara kita Malaysia ini adalah antara negara yang paling banyak panahan petir di dunia selepas Rwanda dan Congo ?

Tapi kita tidak ada statistik berapa ramai yang mati , yang cedera , yang hampir terkena panahan petir setiap tahun. Anggaran kasar mengatakan mereka yang mati akibat dipanah petir di Malaysia ialah 10 kali ganda lebih tinggi daripada mereka di Amerika Syarikat dari segi kadar penduduk.

Kita tiada program kesedaran mengenai langkah yang perlu diambil ketika dengar guruh , nampak awan hitam , hujan renyai , hujan lebat dan sebagainya untuk berlindung dari kemungkinan petir menyambar bila-bila masa.

Anak-anak , remaja bahkan orang tua buat tak kisah main di padang bola , di padang golf , memancing ketika nampak hujan nak turun. Setidak-tidaknya tanya diri dulu dah sembahyang ke belum , ayat Quran yang mana patut di baca ketika guruh dan petir.

Bak kata Encik Hartono Zainal Abidin seorang yang pakar dalam petir dan seorang jurutera perunding dalam artikel akhbar The Star “We shouldn’t wait until lightning strikes a VIP before we take strong action.” – Kita tak perlu tunggu hingga petir panah seorang VIP baru kita nak bertindak.

Terjemahan Al Quran : “Dan Dia lah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Dan Dia lah juga yang menghantarkan petir, lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan Allah (dan kuat kuasaNya) Padahal Ia amat keras azab seksanya.”
(Surah Ar-Ra’d , ayat 13)

Rozmal bin Malakan
Seremban
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

http://bongsuwhitepolkadot.blogspot.com/2012/05/nota-kemahiran-hidup-tingkatan-2.html