Rabu, 29 Jun 2011

Bersih 2.0 : Kenapa BN gabra dengan 9 Julai


Barisan Nasional (BN) senantiasa menguar-uarkan bahawa mereka telah mendapat kembali sokongan penuh rakyat. Baguslah kalau macam itu. Tetapi persoalannya sekarang ialah mengapa BN tiba-tiba berasa gelisah terhadap Perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadualkan akan diadakan pada 9hb Julai yang akan datang ini?

Bermacam-macam adegan BN telah menunjukkan dengan jelas bahawa mereka sedang berasa gelisah setiap hari, setiap jam malah setiap saat yang sedang berlalu ini sementara tarikh 9Julai datang semakin hampir.

Bukankah BN sudah mendapat kembali sokongan penuh rakyat atau itu andaian mereka sahaja? Jika ianya adalah andaian maka BN aImbang Penuhkan berdepan dengan hakikatnya nanti pada 9hb Julai bahawa sokongan rakyat memang bukanlah memihak kepada mereka tetapi memihak kepada Pakatan Rakyat (PR).

Mungkinkah BN sekarang sedang berkerja keras mahu memburuk-burukkan imej Bersih 2.0 selaku mengharapkan supaya orangramai tidak akan menyertai Perhimpunan Bersih 2.0 nanti? Jalan-jalan, bersembang-sembang dengan kawan sahaja, adakah itu salah? Lagipun ianya digelar 'Walk For Democracy' bukannya satu pergerakan revolusi.

Apa agaknya sudah berlaku kepada BN ini? Tidakkah mereka ingin memberi sokongan mereka kepada Bersih 2.0 supaya pilihanraya yang akan datang adalah bersih? Bukankah pilihanraya yang bersih adalah sesuatu yang baik? Penulis rasa hairan mengapa BN tidak mahu menyertai bersama dalam Perhimpunan Bersih 2.0 padahal ianya adalah satu perhimpunan yang baik dan aman, dengan matlamat dan tujuan yang mulia.

Perdana Menteri Najib Tun Razak selalu mengheboh-hebohkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang harus dijadikan contoh oleh negara-negara lain di dunia. Adakah ini retorik kosong sahaja? Jika Malaysia ialah sebuah negara demokrasi, rakyat patut diberi peluang untuk berhimpun secara aman.

Selain dari itu, Bersih pun telah memberi jemputan kepada BN untuk menyertai perhimpunannya tetapi BN telah menolak dan diam membisu sahaja. Justeru itu, Pemuda UMNO pula berhasrat mengadakan perhimpunannya yang tersendiri. Mengapa begini?

Adalah diharap bahawa BN akan turut menyertai Perhimpunan Bersih nanti. Tidak perlulah buat perhimpunan yang berasingan pula. Bila BN menyertai bersama, barulah slogan 1Malaysia yang dilaung-laungkan oleh Najib itu akan nampak dipratikkan oleh UMNO. Jika tidak, ia hanyalah tinggal sebagai laungan kosong sahaja.

PANAH HIJAU
28hb Jun 2011

Isnin, 27 Jun 2011

Rayuan A. Samad Said !! Apa alasan anda?


Tidakkah anda terasa malu. Tidakkah anda semua lelaki yang mempunyai sifat kejantanan. Adakah anda semua pekak atau mata yang buta. Dimana maruah sedara-sedara?

KUALA LUMPUR: A Samad Said dipanggil untuk disoal siasat oleh polis di Balai Dang Wangi pada jam 2.30 petang, hari ini. Ini berikutan kehadiran beliau di majlis pelancaran Bersih pada 20 Jun lepas di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur.

Menurut Zunar, kehadiran A Samad pada pelancaran itu adalah untuk bersama-sama rakyat menuntut sebuah pilihan raya yang bersih dan adil. Katanya, karyawan yang bertanggungjawab adalah golongan yang paling dekat dengan rakyat. Beliau menambah, karyawan mesti merasai degup jantung rakyat dan mendepani isu-isu yang menyentuh kepentingan rakyat.

Menurutnya lagi, seseorang karyawan menjadi tidak relevan sekiranya meminggirkan tanggungjawab sosial dengan memekakkan telinga terhadap rintihan rakyat terbanyak, apatah lagi apabila berdepan dengan sebuah kerajaan yang korup, rasuah dan zalim.

Ambiga seorang wanita. Meskipun diugut bunuh dan pelbagai tekanan, nampaknya beliau cekal untuk meneruskan perjuangan bagi menyuarakan tuntutan menuntut sebuah pemilihan kepimpinan yang telus dan adil. Kalau seorang wanita mendepani perjuangan ini dan kini disokong oleh seorang seniman dan karyawan berusia tokki kita… A. Samad Said yang lahir pada tahun 1935 bersedia untuk berada dihadapan. Menuntut sebuah perjuangan untuk menegakkan erti keadilan…

Maka apa ertinya anda sebagai orang muda... kalau penakut. Apa gunanya berbadan sasa kalau pengecut. Apa gunanya serban sebesar bakul kalau tak sanggup berada dimedan...

maka apa lagi alasan anda untuk tinggal dibelakang. Apa lagi alasan anda untuk tidak sama-sama mengharungi medan Bersih 2.0. Renung-renungkanlah firman Allah Swt surah An-Nisa’ ayat 75 :

وَمَا لَكُمْ لاَ تُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدَانِ الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَل لَنَا مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا وَاجْعَل لَنَا مِنْ لَدُنْكَ نَصِيرًا

“Mengapa kamu semua tidak berjihad di jalan Allah sedangkan golongan yang lemah samada lelaki dan perempuan dan anak-anak, masing-masing merayu dan berkata Ya Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri kami yang mana penduduknya melakukan kezaliman ini dan berilah kami pelindung dan penolong dari sisimu”.

Kalau tak... Sebagai anak jantan, 'kasi' ajelah 'kelebihan' yang anda ada itu... baik buang kelaut. menfaat juga buat ikan yang kelaparan!!!

Isnin, 20 Jun 2011

Menanggung menteri lebih membazir dari menanggung subsidi

Menanggung menteri lebih membazir dari menanggung subsidi




Diwaktu rakyat dalam kesusahan akibat tekanan ekonomi yang semakin menyempit, kerajaan menarik subsidi yang dikatakan membebankan perbelanjaan negara. Benarkah subsidi untuk rakyat membebankan ataupun tanggungan kerajaan terhadap para menteri yang lebih membebankan.

Adakah para menteri prihatin terhadap kesusahan dan kesengsaraan rakyat? Ataupun mereka lebih sayangkan pangkat dan jawatan mereka yang segalanya ditanggung oleh kerajaan ataupun lebih tepat lagi KITA, rakyat.

Antara tanggungan kerajaan terhadap para menteri adalah:

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara
- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma.Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.(perdana sebagai kereta rasmi semata-mata)

7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

Sudah tentu para menteri menyokong tindakan kerajaan memotong subsidi rakyat asalkan kemewahan yang mereka kecapi ini dapat berterusan.



Rabu, 15 Jun 2011

Panas! Utusan laknat Siar Karikatur Kartun Hina Agama Islam. Mana Umat Islam Malaysia?


KUALA LUMPUR, 15 Jun – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengecam karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini sambil menyifatkan ia menghina agama Islam.

Yang Dipertuanya Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir berkata, penyiaran karikatur (gambar) itu yang menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada pihak dalam dua situasi berbeza secara jelas menghina golongan ulama dan Islam.

Karikatur itu yang disiarkan pada muka surat 15 Utusan Malaysia, menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol.

Dalam situasi pertama, mangsa rogol telah mengemukakan aduan kepada jabatan agama, namun ditolak kerana menurut karikatur itu mangsa memerlukan empat orang saksi sedangkan mangsa hanya mempunyai rakaman video.

Sementara itu dalam situasi kedua, mangsa telah membuat laporan polis dan pegawai yang menguruskan kes itu berkata rakaman video boleh dijadikan bukti.

Dialognya berbunyi “Bagus... Alat itu pun boleh jadi bukti!”

Jelas Sheikh Abdul Halim, tindakan Utusan Malaysia melepaskan karikatur itu adalah tidak wajar dan boleh menyebabkan perpecahan antara umat Islam.

“PUM memandang serius penyiaran kartun dalam Utusan Malaysia disiarkan pada yang secara jelas menghina ulama dan Islam ... perkara ini tidak harus dibiarkan.

“Kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam.

“Sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru beliau mahu Majlis Fatwa Kebangsaan memandang serius perkara ini dan mengambil tindakan susulan ekoran keberanian pelukis dan Utusan Malaysia menyiarkan karikatur begitu.

“PUM meminta supaya para mufti juga turut menegur Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama.

“Sehubungan itu PUM meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara ini,” katanya.

Selain itu, tegas Sheikh Abdul Halim, pihaknya juga mahu pelukis dan Utusan Malaysia didakwa kerana menghina Islam.

“Sepatutnya perkara sebegini sepatutnya mereka perlu mendapatkan pandangan cerdik pandai dalam bidang agama sebelum mengeluarkan sesuatu bahan.

“Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini di dakwa atas penghinaan ke atas Islam,” katanya yang turut menyarankan agar kerajaan mengadakan lebih banyak program untuk menyelesaikan isu berkaitan agama Islam.

Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Mohd Nor pula berkata sepatutnya pelukis karikatur itu perlu tahu bahawa tindakannya akan mengundang rasa marah umat Islam yang lain.

“Kartun ini hina Islam sebab dalam kes zina memang rakaman video tidak boleh dijadikan bukti tapi dalam kes rogol ia boleh dipertimbangkan dengan rakaman video itu disahkan dulu.

“Kes rogol bukan perbuatan zina, saya rasa pelukis ini silap dan tidak faham,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan juga mengecam sekeras-kerasnya Utusan Malaysia.

“Lakaran kartun tersebut jelas sekali memperlekehkan aspek sistem keadilan di dalam Islam dengan memaparkan seorang wanita yang mendakwa dirogol dan diminta mendatangkan empat orang saksi serta ditolak bukti melalui rakaman videonya,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari dalam satu kenyataan.

Kata beliau, jelas sekali mesej yang ingin disampaikan oleh rakaman tersebut ialah betapa zalim dan primitifnya Islam yang menggariskan syarat empat orang saksi lelaki yang adil dalam penghakiman kes zina serta liwat dan rogol.

“Perlu diingatkan bahawa, penentuan ini bukan dibuat oleh mana-mana pemimpin pembangkang khususnya PAS seperti yang mungkin ingin disampaikan melalui kartun tersebut, tetapi ia dibuat melalui firman Allah SWT,” katanya.

Tambah beliau, akhbar seperti Utusan Malaysia yang mendakwa membela Islam pula yang menjatuhkan maruah Islam dan memperlekehkan aspek penghakiman dalam kes zina dan rogol dengan menyiarkan lakaran kartun seperti ini.

Justeru, kata beliau, pihaknya menuntut supaya Utusan Malaysia menarik balik lakaran kartun ini dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia di atas kebiadapan menghina Islam dan sistem perundangannya.

“Utusan Malaysia juga sewajarnya layak diisytiharkan sebagai akhbar biadap yang paling bangsat di Malaysia di atas penyiaran lakaran kartun ini,” katanya.
mana menteri agama?

mana mufti negeri?

mana penasihat agama najib?

pemimpim malaysia majoriti agama apa?

laknat semua ke? dayus habis ke?

ke dok menyorok di sebalik ketiak besar rosmah?

turun ke jalan, kita ajar pemimpin yang memalukan agama dan bangsa sendiri!

Isnin, 13 Jun 2011

Lim Guang Eng: Rakyat Tak Caya Pada Najib

KUALA LUMPUR, 13 Jun — Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata rakyat tidak yakin dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) akan menilai semula subsidi gas dan perjanjian pembelian tenaga dengan pengeluar tenaga bebas (IPP) agar memihak kepentingan awam walaupun diberi jaminan oleh perdana menteri semalam.

Lim berkata rakyat tidak yakin dengan janji terbaru Datuk Seri Najib Razak kerana masih tiada tindakan diambil ke atas skandal kehilangan saham Bumiputera sebanyak RM52 bilion. 

“Hanya suruhanjaya diraja atau jawatankuasa dwipartisan yang terdiri daripada wakil BN dan Pakatan Rakyat (PR) yang terpilih akan dapat mengembalikan keyakinan umum bahawa rakyat Malaysia tidak akan terjejas dengan rundingan semula IPP berikutan kita telah kehilangannya ketika Tun Dr Mahathir Mohamad mewajibkan perjanjian subsidi gas yang berat sebelah dan tidak adil yang memberi kelebihan kepada IPP,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Dalam kenyataan petang semalam, Najib memberitahu bahawa kerajaan berada di pihak rakyat dalam isu tersebut dan perundingan sedang diadakan untuk melihat semula perjanjian dengan IPP.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata kerajaan telah memperuntukkan RM54 bilion saham Bumiputera tetapi hanya RM2 bilion yang tinggal dan masih dipegang oleh Bumiputera manakala RM52 bilion telah diagihkan kepada beberapa pemimpin Umno dan BN untuk kepentingan diri sendiri.

“Sekiranya RM52 bilion saham bumiputera masih dipertahankan, ekuiti syarikat bumiputera kini dengan mudah akan melebihi 40 peratus,” katanya lagi.

Kata Lim, itu sebab utama yang BN enggan untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab terhadap skandal kehilangan RM52 bilion saham Bumiputera dan atas sebab itu juga rakyat Malaysia tidak yakin bahawa BN akan menyebelahi rakyat dalam rundingan semula dengan IPP berkenaan. 

“Mereka yang terlibat dalam skandal kehilangan RM52 bilion saham Bumiputera dan IPP ini semuanya adalah kroni-kroni BN yang menikmati subsidi yang bernilai berbilion-bilion ringgit disebabkan oleh percaturan politik,” katanya.

Lim menambah atas sebab itu juga Najib begitu yakin menegaskan bahawa kerajaan beliau tidak akan melihat kepentingan IPP tetapi sebaliknya akan memastikan segalanya akan menyebelahi rakyat, “bunyi seperti kosong.”

“Dan, langsung tidak meyakinkan ketika kerajaan BN menolak untuk mengambil tindakan dan memaksa semua yang terlibat dengan skandal saham Bumiputera RM52 bilion untuk mengembalikan semula keuntungan haram yang dinikmati dan menyerahkannya semula kepada Bumiputera miskin dan orang Melayu,” kata beliau.

Lim menambah, sebab itu DAP menyokong cadangan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang mencadangkan agar satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat perjanjian IPP dan subsidi gas demi kebaikan 27 juta rakyat Malaysia. 

“Mengapa hanya seorang ahli parlimen BN iaitu Tengku Razaleigh Hamzah yang dapat melihat kesan pemotongan subsidi dan kenaikan kadar tarif elektrik terhadap kos sara diri rakyat Malaysia yang biasa?” kata Lim.

Sehubungan itu soal beliau, sama ada Ahli Parlimen BN yang lain terikat dengan IPP dan sanggup melihat pemotongan subsidi kepada golongan miskin akan tetapi langsung tidak menyentuh berpuluh-puluh bilion ringgit subsidi gas yang dinikmati oleh IPP, sehingga membolehkan keuntungan tahunan sehingga berbilion-bilion ringgit.

“Suruhanjaya diraja atau jawatankuasa dwipartisan yang terdiri daripada wakil pemimpin BN dan PR adalah sangat penting bagi memastikan tiada sebarang perjanjian tersembunyi terhadap perjanjian pembelian kuasa antara TNB dan IPP,” katanya.

Ahad, 12 Jun 2011

Waspada: Kek Buah Campur Arak


Kuala Lumpur: Penggemar kek buah-buahan dan tiramisu yang dijual di restoran terkemuka di negara ini dinasihatkan lebih berhati-hati memilih sajian pemanis mulut itu kerana dikhuatiri dicampur arak sebagai penambah perisa.

Arak jenis rum biasanya digunakan sebagai bahan tambahan untuk menguatkan tekstur kek berkenaan selain menambah perisa menyebabkan ia menjadi satu daripada sajian digemari ramai.

Mendedahkan perkara itu, Pengurus Kanan Piawaian dan Pembangunan Sistem International Halal Integrity Alliance (IHI Alliance), Azudin Khalid, berkata pengguna Islam boleh merasai perbezaan makanan itu sama ada ia menggunakan arak sebagai bahan tambahan atau tidak.

“Kek buah-buahan yang menggunakan rum biasanya mempunyai tekstur yang kuat dan tidak mudah pecah apabila dipotong manakala tiramisu atau kek keju terasa sejuk bila dimakan, makanan Cina pula ada yang menggunakan wain merah sebagai penambah perisa.

“Sehubungan itu, pengguna Islam perlu lebih peka dan bertanya jika was-was ketika memesan makanan di restoran. Jika membeli biskut atau coklat kandungan di pembalut perlu diteliti bagi memastikan sama ada terdapat bahan berkod E471 yang merujuk kepada lelemak haiwan dan tumbuhan,” katanya ketika ditemui, semalam. Beliau berkata, walaupun restoran terutama dari luar negara seperti makanan Barat, Korea atau Jepun mempunyai logo halal, namun pemesongan masih boleh berlaku jika pengguna Islam tidak memainkan peranan penting atau ambil kisah terhadap apa dimakan mereka.

“Pengusaha boleh mengambil kesempatan mencampurkan bahan yang halal dan haram kerana sikap tidak peka pengguna Islam selain Akta Perihal Dagangan 1972 (APD) sekarang yang terlalu umum berhubung pelaksanaan undang-undang halal.

“Bagaimanapun, penggubalan Akta Halal tidak lama lagi yang memberi kuasa kepada Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) mengambil tindakan terhadap pemilik restoran atau syarikat yang tidak menggunakan sijil dan logo halal dikeluarkan jabatan itu boleh mengatasi masalah dari sudut undang-undang, namun selagi pengguna tidak peka, isu ini sukar diatasi,” katanya.

Menurutnya, pengusaha biasanya menggunakan alasan Jakim mengambil masa terlalu lama untuk mengeluarkan sijil halal menyebabkan mereka memilih syarikat swasta yang tidak diiktiraf.

“Perkara menyebabkan sijil halal lambat dikeluarkan Jakim mungkin berpunca daripada dokumentasi yang dilampirkan tidak lengkap atau sumber atau status halal bahan mentah yang digunakan mereka tidak jelas diperoleh daripada mana.

“Di sini boleh berlaku pemesongan, pengusaha sesuka hati mencampur aduk bahan halal dengan haram. Kita selaku pengguna boleh memainkan peranan dengan ‘memaksa’ pengusaha mengikut saluran betul jika bersikap tegas tidak membeli makanan di restoran yang dicurigai status halalnya,” katanya.

Azudin berkata, IHI Alliance selaku agensi yang bekerjasama dengan Jakim menerusi pemantauan sistem dan piawaian halal termasuk di peringkat antarabangsa daripada semasa ke semasa mengadakan seminar panduan kepada pengusaha restoran halal. -HM

Jumaat, 10 Jun 2011

Khutbah Jumaat Selangor kecam jenayah qazaf, sifatkan dosa besar


KUALA LUMPUR, 10 Jun — Ketika isu rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum “sejuk”, hari ini khutbah Jumaat rasmi negeri Selangor mengecam tindakan pihak yang menyebarkan fitnah tanpa mempunyai sebarang bukti kukuh.

Kandungan khutbah itu menyifatkan tindakan umat Islam yang membuat kenyataan berbentuk fitnah bercanggah dengan syariat Islam.

“Mimbar hari ini berasa amat terpanggil untuk menjelaskan maksud dan kesan fitnah yang wajib difahami, jika kita benar-benar inginkan kesejahteraan dan keredhaan Allah di dunia, apatah lagi di akhirat kelak.

“Perhatian ini wujud kerana ada kecenderungan sebahagian umat Islam membuat kenyataan berbentuk fitnah yang sangat jelas bercanggah dengan syariat Islam tidak kisah sama ada ia dilakukan sama ada oleh individu, kumpulan, persatuan dan pihak-pihak lain,” kata khutbah standard yang disampaikan di masjid-masjid di seluruh negeri Selangor, yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat, hari ini.

Keseluruhan teks khutbah yang diperoleh memfokus pada isu tersebut, dipercayai merujuk kepada rakaman video seks yang didedahkan “Datuk T” pada 21 Mac lalu di hotel Carcosa Seri Negara.

Muktamar Tahunan PAS Ke-57 yang berakhir Ahad lalu juga meluluskan usul berkaitan tindakan fitnah itu.

Kata khutbah itu, sekiranya fitnah dilakukan ia boleh mendatangkan pertuduhan qazaf terhadap seseorang melakukan perbuatan zina atau liwat tanpa mengemukakan empat orang saksi yang adil.

“Fitnah ialah mengadakan satu berita palsu atau bohong terhadap seseorang yang mempunyai perasaan permusuhan dengan motif-motif yang buruk.

“Fitnah boleh menimbulkan qazaf dan ia bererti membuat pertuduhan terhadap seseorang melakukan zina atau liwat tanpa empat saksi adil dan orang yang menuduh telah melakukan jenayah qazaf dan fitnah,” katanya.

‘Datuk T’ (dari kiri) — Rahim, Shazryl dan Shuib.
Sebelum ini, beberapa pihak termasuk sayap pemuda PKR telah memfailkan aduan qazaf kepada ketiga-tiga “Datuk T” iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Selain itu, Shazryl juga telah melakukan sumpah laknat bagi membuktikan rakaman video seks itu adalah benar dan Anwar adalah pelakunya.

Bagaimanapun tegas khutbah itu, pembuktian melalui cara bersumpah termasuk sumpah laknat adalah tidak relevan selain tidak menepati kehendak syarat.

“Termasuk dalam kategori ini mereka yang mendedahkan maklumat secara terbuka dalam pelbagai bentuk dengan niat menuduh melakukan zina juga telah melakukan jenayah qazaf.

“Malah mereka yang mempercayai fitnah tersebut dan menyebarkannya sudah pasti mendapat dosa, boleh dikenakan hukuman kerana gagal membuktikan mengikut ketetapan syarak,” katanya.

Jelas khutbah Jumaat itu, fitnah yang dilemparkan termasuk dipaparkan melalui media akan menjatuhkan imej tertuduh.

“Lebih memburukkan keadaan apabila si pemfitnah enggan menerima kebenaran dan tidak mahu mengakui kesilapan atau mempunyai perasaan dendam serta hasad dengki terhadap orang yang dituduh.

“Pemfitnah sama ada sedar atau tidak telah melaksanakan sumpahan iblis dan syaitan yang memang ingin merosakkan iman dan akidah umat Islam sehingga hari kiamat,” katanya.

Kata khutbah itu, sesiapa yang terlibat dalam jenayah qazaf telah melakukan perbuatan haram dan ia termasuk dalam tujuh jenis dosa besar.

“Oleh itu, mereka boleh dikenakan hukuman mengikut syariat Islam iaitu secara fizikal boleh dikenakan 80 sebatan, dari segi moral akan hilang kelayakan menjadi saksi selama-lamanya dalam semua perkara termasuk saksi perkahwinan.

“Dan, dari segi agama mereka ini tergolong sebagai orang yang fasik (pendusta),” katanya.

Justeru kata khutbah itu, umat Islam perlu mengetahui dan memahami peraturan-peraturan Islam yang menurut kehendak syarak.

“Bagi tujuan mendidik dan mengawal umat Islam daripada melakukan jenayah qazaf, yang mempunyai kaitan langsung dengan nilai, maruah dan keharmonian masyarakat, maka hendaklah diperjelas peraturan, larangan dan kesan jenayah qazaf serta hukuman yang boleh dikenakan menurut peraturan syarak.

“Martabatkanlah undang-undang Islam yang memberikan pengiktirafan dan hak kepada Mahkamah Syariah mengendalikan kes-kes jenayah syariah yang melibatkan orang Islam. Dengan ini, kita boleh melaksanakan sistem perundangan yang adil, diredhai dan patuh kepada hukum syarak,” katanya. sumber

Nak Tengok kereta & motorsikal bergabung....



Kenderaan ini telah di cipta oleh Francois Knorreck dan di beri
nama The Snaefell Hybrid Car.Kenderaan ini mengambil masa 10 tahun ,10,000 jam dam 15000 paun
untuk menyiapkannya...










Khamis, 9 Jun 2011

Himpunan Bersih : Pemuda Umno Umno Takut Kebangkitan Rakyat

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyelar tindakan Pergerakan Pemuda Umno yang membuat laporan polis bagi meminta pihak berkuasa mengambil tindakan awal terhadap Himpunan BERSIH. Jelas tindakan mereka ini didorong atas ketakutan mereka dalam menghadapi gelombang kebangkitan rakyat pada 9 Julai ini.
DPPWP menganggap dakwaan Exco hal ehwal bandar pergerakan itu Tengku Azman Tengku Zainol Abidin yang mengatakan bahawa himpunan aman ini akan mendatangkan kerugian sebanyak RM 10 juta kepada para peniaga di Kuala Lumpur sebagai satu dakwaan yang tidak berasas.
Ketika Himpunan Bersih 2007, mereka juga membuat dakwaan yang serupa. Namun sehingga ke hari ini dakwaan itu gagal dibuktikan. Para peniaga sekitar Kuala Lumpur khususnya di Jalan Masjid India dan Jalan Tunku Abd Rahman masih dapat meneruskan perniagaan.Tidak ada yang diistihar bankrap kerana Himpunan Bersih. Tiada kedai-kedai yang dipecah masuk, tiada peniaga yang cedera, tiada harta awam yang rosak. Malah sebelum dan selepas himpunan itu, para peniaga menerima kunjungan pelanggan yang begitu ramai.
Pemuda Umno sebenarnya takut pada gelombang besar yang bakal wujud selepas kejayaan Himpunan Bersih 2007. Jika Himpunan Bersih 2011 berjaya, maka sekali lagi rakyat akan membuka mata dan tampil membuat perubahan yang lebih besar dalam Pilihanraya Umum ke-13.
Matlamat Himpunan Bersih adalah untuk mengajak rakyat menuntut hak demokrasi mereka dan menyelar pihak Barisan Nasional yang jelas memperkudakan Suruhanjaya Pilihanraya. DPPWP menyeru agar pihak Polis memberikan permit kepada penganjur himpunan Bersih dan memberikan kerjasama bagi memastikan semuanya berjalan lancar.
Sehingga ke hari ini, semua himpunan yang disertai PAS berjalan dengan aman tanpa sebarang masalah walaupun pihak Polis enggan mengeluarkan permit. PAS sebagai salah sebuah organisasi yang menyokong Bersih memberikan komitmen penuh untuk mengajak rakyat memahami hak demokrasi mereka.
Justeru itu, DPPWP menyeru kepada seluruh ahli PAS Lembah Klang dan dari seluruh negara untuk hadir memenuhkan metropolitan ini bagi menunjukan kuasa rakyat kepada Barisan Nasional. DPPWP juga menyeru agar pemuda Umno turun sendiri membuat kawalan keselamatan, jika mereka merasakan perhimpunan ini mengancam mereka. Himpunan ini akan berlangsung dengan aman dan pihak berkuasa jangan biarkan diri anda menjadi perkakas Politik Umno-BN.
Kamaruzaman Mohamad
Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Selasa, 7 Jun 2011

ISU HUDUD :Karpal vs Che det mana lebih Sial..


KUALA LUMPUR, 7 Jun: Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) sebagai ahli politik yang haprak apabila menuduh Karpal Singh berjaya menyekat PAS laksana hudud.
Ini kerana, ketika Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang jenayah Syariah II yang di dalamnya terkandung undang-undang hudud, Dr Mahathir yang menyekat pelaksanaannya.

Ia disekat melalui satu surat amaran yang dihantar beliau selaku Perdana Menteri kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pada tahun 1993 lalu.

Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993.

Ini berikutan dengan janji PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihanraya 1990.

Selepas muktamar PAS baru-baru ini, Tun Dr Mahathir melalui blognya menulis dengan berkata, Karpal yang berjaya menyekat mendirikan negara Islam yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah tercapai.

"yang menang besar ialah tokoh yang tidak hadir dan bukan pun ahli PAS. Ianya ialah Karpal Singh. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam PAS yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai," tulis Mahathir.

"Dr M hantar surat amaran kepada TG Nik Aziz jangan laksana hudud, aneh hari ni Dr M kata Karpal berjaya sekat PAS jalankan hududd...haprak!" tulis Saifudin (gambar kanan)  dalam Twitternya.

Bagi beliau, Dr Mahathir tidak layak bercakap Karpal anti Islam.

"Mesej saya mudah Dr M tak layak langsung cakap Karpal anti Islam sebab rekod Dr M sendiri paling membenci Islam," tegas Saifudin yang juga anggota Parlimen Machang, Kelantan.

Menurut beliau, Dr Mahathir pernah berkata kalau dibuat hukum hudud habis orang Islam mundur sebab kena potong tangan..."hari ini Dr Mahathir salahkan Karpal."
Bagi beliau, Karpal sekurang-kurangnya tidak  menyekat bantuan untuk Sekolah Agama Rakyat namun Dr Mahathir membuatnya!

"Sebab katanya sekolah agama ajar murid benci pemerintah ...siapa sebenarnya benci Islam?" soal Saifudin.
Bagi Saifudin, kalaupun Karpal tolak negara Islam dan Hudud beliau boleh memahaminya  sebab dia bukan Muslim, tetapi Dr Mahathir tentang negara Islam dan Hudud, ini yang beliau tidak dapat faham.
Surat Dr Mahathir
Surat Dr Mahathir sampai kini masih diingati oleh Tuan Guru Nik Aziz hatta dalam satu majlis baru-baru ini.

“(Tun) Dr Mahathir (ketika itu perdana menteri) datang ke Kelantan memberi amaran sekiranya (kerajaan) Kelantan laksana hudud, kerajaan pusat akan mengambil tindakan.

“Sebelum ini, Kelantan pernah digantung perlembagaan oleh Mageran… Jadi kalau (kita) tak boleh buat semua, jangan kita tinggal semua,” katanya.

“Kalau kerana hukum hudud, satu Kelantan kena Mageran… dan kerajaan Kelantan nak digantung oleh kerajaan pusat, (jadi) itu tak cerdik,” kata Nik Aziz dalam satu dialog bersama penulis blog dan facebook di Hotel Grand Season di ibu negara, baru-baru ini.

Mursyidul am PAS itu berkata, sekiranya ketiadaan kuasa untuk melaksanakan undang-undang tersebut, maka tidak boleh ditinggalkan semua undang-undang berkenaan.

Dengan mengumpamakan tindakannya itu sebagai seguni beras, katanya, sekiranya tidak mampu untuk membawanya, maka “diambil secupak-secupak” sehingga habis.

“Oleh itu, kita tak laksana hudud (keseluruhan), tetapi kita laksana (Islam) satu persatu. Alhamdulilllah kaum Cina dan India menyokong PAS,” katanya yang mendapat tepukan kira-kira 130 penulis blog dan pemilik Facebook

Akhirnya impian Fadzil Noor tercapai


"Roketkini.com 7 Jun 2011 - Selepas pimpinan PAS mengumumkan Dokumen Negara Islam pada 2003, setelah dicabar oleh Perdana Menteri pada masa itu Tun Dr Mahathir Mohamad, ia menjadi salah satu faktor utama parti itu tewas teruk dalam pilihan raya umum 2004.

Daripada 27 kerusi Parlimen yang dimenanginya dalam PRU 1999, PAS hanya mampu kekalkan 6 kerusi Parlimen. Banyak pihak mengatakan PAS kehilangan undi bukan sahaja dari kalangan bukan Islam tetapi juga dari orang Melayu yang dikatakan “resah” dengan konsep negara Islam parti itu. 
Sebenarnya Dokumen Negara Islam 2003 adalah kosep yang berlawanan dengan cadangan asal yang dibawakan oleh Allahyarham Datuk Fadzil Noor selaku Presiden PAS, sejak 2001 dalam bentuk Memorandum PAS kepada Rakyat Malaysia – Pemerintahan Islam Dalam Abad ke-21. 
Di antara Disember 2001 dan Mac 2002, draf empat muka surat telah dibincangkan oleh sabahat-sabahat PAS termasuk aktivis NGO yang kemudiannya dibawakan oleh Fadzil dalam muktamar PAS ke-48 di Kota Bharu, Kelantan pada Mei 2002. 
Fadzil yakin memorandum itu yang masih dalam peringkat persediaan itu mampu mencari titik pertemuan pelbagai peradaban, kepercayaan dan pegangan politik rakyat. Baginya, sifat pemerintahan Islam perlu ada syura, pemilihan dan demokrasi kerana pembinaan negara mesti berpaksikan kepada akhlak dan sistem nilai yang tinggi bertunjangkan sistem kepercayaan yang benar. 
Beliau turut menjelaskan bahawa pentadbiran yang dicita-citakan PAS ialah yang mendukung kedaulatan undang-undang serta menekankan aspek khidmat dan kebajikan sehingga melahirkan “Negara Berkebajikan” yang diharapkannya dapat memakmurkan negara dengan kebajikan serta mengelakkan kerosakan, pembaziran dan kemusnahan. 
Tujuh perkara asas dalam Memorandum itu adalah:
- Masyarakat madani
- Hak saksama (al-musaawah)
- Kedaulatan undang-undang berasaskan syariah yang luas makna dan ruang lingkupnya
- Keadilan (al-‘adalah)
- Meritokrasi (as-solahiyah)
- Negara berkebajikan
- Pentadbiran dinamik dan inovatif 
Sayangnya, Fadzil meninggal dunia tidak lama selepas muktamar itu, pada 23 Jun 2002, yang mengakibatkan Memorandum itu tidak lagi menjadi keutamaan PAS. 
Namun begitu, sebulan selepas perginya Fadzil, PAS menyusun semula Memorandum itu untuk dibincangkan bersama dengan rakan-rakan seperjuangan di luar parti di mana tujuh perkara asas dikekalkan dengan huraian yang lebih panjang. 
Apa yang mengejutkan ialah satu dokumen yang berlainan sama sekali telah dikeluarkan pada November 2002 atas nama Dokumen Negara Islam yang direstui oleh Majlis Syura Ulama PAS. 
Dokumen itu juga mempunyai tujuh prinsip, seperti mana Memorandum, tetapi ia berbeza dalam banyak segi. Tujuh perkara asas Dokumen itu ialah: 
- Negara undang-undang di mana dijelaskan bahawa hudud, qisasa dan takzir akan dikenakan kepada orang Islam sahaja tetapi yang bukan Islam boleh memilih sama ada menerima hukum itu atau common law
- Sistem khilafah di mana pemerintah mesti melaksanakan hukum Islam, jika tidak mereka dianggap pengkhianat amanah Allah
- Takwa- Sistem syura (concensus) di mana ia akan membincangkan perkara-perkara yang boleh diijtihadkan sahaja, dan tidak boleh dalam hukum-hukum tetap Islam (qat’i)
- Keadilan dan kesamarataan (al-‘adaalah wal musaawaah) yang dijelaskan tidak sama dengan persamaan (equality) dan sama bahagian (fairness)
- Kebebasan (al-hurriyyah) yang tidak boleh bercanggah dengan syara’
- Ketuanan mutlak  (as-siyaadah wal haakimiyah) atau sovereignty yang mana hak ketuanan adalah milik Allah dan tidak boleh diganggu oleh mana-mana pihak. 
Walau apa pun niat baik pimpinan PAS dalam menyediakan Dokumen ini, persepsi orang ramai terhadapnya telah menyebabkan parti itu ditolak dalam PRU 2004.
Ia dlihat sebagai menakutkan orang bukan Islam dan orang Islam yang berpendirian sederhana. Menjelang 2007 di mana pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang lemah telah membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat, ramai pemimpin PAS terutamanya mereka yang bersikap sederhana telah menyertai gerakan-gerakan mobilisasi demokrasi seperti perhimpinan Bersih yang mendesak kerajaan Barisan Nasional supaya telus dan adil dalam pilihan raya. 
Pada masa itu juga PAS mula kembali kepada idea asal Fadzil yang mahu parti itu menjadi lebih terbuka dan berarus perdana dalam menarik sokongan rakyat. Ia juga usaha sesetengah pemimpin PAS untuk membuktikan bahawa Islam bukan sempit ajarannya, Islam adalah untuk semua. 
Kejayaan besar PAS bersama PKR dan DAP dalam PRU 2008 meyakinkan banyak pihak supaya parti itu berjuang bersama-sama dalam satu gabungan yang kemudiannya dinamakan Pakatan Rakyat. 
Dengan adanya barisan baru PAS yang dipilih dalam muktamar PAS ke-57 di Kuala Lumpur hujung minggu lalu, hasrat Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk meluaskan usaha promosi Negara Berkebajikan dilihat akan membuahkan hasil. 
Seperti yang dijelaskan oleh Hadi, Negara Berkebajikan adalah konsep yang berteraskan Islam dan boleh diterima oleh semua orang tanpa mengira agama dan kaum. Ini bermakna PAS tetap boleh memperjuangkan agenda Islam yang benar-benar memberi manfaat kepada semua manusia. 
Memetik kata-kata Hadi, “Kita mulakan dengan pelaksanaan Negara Berkebajikan. Ia ada dalam Islam dan al-Quran. Dalam al-Quran tidak sebut Negara Islam, ia sebut Negara Berkebajikan”, ia mengingatkan kita semua kepada apa yang diperjuangkan oleh Allahyrahm Ustaz Fadzil untuk membawa imej Islam yang lebih demokratik, inklusif, terbuka dan adil tanpa mengorbankan prinsip perjuangan PAS. 
Sejak 2004, PAS telah melalui jalan yang sukar dan penuh berduri. Rasa kurang keyakinan diri di kalangan pemimpin tertentu PAS juga membuatkan mereka serba-salah dengan tawaran UMNO untuk bersatu padu demi perpaduan Melayu. Sekarang ternyata impian Fadzil sudah menjadi kenyataan.
PAS dilihat sudah bersedia untuk kembali dengan penuh komitmen terhadap Pakatan Rakyat, selaras dengan impian Fadzil yang mahu menawarkan alternatif terbaik kepada rakyat pelbagai kaum dan agama, untuk mengambil alih pentadbiran negara daripada UMNO dan BN. – Roketkini.com 
Liew Chin Tong adalah Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

http://bongsuwhitepolkadot.blogspot.com/2012/05/nota-kemahiran-hidup-tingkatan-2.html