Isnin, 31 Mei 2010

Kesian PUTERI UMNO menjadi tempat melepaskan nafsu


"Assalamualaikum........Berikut aku petik kata kata beberapa pemimpin Puteri UMNO mengenai isu keganasan sex segelintir pemimpin UMNO yang menjadikan puteri UMNO sebagai tempat terbaik mereka untuk melepaskan nafsu....

"Kata exco puteri UMNO Datin Ismalina menasihatkan mana pemimpin UMNO agar tidak menjadikan gadis - gadis puteri UMNO sebagai tempat untuk melampiaskan Nafsu serakah demi menawarkan sebarang penajaan keatas sesuatu pertandingan atau jawatan kepada Puteri UMNO kedalam Parti.....

"Kata naib ketua puteri UMNO iaitu YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mengingatkan ahli - ahli Puteri agar tidak menjadikan "batang tubuh" mereka sebagai modal untuk mendapatkn mana - mana jawatan dalam Parti"

"kata penolong setiausaha Puteri UMNO BIBI SHARLIZA BT MOHD KHALID "Budaya politik seks harus di tangani dengan segera sebelum ianya jadi lebih parah" "

Puteri UMNO ditubuhkan oleh mahadir.Puteri UMNO dijadikan tempat yang utama untuk mencari tubuh badan yang mengiurkan bagi pemimpin pemimpin UMNO sejak dari mula ianya ditubuhkan.Kini Puteri UMNO menjadi makanan yang melazatkan bagi malaun malaun dalam UMNO.

Yang menyedihkan Puteri UMNO terdiri dari gadis gadis melayu beragama Islam.Puteri puteri UMNO mungkin menjadi sebahagian yang sudah melahirkan anak luar nikah hasil kerja terkutuk pemimpin UMNO malah mungkin juga sudah menjadi sebahagian yang membuang bayi merata rata.Siapa tahu, kerana tidak ada bancian yang dibuat sehingga kini.

Tambah pelik apabila pemimpin pemimpin Puteri UMNO hanya mengeluarkan kenyataan beramaran sahaja.Kenapa mereka tidak menyelamatkan puteri yang jumlahnya masih ramai dengan membawa mereka keluar dari UMNO?Untuk apa parti yang diberikan keutamaan sedangkan maruah anak bangsa dicerobohi oleh pemimpin pemimpin sendiri?

Untuk apa budaya politik sex ditangani sedangkan puteri UMNO sebagai pemudi harapan bangsa harus dibawa lari dari penggila sex sebegini.UMNO bukan lagi parti yang boleh disandarkan harapan untuk orang orang melayu kerana terbukti ianya hanyalah sebuah parti yang merosakkan anak bangsa sendiri.Jadi untuk apa perlu dipertahankan puteri UMNO dari kerakusan puak puak gila sex ini?

Bawalah mereka lari jauh dan selamatkan mereka anak bangsa sendiri.Kini kita semua bangsa melayu yang beragama Islam punyai satu lagi alasan untuk menentang dan menolak UMNO iaitu untuk menyelamatkan anak anak bangsa sendiri dari dirosakkan oleh UMNO.Insaflah wahai semua orang melayu beragama Islam bahawa perjuangan ini punyai maknanya yang jauh lebih besar dari melayu itu sendiri........sumber

Ahad, 30 Mei 2010

Model Baru Ekonomi , Menjahanamkan Melayu..


Seorang ahli panel 'sebak' apabila membincangkan mengenai cadangan kerajaan untuk mewujudkan Model Baru Ekonomi (MBE) kerana ia langsung tidak menyentuh agenda bumiputera seperti mana dasar-dasar ekonomi sebelum ini. Sambil melahirkan kekecewaannya bekas Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Datuk Halipah Esa berkata, perlaksanaan MBE dalam bentuk itu hanya akan membuatkan golongan bumiputera di negara ini akan terus ketinggalan.

Justeru beliau menggesa kerajaan tidak sewenang-wenangnya membuang agenda bumiputera di dalam pelaksanaan MBE memandangkan kedudukan golongan itu di dalam pelbagai sektor masih belum berjaya sepenuhnya. ''Tidak dinafikan sejak Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan kemudian diikuti Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan Dasar Pembangunan Wawasan (DPW) dilaksanakan kedudukan golongan bumiputera ada menunjukkan peningkatan. Bagaimanapun secara realitinya agenda bumiputera masih tidak kesampaian. Baik dari segi pemilikan ekuiti, jurang pendapatan dan penyertaan pekerjaan".

''Tidak ada bukti yang menunjukkan pelaksanaan DEB yang bermula pada tahun 1970 telah menyebabkan ekonomi negara kita tidak berkembang. ''Sebaliknya dasar tersebut berjaya menstabilkan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu mengapa ada pihak yang terlalu resah dengan pelaksanaan dasar ekonomi yang memberi tumpuan kepada agenda bumiputera sedangkan ia tidak pernah menjejaskan perkembangan ekonomi negara".

Halipah berkata, tidak salah kerajaan mahu melaksanakan MBE tetapi ia harus menyerlahkan agenda bumiputera dengan berasaskan Perlembagaan Persekutuan perkara 153. ''Asas kita adalah Perlembagaan perkara 153. MBE tidak boleh lari daripada peruntukan ini. Tambahan pula terbukti yang pelaksanaan dasar ekonomi yang memberi tumpuan kepada agenda bumiputera tidak pernah membantutkan perkembangan ekonomi Malaysia".

UMNO @ Syarikat Direct Selling


"Dalam sejarah politik Malaysia pascamerdeka, subsidi menjadi aparatus paling berkesan kepada UMNO-Perikatan-BN untuk mengekalkan kuasa. Kedudukan ekonomi yang sentiasa berada pada tahap cemerlang meletakkan negara dalam situasi makmur dan selesa.

Kemakmuran diperoleh melalui kekayaan sumber alam seperti bijih timah, getah, kelapa sawit, dan sebagainya. Kekayaan yang melimpah-ruah dikecapi apabila petroleum menjadi sumber baru pendapatan negara sehingga negeri-negeri pengeluar petroleum diberi royalti sebanyak 5%.

Sehubungan itu, rakyat menikmati pelbagai subsidi untuk menjalani kehidupan; bermula dari subsidi barang-barang keperluan, buku teks, dan baja sehinggalah bahan bakar untuk kenderaan. Namun, setelah sekian lama menikmatinya, kini kita dikejutkan dengan kenyataan Idris Jala bahawa negara akan bankrap pada tahun 2019 apabila subsidi mencapai tahap 100%. Ini bermakna kita tidak akan mencapai taraf negara maju pada tahun 2020. Apa muslihatnya?

Jika kita menoleh ke belakang, gambaran kegagalan kerajaan Perikatan jelas terserlah. Kesejahteraan rakyat tidak diberi tumpuan. Kemiskinan orang Melayu, kesombongan pegawai tinggi kerajaan, terutama MCS, dan kebobrokan wakil rakyat menjadi tema utama pilihan para penulis. Layanan kurang mesra terhadap kaum bukan Melayu juga berleluasa. Itulah yang menyebabkan berlakunya tragedi berdarah 13 Mei 1969.

DEB muncul sebagai serampang dua mata. Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyatupadukan rakyat. Banyak projek dan wang beredar untuk menjayakan dasar itu. Ketika inilah muncul pemimpin yang tamak. Rasuah, kronisme, dan salah guna kuasa pun membiak. Akhirnya dasar ini gagal mencapai matlamatnya. Orang Melayu hanya dapat 18% tetapi orang Cina dapat 40%. DEB hanya mengkaya-rayakan Melayu tertentu yang menjadi kroni pemimpin UMNO walaupun tidak dinafikan wujudnya peningkatan orang Melayu dalam bidang pendidikan.

Harus juga diingat bahawa kronisme telah menumbuhkan terlalu ramai kontraktor Kelas F. Keramaian golongan ini telah mendatangkan masalah kepada UMNO untuk menyara mereka pada masa ini lantaran mereka tidak boleh berdikari. Keadaan menjadi bertambah parah apabila dua buah negeri industri yang kaya, iaitu Pulau Pinang dan Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Kesempitan dan keperitan itu menyababkan UMNO-BN diserang sawan. Mereka tidak dapat menerima hakikat. Prinsip-prinsip demokrasi diketepikan. Perak dirampas. Mahkamah, SPR, dan PDRM dijadikan alat oleh parti pemerintah untuk mengekalkan kuasa. Mereka kalah 8 daripada 11 PRK yang dijalankan pasca-PRU Ke-12. Mereka hanya mampu bertahan di kawasan yang mundur atau kawasan yang mempunyai ramai bilangan pengundi pos atau pengundi-pengundinya masih boleh dibeli dengan harga murah. Trend ini menjadikan UMNO sebuah syarikat direct selling.

Kaedah ini dimanfaatkan oleh UMNO-SUPP di Sibu. Namun, kerendahan mutu barang jualan tidak menarik hati pelanggan walaupun banyak special offer yang mengancam ditaburkan secara terbuka.

Wajah politik Malaysia dibumbui rasuah yang tidak berkesudahan oleh UMNO-BN. Kini mereka sudah berani menghantar mesej rasuah secara terbuka di hadapan rakyat. Bagi golongan yang memperjuangkan integriti, hal ini merupakan sesuatu yang amat menjijikkan dan pencemaran maruah diri yang nyata. Walau bagaimanapun, menjual maruah melalui direct selling ini tidak pernah menjadi faktor penentu kejayaan UMNO-BN.

Mereka terus gagal meyakinkan orang Cina dan Melayu yang menghuni bandar dan pinggir bandar. Kegagalan UMNO-BN ini menjadi kekuatan Pakatan Rakyat. Namun, majoriti kerajaan tempatan di negara kita masih lagi majlis daerah. Jika keadaan ini tidak berubah dan minda penghuninya tetap di takuk itu, sukar bagi Pakatan untuk menggapai cita-cita menakluk Putrajaya.

Sungguhpun begitu, keyakinan perlu disandarkan kepada perubahan positif yang ditunjukkan di Hulu Selangor dan Sibu. Undi untuk PKR bertambah. Ini menunjukkan bahawa tidak semua orang Melayu terpikat dengan direct selling UMNO-BN. Undi untuk DAP begitu mendadak. Ini menunjukkan bukan sahaja orang Cina bersama Pakatan malahan juga orang Melayu dan Bumiputera Sarawak mula menyokong DAP. Perkembangan sihat ini perlu dikekalkan dan dikembangkan menjelang kedatangan PRU Ke-13 nanti.

Dengan kedudukan kewangan negara yang semakin menguncup, UMNO-BN sudah kelihatan terdesak. Mereka sudah berani menghalalkan yang haram. Bantuan bertaraf nasional kepada badan-badan dan institusi-institusi tertentu sudah semakin ciput. Dari sudut yang lain, mereka sudah "membela" taukeh-taukeh besar untuk mengumpul dana pilihan raya. Usaha ini pasti terjejas sekiranya masih ada beberapa siri PRK selepas ini atau sehingga tamat tempoh PRK boleh diadakan.

Peristiwa-peristiwa yang telah kita saksikan dahulu dan sekarang ini menjadi penanda aras kepada tindakan-tindakan UMNO-BN seterusnya. Pembangunan luar bandar melahirkan pelbagai cabang subsidi. Subsidi baja. Bantuan pekebun kecil getah. Subsidi tanam semula getah. Sistem parit dan tali air. Balai raya. Kelas Dewasa. KEMAS. Semuanya menjadi aset penting UMNO-Perikatan-BN. Hal ini diperpanjangkan kepada subsidi barang-barang keperluan seperti beras, gula, tepung, minyak masak, dan bahan bakar.

Kesan yang diterima kerajaan melaluinya ialah sokongan tidak berbelah bagi rakyat kepada mereka. Sokongan orang Cina dan India terhadap kerajaan diperkukuhkan dengan doktrin menakut-nakutkan mereka terhadap kengerian pelaksanaan undang-undang Islam bagi menutup rapat kepercayaan terhadap perlunya wujud negara Islam yang dihasratkan PAS.

UMNO-BN selesa dan gembira dengan kewujudan keadaan itu. Bagi pemimpin yang tamak, inilah masanya untuk mengenyangkan perut sendiri dan membentuk kroni. Maka bersepahlah Ali Baba untuk kaya atas angin. Maka wujudlah kontraktor Kelas F untuk cari makan sikit-sikit. Berkembang biaklah rasuah untuk memperoleh apa-apa jua yang tidak sepatutnya. Wujudlah projek terbengkalai. Bangunan yang baru siap runtuh, tayar monorel hempap orang hingga mati, bumbung pangsapuri tercabut diterbangkan angin, dan pelbagai lagilah kecacatan memalukan sehingga parlimen pun bocor dua tiga kali dan hospital pun tak sempurna.

Kegembiraan bercampur noda itu direntap kemelesetan ekonomi dunia, perpindahan pelabur ke negara lain, keengganan pelabur baru membuka perniagaan, dan joli katak kerajaan. Apabila kantung kerajaan sudah menipis, dan penjanaan tidak mampu dilakukan, rakyat jugalah yang dibebankan. Kenaikan harga barang dan perkhidmatan terpaksa ditanggung oleh rakyat. GST pun hendak dilaksanakan. Kini mereka mula mengorak langkah untuk memancing simpati rakyat dalam usaha mengurangkan subsidi. Ternyatalah bahawa banyak lubang yang perlu ditutup setelah tersalah gali. Rakyat digalakkan berjudi kononnya untuk menjana pendapatan negara. Maka setiap pembacaan rakyat terhadap tindak-tanduk kerajaan itu menimbulkan rasa meluat dan marah. Subsidi yang dahulunya menjadi jambatan penting sokongan rakyat kini sudah hampir patah dan punah. Kemesraan yang hilang itu rupa-rupanya memakan diri UMNO-BN.

Dengan demikian, fokus utama Pakatan Rakyat sekarang ini ialah mengumpul seberapa banyak sokongan daripada pengundi-pengundi di kawasan majlis daerah tanpa mengkesampingkan sokongan para pengundi di pedalaman. Kawasan-kawasan majlis daerah masih mudah dimasuki dan penduduknya telah menerima kemudahan asas yang mencukupi.

Berkat sumbangan daripada hartawan yang sentiasa mahu melihat konsep memasyarakatkan kekayaan negara direalisasikan, kita percaya keadilan yang sejati akan memberi harapan baru kepada rakyat. Merekalah yang berhak menikmatinya. Segala bentuk penganiayaan perlu dibanteras setelah sekian lama membelenggu kehidupan rakyat jelata.

Berpuluh tahun Terengganu menerima royalti petroleum, rakyatnya menduduki tempat ketiga termiskin di Malaysia. Sudah lebih 40 tahun Sarawak yang kaya dengan pelbagai hasil bumi merdeka di bawah Malaysia, rakyatnya menduduki tempat kedua termiskin di Malaysia. Demikian juga Sabah, kekayaan buminya hanya mampu meletakkan mereka sebagai negeri pertama termiskin di Malaysia. Johor yang merupakan tempat lahir UMNO dan penduduknya dikatakan rela sehidup semati dengan UMNO pun dibiarkan hidup dalam keadaan daif. Apa maknanya semua ini?

Dana berjumlah RM54 bilion untuk membantu golongan Bumiputera kini tinggal RM2 bilion. Siapa yang songlap RM52 bilion tu? Bolehkah dana RM2 bilion melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera seperti yang dihasratkan oleh Dasar Wawasan Negara yang akan tamat hujung tahun ini? Jangan mimpilah. Ketiadaan golongan ini menyebabkan anak-anak Melayu yang mahir terpaksa bergantung kepada GLC atau berhijrah ke luar negara mencari penghidupan. Dalam pada itu pun kita lihat Sime Darby dan Pos Malaysia rugi teruk. Siapakah yang boleh kita harapkan untuk melonjakkan orang Melayu ke atas? Kalau tidak ada, sampai bila-bila pun kita di bawah. Orang bukan Melayu pun dah mula meluat tengok perangai bodoh kita. Sampai bila nak diberi tongkat? Tongkat pun dah malas dan malu nak sakti!!!

Kita tidak boleh terus-terusan menyalahkan takdir. Kita tidak boleh terus-terusan menyalahkan orang lain. Kita tidak boleh terima kenyataan bahawa bila UMNO lemah, bukan Melayu akan panjat atas kepala kita. Kita pun melenting tak tentu pasal bercakap tentang perkauman sempit. Jangan jadi gila. Hak kita sudah terpampang dalam Perlembagaan Malaysia. Hak orang lain pun turut dicatatkan. Tidak ada siapa nak kacau. Yang buat kacau ialah Melayu-UMNO. Melayu yang tipu Melayu. Kalau Melayu tidak tipu Melayu, Melayu tak akan jadi lagu ni sekarang.

Bodohlah kita yang bersandar harapan kepada UMNO. Bodohlah kita menaruh harapan tinggi kepada penipu. Kita perlu mengubah nasib tanpa bergantung kepada penipu. Kita perlu mengubah nasib tanpa bergantung kepada UMNO. Kita tolak UMNO. Kita ketepikan UMNO. Mereka tidak berpegang kepada lunas-lunas Islam pun. Bagi mereka semua boleh. Arak boleh. Judi boleh. Rasuah boleh. Kronisme boleh. Nepotisme boleh. Berkawan dengan Yahudi boleh. Guna perkhidmatan APCO boleh. Guna SPR, PDRM, dan mahkamah untuk kekal berkuasa pun boleh. Islam saja yang tak boleh. Bila buat taik di Selangor, suruh Pakatan bersihkan. Banyak dia punya cantik! Kita perlu buang UMNO jauh-jauh. Kita perlu nyahkan UMNO. Nyahkan UMNOOOOOOOOOO!!!sumber

Sabtu, 29 Mei 2010

Kekayaan Adik Najib Bernilai USD 145 juta

Sementara Ketua Eksekutif PEMANDU Jabatan Perdana Menteri Idris Jala membeliakkan mata rakyat dengan ramalan bahawa negara bakal menyusul jejak Greece untuk menjadi negara muflis seandainya subsidi tidak dikurangkan, Forbes Asia pula mengumumkan perangkaan bahawa jumlah kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia telah bertambah sebanyak 42%, berikutan perkembangan ekonomi negara.

Menurut "Malaysia Rich List 2010" yang diumumkan oleh Forbes Asia, jumlah kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia telah bertambah dari USD 36 bilion pada tahun 2009, kepada USD 51 bilion pada tahun ini, malah memecah rekod USD 46 bilion yang dicapai pada tahun 2008.

Selain daripada itu, mereka yang memiliki jumlah kekayaan melebihi USD 1 bilion di Malaysia telah bertambah dari 9 orang pada tahun lalu, kepada 10 orang pada tahun ini.

Menurut Forbes Asia, pertumbuhan kekayaan secara keseluruhannya orang kaya di Malaysia ini selari dengan pasaran saham yang melonjak 32% sepanjang 12 bulan yang lalu, dan kadar pertambahan nilai mata wang ringgit yang melambung 11% pada masa yang sama.

komentar ustaz Asri: Ulama UMNO Bakar Kapal


Saya bukan orang politik. Bukan aktivis mana-mana parti. Saya seorang rakyat yang memerhati perkembangan pemikiran Islam dalam negara ini. Artikel ini akan menyebut istilah ulama UMNO atau ulama pro-UMNO. Walaupun istilah ini umum, namun saya mengecualikan mereka yang ikhlas dan tidak bersikap seperti yang disebutkan nanti.

Saya tidak faham mengapakah Umno kebelakangan ini suka berkeras mengambil pandangan-pandangan agama yang bersifat perkauman dan amat konservatif.

Dulu mereka lebelkan PAS demikian. Namun hari ini apabila PAS mula membuka ufuknya, melihat Islam dalam kerangka yang lebih luas, Umno pula yang cuba kembali ke zaman ortodoks tersebut.

Ya, memang masih ada dalam PAS sendiri kelompok yang ‘ala ulama Umno’ hari ini, yang juga mengurung diri dengan pandangan-pandangan yang agak konservatif dan menolak keluasan ijtihad.

Namun suara pembaharuan dan keterbukaan jelas kedengaran dalam PAS. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak lagi bersendirian dengan pandangan-pandangan pembaharuannya.

Pelik, sebagai pemerintah mengapa Umno menerima pandangan-pandangan yang sempit itu. Padahal pandangan-pandangan itu hanyalah tafsiran ‘kurang luas’ golongan konservatif agama, atau satu ijtihad yang boleh untuk dilihat atau dibandingkan dengan ijtihad yang lain.

Apakah kerana Umno merasakan bahawa mereka hanya mampu bernafas dalam iklim yang kurang ‘oksigen keluasan ijtihad’ atau hanya gas perkauman dan fahaman ’sempit’ agama sahaja yang mampu menghidupkan Umno.

Atau, apakah ulama-ulama pro-Umno hanya mampu bernafas selagi parti itu dikurangkan oksigen keluasan berfikir? Atau, apakah Umno melihat rupa paras Islam dalamnya hanya mampu dilihat jika ia bersifat keras dan sokongan Melayu pun akan datang kepadanya dengan membakar isu-isu tersebut?

Dimanakah keserasian wajah 1 Malaysia Perdana Menteri dengan pendekatan Islam Umno hari ini?

Sebagai pemerintah bagi sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama, oksigen keluasan ijtihad diperlukan oleh Umno. Mengapakah Umno menerima pendapat-pendapat yang menajamkan salah faham terhadap Islam di negara ini.

Dulu Umno menolak pihak yang membangkitkan tuduhan 300 ribu orang Melayu murtad serta menuduh individu dan institusi itu dan ini sebagai pusat Kristian.

Hari ini pendapat pihak seperti tersebut diterima pakai. Bahkan beliau dijadikan perlambangan ulama pro-Umno. Atau memang Umno kini berminat dengan perdekatan yang sifatkan media antarabangsa sebagai ‘ala-ala Taliban’?

Segala tudingan Umno dahulu kepada PAS sebagai pembawa Islam sempit dan jumud, hari ini PAS hampir dapat membebaskan diri dan imejnya seumpama itu sedangkan sebaliknya Umno pula yang memakai seragam kejumudan dan kesempitan tersebut.

Peguam bukan Islam

Lihat, isu peguam bukan Islam di Mahkamah Syariah. Media-media Umno membesar-besarkan isu ini seakan ia akan memusnah orang Islam.

Diambil pendapat pihak yang menyatakan bahawa itu akan mengelirukan umat Islam dan mengancam Islam. Saya ditanya oleh Utusan Malaysia, namun apabila saya beri pendapat yang berbeza, ia tidak disiarkan.

Isu itu boleh memberikan gambaran salah kepada bukan Islam, dan juga generasi baru Muslim mengenai Islam.

Bagaimanakah mungkin, universiti rasmi kerajaan UIAM memberikan sijil yang sah dalam bidang tersebut kepada peguam berkenaan, tetapi kerajaan yang sama menyatakan ia tidak boleh digunapakai?

Apakah ini secocok dengan keadilan Islam?

Kedua, bayangkan dalam sebuah negara Islam sepenuhnya yang hanya bertunjangkan Mahkamah Ssyariah, tiba-tiba kita beritahu bukan Islam tidak boleh menjadi peguam!

Apakah dalam negara yang berbilang agama ini, mereka akan pandang tinggi tentang konsep keadilan di mahkamah yang bersifat Islam seperti itu?

Peguam ialah pembela. Sesiapa sahaja boleh membela tertuduh di mahkamah Islam. Yahudi pernah menang kes menentang Saidina ‘Ali dalam pertikaian baju besi.

Pada zaman Nabi SAW dan al-Khulafa al-Rasyidin, tiada sistem guaman secara rasmi. Seseorang boleh menuntut keadilan dengan hujah-hujahnya di hadapan hakim. Untuk membela atau berhujah, sesiapa pun boleh berhujah.

Penentunya, sistem kehakiman itu sendiri, bukan peguam. Di zaman kini lebih jelas. Undang-undang telah dienakmenkan. Ia bertulis dan setiap pihak terikat dengan undang-undang bertulis itu.

Sesiapa sahaja yang berhujah, sama ada Islam atau bukan Islam, mereka terikat dengan hal tersebut. Hakim akan menentukannya secara adil. Keadilan sebenar dapat diperolehi jika hakim adil.

Setiap pihak berhak membela diri, dan berhak meminta sesiapa sahaja yang mampu membelanya. Keadilan itu buta warna kulit dan jenis agama.

Islam yang seperti itulah patut digambarkan jika kita ingin menuju kepada Islamisasi negara yang sebenar. Jika ada beberapa peruntukan undang-undang yang kurang sesuai dalam masyarakat yang rencam ini maka ia perlu diubah.

Cara Umno mengendalikan isu tersebut, mengelirukan bukan Islam!

Jika tidak mahu benarkan, mengapa dia diizinkan melalui pengajian dan menghabiskan masa untuk itu, kemudian dimaklumkan ’sijil awak tidak laku’.

Ulama pro-Umno bising. Menariknya, apabila ada orang yang ditahan tanpa diberikan hak perbicaraan, mereka diam! Tidakkah ini mengelirukan Islam dan bukan Islam?

Jika ini tidak diubah, Islam di negara ini terus menjadi defensive, takut pada bayang-bayang sendiri dan gagal memahamkan bukan Islam tentang keindahan Islam.

Lebih 50 tahun Umno memerintah, generasi baru bukan Islam bertambah prejudis dengan Islam yang dibawa oleh Umno. Golongan muda Islam juga demikian.

Agama dijadikan senjata permusuhan, bukan lagi rahmat yang menimbulkan kedamaian dan keyakinan rakyat kepada keindahan Islam.

Jika tanpa pendakwah-pendakwah dan tokoh-tokoh yang ikhlas menjelaskan tentang hakikat Islam sebenar, tentu bukan Islam bertambah prejudis kepada Islam.

Generasi Islam yang terpelajar juga akan mula mempersoalkan Islam seperti ini.

Isu kalimah Allah

Isu kalimah Allah juga demikian. Ulama pro-Umno, termasuk ‘ala Umno‘ yang berada dalam PAS membakar rakyat awam dengan isu ini.

Sehingga ada ulama pro-Umno yang cuba mengkafirkan orang lain dalam isu nama Allah tersebut. Tidak cukup dengan 300 ribu yang dimurtadkan dulu, ditambah pula ahli politik yang cuba dijadikan murtad baru.

Semuanya kerana tafsiran yang sempit. Padahal, isu itu boleh diselesaikan dengan adil dan saksama. Diraikan hak agama lain dan dibuat beberapa peraturan untuk ketenteraman awam. Saya sendiri telah menggaris panduan dalam media. Bukan Islam ramai yang setuju.

Namun, ada yang cuba bermain sentimen rakyat yang kurang faham.

Media Umno pula hanya menerang pendapat sebelah pihak. Namun sekarang apabila melihat kekalahan di Sibu yang membabitkan penduduk Kristian, Umno mula gelisah. Apakah Umno akan meminta fatwa baru dari ‘mufti’ yang setia berkhidmat itu?

Isu masuk masjid

Isu bukan Islam tidak boleh masuk ke dalam masjid juga dipopularkan oleh media Umno. Padahal larangan bukan Islam masuk masjid hanya salah satu pendapat dalam kalangan ulama.

Ulama hadis ramai berpendapat sebaliknya. Ini disebabkan hadis-hadis menunjukkan bukan Islam pada zaman Nabi SAW masuk ke dalam masjid dan mempelajari Islam.

Jsuteru, di zaman kini yang banyak salahfaham terhadap Islam, mereka lebih patut dibenarkan masuk.

Cumanya, letakkan beberapa peraturan atas asas siyasah syar’iyyah (islamic administration). Namun, jika apabila dikemukakan pendapat bahawa bukan Islam boleh masuk ke masjid, bangkitlah ulama-ulama pro-Umno dengan fatwa-fatwa ketat dan seakan hendak berjihad mempertahankannya.

Malang sekali, apabila timbul isu judi bolasepak, tidak pula mereka berani lantang dan tegas. Tidakkah ini mengelirukan? Apa tidaknya, apabila bukan Islam hendak masuk masjid dihalang, tapi apabila diberikan keizinan berjudi didiamkan!

Isu Sebat

Isu sebat tiba-tiba muncul. Dulu Umno sensitif dengan hudud. Dalam persekitaran yang ada, saya juga fikir PAS tidak perlu menegaskan isu hudud. PAS sejak dulu patut angkat isu keadilan seperti mereka lakukan sekarang.

Keadilan itulah objektif. Hudud adalah mekanisma yang boleh diselaraskan apabila keadaan wajar.

Hukum yang baik untuk tempat yang sesuai. Sama seperti wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Jika wanita yang baik dikahwinkan dengan lelaki yang jahat, kepincangan akan berlaku.

Demikianlah hudud. Saya telah beri pandangan dalam masalah ini.

Tapi kini, tidak semena-mena tanpa mukadimah yang jelas agar rakyat faham, Umno mencanangkan isu sebat Kartika dan tiga wanita di Wilayah Persekutuan.

Menurut laporan media, mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria kata sesiapa hina hukum sebat murtad kerana ia hukum Allah. Namun, apabila Sultan Pahang batalkan hukuman, beliau berkata itu hak Sultan.

Saya telah beri pandangan dalam kes ini, boleh rujuk laman web saya. Keajaiban ulama dalam media Umno!

Perarakan Maulid

Apabila Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat kata perarakan maulid bukan galakan agama, media Umno dan ulama pro-Umno membuat ulasan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diserang. Walaupun saya ketika itu menulis dalam Mingguan Malaysia, saya memberikan pandangan yang berbeza.

Artikel saya ‘Melayu dan Mamak Penang’ boleh dirujuk. Media Umno jadikan seakan isu itu benteng Melayu-Islam di Malaysia.

Di Kelantan, lebai entah dari mana datangnya, pun menulis di Mingguan Malaysia kononnya Nik Aziz - Wahabi disebabkan isu-isu seperti ini.

Bisinglah mereka. Malangnya, media dan ulama pro-Umno tidak pula bising keruntuhan moral muda-muda Melayu-Islam saban tahun disebabkan perhimpunan pesta sambutan tahun baru yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin politik!

Inilah ulama yang pro-Umno sekarang. Apakah mereka ini dapat menarik perhatian generasi baharu Islam dan bukan Islam kepada Islam?

Barah

Banyak lagi isu lain jika hendak disebutkan yang membabitkan ulama dalam Umno.

Saya bukan anti-Umno tetapi inilah realitinya. Saya ramai sahabat dalam Umno. Kepimpinan Umno bermula dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga ke lapisan bawah, ramai yang baik dengan saya. Tapi ini realiti. Kritikan saya untuk semua. Kali ini khas untuk Umno.

1 Malaysia yang dicanangkan oleh Najib akan tenggelam dibakar oleh pemikiran sempit dan berkepentingan oleh sesetengah ulama Umno ini.

Malang sekali, di kala rakyat Malaysia mula bersikap terbuka, memahami Islam dari kerangkanya yang luas, menelaah ijtihad yang berbagai dan bersedia untuk berhujah secara matang, Umno memilih fatwa atau pandangan yang kian sempit dan berkepentingan.

Dunia sudah terbuka disebabkan media baru, Umno cuba kembali ke zaman selepas kemerdekaan.

PAS yang dahulunya dilihat kolot, mula dipenuhi dengan tokoh-tokoh politik Islam yang kian matang dan mampu mengadaptasi Islam dalam lakarannya yang luas. Pada masa yang sama Umno sedang kerumuni oleh sesetengah mereka yang ‘narrow-minded’ dan melihat Islam dalam kerangka perkauman.

Bolehkah 1 Malaysia tajaan Perdana Menteri berjaya jika ini terus berlaku. Generasi muda Islam dan bukan Islam telah jauh ke hadapan meninggalkan kesempitan ini. Islam dalam kerangkanya yang lebih universal akan mengambil tempat.

Ulama Umno sebenarnya sedang membakar kapal sendiri dan menenggelamkannya. Perdana Menteri, patut menilai semula agenda 1 Malaysia!

* Tersiar dalam Malaysiakini pada 28 Mei 2010.

Teori 1 MALAYSIA :Negara Muflis Sebab Subsidi ??


"MENTERI di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU, Datuk Seri Idris Jala berkata “ Malaysia adalah antara negara paling bersubsidi di dunia dengan tahun lalu saja jumlahnya mencecah RM74 bilion merangkumi bahagian sosial (RM42.4 bilion), bahan api dan tenaga (RM23.5 bilion), prasarana (RM4.8 bilion) dan makanan (RM3.4 bilion).Jumlah subsidi itu bersamaan RM12,900 bagi setiap isi rumah.

Ini menimbulkan beban fiskal kepada ekonomi Malaysia dan kita patut menghindarinya bagi menyelamatkan negara menjadi muflis seperti Greece yang pendapatannya 100 peratus terpaksa membayar hutang,”

Beliau menambah, beban hutang negara kini mencecah RM362 bilion atau 54 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) - yang tertinggi sejak merdeka dan dianggar meningkat kepada RM1,158 bilion menjelang 2019 yang boleh mengakibatkan negara muflis.

Inilah antara keyataan seorang pemimpin sebuah kerajaan yang diomongkan sebagai kerajaan yang mengutamakan rakyat dan pencapaian diutamakan.

Kenyataan seumpama ini mungkin diterima oleh majoriti rakyat era 60an dimana rujukan rakyat hanya bertumpu kepada utusan meloya dan RTM.Pada hemat saya mungkin Pak menteri terlupa bahawa hariini akses maklumat dan fakta sangat mudah dicapai dan majoriti rakyat lebih maklum bahawa subsidi di kebanyakan negara eropah dan timur tengah lebih baik dari Malaysia.Kita tak perlu pergi jauh ,lihat sahaja jiran kita Brunai yang mana kerajaan kita yang bermurah hati menghadiahkan ah dua telaga minyak.Rakyatnya bukan sahaja dapat subsidi bahkan pelbagai kemudahan lain termasuk biasiswa .

Realitinya Pak menteri dan penasihatnya yang terdiri dari pegawai yang pakar terlebih maklum apakah faktor utama negara kita terjerumus dalam krisis hutang akibat dari defisit belajawan sedangkan kita kaya dengan hasil petroleum,minyak sawit dan pelbagai lagi hasil bumi disamping kedudukan geografi yang strategik ekonomi/pelaburan di tengah aliran dua kuasa dagang besar.Apakah yang kita kurang dibandingkan Singapura ?

Langkah menhentikan subsidi adalah methodologi kebelakang yang diaplikasikan sebagai jalan pintas natijahnya akan mencetuskan implikasi buruk kepada sosio ekonomi Negara.

Sebagai sebuah kerajaan yang dinamik sepatutnya mengambil langkah yang proaktif dalam menadaptasi hasil negara secara berhemat dengan mempraktikkan urustadbir yang efektif.

Majoriti rakyat Malaysia sudah muak dengan dakwaan isu penyalahgunaan harta negara dan pecah amanah .Saya mengambil contoh angaran perbelajaan kontak pembelian kapal selam RM5.382 bilion dan jet sukhoi RM4.94 bilion.Ini tidak termasuk kelemahan tadbiran,ketirisan disamping wang untuk membeli undi dalam setiap piliharaya kecil disamping ,memberi habuan kepada wakil rakyat yang hendak melompat, .Jika dicampur secara total setiap tahun berbilion-bilion hasil negara dibazirkan untuk projek yang bermotokan “ 1 Malaysia poket & kuasa ku diutamakan ,pencapaian dikesampingkan”

Hari-hari berlalu rentetan kerugian diumumkan dan pelbagai dakwaan penyelewengan diketengahkan namun perompak berskala besar ini tetap bebas meragut seluruh hasil bumi negara.sebaliknya subsidi yang amat diperlukan rakyat bawahan menjadi mangsa .apbila Negara bedepan krisis hutang yang dicipta oleh pentadbir yang korup dan tidak cekap.Sedangkan faktanya pengurangan subsidi akan mencetuskan satu impak social ekonomi yang lebih besar kepada Negaraku yang tercinta.

Kesimpulannya sebarang langkah pengurangan subsidi adalah jalan terakhir dan Malaysia perlu bangkit memastikan urustabir dana Negara dilaksanakan secara berhemah tanpa dicemari unsur-unsur negatif.

"

Jumaat, 28 Mei 2010

Husam Dedah Vincent Tan Pernah Mohon Lesen Judi Dengan Kerajaan Kelantan. Husam Masih Simpan Surat


Vincent Tan Mohon Lesen Judi Dari Pas, Husam Simpan Surat Permohonan

Kerajaan Persekutuan pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) harus mencontohi Kerajaan Kelantan yang tegas, komited dan tidak berkompromi dalam isu perjudian.

Tidak seperti kerajaan Umno BN, kerajaan Pas Kelantan yang didatangi Tan Sri Vincent Tan tetap tidak tunduk kepada keinginan ahli korporat itu.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Husam Musa menyatakan Vincent Tan datang memohon untuk memperoleh lesen judi selepas tamat pilihan raya umum 2008 tetapi ditolak mentah-mentah.

Vincent Tan melalui Kumpulan Berjaya yang memperoleh lesen judi bola yang diluluskan kerajaan Umno BN baru-baru, sempena kejohanan Piala Dunia Jun ini.

"Pada Jun 2008, ambo (saya) diberi satu surat dari Vincent Tan. Surat itu dialamat pada Menteri Besar Kelantan dan untuk ambo. Nak suruh lulus semula lesen judi 4 nombor ekor di Kelantan.

"Surat itu masih simpan, tak tunjuk pada Tok Guru kerana ambo jawab balik kepada wakil Vincent Tan - tak payah sampai Tok Guru. Aku bagitau, permohonanmu tidak layak sama sekali," kata Husam ketika berucap di Majlis Ceramah Perdana Isu Judi di sini, malam tadi.

Husam menegaskan tidak ada lesen judi diluluskan kerajaan Kelantan sejak Pas memegang tampuk kuasa negeri pada 1990 dan kesal kerana Datuk Dr Awang Adek Hussin bersetuju dengan pelaksanaan judi bola.

Kata Husam, pengumuman yang dibuat Dr Awang Adek mengecewakan penduduk Bachok yang mengundi Timbalan Menteri Kewangan ini, sebagai Ahli Parlimen pada pilihan raya umum lalu.

"Munasabahlah Islam larang perjudian dan munasabahlah bagi seorang yang waras pemikiran mementingkan akhlak dan nasib rakyat untuk berfikir bagaimana untuk kurangkan tabiat ini.

"Di Barat, mereka tubuhkan NGO untuk mendidik rakyat hentikan ketagihan judi. Tetapi malangya, ada orang Kelantan, orang Melayu, orang Islam sokong judi," katanya lagi. -TVS

Iklan hina agama Islam di New York


NEW YORK 27 Mei - Iklan-iklan tertera soalan anti-Islam yang dipasang di lebih 30 buah bas di bandar raya ini menimbulkan kekecohan dan kritikan di kalangan penganut Islam yang menyifatkannya sebagai menghina agama tersebut.

Soalan yang dipaparkan pada iklan itu adalah, 'Mahu meninggalkan Islam?', 'Fatwa di atas kepala anda?', 'Adakah keluarga mengancam anda?'.

Iklan tersebut merujuk kepada sebuah laman web dipanggil RefugefromIslam.com, yang menawarkan maklumat kepada mana-mana penganut Islam yang mahu meninggalkan agama itu tetapi segelintir umat Islam menyifatkan iklan itu sebagai agenda anti-Islam.

Pamela Geller, yang mengetuai organisasi dikenali sebagai Stop Islamization of America berkata, iklan tersebut dibuat bertujuan menyediakan sumber kepada penganut Islam yang takut meninggalkan kepercayaan mereka.

"Ia bukan satu tindakan menyakiti penganut Islam, ia adalah kebebasan beragama.

"Ia juga tidak menyasarkan golongan yang mengamalkan Islam. Iklan itu tidak mengatakan 'tinggalkan' tetapi 'meninggalkan' disusuli tanda soal." katanya.

Geller berkata, iklan itu dibeli pada harga AS$8,000 (RM28,000), yang mendapat sumbangan daripada pembaca blognya, Atlas Shrugs dan laman-laman web lain.

Iklan yang sama turut dipasang di beberapa buah bas di Miami dan menurut Gellar, pembelian iklan sedang dirancang untuk bandar-bandar lain.

Jurucakap Lembaga Pengangkutan Metropolitan (MTA) Kevin Ortiz berkata, iklan Geller telah diteliti dan tidak mencabul garis panduan agensinya.

Katanya, semua iklan yang dipasang telah menjalani proses saringan. - AP

Khamis, 27 Mei 2010

Judi, Mansuh Subsidi, GST dan Minyak Naik bukti Kerajaan Najib tiada duit


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat tindakan Kerajaan meluluskan lesen judi bola baru-baru ini sebagai satu langkah terdesak. Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak dilihat gagal menguruskan kewangan negara hingga menyebabkan kantung ekonomi negara kini jadi kelam kabut. Duit banyak dihabiskan untuk janji pilihanraya kecil.


Lesen Judi

Tahun lepas pendapatan cukai judi negara merosot kepada RM 1.199 bilion berbanding 2008 dimana Kerajaan mengutip RM 2.32 bilion. Najib sebagai Perdana Menteri mengunakan defisit ini sebagai salah satu faktor bagi memberikan kelulusan semula kepada Berjaya Group untuk menjual tikel judi bola sepak piala dunia tahun ini dengan harapan mereka boleh mendatangkan hasil cukai yang tinggi.

Pelbagai lapisan rakyat dan organisasi menentang keputusan ini tetapi Najib memekakkan telinganya. Ulama'-ulama' dan Menteri Agama Umno juga diam berkematu. PAS membantah dasar ini dan mengajak rakyat bangkit menentangnya.

Mansuh Subsidi?

Seterusnya, desakan memansuhkan subsidi oleh pihak FOMCA juga dijangka diambil kesempatan oleh Kerajaan. Kerajaan kini mempertimbangkan untuk memansuhkan subsidi gula, elektrik dan minyak. Ini pasti akan memberikan kesan yang besar kepada rakyat dan industri makanan dan pengangkutan dalam negara kelak.

Jika benar subsidi ini dimansuhkan, harga barangan ini akan melonjak naik dan dikawal sepenuhnya melalui pasaran penawaran dan permintaan secara terbuka. Ini juga akan mendedahkan industri ini kepada manipulasi harga oleh pihak pembekal sumber dimasa akan datang. Oleh itu satu kaedah perlu diperhalusi sebelum kerajaan membuat apa-apa keputusan. Penstrukturan semula subsidi satu pilihan tetapi Kerajaan tidak boleh kedekut sangat dengan rakyat dan meletakan beban kenaikan harga barang 100% ke bahu rakyat.

GST bebankan rakyat

Najib sebagai Perdana Menteri juga dilihat begitu tekad untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Hal ini tidak dibincang secara mendalam dalam parlimen dan belum ada sebarang kertas dibentangkan kepada ahli-ahli parlimen. GST hanya dibincang dalam kabinet dan kerajaan terdesak untuk mengaut keuntungan segera dari rakyat melalui cukai ini.

Jika GST diperkenalkan, kos hidup rakyat akan meningkat bagi semua lapisan dan mereka terdesak untuk menampung perbelanjaan rutin mereka. Kerajaan perlu jelaskan apakah GST ini dan senaraikan barang serta perkhidmatan yang bakal dikenakan GST. Kini rakyat risau kerana kadar pendapatan dalam negara masih lagi rendah, walaupun Kerajaan mahu mewujudkan dasar pendapatan tinggi buat rakyat namun dengan dasar GST ini, pendapatan tinggi itu tidak memberikan makna apa-apa.

Harga Minyak Naik?

Seterusnya, spekulasi mengenai kenaikan harga minyak sebanyak 15 sen lagi dilihat sebagai satu usaha Kerajaan untuk melihat reaksi rakyat pada masa ini. PAS yakin Kerajaan BN mahu melihat sentimen rakyat dalam isu ini. Mereka sengaja menyebarkan khabar ini seperti sebelum ini dan akhirnya menaikan secara mendadak. Mungkin bukan 15 sen, mungkin lebih lagi.

Apa yang pasti, tidak ada mana-mana rakyat yang setuju jika minyak dinaikkan pada masa sekarang sedangkan Kerajaan begitu mudah menghadiahkan Brunei dua telaga minyak bernilai RM 320 bilion. Jika Malaysia pertahankan blok L dan M ini, sekurang-kurangnya negara mampu memliki sebahagian hasil dan sumber minyak dari kedua-duanya.

Namun amat mengecewakan jika kesilapan kerajaan ini menyebabkan mereka menghukum rakyat dengan kenaikan 15 sen harga minyak. PAS berharap agar perkara ini tidak berlaku dan Kerajaan perlulah menyusun perbelanjaan pengurusan dan pembangunan negara secara berhemah.

Rakyat tidak lupa bagaimana Najib, Muhyidin dan menteri-menterinya berjoli dengan duit rakyat dengan pelbagai janji ditabur dalam semua siri pilihanraya kecil (PRK)sejak 2008 yang lalu. Hal ini menjadi punca kenapa kewangan negara jadi kelam kabut. Budget yang sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan yang dirancang telah dibawa lari untuk projek-projek khas dalam PRK.

PAS mengingatkan Najib bahawa judi itu haram. menghapuskan subsidi itu satu penganiayaan, perkenalkan GST itu satu kezaliman dan menaikan harga minyak itu satu pengkhianatan kepada rakyat.

PAS menyeru agar semua jentera penerangan diperingkat negeri-negeri dan seluruh Pakatan Rakyat turun ke lapangan rakyat berceramah dan mengedarkan risalah maklumat mengenai hal ini. Kita tidak mahu Najib menjadi Maharaja tanpa singahsana yang dengan sesukahatinya membuat keputusan atas nama Perdana Menteri dan Kabinetnya tanpa merujuk Parlimen. Apa guna kita berpilihanraya sekali dalam 5 tahun jika wakil rakyat yang dipilih dan institusi parlimen tidak dihormati Najib.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Ustaz Azizan: “Saya tak mahu cari pasal”


ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, tiada apa yang boleh diselindung UMNO dan Barisan Nasional (BN) apabila seorang wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri itu mendedahkan beliau pernah cuba dipujuk oleh pemimpin parti itu untuk meninggalkan Kerajaan Negeri.

"Jangan jadi tidak tentu arah dan tuding jari kepada orang lain setelah apa yang mereka buat terdedah. Itu yang saya nak ingatkan," katanya.

Menurutnya, tidak ada sebab bagi beliau ataupun Pas untuk menjadi juara dengan mencetuskan isu lompat parti melibatkan wakil rakyatnya sendiri kerana kerjasama parti komponen Pakatan Rakyat (PR) di Kedah ketika ini amat kukuh.

"Tidak ada makna untuk kita buat lagu (macam) tu. Kita berada dalam keadaan kukuh, nak cari pasal buat apa?" katanya.

:Azizan berkata, Pas juga tidak terniat mahu memerangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Keadilan Rakyat dan DAP melafazkan ikrar taat setia di depan umum pada 22 Mei lalu seperti didakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

"Tohmahan kononnya kita buat wakil rakyat PKR dan DAP macam daun karipole, cari bila nak guna, lepas guna buang, itu tuduhan jahat. Depa (BN) sudah gelabah," katanya ketika diminta :mengulas kenyataan Mahdzir dalam :Sinar Harian: 25 Mei lalu yang mendakwa, isu lompat parti melibatkan tiga ADUN PKR dan seorang DAP dicetuskan sendiri oleh beliau untuk menunjukkan kepada rakyat kononnya beliau mampu menyelesaikan masalah dalaman PR dan mentadbir Kedah dengan baik.

Mahdzir berkata, Pas Kedah yang diterajui Azizan mencipta isu lompat parti, cuba menyelesaikannya dengan memaksa keempat-empat ADUN PKR dan DAP melafazkan ikrar taat setia dan akhirnya, dilihat sebagai juara dan penyelamat daripada kemungkinan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah terpaksa dibubarkan jika keempat-empat mereka iaitu Lim Soo Nee (PKR-Kulim), S Manikumar (PKR - Bukit Selambau), Tan Chow Kang (PKR - Sidam) dan Lee Guan Aik (DAP - Kota Darulaman) jadi lompat parti.

Azizan berkata, apa yang dibangkitkan itu tidak timbul langsung.

"Saya tak mahu timbul masalah dengan sesiapa. Saya tak pernah sentuh peribadi sesiapa dan saya minta, janganlah saya pula dituduh buat perkara yang saya tidak buat," katanya.

Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah mengingatkan, banyak perkara berkaitan pentadbiran Kerajaan BN dahulu yang beliau tidak dedahkan.

"Jangan ganggu pentadbiran saya berlebihan hingga saya terpaksa buat apa yang sebenarnya saya tidak mahu buat. Banyak perkara saya simpan sebenarnya," katanya.

Panas;;Nenek Mangsa Rogol Rahim tamby Chik meluahkan isi hatinya


"Kenyataan Sabri bin Mohamed Yasin Bagi Pihak Ibunya Pendek binti Ahmad, Nenek Kepada Noryati Binti Mohamad Yusop, Mangsa Rogol Yang Terlibat Dengan Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik Di Hotel Belmount, Melaka Pada 3hb November 1999 .

Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim

Cucu saya, , telah membuat satu kenyataan pada 2hb November 1999 menafikan keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29hb Oktober 1999 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik pada tahun 1994.

Saya amat terkejut dengan kenyataan cucu saya ini kerana sepanjang 5 tahun ini, cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim semasa cucu saya masih berumur 15 tahun. Cucu saya juga memberitahu ahli keluarga dan saya bahawa Tan Sri Rahim merupakan orang lelaki pertama yang melakukan hubungan sulit dengannya.

Oleh kerana cucu terlibat dengan Tan Sri Rahim, dia ditahan oleh pihak polis pada akhir bulan Ogos 1994 sehingga saya sebagai nenek yang membesarkannya tidak dapat berjumpa dengannya. Saya hairan mengapa pihak polis dan kerajaan BN boleh membenarkan seorang mangsa rogol ditahan sedangkan mereka yang merogolnya bebas tanpa dipenjarakan. Ini boleh dilihat selepas 14 lelaki, kecuali Tan Sri Rahim, mengakui merogol gadis bawah umur di mahkamah tetapi tidak dipenjarakan sebaliknya dibebaskan. Akibat peristiwa hitam itu, cucu saya telah melahirkan seorang anak perempuan pada 1995.

Oleh kerana tidak dapat menjumpai cucu saya, saya telah meminta bantuan daripada Ahli Parlimen Kawasan Kota Melaka YB Lim Guan Eng yang berjaya memaksa pihak polis membenarkan saya melawat cucu saya. Saya amat kesal dan sedih bahawa YB Lim dalam usaha membantu mendapat keadilan untuk cucu saya telahpun dipenjarakan di Penjara Kajang pada 25hb Ogos 1998 dan kehilangan statusnya sebagai Ahli Parlimen.

Dalam kes mahkamah Lim Guan Eng yang mulai pada 20hb Jun 1995, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Mok Siew Hoong menyatakan bahawa cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Pada 27hb Februari 1997, cucu saya pula memberikan keterangan sebagai seorang saksi kepada hakim Mahkamah Tinggi dalam kes YB Lim Guan Eng bahawa Tan Sri Rahim mempunyai hubungan sulit dengannya.

Selepas itu cucu saya, semasa berjumpa dengan saya, masih mengakui bahawa Tan Sri Rahim ada hubungan sulit dengannya. Malah, cucu saya telah membuat satu ucapan di depan kami di Hotel Federal, Kuala Lumpur pada 27hb Januari 1999 menyokong YB Lim Guan Eng yang dipenjarakan seperti berikut:-

"Saya merasa sungguh kesal atas apa yang telah berlaku di masa lampau, dan merasa sungguh sedih sekali kerana YB Lim Guan Eng kini telah dipenjarakan. Apa yang beliau cuba lakukan hanyalah untuk membantu saya. Tetapi beliau sendiri pula menjadi mangsa. Semua ini sungguh tidak adil. Saya berdoa semoga keadilan akan dikembalikan kepada YB. Malam ini, saya telah membawa dua surat rayuan, satu kepada Yang Di Pertuan Agong dan satu lagi kepada Yang Di Pertua Negeri Melaka, meminta supaya YB Lim Guan Eng diampunkan dan dibebaskan segera supaya meneruskan tanggungjawab sebagai seorang Ahli Parlimen sejati Malaysia. Saya meminta supaya YB Lim Kit Siang selaku Ketua Pembangkang Parlimen boleh membantu sampaikan surat-surat rayuan saya ini kepada kedua-dua pihak itu."

Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim.

Saya berasa hampa, malu dan marah atas kejadian rogol yang menimpa cucu saya. Tetapi saya berasa lebih hampa, malu dan marah bila cucu saya boleh membelakangkan kebenaran dan keadilan dengan melupai jasa baik YB Lim sehingga bersedia bohong dengan menafikan dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Nyata sekali, ini adalah satu lagi konspirasi kerajaan BN menutup kebenaran demi kepentingan politik.

Saya masih mengingati cucu saya begitu tersiksa semasa ditahan di Pusat Pemulihan Rembau sehingga cuba melarikan diri banyak kali. Dia memberikan keterangan di mahkamah bahawa dia berjaya melarikan diri daripada tahanan sekali sebelum ditangkap balik. Jelas, kasih sayang keluarga kami kepadanya tidak dibalas.

Apa yang dilakukan oleh cucu saya adalah tidak adil kepada YB Lim Guan Eng yang telah kehilangan begitu banyak, termasuk dipenjarakan kerana cuba mempertahankan hak cucu saya ini. Saya tidak boleh lupa betapa susah anak-anak dan isterinya yang sering menangis merindui bapa mereka semasa dipenjara. Oleh itu, saya ingin meminta maaf kepada YB Lim atas apa yang cucu saya telah lakukan.

Saya juga berhasrat memberikan jaminan kepada YB Lim bahawa keluarga kami sentiasa mengenang pengorbanan beliau dan mengingati kesediaan beliau menanggung segala penderitaan dan kerugian kewangan demi membantu sebuah keluarga Melayu miskin yang dianiayai oleh kezaliman kerajaan BN. Kami tidak akan lupai YB Lim adalah satu-satunya orang yang bersedia menegakkan keadilan untuk kami bila tidak ada seorang pun yang berani tolong sama kami.

Semoga Allah S.A.W. boleh memaafkan cucu saya.

Pendek binti Ahmad
Sabri bin Mohamad Yasin
Alamat: Batu 13, Kampung Sungai Petai, 78000 Alor Gajah, Melaka .

LSS : Persoalannya di mana kah Haram jadah nie? dengar cerita dia dah jadi pengerusi Badan Bertindak Perpaduan Melayu! halamak ! ini sudah bahaya ! kalau PR berjaya tawan PutraJaya pada PRU ke-13 esok tak tahu lah berapa ratus keping penerajang la hinggap ke muka mangkuk ayun ni yek!!!

http://amkshahalam.blogspot.com

Rabu, 26 Mei 2010

MP Shah Alam cabar Ezam bertanding kerusinya


Mei 26, 10 4:33pm
Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini mencabar bekas ketua pemuda PKR yang berpaling tadah, Ezam Mohd Noor untuk bertanding di kerusinya pada pilihan raya umum akan datang.

Khalid pada sidang medianya hari ini mengambil kesempatan untuk mencabar Ezam, yang baru-baru ini dilantik sebagai senator Dewan Negara.

Cabaran ini disuarakan wakil PAS itu dalam keadaan Pakatan Rakyat yang pada ketika ini lebih terkedepan dalam mengeksploitasi isu semasa -- khususnya isu pemberian lesen judi sukan.

"Saya juga ucapkan tahniah kepada beliau (atas perlantikan senator).

"Mungkin ini imbuhan atas khidmat dia, yang ditawarkan oleh Umno dan BN.

"(Namun) sebagai seorang yang menganggap dirinya sebagai pejuang, semestinya tidak berpuas hati memasuki Dewan Negara melalui pintu belakang," kata Khalid dengan sinis.

Ezam
pernah bertanding melawan calon Umno di kerusi Shah Alam pada 1999 semasa masih bersama PKR tetapi tewas.

Menurut Khalid, Ezam yang dulunya seorang penyokong kuat ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini tunduk kepada tekanan Umno.

"Sekarang dia bawa hujah kata Anwar memang seorang yang lakukan perkara terkutuk itu," katanya dengan merujuk kepada dakwaan liwat yang dihadapi Anwar.

Khalid juga berkata, pusingan 180 darjah yang dilakukan Ezam juga menunjukkan kuasa tekanan Umno terhadap bekas pemimpin PKR itu.

Maka, Ezam perlu membuktikan bahawa beliau masih mendapat sokongan rakyat, kata Khalid lagi.

"Sejauh mana pendirian rakyat terhadap beliau perlu dibuktikan," katanya dalam satu sidang media hari ini

"Sejauh mana penerimaan rakyat terhadap sikap dan pendirian beliau perlu dibuktikan dan saya sedar bahawa Umno Shah Alam ketandusan kepimpinan.

"Saya yakin dia akan beri tentangan yang lebih daripada pemimpin Umno sedia ada," tambahnya.

PAS lancar DHPP terus MIC-UMNO bergaduh!



Nampaknya Muhyiddin jelas bergaduh dengan anak Samy Vellu! Menyifatkan anak Samy Veelu itu sebagai biadap manakala anak Samy Vellu tu pulak jelas tak puas hati!

Pemuda MIC Pusat siap bagi amaran dan ugutan kepada UMNO untuk mempertimbangkan kedudukan parti itu dalam Barisan Nasional dek kerana MIC mengesyaki UMNO terlibat dalam usaha menggesa Samy Vellu meletakkan jawatan segera!

Pada teman jelas, UMNO sangat-sangat terkesan dengan kejayaan PAS dan keberanian orang India dan Cina menyerlahkan sokongan mereka kepada perjuangan Islam! Teman sendiri tiba-tiba terasa sebak apabila melihat seorang apek tua memakai T-shirt bertulis "Membangun Bersama Islam" sewaktu Majlis Perasmian Dewan Himpunan Penyokong PAS baru-baru ini.

Apakah rakyat Malaysia akan berpeluang melihat kehancuran Barisan Nasional lebih awal dari yang dijangka?
sunsnake 26052010

Anak Presiden MIC biadab – TPM

MUAR 25 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan anak Presiden MIC, S. Vell Paari menuduh UMNO melakukan ‘pembunuhan politik’ (political assassin) untuk memecahbelahkan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu sebagai biadab dan tidak bertanggungjawab.

Timbalan Perdana Menteri yang menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut menegaskan, kepimpinan BN dan UMNO tidak terlibat dalam masalah MIC.

Oleh itu, beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN meminta supaya UMNO tidak dikaitkan dengan masalah dalaman parti yang diterajui Datuk Seri S. Samy Vellu itu.

Berita Penuh

MIC kaji kedudukan dalam BN

KUALA LUMPUR 25 Mei – Ketua Pemuda MIC, T. Mohan hari ini menegaskan, parti itu tidak akan teragak-agak mengkaji semula kedudukannya dalam Barisan Nasional (BN) jika UMNO terlibat dalam penganjuran dan pembentukan Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) pada Ahad ini.

Sambil menyifatkan tindakan penganjuran berkenaan tidak wajar memandangkan Datuk Seri S. Samy Vellu adalah Presiden MIC yang dipilih secara sah oleh perwakilan, beliau menggesa UMNO menjelaskan tujuan penyewaan sebuah dewan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada hari berkenaan.

Menurut Mohan, beliau curiga tempahan oleh UMNO itu dibuat bagi menganjurkan perhimpunan dan pelancaran GAS bagi mendesak pemimpin tersebut meletakkan jawatan sebagai Presiden MIC lebih awal daripada perancangannya.

‘‘Apabila saya telefon PWTC pagi tadi, memang ada tempahan dewan dibuat oleh UMNO tanpa menyatakan siapa yang membuat tempahan serta untuk apa tempahan itu dilakukan.

Siapa AMK Perak yang nak keluar PKR?


Petang tadi aku dapat email dari AMK Perak minta hadir ke sidang akhbar esok di Ipoh. Aku jarang pergi ke PC..sebabnya banyak perkara aku dah tau sebelum PC.

PC esok bertajuk “PENDEDAHAN KONSPIRASI TERHADAP AMK DAN SOGOKAN WANG UNTUK KELUAR PARTI.”

Aku nak mintak kat AMK Perak..sebut saja nama depa. Kalau tak mau sebut..aku sebutkan. Kalau tak mau nak cerita secara detail…aku boleh ceritakan.

Pada 22 hb yang lalu, Jamal Behrang telah memanggil beberapa orang dikalangan bekas-bekas AMK untuk datang berjumpa denganya. Dua kali perjumpaan itu dibatalkan kerana ada pegawai SPRM yang mengekori dan akhirnya pertemuan tersebut diadakan di Kondominium Hillcity, Bilik no 347 pada pukul 3 hingga 7 petang.

Jamal diiringi oleh seorang bodyguard manakala bekas Ahli AMk Perak diketuai oleh Faizal Afendi dari Parit. Diantara yang hadir ialah Ketua AMk Ipoh Timor, Ketua AMK Kampar, Wakil AMK Lumut, ada juga wakil dari AMK Pasir Salak dan Adam Haris..bekas Timbalan Ketua AMK Kuala Kangsar.

Diantara perancangan yang mahu dibuat oleh Jamal ialah mengadakan gelombang kedua orang PKr meninggalkan parti. Semasa Hulu Selangor, Jamal berjaya menarik dua dari Wanita PKR Perak. Itu pun ahli yang telah direject.

Kali ini, Jamal mahu membuat kejutan pula dengan menarik Ketua AMK Cabang untuk mengisytiharkan diri keluar dari PKR ketika Kongres PKR yang akan berlangsung di Kota Bharu pada 27-29 Mei ini. Jamal mencuba untuk menjalankan perancangan Umno ini supaya kemeriahan Kongres yang akan diadakan di Kota Bharu nanti akan terbantut…kerana akhbar akan mensensasikan tentang ahli-ahli yang keluar parti ini.

Faizal Afendi adalah bekas Ketua AMK Parit. Selepas PRU 2008, dia bertapa di SUK…bukan ada kerja pun..cuma jadi kutu-kutu SUK. Sama macam Fauzi Muda…setiap hari ada di SUK. Bila orang tanya…depa kata ada urusan dengan MB la, dengan ECO la. Kemudian jual ubat…sapa nak projek, sapa nak balak, sapa nak kontrak…depa boleh uruskan. Last-last semua kena tipu.

Bila PR ditumbangkan di Perak, Faizal lari ke Sabah…dapat projek dengan Ezam. Sekarang dia jadi balaci Jamal untuk menarik bekas-bekas dan ahli-ahli AMK Perak untuk keluar parti. Itu saja kerja Jamal. Menjadi barua Umno semenjak menjadi Calon Bebas.

Satu lagi perancangan Jamal ialah mahukan setiap bulan mesti ada sekurang-kurangnya dua orang yang memegang jawatan dalam AMK yang keluar parti. Dan diakhir pertemuan tersebut, Jamal menghadiahkan duit kopi sebanyak RM250.00 setiap yang hadir. Ganjaran berikutnya akan diberi apabila setiap kali sidang akhbar dibuat.

Aku cuma nak bagi tau kat AMK Perak…mampuih pi la sapa yang nak keluar parti. Hari tu pun Fuziah Salleh dah bagi notis sebulan kepada sapa-sapa yang keluar parti. Mampuih pi.

Selasa, 25 Mei 2010

Sinar Harian Hari Ini Fitnah Anwar Homoseksual & Hina Tok Guru Nik Aziz

Sinar Harian walaupun dilihat agak bebas sejak kebelakangan ini, perlu bertanggungjawab terhadap sebarang percetakkan mereka. Jangan sembrono je siarkan sesuatu rencana yang penuh dengan fitnah dan hasutan perkauman..ini rencana fitnah yang telah ditulis oleh penulis Tan Melaka.,.

Salahkan halalkan yang gagal dibasmi

Oleh - Tan Melaka

Ramai yang tidak tahu apabila Lee Kuan Yew (LKY ) menghalalkan kasino di Singapura, generasi muda menentangnya. Tetapi LKY terpaksa membelakangkan idealisme moral dan mengutamakan dinamisme ekonomi global Singapura.

.....

Dalam menentang langkah kerajaan mahu memberikan lesen pertaruhan perjudian kepada Berjaya, Pas adalah ibarat ayam yang berkokok berderai-derai tetapi ekornya bergelumang dengan najis.

Dalam soal perjudian ini dari awal lagi sikap Perikatan (UMNO, MCA dan MIC) adalah pragmatik. Perdana Malaysia Pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Timbalannya Tun Abdul Razak lebih pragmatik dan dinamik dari LKY. Ketika LKY bersaing dengan golongan komunis di Singapura yang mementingkan moral, Singapura mengharamkan kebudayaan kuning seperti pelacuran, tarian bogel dan sebarang perjudian. Tetapi Malaysia membenarkan pembukaan Kasino di Genting Highlands dan juga melesenkan judi tikam ekor.

Dalam pengeluaran lesen Kasino Tunku telah memberikan alasan jika perjudian terus diharamkan maka akan menggalakkan lebih banyak pertaruhan haram terutamanya judi tikam ekor dan dengan melesenkannya maka perjudian haram dapat dikurangkan dan kerajaan mendapat cukainya.

Malah Tunku lebih terbuka dan lebih berani dalam menentang bantahan dari orang Islam terutama Pas yang membantah Loteri Kebajikan Masyarakat. Beliau menyatakan hasil jualan tiket loteri itu akan digunakan untuk pembinaan masjid dan surau dan beliau sanggup menanggung dosanya. Suatu seminar ulama diadakan bagi merasionalisasikan sikap orang Islam terhadap penggunaan wang loteri itu untuk kerja-kerja kebajikan.

..........

Di Malaysia langkah terbaru kerajaan memberikan lesen perjudian Piala Bola Sepak Dunia telah juga menerima bantahan terutama dari Pas yang sejak zaman Tunku lagi menentangnya tetapi tentangan PAS kali ini dilihat bersifat hipokrasi kerana jika bangsa dan maruah agama pun sanggup dijual maka apalah ertinya penentangan Pas terhadap perjudian kecuali untuk menutup mata pengikut pengikutnya yang fanatik tentang kenajisannya sekarang dan mengelirukan seluruh umat Islam di negara ini.

Parti ini pura-pura menentang perjudian tetapi bersekongkol dengan parti yang ADUNnya bertelanjang dan juga berketuakan pengamal homosekual malah, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz menganggap perbuatan telanjang seorang ADUN Selangor sebagai hak individu.

Kita telah pasti bahawa perjudian haram bola sepak pastinya tidak akan dapat dihapuskan sama sekali di zaman dunia dikuasai oleh Internet ini tetapi apakah salah jika sekiranya dikuatkuasakan mekanisme yang boleh mengurangkan operasi judi haram itu. Mana yang lebih baik membenarkan dengan kawalan dengan membiarkannya bermaharajalela tanpa dilesenkan yang akan menyebabkan rakyat terdedah kepada penipuan dan penyelewengan dan menggalakkan rasuah yang lebih besar di kalangan pihak yang berkuasa; polis dan sebagainya.

Tidak melesenkannya bererti kita membiarkannya tanpa kawalan dan adalah mustahil bagi pihak polis yang terbeban dengan berbagai jenayah akan dikerahkan pula untuk menjalankan operasi judi haram.

.......

Harus disedari negara ini bukan hanya didiami oleh orang Islam maka itu kesempatan harus digunakan untuk mencari wang dari orang bukan Islam dengan menghalalkan apa yang halal bagi mereka. Umpamanya kita memberikan lesen menjual daging babi di tempat yang khusus. Jika orang Islam nak makan juga maka makanlah.

Wang haram dari perjudian itu bolehlah digunakan untuk membantu masyarakat Cina terutamanya Sekolah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang merupakan benteng kebudayaan Cina. Perjudian adalah sebahagian dari budaya Cina yang sangat dicintai oleh masyarakatnya. (baca penuh)

Nah..Sinar dah melampau...ini ringkasan ayat fitnah yang dikeluarkan akhbar itu...

1.

Parti ini pura-pura menentang perjudian tetapi bersekongkol dengan parti yang ADUNnya bertelanjang dan juga berketuakan pengamal homosekual

2. Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz menganggap perbuatan telanjang seorang ADUN Selangor sebagai hak individu.

Tentulah akhbar itu nak gambarkan bahawa ketua yang amalkan homoseksual adalah Datuk Seri Anwar dan Adun bertelanjang adalah Elizabeth Wong..bahkan paling hina, akhbar ini turut mengheret nama tok guru aziz.

Ini sudah dikira fitnah,,jatuhkan kredibiliti dan maruah seseorang..orang awam boleh faham apabila baca rencana ini.

Buat pemimpin PR, pergilah report polis dan saman akhbar ini..macam Anwar saman mahathir yang kata beliau peliwat. Walaupun dilihat bebas, tapi mereka siarkan berita fitnah..dulu fitnah Nizar dan Farid Ravi Abdullah kononnya calon BN di Hulu Selangor, sekarang fitnah Anwar dan Nik Aziz..jom ajar sikit akhbar ini.

Dan lebih malang, ayat " Harus disedari negara ini bukan hanya didiami oleh orang Islam maka itu kesempatan harus digunakan untuk mencari wang dari orang bukan Islam dengan menghalalkan apa yang halal bagi mereka. Umpamanya kita memberikan lesen menjual daging babi di tempat yang khusus. Jika orang Islam nak makan juga maka makanlah" jelas menghina islam dan tidak bertanggungjawab..kalaulah akhbar ini diterbitkan di Indonesia, sudah pasti akhbar ini sudah dibakar..jom kita semua desak akhbar ini dikenakan tindakan, jangan biarkan akhbar fitnah berada di pasaran.

Najib gadai tanah KTMB kat Singapore la pulak...


Pindah Stesen KTMB Ke Woodlands, Ulang Penukaran Limbang Dengan Blok Minyak

http://2.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/S_qtQIst8dI/AAAAAAAADgw/WphN3V8_LBg/s1600/2010-05-25_004435.jpg



SHAH ALAM 24 MEI: Pakatan Rakyat hari ini menggesa kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan manfaat di sebalik pertukaran enam bidang tanah di Tanjong Pagar dengan dua kawasan di Singapura.

Bagaimapun, keputusan yang dicapai oleh Najib dengan rakan sejawat dari Singapura, Lee Hsien Loong itu dikhuatiri berakhir seperti krisis di wilayah Limbang.

"Kami, setelah berlakunya pertukaran di Limbang iaitu dua blok L dan M di perairan Sabah dan Sarawak, cukup khuatir dan mahu persoalan ini dilihat daripada perspektif menyeluruh," katanya kepada TV Selangor.

Najib hari ini bersetuju memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011.

Malaysia juga akan menempatkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta apinya di WTCP.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzufkefly Ahmad mengingatkan Najib betapa era ‘hanya pemimpin tahu semua perkara’ sudah berakhir.

Dalam erti kata lain, beliau berkata, kerajaan harus menilai dan mengambil kira pandangan pihak lain dalam memastikan kedaulatan dan kepentingan negara tidak dikesampingkan begitu sahaja.

"Era pemimpin tahu sudah berlalu, lebih-lebih lagi dalam membuat keputusan yang bersabit dengan kedaulatan, kepentingan, negara dan rakyat. Jadi, jangan mudah-mudah dilakukan tanpa analisis, tanpa kajian mendalam," katanya.

Kata Dr Dzul, Najib harus telus dan terbuka dalam soal perjanjian yang termeterai antara kerajaan Malaysia dan Singapura.

Isnin, 24 Mei 2010

DHPP: Umno Semakin Sawan


Apabila PAS menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), berbunyi suara sumbang kononnya PAS tidak mempercayai DAP dan PKR untuk mengawal orang bukan Islam yang menyokong PR. Niat suara sumbang itu ialah untuk memecahbelahkan PR. Agendanya ialah, biar PAS, DAP dan PKR ‘bertokak’ kerana isu bukan Islam ini.

Orang bukan Islam bebas untuk memilih sama ada PKR, DAP atau PAS. Amalan demokrasi membenarkan dan memberikan hak kepada mereka untuk memilih mana-mana parti sama seperti mereka berhak untuk memilih MCA atau MIC.

Selepas ini, PAS, DAP dan PKR akan menjadi parti pelbagai agama dan budaya. Sepertimana ada Melayu dan Islam dalam DAP, maka begitu juga akan ada Cina, India dan bukan Islam dalam PAS. PKR memang semenjak awal membuka keahlian kepada semua kaum dan agama.

PAS, DAP dan PKR benar-benar memenuhi aspirasi rakyat Malaysia yang tidak ingin lagi hidup dalam ‘longkang perkauman hanyir’ bikinan dan kebanggaan BN untuk sekian lama.

Selepas ini hanya komponen BN sahaja yang akan kekal dengan perkauman hanyir itu. Umno dengan Melayu-nya, demikian MCA dan MIC dengan label perkauman yang tertera nyata pada nama parti masing-masing.

Mampukah komponen BN, terutamanya Umno untuk terus bertahan dengan ‘kehanyiran’ perkauman Melayu-nya itu?

Inilah musykilah besar terkini Umno. Selepas parti itu berhadapan dengan kemerosotan sokongan Melayu, orang bukan Melayu yang dikatakan pernah menjadi tongkat kanan dan kiri Umno tidak lagi bersedia terus menongkat Umno. Jika Umno kehilangan kedua-dua tongkat ini, BN pasti tumbang dalam PRU akan datang.

Tiada apa lagi yang boleh dibuat oleh Umno untuk membendung penghijrahan orang bukan Islam ke dalam PR, kecuali dengan menggambarkan komponen PR sebagai saling curiga-mencurigai antara satu sama lain.

Salah satunya ialah, gambarkan kepada umum PAS mencurigai DAP dan PKR untuk mengurustadbir penyokong bukan Islam. Inilah modal yang Umno ada setakat ini.

Bukan mustahil Umno akan berkata, PAS lebih Cina daripada DAP, PAS lebih liberal daripada PKR dengan serangan dua laras kepada PR. Satu laras dengan tujuan menanamkan keraguan orang PAS kepada PAS dalam isu dasar atau teras PAS. Satu laras lagi dengan tujuan melaga-lagakan parti-parti komponen PR, kononnya PAS merampas ahli atau penyokong mereka.

Adakah Umno akan berjaya dengan serangan ini?

Jawabnya, tidak. Orang PAS hari ini amat mengalu-alukan penubuhan DHPP. Dan, penubuhannya sebenarnya memang ditunggu-tunggu. Penubuhan DHPP menjadikan ufuk perjuangan PAS lebih luas dan melebar selaras dengan ufuk kesyumulan Islam yang menjadi dasar PAS itu.

Sebagaimana PAS tidak pernah bimbang dengan penyertaan orang-orang Islam ke dalam PKR dan DAP, demikian juga PKR dan DAP tidak akan bimbang dengan penyertaan orang-orang bukan Islam ke dalam PAS.

Menyediakan lebih banyak ruang dan peluang adalah lebih baik daripada menutupnya. Apa yang penting mereka bersama PR.

DHPP adalah merupakan cabaran baru kepada PAS. Kita memasuki daerah baru yang serba indah tetapi mencabar. Walau apa pun cabarannya, PAS mesti memasuki daerah baru ini dengan penuh keberanian. Keberanian ini menggambarkan kita semakin kuat.

Inilah kekuatan kita dan inilah kelemahan Umno. Apabila Umno meuar-uar bahawa parti itu adalah Melayu totok, hari ini Umno sedang menanggung padah dan akibatnya. Parti itu hari ini tenggelam dalam kebusukan perkauman bikinannya itu.

Umno hilang kebergantungan kepada orang Melayu kerana orang Melayu sudah tahu bahawa Umno hanya memperalatkan Melayu untuk tembolok pemimpinnya. Hilang kebergantungan kepada Cina dan India, kerana kedua-dua kaum itu juga sedar mereka diperalatkan oleh Umno untuk menakut-nakutkan dan berkelahi dengan Melayu.

Semuanya; Melayu, Cina dan India selama 50 tahun diperalat untuk memenuhkan tembolok pemimpin Umno dengan khazanah kekayaan negara yang mereka punggah dengan kuasa.sumber

Zaid Fail Petisyen Isytihar Keputusan Hulu S'gor Tak Sah


Petisyen tertumpu kepada janji RM3 juta oleh Najib (kepada SRKJ (C) Rasa) dan tawaran-tawaran kepada peneroka Felda, kata peguam Zaid Malik Imtiaz Sarwar semasa sidang akhbar di rumah Zaid di Petaling Jaya.



Calon PKR yang ditewaskan bagi kerusi pilihan raya kecil parlimen, Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim hari ini memfailkan petisyen bagi mengisytiharkan keputusan pilihan raya itu tidak sah.

Belia
u mendakwa berlakunya amalan rasuah yang berleluasa oleh pencabarnya.

Petisyen itu difailkan dengan hujah calon BN, P Kamalanathan telah secara langsung ataupun tidak mengetahui tawaran yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa berkempen.

Petisyen tertumpu kepada janji RM3 juta oleh Najib (kepada SRKJ (C) Rasa) dan tawaran-tawaran kepada peneroka Felda, kata peguam Zaid Malik Imtiaz Sarwar semasa sidang akhbar di rumah Zaid di Petaling Jaya.

Petisyen pilihan raya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam menerusi Tetuan Thomas Philip itu, menamakan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Hulu Selangor Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai defendan. Pa
da sidang media sebelum ini, Zaid mendakwa jentera dan kepemimpinan Barisan Nasional (BN) mengamalkan rasuah melalui pelbagai janji yang dibuat untuk meraih undi rakyat.

Katanya, beliau juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana didakwa gagal mengendalikan pilihan raya kecil itu dengan adil.

Pada pilihan raya itu, calon BN, P Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi.

Sumber MalaysiaKini

Alahai JK (Jamil Khir)....


"Kita biasa dengar dengan nama KJ (merujuk Khairy Jamaludin). Tetapi kini ada pula spesis yang semacam dengan KJ iaitu JK pulak. JK (Jamil Khair, Menteri di JPM) yg di'senator'kan oleh Najib untuk diperalatkan sebagai penangkis serangan bertubi-tubi ke atas Umno/Bn oleh PR.

Sebagai ketua penerangan yang dilantik khas oleh Umno/Kedah (kerana Umno Kedah telah hilang segala tokoh) pasca PRU12 yang lalu, maka JK diletakkan di barisan hadapan pulak,kononnya untuk ambil semangat tentera yang ada pada JK.

Maka terpekiklah suara JK di bumi Kedah yang kononnya empayar PR dikepalai Ustaz Azizan akan berpecah dan terpecah, justeru mungkin JK nak buat serang hendap nak rampas konon.

JK terlupa, bahawa saat dia bertempik di K.Ketil ada pulak himpunan raksasa di Kota Sarang Semut yang telah menenggelamkan tempikannya itu. Kemana hilangnya rasa power tentera yang ada pada JK sehinggakan apa yang dikatakannya di K.Ketil menjadi bahan lawak murah di bumi Kedah.

Pesan untuk JK, sebagai tokoh (agamawan?) yang menjadikan Najib Razak (Bapa Judi Sukan Malaysia) sebagai ikutannya, diharap tinggalkan perjuangan sia-sia untuk bersama-sama Umno/BN menghancurkan Kedah dari PR.

Percayalah wahai JK, untuk semusim ini menjelang PRU13 bahawa Kedah di bawah Ustaz Azizan Razak masih diperlukan oleh majoriti rakyat Kedah. Janganlah atas tiket senator JK berlagak hero Juara Katak dalam membawa mereka yang mengaku setia dengan PR berpaling tadah (atau dikatakkan) dalam perjuangan PR.

Untuk JK, rakyat cukup meluat dan menyampah dengan nama KJ dan elakkan dari menular pada nama JK pulak.... Alaaaahaiiii..!!!! sumber

"

Anwar : Kami Akan Tawan Lebih Banyak Kubu BN

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Pakatan Rakyat mampu meraih lebih banyak kubu kuat Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang, dengan melihat kepada sokongan bertali-arus masyarakat kepada gagasan politik baru tanahair ini.



Bercakap kepada ribuan yang hadir di ceramah perdana Permatang Pauh malam semalam, Anwar berkata orang-ramai semakin peka bahawa tindak-tanduk BN bukan sahaja menjejaskan keharmonian rakyat, bahkan mengugat keselamatan negara.

Dari skandal pembelian kapal selam Scorpene dan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuyaa Shaariibuu, hinggalah kepada penyeludupan enjin pejuang TUDM dan persekongkolan dengan unsur-unsur Zionis, Anwar berkata kebejatan BN kini tidak mengenal sempadan.

Tidak cukup dengan mengikat kontrak bersama unsur-unsur Zionis dalam syarikat APCO, Umno-BN kini menghalalkan skim judi gergasi bagi Piala Dunia 2010.

Saya yakin dalam tempoh dua bulan atau paling lambat setahun, kita dapat (yakinkan hati rakyat), Insya-Allah tawan hati masyarakat Melayu, Muslim, Melanau dan Iban di Sarawak. Dan kalau ini berlaku, saudara tahu landskap politik Malaysia akan berubah dengan drastiknya.

Jangan kata ini modal UMNO, UMNO dia gah bunyi sahaja, sokongan di Semenanjung parah. Kita patut fikir bahawa masalah Melayu, miskin susah, bukan kerana cina kaya tetapi kerana pemimpin Melayu yang rasuah dan zalim. Ini kita kena faham betul-betul, dasar ditentukan, buat satu yang betul-betul, beri pelaburan kepada rakyat, majoriti Melayu, India, Iban Kadazan bagi semua.. apa salahnya ujar Anwar.

Mengulas isu judi dengan lebih lanjut, Anwar berkata pendirian Pakatan Rakyat berhubung gejala judi amat jelas. Semua agamawan dan tokoh masyarakat bersetuju bahawa judi meruntuhkan institusi kekeluargaan.

Bagi Pakatan Rakyat, asas kepada pembentukan negara yang stabil bermula dari ikatan keluarga yang kuat, sihat dan berfungsi.

Anwar berkata nilai-nilai negatif seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan pembaziran telah membutakan hati nurani pemimpin BN, hingga mereka sanggup meruntuhkan asas pembentukan negara.

Isu runtuhnya sistem pemerintahan negara, saudara hendak berikan pada siapa? Bagi polis siasat, dia tidak tahu masalah. Pendakwaraya, pergi kepada hakim,..... kerana ini Malaysia, orang gunakan kuasa begitu rupa. Kita merdeka setengah abad, negara ini tidak menghormati sistem perundangan kerana pimpinnya mengamalkan korup

Ahad, 23 Mei 2010

P'raya Sibu: DAP, Undi Melayu Tambah, Iban Kurang

"Walaupun dalam pilihan raya kecil ini DAP menang 398 undi sahaja tetapi memandangkan BN menang 3,200 lebih dalam pilihan raya umum lalu, ia satu swing yang besar," kata seorang penganalisis politik dari UKM dalam program Analisis di Astro Awani malam tadi.

Yang menarik dalam pilihan raya ini, peningkatan besar sokongan pengundi Melayu kepada calon DAP kali ini. Ia memberikan satu indikasi baru bahawa Melayu tidak lari dari Pakatan bahkan sokongan mereka meningkat terhadap Pakatan hatta DAP sekalipun.

Di Kampung Hilir Nangka, Sibu, tempat majoriti Melayu Melanau, DAP berjaya menaikkan undinya sebanyak 34% berbanding undi yang diperolehinya pada pilihan raya umum 2008 lalu. Calon BN juga berjaya menaikkan undinya tetapi sedikit sahaja iaitu 12%.

Dalam pilihan raya lalu, calon DAP hanya mendapat 256 undi tetapi kali ini calonnya, Wong Ho Leng menambahkan undinya kepada 344 undi. Walaupun jumlah undi yang diperolehi oleh BN lebih besar tetapi peningkatan ini amat ketara memandangkan serangan perkauman yang dimainkan oleh Umno melalui NGOnya terhadap Pakatan.

Terbukti pilihan raya kecil ini memberikan pengajaran besar kepada Umno bahawa sentimen perkauman tidak boleh menyelamatkan BN. Ia hanya untuk kepentingan peribadi Umno sahaja. Ini kerana, ketika Umno memainkan sentimen perkauman, parti-parti komponen BN yang mengalami masalahnya.

Selain peningkatan sokongan Melayu, pengundi Cina juga menambahkan sokongan mereka kepada DAP. Kalau diambil sampel di kawasan pilihan raya Rejang Park iaitu kawasan pengundi Cina, undi untuk DAP meningkat sebanyak 25%.

DAP hanya kurang undi mereka di kawasan majoriti Iban namun penurunannya tidaklah ketara sangat iaitu 12% sahaja. Mungkin ini adalah kesan dari kongkongan yang dibuat oleh petugas BN di kawasan pilihan raya ini. Para pemimpin DAP sejak beberapa hari lalu membuat laporan petugas mereka disekat dari memasuki rumah-rumah panjang tempat tinggal pengundi Iban.

Mengulas keputusan itu juga, Jeniri Amir, penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berkata, keputusan pilihan raya kecil Parlimen Sibu membayangkan kebencian kepada Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Beliau berkata, rakyat muak dengan dengan Taib yang melakukan rasuah dan menyalahgunakan kuasa di negeri itu.

Menjelang pilihan raya kecil Sibu ini, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin berkata, PKR bermakna Parti Kian Runtuh. Namun, belum sempat keputusan pilihan raya Sibu diumumkan secara rasmi, Muhyidin sudah 'lari malam' terbang pulang ke Kuala Lumpur selepas sedar pengundi Sibu menolak BN. Calon BN, Robert Lau Hui Yew kalah dalam pilihan raya kecil ini. BN kalah 398 undi walaupun dalam pilihan raya lalu calon BN, Robet Lau menang dengan majoriti lebih 3200 undi.SUMBER

DS TG ABDUL HADI AWANG:PAS kearah yang positif Menyatupadukan semua kaum






KLANG, 23 Mei: Keterbukaan PAS menerima orang bukan Islam menyertai parti Islam itu melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) membuktikan bahawa PAS sedang menyatupadukan semua kaum di negara ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, jika semua kaum dan etnik di negara digabungkan dengan baik, ianya akan menghasilkan natijah yang baik untuk manfaat negara.

"PAS cuba menyatupadukan seluruh kaum di negara ini dengan membuka pintu kepada orang bukan Islam menyertai PAS.

"Ini terbukti apabila Kelab Penyokong PAS dinaiktaraf sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan pelancaran DHPP di Klang hari ini.

Sebagai gimik pelancaran, beliau menyentuh sebuah glob bertulis DHPP.

Terdahulu dalam ucapannya beliau juga berkata, apa yang boleh menyatukan kaum ialah keadilan dan saling menghormati antara satu kaum dengan kaum yang lain, dan ianya sedang dibuktikan oleh PAS.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, PAS mengambil langkah proaktif sewaktu memerintah Terengganu apabila mencadangkan supaya orang bukan Islam dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

"Ini membuktikan bahawa PAS tidak mengenepikan orang bukan Islam," katanya lagi.

Turut hadir Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, Bendahari, Dr. Hatta Ramli, Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad.

Manakala pimpinan lain termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali, Pengerusi Lajnah Perpaduan Kaum, Dr. Mujahid Yusof, Timabalannya, Dr.Halimah Ali yang juga pengarah program serta pengerusi dan timbalan pengerusi DHPP Hu Pang Chaw dan N.Balasubramaniam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

http://bongsuwhitepolkadot.blogspot.com/2012/05/nota-kemahiran-hidup-tingkatan-2.html