Rabu, 29 Disember 2010

DS NIZAR Sarankan khusrin tidak dibenarkan masuk pejabat



SHAH ALAM 28 DIS : Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menyarankan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim supaya tidak membenarkan Datuk Khusrin Munawi masuk ke dalam pejabat setiausaha kerajaan negeri selama sebulan sebagai tanda protes.

Cadangan ini diajukan oleh Nizar berikutan perlantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan semalam tanpa merujuk kepada kerajaan negeri yang dianggap bertujuan untuk mencapai kepentingan politik pihak-pihak tertentu.

"Jadi saya cadangkan supaya Tan Sri Khalid menggunakan kuasa dia untuk mengunci dan anggota keselamatan jangan membenarkan Khusrin masuk selama satu bulan ke pejabat dia.

"selepas kunci bilik tu dia kena keluarkan, Tan Sri Khalid keluarkan satu nota kepada Datuk Khusrin supaya tidak masuk ke pejabat SS dan hanya duduk di rumah, dan kerja dia hendaklah dipangku oleh orang lain," katanya yang dihubungi TV Selangor hari ini.

Nizar mengemukakan cadangan ini kerana khuatir apa yang berlaku di Perak akan berulang lagi di Selangor dan cadangan tindakan ini dilakukan bagi menyelamatkan tampuk pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor.

Sebelum ini, UMNO-BN telah merampas negeri Perak dari Pakatan Rakyat gara-gara dua ADUN PKR (Behrang & Changkat Jering) dan satu ADUN DAP (Jelapang) telah bertindak keluar parti dan menjadi Bebas, kelayakan ketiga-tiga ADUN ini dipertikai kerana kerusi DUN yang berkenaan telah diumumkan kosong oleh Speaker DUN Perak V. Sivakumar.

Nizar juga menolak tindakan perlantikan Khusrin ini dan menganggap ia sebagai membelakangkan Menteri Besar Selangor kerana keputusan dibuat tanpa meminta pandangan Menteri Besar itu.

"Saya berpendapat bahawa ini adalah satu tindakan yang tidak menghormati kedudukan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar yang dipilih oleh rakyat sebab dia sebagai menteri besar, mestilah diberikan keputusan ataupun ruang untuk memilih orang yang dia boleh berkerja sebagai SS walaupun dia ada perlantikan daripada Putrajaya tapi pandangan dia mesti dihormati oleh Putrajaya ataupun SPA, jadi ini menunjukkan membelakangkan Tan Sri Khalid dengan hanya menggunakan Tuanku Sultan," katanya.

Nizar turut memberitahu jika perlantikan Khusrin ini diteruskan, mungkin akan terdapat campurtangan dari kerajaan Pusat dalam membuat keputusan mesyuarat Exco.

"Apa saja keputusan-keputusan yang diputuskan dalam mesyuarat exco, kita sepatutnya SS akan keluarkan arahan dan laksanakan yang diputuskan dalam mesyuarat exco dia lengahkan, dia tak buat.

"kemudian apa yang tak diputuskan dia buat, mesyuarat exco tak bincangkan masalah ini, dia sendiri akan buat surat dan keluarkan arahan tanpa kita bagi arahan dari mesyuarat exco," ujar Nizar.

Mohd Khusrin, 54 tahun, menggantikan Datuk Ramli Mahmud, yang bersara pada hujung minggu ini, dilihat sebagai pegawai kanan yang kontroversi ketika menerajui JAIS.

Di bawah terajunya JAIS menahan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin atas alasan mengajar tanpa tauliah.

Menteri Besar Kelantan Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat turut dilarang memberi ceramah di masjid-masjid Selangor.

JAIS sedang menguruskan kes kontroversi melibatkan tangkapan besar-besaran pengamal Syiah minggu lalu. - tvs

Isnin, 27 Disember 2010

Bekas perasuah politik ...layak ker jadi pengerusi Felda..



KUALA LUMPUR, 27 Dis: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) membantah keras pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Felda yang baru dan mendesak Perdana Menteri menarik semula pelantikan tersebut.
Pengerusinya, Mazlan Aliman yang kecewa dengan pelantikan itu berkata, Isa tidak layak untuk memegang jawatan tersebut kerana latar belakangnya yang pernah terbabit dengan politik wang dalam pemilihan Umno pada 2004. 

Saya mewakili Anak membantah keras pelantikan Tan Sri Isa Samad ini. Berdasarkan salah laku yang pernah dilakukan beliau, sudah cukup jelas beliau bukan pemimpin beramanah yang sepatutnya menjadi pilihan (Datuk Seri) Najib (Razak).

"Sehubungan itu saya mendesak Perdana Menteri menarik balik pelantikan itu," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mazlan yang juga exco lajnah pembangunan tanah dan wilayah PAs Pusat juga menegaskan, sekiranya Najib enggan berbuat demikian pihaknya akan membuat pungutan suara warga Felda yang membantah pelantikan itu.

"Jika kerajaan tidak berbuat demikian saya ingin menyatakan ketegasan kita bahawa Anak akan membuat satu pungutan suara iaitu referendum sejuta tandatangan dan kita akan serah kepada Perdana Menteri supaya menarik balik pelantikan ini.

Tambahnya, Anak juga tidak teragak-agak untuk memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong dalam perkara itu sekiranya bantahan mereka tidak dipedulikan.

"Kalau Perdana Menteri enggan tarik (pelantikan) juga, kita tidak teragak-agak untuk serah memorandum bantahan dan tandatangan ini kepada Yang di-Pertuan Agong.

In keraja ujarnya, masa depan Felda yang merupakan agensi pembangunan tanah milik orang Melayu tidak harus diperjudikan kepada invidu yang terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Sementara itu Mazlan menyifatkan pelantikan itu sebagai tanda Najib tidak mengambil kira perasaan warga Felda yang mengharapkan pemimpin yang lebih baik mengambil alih tanah rancangan itu.

"Saya sangat sedih bila kerajaan bawah pimpinan Najib tak pernah mengambil kira perasaan dua juta warga Felda yang mengharapkan pengganti kepada Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor mestilah orang yang lebih baik.

"Kita  harapkan sekurang-kurangnya orang yang mengambil alih felda ini seperti Tan Sri Raja Alias yg menerajui Felda suatu ketika dahulu tetapi nampaknya kita telah turun 360 darjah.

"Dalam keadaan nama baik Felda sedang diperkatakan dengan pelbagai isu sepatutnya kerajaan memilih tokoh yang boleh membersihkan isu-isu tersebut," katanya.

Beliau mempersoal kerajaan yang tidak memilih tokoh-tokoh dari anak Felda sendiri untuk menerajui agensi tersebut sedangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad maslan sendiri pernah menyatakan statistik tokoh-tokoh dari anak Felda.

"Kita baru didedahkan dengan statistik terbaru jumlah profesional, ahli akedemik yang lahir daripada anak peneroka. Kenapa kita tidak ambil mereka? Kita ada anak peneroka yang berjaya dalam syarikat GLC, menjadi ahli akedemik, pengarah jabatan, adakah mereka ini tidak layak untuk memimpin Felda sehingga mengambil tokoh yang dianggap sudah expired?

"Tokoh kitar semula seperti Isa ini tidak wajar sama sekali diambil semula dalam mana-mana syarikat kerajaan. Saya yakin kalau kita buat tinjauan tidak ada warga Felda yang akan menerima beliau melainkan mereka yang selama ini menjadi pak angguk dan pak turut kepada kerajaan," tegasnya.

Isa yang juga Adun Bagan Pinang hari ini menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor yang dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda.

Isa meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah dan digantung keahlian Umno selama 6 tahun kerana terlibat dengan politik wang dalam pemilihan Umno 2004.

Gunakan Dinar Emas sebagai Mas Kahwin ..Manthop



DINAR EMAS KELANTAN

Dinar Emas Kelantan dijadikan sebahagian dari mas kahwin dalam Majlis Nikah Perdana 2010 Peringkat Negeri Kelantan

Seramai 100 pasangan dinikahkan secara beramai-ramai di dalam majlis  anjuran kerajaan negeri Kelantan tersebut secara percuma  dengan segala kos ditanggung oleh kerajaan negeri kelantan.Majlis diadakan di PUTIK, Pengkalan Chepa, Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar berkata, program berkenaan berkenaan diadakan lebih berbentuk kebajikan bagi membantu golongan belia dan beliawanis berkahwin.Kerajaan negeri Kelantan telah memperuntukkan pemberian wang dinar kelantan bernilai RM700 dan wang tunai RM500 untuk setiap pasangan.

“Peruntukan itu termasuk membiayai mas kahwin, jamuan dan peralatan perkahwinan.

Seramai 100 pasangan  mengambil bahagian pada program itu yang  dirasmikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Majlis Nikah Perdana 2010 dihadiri oleh ribuan pengunjung dan sanak saudara pengantin dari seluruh Malaysia.

Antara yang menarik, ada pengantin yang baru memeluk islam dari kalangan orang asal dan OKU

Kenduri rakyat turut diadakan di perkarangan PUTIK sempena Majlis Nikah Perdana 2010 tersebut.
(Kata Tuan Guru, "Saya berkahwin pada tahun 1962 dengan maskahwin sebanyak RM100, alhamdulillah kekal hingga ke hari ini. Untuk anak-anak saya, saya letakkan harga maskahwin tidak melebihin RM1000. Pesan saya, janganlah letakkan maskahwin yang tinggi menyebabkan urusan perkahwinan menjadi sukar...")
Alhamdulillah, 'kesakitan' dan kesusahan akibat bahana kenaikan harga barang (oleh kerajaan BN) terubat sedikit dengan bantuan ikhlas kerajaan negeri Kelantan kpd pasangan yang mahu membina rumah tangga...  sumber






Khamis, 23 Disember 2010

Kajian Terkini Merdeka Center.....

Merdeka Center: PR berjaya pertahan Selangor dalam PRU-13

SHAH ALAM, 23 Dis – Selepas lebih dua tahun mentadbir Selangor, Pakatan Rakyat dijangka berjaya mempertahankan Selangor jika Pilihanraya Umum diadakan sekarang, menurut tinjauan terbaru Merdeka Center.

Kira-kira 57 peratus dari 1,214 responden percaya hala tuju pentadbiran Selangor oleh Pakatan Rakyat adalah tepat, manakala hanya 28 peratus berpendapat sebaliknya.

Sokongan dari masyarakat Cina kekal 53 peratus, manakala sokongan darimasyarakat India meningkat dari 63 peratus kepada 72 peratus.

Menurut Merdeka Center, sokongan kaum Melayu adalah pada tahap 55 peratus.

Sementara itu, 67 peratus responden berpuas hati dengan prestasi kerajaan negeri Selangor, manakala 55 peratus yakin atau sangat yakindengan kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Angka ini jauh mengatasi 22 peratus responden yang berpendapat sebaliknya.

Tinjauan ini dijalankan atas permintaan Kerajaan Negeri Selangor,melibatkan pengundi berumur 21 ke atas melalui temubual telefon dari 27Julai hingga 23 Ogos.

Tinjauan yang sama juga mendapati Perdana Menteri Najib Abdul Razak terus menghampakan pengundi-pengundi Selangor.

Kira-kira 49 peratus percaya rasuah di peringkat kerajaan persekutuan terus meningkat manakala 15 peratus percaya tidak ada perubahan sejak Najib mengambil-alih kuasa.

Selasa, 21 Disember 2010

LGE dan Dap diserang lagi kali Ini..termasuk si zulkifli Nordin

Sekarang giliran DAP diserang ..

Baca utusan online nukilan Zulkiflee Bakar  penuh dengan ayat2 yg merupakan  terasa panas nya beliau dgn keterangan yg dikeluarkan oleh Lim Guan Eng  bahawa  UMno  BN hanya tahu memperalatkan 3R race,religion & raja.atas kenyataan itu beliau menuduh Lim Guan Eng Biadap..
 Justeru itu penulis mmbuat kenyataan balas yg lebih biadap dgn mengungkit kembali isu2 yg telah basi  dan telah dijawab dan dibuktikan itu adalah fitnah sebelum iNI..
Dengan kenyataan beliau juga telah cuba membangkitkan kemarahan orang melayu terhadap Lim guan Eng.. benarlah seperti kata Lim guan Eng bahawa umno mmg hanya tahu memperalatkan 3R…kenyataan pencacai umno lihat di sini.

Di sini saya juga percaya bukan sahaja LGE berpandangan demikian tapi sememangnya kepimpinan2 PR sebelum ini turut melontarkan bahawa umno BN memperalatkan race,religion & raja tapi apabila LGE memberikan kenyataan kali ini beliau dihentam sedemikian rupa ..nampak sgt utusan dan Bn mmg ingin memburukkan reputasi DAP dan cuba mengaitkan dap dgn agen Negara asing,cauvinis cina ,tp tuduhan2 yg dilemparkan langsung tidak berasas inilah yg cuba ditanamkan oleh BN kepada orang melayu …apabila orang melayu takut pada DAP maka mudahlah utk menjauhkan org melayu dari PAS ..

Terkini di blog zulkifli nordin juga teruk membelasah Dap dan PR nmpaknya meroyan zulkifli nordin makin kritikal ..setiap kali dia kuar statement semakin kesian aku dgn beliau bkn aper dia bercakap berdegar2 tp hakikatnya terserlah kemunafiqannya..nak baca statement zulkifi nordin yg begitu bersemngat mmperjuangkan islam bersama umno kini ..klik disini

Tindakan LGE menyaman utusan adalah tepat kerana artikel2 yg dikeluarkan di dalam utusan mmg penuh dgn hasutan dan menjatuhkan kewibaan beliau krn fitnah yg dimainkan amat berbahaya…

Isnin, 20 Disember 2010

Tujuh kejayaan Konvensyen Pakatan Rakyat






Setinggi-tinggi tahniah kepada pimpinan dan seluruh warga Pakatan Rakyat kerana berjaya sepenuhnya mengadakan Konvensyen Kedua Pakatan di Pulau Pinang Ahad lalu.
Tahniah khusus kepada Dr. Mujahid Yusof Rawa, Pengarah Sekretariat Konvensyen dan seluruh panitia besar dan kecilnya kerana menyelenggarakan Konvensen tersebut dengan teratur, lancer dan mencapai matlamat serta menarik perhatian umum.


Ada tujuh kejayaan besar konvensyen itu ialah:
Pertama: Mampu mencapai matlamat mengumpul dan memperlihatkan kesepakatan dan kekuatan Pakatan Rakyat walaupun selama dua tahun ini ia ‘diserang’ tidak henti-henti oleh musuh politiknya dari segenap sudut.
Kira-kira 2,000 yang hadir tidak berganjak dari awal hingga akhir menghadiri Konvensyen tersebut - menjadi manifestasi keazaman dan kesungguhan warga Pakatan Rakyat untuk mempertahankan Pakatan.
Kedua, telah berjaya menjawab semua fitnah dan tuduhan musuh politknya dengan jelas dan meyakinkan. Puluhan pengamal media – dalam dan luar negara – menyaksi dan melaporkan jawapan ini.
Ketiga, kejayaan Pameran Kejayaan Pakatan Rakyat yang memerintah beberapa buah negeri. Pameran tersebut member erti dan memeriahkan konvensyen tersebut.
Keempat, keputusan padu – dengan sebulat suara - mengekalkan terus Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang, walaupun beliau digantung selama enam bulan sebagai ahli parlimen. Ini tentu sekali mengecewakan harapan musuh politik Pakatan Rakyat untuk menyisihkan sama sekali Anwar dari arena politik nasional dan antarabangsa.
Keputusan terus mengekalkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika membuat ucapan penggulungan di konvensyen tersebut.
"Kita tetap mahu berketuakan beliau," kata Datuk Seri Abdul Hadi yang diiringi tepukan gemuruh para perwakilan dan pemimpin Pakatan yang menyertai konvensyen itu.
Anwar bersama dengan Azmin Ali (Gombak), Karpal Singh (Bukit Gelugor) dan R Sivarasa (Subang) telah digantung dari Dewan Rakyat Khamis lalu, tanpa diberi peluang membela diri bersabit isu Apco.
Kelima, pengumuman Karpal Singh yang menegaskan bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan akan mempertahankan perlembagaan dengan segala peruntukan yang terkandung di dalamnya.
“Isunya ialah negara Islam dan ia harus diselesaikan secepat mungkin. DAP menerima Islam sebagai agama rasmi negara. Soal bersabit negara Islam adalah sesuatu yang kami boleh berunding dan saya yakin kita boleh mencapai konsensus,” kata Karpal. Ini kali pertama Karpal membuat pengumuman sedemikian.
Walaupun pengumumkan pemimpin DAP ini kemungkinan tidak akan meredakan tuduhan musuh politik Pakatan, namun pengumuman ini sangat membantu menjelaskan kedudukan isu Islam ini kepada semua pihak.
Kejayaan keenam Konvensyen Pakatan Rakyat itu ialah mengumumkan program 100 hari untuk rakyat melalui reformasi tulen yang boleh dilaksanakan di bawah pentadbiran Pakatan apabila berkuasa.
Program itu adalah resolusi sepuluh perkara yang menggariskan secara terperinci bagaimana Pakatan akan mentadbir negara untuk kebaikan semua rakyat Malaysia jika berkuasa. Pemimpin Pakatan akan menandatangani dokumen tersebut, yang dijangka akan dijadikan manifesto gabungan itu dalam pilihan raya umum akan datang.
Kejayaan ketujuh konvensyen itu ialah mengesahkan dokumen bertajuk 'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia' yang menggaris banyak isu yang dibangkitkan, seperti krisis, resolusi, program 100 hari, kenyataan bersama, deklarasi dan dasar-dasar Pakatan ketika gabungan mempersiapkan diri untuk menawan Putrajaya.
Dokumen 20 halaman itu yang akan diedarkan secara meluas, akan menerangkan kepada pengundi iaitu rancangan bagaimana gabungan itu akan memerintah negara jika mengambil alih Kerajaan Persekutuan dalam pilihan raya umum akan datang, yang dijangka diadakan awal tahun depan.
Keseluruhannya ialah mesej konvensyen ini sangat jelas bahawa masa, kekuatan tenaga dan segala yang ada pada Pakatan Rakyat tidak boleh lagi dibazirkan walau seketikapun melainkan berusaha keras dengan bijaksana, menyusun langkah dengan strategi berkesan untuk mendapat mandat dari rakyat bagi ke Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.
Ini bukan sebuah ilusi atau khayalan pengembara, tetapi sebuah kenyataan – lebuh raya perjuangan yang panjang dan terbentang luas - yang sangat menjanjikan kemenangan jika Pakatan Rakyat dapat mengekalkan terus kesepaduan dan gerak kerja serta strategi yang bijaksana.
Selepas konvensyen ini, gerak kerja terawal bagi pendukung Pakatan Rakyat sedang menanti di Dun Tenang, Labis, Johor untuk berdepan dengan sebuah pilihan raya kecil di sana.
Tentu saja kesepaduan warga Pakatan Rakyat dan rakyat umum yang menyokongnya akan menumpukan perhatian ke sana, sebuah pilihan raya kecil berskala besar justru Umno BN dijangka akan berhempas pulas untuk mempertahankan Dun tersebut, sementara Pakatan Rakyat pula – yang diwakili PAS - juga akan berusaha keras untuk menawan Tenang.
Kita yakin dengan suntikan semangat baru di konvensyen di Pulau Pinang itu,  warga Pakatan Rakyat akan berusaha keras dengan penuh keazaman, mengatur strategi kempen dengan bijaksana.
Warga Pakatan Rakyat tentu saja mampu berdiri gagah di Dun Tenang ini justru ia telah menunjukkan kemampuan menangkis segala serangan politik musuh politik Pakatan.sumber

Mengapa perlu berada dalam PAS?

Oleh Dato Harun Taib
PARA sahabat r.a dan khulafa’ ar-rasyidin merupakan generasi terawal yang memahami kewajipan menyambung perjuangan amal Islami.
Mereka amat memahami dan berpegang teguh kepada firman Allah Taala yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa Ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: “Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?” Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: “Kamilah penolong-penolong agama Allah”, lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; Maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang”. - ( As-Shaf : 14 )


Rasulullah s.a.w dalam khutbahnya sempena haji wadaínya di Arafah antara lain: “falyubalighi syahida minkumul ghaiba” bermaksud: “Maka hendaklah orang yang hadir pada hari ini menyampaikan risalah ini kepada yang tidak hadir.”
Generasi sahabat merasakan satu arahan diajukan kepada mereka supaya menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w ini.
Dari sudut logiknya, risalah nabi Isa a.s terhad waktunya dari mula dilantik menjadi utusan Allah sebagai nabi sehingga lahirnya Rasulullah s.a.w.
Namun dia memerlukan penyambung risalah Ilahiyyah ini selepas ketiadaannya. Apatah lagi nafas risalah nabi yang bersifat begitu panjang sehingga qiamat, sudah tentu memerlukan orang yang menyambungnya, lebih-lebih lagi risalah Islam itu untuk alam seterusnya. Sesuai pada setiap masa dan zaman.
Namun begitu, Rasulullah s.a.w diwafatkan ketika Islam hanya berkuatkuasa di Semenanjung Tanah Arab sahaja.
Oleh yang demikian, untuk menyebarluaskan risalah ini ke seluruh dunia, ia dilakukan oleh para sahabat dan setiap orang yang beriman sama ada lelaki atau perempuan, tua atau muda. Mereka wajib mengikut arahan Allah Taala untuk memikul amanah besar ini.
Selain daripada itu, Nabi s.a.w bersabda: “talzamu jama’atal muslimin wa imamahum...” ( Wajib ke atas kamu bersama dengan jemaah Islam dan mentaati kepimpinan mereka...).
Hadis ini merupakan sebahagian daripada hadis yang panjang semasa wawancara Setiausaha Sulit Nabi s.a.w, Huzaifah Al-Yaman dengan Nabi.
Bersumberkan hujah ini, sudah cukup setiap Muslim berasa degup jantung kewajipan menyambung risalah ini.
Kewajipan menyertai jemaah Islam
Kewajipan perjuangan Islam itu tidak boleh dilakukan secara perseorangan. Ini kerana penyertaannya terhad dengan umurnya.
Oleh itu, seseorang itu hanya dapat melakukan kerja-kerja perjuangan semasa hidupnya sahaja. Sekiranya ia bekerja secara berjemaah, jika ia mati, jemaah tetap terus berkerja dan bergerak untuk menerangkan risalah ini iaitu dalam satu bentuk organisasi atau jemaah yang tersusun rapi. Firman Allah Taala yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam satu barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh”. - (As-Shaf:4)
Mafhum mukhalafahnya; mereka yang tidak berjuang dalam jemaah, mereka sebenarnya terkeluar dari orang yang dikasihi oleh Allah Taala.
Firman Allah Taala yang bermaksud: “Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu Keuntungan yang mudah diperolehi dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: “Jikalau Kami sanggup tentulah Kami berangkat bersama-samamu.” mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahwa Sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta”. - (At-Taubah:42)
Oleh kerana destinasi perjuangan ini jauh, merentasi sempadan geografi, dan warna kulit sehingga alam Akhirat, sudah pasti memerlukan lapisan generasi yang menyambungnya.
Ciri-ciri jemaah Islam yang diwajibkan oleh Rasulullah s.a.w supaya umat Islam bersama-sama menyertainya:
1. As-Syumul:
Jemaah itu hendaklah berjuang secara menyeluruh. Firman Allah Taala yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”. - (Al-Baqarah:208) Menulusuri latar belakang turunnya ayat ini, satu peristiwa berlaku kepada seorang pendeta Yahudi yang memeluk Islam iaitu Abdullah bin Salam, meminta keizinan daripada Rasulullah s.a.w untuk terus menyampaikan kuliah Kitab Taurahnya pada setiap hari Sabtu.
Apabila ia mengemukakan perkara tersebut kepada Rasulullah s.a.w, sebelum Rasulullah menjawab permintaannya itu, terlebih dahulu Allah Taala menurunkan ayat ini. Oleh yang demikian, masuk Islam secara tidak menyeluruh adalah dilarang keras bahkan Allah Taala menyifatkan orang yang mengambil Islam secara juz’iy (tidak menyeluruh) itu, sebenarnya mengikut jejak langkah syaitan.
Kronologi sejarah syaitan adalah makhluk yang begitu lama mengabdikan diri kepada Allah Taala tetapi apabila Allah Taala hendak mencipta nabi Adam a.s dan zuriatnya, tiba-tiba syaitan ingkar dan sombong (aba wastakbara) akan perintah Allah Taíala tersebut menyebabkan syaitan dimurkai Allah Taala. Tegasnya, bukan semua perintah Allah Taíala tidak diikuti oleh syaitan tapi sebahagiannya sahaja.
2. Jemaah yang memperjuangkan kebenaran Islam yang tunggal dengan membawa pegangan ahli Sunnah wal Jamaíah.
Sabda Nabi s.a.w: “la tazalu min ummati... (nyatakan yang hak, mereka tidak diapa-apakan oleh orang yang menentangnya sehingga hari kiamat.)
3. Jemaah yang berjuang secara amali untuk menyatakan kebenaran.
Rasulullah s.a.w bersabda: (la tazalu taifatun min ummati yuqatilu hatta ya’tiya amrullah..) maksudnya: “Sentiasa wujud daripada umatku satu kumpulan/jemaah yang berjuang menegakkan kebenaran sehinggalah datang keputusan daripada Allah Taala (hari Qiamat)”. Dengan erti kata lain, jemaah yang berani turun padang bersama masyarakat untuk menyatakan kebenaran.
4. Terdapat di kalangan anggotanya sifat-sifat yang dinyatakan oleh Allah Taíala.
FirmanNya yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, Barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha mengetahui”. - (Al-Maidah)
 Di antara sifat-sifat yang dimiliki oleh ahli jemaah yang kehendaki oleh Allah Taala itu :
 1. Disayangi Allah Taala dan mereka menyayangi Allah Taala.
2. Merendah diri sesama mukmin.
3. Bangga dan mulia bersama perjuangan Islam di hadapan orang bukan Islam.
4. Berjuang tanpa takut ancaman celaan orang yang mencela.
Semua sifat ini merupakan anugerah yang diberikan Allah Taala kepada sesiapa sahaja yang dikasihi-Nya.
5. Jemaah yang dapat memupuk perasaan roh ukhuwah di kalangan ahli-ahlinya yang sampai ke peringkat ithar (mementingkan orang lain lebih daripada diri sendiri).
Firman Allah yang bermaksud: “Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka (Ansar) ‘mencintai’ orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). dan mereka (Ansar) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang muhajirin), atas diri mereka sendiri, Sekalipun mereka dalam kesusahan. dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka Itulah orang orang yang beruntung”. - (Al-Hasr:9)
6. 6. Jemaah yang bersifat keterbukaan yang boleh menyatukan ahlinya pada prinsip dan dasar walaupun berbeza pendapat dalam masalah furuí.
 Firman Allah Taala yang bermaksud: “Katakanlah: “Hai ahli Kitab, Marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara Kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai Tuhan selain Allah”. Jika mereka berpaling Maka Katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah, bahwa Kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)”. - (Ali-Imran:64) sumber

Ahad, 19 Disember 2010

Masih ada sinar harapan moga Karpal dilembutkan hatinya

Isu negara Islam PAS boleh dibincang, kata Karpal
KEPALA BATAS, 19 Dis — Karpal Singh mahu dasar negara Islam yang menjadi isu ‘duri dalam daging’ dalam hubungan Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini diselesaikan dengan segera agar tidak digunakan sebagai senjata oleh musuh-musuh politik mereka.
Sehubungan itu, Pengerusi DAP Kebangsaan ini berkata, beliau yakin perkara tersebut boleh dibincangkan dan dicari jalan penyelesaian.
“Saya mahu perkara ini diselesaikan dengan segera supaya tidak dijadikan isu oleh musuh kita,” kata Karpal ketika menggulung perbahasan Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di sini hari ini.
Di akhir ucapan itu, Karpal, 70, yang menggunakan kerusi roda diberikan tepukan gemuruh berdiri oleh para perwakilan konvensyen.
Dalam ucapannya Karpal juga menjelaskan bahawa kata-kata ‘over my dead body’ yang dilafazkan pada 1990, tahun PAS mengambil alih kerajaan negeri Kelantan, telah difahami di luar konteks.
“Apa yang sayakan 20 tahun lalu dibaca di luar konteks. Islam adalah agama rasmi (Persekutuan) dan rakyat agama lain juga ada hak.
“Oleh itu tidak baik untuk mengatakan Perlembagaan Persekutuan membolehkan mengadakan negara Islam, tetapi yang ini boleh dibincangkan, saya tidak mahu BN mengesksploitasikan isu ini... ini boleh dibincang dengan (Mursyidul Am PAS) Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz (Nik Mat), (Presiden PAS) Tok Guru Datuk Seri Abdu Hadi (Awang),” kata beliau.
“Ini adalah satu isu yang harus dibincang dengan segera, kena dipercepatkan,” kata Karpal lagi.
Ketika konvensyen sulung tahun lalu Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Karpal akan terbuka hati untuk menerima idea negara Islam.
Kedua-dua Karpal dan Nik Aziz muncul di pentas yang sama dan duduk bersebelahan pada konvensyen Disember 2009.
Karpal berkali-kli menegaskan meskipun DAP semakin selesa membina ikatan kukuh bersama PAS dalam Pakatan Rakyat manakala parti-parti sekular Umno dan PKR pula giat memikat para ulama, ia masih berpendirian menentang usaha pembentukan sebuah negara Islam.
“Mustahil bagi DAP berkompromi dalam hal ini. Kami tidak boleh kompromi agar negara berubah menjadi negara Islam (jika PR mengambil alih kerajaan pada masa depan),” kata Karpal.
“Ia (Malaysia) sebuah negara sekular. Saya percaya Allahyarham Tunku Abdul Rahman (perdana menteri pertama) pernah menyebut sebelum ini mengenai Malaysia,” kata ahli politik veteran ini kepada The Malaysian Insider Juna lalu.
Karpal sebelum ini pernah menyalahkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengubah realiti sebuah negara sekular menerusi kenyataan-kenyataan politiknya yang dibuat oleh beliau pada masa-masa lalu, yang telah “mengelirukan orang ramai” berkenaan identiti Malaysia.
“Perlembagaan menyediakan peruntukan mengenai perkara ini. Tiada peruntukan dalam perlembagaan yang mengatakan Malaysia sebuah negara Islam.
“Agama rasmi Malaysia ialah Islam tetapi tidak bermakna ia sebuah negara Islam,” kata beliau lagi.
Pada 1990, ketika satu ceramah di Sungai Pinang, akhbar-akhbar memetik beliau sebagai berkata biar PAS membina “negara Islam dengan melangkah mayat saya.”
“Mereka (pemberita) tidak membuat laporan konteks kenyataan saya ketika.
“Saya mengatakan demikian dalam hubungan kepada perlembagaan. Tetapi saya kekal dengan pendirian itu, mengatakan perkara yang sama sekarang,” kata Karpal Jun lalu.
Ikatan antara DAP dan PAS bukan sesuatu yang baru dalam bentuk Pakatan Rakyat.
Kedua-dua parti itu pernah menjalin kerjasama dengan mewujudkan Barisan Alternatif pada pilihan raya umum 1999, tetapi gagal meneruskan jalinan ekoran isu negara Islam.
Dalam ucapannya, Karpal juga berkata, Pakatan Rakyat tidak harus membentuk kerajaan pusat jika memenangi pilihan raya umum ke-13 tanpa Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini merupakan Ketua Pembangkang dan ketua umumnya.
“Kita tidak boleh pergi ke Putrajaya (membentuk kerajaan persekutuan) tanpa Anwar,” kata Karpal sambil menambah beliau akan menggunakan segala keupayaan yang ada untuk membebaskan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Karpal merupakan peguam utama kes liwat dihadapi Anwar, yang menurutnya merupakan satu fitnah.
Sehubungan itu, Karpal juga mahu parti-parti komponen Pakatan Rakyat memilih calon yang terbaik dan integriti, dan tidak mahu kesilapan pilihan raya umum 2008 berulang.
Malah Karpal juga menyindir Anwar tidak mendengar nasihatnya agar tidak menerima masuk Datuk Zaid Ibrahim, yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru sebagai ahlinya tahun lalu.
“Saya ada beri Anwar amaran, bukan nasihat tetapi dia tak dengar,” kata beliau yang turut mengungkit personaliti Datuk Seri Zahrain Hashim dan Zulkifli Noordin, masing-masing ahli Parlimen Bayan Baru dan Kulim-Bandar Bahru yang keluar PKR awal tahun ini.
Oleh itu kata Karpal, Pakatan Rakyat memerlukan pemilihan calon terbaik untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.[Malaysian Insider]

Jumaat, 17 Disember 2010

Felda bankrup bukan main2 tapi inilah realiti...


"Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang di bawah YAB Sdra. Lim Guan Eng telah menyahut cabaran untuk mendedahkan perincian tender yang diberi kepada kontrator Bumiputra di negeri itu. Sekarang kita ingin melihat samada kerajaan Umno/BN berani atau bacul untuk menyahut cabaran Datuk Dr Tan Kee Kwong.

Dr Tan Cabar Kewangan 43 Anak Syarikat Felda Diaudit Badan Bebas

Bekas Timbalan Menteri Kemajuan Tanah dan Koperasi Datuk Dr Tan Kee Kwong mencabar Lembaga Pembangunan tanah Persekutuan (Felda) menjalankan siasatan audit oleh badan bebas ke atas ke semua 43 anak syarikat agensi itu dan mendedahkannya untuk tatapan rakyat.

Kata Dr Tan langkah ini perlu bagi membersihkan imej 'bankrap' yang didakwa dihadapi Felda setelah rezab tunainya menjunam kepada RM1.2 bilion walaupun harga pasaran antarabangsa minyal sawit mentah berada pada paras tinggi sejak tiga tahun berturut-turut.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Ahad lalu di Putrajaya yang mengatakan pihak yang mendakwa Felda bankrap adalahpengkhianat.

"Malangnya apa andalah (Najib) yang menjadi petualang sebenar yang telah merompak wang simpanan kepunyaan golongan peneroka. Saya yakin pada pilihan raya umum ke-13 nanti rakyat akan menentukan nasib 60 kerusi parlimen yang berada di dalam tanah-tanah rancangan Fekda di seluruh negara.

"Daripada maklum balas lawatan saya ke beberapa kawasan Felda, para peneroka kini amat marah dengan dengan kerajaan kerana mereka telah dieksploitasi dan dipergunakan oleh Felda. Mengapa kini secara tiba-tiba mahu beri wang tunai kepada peneroka setelah isu bankrap di bongkar?" kata Dr Tan dalam kenyataannya. 

Seterusnya Dr Tan menyenaraikan beberapa isu bersangkutan Felda yang perlu dijawab oleh agensi itu:

1. Pada tahun 2001, rizab tunai Felda adalah RM4.5 bilion TANPA sebarang bebanan hutang. Baru-baru ini seorang Timbalan Menteri mengatakan rizab tunainya telah menjunam kepada RM1.2 bilion. Berdasarkan harga tinggi minyak kelapa sawit mentah sejak tiga tahun lalu Felda sepatutnya mempunyai rizab tunai sekurabg-kurangnya sebanyak RM8 bilion.

2. Ibu pejabat baru Felda di KLCC dikatakan berharga RM662 juta. Jelaskan bagaimana bangunan bertaraf enam bintang inbi akan membantu peneroka Fekda yang muiskin yang hanya berpendapatan bersih kira-kira RM500 sebulan. Mengapa wang pendahuluan sebanyak RM235 juta dibayar kepada pemaju sebelum pembinaan bermula? Mengapa keputusan pembinaan ibu pejabat baru dibuat secara rahsia di pejabat Timbalan Perdana Menteri tanpa pengetahuan Lembaga Pengarah Felda? 

Baru-baru ini Datuk Ahmad Maslan berkata pembinaan itu merupakan keputusan pelaburan yang bijak kerana telah memperolehi keuntungan atas kertas sebanyak RM300 juta. Bagaimana beliau boleh membuat rumusan itu apabila bangunan itu masih dalam pembinaan dan masih belum dijual.

3. Felda telah melabur sekurang-kurangnya RM3 bilion dalam projek Felda Global Ventures dan sehingga kini telah mengalami kerugian sebanyak RM300 juta. Ini termasuk pelaburan dalam Twin Rivers Project di Amerika Syarikat sebanyak RM500 juta serta projek membela lembu RM600 juta million.

Sekiranya Felda telus dedahkan apa sebenarnya terjadi kepada projek ini.

Malah peneroka Felda Keratong berhampiran Segamat ketawa besar apabila lembu yang diimpot bagi tujuan projet itu terpaksa di tempatkan di dalam kandang berhawa dingin 24 sehari!

4. Mengapa Felda perlu buat pinjaman dari Tabung Simpanan Pekerja (EPF) untuk projek di bawah Felda Global Ventures? Felda tidak pernah sebelum ini meminjam dari EPF. Adakah pinjaman ini selamat? Kepada semua pencarum EPF perlu diingatkan wang anda telah digunakan untuk membiayai semua projek yang dimulakan oleh Najib dan kini dipertikaikan.

5. Saya melawat satu skim felda dekat Kemaman pada Ogis lalu dan bercakap dengan beberapa peneroka yang mahu menyaman Felda berhubung Tabung Tanam Semula. Setiap daripada mereka telah menyumbang kepada tabung tersebut sejak 17 tahun dan kini berjumlah RM17,000. Apabila mereka menanam semula, wang peribadi digunakan tanpa menyentuh simpanan dalam tabung itu. Sudah tiga tahun mereka menunggu tetapi masih dinafikan oleh pengurusan Felda.

Jika Felda mengatakan ia tidak bankrap mengapa payah sangat untuk mengembalikan wang peneroka yang jumlahnya tidak seberapa? sumber

Kubu Syiah Diserbu JAIS ...

SERBU...pegawai Jais menyerbu pengikut Syiah ketika mengikuti ceramah  yang disampaikan seorang lelaki warga Iran, kelmarin.
SERBU...pegawai Jais menyerbu pengikut Syiah ketika mengikuti ceramah yang disampaikan seorang lelaki warga Iran, kelmarin.
KUALA LUMPUR: Akibat terlalu taksub dengan fahaman diikutinya, seorang pengikut ajaran Syiah mengukir kalimah Allah di lengan tangannya sedangkan tindakannya menyimpang daripada ajaran Islam yang melarang sebarang bentuk ukiran berupa tatu.
Lelaki itu antara 128 yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam serbuan ke sebuah rumah kedai dua tingkat di Taman Sri Gombak, dekat sini, yang dipercayai menjadi kubu kuat pengikut ajaran Syiah di Selangor, malam kelmarin.
Serbuan pada jam 10.15 malam itu disertai sepasukan polis bersama penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan berlaku sedikit ketegangan apabila pengikut terbabit enggan bekerjasama.

Ketika penguat kuasa Jais hendak menahan pengikut lelaki yang bertatu itu, dia langsung tidak menunjukkan rasa bersalah, sebaliknya tegar mempertahankan fahaman dianutinya dengan menceritakan kegiatan dijalankan mereka.


Suasana bertambah tegang apabila seorang pengikut lain bangun dan melaungkan selawat sambil disambut pengikut lain selama beberapa minit.


Apabila diminta menunjukkan dokumen pengenalan diri, seorang pengikut terbabit memarahi penguat kuasa Jais menyebabkan berlaku pertikaman lidah.

Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang menyertai operasi itu berkata, pihaknya percaya ketika serbuan ratusan pengikut Syiah terbabit mengikuti ceramah khas yang disampaikan seorang lelaki warga Iran.

Menurutnya, ceramah itu diadakan bersempena tarikh 10 Muharam dalam kalendar Islam yang dianggap mulia oleh pengikut Syiah sebagai memperingati kematian Saidina Husain.

“Keseluruhannya, kami menahan kira-kira 200 orang, namun 72 daripada mereka bayi dan kanak-kanak. Jadi hanya 128 individu dewasa yang ditahan untuk diambil keterangan dan sebahagian besar daripada mereka lelaki.

“Jais sudah melakukan intipan selama dua tahun bagi mengumpul bukti mencukupi sebelum melakukan serbuan ini dan penahanan lebih 100 orang terbabit menjadikan ia tangkapan ajaran sesat terbesar di Selangor pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata, Jais percaya daerah Gombak menjadi pusat utama penyebaran Syiah di Selangor sedangkan fahaman itu sudah diwartakan sebagai ajaran sesat di Selangor mengikut Seksyen 12 (C) 1995.

Menurutnya, fahaman Syiah lebih berbahaya daripada al-Arqam dan jika dibiarkan ia boleh mengancam keselamatan negara dan perlu dibendung.

“Bagi lelaki, tarikan seks dipercayai menjadi antara sebab utama mereka mudah mengikuti fahaman Syiah kerana fahaman ini menghalalkan nikah mutaah.

“Pengikut Syiah juga beranggapan membunuh Ahli Sunnah Wal Jamaah halal dan dibenarkan, malah menjadi satu jihad kepada mereka.

“Selain itu, mereka turut mendewa-dewakan Saidina Ali berbanding Nabi Muhammad s.a.w. Malah, ganjaran syurga menanti juga pengikut Syiah yang melawat makam Saidina Husain,” katanya.

Mohammed Khusrin berkata, lebih membimbangkan apabila pensyarah turut dikesan menjadi pengikut Syiah dan menyebarkannya kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di negara ini.

Berikutan serbuan malam kelmarin, dua lelaki termasuk seorang warga Iran dihadapkan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat di Kuang, Selangor, bagi mendapatkan perintah jaminan.

Hakim Syarie Saiful Azli Jamaludin membenarkan kedua-duanya dijamin RM2,000 setiap seorang dan pasport antarabangsa warga Iran itu diarah diserahkan kepada mahkamah sehingga kes itu selesai.

Pada prosiding semalam, tiada pertuduhan dibacakan terhadap mereka dan Saiful Azli menetapkan 20 Januari tahun depan untuk sebutan kes berkenaan.

Di luar mahkamah, lebih 20 lelaki dipercayai pengikut Syiah hadir untuk memberi sokongan kepada kedua-dua individu terbabit yang dipercayai pemimpin mereka.


Ciri kesalahan fahaman Syiah
  • Menghalalkan nikah mutaah

  • Menambah nama Saidina Ali dalam syahadah

  • Menolak ijmak ulamak

  • Menziarahi kubur Saidina Husain mendapat ganjaran syurga

  • Menyeksa tubuh badan dengan rantai sempena 10 Muharam

  • Mengharuskan jamak dalam semua keadaan tanpa sebab

  • Mengkafirkan sahabat Nabi Muhammad s.a.w

  • Menyanjungi Saidina Ali secara keterlaluan

  • Menghina isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w

  • Menolak hadis yang diriwayatkan Ahli Sunnah Wal Jamaah sekali pun hadis mutawir

  • Khamis, 16 Disember 2010

    Persoalannya mengapa najib tidak berani menyaman ....


    WikiLeaks - Najib diibarat telur di hujung tanduk kerana dakwaan pembabitannya dengan pembunuhan wanita Mongolia itu.

    Peter Ho menganggap politik Najib terus dibayangi skandal pembunuhan kejam tersebut dan sebagai seorang opportunis beliau tidak akan teragak-agak mengambil pendirian kritikal terhadap Singapura jika keadaan mendesak beliau berbuat demikian.


    Laporan media luar tentang Altantuya: Akhbar Perancis - Liberation 

    Timbalan Perdana Menteri Najib Razak pernah bertemu mangsa bunuh Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Razak Baginda.

    Najib pernah bergambar bersama pasangan kekasih itu yang sekali gus menidakkan penafian timbalan perdana menteri itu kononnya beliau tidak mengenali Altantuya.

    Malah Najib pernah bersumpah tidak mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh pembangkang pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos tahun lepas.

    Abdul Razak, yang sebelum ini dituduh bersekongkol dengan anggota polis berkenaan, dibebaskan daripada pertuduhan tersebut dalam keputusan yang dipertikaikan oleh pelbagai pihak.

    Wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia.

    Arnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan sebelum mayatnya dibungkus dalam beg plastik hitam.

    Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.

    Dubus, wartawan Perancis yang berpangkalan di Bangkok, juga berhasrat mendedahkan pembunuhan wanita itu - berhubung komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan - dalam projek bukunya akan datang.

    Laporan Akhbar Perancis, Nik Aziz Gesa Najib Bersihkan Tuduhan

    Pendedahan dibuat akhbar Peranchis, Liberation yang membuat tohmahan membabitkan bakal Presiden Umno Dato' Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan Altantuya Shaaribu perlu dibersihkan kerana dikatakan bakal Perdana Menteri Malaysia .

    "Jadi dalam kes Najib itu, apabila dituduh begitu hebat, dia senyap, maka amat sukar bagi rakyat untuk membersihkan diri bakal Perdana Menteri itu.Oleh itu beliau mesti membersihkan dirinya.

    Mengapa Najib tidak mahu Saman Isu Altantuya, Najib Rahsiakan Sesuatu? 

    Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali menyokong cadangan Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar agar Majlis Raja-raja menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi memulihkan nama baik negara.

    Kata Mustafa Ali, cadangan itu wajar kerana nama negara kini kian tercemar akibat laporan media antarabangsa yang melibatkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

    Walaupun sebelum ini terdapat desakan oleh pelbagai pihak agar Najib atau kerajaan Malaysia menyaman akhbar-akhbar asing yang membuat laporan itu.

    Namun kata Mustafa, Najib atau kerajaan masih terus berdiam diri, dan hanya membuat penafian sahaja.

    "Penubuhan suruhanjaya ini wajar kerana sebelum naik jadi PM lagi, Najib memiliki 'bagage' yang sarat dengan isu-isu yang dikaitkan dengannya,"

    Beliau juga melihat, semacam ada kebimbangan atau rahsia yang disimpan apabila Najib enggan menyaman akhbar asing berhubung tuduhan ke atas Perdana Menteri itu.

    Malah beliau juga melahirkan persoalan samada ada perkara yang disembunyikan agar tidak terdedah berikutan keenganan Najib atau kerajaan membersihkan namanya dengan landasan undang-undang.

    "Najib atau kerajaan boleh memanggil kedutaan negara-negara yang mana akhbar mereka melaporkan isu tersebut untuk meminta kerjasama memberi penjelasan," katanya.

    Namun hingga kini, tindakan tersebut juga gagal dilakukan Najib hingga pelbagai persepsi atau spekulasi yang timbul kerana kegagalan itu.

    Anwar Cabar Najib Minta Singapura Dedahkan Maklumat Pembunuhan Altantuya

    "Bukan saya yang cakap Datuk Najib terlibat dalam pembunuhan tapi kerajaan Singapura yang berkata. Jadi kalau Najib kata dia tidak terbabit langsung saya cabar dia minta kerajaan Singapura dedahkan maklumat yang mereka ada mengenai pembunuhan Altantuya.

    "Najib takut didakwa kemudian hari sebab itu di takut kehilangan Putrajaya. Pemimpin Umno-BN semuanya takut kalau Anwar jadi Perdana Menteri semua rahsia rasuah dan bagaimana mereka bolot kekayaan secara haram akan saya bongkarkan. Saya tahu banyak rahsia mereka jadi saya beri amaran jangan cabar saya (mendedahkannya),"

    Altantuya: Najib Perlu Perjelas Laporan WikiLeaks

    Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberikan penjelasan mengenai laporan portal Wikileaks yang mendakwa beliau terlibat dalam skandal pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

    "Pelbagai dakwaan yang dibuat ini sangat penting kerana membabitkan Perdana Menteri semasa bukan bekas Perdana Menteri. Ini akan memberikan satu kesan kepada ekonomi negara kita.

    "Menteri tidak boleh bersikap tidak endah terhadap laporan Wikileaks sedangkan media dalam negara kita mengendahkan laporan wikileaks dengan memuatkan hal-hal berkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim tapi Perdana Menteri kata perkara yang berkaitan beliau itu tidak perlu diendahkan,"

    Kalau Najib tak ada kaitan atau salah, ni caranya: Anwar Akan Saman Akhbar, Dr Mahathir

    Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi arahan kepada peguamnya bagi mengemukakan saman ke atas beberapa akhbar dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan dakwaan salah lapor berhubung pendedahan WikiLeaks.

    Tetapi mengapa hingga ke hari ini, Najib tidak pernah menafikannya malah tidak pernah menyaman mana-mana akhbar yang menuduhnya terlibat dengan penglibatan Altantuya?

    Malah Raja Petra pernah menuduh suami puakanya rosmah berada di tempat kejadian semasa Altantuya dibunuh. Mengapa suami puaka najib, Rosmah juga tidak berani menyaman Raka Petra?

    Benarkah najib dan suami puakanya rosmah terlibat? orang umno yang bangang dari dulu ini dan selamanya amat percaya najib dan suami puakanya tidak terlibat setelah bersumpah. Memang mudah perdayakan orang umno hanya dengan bersumpah. :-D

    Siapa arah bunuh Altantuya? mengapa sirul dan azilah c4 kan Altantuya? Sebab apa Altantuya dibunuh? Mengapa mahkamah tidak umum motif pembunuhan Altantuya?

    Malah anak muda paling lantang dan berani bernama Chegubard telah menerbitkan sebuah buku bertajuk Di sebalik misteri pembunuhan Altantuya. Chegubard menjual buku in secara terbuka di setiap ceramahnya.

    Mengapa Chegubard yang sudah 4 kali ditahan kerana buku ini dan rumahnya digeledah tetapi hingga kini Chegubard tidak pernah didakwa di atas penerbitan buku ini? Tidakkah pelik namanya? ya menang pelik tetapi benar.

    Chegubard dalam ceramahnya selalu sebut "sey kalau tak sobut citor Altantuya, nanti sey balik gatal-gatal satu badan.."

    Begitulah stail Chegubard satu-satunya anak muda yang begitu lantang dan berani menbongkar di sebalik misteri pembunuhan Altantuya.

    Utusan meloya memang padam pendedahan wikileaks tentang isu najib dan Altantuya. Sian Melayu dari dulu kini dan selamanya diperbodohkan oleh utusan meloya dan tv3 suku.

    Jadi kesimpulannya dan sifirnya mudah. Berani kerana benar, takut kerana salah. Beranikah najib dan suami puakanya rosmah menyaman akhbar? lu fikirlah sendiri....sumber
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Surah Hud ayat 15-16

    15]
    Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
    [16]
    Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


    - Pemimpin Yang Menipu Rakyat


    Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

    Arkib Blog

    http://bongsuwhitepolkadot.blogspot.com/2012/05/nota-kemahiran-hidup-tingkatan-2.html