Ahad, 31 Oktober 2010

umno yang gagal DAP Pulau Pinang yang dipersalahkan ....

http://1.bp.blogspot.com/_5R1ybpzs3n8/TBB5wbSdsSI/AAAAAAAAEQ4/TcKbK9oQo-Y/s1600/uvs100607-006.jpg
Tu dia rumah YB depa....he he he..!! sapa kata Melayu Penang tak kaya..!!

Sejak dulu, kini dan selamanya perangai buruk Umno tidak pernah berubah. Setiap kegagalan mereka dalam membina kekuatan bangsa Melayu yang kononnya menjadi teras perjuangan, maka yang dipersalahkan bukan diri sendiri tetapi pihak lain.

Separuh abad Umno diberi kuasa mentadbir Pulau Pinang, hak orang Melayu bukan setakat tidak bertambah sebaliknya berkurang. ADUN BN Pulau Betong, Muhamad Farid Saad mendedahkan bahawa hak milik tanah Melayu di Pulau Pinang (tanah seberang dan pulau) hanya tinggal 20 peratus.

“Nasib Melayu Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP harus dijadikan iktibar oleh orang Melayu di negeri lain berikutan keadaan mereka kini yang cukup kritikal,” ujar Farid di Perhimpunan Agung Umno. Jika benarlah andaian beliau, nampaknya DAP lebih berjaya dari Israel. DAP mengambil masa berpuluh tahun untuk merampas tanah rakyat Palestin sedikit demi sedikit, tapi DAP hanya ambil masa dua tahun lebih untuk ‘merampas tanah dan menghalau’ orang Melayu sehingga tinggal 20 peratus sahaja kini.

Menurut fakta yang didedahkan oleh Farid, tanah milik Melayu di Daerah Timur Laut hanya 1.16 peratus, Balik Pulau (15.07 peratus), Seberang Perai Utara (44.20 peratus), Seberang Perai Tengah (23.55 peratus) dan Seberang Perai Selatan (18.09 peratus). Ia menjadikan keseluruhan tanah milik Melayu di negeri ini cuma 20.41 peratus.

Kajiannya juga mendapati 7,000 orang Melayu akan kehilangan tempat tinggal kerana rumah mereka kini di bina di atas tanah milik orang lain seperti Kampung Jalan Pokok Asam, Kampung Binjai, Teluk Kumbar dan Bayan Lepas.
“Kerajaan Negeri (DAP) semakin melampau apabila membuka kawasan yang selama ini dipertahankan daripada dibangunkan,” ujarnya. Anak jati Balik Pulau itu barangkali baru terkejut dari mimpi, lalu bercakap pun macam orang mengigau.

Soalan pertama yang patut ditanya oleh beliau serta seluruh pemimpin Umno Pulau Pinang ialah: Separuh abad Umno berkuasa di Pulau Pinang, apa mereka buat untuk memajukan orang Melayu, mempertahankan hak mereka, membina kekuatan orang Melayu dalam pelbagai bidang khususnya ekonomi? Masalah Melayu Pulau Pinang telah diseminar dan didiskusikan oleh ahli-ahli akademik sejak berdekad yang lalu. Sudah berpuluh resolusi dihasilkan, semuanya sampai ke tangan para pemimpin Umno negeri yang pada waktu itu menjadi Exco dan Menteri. Apa langkah yang mereka ambil? Hanya selepas Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (yang dikatakan kerajaan DAP) barulah Umno terhegeh-hegeh nak mendedahkan isu Melayu Pulau Pinang yang merempat di bumi sendiri.

PAS sebagai pembangkang di Pulau Pinang adalah pihak yang lantang memperjuangkan hak Melayu Pulau Pinang yang terlepas satu persatu. Sebagai anak kelahiran Pulau Pinang saya masih ingat sewaktu di bangku sekolah rendah pada tahun 70an, PAS dalam ceramah mereka telah mempersoalkan perkampungan Melayu di Tanjung yang terhapus satu persatu, bertukar milik kepada pihak lain.

Sewaktu Lim Chong Eu menjadi Ketua Menteri, terdapat cadangan supaya Masjid Negeri dibina di Padang Kota sebagai mercu tanda Islam di Pulau Pinang. Cadangan dibantah keras oleh Gerakan dan MCA kerana tidak mahu simbol Islam kelihatan di pintu masuk Pulau Pinang. Umno hanya menurut macam orang bodoh. Masa itu tindakan Gerakan dan MCA bukan rasis. Jika isu masjid pun Umno tidak mampu hadapi, macam mana nak perjuangkan isu hak Melayu Pulau Pinang.

Isu orang Melayu tinggal di atas tanah yang bukan milik mereka, bukan perkara baru. Juga disentuh oleh penceramah PAS lebih 30 tahun lalu. Lebih dari 7,000 orang Melayu yang sudah terusir. Bekas tapak rumah mereka kini menjadi kompleks perniagaan dan hotel yang berderetan dari Padang Kota Lama hingga ke Tanjung Tokong, dah jadi milik orang lain. Umno hanya melihat dengan mata putih, apa mereka buat atau apa mereka boleh buat?

Jika sekarang baru Umno membawa isu 7,000 orang Melayu bakal terusir dari rumah yang mereka duduki kerana berada di atas tanah milik orang lain, maka ia tidak lebih dari cerita zaman P. Ramlee yang diputar semula. Ia sama sekali bukan angkara DAP kerana tanah orang lain yang mereka duduki itu bermula dari zaman BN dahulu. Ia berlaku kerana kemiskinan orang Melayu, tidak bertanah dan menumpang di atas tanah orang. Kemunduran Melayu Pulau Pinang adalah kerana kegagalan Umno sebagai penguasa (dalam tempoh yang panjang) memperjuangkan nasib mereka. Umno lebih selesa ajar Melayu Pulau Pinang main boria dari meneroka peluang-peluang ekonomi.

Kini Umno mencari isu remeh temeh untuk menjadikan DAP sebagai kambing hitam menutup kegalan mereka. Pengambilan tanah di Balik Pulau untuk projek hub pendidikan dijadikan isu kononnya DAP mahu mengusir Melayu, walhal 80 peratus tanah terbabit milik bukan Melayu. Hanya 20 peratus milik Melayu. Sewaktu satu demi satu tanah milik Melayu di Balik Pulau diambil oleh kerajaan pada tahun 80-an untuk pelbagai tujuan, Umno tidak sibuk mengangkat sepanduk.
Kehilangan tanah milik Melayu di Pulau Pinang yang berpindah kepada bukan Melayu lebih banyak berlaku kerana Melayu dengan rela hati menjual tanah tersebut kepada bukan Melayu. Jumlah yang berpindah milik kerana jualan secara rela hati itu sebenarnya lebih besar berbanding, tanah yang diambil oleh kerajaan negeri. Tapi apa Umno buat sewaktu jadi kerajaan dulu?

PAS dan Melayu KeADILan turut dipersalahkan. Apa sangat yang mampu dibuat oleh PAS dan KeADILan dalam masa terdekat apabila diwariskan sebuah negeri yang sudah kering kontang hak Melayunya – angkara kegagalan kerajaan terdahulu.

DAP dituduh anti Melayu tetapi di masa DAPlah pemberian bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat, elaun dan duit raya kepada guru KAFA yang lebih tinggi berbanding kerajaan BN di samping mengiktiraf para huffaz berlaku.

Di bawah DAP yang ‘anti-Islam’ Pulau Pinang menjadi negeri pertama yang mengharamkan judi bola sepak sehingga menyekat peluang pemimpin UMNO dan BN untuk meraih keuntungan jutaan ringgit dari aktiviti judi bola sepak sempena Piala Dunia 2010 baru-baru ini.
Kerajaan DAP yang memberi wang ehsan kepada sekitar 110,000 warga emas di Pulau Pinang, sesuatu yang tidak pernah berlaku selama 51 tahun BN memerintah Pulau Pinang.

Pulau Pinang menjadi negara pertama yang berjaya menghapuskan kemiskinan tegar dalam tempoh yang setahun pentadbiran, memastikan setiap keluarga mendapat sekurang-kurangnya RM500 sebulan. Hampir semua yang miskin tegar itu orang Melayu.

Di zaman Lim Guan Eng juga berlaku pemberian bantuan mikro-kredit tanpa faedah kepada peniaga-peniaga kecil yang majoritinya Melayu dan mengurangkan bayaran lesen penjaja dan nelayan sebanyak 50 peratus.

Biarkan jari telunjuk Umno semakin panjang menuding pihak lain. Dasar Umno, “Aku sentiasa betul, orang lain yang salah.”

Rabu, 27 Oktober 2010

Semangat Pas Lebih membara Dari BN umngok Di Galas


PROSES penamaan calon pilihan raya kecil Galas baru selesai kira-kira sejam tadi. Dua calon yang diistyharkan akan bertanding pada pilihan raya yang akan berlangsung pada 4 November depan mereka ialah calon BN, Abdul Aziz Yusuf, 47 dan calon Pas, Dr Zulkefli Mohamad, 44. Aziz ialah bekas Pegawai Kesedar manakala Zulkefli seorang pengamal perubatan, doktor.

Ura-ura ada calon bebas yang hebuhkan akan menyibukkan pilihan raya berkenaan tidak menjadi kenyataan.

Pilihan raya ini dilihat lebih kepada pertandingan dua personaliti, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah. Apa lagi Aziz calon BN adalah pilihan Tengku Razaleigh dan bukan Umno Gua Musang.

Walaupun Zulkefli bukan calon Nik Aziz atau sesiapa dalam Pas, tetapi Pas lebih menggunakan 'kekeramatan' Nik Aziz untuk mempengaruhi pengundi bagi mempertahankan kerusi Galas. Realiti bahawa pertarungan personaliti ini dapat dilihat kepada permandangan sekitar bandar Gua Musang yang kini dipenuhi dengan gambar atau banner yang mempamirkan wajah Nik Aziz dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Di serata tempat wajah Tengku Razaleigh Hamzah dan Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih ketara berbanding dengan wajah dua calon berkenaan.

Seperti biasa selepas penamaan calon selesai perhatian umum kini ialah kepada peluang kedua-dua parti berkenaan. Dalam pada itu berbagai indikator cuba diketengah ataupun diterima pakai oleh berbagai pihak untuk membuat andaian awal.

Jumlah perarakan calon menunju ke pusat penamaan calon menjadi petunjuk awal. Dari sini pemerhati akan membuat ukuran parti mana yang kuat, bersemangat dan akan mendahului keadaan. Walaupun ia bukan petanda sahih namun senario ini selalunya diambil kira dan dijadikan asas.

Pada perhimpunan pagi tadi, seperti biasa Pas mendahului BN. Penyokong Pas yang mengiringi calon mereka ternyata berkali ganda berbanding dengan Umno. Dianggarkan lebih 7,000 penyokong Pas berbanding dengan penyokong BN sekitar 3,500. Paling mengkagumkan sebahagian besar mereka yang berarak terdiri daripada anak-anak muda atau mereka yang berumur di bawah 40 tahun.

Dari segi semangat pula jelas Pas lebih bersemangat. Pagi-pagi lagi mereka sudah berbaris di hadapan jalan besar Masjid Tengku Mohammad Faris Petra tempat permulaan perarakan. Khabarnya sejak petang semalam lagi orang Pas susah menawan masjid berkenaan dan mendiami beberapa surau untuk dijadikan markaz.

Berbeza dengan penyokong Umno yang agak lewat untuk berhimpun. Kebanyakan mereka baru sampai dari luar daerah Gua Musang. Ini berbeza dengan sebilangan besar penyokong Pas dari luar yang datang sejak petang semalam dan bermalam di Gua Musang.h
Dari beberapa pandangan pemerhati tempat yang sempat dikutip mereka berpandukan kepada perarakan hari ini kedudukan 60 : 40 Pas mengatasi BN. Sejauh mana angkubah ini benar akan diulas kemudian nanti.sumber

Isnin, 25 Oktober 2010

sok sek sok sek tentang galas ....



Gurkah-gurkah politik di'port' 'have very strong feeling' yang BN/umno tidak mampu untuk mengGALASkan PAS/Pakatan Rakyat pada 4 haribulan nanti, walaupun mereka memperkudakan Tengku Razaleigh sebab, Tengku Razaleigh ni pun bukan 'terer' mana sangat pun, kalau dia 'terer', masa PRU 2008 dulu dah tentu BN/umno menang dah di-Galas ni.


Untung jadi orang-orang cina (yang berak pun tak pernah basuh) bukan saja di Galas tapi lain-lain tempat dalam Malaysia juga, sebab sekali lagi pada pilihanraya kecil di-Galas ini mereka masih lagi akan menjadi penentu kemenangan atau orang putih kata 'king maker'.

Dulu masa 2008 pengundi-pengundi cina di Galas telah memangkah PAS, dan orang-orang asli disana telah pangkah BN/umno, dan sekali lagi pada 4 haribulan nanti cina-cina ini walau pun di Galas tak ada jual babi, tak ada kedai nombor ekor dan tak ada kedai jual 'beer', mereka masih tetap akan teringat TG Nik Aziz dan akan memangkah PAS/Pakatan Rakyat.

Dalam bab nak mengambil hati pengundi-pengundi cina, PAS telah kehadapan terlebih dulu bila cina-cina disana selalu teringat kat TG Nik Aziz yang selalu melawat tokong dan memberikan peruntukan-peruntukan yang padan patut diatas dasar PAS untuk semua (PAS For All).

Pengundi-pengundi hindu pula awal-awal lagi dah bengang dengan SPR sebab mereka kata yang SPR buat gila bagi tarikh mengundi pada petang raya depavali. Nasib baik TG Nik Aziz isytihar cuti umum, sekurang-kurangnya ada juga masa nak keluar sekejab untuk mengundi, lepas mengundi (dah tentu pangkah PAS) boleh buat maruku dan sembelih kambing nak buat gulai (selepas mereka sembelih BN/umno), jadi dah tentu 100 % hindu-hindu di Galas akan turun memangkah (walaupun 100 % tu cuma jumlahnya ialah 185 orang).

Selepas tercekik diri sendiri dengan fitnah dari BN/umno yang mengatakan calon PAS Dr.Zulkefly ini ada kes kalwat, mereka sekali lagi tercekik bila orang-orang di-Galas sekarang sedang heboh bercakap "ingatkan calon BN/umno ni ada berkajang-kajang punya degree, rupanya-rupanya SPM pekak saja, tu pun tak tau lah gred berapa dia dapat".

Lagi best bila pengundi-pengundi Galas juga kata "Mahyudin ni pulak dah macam orang mabuk! Mula-mula dia juga yang kata tak ada projek mee segera sempena pilihanraya kecil ini, tapi kelmarin dia juga yang umum kata ada projek rumah RM 180 juta akan dibuat di Gua Musang".

Dan yang paling top sekali bila orang-orang asli di-Galas sendiri yang kata, Ku Li ini sampai bila pun akan jadi kuli sebab, bila taik kambing yang bulat-bulat tu BN/umno kata makjun untuk ubat kuat, dia pun percaya dan makan taik kambing tu. -
Kah..Kah..Kah.. sumber

Dr Asri :Mohon maaf dan lantik penasihat syariah

"Mereka yang terlibat dengan penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu perlu membuat permohonan maaf kepada umat Islam kerana tindakan mereka itu adalah satu penghinaan kepada Islam, kata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

“Sama sekali ia tidak Islamik. Penganjur amat salah jika menyangka Islamic design dan Islamic fashion hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan yang berunsur Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum-hakam syarak,” katanya dalam satu kenyataan.

Meskipun tidak menamakan sesiapa, namun kenyataan Dr Asri itu merujuk kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, parti politik dan juga orang perseorangan yang membidas tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor selaku penaung yang Festival Busana Muslim itu.

“IFF boleh memberikan gambaran salah yang serius mengenai pakaian dalam Islam. Ia juga melambang kecelaruan fikiran mereka yang terlibat.

“Islam tidak menghalang fesyen untuk wanita, tetapi mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Penganjuran fesyen pakaian itu tidak salah, tetapi konsep dan pengisiannya IFF itu salah disebabkan tidak memahami prinsip dan etika dalam hal ini,” katanya.

Menurut Dr Asri, adalah bahaya untuk isteri pemimpin utama negara Islam terlibat dengan hal-hal yang seperti itu kerana ia akan memberikan mesej Islam yang salah kepada dunia.

“Apatah lagi Malaysia dianggap salah sebuah negara Islam yang penting. Kepimpinan negara akan rosak jika isteri-isteri pemimpin utama ini cuba menonjolkan diri sehingga tidak teliti dan tidak lagi memikir buruk baik sesuatu tindakan.

“Perbuatan seperti ini akan merosakkan kepimpinan sesebuah negara yang majoritinya muslim,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Asri yang kini di Doha, Qatar mencadangkan kepada mereka yang berminat menganjurkan pertunjukan fesyen Islam supaya mewujudkan penasihat syariah terlebih dahulu.

“Mereka boleh menjemput ilmuwan yang lebih terbuka dan fleksibel tetapi mengikut prinsip-prinsip umum syarak,” katanya lagi.

Pada festival di Monte Carlo itu, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.

Rosmah, pada pembukaan majlis itu dilaporkan berkata Fesyen busana Muslim kian pesat berkembang menjadi perniagaan menguntungkan dengan pasaran semasa kini dianggarkan bernilai lebih US$96 bilion (RM302 bilion) setahun.


Bernama juga melaporkannya sebagai berkata: "Festival Fesyen Islam ini sebenarnya bertujuan memberi noktah kepada kelaziman bahawa wanita Islam tidak mempunyai citarasa gaya.

“Sebaliknya, pakaian berkonsepkan Islamik mempunyai gaya yang tersendiri, dan hari ini ia mulai menarik semakin lebih banyak perhatian, kerana trend arus perdana semakin menjadi tidak senonoh, mengghairahkan dan provokatif, tidak menarik kepada lebih ramai pengguna konservatif," katanya.
malaysiakini

Jumaat, 22 Oktober 2010

OH menara 5 Billion 100 tingkat..ini muka2 yg terlibat



PM kata, keputusan projek Menara PNB RM5Bilion tu adalah cetusan idea dan cadangan dari PNB, bukan dari beliau.

Tetapi. Sapa tu? Setahu ana, perbincangan untuk melaksanakan segala PROJEK MEGA akan melibatkan 'Board of Directors' dan beberapa TOP MANAGEMENT yang dilantik oleh Khazanah Nasional atau PNB.. 

Mai kita pi tengok... sapa mereka?
Board of Trustees YPB
    


Board of Directors

     

Jadik? Sap yang buat keputusan sebenarnya? Bukan ke PM kita jugak?
Lepas ni, pasti ada kena jadik kambing hitam, macam kes Kehilangan Enjin JET masa DS Najib jadi Menteri Pertahanan dulu.
Dulu, Sarjan kena. Mungkin kali ni pak guard pula yang kena.
Pak Guard tu yang buat keputusan....sumber

Khamis, 21 Oktober 2010

Kebebasan media M'sia merudum teruk sejak 9 tahun


Kedudukan Malaysia jatuh 10 anak tangga kepada 141 dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia 2010 - yang terendah dalam tempoh sembilan tahun - dalam senarai 178 negara.
Malaysia gagal memanfaatkan peningkatan kedudukannya pada tahun lalu yang naik satu anak tangga - dari 131 kepada 132.

Isu-isu yang mungkin menjejaskan kedudukan Malaysia termasuk siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap video kepala lembu Malaysiakini, penangkapan penulis blog dan pengharaman buku kartunis Zunar.

Yang menariknya, Singapura (136) buat pertama kalinya mengatasi Malaysia sejak badan pemantau Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mulai mengeluarkan senarai tersebut pada tahun 2002.

Antara 10 negara anggota Asean, Malaysia berada pada kedudukan lebih tinggi daripada dua negara yang dianggap medianya lebih bebas - Thailand (153) dan Filipina (156).

RSF mengaitkan puncanya dengan kejadian keganasan politik.

"Thailand - tempat dua wartawan terkorban dan kira-kira 15 lagi cedera, ketika membuat liputan operasi tentera terhadap gerakan 'baju merah' di Bangkok - jatuh 23 anak tangga," kata RSF, yang menerbitkan indeks tahunan kesembilannya hari ini.


Filipina jatuh 34 anak tangga ekoran pembunuhan lebih 30 wartawan pada hari penamaan calon jawatan gabenor daerah Maguindanao di Mindanao.

Sementara itu, Finland, Iceland, Belanda, Norway, Sweden dan Switzerland pula berkongsi tempat pertama. Manakala Amerika Syarikat kekal di tangga ke-20.

Berada di kedudukan tercorot ialah Korea Utara (177) dan Eritrea (178).

Selain Korea Utara, tiga lagi negara regim komunis di Asia - China (171), Vietnam (165) dan Laos (168) - merupakan antara 15 negara di kedudukan terendah dalam indeks tersebut.

"Juga di Asia Tenggara, Indonesia (117) masih di bawah garis simbolik yang memisahkan 100 negara teratas yang lain, walaupun telah melalui pertumbuhan media yang menggalakkan. Dua wartawan terkorban dan beberapa lagi menerima ancaman bunuh, terutama untuk laporan mereka mengenai alam sekitar," kata RSF.

"Ringkasnya, penindasan masih tidak berkurangan di negara-negara Asean, walaupun telah memperakukan piagam hak asasi manusia baru-baru ini." -M'kini

Selasa, 19 Oktober 2010

Media rasmi baru dewan pemuda PAS ..Mari kita join ramai ramai.

1. Memanafaatkan keperluan IT dan mendepani cabaran era globalisasi , Dewan Pemuda PAS Malaysia kini memiliki " Media Baru "nya yang tersendiri apabila mengambil satu ruang di tengah - tengah persaingan laman sosial facebook yang semakin popular mutaakhir ini .


2. [ Harakah Muda ] yang menjadi salah satu media rasmi Dewan Pemuda PAS Malaysia insyaallah akan dilancarkan secara rasmi sedikit masa kelak .

3. Media ini akan dimanafaatkan sepenuhnya untuk menyampaikan maklumat , berita mengenai gerakkerja DPP di semua peringkat , artikel politik , bicara agama , nota tarbiyyah serta peraturan dan arahan  tindakan semasa .

4. Dewan Pemuda PAS Malaysia mensasarkan 100 ribu pengunjung tetap menjelang 30 December ini. Insyaallah , tidak mustahil Harakah Muda akan menerima kunjungan dan pembaca tetap lebih dari sejuta dalam tempoh setahun ini . Ia bergantung kepada keupayaan admin dan krewHarakah Muda untuk memastikan Harakah Muda menjadi satu lagi Media Alternatif untuk menyebarkan maklumat dan fikrah Islami yang tulen ke tengah  - tengah masyarakat .

5. Harakah Muda boleh dikunjungi dan disertai di jalur  [http://www.facebook.com/HarakahMuda ]  dan  sebarang maklumat dan perkongsian berita , artikel dan lainnya boleh terus ke e mailnya [harakahmuda@yahoo.com ]  .

6. Sokongan dari semua anggota dan penyokong Dewan Pemuda PAS Malaysia sangat di alu - alukan agar Harakah Muda dengan slogannya [Harakah Muda : Informasi untuk Semua ] akan terus aktif sebagai media alternatif khususnya dalam usaha membina minda mendekati generasi muda negara .

7. Dengan lafaz Bismillahirrahmaanirrahim , saya lepaskan bahtera Media Baru Dewan Pemuda PAS yang bernama " Harakah Muda " ke tengah - tengah persaingan dunia maklumat agar mampu membawa agenda perubahan " menjernihkan fikrah dan mensucikan minda ummah " sehingga tegaklah kebenaran dan tumbanglah kebathilan .
9. Tentunya orientasi Harakah Muda mengutamakan "ketepatan maklumat dan menjauhi fitnah" . Ianya turut akan menyiarkan gerakkerja Dewan Pemuda PAS  negeri , kawasan  dan cawangan . Sementara itu , Harakah Muda dengan ini turut diisytihar sebagai menjadi lidah rasmi Dewan Pemuda PAS Malaysia .

10. Nota Tambahan : Buat masa ini Harakah Muda memerlukan 2 orang wartawan sukarelawan dan 2 orang juru gambar sukarelawanyang sedia berkhidmat untuk memantapkan media rasmi Dewan Pemuda PAS Malaysia . Kepada siapa yang berminat dan ingin mengorbankan sedikit masa , tenaga dan mungkin kewangannya bagi menjayakan hasrat ini boleh hubungi saya atau setiausaha Dewan pemuda Malaysia sdr Khairil Faizi Ahmad Kamil .-/ Oleh Ust Nasrudin Hasan AT Tantawi

FDI: Filipina telah mengatasi Malaysia ...memalukan !!!

Berita ini cuba disembunyikan bagi mengelakkan bajet gula-gula Najib rosak dan kurang ummmp!

Saya petik:


[SK] KUALA LUMPUR 18 Okt - Penurunan pelaburan langsung asing ke Malaysia sebanyak 81 peratus pada 2009 menyebabkan Filipina mengatasi negara dari segi FDI buat pertama kali dalam sejarah.

Mendedahkan situasi yang memalukan negara ini, Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia merupakan satu-satunya negara di rantau Asean yang mengalami aliran FDI negatif malah kepada Thailand yang mengalami kekacauan politik sepanjang tahun lalu namun masuh mampu menunjukkan peningkatan FDI antara 6.0 hingga 7.5 peratus.

Tambah Anwar, dikalangan negara Asean, prestasi kemasukan FDI Malaysia hanya lebih baik negara dunia ketiga seperti Kemboja, Burma, Laos, dan Timur Leste.
Singapura pula dijangka menikmati perkembangan daripada 13 hingga 15 peratus iaitu dua kali ganda melebihi Malaysia, dan China pula mencatat pertumbuhan 9.9 peratus.

"Indonesia yang tidak mengalami pengucupan pada 2009 mendapat pertumbuhan sebanyak 6 peratus, lebih dari pertumbuhan yang dijangka dicapai oleh Malaysia kerana pertumbuhan Malaysia yang relatif kepada pengucupan pada tahun lalu lebih lemah dan lembab daripada
Indonesia," kata Anwar semasa berucap di Dewan Rakyat dalam perbahasan Belanjawan 2011.

Kegagalan kerajaan Umno-Barisan Nasional menangani keperluan pengolahan pengurusan ekonomi negara dijangka hanya mencatatkan pertumbuhan FDI sebanyak 7 peratus bagi tahun 2010 dalam keadaan di mana perdagangan dunia meningkat sebanyak 11.4 peratus  berbanding pengucupan sebanyak 11 peratus tahun lalu.

Anwar menjelaskan laporan terbaru World Investment Report 2010 menunjukkan ketidak yakinan pelabur dalam ekonomi negara.

"FDI Malaysia merosot sebanyak 81 peratus dari RM23.47 bilion pada tahun 2008 kepada RM4.43 bilion pada 2009, berbanding Thailand yang mendapat RM19.01 bilion dan Indonesia pada RM19.08 bilion.

"Ini menunjukkan kemasukan FDI yang paling rendah sejak 20 tahun lalu, selain pada tahun 2001 di mana negara mencatat FDI RM1.54 bilion," tegas beliau lagi.

Katanya lagi, laporan Bank Of Amerika Meryll Lynch yang terbaru juga menunjukkan Malaysia gagal muncul dalam 10 destinasi terbaik kemasukan FDI bagi 2008 dan 2009 tetapi dikategorikan sebagai pasaran paling kurang diminati pelabur.

Sehubungan itu, Anwar menekankan peri pentingnyapengurusan dan urus tadbir yang baik dan cekap, bersih daripada rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, kronisme, meningkatkan keupayaan dan daya saing, serta menekankan isu ketidak pedulian terhadap nasib rakyat Sumber

Ahad, 17 Oktober 2010

Apikan Perkauman : UMNGOK tiada pilihan

Tindakan-tindakan perkauman pegawai awam akan berterusan selagi Umno memerintah negara ini.

Umno tiada pilihan lain untuk terus kekal berkuasa selain terus meniupkan api perkauman seperti mereka lakukan sejak dahulu lagi.

"Apa lagi yang pemimpin Umno hendak cakap selain perkauman? Bila bercakap soal demokrasi, rakyat mencemuh mereka kerana mereka tidak demokratik.

"Bila bercakap soal ekonomi, penyokong-penyokong Umno sendiri mempersendakan mereka seperti yang terjadi kepada Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dicanang-canangkan oleh (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak), "

Amaran Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan kononnya kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap pegawai awam yang menyentuh soal sensitiviti kaum dan agama tidak lebih dari semata-mata cakap mulut atau 'lip service' sahaja.

"Kalaupun berlaku pegawai kerajaan bertindak mengapi-apikan perkauman, pemimpin Umno di dalam kerajaan akan berdolak-dalik dan tidak mahu mengambil tindakan.

"Lihat saja bagaimana (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) berdolak-dalik dan dengan jelas enggan bertindak terhadap seorang pengetua di Kulaijaya, Johor dan seorang guru di Bukit Selambau, Kedah yang didakwa mengeluar kenyataan berbaur perkauman.

"Sedangkan, sudah berpuluh-puluh tahun kita lihat begitu ramai guru dan pegawai kerajaan yang dikenakan pelbagai tindakan tindakan semata-mata kerana menyokong PAS.

"Bila hendak mengambil tindakan ke atas guru-guru dan pegawai awam yang menyokong PAS, tidak pula timbul soal bidang kuasa antara Kementerian Pelajaran atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),"

Saya melihat perbuatan mengapi-apikan perkauman itu akan menyebabkan Umno semakin dilihat sebagai jenama yang jijik 

Sabtu, 16 Oktober 2010

Dr Maza : Hukum Memperjuangkan Kepentingan Bangsa

Soalan : Dr Asri, apakah pandangan Islam mengenai perjuangan memartabatkan bangsa? Ada yang kata tak Islamik, ada yang kata asabiyyah. Ada pula yang berkata Islam sama sekali tidak peduli masalah kaum. Kita di Malaysia orang Melayu beragama Islam, salahkah jika kita berjuang mengangkat hak bangsa melayu? Harap Dr Asri dapat jelaskan kekeliruan ini.

Saifuddin, Johor.

Jawaban Dr. MAZA: Saudara Saifuddin, Allah ialah tuhan untuk semua manusia tanpa mengira bangsa. Islam adalah agama Allah yang diutuskan agar dianuti oleh setiap bangsa tanpa sebarang diskriminasi. Dalam masa yang sama Islam akui kewujudan manusia berpuak dan berbangsa. Allah Tuhan Yang Maha Pencipta telah menciptakan manusia dalam keadaan demikian dengan hikmah yang begitu banyak. Di sini saya sebut beberapa perkara untuk memahami isu ini;

1. Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir samada untuk dia menjadi arab, atau melayu, atau inggeris atau india atau selain itu. Ia adalah ketentuan Allah, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang. Maka hakikat ini mestilah difahami supaya kita tidak menyalahkan atau menghina seseorang atas sebab bangsa atau keturunannya kerana itu bukan pilihan atau kesalahannya. Sebaliknya kita menilai seseorang berdasarkan perbuatan dan akhlaknya. Inilah sikap yang adil. Dosa keturunan tidak ditanggung oleh anak cucu. Dosa seseorang tidak boleh dibebankan atas orang lain yang sebangsa dengannya yang tidak terlibat dengan kesalahan itu. Allah menjelaskan prinsip ini dalam al-Quran: (maksudnya)
“dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain. dan tiadalah Kami (Allah) mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (Surah al-Isra, ayat 15).
2. Maka, perjuangan apapun yang mahu ditegakkan, hendaklah menilai setiap insan berdasarkan kepada akhlaknya, bukan titih keturunannya. Keadilan dalam Islam buta warna bangsa dan agama sekalipun. Keadilan untuk semua. Sabda Nabi s.a.w:
“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Jika hal ini tidak diteliti, perkauman atau racism akan berlaku. Akan ada pihak yang teraniaya hanya kerana keturunannya walaupun mungkin dia tidak bersalah. Diskriminasi seperti ini pernah berlaku di Amerika, sehingga Martin Luther King dalam pidatonya yang terkenal ‘I have a dream’ menyebut: “I have a dream that my four little children one day live in a nation where they will not be judged by the colour of their skin but by the content of their character”.
3. Tujuan Allah menciptakan berpuak dan berbangsa agar saling kenal mengenali antara satu sama lain. Firman Allah: (maksudnya) (maksudnya):
Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).
Lihat dalam ayat ini, Allah memanggil “Wahai manusia!”. Panggilan yang sangat adil merangkumi setiap bangsa dan puak. Bukan panggil perkauman atau fanatik keturunan. Kata Sayyid Qutb dalam menafisrkan ayat ini:
“Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuwafakat. Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian. Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunai tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, negara segalanya itu nilai dalam timbangan Allah. Sebaliknya, di sana hanya satu timbangan yang menentukan nilai dan kelebihan manusia, iaitu “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu”. (Fi Zilal al-Quran 6/3348. Cairo: Dar al-Syuruq).
4. Di samping itu, kita hendaklah tahu bahawa setiap mukmin itu bersaudara tanpa mengira bangsa dan puak. Hak-hak persaudaraan Islam telah ditentukan oleh Allah dan rasulNya. Nilai persaudaraan ini hendaklah sentiasa kita pegang. Perbezaan keturunan dan bangsa tidak boleh menjejaskan hal ini. Inilah asas perpaduan yang terpenting. Inilah perpaduan yang menyelamatkan kita dunia dan akhirat. Firman Allah: (maksudnya)
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Islam), dan janganlah kamu berpecah-belah; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara jantung hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara (persaudaraan Islam). Dan kamu dahulunya berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu darinya (disebabkan nikmat Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (Surah Ali ‘Imran ayat 103).
5. Setelah kita faham dan beriman dengan asas-asas yang disebutkan di atas. Bertindak berteraskan asas ini, maka tidaklah menjadi kesalahan jika kita dalam masa yang sama berusaha memajukan bangsa atau keturunan kita dengan syarat kita tidak menzalimi dan menghina kaum yang lain. Dalam Islam pun, harta pusaka juga diwarisi oleh kaum keluarga. Kita juga disuruh menghubungkan silaturrahim sesama keluarga dan al-Quran juga menyuruh kita membantu keluarga di sudut harta. Firman Allah: (maksudnya)
“Maka (sebagai tanda syukur) berikanlah kepada kaum kerabatmu, miskin dan orang musafir akan haknya masing-masing; pemberian yang demikian adalah baik bagi orang-orang yang bertujuan memperoleh keredhaan Allah dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. (Surah al-Rum, ayat 37)
6. Nabi s.a.w juga memuji sikap tolong menolong dalam memajukan atau membantu kaum atau puak sendiri, dengan syarat tidak menzalimi puak yang lain. Sabda Nabi s.a.w:
“Sesungguhnya kaum al-`Asy`ariyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ertinya, walaupun Islam menentang ‘asabiyyah namun Islam tidak menentang usaha membantu dan memartabatkan kaum sendiri, jika ada keperluan ke arah itu dan tidak membawa kepada pemusuhan antara puak dan kaum.
7. Adapun asabiyyah sebenarnya adalah sikap berpuak yang membawa kepada membelakangkan kebenaran dan kezaliman kepada kepada pihak lain. Sikap fanati puak itu mungkin menjelma dalam bentuk bangsa, ataupun parti politik, atau mazhab, atau kumpulan atau apa sahaja yang fanatik dan menolak kebenaran orang lain. Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah”. (Riwayat Muslim).
Rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) adalah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil, namun membela atas dasar ketaksuban. Ertinya, jika ada ciri demikian maka itu ‘asabiyyah yang dilarang; samada perjuangan parti atau perjuangan kaum. Maka, bukan sahaja perjuangan politik bangsa boleh menjadi ‘asabiyyah, perjuangan atas nama Islam jika fanatik dan menolak kebenaran hanya kerana keputusan parti juga boleh dinamakan ‘asabiyyah.
8. Usaha memartabatkan kaum bukan prinsip perjuangan tetapi keperluan yang dilakukan apabila keadaan mendesak seperti yang berlaku kepada kabilah al-Asy’ariyyin dalam hadis di atas. Sebab itu al-Quran bukan sahaja menyebut membantu kaum kerabat yang susah, tetapi juga membantu golongan miskin, orang musafir yang kesusahan tanpa dikaitkan dengan kaum kerabat atau bangsa.
9. Kesimpulannya; prinsip Islam mengatasi segalanya termasuk isu bangsa. Perjuangan bangsa jika bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam yang disebutkan tadi adalah diharamkan. Namun, usaha memartabatkan bangsa jika tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti prinsip persaudaraan Islam, keadilan untuk semua dan tidak menghina bangsa lain, maka ia diizinkan, bahkan terpuji.sumber

Jumaat, 15 Oktober 2010

Bahana Minyak RON95......

Bahaya ke Minyak RON95......Lu Fikir Le Sendiri....???



Saya tak pandai nak bicara perihal qada dan qadar, tetapi saya fikir sekiranya kereta mangsa (gambar bawah) tersebut tidak terbakar, mungkin mangsa masih boleh diselamatkan.
Saya juga bukanlah cerdik pandai dalam bidang automotif, saya cuma tahu serba sedikit tentang minyak yang mempunyai formula oktana 95% dan pentana 5% (pentana adalah bahan yang menjana pembakaran) yang dikenali sebagai minyak RON95. Manakala untuk RON97, terdapat hanya 3% pentana dan selebihnya adalah oktana. Keperluan oktana dan pentana ini adalah bergantung kepada keperluan enjin dan jika ia tidak sesuai, akan menyebabkan ketukan (knocking).
Terdapat banyak testimoni yang memberi reaksi negetif terhadap kepenggunaan RON95. Sila tanya lebai google untuk mendapatkan feedback dari pengguna dan anda akan setuju dengan saya.
Apa yang menjadi persoalan di sini ialah, adakah kebanyakkan perlanggaran terbakar yang berlaku pada tahun ini disebabkan oleh penggunaan RON95?
Terdapat fakta yang mengatakan negara eropah menggunakan RON95 sebagai minyak premium nasional. Tetapi kita harus juga mengambil kira faktor iklim garisan khatulistiwa sepanjang tahun di negara ini dengan kepanasan puratanya 32darjah celciusberbanding negara eropah yang panasnya yang tidak pun mencecah 20darjah celcius. Jadi, minyak RON95 yang mempunyai 5 peratus bahan bakar adalah sesuai untuk negara atas angin berbanding negara berasap seperti Malaysia.
Saya cuma hairan mengapa sejak akhir-akhir ini, banyak kemalangan terbakar berlaku. Masihkah anda ingat kejadian yang menimpa arwah Acik Spin ? Juga masih kita ingat sebuah Proton Pesona terbakar di hadapan sebuah balai polis pada minggu lalu?

KAMPAR: Enam sahabat maut, termasuk lima rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas terbabas dan merempuh pokok di Kilometer 30.1 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, dekat sini, awal pagi tadi.

MARANG: Dua beranak terbunuh apabila kereta yang mereka naiki meletup dan terbakar selepas bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan di Kilometer 50.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Pasir Putih, Jambu Bongkok, pagi tadi.

JERLUN: Empat mangsa yang rentung dalam kemalangan di KM 394, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Kuala Lumpur pagi tadi sudah bertolak ke Kuala Lumpur tengah hari semalam tetapi berpatah semula sewaktu tiba di Kulim untuk mengambil ketupat palas yang tertinggal di Kampung Matang Bongor, Ayer Hitam di sini. sumber

Sekolah Harapan: Alah bisa tegal biasa?

Kita sedia maklum, kerajaan negeri Melaka memulakan langkah dalam pembinaan dan pembiayaan sebuah sekolah khusus untuk pelajar hamil yang dinamakan Sekolah Harapan.

Sekolah yang ditempatkan di daerah Jasin, Melaka ini bahkan boleh menampung sehingga 40 orang pelajar. Ketika sekolah ini mula dilancarkan, saya berfikir untuk menyediakan masa membuat 'pemerhatian'


Ternyata setelah lebih kurang 3 minggu sekolah ini dibuka, hipotesis saya benar; akan berlaku pertambahan pelajar dari semasa ke semasa. Walaupun di peringkat permulaan kita tahu tiada yang berani mendaftarkan diri. Sehingga saat ini, media melaporkan bilangan pelajar sudah melebihi 10 orang bahkan ada yang telah melahirkan.
Apa yang perlu kita risaukan soal kuantiti?
Inilah perkara pokok dalam isu ini. Pada pandangan saya, sekolah yang pada awalnya hanya diperuntukkan untuk 40 orang pelajar sahaja ini begitu 'berisiko' besar untuk menambah bilangan kerusi dan meja untuk pelajar lain lagi.
Saya begitu bimbang, sikap 'keterbukaan' para menteri kita ini akan menjadikan pepatah 'alah bisa tegal biasa ' diterjemahkan dalam isu ini. Mula-mula malu, kemudian ramai yang mahu. Lama-kelamaan, tiada apa lagi yang akan menjadi 'isu' kerana ia telah menjadi sebati dalam masyarakat kita.
Para remaja yang gemar bersosial tanpa batasan akan mula berasa 'selamat' setelah ada jaminan bahawa mereka tetap boleh 'menjadi manusia' seperti rakan-rakan sekolah mereka yang lain walaupun sebenarnya nilai hidup sebagai seorang manusia berakhlak itu makin terhakis dalam diri.
Saya juga ingin menimbulkan dua persoalan yang nyatanya akan memberi kesan berbeza. Pertama, jika benar seorang pelajar itu hamil sebelum sekolah ini diwujudkan dan beliau benar-benar menginsafi perbuatannya, mungkin benar dirinya 'layak' ke sekolah harapan ini (jika berpandukan matlamat penubuhan).
Tetapi kedua, jika pelajar tersebut hamil setelah wujudnya sekolah ini akibat rasa selamat akan 'terjaminnya' masa depannya walau hamil di luar nikah, ini yang bermasalah. Bahkan masalah ini memberi kemudaratan yang lebih besar kepada masyarakat kita berbanding keadaan pertama. Bukankah mengelakkan kemudharatan yang lebih besar itu adalah lebih perlu kita utamakan berbanding mewujudkan kebaikan yang sedikit?
Benar, kita tidak akan mampu menjangkakan masa depan. Tetapi, jika jalan yang kita gunakan lebih berisiko dalam mengundang nilai negatif berbanding nilai positif untuk masyarakat, tindakan kita perlu dikaji semula.
Bernilai lagikah masyarakat kita jika hidup dalam budaya 'keterbukaan tanpa batasan' hingga mengurangkan nilai sensitiviti terhadap maruah dan kehormatan? Sumber

Rabu, 13 Oktober 2010

Ahmad Maslan Dan Najib Ibarat Cacing Kepanasan


Apabila keputusan Mahkamah memihak kepada para peneroka Felda Kemahang, pihak yang bertanggungjawab menjaga Felda menyatakan bahawa sebenarnya kekalahan itu kerana peguam Felda tidak hadir di Mahkamah. Kini apabila keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan memihak kepada peneroka Sungai Koyan, Ahmad Maslan dan Najib bertungkus lumus menyatakan bahawa sebenarnya Felda tidak kalah .

Najib dan Ahmad Maslan masih lagi di dalam “denial syndrome” ( sindrom penafian ) –tidak dapat menerima dua keputusan Mahkamah yang menyebelahi peneroka dan tidak menyebelahi Felda.


Maka bagi menegakkan benang basah kedua-dua pemimpin ini nampak sangat terkial-kial cuba menyelamatkan imej Felda yang terguris teruk di sini sana. Hakikatnya semakin mereka cuba mempertahankan Felda semakin jelas mereka tercungap-cungap !

Kita lihat dulu kes Felda Kemahang. Felda menyatakan bahawa institusi tersebut kalah kerana peguam Felda tidak hadir di Mahkamah. Secara tersirat Felda ingin menyatakan bahawa peneroka menang kes tersebut bukan kerana kes mereka kuat.

Persoalannya benarkah Felda kalah hanya kerana semata-mata peguam Felda tidak hadir di Mahkamah ? Memang mudah untuk menipu rakyat dengan berselindung di sebalik hujah ini. Namun Najib dan Ahmad Maslan kena ingat pepatah Amerika yang menyatakan “ kita boleh berbohong seseorang dalam sesuatu masa, tetapi kita tidak boleh bohong semua orang dalam semua masa”.

Ya, benar antara sebab Felda kalah dengan peneroka Kemahang kerana peguam Felda tidak hadir di Mahkamah. Tetapi itu hanya sebahagian dari kebenaran. Kebenaran lain yang disorok oleh Najib dan Ahmad Maslan adalah meskipun peguam Felda tidak hadir, Hakim yang mendengar perbicaraan tersebut tidak memberikan kemenangan mudah kepada peneroka Felda Kemahang. Dalam bahasa undang-undang hakim tersebut tidak memasukkan penghakiman ingkar ( judgment in default ) ke atas Felda hanya kerana peguam Felda tidak hadir di Mahkamah. Untuk makluman para pembaca penghakiman ingkar adalah penghakiman yang direkodkan oleh Mahkamah jika salah satu pihak tidak hadir di Mahkamah dan penghakiman tersebut dibuat tanpa Hakim mendengar keterangan dari pihak-pihak atau saksi-saksi mereka.

Dalam kes Felda Kemahang meskipun Felda dan peguam mereka tidak hadir di Mahkamah , Hakim Dato’ Azman Hussin masih mahu mendengar keterangan saksi-saksi peneroka sebelum membuat keputusan. Hanya setelah Hakim mendengar keterangan barulah hakim berpuashati bahawa terdapat keterangan yang menunjukkan bahawa unsur penipuan dalam kes tersebut dan sekaligus Hakim memerintahkan Felda membayar peneroka-penerokan yang menyaman itu gantirugi RM 11 juta. Berdasarkan hal tersebut adalah TIDAK BENAR untuk Najib dan Ahmad Maslan menyatakan Felda kalah hanya kerana peguam Felda tidak hadir. Hakikatnya meskipun peguam Felda tidak hadir kes tersebut masih boleh menyebelahi Felda jika Hakim , setelah mendengar saksi pihak peneroka, merasakan peneroka telah gagal membuktikan kes mereka.

Kita lihat pula isu keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan di dalam kes para peneroka Sungai Koyan 2 dan 3. Ahmad Maslan berkata, laporan akhbar Harakah yang berjudul “Felda Kalah Lagi” mengelirukan dan tidak tepat. "Kalau Felda kalah, sudah tentu rayuan akan dibuat sebaliknya keputusan mahkamah itu dengan jelas menyatakan peneroka hanya berhak dapat tuntutan mereka jika patuh kepada prosedur Felda. Jadi, tindakan saman itu hanya merugikan mereka kerana terpaksa membayar khidmat peguam. Kalau mereka tak saman pun, kita tetap bayar," katanya pada sidang akhbar pada 7/10/2010.

Malah, menurut Ahmad, tiga daripada sembilan peneroka itu telah mula menerima bayaran semula daripada Felda kerana mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Ahmad Maslan cuba bermain dengan logik. Logik beliau kalau Felda kalah sudah tentu Felda akan merayu. Oleh kerana Felda tidak merayu maka mengikut logik Ahmad Maslan Felda tidak kalah.

Baiklah jika itu logik Ahmad Maslan kita juga boleh menjawab dengan logik berikut. Jika Felda tidak kalah maka sudah tentu peneroka yang kalah .Dalam Mahkamah tidak ada keputusan seri. Jika peneroka kalah sudah tentu saman yang dikemukakan oleh peneroka akan ditolak oleh Mahkamah. Dan jika peneroka yang kalah sudah tentu peneroka yang kena buat rayuan.

Persoalannya bagaimana peneroka hendak dikatakan kalah jika apa yang mereka minta dibenarkan oleh Mahkamah meskipun tidak keseluruhan. Mereka meminta Mahkamah membuat perintah perisytiharan bahawa mereka dibenarkan tanam secara sendiri dan Mahkamh membenarkan perintah itu. Mereka juga meminta Mahkamah mengisytiharkan bahawa mereka layak diberi RM 1700 seeekar dan Mahkamah juga benarkan perintah tersebut. Hanya kerana Mahkamah menambah bahawa bagi tujuan bayaran RM 1700 seekar perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan tidak boleh ditafsirkan Felda menang dan peneroka kalah.

Sepertimana kes Felda Kemahang, Ahmad Maslan sekali lagi tidak mendedahkan kebenaran yang sebenar. Beliau menyatakan kalau tidak saman pun kita ( felda ) tetap akan bayar. Ini satu pembohongan yang amat terang dan nyata. Kalau Felda akan bayar apa yang diminta oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 mengapakah peneroka tersebut perlu bersusah payah pergi ke Mahkamah untuk mendapatkan hak mereka ? Kalau betul Felda akan bayar mengapakah Felda bertungkus lumus lawan para peneroka habis-habisan di Mahkamah ? Saksi Felda sendiri apabila disoal oleh saya bersetuju bahawa para peneroka perlu pergi ke Mahkamah kerana ingin mendapatkan keadilan. Lihat soal jawab berikut :-

Soalan ( S ): Sekarang ni bila Felda uruskan tanam semula, Felda guna duit dalam tabung,sebahagian duit itu sebahagian duit Plaintif,betul?

Jawapan ( J ) : Betul

S:Maknanya Felda diberi izin berdasarkan perjanjian ini untuk guna wang tabung tanam semula,duit itu yang sebahagiannya ada duit Plaintif.tapi bila peneroka nak tanam sendiri macam-macam syarat dikenakan.wajar tak wajar?

J: Wajar.

S:Kalaulah saya katakan Peneroka yang tanam melalui Felda mereka boleh guna RM 1,700,sepatutya hak yang sama diberikan kepada Plaintif,betul?

J:Betul

S:Tiba-tiba 2002 tak dapat langsung.adil ke tak?

J :Tak adil.

S:kalau tak adil tu la pergi mahkamah .tu la mereka pergi mahkamah untuk dapat keadilan.betul?

J: Betul

Ahmad Maslan menyatakan tiga daripada sembilan peneroka itu telah mula menerima bayaran semula daripada Felda kerana mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Sekali lagi bercakap bohong jadi hobi Ahmad Maslan. Mengapakah Ahmad Maslan enggan menyatakan kebenaran bahawa semasa saksi Felda memberikan keterangan saksi Felda tanpa berselindung menyatakan bahawa ketiga-tiga peneroka itu hanya layak menerima RM 11,000 lebih sahaja setiap orang sedangkan berdasarkan garis panduan Felda sendiri mereka layak menerima RM 1700 seekar ( RM 1700 x 14 ekar = RM 23, 800-00 ). Jika 3 peneroka ini tidak saman Felda di Mahkamah apakah jaminan Felda setuju bayar mereka jumlah penuh sebanyak RM 23, 800-00 ? Apabila Mahkamah memutuskan mereka layak dibayar RM 1700 seekar tindakan Felda hanya bayar RM 11,000 lebih sahaja kepada 3 peneroka tersebut adalah jelas tidak betul.

Akhir sekali Ahmad Maslan menyatakan saman itu hanya merugikan para peneroka kerana mereka terpaksa membayar khidmat peguam. Mengapakah Ahmad Maslan tidak pula menyatakan bahawa tindakan Felda menggunakan peguam dan membayar kos peguam Felda yang tinggi juga membuang duit Felda sahaja hanya semata-mata Felda mahu tegakkan benang basah dan ingin menafikan hak peneroka. Oh mungkin bagi Ahmad Maslan tidak salah Felda membazir duit bayar yuran peguam Felda sebab duit Felda itu hakikatnya datang dari hasil penat lelah peneroka juga ! Bukankah lebih baik Felda bayar peneroka wang tanam semula dari bayar wang kepada peguam Felda bagi membela Felda untuk tidak mahu bayar wang tanam semula kepada peneroka. sumber

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Stuxnet - senjata pemusnah terbaru Yahudi


"Dalam pertengahan September, seluruh dunia dihebohkan oleh berita arus perdana yang memaparkan cerita berita tentang Israel sebagai pencipta dan penyebar virus komputer paling merbahaya, iaitu Stuxnet.

Sebelum ini, kebanyakan virus hanya menyerang PC atau ‘server’ untuk e-bisnes, iaitu dengan cara memadamkan fail atau dokumen sistem kunci, atau menghalang capaian laman sesawang, tetapi tidaklah sampai ketahap merosakkan fungsi utama.
Virus Stuxnet berbeza. Ia satu-satunya virus yang berupaya menembusi komputer yang digunakan untuk mengawal mesin-mesin utama dalam industri, sehingga membolehkan penyerangnya mengawal sistem-sistem kritikal seperti pam, motor, loceng kecemasan dan injap dalam sesuatu kilang industri. Yang paling ditakuti ialah apabila sistem keselamatan di loji tenaga nuklear dapat di matikan; air segar dicemarkan dengan sisa buangan dari loji rawatan kumbahan, atau injap paip minyak dibuka sehingga mencemari tanah dan laut.
“Apabila penyerang dapat mengawal sistem industri seperti, loji air, loji rawatan kumbahan atau stesyen janakuasa, maka ia akan menjadi satu ancaman yang amat serius kepada dunia,” kata Patrick Fitzgerald, pegawai kanan perisikan ancaman Symantec.
Kenapa menuding jari kepada Israel? Pertama, tumpuan serangan adalah Iran dengan mensasarkan kemudahan nuklear di Natanz, iaitu berada di tempat pertama dalam senarai sasaran Israel. Kedua, terdapat dua “cap jari” yang ditinggalkan pada Stuxnet, salah satunya merujuk kepada Esther, iatu wanita yang diceritakan dalam kitab Injil yang telah menyelamatkan Yahudi Parsi.
Yang lain pula ialah terdapatnya satu tarikh yang tersembunyi dalam kod-Mei 9, 1979, hari di mana seorang Yahudi Iran bernama Habib Elghanian dijatuhi hukuman bunuh oleh kerajaan revolusi Islam yang baru dibentuk (menandakan tamatnya penguasaan Zionis dalam negara berkenaan) sehingga menyebabkan berpuluh-puluh ribu Yahudi Iran lari meninggalkan negara tersebut.
Kebanyakan pakar merujuk kepada Israel sebagai, yang paling berkemungkinan, mencipta senjata bio-teknologi ini. Mereka juga bersependapat bahawa virus ini bukan sahaja mengancam Iran, tetapi juga sistem-sistem di seluruh dunia, bila mana Stuxnet akan membolehkan penggodam-penggodam mengarah-dan-mengawal mekanisme infrastruktur kritikal di negara-negara maju.
Semua “media utama” membawa berita tentang bencana elektronik terbaru ini yang dianggap sungguh dasyat, mengingatkan kita tentang hysteria Y2K lebih sedekad yang lalu.
Mereka yang memiliki senjata ini seolah-olah menyerupai seseorang yang sedang mengacu pistol di kepala pemimpin sebuah negara sambil membuat tuntutan.
Sekalipun terdapat berita-berita yang merumuskan Israel sebagai dalang di sebalik penghasilan virus ini, tidak kedengaran langsung protes dari negara Yahudi itu atau sekutu-sekutunya menunjukkan seolah-olah mengiyakan wujudnya “konspirasi Yahudi” yang berkemampuan menghancurkan dunia hanya melalui satu klik pada papan kekunci.
Ini menunjukkan kepada kita bahawa Israel memang mahu dunia mempercayai bahawa merekalah yang bertangungjawab menyebarkan virus pemusnah sistem ini.
Kenapa Yahudi membenarkan “teori konspirasi yang berbaur anti-semitik” ini?  Alasannya ialah kerana cerita-cerita mistik dan misteri ini boleh melonjakkan imej mereka sebagaimana mereka percaya tuhan mereka yang dipanggil Yahweh akan membawa bencana ke atas orang-orang yang menyakiti dan menyusahkan bangsa mereka yang terpilih. sumber
Selanjutnya...
Carta bagaimana Stuxnet menyerang
Graf negara-negara yang telah diserang....Malaysia pun ada

Isnin, 11 Oktober 2010

Apa Masalahnya PAS Jadi ‘Kapten’ Pakatan Rakyat?

Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Presiden MCA telah cuba memberi gambaran yang salah khususnya kepada masyarakat Cina berkenaan kemungkinan yang bakal berlaku sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memerintah negara ini. Semasa berucap dalam Perhimpunan Agung MCA kali ke 57 pada hari Ahad 10 Okt.‘10, beliau telah menyatakan bahawa jika PR memerintah maka PAS akan menjadi ‘kapten'nya. 

PAS akan membawa dasar-dasar autokratik dan kembali kepada perjuangan asalnya. Ucapan ini disampaikan di hadapan Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional serta para pewakilan MCA seluruh negara. Persoalannya apa masalahnya jika PAS menjadi Kapten PR?

Dasar PAS adalah Islam. Semenjak ditubuhkan 59 tahun dahulu hingga ke hari ini dasar PAS tidak pernah berubah. Islam adalah agama yang universal. Kebaikan yang dibawa oleh Islam adalah untuk seluruh manusia tidak kira agama mahupun bangsa. PAS berkeyakinan bahawa Islam di turunkan atas mukabumi ini adalah untuk menyelamatkan dunia ini daripada kehancuran akibat kerakusan manusia. 

Buktinya sekitar kampung Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek sendiri di Batu Pahat, masyarakat Cina boleh tinggal dengan selamat dan berniaga bersama orang Melayu yang beragama Islam. Bilangan masyarakat Cina tidak sampai 10% di perkampungan tersebut tetapi mereka boleh hidup selesa. Islam menjamin keselamatan semua umat manusia. Jika terdapat kelemahan bukanlah disebabkan oleh Islam tetapi disebabkan oleh penganutnya yang tidak melaksanakan Islam yang sebenar. Kemuliaan bangsa Melayu itu hanya apabila ia berpegang kepada Islam. Jika orang Melayu meninggalkan Islam maka kita akan dapat melihat kehancurannya.
Berapa ramai orang Cina di Kelantan, Kedah dan Terengganu yang tertindas semasa pemerintahan PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah (APU), Barisan Altenatif (BA) dan Pakatan Rakyat (PR) daripada tahun 1990 hingga sekarang? Jika Islam itu zalim, maka PAS sudah menindas masyarakat bukan Islam sejak tahun 1990. Jika Islam itu tidak bertamadun maka sudah beribu orang bukan Islam yang dibunuh oleh PAS. Islam melarang memaksa orang lain untuk menganut agama Islam. Hak memilih agama adalah hak masing-masing. Agama bukan untuk ikut-ikutan tetapi diikat dengan keyakinan teguh dalam hati yang ikhlas. Bagi Islam, tiada paksaan dalam agama. Namun apabila telah menganutnya, tiada pilihan melainkan wajib mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan Allah.
Islam menentang perkauman sempit. Islam melarang umatnya berlaku zalim dan menafikan hak orang bukan Islam. UMNO adalah parti perkauman. Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek , jangan mengambil contoh pegangan agama Islam daripada UMNO. Sebahagian besar pemimpin UMNO gagal menunjukkan ciri-ciri Muslim yang sebenar. Sebelah tangan memegang Islam sementara sebelah tangan lagi menerima rasuah. Dalam Islam tidak boleh bercampur antara yang baik dengan yang jahat. Parti perkauman seperti UMNO tiada panduan yang jelas tetapi PAS jadikan Al-Quran dan kehidupan Nabi Muhammad sebagai panduan yang jelas. Ini termaktub dalam perlembagaan PAS. Tidak ada satu ayat Al-Quran yang menindas orang bukan Islam. Kalau Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek terjumpa satu ayat Al-Quran yang menindas orang bukan Islam sila kemukakan dengan segera.
Dalam Islam tiada halangan bagi orang bukan Islam melaksanakan ibadat dan amalan masing-masing seperti meminum arak, memakan daging kinzir dan lain-lain. Pernahkah Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek melihat orang alim yang melarang penjualan daging khinzir kepada masyaraka Cina di kampung-kampung sekitar Batu Pahat. Mereka bebas melakukan aktiviti perniagaan ini. Itulah ajaran Islam sebenar. Islam hanya melarang penjualan barang terlarang seperti arak dan daging khinzir kepada orang Islam sahaja.
Sekarang UMNO dan Barisan Nasional seolah-olah tidak dapat mengawal rasuah dalam negara. Penaiktarafan BPR kepada SPRM tidak dapat membantu imej negara keluar daripada budaya rasuah. Dalam Islam rasuah boleh dihindari dengan menyemai perasaan takut kepada Allah S.W.T. Segala perbuatan kita mesti dirujuk kepada perintahNya. Umat Islam berkeyakinan segala perbuatan jahat akan dibalas dengan azab neraka apabila mati kelak. Semua orang tidak terlepas daripada mati. Oleh kerana UMNO mengamalkan dasar sekular yang mengasingkan urusan politik daripada agama maka perbuatan rasuah tidak dikaitkan dengan kemarahan Allah S.W.T dan seksaan api neraka.

Secara automatik masyarakat Islam beranggapan rasuah itu tidak menjadi kesalahan yang membawa manusia masuk neraka. Sebab itu tidak mustahil umat Islam yang berfahaman sekular boleh memakai serban yang tebal tetapi tetap melakukan rasuah. Sebenarnya tidak banyak kos diperlukan untuk membanteras rasuah mengikut ajaran Islam sebenar. PAS mempunyai rekod yang jelas dalam isu rasuah ini. Tiada seorang pun exco PAS yang terlibat dengan rasuah di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Bandingkan pula dengan UMNO, berapa ramai pemimpinnya terlibat dengan rasuah. Itulah bukti Islam sebenar yang dibawa oleh PAS dan bukan Islam sekular yang dibawa oleh UMNO. PAS didik pemimpinnya dengan Islam sebenar. Dengan Islam sebenarlah PAS dilihat mempunyai integriti yang tinggi.
Orang bukan Islam khususnya masyarakat Cina menguasai ekonomi dalam negara ini. Islam menjamin harta-harta mereka. Islam melarang umatnya merampas harta orang bukan Islam. Islam juga melarang umatnya mencuri dan merompak harta orang bukan Islam. Jika mengikut ajaran Islam sebenar jenayah dapat dikurangkan. Negara kita sudah terlalu tepu dengan jenayah sehingga sangup membunuh dan membakar mayat manusia dengan begitu kejam sekali. Sejarah dunia telah membuktikan bahawa Islam dapat mengurangkan jenayah dalam sesebuah negara.

Itulah bukti bawa Islam sebenar dapat mengatasi masalah jenayah dalam negara. PAS tidak mampu menggubal sebarang undang-undang Islam jika rakyat tidak menyetujuinya. Oleh itu PAS mengambil pendekatan mendidik terlebih dahulu terhadap prinsip-prinsip keadilan yang terdapat dalam Islam kepada seluruh rakyat Malaysia. PAS yakin suatu masa nanti rakyat Malaysia akan terbuka hatinya untuk menerima undang-undang Islam. Hati manusia sama ada yang beragama Islam atau sebaliknya adalah milik Allah S.W.T. Dialah yang membuka hati atau menutup hati rakyat Malaysia. PAS berserah sahaja kepada Allah S.W.T setelah berusaha mendidik rakyat memahami keadilan dalam Islam. PAS yakin suatu masa nanti mereka yang bernama Ah Chong atau Ramasami secara relahati memohon keadilan dalam Islam untuk melindungi nyawa, akal, harta dan keturunan mereka.
Antara kegagalan UMNO dalam memerintah negara ini adalah gagalnya UMNO mendidik masyarakat Islam menjadi umat Islam yang cemerlang dalam pendidikan, ekonomi, sosial dan lain-lain. Statistik menunjukkan bahawa remaja Islam menjadi juara masalah sosial dalam negara. Dalam pencapaian akademik pula kualiti pelajar Islam lebih rendah daripada bukan Islam. Keadaan tidak seimbang inilah menyebabkan dasar afirmatif terpaksa dikenalkan sehingga ke hari ini. Sebenarnya dasar afirmatif sudah tidak diperlukan lagi jika kedudukan sosio-ekonomi semua masyarakat sudah seimbang. Islam yang sebenar mampu membina jatidiri remaja Islam sebenar.

Buktinya sekolah-sekolah aliran agama Islam di negara ini menunjukkan prestasi akademik yang lebih baik dan tidak menghadapi masalah sosial yang besar dibandingkan sekolah yang bukan aliran Islam. Umat Islam yang hampir dengan Tuhannya dapat menghindarkan diri daripada gejala yang tidak bermoral. Oleh itu agenda utama PAS dan PR jika memerintah negara ini adalah membina hubungan mantap remaja dengan Tuhannya. Tentunya modalnya tidak sebesar Program Rakan Muda atau PLKN.
Islam sebenar dapat menjaga nyawa, harta, keturunan dan akal fikiran manusia. Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) penuh yakin masyarakat bukan Islam lebih selamat bersama Islam sebenar. Mereka boleh mengundi PAS dan PR dalam pilihanraya akan datang. Jika masyarakat bukan Islam merasa tidak selesa dengan cara-cara PAS maka mereka boleh menyalurkan pandangan mereka kepada Dewan Himpunan PAS, DAP/PKR rakan sekutu PAS atau NGO yang berkaitan. Negara kita adalah sebuah negara demokratik.

Tempoh 5 tahun bukannya lama. Jika masyarakat bukan Islam tidak selesa dengan PAS dan PR maka pilihanraya seterusnya pilihlah UMNO-BN. Pada waktu ini, apakah masyarakat bukan Islam lebih rela bernaung di bawah UMNO-BN yang telah terbukti tidak mampu menjaga kepentingan rakyat Malaysia dengan peningkatan rasuah, jenayah, kemerosotan ekonomi dan sebagainya. Atau masyarakat bukan Islam perlu mencuba pemerintah baru yang menjanjikan pemerintahan yang lebih bertanggungjawab, telus, demokratik dan adil. Sebahagian usaha ini telah dilaksanakan di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.
Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek pernah menjadi Exco Kanan Kerajaan Negeri Johor, Ahli Parlimen Labis dan Pengerusi MCA Batu Pahat. Sudah tentunya beliau mendapat gambaran Islam daripada daripada Tan Sri Muhyidin bin Mohammad Yassin (Timbalan Perdana Menteri), Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri) dan Dato' Abd. Ghani Othman(Menteri Besar Johor). Saya kira Datuk Seri Dr Chua Soi Lek belum mendapat gambaran Islam sebenar daripada PAS khususnya PAS Johor. Saya mencadangkan kepada beliau agar mendapatkan maklumat Islam sebenar daripada anak-anak Johor seperti Dato' Mahfoz Muhammad (Pesuruhjaya PAS Johor), YB Sallehuddin Ayub (Naib Presiden PAS) dan Sdr. Mazlan Aliman (AJK PAS Pusat) dan lain-lain lagi. Mungkin adalah lebih mudah berbicara tentang Islam yang sebenar sesama anak Johor sendiri.
Suhaizan Bin Kaiat
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Pusat

Ahad, 10 Oktober 2010

Agenda Musuh-musuh Islam



Sebelum ini Musuh-musuh Islam telah melaksanakan tiga fasa bagi menghancurkan dan menyekat kebangkitan Islam.


Fasa 1
Musuh-musuh Islam berpakat meruntuhkan Khilafah Islamiyyah kemudian membahagi-bahagikan negara-negara umat Islam yang dijajah. Mereka berusaha menakut-nakutkan umat Islam dengan melakukan pembunuhan demi pembunuhan. Mereka meruntuhkan masjid dan membakar kitab suci al-Quran. Mereka berusaha keras untuk menghancurkan benih-benih Islam.


Namun, ibarat tanah yang tandus akibat kemarau. Pokok-pokok semuanya mati. Tetapi apabila hujan turun, tanpa disangka benih yang masih tinggal di dalam tanah menumbuhkan pokoknya. Islam kembali subur di seluruh dunia walau sekuat manapun tekanan yang dikenakan ke atas umat Islam.

Fasa 2

Pada fasa kedua atau gelombang kedua penentangan terhadap Islam, mereka memasukkan fahaman-fahaman yang memisahkan ajaran Islam di antara satu juzuk dengan juzuk yang lain. Mereka menanam pelbagai fahaman seperti komunisme, sosialisme dan nasionalisme yang ditunjangi sekularisme bagi memisahkan umat Islam daripada ajaran Islam.

Fasa 3

Gerakan Islamisasi diwujudkan. Penerapan nilai-nilai Islam begitu mendapat sambutan daripada umat Islam. Padahal, ia adalah satu gerakan yang bertujuan untuk melambat-lambatkan atau menyekat kebangkitan Islam. Umat Islam menjadi keliru dan sebahagiannya bersetuju dengan gerakan Islamisasi yang dilihat lebih halus pendekatannya.

Fasa ini diikuti dengan satu program yang besar iaitu tragedi 11 September. Zionis antarabangsa sanggup mengorbankan bangunan tertinggi mereka semata-mata untuk melaksanakan misi menghancurkan gerakan Islam yang semakin kuat di beberapa buah negara di atas tiket memerangi pengganas. Islam dilabel sebagai agama pengganas. Umat Islam yang komited dengan ajaran Islam dianggap ekstrim. Akhirnya, timbullah fenomena Islamophobia padaa hari ini.

Pelan Baru

Akhirnya, Amerika membuat pelan baru di mana mereka akan menerima Islam tetapi tanpa siasah. Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berucap dalam sidang PBB mencadangkan untuk mewujudkan satu kelompok baru iaitu negara-negara Islam sederhana. Perkara ini disokong oleh Senat Amerika dan disambut oleh beberapa tokoh dari negara-negara Barat. Hal ini menepati rancangan mereka yang menggunakan pelan baru untuk tidak menentang Islam atau menolak Islam tetapi menerima Islam tanpa kekuatan politik.

Beberapa tahun akan datang diramalkan akan berlaku tiga fenomena:

PERTAMA

Munculnya Gerakan sufiyyah/tarekat/tasawuf di negara-negara umat Islam yang mencabut jihad dalam gerakan mereka. Membiarkan negara diperintah oleh orang kafir atau sistem kuffar. Membiarkan sistem yang merosakkan akar umbi Islam berlaku di kalangan umat Islam. Sufi dan tarekat tidak salah. Tetapi, apabila dicabut jihad itu adalah satu penyelewengan. Gelombang ini akan bangkit kembali. Kemudian, lahirlah satu kelompok umat Islam yang seronok atau ghairah dengan suasana itu.

KEDUA

Munculnya gerakan dakwah atas nama Islam yang tidak menjadikan siasah sebagai asas kekuatan bahkan membuang siasah dalam gerakan mereka. Gerakan ini sudah wujud. Tetapi, selepas ini akan tumbuh seperti cendawan musim hujan. Gerakan ini menjadi lebih kuat dan subur dalam beberapa tahun yang akan datang dengan mendapat pembiayaan khusus. Gerakan Islam seperti ini sebenarnya tiada kekuatan. Islam yang dicabut siasah adalah Islam yang tiada kekuatan.

Dalam satu kisah, Saidina Utsman Ibn Affan r.a. turun dari mimbar dan berkata: “Mana-mana perintah Allah di dalam al-Quran yang tidak dapat kita sempurnakan, maka kita akan menggunakan kuasa politik untuk menyempurnakannya.”

Islam itu sempurna. Sebahagian perintah Allah di dalam al-Quran tidak berhajat kepada kekuasaan seperti perintah solat dan puasa. Tetapi, untuk menyempurnakan sebahagian perintah Allah yang lain berhajat kepada kekuasaan. Seperti pengharaman arak, judi dan zina. Kuasa politik menyempurnakan perintah Allah tersebut.

Gerakan ini diberi layanan yang baik dan bebas bergerak mengajak manusia kepada amalan-amalan fardiyyah bagi membentuk peribadi muslim. Namun, kesan daripada gerakan ini, akan muncul satu gambaran bahawa orang Islam yang dianggap baik adalah mereka yang tidak mencampuri urusan politik. Urusan politik dianggap kotor. Perbincangan tentang sekularisme yang dianggap sudah hampir selesai akhirnya kembali mencengkam umat Islam.

Sebab itu kita lihat pada hari ini, masyarakat Islam begitu peka kepada arak dan judi. Mereka mengetahui dan menjauhinya. Tetapi, menegakkan sistem pengharamannya tidak. Kerana urusan ini ditegakkan oleh politik. Mereka jahil dan lupa tentang ahli politik yang menghalalkan judi kerana di dalam masjid hanya diajar tentang hukum memakan hasil judi dan berjudi. Tetapi, hal yang membiarkan perjudian adalah urusan politik. Politik dianggap kotor dan ia tidak diajar di dalam masjid.

KETIGA

Akan muncul garis pemisah di antara gerakan Islam yang memperjuangkan Islam secara syumul yang berada di satu pihak; mereka dilabel sebagai ekstrimis dan Islam fanatik dan di sebelah yang lain, satu blok negara-negara Islam yang sederhana yang diterima oleh Yahudi dan Nasrani dan negara-negara kuasa besar dunia dengan baik. Fenomena ini adalah hasil daripada pelan baru yang disebutkan di atas. Maka, berlakulah pertembungan besar dari sudut kefahaman Islam. Manakah ajaran Islam yang sebenar?

Wallahua’lam. Semoga Allah menyelamatkan kita daripada fitnah akhir zaman.sumber


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi