Ahad, 30 Januari 2011

Tangga ke-2 bawa keluar wang haram, Malaysia bakal muflis – Anwar



LABIS: Malaysia kini berada di tangga kedua tertinggi di dunia yang mempunyai aliran keluar wang haram sekaligus bakal menempatkan Malaysia sebagai negara bankrap, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan Global Financial Integrity (GFI) di bawah kajian Illicit Financial Flow From Developing Country 2000 hingga 2009.
“Tahun 2000 sahaja, sejumlah USD 28 bilion wang dibawa keluar dari negara ini. Manakala pada 2008 telah naik sehingga 33%, iaitu dengan jumlah USD 68 bilion.''


Wang ini adalah wang rasuah, wang tipu dengan kerja-kerja tidak halal dan wang yang dilarikan daripada cukai. Maknanya, wang tanpa rekod yang dibawa keluar berjumlah RM240 bilion setahun,” katanya dalam ceramah pada kempen Pilihanraya Kecil Tenang di Dataran Wayang Pacak, malam tadi.
Anwar bagaimanapun mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menjelaskan segera mengenai laporan tersebut, yang didakwanya sebagai tanda-tanda bahawa negara ini bakal muflis.
“Sepatutnya Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan mengambil tanggungjawab kerana ada laporan antarabangsa. Mana dia Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara, Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi?
“Jabatan Siasatan Jenayah Komersil kena jalankan siasatan, tentang siapa yang bertanggungjawab melarikan wang dan khianat
kepada negara. Kalau macam ini alamatnya negara akan bankrap.
“Bila ditanya kepada Menteri, tak tahu untuk menjawab. Menteri apa ini? Sebab itu saya ulang, saya nak debat soal ekonomi. Bukan kita nak aibkan orang,” jelas Anwar di hadapan kira-kira 2,000 hadirin.
Beliau juga menegaskan, sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya, pesalah-pesalah tersebut akan didakwa dan wang tersebut akan dikembalikan kepada rakyat Malaysia.
Pada 20 Januari lalu, GFI – sebuah badan pemerhati kewangan menyenaraikan Malaysia antara negara yang merekodkan jumlah aliran wang haram tertinggi dalam tempoh sembilan tahun.
Laporan itu menyebut, aliran wang keluar dari negara ini meningkat lebih tiga kali ganda dalam tempoh 2000 hingga 2008.
Aliran wang keluar dari Malaysia pada 2000 berjumlah RM67.7 bilion. Lapan tahun kemudian, jumlah ini bertambah sehingga RM208 bilion.
GFI mendefinisikan wang haram sebagai merujuk kepada wang daripada aktiviti-aktiviti tidak sah seperti rasuah, kecurian, sogokan serta pengelakan cukai.
Sehingga kini, belum ada reaksi rasmi daripada pihak berkuasa berhubung laporan, malah Perdana Menteri enggan mengulasnya ketika ditanya pada 21 Januari lalu.
Sehingga kini, belum ada reaksi rasmi daripada pihak berkuasa berhubung laporan, malah Perdana Menteri enggan mengulasnya ketika ditanya pada 21 Januari lalu.

Tangga ke-2 bawa keluar wang haram, Malaysia bakal muflis – Anwar 

Sabtu, 29 Januari 2011

AWAS: Bahaya Maklumat Sulit Jadi Bahan kempen..


"Sejak akhir-akhir ini serangan isu peribadi calon menjadi bahan politik BN-NGOK. Serangan demi serangan bukan tertumpu kepada calon, kaum keluarga turut menjadi mangsa demi memuaskan nafsu serakah BN-NGOK.

Kesihatan yang menjadi rahsia peribadi antara majikan dan pekerja menjadi bahan kempen BN-NGOK. Beza antara kesihatan dengan intergriti bagaikan jauh langit dengan bumi.

Kesihatan adalah anugerah ALLAH yang perlu kita hayati tapi intergriti ketika bertugas sebagai pegawai yang bertanggunjawab menjadi amanah yang wajib dilaksanakan. Namun, amanah yang wajib dilaksanakan sebagai pengetua, kerani, pegawai daerah mahupun menteri telah dimanipulasikan demi kepentingan peribadi politik BN-NGOK. BN-NGOK telah menggunakan kedudukan sebagai parti yang memerintah menggunakan pegawai kerajaan untuk tunduk kepada kemahuan parti.

MAKA, BAHAYALAH SELURUH PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN KERANA MAKLUMAT SULIT BERADA DALAM GENGGAMAN KERAJAAN. RUNTUHLAH INTERGRITI KERAJAAN KERANA MENGGUNAKAN KEDUDUKAN SEBAGAI PEMERINTAH DENGAN MEMANFAATKAN MAKLUMAT SULIT.PATUTLAH MEREKA YANG MENGUNDI PAKATAN MAHUPUN MEMBERI SOKONGAN KEPADA PAKATAN TIDAK KIRA MAHASISWA, PENSYARAH, KONTRAKTOR, CIKGU DAN PEGAWAI KERAJAAN 

1.TIDAK DINAIKKAN PANGKAT,

2.TIDAK MENDAPAT ANUGERAH ATAU KONTRAK , 

3.TIDAK MENDAPAT LAYANAN YANG ADIL

4. TIDAK DIBERI KEDUDUKAN DI DALAM MEDIA PERDANA

5. TIDAK MENDAPAT BANTUAN KERAJAAN 

WALAUPUN MEREKA MEMPUNYAI KELAYAKAN YANG SETIMPAL UNTUK DIBERI PENGHARGAAN MAHUPUN BANTUAN KEWANGAN. 

MAKA, TERPAKSALAH MEREKA MEMILIH JALAN UNTUK TERUS BERPURA-PURA DAN MENJADI PEMBODEK KERAJAAN BAGI MEMASTIKAN PERIUK NASI TIDAK TERJEJAS.

JUSTERU, WAJIBLAH KITA SEBAGAI PENGUNDI YANG BIJAKSANA MENUNAIKAN AMANAH YANG ALLAH BERIKAN UNTUK MEMILIH PEMIMPIN YANG BERTANGGUNGJAWAB DAN ADIL.GUNAKANLAH KUASA YANG ADA UNTUK MENUNJUKKAN BAHAWA KERAJAAN ADALAH UNTUK RAKYAT DAN RAKYAT BERKUASA MENJADIKAN MEREKA UNTUK LEBIH BERTANGGUNGJAWAB .

PILIHAN DI TANGAN ANDA WAHAI PENGUNDI TENANG...... "
 
sumber

Jumaat, 28 Januari 2011

Analisis PRK Tenang: 20% pengundi berubah umno akan rebah ..


"
PRK DUN Tenang. Situasinya BN/UMNO/APCO Tenang miliknya asalnya mudah 2008 PRU12. Kaum Melayu tidak mudah berubah terutama kawasan "BERFELDA".

Pengundi ketiga kawasan Felda Tenang, Felda Chemplak, Felda Chemplak hanya sekitar 18% hingga 20% mengundi parti pembangkan (PAS). Secara rengkasnya 98.55% dari  4,118  PENGUNDI PANGKAH BARISAN NASINAL @ UMNO/APCO.

PAS @ PAKATAN RAKYAT perlu mendapat undi kaum Felda sebanyak tambahan 10% . Sifirnya sebanyak 25% hingga 28% pengundi Felda pangkah PAS. Jika situasi ini berlaku Di DUN Tenang, PAS boleh menang mudah. Sanggupkah kaum FELDA membuat perubahan?.

Kawasan kampung majoriti kaum Melayu yang serdahana pendapatan atau mungkin berada dalam kepompong yang dirancang"miskin pendapatan" oleh UMNO/APCO hanya pangkah PAS 20% hingga 30%. Seperti Kg. Rendong, Kg. Air Panas, Kg. Sawah Baru. Kesedaran politk dan isu tidak diambil peduli oleh mereka. PAS memerlukan tambahan 15% hingga 20%. Atau 30% pengundi kaum Melayu beralih arah pangkah PAS. Peluang PAS tawan Tenang lagi mudah. Sanggupkah kaum Melayu di kampong tersebut beralih arah?. Sedikit sukar.

Pengundi Ladang Dato' dan ladang Labis Utara majritinya pengundi China dan India. Jika 30% pengundinya pangkah PAS. Peluang PAS cukup baik tawan Tenang. Apabila ditanya secara rawak pengunditetap memberi undi  kepada UMNO/APCO @BN.  Jawapanmudak kesederan plitk dan isu tidak diambil pedu;i hanya termakan momokkan pemerintah BN/UMNO/MCA.MIC.

Tumpuan yang menjadi teras utama pengundi yang agak baik dan boleh mebuat keptusan yang mengejutkan. Seperti Labis Timur, Labis Tengah, dan Tenang Station. Kaum China mendominasi pengundi. Tahun 2008 70% pangkah BN/UMNO/APCO.

Jka kaum China membuat pusingan "U" di DUN Tenang 15% hngga 20% dari 5,766 orang calun BN  memang kalah dan tersungkur mati. Kedua jika berlaku kesedaran politik dan isu bagi generasi muda atau pengundi berumur sehingga 40 tahun terutama kaum Melayu pangkah PAS. Dun Tenang Milik CIKGU MALA.

Hanya perubahan minda dan sikap serta faham politik dan isu bagi kaum sejenis dengan saya yang dikatakan Melayu amat sukar berubah terutama kawasan yang menjadikan UMNO sebagai ugama dan anutannya.

SYABAS CIKGU MALA . ANDA WIRA, PEJUANG, WANITA SOLEHAN, KAMI NOBATKAN CIKGU MALA SERIKANDI ISLAM. ANDALAH PEMIMPIN ISLAM DALAM PAS. BERUNTUNG MUSLIAT PAS MEMILIKI INSAN YANG BERNAMA CIKGU MALA.

Penutup bicara DUN Tenangsekalung restu kepada suami Cikgu Mala, anak-anak , ayah dan ibuCikgu Mala dan suami serta semua keluaganya memberi sokngan dan dorongan yang tidak berbelah bagimenyahut seruan perjuangan dalam Islam dalam harakah PAS yang penuh ranjau, duri serta difitnah oleh kaum sama dengan kita dan dihina oleh kaum yang lain.

Akhinya kami selagi lagi mengucapkan salam sejahtera kepada semua pemimpin PAS dan penyokong dan petugas PAS dan Pakatan Rakyat mencurah keringat dan menghadapi kepayahan dan kesusahan semasa berkempen.
sumber

Rabu, 26 Januari 2011

Apakah sejarah bakal tercipta di Tenang...



【PRK Tenang】BN takut dengan "dosa-dosa" mereka sendiri. Sebab itu mereka cuba mengalih perhatian rakyat terutamanya di Tenang. BN perlu ingat, tahun 2011 bukan lagi tahun politik "api-air dan jalanraya kampung". Masyarakat kampung dan FELDA bukan buta informasi. Akses kepada internet boleh didapati di mana-mana manakala tabloid politik seperti Harakah dan Suara Keadilan ibarat pisang panas selepas hujan. Rakyat semakin muak dan tidak lagi tertarik dengan cerita "punggung Saiful" mahupun cerita "penderhakaan". 

Hari yang cerah untuk bekerja.  Sosok Normala Sudirman atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Mala kelihatan bersalaman dan beramah mesra menyantuni para pengundi diiringi beberapa orang pimpinan Pakatan Rakyat.  Ibu kepada tiga orang anak ini mengambil langkah berani dengan melepaskan jawatan guru yang telah disandangnya sejak 12 tahun lalu, dan menjadi calon PAS untuk pilihanraya kecil DUN Tenang.  Tempoh hari kempen yang pendek tidak membantutkan hasrat pendidik ini untuk bertemu seramai mungkin pengundi di kawasan DUN Tenang sejak hari penamaan calon 22 Januari baru-baru ini.
Dilema Mohd Azhar Ibrahim dan Bebal UMNO Labis
Pilihan raya kecil ini laluan berduri untuk BN.  Calon BN DUN Tenang ini pernah kalah dengan teruk dalam pemilihan UMNO Bahagian Labis.  Penulis melihat Mohd Azhar Ibrahim menghadapi dua dilema terbesar.  Pertama adalah sokongan generasi kedua dan ketiga FELDA yang dilihat berpihak kepada Pakatan Rakyat.  Dilema kedua adalah protes senyap UMNO Labis sendiri.  Bayangkan bagaimana seseorang yang tiada jawatan dalam UMNO Labis menjadi calon!  Perkara ini amat janggal dan menjadi "pantang tok nenek" dalam tradisi pemilihan calon dalam UMNO.
Ya.  Calon BN yang mendapat gelaran Tok Ai ini sudah langgar pantang.  Rata-rata AJK dan ahli akar umbi UMNO Labis terperanjat dengan keputusan mencalonkan Mohd Azhar Ibrahim (gambar kanan) dan mempersoalkan mengapa Muhyidin Yassin kelihatan obses dengan calon "luar" ini sehingga ada laporan dalaman UMNO mengatakan terdapat markas UMNO yang ditutup kerana protes.
BN desperado: kering idea-meracau?!
Okay...ia adalah pilihanraya kecil, jadi isunya juga kecil-kecil?  Tidak sama sekali.  "Lelaki tua" yang terbukti terpalit dengan skandal seks iaitu Chua Soi Lek salah perhitungan apabila memainkan isu "salam" Cikgu Mala manakala Ketua Wanita Gerakan, Tan Lian Hoe kelihatan meracau seolah-olah jika PAS menang di Tenang, Malaysia akan jadi sebuah "negara Islam yang ekstrim".  Amat memalukan sekali apabila adab bersalam dalam Islam ini gagal difahami walaupun sudah lebih 50 tahun negara mencapi kemerdekaan.
Isu "negara Islam" adalah isu lapuk tetapi tetap disebut oleh Muhyiddin Yassin manakala MB Johor Abdul Ghani Osman kelihatan sangat "concern" dengan hukum "potong tangan orang yang mencuri".  Selain itu, Mahathir Mohamad juga menyentuh isu wanita jadi calon PAS padahal Mahathir sudah lupa bahawa Khadijah Sidek pernah menjadi Ahli Parlimen wanita pertama dari PAS yang memenangi kerusi Dungun pada tahun 1959.  Rata-rata pemerhati politik bebas melihat isu-isu yang ditimbulkan BN ini tidak lain mencerminkan ketandusan isu dan tidak lebih dari sebuah tindakan desperado.
Rasuah: Seribu macam janji dan pulut panggang panas
Sangat melucukan apabila Tuan Guru Nik Aziz menyerahkan wang zakat kepada tiga orang asal semasa pilihanraya kecil di Galas dituduh rasuah dan "perlu bertaubat" akan tetapi apabila Najib mengumumkan peruntukan RM 1.6 billion kepada penduduk FELDA seluruh negara di Labis, ia dianggap apa pula?  Kuih bahulu atau Pulut Panggang panas?
Keadaan yang sama berlaku di FELDA Sungai Buaya di PRK Hulu Selangor apabila 100 bekas peneroka dan waris mereka dijanjikan pendahuluan wang sebanyak RM50,000 bagi pampasan tanah kerajaan persekutuan malangnya mereka cuma menerima RM1000 sebagai pendahuluan dan selebihnya tidak diketahui bila akan diperoleh.  Rakyat sudah bijak menilai. Setiap kali adanya pilihanraya kecil; pelbagai janji ditabur oleh BN dan muncul apa yang kita sebut sebagai projek-projek "mee segera".  Penulis ingin mengingatkan para pengundi di Tenang agar berhati-hati dengan taktik "predator struktural" yang sedang memasang jerangkap ini.
Kemudahan berinformasi dan politik api-air-jalanraya
Jentera kempen BN termasuk dari media massa sering memperlekehkan usaha dan kempen yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat.  Malah, jentera kerajaan digunakan hampir sepenuhnya untuk mana-mana kempen pilihanraya kecil.  Ia adalah suatu yang biasa bagi BN dalam menghadapi kemaraan rakyat walaupun sebenarnya adalah satu "penyalahgunaan".
BN takut dengan "dosa-dosa" mereka sendiri.  Sebab itu mereka cuba mengalih perhatian rakyat terutamanya di Tenang.  BN perlu ingat, tahun 2011 bukan lagi tahun politik "api-air dan jalanraya kampung".  Masyarakat kampung dan FELDA bukan buta informasi.  Akses kepada internet boleh didapati di mana-mana manakala tabloid politik seperti Harakahdan Suara Keadilan ibarat pisang panas selepas hujan.  Rakyat semakin muak dan tidak lagi tertarik dengan cerita "punggung Saiful" mahupun cerita "penderhakaan".  Rakyat tahu.  Sepanjang sejarah negara, UMNO telah melakukan banyak penderhakaan ke atas institusi beraja.  Hal ini akan saya kupaskan pada masa akan datang.
Menyahut seruan demokrasi
Democracy cannot succeed unless those who express their choice are prepared to choose wisely.  The real safeguard of democracy, therefore, is education.Franklin D. Roosevelt
Amat menyedihkan sekali apabila pendemokrasian Malaysia tidak sampai ke tahap yang sewajarnya.  Rakyat tidak diajar untuk memahami konsep demokrasi yang tercatat dalam perlembagaan negara.  Kita diasuh untuk "takut" dan menjauhkan diri.  Kebangkitan rakyat samada melalui jalanraya mahupun pilihanraya dilihat sebagai "musuh" oleh BN.  Ini adalah pemahaman yang sesat dan bertentangan dengan semangat demokrasi itu sendiri.
"Lu sapa...!??" Apabila Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran berkempen dan memberi tekanan kepada semua Guru Besar dan Pengetua dalam DUN Tenang termasuk guru-guru kaunseling daerah Segamat agar berkempen dan mengundi Barisan Nasional jelas menunjukkan sikap tidak matang beliau dan memalukan.  Ini adalah negara demokrasi.  Ia mengenai kebebasan, pilihan dan keyakinan!
Percayalah, kejutan besar akan berlaku!
Kempen pilihanraya akan terus rancak sehingga hari pengundian nanti.  Pesta demokrasi ini akan terus diwarnai dengan pelbagai warna dan corak.  BN dan Pakatan Rakyat akan terus bersilat.  FELDA yang sebelum ini sinonim dengan "fixed deposit" BN bakal menjadi sejarah.  Rakyat mula sedar betapa kehidupan semakin terbeban dengan krisis ekonomi dan penyalahgunaan kuasa.  Rakyat inginkan kebenaran dan ketelusan.
Janji-janji BN cuma sekadar retorik dan "coklat hacks".  BN benar-benar di persimpangan.  Mereka ketandusan isu, menjengkelkan dan kesilapan terbesar adalah silap memilih calon.  Harapan akhir Barisan Nasional untuk menang mungkin disandarkan pada rasuah?  Rakyat di DUN Tenang dinasihatkan untuk bijak memilih.  Percayalah, keputusan Pilihanraya kecil DUN Tenang akan memberi kejutan besar buat kita semua.
*Hafiz Zainuddin ialah penulis bebas. SUMBER

Selasa, 25 Januari 2011

Zul Kulim sekali lagi mnjadi pencacai Najib...Kini isu debat

Setiap kali si zul nie bersuara makin terserlah kepencacaiannya ..disamping isu PRK tenang apakata saya ingin berkongsi pandangan dari seorang blogger tentang zul nie yang semakin meraban mengharapkan tuannya memberi perhargaan pada beliau..ikuti nukilan blogger ini

"ZUL Kulim `firaun besar' telah lama kita ketahui memang kaki temberang semasa berada diu dalam PKR lagi. Beliau sendiri pun mengaku bahawa beliau memang suka temberang kununnya atas arahan Anwar semasa berada di dalam PKR. Bayangkan seorang `ustaz' pejuang Islam yang berani kununnya, boleh melakukan pembohongan dek kerana arahan Anwar. Pelik apanya sekarang dia temberang lagi tapi atas arahan bos baru sekutu Apco?

Zul Kulim yang menenggek di atas kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru yang tidak diredhai oleh majoriti pengundi kawasan tersebut, di dalam tulisannya di sini, cuba membela Najib agar tidak berdebat dengan Anwar. Beliau mahu Najib setaraf dengan dia yang penakut lagi bacul kerana beliau sendiri pun takut berdebat dengan YB Khalid Samad tentang isu Kalimah Allah. Banyak kali dicabar, kecut peguam tak ada kelas ini.


Menariknya, Zul Kulim alih perhatian pada isu liwat DS Anwar. Beliau cabar Anwar berdebat dengan Saiful. Lepas tu cabar Anwar berdebat dengan Karpal Singh dan juga YB Gobala. Sedangkan beliau sendiri penikus dengan debat. Kenapa tidak sahut cabaran YHB Khalid Samad untuk berdebat? Mengapa sibuk mahu bela Najib? Ada udang balik kopiah dia kot.

Lagi menunjukkan beliau jahil lagi kaki temberang, apabila beliau mengulas mengapa Anwar tidak mahu bersumpah seperti Saiful. Mengapa Anwar mematuhi fatwa Ulamak Dr Yusof Qhardhawi yang tidak mermbenarkan Anwar bersumpah dan tidak memakai nasihat Dr Asri. Maknanya, Zul Kulim ini tidak iktiraf keilmuan Dr Yusof Qardhawi. Zul Kulim menulis, katanya, " Heran ya, kalau pasal sumpah cepat pulak nak berfatwa, ikut Islam konon tak boleh bersumpah. Sedangkan kalau diikut hukum, berdebat-debat ini dilarang Rasulullah saw."

Lihat betapa `cerdik'nya MP Kulim Bandar Baru yang dipecat dari PKR ini. Saya yang tidak sebodoh beliau pun tahu bahawa perdebatan ini sudah lama dipraktikkan di kalangan Ulamak dahulu kala, bahkan dipraktikkan juga oleh Imam dari 4 mazhab. Banyak kisah hasil dari perdebatan antara Ulamak ini ada yang membawa kerahmatan. Ada Paderi yang memeluk Islam setelah berdebat dengan Ulamak atau ilmuan Islam. Zul Kulim tidak tahu kah di dalam Al-Quran ada menyebut tentang perdebatan atau berhujah dengan musuh Islam? Atau sebenarnya beliau tahu, tetapi disebabkan perangainya yang kaki temberang, beliau sanggup temberang demi membela Najib?

Sepanjang tulisannya itu, paling kelakar apabila beliau sebut Anwar suruh beliau berjumpa Najib untuk selesaikan masalah liwat. Siapa Zul Kulim di sisi Anwar sehingga kuat sangat pengaruhnya itu? Beliau pun Anwar yang `kasi makan' bertanding di Kerusi Parlimen setelah PAS `campak'kannya. Perasan sungguh si kaki temberang ini. Baru-baru ini beliau mahu serang DAP dan PAS juga PKR di dalam isu Azan. Akhirnya, beliau kelu tidak berkata apabila mengetahui yang menentang suara Azan itu adalah peguam ahli dari MCA. Di situ kita boleh tahu standard otak Zul Kulim.

Saya nasihatkan Zul Kulim, beliau kena banyak mengaji semula. Semenjak beliau dipecat dari PKR, apa jua yang beliau dedahkan sedikit pun tidak menguntungkan Najib, jauh sekali merugikan Anwar, malahan lebih menampakkan kebodohannya sendiri. Seperti yang beliau nasihatkan Anwar, saya yang tidak sebodoh beliau ingin menasihatkannya agar sahut cabaran YB Khalid Samad dahulu sebelum sibuk mahu campor urusan debat Anwar - Najib./wfauzdin.blogspot.com" 

Isnin, 24 Januari 2011

Pas tampak yakin di tenang ...

ning
Assalamualaikum,,..Selawat dan salam ke atas Junjungan,,..

Satu ketika dulu, PAS didakwa jual prinsip negara Islam kerana berkawan dengan DAP yang anti Islam. PAS didakwa hanya mahukan kuasa semata mata dan sanggup berbuat apa saja untuk tujuan itu. Gambar TGHH dan LKS berpelukan diedarkan ke seluruh negara sebagai usaha membuktikan PAS sudah menyimpang dari matlamat perjuangannya. DAP pula dituduh anti negara Islam di mana pemimpinnya terutama Karpal Singh menjadi mangsa serangan kerana "over my dead body"nya.

Tidak cukup tanah Karpal dihentam di mana jua ada platform dan kita dapat melihat Karpal turut dihentam di TKO ini. PAS didakwa tidur sebantal tetapi mimpi yang berlainan dengan DAP. Tetapi kini apa sudah jadi dengan pihak yang menuduh PAS? Diam membisu ta'kala MCA dan Gerakan mula mencemuh PAS sekaligus menghina Islam kerana pematuhan kepada suruhan agama dan  mengugut masyarakat cina mengenai bahaya negara Islam yang extrim yang mahu didirikan oleh PAS? di mana UMNO yang gah mengatakan merekalah juara membela agama? Di mana JAKIM dan di mana IKIM? Siapa sebenarnya mahukan kuasa sehingga sanggup menjual agama? UMNO atau PAS? Rakyat yang cerdik dan celik sudah dapat melihat bagaimana PAS secara istiqamah meneruskan suruhan agama dan sudah dapat membaca  bagaimana UMNO sanggup menjual agama untuk mendapatkan kuasa yang sementara di dunia yang fana ini. UMNO menerusi pemimpin tertingginya bersetuju dengan MCA dan Gerakan yang kononnya mengingatkan orang orang cina walaupun secara jelas sudah menghina agama. DAP termasuk Karpal yang pernah berkata "over my dead body" tidak pernah mempersoalkan kenapa seorang muslimah perlu bersarung tangan untuk bersalam dengan pengundi yang bukan muhrim seperti pemimpin pelakun "blue film" MCA dan pemimpin bengong Gerakan. Sikap tidak menghormati agama ini disiarkan ke seluruh negara oleh media penjilat yang langsung tidak mahu mengambil kira bahaya rusuhan dan sentiment perkauman yang boleh dicetuskan olehnya.

Rakyat yang cerdik dan celik juga seharusnya sudah mula menyedari bahawa usaha PAS selama ini untuk memberi kefahaman Islam kepada rakan rakan bukan Islam sudah berhasil sedangkan  UMNO yang ada JAKIM dan IKIM hanya mampu bersetuju dengan MCA dan Gerakan dalam perkara perkara yang mencabar pematuhan seorang hamba kepada perintah Khalidnya.

Tidak syak lagi PAS sudah menang dan insyaalah kemenangan ini bakal digandakan sekiranya ahli ahli jemaah PAS terus istiqamah dalam perjuangan kerana ini adalah janji pertolongan ALLAH yang pasti datang sebelum dunia ini kiamat.

Sabtu, 22 Januari 2011

Bilik Rosmah di Putra Jaya telah disahkan...

Hebatt...Bilik Khas "Frist Lady" Di Putra Jaya...

Jaya atas nama "Bahagian Wanita Pertama Malaysia".Hal ini disahkan oleh pegawai yang bertugas dibahagian berkenaan ketika dihubungi oleh media Fikrah Keadilan.

Pegawai tersebut juga mengesahkan bahawa pejabat tersebut bertujuan menjaga urusan Rosmah selaku isteri Perdana Menteri yang sekian lama menganggap dirinya sebagai wanita "Frist Lady" di Malaysia dan pejabat itu tiada kena mengena dengan pemaisuri agong.

Perbuatan tidak bertanggungjawab Rosmah ini adalah pertama kali dalam sejarah isteri PM di negara ini.Kewujudan pejabat tersebut menjadikan Rosmah kini setaraf dengan s/u Sulit dan s/u Politik,Pejabat Penasihat PM,Pejabat Ekonomi PM dan Pejabat pengurusan Sri Perdana.

Sedangkan perlembagaan Malaysia selama ini mengikhtiraf Pemaisuri Agong sebagai Wanita pertama Malaysia.Naib Presiden PKR Fauziah Salleh berkata perbuatan Rosmah itu menyalah guna kuasa suaminya selaku PM.

"Saya rasa Rosmah diberikan terlalu banyak kuasa oleh Najib,"katanya.

Rabu, 19 Januari 2011

umpan untuk peneroka telah diumumkan Najib....



SHAH ALAM 18 JAN: Pengumuman peruntukan RM1.6 bilion bagi memajukan masyarakat FELDA di seluruh negara oleh Perdana Menteri disifatkan sebagai 'janji Santa Claus' oleh Mazlan Aliman.
Ini kerana katanya yang juga Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan atau ANAK, Datuk Seri Najib Razak tampak jelas berniat untuk meningkatkan sokongan peneroka menjelang pilihanraya umum ke-13 

Taktik ini sering diutarakan pemimpin Umno-Barisan Nasional(BN) setiap kali menjelang atau menghampiri kemuncak pilihanraya. Tetapi mengabaikan nasib peneroka selepas berakhir. 

"Bila berlaku pilihanraya, barulah mereka hadir dengan pelbagai janji seperti 'Santa Clous', sedangkan dari pemantauan selepas pilihanraya kecil janji itu tidak dilaksanakan.

"Sememangnya menjadi tabiat pemimpin BN, sering kali mengunakan angka mengelirukan rakyat apabila beliau (Najib Razak) mengumumkan RM1.6 billion itu menggunakan wang siapa.

"Jadi kita sebagai rakyat perlu tahu, RM1.6 billion itu beliau menggunakan wang siapa, samada diambil dari wang rezab FELDA ataupun wang kerajaan,"katanya.

Mazlan ketika dihubungi Tv Selangor turut menjelaskan ada dikalangan penduduk menyatakan inilah kali pertama Perdana Menteri melawat kawasan mereka.

Hari ini Najib yang juga Pengerusi BN mengadakan lawatan ke Tenang dan pada majlis Pemimpin Bersama Peneroka di FELDA Chemplak, Najib turut mengumumkan peruntukan RM8.5 juta untuk program pembangunan prasarana 500 buah lot yang akan diberi kepada generasi kedua peneroka FELDA.

Realitinya, Felda menjadi kubu kuat Barisan Nasional khususnya Umno selama ini.

Mengulas pengumuman tersebut, Mazlan menyatakan ia hanya satu gimik yang sama dilakukan pada PRK Hulu Selangor April lalu dan sehingga kini tiada sebarang pembangunan projek dilakukan seperti yang dijanjikan kepada penduduk di FELDA Soeharto.

Pengumuman tersebut dibuat ketika BN bersedia menghadapi PRK DUN Tenang hujung bulan ini jelas membuktikan FELDA bukan sahaja kubu kuat mereka malah ia juga merupakan talian hayat buat mereka.sumber

Selasa, 18 Januari 2011

kisah kejatuhan first lady tunisia

Dua tiga hari lepas, perkara yang tidak disangka-sangka berlaku. Regim Zine el-Abidine Ben Ali di Tunisia jatuh menyembah bumi.

Mengapakah regim 23 tahun tersebut rebah mendadak?

Khabarnya, salah satu sebab tersungkurnya regim penindas tersebut ialah ekoran ketamakan dan kemewahan isteri Ben Ali: Leila Trabelsi.


Di dunia Arab, Leila digelar Imelda Marcos Arab. Kisah yang meniti di bibir ramai ialah beliau adalah seorang pendandan rambut sebelum berkahwin dengan Presiden Zine el-Abidine Ben Ali. Kegemaran beliau kepada kemewahan memang tidak dapat disangkal lagi.

Meski berasal dari keluarga melarat, kegelojohan Leila di belakang kuasa suaminya iaitu Presiden Tunisia menyebabkan beliau dinamakan sebagai "The Regent of Carthage'. Carthage adalah sebuah kerajaan purba tidak jauh dari Tunis hari ini. Ia adalah kerajaan Phoenician pada pertengahan abad ke 9 sebelum masehi; seperti kerajaan-kerajaan agung lain ia hancur pada tahun 146 sebelum masehi. Laporan media menyebut Leila adalah kuasa di belakang Presiden Tunisia dan kegilaannya kepada kuasa, wang, kereta dan kediaman mewah mendorong kebencian rakyat Tunisia.

Keluarga Presiden digelar oleh rakyat sebagai 'The Mafia'. Hari ini setelah keluarga Presiden terbirit melarikan diri dan dilindungi oleh satu lagi regim (Arab Saudi), rakyat masuk ke dalam kediaman mewah Presiden lalu menghancurkan kereta-kereta mewah tersebut.

Nesrine Ben Ali, 24, dan kakaknya Cyrine (dua anak perempuan Ali dan Leila) terbang melarikan diri ke Paris serta menginap di Disneyland Hotel, Paris. Di sana mereka mendiami VIP suites dengan harga lebih 300 euro semalam.

Adalah dipercayai kekayaan keluarga Ben Ali berjumlah 3.5 bilion euro dan kebanyakannya dilonggokkan di Perancis. Bukan itu sahaja, akhbar Le Monde melaporkan keluarga Ben Ali berjaya melepaskan diri dari kebangkitan rakyat dengan membawa sama keluar harta berbentuk 1.5 tan emas.

Hari ini, dalam satu sidang akhbar, pemimpin sementara Tunisia ditanyai wartawan, 'Benarkah Leila Trabelsi yang berkuasa dan bukan Presiden Ben Ali?'

Perdana Menteri sementara, Mohammed Ghannouchi menjawab: "We have that impression." (klik sini)

Ada orang mengatakan, di sebalik seorang lelaki (dalam hal ini kehancuran, bukan kejayaan) pasti ada seorang wanita. Sumber 

Isnin, 17 Januari 2011

Sekiranya pemecatan Presiden NUJ BERLAKU MALAPETAKA menanti UTUSAN ..



Esok adalah merupakan permulaan kepada hari penentu kepada Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari yang sebelum ini telah digantung tugasnya di Utusan Melayu (M) Bhd di atas dakwaan ‘mencemarkan’ imej syarikat.

Rata-rata melihat omong-omong perbicaraan dalaman yang dibuat oleh pengurusan Utusan ini hanyalah sebagai satu cara langkah biasa yang perlu dipatuhi sebelum memecat beliau secara selamat dan ‘profesional’ dari syarikat berkenaan.


Langkah mengadakan siasatan secara ‘rasmi’ ini hanyalah bagi menyelamatkan Utusan daripada tersilap prosedur sehingga memberikan Hata dengan sebab yang memudahkannya untuk membawanya ke mahkamah kemudian hari di bawah perlindungan akta berkaitan dengan ‘penyingkiran konstruktif’ atau constructive dismissal.
Kemungkinan Hata dipecat adalah tinggi
Amalan ‘perbicaraan’ kosmetik ini sememangnya dijalankan di kebanyakan syarikat bagi menutup peluang atau menyukarkan sesiapa sahaja yang dipercayai menjadi ‘masalah dalam selimut’ mana-mana majikan yang bukan sahaja diamalkan oleh korporat tetapi juga perkhidmatan awam. Jika ada peluang yang lain yang lebih selamat, majikan yang mempunyai banyak cawangan operasinya, cara membuatkan kakitangannya ‘berhenti dengan rela’ ialah dengan memindahkan mereka dari satu tempat ke tempat yang lain dalam satu sela masa yang singkat agar kakitangan berkenaan berputus asa dan berhenti atas kerelaan sendiri.
Namun begitu, taktik sebegini tidak mampu lagi digunapakai oleh Utusan kerana kedudukan Hata sendiri sebagai orang yang berpengaruh dalam dunia kewartawanan di negara ini. Ini adalah kerana apa sahaja yang didedahkan olehnya akan terus mendapat perhatian terus media yang berlawanan ataupun media alternatif untuk melaporkannya. Kedudukan istimewa Hata pastinya menggugat kelangsungan Utusan di dalam pelaporannya. Namun begitu, sejauh manakah Hata selama ini hanya memburukkan Utusan? Kita akan bincangkan nanti.
Tindakan memecat Hata dijangkakan memberikan kesan buruk kepada imej kebebasan akhbar di negara ini yang sesungguhnya kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mempunyai kepentingan majoriti di dalam Utusan Malaysia. Di saat negara berkira-kira bilakah pilihanraya umum ke 13, tindakan kembali ke belakang sekali lagi dibuat oleh BN pastinya memberi padah lebih besar jika benar PRU diadakan pada tahun ini.
Demokrasi Malaysia terus-menerus tercalar
Selain itu juga, pihak negara luar ataupun pelabur asing yang masih berkira-kira untuk menambah atau masuk melabur ke dalam negara ini pastinya melihat situasi ini sebagai satu masalah dalaman ‘demokrasi’ di Malaysia yang masih belum subur. Semasa kebebasan media dinilai oleh sebuah organisasi luar yang dikenali sebagai Freedom House pada tahun lepas, Malaysia masih ketinggalan dengan berada di tangga ke 147 daripada 196 negara yang dinilai.
Negara-negara jiran kita yang dilihat sebagai masih membangun dan kurang membangun nampaknya berada pada kedudukan yang jauh lebih baik dari kita.  Antaranya ialah Filipina (kedudukan 97), Indonesia (107), Thailand (124) dan Kemboja (134). Hanya kita berada pada paras lebih baik dari Singapura yang berada di tangga 152.
Singapura adalah satu situasi yang berbeza kerana sejarah lokaliti dan saiznya yang lebih kecil di mana urusan demokrasi adalah terkawal. Malah, Singapura secara sejarahnya juga sudah pun menjadi negara maju disebabkan usaha melobi negaranya menjadi negara entreport perdagangan dan pakej ekonomi yang lebih bebas seperti negara-negara di hemisfera barat. Malah, Singapura sendiri sudah menjadi satu keperluan lokasi sejak zaman-berzaman lagi disebabkan lokasinya yang strategik di tengah-tengah kerancakan ekonomi di Asia Tenggara.
Malaysia yang mempunyai banyak pesaing ekonominya di rantau ini tidak boleh mendabik dada menjadi seperti Singapura di dalam mengawal media dan boleh menjadi negara maju dalam acuannya sendiri sepertimana Singapura suatu hari nanti. Kita yang mempunyai lebih ramai penduduk dan memerlukan banyak industri bagi menjana hasil isi rumah dan ekonomi negara maka isu kebebasan media antara bentuk KPI yang diperhatikan oleh negara-negara barat yang kaya untuk melabur (FDI).
Kebebasan media adalah KPI kemasukan FDI
Meskipun kini Malaysia berbangga kerana menjadi destinasi pelaburan dari Timur Tengah tetapi negara-negara ini yang kebanyakannya negara pengeluar petroleum akan kepupusan hasil sumber bumi itu tidak lama lagi. Ini pastinya lebih buruk apabila pusat ekonomi di Timur Tengah di Dubai kini mengalami masalah ekonomi dan gelembung hartanah yang bakal memberi kesan semula pelaburan dari negara Emeriah Arab Bersatu itu yang kini berada di luar kembali semula ke rantau itu bila-bila masa.
Bukan itu sahaja,pelaburan dari Timur Tengah sebenarnya bukan sahaja tertumpu di Malaysia tetapi sudah semakin banyak wang mereka memasuki negara-negara seperti Indonesia dan Thailand yang menyediakan pakej perlindungan pelaburan dan pulangan yang lebih baik dari kita. Malah, mereka juga memasuki China sepertimana gelombang pelaburan yang turut dikejar oleh negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jerman.
Pelaburan asing FDI yang masuk ke dalam negara ini telah menjunam sehingga 81 peratus pada tahun 2009. Kini di Asia Tenggara, Malaysia hanya mampu menguasai 3.75 peratus pelaburan FDI yang termasuk dari negara-negara Timur Tengah yang kaya dari sejumlah besar FDI bernilai USD40 bilion pada tahun lepas. Perkembangan ini adalah sesuatu yang mengejutka. Negara-negara jiran pula seperti Thailand menguasai 23 peratus dan Indonesia pula dengan 28 peratus menggungguli carta penarik FDI di rantau ini.
Oleh itu, negara masih memerlukan kaedah yang lebih terbuka dengan keadaan sosial termasuklah kebebasan akhbar yang dapat menarik perhatian pelaburan asing, Kita tidak boleh menafikan hakikat ini lagi apabila semakin ramai mahasiswa kita sudah menamatkan pengajian mereka hasil daripada dasar kerajaan Malaysia di dalam meluluskan terlalu banyak universiti dan kolej universiti swasta dan awam yang akhirnya graduan-graduan universiti hari ini berjumlah lebih daripada peluang pekerjaan yang ditawarkan.
Bukan itu sahaja, kegagalan kerajaan juga didalam mengawal pengambilan pekerja dari negara-negara Arab dan Asia Selatan seperti India dan Pakistan di dalam sektor ekonomi teknologi maklumat, perdagangan dan kejuruteraan lebih memburukkan kadar pengangguran di dalam negara ini. Jika ini terus berlaku, nescaya Wawasan 2020 terpaksa ditunda ke 10 tahun akan datang sepertimana yang kini diakui oleh beberapa pakar ekonomi tempatan dan asing kebelakangan ini sebagai satu impian yang masih ’menjauh’.
NUJ perlu dihormati sebagai badan media profesional
Tindakan Hata yang bercakap sebagai Presiden NUJ sewajarnya dihormati kerana NUJ adalah badan yang bebas sepertimana CUEPACS yang diiktiraf sebagai kesatuan sekerja bagi kakitangan awam dan MTUC bagi kakitangan-kakitangan swasta. CUEPACS tidak dilihat ’tertutup’ mulut mereka pun apabila bercakap tentang hak mereka seperti kenaikan gaji, bonus, kritikan kepada dasar kerajaan sendiri dan sebagainya.
Walaupun NUJ tidak berbentuk kesatuan sekerja, pertubuhan ini wajar diiktiraf sebagai satu think-thank atau penasihat yang dialu-alukan oleh kerajaan sekiranya kerajaan serius di dalam memperbaiki mempertingkatkan kebebasan bersuara dan imej demokrasi negara di persada antarabangsa.
Kemusnahan kebebasan akhbar atau media ini dilihat merosak apabila negara ditadbir oleh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, maka amat moleknya bagi kerajaan pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak melihat kepada impak positif ke atas imej BN hari ini jika ruang kebebasan media ini terus diperbaiki setiap masa. Namun perkara ini seperti tidak mungkin kerana baru-baru ini pula Najib mengumumkan kepada keperluan undang-undang bagi mengawal blog dan maklumat di Internet.
Walaupun Hata dilihat mengeluarkan pandangan yang didakwa keras sebagai Presiden NUJ, namun tindakan kenyataan itu tidak boleh kita kaitkan dengan Utusan semata-mata. Ini kerana apa yang dinyatakan oleh Hata sebenarnya turut melibatkan media-media arus perdana yang lain yang condong BN. Sepertimana pepatah Melayu yang menyebut, ’Sesiapa yang makan cili, dia yang merasa pedasnya’ mungkin inilah yang membuatkan majikannya itu terasa apabila selama ini media itulah yang dilihat oleh orang ramai sebagai yang paling mendokong apa sahaja dasar kerajaan walaupun melibatkan sesuatu isu yang buruk bak pepatah Melayu ’menegakkan benang yang basah’.
Mesej keras Hata bukan untuk Utusan sahaja
Yang menghairankan kenapa pengurusan akhbar Utusan yang terlalu terasa ’panas’ dan kurang senang dengan serangan media-media alternatif menyebabkan mereka mengambil tindakan ke atas Hata semata-mata melepaskan kemarahan kepadanya adalah tidak masuk akal sama sekali. Sekali lagi, Utusan dengan degilnya dan lebih bongkak dengan merasakan tindakan mereka berada di landasan betul selama ini kini menghangatkan semula sentimen kebencian rakyat secara langsungnya kepada kerajaan pusat terutamanya di kalangan pengundi di atas pagar.
Apa yang Hata buat sebaik sahaja dipilih menjadi presiden NUJ pada bulan September lalu, beliau telah merayu kepada semua media perdana dan tidak termasuk Utusan Malaysia sahaja tetapi kepada akhbar-akhbar kerajaan seperti Berita Harian, The Star, stesen televisyen RTM, TV3, Bernama dan New Straits Times supaya menjadi lebih bertanggungjawab sebagai penyebar maklumat yang berkesan dan bukan menjadi alat propaganda kerajaan mahupun parti politik semata-mata.
Saranan Hata itu dilihat sebagai menegur media-media arus perdana itu supaya jangan mengulangi kesilapan berpuluh-puluh tahun lalu yang mana penyokong BN seharusnya menafsirkannya sebagai antara punca yang menyebabkan kerajaan BN semakin ditolak rakyat yang nampak jelas dengan tsunami politik 2008. Sewajarnya ingatan ini menjadi pedoman kepada BN supaya jangan  membuat silap yang sama berulang kali lagi jika mahu terus berkuasa di dalam suasana politik dan keperluan sosial yang sudah berubah pada hari ini.
Walaubagaimanapun, tindakan Utusan amatlah dikesali. Penulis yakin kemampuan Utusan bertahan kini secara ekonominya pada hari ini adalah dengan bantuan kerajaan BN pada hari ini walaupun kedengaran suara-suara kakitangannya yang tidak berpuas hati dengan pakej gaji, kenaikan gaji, bonus dan manfaat yang diterima ekoran prestasi syarikat yang semakin buruk.
Jika dilihat pada tahap penjualan surat akhbarnya yang menjunam dengan teruknya saban tahun sejak dua tahun lalu dan keyakinan pelabur di Bursa Malaysia untuk mengumpul saham Utusan yang sangat kurang telah menyebabkan sahamnya kini menjadi saham media yang termurah dan kurang didagangkan di dalam Bursa Malaysia dengan harganya terkini 90 sen (harga mutakhir pada 14 Januari).
Mungkin sudah sampai masanya kerajaan-kerajaan PR di negeri-negeri yang kaya seperti Selangor dan Pulau Pinang ataupun ahli-ahli korporat yang pro-PR untuk mula mengumpul saham Utusan yang murah ini bagi membentuk blok minoriti dalam Utusan bagi meneutralkan sedikit-sebanyak pemberitaan Utusan yang terlalu sangat ’menyakitkan’ pemikiran rakyat yang sudah matang yang selalu dipermain-mainkan oleh bahan-bahan provokasi mereka.
.......
Shaharul adalah seorang perunding Sumber Manusia Strategik, Teknologi Sains Maklumat dan program pembangunan organisasi, Selain itu, beliau juga menulis beberapa artikel analisa perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang diterbitkan di dalam KLToday.com. Beliau boleh dihubungi di 
rashidzack@yahoo.com

Khamis, 13 Januari 2011

Nurul Izzah :Berdebat Petanda Sihatnya Sesebuah Negara



http://1.bp.blogspot.com/_D07POKYf8aI/TP775W7rM2I/AAAAAAAAAVM/wnYVU5QnI10/s400/NurulIzzah4.jpg 
Keupayaan dan kemampuan untuk berdebat adalah petanda sihatnya sesebuah kerajaan, pimpinan, mahupun demokrasi itu sendiri. Kayu ukur keyakinan dan kepercayaan seseorang pemimpin terhadap dasar-dasar yang diangkat terletak pada kesanggupan pemimpin itu menyokong, mempertahan, dan berhujah di khalayak umum.

Ini cukup benar di Malaysia di mana kebebasan media dan ketelusan (transparency) amatlah kurang, malahan pihak Kerajaan sendiri kelihatan seakan enggan mendebatkan isu-isu tertentu di Parlimen pun.


Maka bila diambil kira kenyataan YAB Dato’ Sri Najib Razak bahawa tidak perlu bagi rakyat mengamati perbincangan dasar-dasar BN dan PR, ia memperlihatkan keangkuhan dan rasa tinggi diri pihak BN terhadap rakyat yang berhak mendengar hujah dari kedua belah pihak. Rakyat berhak mendapatkan fakta. Oleh itu, langkah terbaik buat YAB Perdana Menteri adalah untuk menerima tawaran berdebat isu ini yang amat penting buat negara kita yang tercinta. Ianya masih belum terlambat.

Nurul Izzah Anwar

Ahad, 9 Januari 2011

100 Ribu Rakyat Britain Diberikan Hidayah Memeluk Islam



LONDON: Sekurang-kurangnya 100,000 penduduk Britain memeluk Islam sejak satu dekad lalu dan secara purata, 5,000 setiap tahun, menurut kajian terbaru.

Badan kajian agama, Faith Matters yang melakukan kajian itu menggunakan data bancian 2001 Scotland, satu-satunya tinjauan yang bertanya responden agama ketika mereka lahir dan ketika penyelidikan berkenaan.

Hasilnya, mereka berjaya menetapkan jumlah penduduk tempatan yang memeluk Islam dan menjadikannya asas anggaran golongan mualaf keseluruhannya di Britain, lapor The Independent.

Tinjauan itu mendapat, 60,699 ‘saudara baru’ menetap di Britain pada 2001. Tanpa data bancian baru sejak itu, penyelidik membuat tinjauan di masjid seluruh London untuk mengira berapa ramai memeluk Islam setiap tahun.

Mereka mendapati, 1,400 penduduk memeluk Islam di London sejak 12 bulan lalu sekali gus bermakna 5,200 di seluruh Britain.

Angka yang didapati itu juga hampir sama dengan kajian mengenai saudara baru di Jerman dan Perancis iaitu 4,000 orang memeluk Islam setiap tahun.
Seorang guru tarian, Denise Horsley, 26, ketika mengulas keputusannya memeluk Islam berkata: “Saya diperkenalkan kepada agama Islam oleh teman lelaki saya.

“Ramai bertanya adakah saya memeluk Islam kerananya tetapi ia tiada kaitan dengannya. Saya sendiri yang belajar mengenai Islam. Sekarang saya memakai tudung tetapi ia selepas beberapa lama.

“Hijab satu konsep penting dalam Islam tetapi ia bukannya mengenai pakaian. Paling penting kesederhanaan dalam setiap perkara yang anda lakukan.

“Pada asasnya, saya masih orang yang sama kecuali saya tidak lagi minum arak atau daging khinzir dan melakukan solat lima kali sehari.”

Kajian sebelum ini menganggarkan bilangan saudara baru Islam di Britain antara 14,000 dan 25,000. – Agensi

Labels: 

Awang Selamat Penulis Radikal Perkauman dan Penghasut Biadap

Terlalu banyak yang diperkatakan tentang tulisan Awang Selamat selama ini. Saya cuba untuk tidak ambil pusing walaupun cukup meluat membacanya. Namun tulisan Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia pada Ahad lalu sudah melampaui batas-batas kewarasan apatah lagi ia terpampang di dada akhbar perdana. Akhbar yang suatu ketika dulu menjadi rujukan saya terutama ketika mahu mengambil peperiksaan STPM bagi subjek Pengajian Am kini bertukar menjadi alat adu-domba. Mengenangkan hal itu maka saya membuat keputusan ini menulis atas dasar tanggungjawab kepada anak-anak yang mengalami keadaan yang sama dengan saya 25 tahun lalu; untuk lulus cemerlang dalam Pengajian Am.
Tulisan Awang Selamat atas tema Biadab sungguh tidak bertanggungjawab dan berniat jahat. Jelas ia bertujuan melaga-lagakan pihak Istana dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berhubung isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baharu. Awang Selamat sengaja mencetuskan kontroversi. Sekali gus memutikkan bibit kebencian dan syak wasangka. Hampir serupa dengan tindakan akhbar perdana pada 1992 dan awal 1993 dahulu.
Cuma hala gayanya yang berbeza. Kalau dulu, istana menjadi sasaran herdik Utusan dan Berita Harian, kini Kerajaan Pakatan menjadi tumpuan. Isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dijadikan batu loncatan lantas diperbesarkan sedangkan PR Selangor menganggap ia hanyalah urusan pentadbiran yang boleh diselesaikan dengan kebijaksanaan.
Malangnya bukan penyelesaian yang didambakan Awang Selamat. Tulisan berbaur hasutan dan fitnah ini sengaja mahu menimbulkan permusuhan antara Istana dengan Kerajaan Negeri yang mereka lihat begitu baik dan teratur. Tulisan tidak bertamadun ini cuba membangkitkan kemarahan orang Melayu kononnya kerajaan Pakatan Rakyat tidak tahu adat dan Perlembagaan.
Awang Selamat tidak ubah sebagai pecacai Umno yang menggunakan media untuk membolehkan Umno/BN merampas semula Selangor sekali gus meneruskan penyelewengan serta salah guna kuasa yang mereka amalkan sepanjang memerintah Selangor.
Persoalannya, siapakah individu yang bersembunyi di sebalik nama Awang Selamat ini? Mana perginya sifat profesionalisme seorang wartawan? Selaku akhbar utama negara dengan barisan ahli lembaga pengarah yang saya kira dari golongan cerdek pandai, mengapa tiada seorang pun yang menasihatkan Awang Selamat agar menjaga maruah seorang wartawan dan maruah akhbar perdana itu sendiri? Atau semuanya telah hilang rasa malu pada dhamir masing -masing?
Seorang yang berfikiran waras maklum bahawa dalam soal perlantikan SU Kerajaan Negeri tidak timbul langsung isu penderhakaan terhadap DYMM Sultan Selangor. Isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor membabitkan masalah pentadbiran antara Kerajaan Selangor dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN) apabila KSN tidak bertindak profesional dengan membelakangkan Menteri Besar selaku ketua eksekutif. Isu bertambah rumit apabila pilihan terbaik menurut meritokrasi; kemampuan, pengalaman dan kekananan dalam jawatan diketepikan begitu sahaja.
Tahukah Awang Selamat DYMM Sultan Selangor sedia mengambil maklum bahawa kerajaan UMNO/BN lah yang telah menghakis kekuasaan Raja-raja Melayu sejak krisis Perlembagaan 1993. Jangan Awang ingat Tuanku akan terpedaya dengan tulisan bermuka-muka tersebut.Sejarah jelas membuktikan pihak mana yang suatu ketika beriya-iya benar mahukan supaya kekebalan Raja-raja Melayu dihapuskan. Malah, lebih dahsyat lagi mahu raja-raja Melayu dinyahkan daripada tahta dan istana diraja.
Pastinya selaku wartawan Awang pernah membaca laporan Berita Harian, pada 19Januari 1993 menyiarkan berita seorang Ahli Parlimen dari Perak yang mengingatkan raja-raja supaya mengambil kira suara rakyat jika tidak raja-raja tidak dapat kekal lama "malah tahta mereka mungkin akan beralih ke muzium.
Bagi mengingatkan Awang, akhbar yang sama telah pada 16 Januari 1993 turut melaporkan seorang Menteri Besar pernah mendesak para ulama dan ilmuan Islam menasihati raja-raja Melayu tentang keperluan pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk memansuhkan kekebalan raja-raja. Ahli Parlimen dari Pahang pula dengan tega memberi tempoh 30 hari kepada raja-raja bagi memikirkan semula pendirian mereka berhubung pindaan tersebut.
Ketika itu pergerakan Pemuda UMNO begitu ghairah mahukan Kerajaan Persekutuan berpendirian tegas dan tidak berganjak dengan pendirian menghapus kekebalan raja-raja. Jika Awang seorang nasionalis, pasti beliau masih ingat bahawa pada ketika itu kakitangan dan pegawai kerajaan termasuk Datuk Bandar tidak dibenarkan berurusan dengan istana negara kecuali dengan kebenaran Perdana Menteri. Para pegawai juga dibenarkan untuk menolak undangan ke istana untuk menghadiri majlis bersama Raja-raja Melayu.
Selaku rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, saya cuba melupakan peristiwa tersebut walau ianya adalah sebahagian dari sejarah negara. Namun apabila karenah manusia berubah, setelah 17 tahun berlalu, tiba-tiba hari ini pihak yang berusaha dan berjaya "menghapuskan kekebalan dan beberapa hak istimewa Raja-raja Melayu", kembali bermuka-muka dengan seruan supaya orang Melayu menghormati raja dan sultan.
Lebih dahsyat lagi mula bercakap soal penderhakaan kepada Sultan dan berselindung di sebalik nama Istana untuk mengaburi niat jahat mereka. Namun pekung mereka cukup busuk dan membusukkan. Rakyat melihat jelas ini adalah usaha terdesak mereka bagi mengembalikan sokongan terhadap mereka yang kian merosot dan parti mereka bakal menjadi parti picisan.
Awang Selamat terpilih menjadi Tok Selampit dan tukang karut. Amat menghairankan dimana hilangnya ketegasan Menteri Dalam Negeri dalam situasi bahaya ini. Mengapa Awang Selamat dibiarkan merapu dan berkeliaran umpama maling gila merosak keamanan.
PR Selangor menjunjung penuh kedaulatan DYMM Sultan Selangor yang menjadi tempat rakyat berlindung dan mencari keadilan. Titah Tuanku Sultan ketika Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran kepada DY Teramat Mulia Raja Muda pada 6hb Januari sangat mengujakan. Tuanku dengan jelas menjawab Awang dan pihak-pihak yang cuba menangguk di air bahawa tohmahan mereka salah. Baginda bertitah bahawa baginda begitu akrab dan mesra dengan Dato Menteri Besar Selangor, nasihat-menasihati antara satu sama lain, bertukar-tukar fikiran dalam banyak hal dan perkara.
Kerajaan Pakatan Rakyat menentang sekeras-kerasnya sebarang cubaan melaga-lagakan hubungan baik antara pimpinan negeri dan pihak Istana. Saya mendesak UMNO/BN samada atas kapasiti mereka atau dengan bertopengkan GAPS dan PERKASA berhenti memainkan sentimen ini kerana sangat memalukan sebuah parti yang begitu ghairah dengan berbagai slogan akhirnya menggunakan taktik kotor sebegini untuk mendapatkan semula sokongan. Saya juga mendesak Kementerian Dalam Negeri jangan lagi memekakkan telinga dan berpura-pura tidak melihat tindakan Awang ini penuh dengan unsur hasutan dan fitnah melampau./Tv Selangor

Khamis, 6 Januari 2011

Minyak masak oh minyak masak ....

Minyak Masak...Semakin Kritikal...

Masalah kekurangan bekalan minyak masak yang dilaporkan di beberapa negeri kini merebak ke daerah Manjung dan Perak Tengah menyebabkan ada peniaga makan terpaksa menutup kedai mereka.

Aminah Osman yang menutup kedainya di Seri Iskandar, Bota, dekat sini berkata, "Sebagai kedai menjual pelbagai makanan, saya memerlukan sekurang-kurangnya lima kilogram minyak masak setiap hari.

"Bagaimanapun semua kedai runcit di sekitar Seri Iskandar telah kehabisan bekalan sebelum saya terpaksa ke Sitiawan dan Seri Manjung untuk mencari bekalan tetapi turut hampa," katanya kepada Bernama.

Aminah berkata, usaha mendapat bekalan minyak masak di beberapa pasar raya dan kedai runcit juga gagal. Sementara itu, tinjauan di beberapa buah pasar raya di sekitar Sitiawan dan Seri Manjung mendapati rak-rak menempatkan minyak masak kosong.

Beberapa pelanggan yang ditemui merungut kerana beberapa kedai dan pasar raya ketiadaan bekalan bahan itu. Seorang peniaga restoran, Ahmad Abdullah, 56, berkata beliau mungkin terpaksa menutup restoran jika masih gagal mendapat bekalan minyak masak dalam masa sehari dua ini.

Sementara itu, Ketua Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Manjung, Megat Zulkifli Megat Abd Halim berkata berdasarkan rekod bekalan, masalah itu sepatutnya tidak berlaku. sumber

Rabu, 5 Januari 2011

Nak Jadi Pengampu pun agak-agak ler....

BUNUH PENGKRITIK SULTAN, SATU CADANGAN YANG HINAProf Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Seorang YB dan NGOs tertentu mencadangkan agar pengkritik sultan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Walaupun ada kaitan dengan politik kepartian tertentu -itu bukan urusan saya- tetapi saya ingin mengulas cadangan ini di sudut hukum Islam seperti berikut;
1. Cadangan ini sebenarnya lebih hina dan besar dosanya daripada menggalakkan pemerintah berzina, atau berjudi atau minum arak atau kesemua maksiat yang lain. Ini kerana, nyawa dalam Islam amat berharga dan haram ditumpahkan tanpa sebab yang sah. Cadangan ini bererti menggalakkan pemerintah membunuh orang tanpa sebab yang diizinkan oleh Allah dan Rasul. Dosa membunuh dalam Islam lebih besar dari dosa zina, arak, judi dan lain-lain.
2. Sultan bukanlah nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik. Kepercayaan sesetengah pihak bahawa haram mengkritik atau berbeza pendapat dengan sultan seakan menyamakan kedudukan sultan dan raja melayu dengan para nabi a.s. Sedang para al-khulafa al-rasyidin iaitu Abu Bakr, Umar, Uthman dan ‘Ali yang jauh lebih mulia dari sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka. Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih.
Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini.Sahabat Nabi s.a.w tidak pernah menggesa agar dibunuh pengkritik mereka. Bahkan dalam Sirah, ada beberapa kejadian yang sahabat tidak bersetuju dengan cadangan Nabi s.a.w dan membantah baginda seperti yang berlaku kepada ‘Umar r.a ketika perjanjian Hudaibiyyah, pun Nabi s.a.w tidak membunuh beliau.
3. Pada saya, pencadang hukuman tersebut; adalah pengampu yang melebihi had. Jika dia muslim, dia seorang yang ‘kering perasaan’ dan tidak takutkan Allah mengenai ‘darah orang lain’. Mungkin dia berhujah dengan undang-undang yang dia fahami sehingga dia lupa syariat Allah yang Maha Tinggi yang mengharamkan ditumpah darah dan nyawa manusia tanpa sebab yang sah di sisi syarak. Wajib dia bertaubat dan menarik balik cadangan tersebut.

Selasa, 4 Januari 2011

Kejayaan Negeri Kedah dalam mentadbir



warta kedah

ALOR SETAR 3 JAN- Rakyat Kedah kini yakin dengan pemerintahan Kerajaan sekarang yang bertujuan memberi kesejaheraan kepada mereka. Ini berikutan dengan  peningkatan hasil balak akan digunakan untuk pembangunan rakyat, kata Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

Katanya, rakyat mulai faham apabila Kedah berjaya mengutip premium balak lebih RM50 juta bagi 2010.

“Tahun ini sukacita saya maklumkan hasil balak negeri Kedah bertambah baik mencecah RM50 juta. Hasil balak premium ini adalah atas keluasan tanah 2,400 hektar”, katanya.

Menurutnya, berdasarkan laporan Ketua Audit Negara Kedah berjaya meningkatkan hasil balak 205 peratus berbanding sebelum 2008 dengan hasil kutipan hanya sekitar RM8 juta ketika Kedah di bawah pemerintahan kerajaan lalu.

Apabila kerajaan baru mengambil alih pemerintahan pada Mac 2008 hasil balak mencecah RM35 juta dan meningkat kepada RM38 juta pada tahun 2009.

Beliau  berkata, peningkatan  itu adalah hasil keberkesanan sistem tender terbuka yang dilaksanakan dan sejak perubahan polisi dibuat ternyata  hasilnya bertambah  dan polisi yang diperkenalkan ini bukan untuk menindas mana-mana pihak.

“Jika saya boleh ubah dasar dan polisi dalam pentadbiran untuk kesejahteraan rakyat saya akan buat.

“Dan apa yang saya buat ketika memperkenalkan tender terbuka balak ada yang tidak puas hati tapi syukur kerana perubahan itu kita menjasikan hasil balak meningkat hampir 205 peratus”, katanya.

Kejayaan ini adalah hasil ketelusan Kerajaan Negeri mengubah polisi kepada yang lebih baik yang diyakini dapat meningkat pendapatan negeri seterusnya dapat digunakan untuk pembangunan rakyat.

“Inilah polisi yang terbaik pernah saya ubah. Pemberian balak tidak lagi diberi secara anugerah dan setelah saya umumkan dibuat tender terbuka, polisi ini amat berkesan. Ia secara tidak langsung dapat menghindari gejala rasuah kronisme,” katanya.

Hasil balak cecah RM51 juta tahun 2010!oleh SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

ALOR SETAR 3 JAN – Kedudukan kewangan kerajaan negeri Kedah terus kukuh dengan peningkatan terhadap hasil premium balak sehingga RM51 juta setahun bagi tahun 2010, atas keluasan tanah yang sama.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan menyatakan bahawa peningkatan ini adalah pendekatan terhadap tender terbuka yang diamalkan oleh kerajaan negeri.

Ini juga disebabkan daripada perbelanjaan berhemah yang diamalkan oleh kerajaan serta kecekapan dan sifat berjimat kakitangan kerajaan dalam menjalankan khidmat mereka kepada rakyat.

“Bagi tahun 2008, kerajaan hanya peroleh RM8 juta setahun, pada saiz hutan yang sama, tetapi dibawah tender terbuka, kita (kerajaan) berjaya menghasilkan RM38 juta bagi tahun 2009, dan kini untuk tahun 2010, peningkatan sehingga RM51 juta setahun.

“Dengan ini, kedudukan kewangan kerajaan negeri berada dalam keadaan kukuh, di mana kita tidak perlu untuk meminjam daripada kerajaan persekutuan.

“Sepanjang tahun 2010, Allah bagi banyak nikmat kepada kita, walaupun dilanda banjir besar, hasil kewangan kita bertambah stabil hasil kecekapan dan ketulusan kita dalam melaksanakan tugas,” ujar beliau pada perhimpunan bulanan kakitangan awam di Wisma Darul Aman.
sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi