Selasa, 29 Mac 2011

EDISI PRN SARAWAK..LAGI CERITA TANAH DIREMBAT ....



Ramai yang tertanya-tanya dalam komen-komen kami kenapakah rakan-rakan politik Taib membenarkan dan meredhai kegiatan rasuahnya berterusan? Siasatan-siasatan yang kami jalankan di pejabat pendaftar tanah telah mula memberikan jawapan.


Kebanyakan kroni-kroni politiknya, yang menjawat jawatan-jawatan menteri penuh, adalah penderma utama bagi kegiatan cabulan tanah-tanah negeri yang dilakukan oleh Ketua Menteri. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini mereka telah mula untuk menutup dan menyembunyi identiti-identiti diri mereka, namun kami juga telah berjaya untuk mengakses rekod-rekod lama! Bagi kebanyakan YB BN itu, berakhirnya Taib bermakna berakhirlah geran-geran ladang mereka, maka dengan itu mereka harus sentiasa bekerja keras untuk mempastikan agar orang tua itu berkuasa tanpa henti! 
Naroden Majais

Contohnya Naroden Majais. Beliau telah membayar balik kepercayaan para pengundinya di Simunjan dengan mengambil sejumlah besar tanah-tanah adat mereka! Kami telah mengenalpasti sekurang-kurangnya 19 geran tanah telah diberikan kepadanya menerusi syarikat-syarikat Hydroflow dan Indranika Jaya di Simunjan dalam tempoh masa 2003 – 2007. Di samping itu, menurut rekod yang kami temui, Naroden juga telah mendapat plot berjumlah 5,000 hektar di kawasan Baram. Kesemua serahan-serahan ini sahaja menjadikan jumlahnya 15,500 hektar yang diserahkan dengan bayaran premium RM5.7 juta. Tetapi, jika Naroden tidak mampu membayar untuk membeli atau menjual tanah-tanah itu, maka beliau diberikan diskaun sebanyak RM500 untuk sehektar bagi sebahagian besar tanah-tanah itu, dan beliau juga boleh membayarnya dalam masa 5 hingga 10 tahun!


Penyamaran!

Sarawak Report juga telah berjaya mengesan beberapa cubaan oleh Naroden untuk menyembunyikan kawalannya ke atas geran-geran tanah ini, yang telah membuat beberapa orang blogger mengemukakan kritikan dalam tahun 2008 dahulu. Jika anda perhatikan rekod-rekod yang terkini, anda akan mendapati bahawa kedua-dua syarikat Hydroflow dan Indranika didaftarkan di bawah nama Kong Goon Siong, berpejabat di Lot 298, Tingkat 1, Lorong 9, Jalan Rubber, Kuching. Namun, jika anda menjejak rekod-rekod pada pendaftar tanah tahun 2007, anda akan dengan mudah dapat mengesan identiti Encik Naroden. Anda pasti dapat melihat nama penuh beliau yang tercatat pada rekod-rekod tanah itu, bersebelahan dengan alamat yang sama yang digunakan oleh Encik Kong Goon Siong! Apa lagi, Naroden sedang disenaraikan dengan begitu jelas selaku penerima geran bagi tanah seluas 5,000 hektar di Baram di bawah nama syarikat Harta Mastira Sdn Bhd! Tetapi kita harus ingat bahawa, adik Taib, Onn Mahmud juga sedang berusaha untuk menjual tanah ladang kelapa sawitnya dengan harga RM30,000 seekar, di mana jumlah harga bagi kesemua 15,500 hektar ladang itu pasti akan mendatangkan keuntungan lebih satu billion ringgit!


Apakah yang orang tempatan akan dapat?

Isu hak-hak tanah NCR di kawasan tersebut telah ‘dirundingkan’ oleh Naroden di mana para pemilik tanah-tanah adat itu dilibatkan dalam ‘usahasama’, di mana pemilik-pemilik itu menjadi pemegang-pemegang saham di dalam kedua-dua syarikat yang telah diberikan 30% saham dalam Hydroflow dan Indranika Jaya. Pada penhujung tahun lalu, suatu majlis yang cukup meriah telah diadakan di kediaman mewah Ketua Menteri, di mana orang-orang tempatan itu diberikan dividen-dividen mereka bagi keuntungan tahun pertama. Akhbar The Sarawak Tribune (yang dikawal dan disunting oleh anak perempuan Ketua Menteri, Hanifah Taib) telah menjelaskan bagaimana 23,579 ton metrik kelapa sawit telah dikeluarkan, dan pada majlis yang sama, sekeping cek yang bernilai RM575,400 telah diserahkan kepada pemilik-pemilik tanah itu. Dengan bilangan 2,877 orang pemegang saham yang diraikan itu, setiap orang dari mereka telah mendapat ‘dividen’ sebanyak RM200 untuk tahun itu! Bagaimana pula dengan keuntungan dari pokok-pokok yang telah ditebang, dan juga keuntungan dari jualan tanah mereka itu? Adakah selebihnya wang hasil itu telah dimasukkan ke dalam kocek Encik Naroden, di samping itu kediamannya sahaja boleh mengambarkan tahap kemewahan hidupnya dengan gaji bulanannya sebagai wakil rakyat bukanlah besar sangat?


WFM Plantations

Kajian-kajian dan siasatan-siasatan kami menunjukkan, ya, ke situlah selebihnya keuntungan yang diperolehinya. Sementara orang-orang tempatan mendapat 30% dari saham (yang tidak dapat mereka kawal sepenuhnya), 60% dari saham-saham itu dimasukkan ke dalam sebuah syarikat persendirian yang dikenali sebagai WFM Plantations, yang sebenarnya dimiliki sepenuhnya oleh WFM Enterprise Sdn Bhd. WFM beroperasi dari pejabat yang sama dengan syarikat-syarikat para pemegang saham dalam syarikat-syarikat yang dikenali sebagai Punggor Wibara Sdn Bhd dan Saddor Wibara Sdn Bhd. Pemegang saham utama di WFM Enterprise adalah Kong Goon Siong dan saudaranya Kong Goon Khiing! Kedua-dua individu ini juga bertindak selaku pengarah kepada syarikat WFM Plantations. Kong Goon Siong juga merupakan pekerja di pejabat Naroden Majais, yang juga bertindak selaku orang yang sering berurusan dengan pejabat pendaftar tanah selepas mereka dilanda kritikan 2007 itu! Kong Goon Siong berkongsi alamat dengan Encik Naroden Majais. Tanah di kawasan Gedong ini telah menjadikan keluasan ladang 12,000 hektar, juga dengan potensi nilai sekitar satu billion ringgit, berdasarkan jumlah harga yang diminta oleh Onn Mahmud bagi tanahnya sendiri. Bos kepada YB Naroden Majais hanya memintanya membayar premium tanah sebanyak RM6 juta kepada Negeri Sarawak! Jika begitulah rupa pencuri atau perompak BN, maka, malang sungguhlah negeri ini nanti?! Maka, sama ada Naroden telah memberikan berjuta-juta ringgit harga ladang kelapa sawit kepada Encik Kong Goon Siong dan keluarganya, atau beliau sendiri menggunakan mereka sebagai agen bagi menyembunyikan identitinya yang memiliki 60% dari saham-saham dalam perladangan di Simunjan dan kawalan penuhnya bagi keseluruhan syarikat itu. Sungguh baik hati Encik Naroden yang telah memberikan para pemilik tanah di Simunjan itu RM200 sebagai pampasan mereka hilang hutan dan tempat mereka bergantung hidup!


Naroden ada banyak lagi

Sarawak Report kini membuat kesimpulan bahawa Encik Naroden bin Majais adalah penyokong kuat Abdul Taib bin Mahmud dan kerajaan BN-nya. Atau adakah, dengan tanah yang amat luas itu, beliau bukannya bertindak selaku proksi kepada Taib Mahmud sendiri? Pastinya, orang seperti Naroden telah dibeli atau dibayar menggunakan tanah-tanah yang diserahkan kepadanya? Kesangsian dan keraguan timbul dengan pendedahan rekod-rekod tanah, yang seterusnya mempelihatkan dengan jelas lebih banyak tanah yang telah diserahkan kepada menteri ini, yang dikenali sebagai orang kanan kepada Taib. Sekali lagi, seseorang perlu mengkaji rekod-rekod tahun 2007, yang telah kami paparkan pada laman ini (sila lihat entri bahasa Inggeris).  SUMBER

Ahad, 27 Mac 2011

30 Dalil Mengapa Taib Mesti Berundur!!!


30 REASONS WHY TAIB MUST GO:1 He has been chief minister for 30 years, overstaying his welcome.
2 He listens to nobody except himself.
3 He creates and perpetuates himself into a dangerous, cultish image of invincibility.
4 He does not hesitate to let all know that he is all powerful, almighty and untouchable – glaring images of a dictator.
5 He is out of control. Nobody can control him, not even the Prime Minister, perhaps not even God. A person who is beyond control is dangerous.
6 He is not in the best of health to administer a state. He said he has colon cancer.
7 He spends more time outside Sarawak than inside. Over the past six months, he was hardly in the state for one month. That means he has no more time for Sarawak.
8 He is paid a salary by the state as chief minister. But he is not working at all, preferring to spend his time overseas looking after his business empire, or continuing his perpetual honeymoon.
8 His Politics of Development is one BIG farce.
9 He lied to Abang Johari, Adenan Satem and Effendi Norwawi, telling them they were being groomed to take over. After 30 years, they are still not groomed yet and incapable of taking over as CM.
10 He does not want anyone to succeed him. A leader without a successor is no leader at all.
11 He is incapable of tolerating dissent. He will not hesitate to sack members of his Cabinet, even at the slightest provocation.
12 He is a very hot-tempered man with a short fuse. On one occasion, he had created a public scene by kicking a flower pot and had thrown books and files at people in a rage.
13 He is vindictive. He will leave no stones unturned to ensure that those who oppose him suffer in his hands for the rest of their life.
14 He dabbles in ‘bomohism’ and black magic. His uncle, Tun Abdul Rahman Yakub, the first person to accuse him of believing in the Occult and the Dark Side, should know better.
15 He practices favouritism in the Sarawak Civil Service. Officers he favours can jump several notches to be departmental heads, side-stepping other more senior and deserving staff. The State Civil Service has become a very demoralized institution as a result.
16 He is the Grandmaster of the divide-and-rule game. As CM, he should be forging unity among the people of Sarawak. Instead, he takes great pleasure in dividing them.
17 He keeps the main ministerial portfolios for himself, unwilling to designate power and authority to his Cabinet colleagues. With the portfolios he gives himself, he is virtually in control of all resources in Sarawak.
18 He does not believe in transparency and accountability in handling government development funds and projects.
19 He does not understand the meaning of ‘Open Tender’. Public contracts become his personal business, grabbing the projects for himself. All he knows is “This is me, mine and myself”.
20 He is seen as a bully of the highest order among component parties in the Sarawak BN.
21 He is unable to improve the living standard of Sarawakians, especially the Dayak communities. Instead he misuses his power to make them subservient towards him.
22 He pays no attention to the plight of the indigenous groups in Sarawak, alleged to have robbed them of their NCR land via plantation companies owned by his family and cronies. He never said a word after the Penan girls were raped by loggers.
23 He continues to ‘prostitute' Sarawak resources to the Federal Government and has never fought for Sarawak’s interests in Peninsular Malaysia. His failure to pursue a review of the Petroleum Agreement is an example.
24 He has failed or not done enough to develop Sarawak to be at par with Peninsular Malaysia, resulting in the state being consistently 20 years behind the peninsula.
25 He allows UMNO policies to prevail and dominate nationally with total disregard to the rights and interests of the state's minorities. And UMNO is one party which many Sarawakians do not want to see in their state.
26 He treats the Opposition unfairly in and outside the State Legislative Assembly. He controls the whole House and ensures that the allegations about his dubious dealings are not recorded in the assembly’s hansard.
27 He favours skewed delineation of electoral boundaries to ensure that he has the numbers to keep him in power. Gerrymandering is rampant in every new delineation exercise in Sarawak.
28 He is well known for leaving Sarawakians in a lurch in times of natural calamities like the haze occurrences and great floods. He leaves the state whenever it is enveloped by haze but he is also responsible for the destruction of Sarawak’s forests.
29 He is extremely wealthy beyond comprehension. His enormous wealth is believed to have been amassed through illegal and dishonest means.
30 He has not given a single response to all the accusations and allegations against him as contained in the Sarawak Report website, Bruno Manser Fund and other whistleblowers despite the overwhelming evidence. MoCS has declared him guilty of all the accusations labelled at him on March 13 this year.
MoCS asks Taib Mahmud to ponder over these 30 reasons why he should step down on this 30th anniversary of his chief ministership.   SUMBER

Sabtu, 26 Mac 2011

MAK AIH !!!RM3,136,350,000,000,000.00 duit rakyat diperabiskan oleh Umngok/BN

Laporan Tahunan Buku The Global Competitiveness Report 2007-2008 (sebuah penerbitan Forum Ekonomi Dunia) telah meletakkan Malaysia berada pada kedudukan ke-21 di dunia dari segi persaingan global. Walau bagaimanapun laporan yang sama meletakkan Malaysia di tempat ke-69 dari segi bebanan hutang, tempat ke-54 dari segi kadar inflasi dan tempat ke-33 bagi prestasi bank.

Fakta-fakta ini menunjukkan tahap pengurusan ekonomi di Malaysia masih lagi lemah jika hendak dibandingkan dengan senarai 131 buah negara. Dengan trend harga barang yang terus meningkat kesan daripada peningkatan harga tol dan minyak tahun demi tahun sudah pasti akan menjejaskan ranking negara Malaysia ke tempat yang lebih buruk. Apa yang lebih membimbangkan adalah, kesan tingginya inflasi ini bakal membebankan rakyat jelata yang rata-rata bukanlah dari golongan yang berada.

Kita boleh melihat betapa bahayanya kesan daripada ketidak-cekapan pengurusan ekonomi boleh membawa kepada peningkatan kes-kes samun, rompak, rasuah, penipuan dan sebagainya. Hal ini demikian kerana rakyat sudah terdesak dan terpaksa melakukan apa saja demi untuk menyambung survival mereka dalam keadaan semua harga barangan dan minyak meningkat.

Kegagalan Besar UMNO/BN Dalam Ekonomi

Gagal mengawal peningkatan harga minyak walaupun Malaysia adalah pengekspot minyak. Dari tahun 2000-2006, harga minyak telah meningkat dari RM1.10/liter (tahun 2000) hingga RM1.92/liter (tahun 2006) iaitu peningkatan sebanyak 75% dalam masa 6 tahun.

Gagal menyekat harga tol yang meningkat tahun demi tahun. Walaupun kerajaan berjanji tiada peningkatan tol pada tahun 2008, tetapi tahun 2009 akan pasti menyaksikan peningkatan harga tol yang seterusnya. Kerajaan membelanjakan lebih 300 juta ringgit wang rakyat setahun untuk membayar konsesi tol.

Gagal menyekat kenaikan harga barangan asas hasil daripada kenaikan harga minyak dan tol. Kenaikan harga barangan ini terpaksa dibayar oleh segenap lapisan rakyat walaupun sebahagian daripada mereka tidak menggunakan jalan bertol terutamanya mereka yang tinggal di kampung-kampung.

Statistik menunjukkan pendapatan isirumah kaum India RM3,215, lebih tinggi daripada purata kebangsaan RM3,022, dan juga kaum bumiputera RM2,522. Ini jelas menunjukkan UMNO tidak bersungguh-sungguh malah telah gagal menaikkan taraf hidup orang Melayu setelah 50 tahun memerintah.

Duit rakyat dihabiskan hasil daripada ketidakcekapan pengurusan ekonomi:

Pengagihan projek yang tidak telus - dikuasai oleh kroni2 Patrick Lim dan Kamaluddin - taman tamadun islam, penang global city center

Pembangunan Koridor Ekonomi dengan angka tidak masuk akal - jumlah RM1 trillion, Dari manakah BN mendapat duit sebanyak itu, sedangkan pembinaan jambatan Pulau Pinang yang kedua yang berharga kurang 3 billion pun terpaksa meminjam wang daripada Negara China.

Hutang Kerajaan Persekutuan terus meningkat dari RM146 billion kepada RM165 billion.

Beberapa Fakta yang perlu diketahui untuk perkongsian:

Bailout Bank Bumiputera sebanyak 4 kali - rugi RM10.4 billion.
Kerugian Perwaja Steel - rugi RM10 billion.
Bailout Indah Water Konsortium (IWK) - rugi RM200 juta.
Bailout Konsortium Perkapalan Berhad - rugi RM1.7 billion.
Hicom (Proton) kerugian sehingga Kerajaan terpaksa menggunakan duit Petronas untuk membeli saham Proton -rugi RM1 billion.
Membeli semula saham MAS daripada Tajuddin Ramli dengan harga RM1 billion lebih dari harga pasaran.
Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku - rugi RM3.3 billion.
Bailout LRT PUTRA dan STAR - rugi RM6 billion.
Bailout Renong/UEM - rugi RM12 billion.
Pampasan pembatalan Projek Empangan Bakun - rugi RM950 juta.
Hutang tertunggak InventQjaya - rugi RM228 juta
Pampasan Jambatan Bengkok - rugi RM257 juta
Pampasan pembatalan Broga Incinerator - rugi RM500 juta
Kerugian membeli saham Agusta - rugi RM510 juta
Skandal Port Klang Free Zone - rugi RM4.6 bilion
Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) - rugi RM6.75 bilion
Blok L dan M - RM 380 billion
Sime Darby - RM 1.6 billion
Pos Malaysia - RM 546 juta
Felda - RM 8 Billion 
SUMBER

Rabu, 23 Mac 2011

PRN SARAWAK ...HANYA 10 HARI ADAKAH PATUT!!!!


SHAH ALAM 23 MAC : Tempoh berkempen yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selama 10 hari bagi pilihan raya negeri Sarawak yang akan diadakan pada April depan adalah suatu tempoh yang singkat kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut beliau, tempoh terhad itu akan menjadi kekangan kepada rakyat Sarawak untuk mendapat akses kepada maklumat yang lebih terperinci dalam membuat pilihan calon yang bertanding di tempat masing-masing. 

Ujarnya lagi, adalah lebih baik sekiranya SPR memberikan tempoh seperti yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat kerana ia akan memberikan ruang yang secukupnya kepada semua parti yang bertanding untuk berkempen.

"Kita masih berpendapat lebih lama tempoh berkempen adalah lebih baik untuk rakyat, saya rasa cara yang dibuat oleh SPR tidak mengambil kira bahawa rakyat mesti diberitahu seluas-luasnya sebelum membuat keputusan.
"Oleh itu 21 hari adalah satu masa yang munasabah kerana dia (pilihanraya) hanya berlaku tiap-tiap 4 tahun sekali, jadi ada baiknya untuk kita beri masa untuk berkempen supaya semua rakyat dapat mengetahui dan buat pilihan,"kata Khalid.

Beliau berkata demikian pada sidang media, di Tingkat 20, Bangunan Sultan Abdul Aziz, di sini hari ini.

Menurut Khalid, tempoh 21 hari yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat sebelum ini adalah had masa biasa yang digunakan di negara luar dan ia tidak akan
mendatangkan masalah jika diaplikasikan di negara ini.

Sementara itu, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian ketika dihubungi Tv Selangor berkata, tempoh 10 hari yang diberikan memadai untuk berkempen kerana persiapan
rapi sudah dibuat oleh jentera parti. 

" Oleh kerana kita sudah bersedia dari mula-mula lagi. Jadi bagi saya, 10 hari atau 7 hari, saya tidak kisah. Yang penting, adalah persediaan itu kita mula
dari dulu lagi.    

SPR hari ini menetapkan pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10 diadakan pada 16 April (Sabtu), manakala penamaan calon ditetapkan pada 6 April (Rabu).

DUN Sarawak dibubarkan pada Isnin yang mana secara perlembagaan, pilihan raya hendaklah diadakan sebelum Julai tahun ini.

BN Sarawak yang dipimpin selama 30 tahun oleh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menguasai 63 daripada 71 kerusi dalam dewan manakala pembangkang dengan tujuh kerusi, termasuk satu masing-masing milik bebas dan Parti Cinta Malaysia.

Pilihan raya sebelum ini diadakan pada 20 Mei 2006.sumber

Selasa, 22 Mac 2011

Exclusif dari TG Nik Aziz Nik Mat


UMNO ni macam pendatang haram. Tiada dokumen yang mengesahkan mereka sebagai warganegara. Begitulah contoh yang diumpamakan oleh Tok Guru Nik Aziz, Murshidul Am Pas terhadap Parti UMNO diakhirat kelak yang tidak diakui akibat menolak Islam yang ditetapkan oelh Allah SWT. Islam umpama passport atau Kad Pengenalan sebagai dokumen yang mengesahkan atau melayakkan mereka mendiami kerakyatan sesebuah negara.

Dunia ini ciptaan Allah dan segala makhluk dan keperluan mereka dicipta oleh Allah tetapi apabila Islam sebagai ad-din yang diperintah Allah untuk dilaksanakan telah diabaikan maka ia seumpama pendatang asing dibumi Allah. Begitu juga diakhirat nanti.

Beliau berucap ketika merasmikan perasmian program Pas ganti UMNO (PGU) di Jerteh, Besut sessi kedua selepas PGU kali pertama di Chukai, Kemaman. Program yang menarik kehadiran lebih 25 ribu rakyat Terengganu memenuhi Medan PGU sebagai gambaran gelombang kebangkitan rakyat untuk menumbangkan UMNO-BN dalam pilihanraya akan datang.

PGU-Besut... menggamit beribu anak muda bersama konvoi bermotosikal

Pentas kepimpina sempena program perasmian oleh Murshidul Am Pas

Rakyat menuhi medan sempena program perasmian PGU-2
“PGU adalah wajib” ucap Tok guru Nik Abdul aziz Nik Mat. Ini merupakan tuntutan akibat daripada UMNO yang telah menyisihkan Islam sekian lama. Pengamalan Islam sekian lama sebelum penjajah datang ke tanahair kita ini. Apabila penjajah hadir lalu semua syariat islam sudah dihapuskan dan setelah merdeka agenda ini diteruskan oleh UMNO. Mahu tak mahu UMNO perlu segera digantikan oleh Pas agar mengelakkan rakyat dari disesatkan oleh UMNO-BN. Yang di ibaratkan oleh Nik Aziz :” lebih sesat daripada Ayah Pin lagi”

Beliau juga mendedahkan permulaan penglibatan beliau dalam politik daripada seorang yang terlibat sepenuh masa sebagai guru agama akibat daripada kezaliman UMNO-BN apabila menangkap serta mengISA tok-tok guru diKelantan 1967 , sama dengan kerja komunis. Apabila Tok Guru Hj Daud di Isakan, Tok Guru Hj Omar, Tok Guru Hj Salman,Tok Guru Pak Nik Lah Bachok, Tok Guru Ayan Man Tumpat menyebabkan beliau terjun menentang UMNO sehingga kini.
PGU ini adalah tuntutan dan semoga rakyat dapat menyemarakkan PGU dan akan bertemu lagi di PGU di Kuala Terengganu pada bulan Mei nanti dengan sasaran kehadiran 100K, insyaAllah.
Kehadiran orang ramai ke ceramah 18hb di tapak PGU Besut yang disampaikan
oleh YB Husam Musa, Mat Sabu

di pagi 19hb.. didahului kuliah Ust Azhar al-Edrus
Malamnya ceramah kemuncak Oleh Presiden Pas, Tim PKR Azmin Ali & Tim DAP

Betapa bimbangnya UMNO sehingga terpaksa memgusung Mohd Nor Idris dan Umi Hafilda Ali untuk turut berceramah 500m dari tempat ceramah Pas untuk menganggu program Pas pada malam tersebut. Apa pun tahniah kepada semua petugas dan peserta yang telah berjaya memeriahkan PGU kali ini. Jangan lupa ke PGU 100K di Kuala Terengganu yang dijangka lebih hebat dan lebih meriah.sumber

Ahad, 20 Mac 2011

Gaji Menteri Malaysia (VVIP) VS Rakyat Malaysia

Jika tahun 1980 Gross Domestic Product bagi Malaysia adalah sama dengan Korea Selatan. Kalau tanya sekarang? Sekarang sudah jauh berubah yang mana Malaysia di mana nisbah GDP Malaysia dengan Korea adalah 1:2. Vietnam? Erm….Vietnam pun pada masa itu tak sampai 1% pun. Sekarang Vietnam sedang giat memacu ekonomi mereka yang mana pelaburan luar Malaysia dan Vietnam sudah pun hampir sama iaitu sekitar RM8 billion dan tidak mustahil Vietnam bakal jauh ke hadapan daripada segi jumlah pelaburan luar. Kalau dahulu 35% daripada pelaburan luar di Asia Tenggara ini masuk ke Malaysia.
  • 50 tahun dahulu, kita sering bercakap Malaysia antara negara yang paling baik di Asia (lebih baik daripada Hong Kong dan Jepun)
  • 30 tahun dahulu, kita sering bercakap Malaysia lebih baik daripada Korea dan Taiwan (masa itu Jepun dan Hong Kong belum bangkit lagi)
  • 20 tahun dahulu, ok…..kita masih baik daripada China Thailand dan Singapura (kalah keada negara-negara Harimau Asia di atas)
  • 10 tahun dahulu – macam mana teruk pun, kita masih lebih baik daripada Vietnam dan Indonesia.
  • Sekarang? Kini? Pada masa akan datang?
Adakah kita sudah selesa dengan keadaan sekarang. Sekarang ini, kepercayaan penuh diberikan kepada Kerajaan Malaysia diharap dapat memacu ekonomi seperti yang kita nikmati dahulu. Diharap, jangan ada cakap-cakap 20 tahun lagi, kita masih menang dengan timor leste dan setaraf dengan Zimbabwe. (Harap-harap dijauhkan sekali). Memang harus diakui pendapatan rakyat Malaysia sekarang ini semakin kecil nilai. Sepatutnya kerajaan dah mula dan patut menyasarkan industri yang berpendapatan besar. Manufacturing dah tak boleh hidup sangat disebabkan kos tidak mampu menyaingi negara China dan Vietnam.
Pasti akan ada yang mempersoalkan tentang,
“mengapa mesti dibandingkan antara negara kecil seperti Singapura dengan Malaysia?”. Singapura itu kecil bolehla…….
Mudah sahaja. Satu perkataan yang terbaik untuk jawapan kepada persoalan ini. PENINGKATAN. Takkan kita hanya nak ikut Singapura apabila sebut bab subsidi minyak sahaja semasa ingin menaikkan harga minyak. Sekarang ini kita bercakap kedudukan ekonomi Malaysia jika dibanding dengan Singapura contohnya. Kalau dahulu ekonomi Malaysia di mana? Singapura? Sekarang ini, Singapura sudah bergerak jauh ke hadapan disebabkan PENINGKATAN daripada segi mereka berjaya memacu ekonomi mereka.
  1. Semasa Singapura keluar daripada Malaysia, matawang Malaysia dengan Singapura hampir sama nilainya
  2. Singapura tiada langsung sumber asli. Tanah pun tak cukup. Malaysia? Malaysia ada segala-galanya contohnya minyak, balak dan keluasaan tanah yang sedia ada.
  3. Walaupun nilai import di Singapura lebih tinggi berbanding exportnya, mereka mampu meningkat pendapatan negara.
  4. Pendapatan perkapita rakyat Malaysia adalah RM17,182 (AS$5,000) setahun berbanding pendapatan perkapita rakyat Singapura sebanyak RM103,140 (AS$30,000) setahun. Ini menunjukkan pendapatan tahunan rakyat kita enam kali lebih rendah daripada negara berpendapatan tinggi seperti Singapura
  5. Persoalannya sekarang, kenapa Malaysia ketinggalan dari banyak aspek, sedangkan Malaysia ada banyak kelebihan
Malaysia perlu berusaha lebih gigih untuk melonjakkan ekonomi negara dalam usaha menjadi negara berpendapatan tinggi, setanding dengan negara maju yang lain. Kesempatan ini mari kita lihat gaji menteri Malaysia serta Ahli Parlimen di Malaysia.
Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005.
  1. Gaji Perdana Menteri – RM 22,826.65 sebulan
  2. Gaji Timbalan Perdana Menteri – RM 18,168.15 sebulan
  3. Gaji Menteri-Menteri Kabinet – RM 14,907.20 sebulan
  4. Gaji Timbalan Menteri-Menteri – RM 10,847.65 sebulan
  5. Gaji Setiausaha Parlimen – RM 7,187.40 sebulan
  6. Gaji Ahli Dewan Negara – RM 6,508.59 sebulan
  7. Gaji Ahli Dewan Rakyat – RM 4,112.79 sebulan
P/S : Kalau kita nak berubah ke arah lebih baik, kita mestikan menjadikan negara yang lebih baik sebagai satu negara yang boleh dijadikan contoh. Pastinya kerajaan Malaysia mempunyai mekanisme terbaik untuk memacu ekonomi Malaysia seterusnya mampu meningkatkan pendapatan rakyat di Malaysia.
PP/S : Satu sahaja ingin dikatakan di sini, mungkin pahit untuk ditelan. Malaysia sebenarnya “kaya” dan Malaysia boleh maju juga jikalau pemimpin tidak rasuah, ikhlas berkhidmat untuk rakyat dan bukannya disebabkan kuasa semata-mata.

Jumaat, 18 Mac 2011

AL QURAN selamatkan lelaki ini daripada tembakan penyokong Gaddafi


Ada banyak kejadian unik ataupun ‘keajaiban’ dalam setiap peristiwa-peristiwa yang terjadi di seputar revolusi rakyat yang telah melanda negara-negara Arab ketika ini.


Pada revolusi rakyat Mesir, peristiwa unik terjadi di mana sepasang demonstran melangsungkan akad nikah pernikahan mereka di tengah ratusan ribu orang demonstran anti pemerintah di Tahrir Square. Masih di revolusi Mesir, sempat juga beredar rakaman video yang menunjukkan adanya “hantu berkuda” yang muncul di tengah-tengah para demonstran anti Mubarak.
Dan sekarang kejadian yang boleh dikatakan sebuah “keajaiban” terjadi juga di revolusi rakyat Libya yang menuntut presiden mereka yang telah berkuasa selama empat dekad untuk mundur, Muammar Gaddafi.
Web Mufakarah Islam melaporkan bahawa telah beredar rakaman video yang telah dipost di Youtube berkait “keajaiban” yang telah terjadi dalam revolusi Libya.
Dilaporkan bahawa seorang demonstran anti Gaddafi terselamatkan nyawanya dari tembakan para pro Gaddafi oleh sebuah Al-Quran.
Sepertinya Al-Quran itu dibawa oleh seorang demonstran anti Gaddafi dibalik bajunya, dan sebuah tembakan peluru menghentam tubuhnya. Namun Subhanallah, peluru tidak jadi bersarang di tubuh demonstran tersebut kerana peluru yang ditembakkan ke arah demonstran itu  menghentam Al-Quran yang dia bawa.
Dalam rakaman video diperlihatkan bahawa tembakan peluru yang menghentam Al-Quran dan menyelamatkan nyawa demonstran anti Gaddafi itu tidak tembus mengenai tubuhnya dan hanya sempat menembus beberapa surat awal yang ada di Al-Quran, mulai dari Al-Fatihah hingga surat An-nisaa.
Kalau Allah sudah berkehendak segala sesuatu boleh saja mungkin terjadi, dan peristiwa selamatnya nyawa demonstran Libya oleh sebuah Al-Quran atas izin Allah ini sebagai buktinya, Allahu Akbar!(fq/imo)/B104 sumber

Isnin, 14 Mac 2011

Gempa ubah paksi bumi


writes "
WASHINGTON - Gempa bumi kuat yang melanda Jepun dilaporkan begitu berkuasa sehingga mengubah bentuk persisiran negara itu dan menganjak paksi bumi. 

Menurut saintis Amerika Syarikat dan Itali, gempa itu bukan sahaja menyebabkan sebahagian daripada tanah Jepun bergerak hampir 2.5 meter tetapi juga menganjakkan bumi daripada titik paksi sekurang-kurangnya lapan hingga 10 sentimeter ke timur. 

Selain itu, gempa terkuat yang pernah melanda Jepun itu turut mempercepatkan pusingan harian bumi sebanyak 1.6 mikrosaat pada hari kejadian. 

Profesor dari Universiti Tokyo, Satoko Oki berkata, gempa bumi sekuat itu yang disebabkan pergerakan lantai bumi di bawah laut hanya berlaku sekali setiap 1,000 tahun.

Kiriman -NSA-

Ahad, 13 Mac 2011

BN Yang Hitam Atau Hati Saya Yang Hitam?


Saya tidak pasti adakah saya mempunyai hati yang hitam. Saya merasakan demikian kerana saya mula bersangka tidak baik terhadap kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional yang di tunjangi oleh UMNO. Semua maklum bahawa parti lain hanyalah kelihatan mengekor sahaja. MCA walaupun kelihatan agak vokal didalam beberapa siri pilihanraya kecil baru-baru ini, ramai yang menganggap ianya lakonan yang kaku dan tidak laku - semata-mata hanyalah untuk mendapat sokongan komuniti Cina. Kononnya dengan bertindak ‘lawan arus' akan dapat memikat undi kaum Cina. 

Malangnya ianya tidak berlaku kerana kaum Cina sebenarnya sudah muak dengan sikap pak turut MCA selama ini terhadap UMNO. Kalaulah Menteri dikalangan UMNO ada sedikit perasaan hormat terhadap presiden parti komponen termasuk MCA, mengapakah pengumuman yang begitu penting iaitu subjek sejarah yang dijadikan subjek wajib lulus peperiksaan SPM telah diumumkan semasa perhimpunan Agung UMNO tidak lama dahulu dan bukannya didalam mesyuarat kabinet yang ahlinya terdiri daripada wakil semua semua parti?.

Begitu juga dengan parti MIC yang kelihatan agak janggal apabila Presidennya hanyalah menyandang jawatan Timbalan Menteri manakala Setiausaha Agungnya menyandang jawatan yang lebih besar iaitu sebagai Menteri Sumber Manusia. 

Maksudnya Presiden parti menjadi lebih junior dan ‘lebih budak' dari setiausahanya sendiri. Haha. Tolong jangan gelak sehinggalah Datuk Presiden MIC yang baru itu berjaya menjadi Menteri yang penuh. Semua orang tahu bahawa kunci untuk Datuk G. Palanivel menjadi Menteri Penuh bukanlah berada ditangan Najib sebaliknya berada ditangan Datin Seri Rosmah. Bukankah Isa samad adalah diketahui orang rapat dengan Rosmah Mansur?. Jadi tidak perlu dihairankan sangat ‘kelapa otak' kita mengapakah tiba-tiba dia dilantik sebagai pengerusi FELDA walaupun mempunyai rekod telah melakukan jenayah rasuah. Kan rasuah berlaku dimana-mana pun?.Kah kah kah. 

Kata Allahyarham P.Ramlee, ‘Jangan fening-fening'. Kan kita sebuah negara Malaysia Boleh. Dan sebab itulah semuanya telah menjadi kacau bilau, cuma ianya tidak ‘berapa nampak sangat' disebabkan ianya disembunyikan didalam seluar dalam BN saja. 

Belum lagi cerita tentang parti PPP yang kemelutnya masih tidak berkesudahan. Begitulah juga hubungan UMNO dan gerakan di Pulau Pinang. Dan, apabila kita semua membuka semula riwayat tentang UMNO dan Gerakan di Pulau Pinang, janganlah lupa untuk mengucapkan jutaan tahniah dan mengangkat tangan ‘tabik' terhadap salah seorang pemimpin umno negeri itu yang bertindak mengoyakkan gambar Koh Tsu Kon tidak lama dahulu. 

Patut diberikan anugerah dan sepinggan nasi bungkus diatas keberaniannya yang menyamai Mike Tyson yang bertindak menggigit lawannya ketika Khairi Jamaluddin masih belum mengenali Nori Abdullah. Ketika Ibrahim Ali belum lagi mendapat idea menubuhkan perkasa walaupun kejadian perkosa telah banyak dilaporkan. Ketika Pak Lah belum lagi menghidapi penyakit suka tidur terutamanya ketika mesyuarat yang dihadirinya. Ketika Nazri Aziz belum lagi berani menuduh Tun Dr Mahathir sebagai seorang yang rasis dan juga ketika nama ‘Mr. Y' belum lagi muncul dalam kes sodomi 2 Anwar.

Mengapa saya mula bersangka tidak baik terhadap kerajaan?. Kerana saya merasa kerajaan BN akan mengeksploitasi sepenuhnya kejadian dan seluruh peristiwa yang berlaku di Mesir, Tunisia dan Libya sekarang. 
Bagaimana?. Mereka akan berleter macamlah kononnya Malaysia terlalu selamat untuk diduduki kerana tidak berlaku rusuhan yang sedemikian rupa. Untuk mengekalkan keamanan maka pilihlah BN. Hanya BN akan yang boleh menjaga rakyat walaupun sekian banyak kejadian jenayah yang berlaku - seolah-olah tidak dapat dibendung lagi. Masuk kereta kena ragut. Atas motor kena ragut. Berjalan kaki kena ragut. Malah sudah ada kejadian kena ragut didalam halaman rumah sendiri. 

Pihak Menteri ataupun Polis boleh memberikan pelbagai data yang entah betul atau tidak untuk mengesahkan bahawa kejadian jenayah semakin menurun, tetapi persoalan yang lebih besar ialah adakah rakyat merasa selamat dan dijamin keselamatannya?. Siapa yang peduli tentang indeks KPI jenayah yang dikatakan semakin menurun kalau nak keluar bersendirian pun takut?. Kalau kes jenanyah masih banyak berlaku?. Kalau banyak kes kehilangan masih banyak tidak dapat diselesaikan?. Kalau...kalau....dan kalau?. Dan malangnya pihak Menteri merasa begitu puashati dan bangga kononnya telah melepasi tahap KPI?. Sekali lagi, siapa yang peduli?.

Begitu juga tentang kenaikkan minyak yang bakal berlaku tidak berapa lama lagi. Libya adalah antara pengeluar minyak terbesar dan sedang terancam. Jadi dengan mudah BN akan menggunakan isu ini untuk menaikkan minyak. Modus operandinya senang. Sebelum menaikkan minyak, kerajaan akan menggambarkan betapa subsidi yang ditanggungnya adalah amat besar. Tapi kerajaan terpaksa tanggung juga kerana ‘nak tunjuk bahawa baiknya mereka'. 

Tapi akan sampai satu masa, mereka akan naikkan juga kerana tidak mampu lagi tanggung. Jadi masa kenaikkan ini berlaku, mereka akan merasa rakyat akan bersimpati dengan masalah dan bebanan yang kerajaan hadapi. Jadi, rakyat akan menerimanya dengan penuh redha dan simpati. 

Memang kerajaan mempunyai kepakaran untuk mempergunakan sepenuhnya permainan psikologi untuk mempengaruhi seterusnya mempermainkan rakyat. Sehingga didalam piliharanya kecil baru-baru ini iaitu di Kerdau dan Merlimau, bagaimana digambarkan betapa dengan usaha kerajaan BN lah yang menyebabkan harga getah, kelapa sawit dan emas naik. Haha. Ini kelihatannya lebih lawak daripada kepala bapak segala lawak yang wujud di Malaysia.

Sedangkan semua tahu bahawa kenaikkan tersebut langsung tidak mempunyai kaitan dengan kerajaan BN. Ianya adalah kenaikan seluruh dunia. Tidak kira sesiapapun yang memerintah ketika ini akan merasai kenaikkan tersebut. Tapi bagaimana digambarkan betapa rakyat perlu berterima kasih kepada kerajaan kerana kenaikkan harga komoditi dan barangan tersebut. Kalau tiada BN maka penoreh getah tidak mungkin akan dapat merasa duit beribu sebulan. Peneroka juga tidak akan merasa sedikit mewah daripada dahulu. Peniaga emas pun tidak mungkin akan dapat untung lebih. Inilah penipuan terancang yang dilakukan kerajaan BN. 

Beberapa hari yang lepas, Datuk Seri Najib telah melancarkan skim ‘Rumah Pertamaku'. Peminjam akan dapat pinjaman secara penuh iaitu seratus peratus tanpa perlu membayar wang pendahuluan. Semasa ucapannya itu dia telah menyeru pihak bank agar jangan terlalu berkira sangat dari segi keuntungan untuk memberikan pinjaman tersebut demi kebaikkan rakyat. 

Eh, biar betul?. Kerajaan memberikan nasihat kepada bank agar jangan berkira?. Kan kerajaan juga berkira dengan rakyat untuk memberikan subsidi petrol, gas, minyak masak dan gula?. Kerajaan sendiri amat berat hati untuk menolong rakyat, jadi janganlah pula mengharapkan pihak lain pula untuk mengambil tanggungjawab yang kerajaan sendiri ‘berat hati' untuk memikulnya. 

Sekiranya kerajaan benar-benar serius untuk membantu rakyat ialah dengan mengawal dan membantu rmenurunkan harga rumah yang semakin menggila sekarang. Kalau dapat pinjaman penuh pun - dengan harga rumah yang mahal, tentulah bayaran bulanan nanti akan turut menjadi tinggi. Dengan kenaikkan kos sara hidup yang semakin tinggi, program ‘rumah pertamaku' tadi tentulah menjadi tidak begitu bererti kerana apalah maknanya kalau ‘dapat rumah' tapi ‘hidup merana dan sengsara'. Silap-silap tengah bulan dah ‘pokai'. Maknanya rakyat mendapat rumah, tetapi menjadi semakin ‘miskin'. Kualiti hidup menjadi semakin menurun.

Akhirnya hati hitam saya menyatakan - lagi lama Pakatan Rakyat memerintah walaupun diperingkat negeri, lagilah betapa sengsaranya BN. Ini kerana rakyat akan mula membandingkan kebajikan yang telah dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat dan BN. Rakyat akan mula nampak dan celik siapakah yang sebenarnya ikhlas untuk membantu mereka.

Lagi banyak kebajikan yang dilakukan PR, bermaksud lagi banyak kebajikan yang BN ‘terpaksa buat' kononnya untuk rakyat demi untuk terpilih semula semasa pilihanraya. Kebajikan inilah yang BN ‘amat berkira dan tidak mahu' melakukannya kerana kalaulah dia ikhlas ingin melakukannya semasa tempoh 50 tahun lebih merdeka, tentulah hidup dan kualiti rakyat pasti akan jauh lebih berbeza daripada yang kita alami sekarang. Tengok sahaja Singapura dan bandingkan dengan kualiti hidup rakyat Malaysia.

Namun, apa boleh buat. Sesetengah tempat yang amat fanatik Umno dan BN - kalau letak calon kayu pun boleh menang!. sumber

Selasa, 8 Mac 2011

TG Nik Aziz Jawab Ulasan Mahathir!

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak minta untuk dilahirkan sebagai seorang berbangsa Melayu.

Beliau juga berkata adalah secara kebetulan beliau lahir di negara ini.

"Kalau saya (lahir) dari kalangan masyarakat Orang Asli sekalipun tidak apa, asalkan saya Islam dan beriman dengan Allah SWT," katanya. 

NONENik Aziz mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta beliau bersyukur dilahirkan sebagai bangsa Melayu yang tentunya beragama Islam. 

Dr Mahathir berkata Melayu adalah bangsa yang unik di dunia kerana mengikut Perlembagaan, bangsa Melayu mesti bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adab Melayu dan beragama Islam. 

Nik Aziz berkata semua bangsa adalah sama dan tidak ada keistimewaan kepada satu-satu bangsa sebagaimana juga bangsa Arab sendiri kecuali seseorang itu Islam dan beriman kepada Allah SWT. 

"Kalau pada bangsa, tentu bapa saudara Nabi Muhammad SAW iaitu Abu Jahal (masuk syurga) tetapi Allah SWT telah menyatakan awal-awal lagi dia (bapa saudara Nabi) adalah ahli Neraka," katanya. 
NONEMengenai Islam yang diperjuangkannya, Nik Aziz berkata ia adalah Islam sederhana yang diletak di tempat yang tinggi dan menentang tindakan melampau yang bertentangan dengan agama. 

Bagaimanapun, beliau mengakui agak sukar untuk mengembalikan Islam sebenar sebagaimana air yang mengalir dari hulu sungai tidak sama dengan air di muara. 

"Setelah mengalir jauh, pastinya melalui pelbagai rintangan, sampah sarap dan pelbagai kekotoran, untuk minum (air di muara) kena tapis dulu, kita kena rebus (masak) dulu," jelasnya.

Selasa, 1 Mac 2011

Anak muda yang akan meranapkan BN PRU 13

Lebih 30 ribu Pemuda PAS dari seluruh negara berhimpun di Kota Sarang Semut, Kedah pada pagi 19 Februari 2011. Kira-kira 20 ribu darinya adalah anak-anak muda PAS dari Kedah selaku tuan rumah.
Dari 15 kawasan di negeri ini mereka datang berbondong-bondong macam kelkatu keluar dari sarang. Kawasan Baling yang menghantar perwakilan teramai dengan konvoi bermotosikal. Sewaktu kepala sudah sampai ke Kompleks PAS Kedah, ekornya masih meleret berpuluh kilometer. Begitu juga konvoi dari kawasan-kawasan lain.
Di perkarangan Kompleks PAS Kedah para Pemuda berhimpun di tengah terik matahari saujana mata memandang. Macam rakyat Mesir berhimpun di medan Tahrir. Mereka tekun mendengar amanat pemimpin, bertakbir dan berikrar penuh semangat untuk mempertahankan semua kerajaan negeri Pakatan Rakyat, khususnya di Kedah.
Walaupun Kompleks PAS Kedah pernah menyaksikan perhimpunan yang lebih besar dari itu beberapa kali, tapi perhimpunan kali ini sangat istimewa kerana ia adalah perhimpunan anak-anak muda. Mereka mengeluarkan duit poket sendiri untuk datang. Setiap kepala dikenakan pula bayaran RM10 seorang untuk mendapatkan sehelai baju T.
Siapa pun tidak hairan jika Umno berjaya menghimpun orang ramai hadir ke program anjuran mereka kerana semua yang datang diberi upah, pengangkutan, baju dan makan minum semua percuma. Tapi jika ribuan manusia datang berhimpun dengan sukarela dan mengeluarkan belanja pula untuk menyertainya ia pasti akan memeningkan kepala para penguasa kerajaan yang memerintah di Pusat sekarang. Datuk Seri Najib yang mendengar laporan itu dari Cawangan Khas pastinya risau, macam risaunya Hosni Mubarak menyaksikan ribuan rakyat berhimpun di medan Tahrir.
Menteri Besar Dato’ Seri Azizan Razak yang begitu teruja dengan kehadiran para pemuda, melahirkan keyakinan bahawa PAS mampu mempertahankan Kedah dengan majoriti dua pertiga. Di hari yang sama Pengerusi BN Kedah, Dato’ Ahmad Bashah Md Hanipah yakin BN akan menawan Kedah dengan memperolehi sekurang-kurangnya 30 dari 36 kerusi DUN. Bashah bercakap anti klimaks tapi ‘tak salah’ kerana orang politik mesti kena terus bercakap begitu.
Sewaktu lebih 30 ribu Pemuda PAS berhimpun di Kota Sarang Semut, semua ahli-ahli Dewan Harian Kawasan dari seluruh negara berseminar di Shah Alam mencari jalan bagaimana untuk menarik kembali sokongan orang Melayu terhadap PAS yang nampaknya sedikit terhakis. Petunjuknya ialah keputusan pilihanraya kecil yang berlaku sejak 2008.
Menurut Dr. Wong Chin Huat, Pensyarah Sains Politik sebuah IPT yang mengulas isu berkaitan di Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa, Pakatan Rakyat boleh kehilangan 34 kerusi sedia ada jika hanya lima peratus undi Melayu berpindah (swing) ke BN.
Apabila para pendokong PR bercakap untuk menawan Putrajaya atau menambah koleksi negeri-negeri yang dikuasai, maka mahu tidak mahu peratus sokongan dari para pengundi Melayu mesti ditingkatkan berbanding perolehan 2008.
Masalah terbesar PAS ialah demokrasi yang berat sebelah, penguasaan media dan penyalahgunaan jentera kerajaan dalam pilihanraya. Terbaru, Jabatan Pendaftaran Negara mengangkut para pengundi BN dari Sabah untuk ditukar alamat ke Selangor bagi membolehkan mereka mengundi BN di Selangor.
Penjaga garisan yang diharapkan membantu pengadil melaksanakan keadilan dalam perlawanan nampaknya membantu secara terang-terangan pasukan pilihannya. Semua situasi yang berlaku di tanahair ini wujud sejak 30 tahun di Mesir. Siapa kata Mesir tiada pilihanraya? Tapi pilihanraya yang berat sebelah ini tidak membawa apa-apa erti kepada rakyat jelata.
Maka sewaktu semangat Pemuda PAS yang selama ini macam terpendam, tiba-tiba bangun dengan penuh bergelora menampakkan kebangkitan mereka di dalam PAS, sebaiknya tenaga muda yang sangat ampuh ini diguna bagi menggerakkan kebangkitan rakyat.
Apa yang Pemuda PAS boleh buat? Jika ditanya pada Pemuda Umno; tentulah kebolehan Pemuda Umno ialah menampal poster, menggantung banner, menonggeng buntut, melalak dan mencarut di hari penamaan calon serta menjadi kumpulan samseng BN yang akan melakukan pelbagai provokasi terhadap lawan. Pemuda PAS tidak begitu. Hari ini yang memimpin Pemuda PAS, sekalipun di peringkat kawasan, adalah doktor, pensyarah, jurutera dan pakar ICT. Pengikut Pemuda PAS terdiri dari semua golongan, namun majoritinya adalah golongan terpelajar yang sentiasa menguasai teknologi terkini.
Jika ini kebolehan Pemuda PAS, maka mereka wajar digerakkan menjadi pahlawan siber di alam maya dan penyebar maklumat di alam nyata. BN mempunyai 10 siaran TV, 20 siaran radio dan tujuh media cetak. PAS cuma ada Harakah. Dengan akhbar Harakah yang hanya dibenar dijual untuk ahli, PAS dan rakan-rakan PR berjaya nafikan majoriti dua pertiga di Parlimen dan tawan lima negeri. Maka bayangkan apa yang akan terjadi kepada BN jika 30 ribu Pemuda PAS ‘ditauliahkan’ sebagai pegawai penerangan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Jangan lupa bahawa gerakan menghimpunkan rakyat jelata berdemonstrasi di Tunisia, Mesir, Algeria, Yemen, Libya, Bahrain dan lain-lain negara Arab, semuanya digerakkan oleh golongan muda melalui laman-laman social. Orang awam pun tidak kenal siapa sebenarnya pemimpin kebangkitan rakyat, kerana semuanya digerakkan melalui alam maya. Itulah kejayaan golongan muda.
Kerja seterusnya yang paling relevan dengan Pemuda PAS ialah menarik golongan muda untuk menyokong PAS. Hanya orang muda yang paling efisien dalam mempengaruhi golongan muda. Program-program kemasyarakatan terdapat golongan muda mesti ditingkatkan lima kali ganda.
Isu DAP anti Melayu dikaitkan dengan kejatuhan sedikit sokongan Melayu terhadap PAS. Hakikatnya orang Melayu sejak berzaman; ‘isu’ adalah perkara kedua yang menentukan pola sokongan terhadap mana-mana parti politik. Perkara pertama ialah ‘sentuhan budi’ (yang disokong dengan kejahilan bahawa segala kebaikan yang didatangkan kepada rakyat adalah milik Umno) menyebabkan mereka terikat menyokong Umno sekian lama.
Jika 30 ribu Pemuda PAS dapat menyambung semula misi Almarhum Ustaz Fadzil Noor untuk memasyarakatkan PAS, melalui pelbagai program yang menyentuh hati nurani rakyat jelata, maka ledakan isu negatif oleh BN terhadap PAS dapat dipadamkan begitu sahaja. Kerana orang Melayu mudah lupa dan mudah termakan budi.
Ayuh Pemuda PAS, terjemahkan misi dan misi dalam tindakan. Jika tumbang BN di Putrajaya, maka Pemudalah pemegang saham terbesarnya terhadap kejayaan tersebut..sumber


Ali Rustam makin tertekan angkara MERLIMAU...


"
APABILA membaca kenyataan KM Melaka Ali Rustam di sini, saya tidak dapat menggambarkan betapa ruginya rakyat Melaka mempunyai KM yang sesombong ini. Biar pun nanti KM ini terus diangkat oleh rakyat Melaka sebagai pemimpin mereka hingga kiamat, maka selama itulah rakyat Melaka berada di dalam kerugian yang teramat sangat.

Sikap ego, sombong dan bongkak KM ini adalah kerana rakyat Melaka sendiri memberi peluang kepada beliau berkuasa. Beliau akui, sekiranya ada rakyat yang memohon kerja atau memohon jalan, beliau akan mengutamakan penyokong Bn dahulu. Kununnya, keutamaan dan kebajikan harus bermula di dalam rumah. Ertinya, selain dari penyokong Bn di Melaka mereka bukan ahli keluarga Ali Rustam. Jika mereka bukan ahli keluarga Ali Rustam, tidakkah malu Ali Rustam meminta cukai dari mereka yang tidak menyokong Bn ini?

Wang cukai diminta, tetapi mengaku bukan ahli keluarga. Di mana maruah Ali Rustam? Di mana maruah mereka yang masih menyokong Ali Rustam dan partinya itu? Jika ini lah yang diamalkan oleh Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan, juga di Selangor, alangkah malang nasib mereka yang menyokong Umno/Bn. Tetapi, ini bukan amalan kita di dalam PR. Jika begini lah pengakuan Ali Rustam, anda sendiri boleh jatuhkan hukum kepada sesiapa yang mengundi parti Ali Rustam ini.

Di dalam kenyataannya itu juga, beliau turut meminta rakyat berterima kasih kepadanya. Memang benar, kita wajar berterima kasih kepada sesiapa yang membantu kita. Tetapi jika kita yang membantu seseorang, agama melarang kita untuk menuntut agar orang yang kita bantu itu mengucapkan terima kasih. Sekiranya kita menuntut, ini menimbulkan sifat riak atau bermegah dan menunjukkan tiadanya keikhlasan kita. Di dalam aspek mendidik anak-anak atau murid di sekolah, memang wajar kita mengajar mereka untuk berterima kasih.

Pembangunan atau sebarang peruntukan yang disalurkan kepada rakyat di Melaka, adakah datang dari duit poket Ali rustam? Tidak, ia datangnya dari Kerajaan yang mendapat hasil dari cukai semua rakyat di Melaka. Sudahlah duit tidak datang dari poket beliau, tidak malu pula menuntut rakyat agar berterima kasih. Inikah pemimpin yang diharapkan mentadbir Melaka?

Nampaknya Ali Rustam semakin tertekan dengan pilihanraya di Merlimau. Justeru itu, beliau seperti orang hilang akal dan pertimbangan dengan mengeluarkan kenyataan seperti orang yang tidak berugama. Malang sungguh orang Melaka./
SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

http://bongsuwhitepolkadot.blogspot.com/2012/05/nota-kemahiran-hidup-tingkatan-2.html