Ahad, 31 Julai 2011

Alangkah imarahnya RAMADHAN di Kelantan ..

Keunikan Ramadan terserlah di Kota Bharu


KOTA BHARU, 31 Julai: Di negeri-negeri lain kempen kibar Jalur Gemilang sedang rancak dijalankan, sebaliknya di Kelantan kemeriahan Ramadan pula dirasai sekarang.

Persiapan akhir di Qaryah Ramadan di perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke-IV sedang dijalankan sejak pagi tadi.

Kelainan Ramadan sejak 20 tahun lalu dirasai apabila ada khemah khas tempat solat Tarawih disediakan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) di tengah pusat bandar.

Bermula khemah Tarawih di Dataran MPKB kemudian dipindahkan ke lokasi sekarang yang lebih selesa dan strategik.

Solat Tarawih berimamkan qari dari Mesir sejak beberapa tahun lalu begitu mengasyikkan ribuan jemaah yang hadir.

Tambahan pula tempat solat di Qaryah Ramadan disediakan penghawa dingin. Selain itu di beberapa masjid utama di sekitar Kota Bharu juga disedia penghawa dingin termasuk Masjid Muhammadi, Masjid Telipot, Masjid Lundang dan Masjid Kota Darulnaim.

Bagi pemimpin kerajaan negeri dan PAS, Ramadan lebih sibuk berbanding bulan lain memandangkan program tadarus al Quran diadakan di setiap kawasan parlimen.

Selain itu mereka juga perlu menyampaikan tazkirah di Dewan Zulkifli Mohammad, Pejabat Perhubungan PAS Kelantan selepas solat Zohor.

Tazkirah dimulakan pada 1 Ramadan dan dijangka dilancarkan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Turut dijadual menyampaikan tazkirah tersebut anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan Timbalan Mufti, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad.

Dua anggota Exco yang bukan lulusan bidang pengajian agama iaitu Abdul Fattah Mahmood (optometrist) dan Che Abdullah Mat Nawi (kewangan) juga dijadual menyampaikan tazkirah selama 20 minit.

Manakala program tadarus al Quran dimulakan pada 2 Ramadan akan diadakan di kawasan parlimen Ketereh bermula solat Asar sehingga waktu iftar.

Program itu akan diketuai Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Program serupa diadakan di kesemua 14 kawasan parlimen di Kelantan.

Kemuncaknya program tadarus al Quran akan diadakan pada 17 Ramadan di Bukit Bunga, Jeli. Sempena program itu ceramah Badr al Kubra juga diadakan.

Di Qaryah Ramadan pula pelbagai program disusun khas seperti tahun-tahun sebelumnya. Antaranya iftar dan sahur jama’i, kelas pengijazahan al Quran, tazkirah selepas dua salam Tarawih, relay bacaan al Quran selepas jam 12 malam.

Selain itu tadarus al Quran setengah jam sebelum berbuka, qiamulai mulai jam 4 pagi, program sepetang di ambang iftar, interaktif bersama imam dari Mesir, kelas al Quran selepas solat Zohor dan Asar, pameran Palestin serta cafe mubarak.

Perasmian Qaryah Ramadan dijangka diadakan pada 4 Ramadan selepas solat Tarawih oleh Menteri Besar.

PASCA BERSIH:KANTOI 44 pengundi nama dan kad pengenalan sama

44 pengundi nama dan kad pengenalan sama

PAS terus mendedahkan kelemahan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan mendakwa terdapat 44 orang di Terengganu yang mempunyai nama dan nombor kad pengenalan lama sama,

Bagaimanapun, nombor kad pengenalan baru hanya dua digit terakhir yang berbeza.
Ia didedahkan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut yang juga ahli Parlimen Kuala Terengganu yang dihubungi hari ini.

Beliau bimbang 44 nama terbabit boleh mengundi dua kali dalam pilihan raya umum akan datang.
“Besar kemungkinan mereka boleh mengundi di dua tempat berbeza. Pengalaman kita bila berurusan dengan SPR pengundi seperti ini boleh mengundi.


“Kerana SPR akan memberi alasan mereka boleh mengundi kerana perbezaan yang sedikit.

“Dari pengalaman lepas, nama yang telah didaftarkan sebagai pengundi agak sukar untuk dikeluarkan semula.
Bukan pengundi klon

“Dalam perbincangan kita dengan SPR, suruhanjaya itu memberitahu ia tidak ada kuasa,” katanya.

Sementara itu, bekas timbalan ketua AMK, Fariz Musa berkata, beliau menolak dakwaan wujud pengundi klon di negara ini.

Sebaliknya, dakwa beliau Umno, SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berpakat untuk mendaftarkan nama orang berkenaan dalam senarai daftar pemilih SPR.

“Mengapa saya kata tidak wujud pengundi klon? Mengapa nombor kad pengenalan lama dan kad pengenalan baru berbeza?

“PKR pernah memeriksa kad pengenalan pengundi dan mendapati kad pengenalan itu itu tidak wujud.

“Semua ini berlaku dengan pembabitan Umno, SPR dan JPN. Ia bukan berlaku di Terengganu sahaja tetapi di seluruh negara,” tambahnya.- FMT

Kisah menarik : Menamakan anak Megatron

Memberikan nama buat si manja yang bakal lahir memang memeningkan kepala.. Persoalan yang timbul ialah

a) terlalu panjang
b) terlalu pendek
c) terlalu canggih
d) terlalu biasa

Sedangkan semasa bertunang lagi Khalis sudah merancang untuk memberi nama baby kami Sulaiman.. Khalis suka nama sulaiman kerana Nabi Sulaiman, dan Sulaiman Al -Farsi yang mana ke dua duanya ialah tokoh pemimpin yang hebat. lagipun jarang sungguh orang beri nama nama sebegini. Sayangnya, bila lahir sahaja baby, Khalis nak menamakan Sulaiman telah mendapat bantahan VETO dari mak Khalis.. menurutnya,, semua orang bernama sulaiman yang dia kenal semuanya berperangai tak senonoh.. Jadi terpaksa la menggoogle nama anak..wahaha.. Dapatlah baby Khalis nama Sayf Muslim..

Tapi seorang wanita ini membuat kejutan apabila melancarkan fan page yang mana kalau dapat sejuta peminat, dia akan menamakan anaknya megatron.. Kalau korang tau yang Megatron ini adalah watak balaci jahat dalam Transformers. dan sekarang sudah ada lebih 1 juta orang likes termasuk Khalis.wahahha

Perpustakaan Tercanggih dan Unik di Dunia

Perpustakaan Tercanggih dan Unik di Dunia - Kalau Anda ke perpustakaan yang ada di Chicago Unversity mungkin akan tercengang dengan 2 hal, pertama gedungnya yang berbentuk sebuah kubah dan memanfaatkan 100% sinar matahari sebagai sumber penerangan.

Kedua, anda pasti bingung, kok yang katanya perpustakaan tapi Anda tidak bisa menemukan satu buku pun di perpustakaan ini.

Perpustakaan Tercanggih dan Unik di Dunia
Perpustakaan Tercanggih dan Unik di Dunia
Perpustakaan Tercanggih dan Unik di Dunia


Disebut dengan Joe and Rika Mansueto Library, perpustakaan ini mungkin akan menjadi perpustakaan tercanggih saat ini karena semua koleksi buku mereka disimpan di dalam tanah. Sedangkan untuk meletakkan dan menaruh buku semuanya dikerjakan dengan komputer dan robot.

Tempat penyimpanan buku tersebut terletak di dalam tanah dengan tingggi ruangan setara dengan 5 lantai dan semua buku disimpan dalam rak raksasa. Totalnya ada sekitar 3,5 juta buku.

Semua buku disimpan dalam sebuah wadah yang bisa menyimpan 100 buku dan wadah tersebut (total 35.000 wadah) akan diletakkan di rak raksasa tersebut dimana sebuah robot akan mengambil dan meletakkan buku berdasarkan sistim barcode.

Untuk meminjam buku anda bisa melakukannya secara online melalui komputer dan buku akan keluar ke meja khusus dalam waktu sekitar 5 menit saja.

Cara ini tentu saja bukan hanya lebih mudah dalam hal meletakkan dan mengambil buku tetapi sekaligus bisa hemat ruang sehingga menurut si pembuat, gudang buku ini bisa menyimpan 7 kali lebih banyak dibandingkan perpustakaan dengan ukuran yang sama.

Keren? Tentu saja karena perpustakaan ini menghabiskan dana sekitar US$ 81 juta dollar (sekitar Rp. 800 milyar).

Ingin tahu kenapa nama perpustakaannya Joe and Rika Mansueto Library? Itu karena Joe Mansueto dan Rika Yoshida yang merupakan alumni dari Chicago University adalah yang menyumbang uang sebesar US$ 25 juta makanya untuk rasa "terima kasih", perpustakaan ini diberi nama dengan nama mereka.

Perpustakaan Tercanggih dan Unik di Dunia
Perpustakaan Tercanggih dan Unik di Dunia
Perpustakaan Tercanggih dan Unik di Dunia
Perpustakaan Tercanggih dan Unik di Dunia
Perpustakaan Tercanggih dan Unik di Dunia

PASCA BERSIH:SPR SETUJU BERKEMPEN LEBIH DARI 1 MINGGU...


PETALING JAYA 29 JULAI: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini berjanji menetapkan tempoh lebih dari seminggu sebagai jangka waktu berkempen untuk pilihanraya umum ke 13 ekoran desakan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat.

“Kita akan menetapkan tempoh kempen yang sesuai untuk kepuasan hati semua orang. Itu tidak ada masalah. Jangan anggap kempen (adalah untuk) 7-8 hari. Itu perkara sejarah,” kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Wan Ahmad berkata pihaknya bagaimanapun tidak dapat memenuhi tuntuan supaya janga masa berkempen ditetapkan selama 21 hari kerana menurut beliau, polis tidak memberi kerjasama.

"Polis tidak dapat bekerjasama selama 24 jam (untuk 21 hari) kerana ianya tempoh yang lama," ujar beliau di forum Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (PROHAM) di sini petang tadi.

Jangka masa kempen pada PRU sebelum ini adalah antara seminggu hingga sembilan hari yang disifatkan parti pembangkang sebagai tidak memadai.

Sebelum bersetuju menetapkan tempoh kempen yang lebih lama, Wan Ahmad mendakwa tidak ada keperluan mengadakan tempoh berkempen panjang kerana parti politik yang bertanding sudah pun dikenali pengundi.

Gabungan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat lantang mendesak SPR menetapkan tempoh berkempen 21 hari untuk membolehkan mesej parti-parti politik sampai ke akar umbi.

Keperluan itu amat penting khususnya di Sabah dan Sarawak yang mempunyai kekangan lojistik serta kepadatan penduduk tinggi di kawasan pendalaman.

Pada wacana hari ini, Pengerusi Bersih Ambiga Sreenevasan menolak alasan yang diberikan oleh Wan Ahmad.

"Tempoh (kempen) 21 hari boleh diguna untuk pastikan rakyat dapat maklumat, khususnya mengenai calon. Ya, pengundi boleh tahu semua mengenai parti tersebut tapi (apabila) tempoh pendek ia tidak cukup untuk mengenali calon,” tegas beliau.

Sepanjang wawacana bersama Ambiga dan wakil Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Asean, Datuk Muhammad Mohd Shafee Abdullah itu, Wan Ahmad sekali lagi meletakkan segala keresahan rakyat terhadap ketelusan pilihanraya kepada kuasa-kuasa terhad yang diberikan kepada SPR.

Katanya SPR hanya sebagai sebuah badan yang mengendalikan pilihan raya selain memantau poster yang dinaikkan oleh parti-parti yang bertanding.

Keberkesanan SPR bergantung sepenuhnya terhadap sejauh mana pejabat Peguam Negara dan Parlimen mencadang dan meluluskan pindaan undang-undang yang ada sekarang, jelas beliau.

"Ianya amat susah untuk puaskan hati semua orang bila anda berada di tengah-tengah," kata beliau.

Seperti wacana Selasa lalu, Wan Ahmad menegaskan pihaknya tidak mempunyai kuasa-kuasa penguatkuasaan dan ia hanya sebuah badan yang menguruskan pilihan raya.

Justeru beliau berkata aduan-aduan mengenai pembelian undi, sogokan dan rasuah politik semasa kempen pilihanraya harus dirujuk kepada SPRM dan bukan pihaknya.

"Tidak pernah SPR ambil tindakan orang yang rasuah dalam pilihan raya ke mahkamah. SPRM ada (kuasa) untuk mendakwa," ujar beliau lagi.

Ambiga menggesa SPR untuk bangkit mempertahankan kewibawaannya sebagai sebuah badan yang bebas dari pengaruh mana-mana pihak, baik kerajaan atau pembangkang.

Beliau mahukan SPR menguatkuasakan Perkara 115(2) Akta Pilihan Raya 1958 SPR.

Ia memberikan SPR kuasa untuk melantik pasukan penguatkuasa untuk bertindak terhadap pihak yang mengamalkan rasuah dan kesalahan lain semasa PRU.

"Akta Pilihan Raya beri kuasa kepada SPR kerana ia menyebut pasukan penguatkuasa SPR berhak 'memastikan undang-undang bertulis diikuti pihak terlibat,' kata beliau.

“Jadi mereka berhak memanggil pihak berkuasa terlibat untuk membantu mereka jika mereka lihat aktiviti yang menyalahi akta itu. Mereka lihat dan mereka boleh lapor kepada polis atau sesiapa,” tambah Ambiga.

TVS News

NAJIB BARU SEDAR HARGA BARANG NAIK....HA HA HA



Dekat Pilihanraya, Baru Sedar Barang Keperluan Mahal

Di antara tanda pilihanraya ialah setiap h hari ahli Pas masuk umno. Tanda kedua apabila pemimpin BN bercakap untuk membela rakyat kerana kenaikan harga barang. Hari ini pula media mengumumkan Datuk Seri Najib mengumumkan kerajaan akan memerangi kos kehidupan rakyat. Beliau dengan penuh bangga menyatakan bahawa kerajaan akan menambahkan lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu Perangi Kos Kehidupan Yang Kian Meningkat sebagai usaha membantu meringankan beban rakyat ekoran kenaikan kos harga barang makanan.

Ini adalah petanda pilihanraya sudah hampir. Dekat pilihanraya baru Datuk Seri Najib sedar barang keperluan rakyat melonjak tinggi. Datin Rosmah tidak tahu berapa harga gula sekilo. Beliau hanya tahu membeli belah dan boros berbelanja tanpa memikirkan majoriti rakyat terpaksa mengikat perut kerana kenaikan harga barang.

Malang rakyat Malaysia mendapat pemimpin yang reaktif, bukan pro aktif ketika merangka dasar pembangunan ekonomi rakyat. Kenapa sekarang baru hendak memikirkan untuk menjana tanah di negara ini supaya harga makanan tidak naik. Sudah berapa lama pemimpin pembangkang menasihat kerajaan supaya jangan tinggal industri pertanian, kerana ia melibatkan keselamatan makanan.

Malaysia sepatutnya tidak terkesan dengan iklim ekonomi dunia jika negara mempunyai asas kuat dalam sektor pengeluaran makanan. Sebaliknya Malaysia suka mengimport makanan supaya memberi peluang kepada suku sakat umno Bn, biar pun rakyat yang terbeban. Contohnya pada tahun 1996, import makanan (termasuk makanan ternakan) dan import pertanian adalah RM10.5 bilion berbanding dengan RM4.6 bilion pada tahun 1990. Pada tahun 2010 jumlah import makanan telah mencecah RM26.7 bilion.

Apabila dekat pilihanraya baru hendak berlakon kononnya pemimpin negara ini menyelami penderitaan rakyat. Kita menyeru rakyat Malaysia supaya menukar kerajaan yang lebih adil dan bijak mengurus. Ini telah dibuktikan di Kelantan walau pun dengan kekangan kewangan namun pemimpin yang diberi taufik oleh Allah memfokuskan kepada usaha untuk menyenangkan rakyat

Sepatutnya pemimpin Bn kena malu kepada Singapura, walaupun negeri mereka hanya ada udara dan matahari sahaja, namun mereka berjaya membangunkan ekonomi dengan berjaya untuk kesenangan rakyat mereka. SUMBER

Sabtu, 30 Julai 2011

BERSIH 2.0: Saya tak sembunyi, kata Shuhardi

BERSIH 2.0: Saya tak sembunyi, kata Shuhardi

Shuhardi Md Isa, lelaki yang didakwa berlakon sebagai Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan BERSIH 2.0 di ibu negara pada 9 Julai lalu, hari ini menafikan dirinya bersembunyi, melarikan diri dan enggan bekerjasama dengan polis.

Shuhardi Md IsaShuhardi yang ditemui pada satu sidang akhbar di Kuala Lumpur, sebaliknya berkata beliau tidak pernah menerima sebarang surat rasmi memintanya menghadirkan diri bagi membantu siasatan dari mana-mana balai polis.

"Bukankah polis lebih profesional dan tahu segala prosuder jika mahu seseorang itu memberi keterangan berhubung apa-apa kes? Saya tidak bersembunyi, datanglah ke rumah saya dengan tertib. Saya akan bekerjasama dengan mereka (polis)," katanya.

Shuhardi yang juga Setiausaha Agung Persatuan Usahawan Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (Uruskop) menjelaskan, beliau terpaksa tampil memberi penjelasan berhubung kekeliruan kematian Allahyarham Baharudin kerana ia jelas
menjatuhkan maruah dirinya.

funeral baharudin bersih protester"Saya masih hidup... yang meninggal Allahyarham Baharudin. Saya ingat perkara ini dah selesai dan saya tidak perlu tampil beri keterangan kerana ada blogger-blogger yang mengeluarkan gambar saya dengan mengatakan saya adalah Allahyarham Baharudin, telah meminta maaf kepada saya.


Kekeliruan

"Tapi semalam bila saya lihat komen Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang berkata saya dipercayai menyembunyikan diri, saya terpaksa mendedahkan perkara ini," katanya.
Shuhardi Md IsaBeliau berkata polis sepatutnya menyiasat mereka yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan mengenai dirinya daripada menumpukan siasatan ke atas dirnya sendiri.

"Saya yakin pihak polis mampu membuat siasatan berdasarkan maklumat dalam internet tanpa perlu melibatkan saya. Malah saya rasa polis sepatutnya siasat mereka yang keluarkan kenyataan keliru mengenai mereka. Saya rasa sepatutnya saya yang menyaman mereka (blogger) yang salah dengan mengaitkan nama saya itu," katanya.

"Tetapi kerana kenyataan maaf dan pembetulan fakta yang dibuat seawal 10 Julai, maka saya menganggap perkara ini tidak perlu diperpanjangkan, malangnya kira-kira seminggu selepas peristiwa Bersih itu, pihak polis dan media masih mengaitkan nama saya," katanya.

Beliau berkata kekeliruan tersebut terlebih dahulu telah dijelaskan oleh anaknya menerusi "facebook" dengan menjelaskan bahawa gambar yang disiarkan bukanlah gambar Shuhardi yang pengsan dalam perhimpunan tersebut.
NONEBapa kepada dua isteri dan 10 anak ini mendakwa tidak berkomplot dengan mana-mana pihak tertentu untuk berlakon dalam apa jua "aksi" kematian serta tidak mengenali Allahyarham Baharudin (kanan) sendiri.

"Saya juga tidak kenal dengan mana-mana wartawan atau jurugambar yang datang buat liputan.Saya bukanlah "desperate" untuk dapatkan sogokan yang tidak bermaruah kerana Alhamdulillah saya hidup mewah," katanya.

Suhardi berkata beliau bersedia memberikan kerjasama dengan pihak sumber

Bukankah Fahaman UMNO Lebih Bahaya Daripada Wahabi?

Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man

Keghairahan UMNO melalui agensi Majis Keselamatan Negara (MKN) membuat tuduhan mengaitkan Wahabi dengan pengganas bukanlah sesuatu yang baik untuk negara.

Wahabi yang diasaskan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab mempunyai perbezaan dalam perkara furu', bukan soal penafian prinsip Islam. Kerana itu, ia diterima dan dianuti oleh kerajaan Arab Saudi dan beberapa negara lain.

Arab Saudi, sekurang-kurangnya telah melaksanakan hukum hudud, Qisas dan Takzir, akan tetapi Malaysia masih terkial-kial mencari formula mengatasi masalah jenayah dalam negara.

UMNO dalam sejarahnya pernah mengeluarkan kenyataan yang menghina hukum syarak, memperlekehkan sunnah nabi, menganggap negara akan mundur kalau melaksanakan Islam, bahkan lebih teruk dari itu, ada sebilangan pemimpin UMNO pernah menanggap politik suku agama suku.
Fahaman sekular yang dianuti oleh sebahagian pimpinan tertinggi menyebabkan Islam hanya ditadbir sebagai satu jabatan, bukan sebagai satu sistem kehidupan manusia.

Bukankah ini bukti fahaman UMNO yang berdasar sistem pragmatisme sebenarnya jauh lebih bahaya dari Wahabi?

Tuduhan mengaitkan beberapa tokoh agama dengan pengganas bukanlah perkara baru, bahkan ianya selaras dengan anggapan Amerika Syarikat terhadap gerakan Islam.

Cuma yang agak menghairankan bilamana ulamak Muda UMNO juga tergolong senarai pengganas.

Apakah Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengenakan mereka di bawah Ordinan darurat, sebagaimana nasib enam aktivitis PSM yang sehingga kini rakyat tidak tahu apa jenis ancaman yang mereka bawa kerana menyokong Bersih 2.0?

Kerana kalau benar ulama muda Umno ini ada kaitan dengan pengganas, bukankah ia sudah pasti menjadi ancaman kepada keselamatan negara?

Sehubungan itu, saya bersetuju dengan pandangan bekas mufti, Dr Asri Zainul Abidin agar 40 ulama muda Umno ini menyemak kembali penyertaan mereka dalam UMNO.

Tidak terfikirkah bahawa apabila ulamak Umno pun dicop sebagai pengganas, bukankah ini bermaksud pemimpin mereka lebih hebat lagi?
Tapi, apa yang hairannya, inilah Umno. Bagi mereka, kerja lanun merompak wang negara dengan membunuh karear politik musuh dalaman atau luaran mereka adalah satu kerja yang halal dan wajib dilaksanakan asalkan kuasa politik mereka terjaga.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

Siapa Yang Mendedahkan Dokumen Kastam?


" Jahat sungguh manusia yang buat mulut terhadap FLOM
( First Liability Of Malaysia). Tak habis-habis buat fitnah. Baiknya diri yang kena fitnah sehingga tak mahu layan lagi persoalan itu. Masa sekarang lebih baik bantu rakyat. Rakyat perlu bantuan dan pembelaan. Terutamanya dekat-dekat pilihanraya ini. Dua tiga bulan ini rakyat jadi kelaparan sangat secara tetiba. Kesian! Kesian! Dia orang ini tak habis-habis nak main politik fitnah. Kesian kat rakyat yang berbaris panjang nak bersalam tu.


Inilah masanya rakyat akan jeling-jeling permata di jari ini. Taklah mahal sangat. RM24 juta sahaja. Duit simpan sejak dalam perut emak. Queen tak mampu beli ni. Sekadar gaun kuning yang tak berapa sen tu bolehlah. Geram betul aku. Merah padam muka suamiku. Jagalah kau. Kau ingat kau sahaja boleh pakai kuning? Aku dalam punya lebih kuninglah dari you. Ori lagi.
FLOM, orang kata dokumen kastam dah ada di internet. Sialan betullah. Macam mana boleh bocor macam ni. Tak serik-seriklah mereka ni. Kan dah ada seorang mati jatuh bangunan. Tak nak insaf lagi? Tapi, soal-siasat tak akan di buat di tingkat tinggi lagi. Ah, itu tak jadi masalah. C4 kan masih banyak di dalam stor. Baik aku jadikan batu jampi daripada meletup sendiri.

“Kita akan bantu rakyat bukan kerana pilihanraya. Bantu rakyat ni memang dah kerja kita tak kira masa. Kita akan lahirkan modal-modal insan yang akan menjadi permata kepada negara kita apabila mereka dewasa nanti.” Ah, permata lagi. Terkejut beruk FLOM sambil menyembunyikan ‘Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond’ di balik selendang merah. Rakyat tersenyum, di belakang menyumpah. Kerana cincin sebentuk, tak pasal-pasal aku dikerah.

"Rakyat Perlu Tahu Sekarang...... Taming Sari Di Tangan Jebat."sumber

Jumaat, 29 Julai 2011

PASCA BERSIH:Borang 11 Penyelamat Pengundian Berganda..

Kepincangan Sistem Pilihan Raya - Borang 11 Penyelamat Pengundian Berganda.. Jom Kita Terjah

.

KUALA LUMPUR, 28 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini terus mendedahkan kepincangan sistem pilihan raya di negara ini dengan mendakwa manipulasi boleh berlaku pada Borang 11.

Menurut exconya Suhaizan Kaiat, Borang 11 merupakan borang yang membolehkan pengundi hantu untuk mengundi semasa pilihan raya.

Jelasnya, Borang 11 merupakan borang akuan akuan daripada pemilih yang mungkin mempunyai sedikit perbezaan nama atau no kad pengenalan dalam daftar pemilih yang menyebabkan beliau tidak dapat mengundi.

Bagaimanapun, ketua tempat mengundi katanya mempunyai kuasa yang besar untuk meluluskan sebarang permohonan daripada pemilih tadi dan membolehkan pemilih tadi mengundi seperti biasa.

"Di sinilah ruang manipulasi yang boleh digunakan oleh pengundi hantu," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Borang 11 diperakukan oleh seksyen 20(1) dan 20(2) Peraturan-peraturan Pilihan Raya(Perjalanan Pilihan Raya) 1981 seperti berikut :

20 (1) Ketua tempat mengundi di mana-mana tempat mengundi boleh, menurut budi bicaranya, menghendaki mana-mana pengundi, sebelum dia diberikan suatu kertas undi, untuk memberikan apa-apa keterangan mengenai identitinya sebagaimana yang difikirkan perlu oleh ketua tempat mengundi dan untuk membuat serta menandatangani akuan yang dinyatakan dalam borang 11 dalam Jadual Pertama dan tiap-tiap akuan itu hendaklah dikecualikan daripada duti setem.

20 (2) Jika mana-mana orang tidak memberikan keterangan itu atau enggan membuat akuan itu, ketua tempat mengundi hendaklah enggan memberikan kertas undi kepadanya.


Beliau turut mengemukakan contoh situasi bagaimana manipulasi Borang 11 boleh berlaku, seperti berikut:

Pada awal pagi Sharudin Bin Hussain yang mempunyai kad pengenalan baru 660808-02-6013 mengundi di Dun Bukit Selambau, Parlimen Merbok, Kedah tanpa sebarang masalah.

Pada sebelah petang beliau mengundi di Dun Pantai Merdeka, Sungai Petani, Kedah dengan membawa kad pengenalan yang sama namun nombor kad pengenalannya tidak sama dengan yang terdapat dalam daftar pemilih di Dun Pantai Merdeka. 4 digit nombor dihujungnya iaitu 6031 ditulis 5811 pada rekod daftar pemilih Dun Pantai Merdeka.

Maka beliau akan memberi alasan bahawa kad pengenalan lamanya sama iaitu A0509568. Oleh itu identiti Sharudin Bin Hussain dalam dafar pemilih Dun Pantai Merdeka, Parlimen Sungai Petani adalah identitinya. Beliau mengisi borang 11 dengan menyatakan bahawa nombor 4 digit dibelakangnya adalah salah iaitu bukan 5811 sebaliknya 6013 seperti dalam kad pengenalannya yang sah.

Ketua tempat mengundi dengan kuasa yang ada padanya boleh meluluskan permohonan ini. Maka Sharudin Bin Hussain boleh mengundi dua kali dalam pilihanraya tersebut.

Sehubungan itu, Suhaizan berkata ruang manipulasi borang 11 tersebut sewajibnya ditutup oleh SPR bagi mengelakkan pengundian lebih daripada sekali.

"Dewan Pemuda PAS mendesak agak borang 11, seksyen 20(1) dan 20(2) digugurkan daripada Peraturan-peraturan Pilihan Raya(Perjalanan Pilihan Raya) 1981. Walaupun ketua tempat mengundi mempunyai kuasa terhadap borang 11 tetapi kuasa ini sangat mudah dimanipulsi," tegasnya.

Sebelum ini Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dato Wan Ahmad bin Wan Omar telah mengaku bahawa terdapat kad pengenalan klon dalam daftar pemilih yang sah.

Kenyataan beliau telah dikeluarkan oleh The Star bertarikh 24hb Julai 2011 di bawah tajuk ”EC: Help us purge ‘clones’ from electoral roll” yang secara tidak langsung beliau telah mengaku bahawa pengundi hantu benar-benar wujud dalam daftar pemilih yang sah.SUMBER

Utusan, jangan terlalu melampau dalam penggunaan bahasa


"Sering kali kebelakangan ini kita terbaca di Utusan Malaysia beberapa artikel yang menyentuh tentang komen atau respon sesuatu pihak terhadap pihak yang lain terutamanya respon pihak kerajaan terhadap lawan mereka. Di dalam konteks ini sudah tentulah, mereka giat menyiarkan respon yang kononnya positif dari parti BN terhadap PR kerana BN merupakan tuan mereka.

Namun, apa yang tidak sedap di lihat ialah Utusan semakin hari semakin menjadi-jadi sifat buruknya dan semakin terserlah sifat ketidak professional mereka apabila kerap kali menggunakan perkataan yang extreme/melampau dalam menyampaikan mesej mereka.

Terbaru, mereka menulis tentang SPR tempelak pembangkang kerana buat keputusan melulu mengenai sistem biometrik. Tempelak jika difahami betul-betul bermaksud mencela. Bila sebut mencela atau celaan ini, sudah pasti lah perbuatan itu bersifat kasar dan pengamalnya boleh disifatkan sebagai pendokong budaya samseng.

Di sini kita dapat lihat yang SPR bersikap samseng apabila sesuka hati menempelak orang lain. Tidak lah diketahui samada tempelakan itu datangnya dari SPR sendiri atau Utusan yang mengada-ngada melaporkan sedemikian rupa kerana ingin mengampu. Jika benar begitu, kasihan SPR, kenyataan "lembut" mereka telah dimanipulasi oleh Utusan.

Apa salahnya jika Utusan menggunakan perkataan yang lebih lembut dan sopan seperti "Bidas" bagi menggantikan tempelak? Jangan lah kerana nak memuaskan nafsu sesetengah pihak, Utusan sanggup mengorbankan etika media dan kewartawanan. Jika benar seperti yang diwar-warkan yang Utusan ialah pengamal media Melayu no. 1 negara, mereka sepatutnya lebih berhemah dalam menyampaikan berita mereka dan bukannya menyokong budaya samseng. Ini sememangnya memalukan orang Melayu sendiri yang terkenal dengan budaya sopan dan berbudi pekerti.

Berdakwahlah dengan cara yang lembut dan berhemah tinggi.sumber

PETUA TAHAN LAMA.....

PETUA TAHAN LAMA

KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun. Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.
Gunakan sebelah pada 31 December 2010. Dan sebelah lagi pada 1 January 2011. Wah...tahan sampai 2 tahun kan?

NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama, Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria.
Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Kalau untuk lebih 'tahan lama', Bayarle zakat utk barang kemas tu atau pakai saja.
Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat. Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha ha ha...

PAKAIAN
Nak tahan lama, Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach.
Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach.Jangan bawa mandi kat beach.
Gantung bila disimpan. Cuci guna air jeram/hujan.
Jangan bagi pinjam kat kawan!!!. Kalau nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER... BAJU SENDIRI SIMPAN.

KERETA
Nak tahan lama.Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2. jangan bagi angin masuk.
jangan bagi abuk masuk. jangan bagi wap air masuk.bayar loan bulan2. sampai abis loan. gerenti tahan lama.

KENYANG
Kalau nak tahan lama,Sebelum makan - baca bismillallah dan doa. Akhir makan - doa dan ucap alhamdullillah...

UMUR
Umur nak tahan lama? Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah dan
jangan merokok!!! (bukan sebab rokok tu bahaya tapi bazirkan duit saja, kalau duit tak ada banyakkan lagi masalah).

ROKOK
Rokok nak tahan lama? Jangan hisapplah......!!!!, letak atas meja dan pandang saja.
P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang...sendiri mau ingat hahaaa.... Grin Grin Grin

TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam, Rajin-rajinlah tidur siang.

HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/hubungan, Jujur dan ikhlas je!!!!

Last word:
untuk BERTAHAN LAMA BERKAWAN...... sentiasa terbuka dan rasional...dan bergurau selalu.... keep in touch..

Bugatti dilelong RM2.08 juta, harga asal cuma RM290



SUSSEX, Britain - Sebuah kereta lumba Bugatti yang dibeli pada harga £60 (RM290) pada 1950 telah dijual dalam satu lelongan pada harga £430,000 (RM2.08 juta) pada Festival Kelajuan di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Kereta itu milik Jack Perkins dari Ruby, Warwickshire yang dibelinya di Nottinghamshire dan diubah suai untuk digunakan dalam perlumbaan.

Perkins yang merupakan seorang jurutera menggunakan kereta itu dalam perlumbaan Indianapolis 500 pada 1936 dan Kejuaraan Kebangsaan Amerika pada 1938.

Dia meninggal dunia pada 1992 dan berlumba sehingga Jun 1988 semasa berumur 78 tahun.

Balunya, Jean kemudian memutuskan untuk mempamerkan kereta itu di Muzium Kenderaan Haynes di Somerset sehingga Disember 2010.

Keluarga Perkins kemudian memutuskan untuk melelong kereta itu dalam satu acara lelongan pada hujung minggu lalu.

Identiti pemilik baharu kereta itu tidak diketahui. - Agensi

sumber::SUSSEX, Britain - Sebuah kereta lumba Bugatti yang dibeli pada harga £60 (RM290) pada 1950 telah dijual dalam satu lelongan pada harga £430,000 (RM2.08 juta) pada Festival Kelajuan di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Kereta itu milik Jack Perkins dari Ruby, Warwickshire yang dibelinya di Nottinghamshire dan diubah suai untuk digunakan dalam perlumbaan.

Perkins yang merupakan seorang jurutera menggunakan kereta itu dalam perlumbaan Indianapolis 500 pada 1936 dan Kejuaraan Kebangsaan Amerika pada 1938.

Dia meninggal dunia pada 1992 dan berlumba sehingga Jun 1988 semasa berumur 78 tahun.

Balunya, Jean kemudian memutuskan untuk mempamerkan kereta itu di Muzium Kenderaan Haynes di Somerset sehingga Disember 2010.

Keluarga Perkins kemudian memutuskan untuk melelong kereta itu dalam satu acara lelongan pada hujung minggu lalu.

Identiti pemilik baharu kereta itu tidak diketahui. - Agensi

Haneyya Menyeru Parlimen Seluruh Dunia Berusaha Mengangkat Sekatan di Gaza

Rabu, 27/07/2011 - Perdana menteri Gaza, Ismail Haneyya menyeru dunia supaya berusaha mengangkat dan menghapuskan sekatan dan kekangan yang menekan Semenanjung Gaza dan menghentikan tindakan kejam Israel ke atas penduduk Palestin.

Haneyya membuat kenyataan itu pada petang Ahad ketika pertemuan dengan delegasi senior parlimen Eropah, dan menambah bahawa seruan itu khasnya untuk parlimen Eropah dan amnya kepada parlimen seluruh dunia.

Beliau juga berharap agar lawatan delegasi itu juga membantu memecahkan sekatan ke atas Gaza, sambil memberitahu bahawa kerajaan dan rakyat Palestin sangat berterima kasih atas usaha yang dilakukan sehingga ke akhirnya.

Perdana Menteri itu memuji delagasi itu kerana melawat Gaza dan menerangkan kepada mereka tentang keadaan Palestin termasuk tindakan Israel yang sentiasa menyerang rakyat Palestin yang tidak bersenjata, terutamanya di bahagian pesisir (Gaza).

Delegasi itu berjanji akan membawa mesej perdana menteri ke seluruh dunia dan menyeru majlis antarabangsa menilai kembali posisi kerajaan di Gaza dan membuka dialog dengan kerajaan Palestin.

Datuk Ni Dah Bersara.. Siapa Nak Umum Tarikh Puasa dan Raya Tahun ni?


"Mantan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Y.M. Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim bin Engku Ngah, wajah yang tidak asing lagi setiap kali tiba saat pengumuman tarikh puasa dan hari raya di kaca TV. Beliau telah mula melaksanakan tanggungjawab tersebut sejak Januari 1989. Sememangnya aku membesar dengan muka 'atuk' ni setiap kali menjelang Ramadhan dan Hari Raya.

Akan tetapi, 'Datuk' ni telah pun bersara pada Januari 2011 yang lepas. Ini bermakna, puasa dan raya tahun ni, kita tidak akan dapat melihat lagi kelibat beliau di kaca TV. Dan kita semua bakal melihat muka baru pula setelah saban tahun melihat wajah yang sama.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang dilantik menggantikan 'atuk' tu adalah Y.Bhg. Datuk Syed Danial bin Syed Ahmad. Di bawah ini adalah gambar-gambar eksklusif beliau. Agak sukar untuk meng'google' gambar beliau. Mungkin kerana beliau masih baru dan belum dikenali ramai.

p/s : tidak kisahla siapa pun yang isytihar.. puasa tetap kena puasa.. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..

Kedai Rakyat 1M’sia: Mydin dapat RM1 bilion ?

PETALING JAYA: Pasar raya besar Mydin mendapat peruntukan kewangan dari kehttp://dnobiz.com/wp-content/uploads/2011/06/kedai-rakyat-1-Malaysia.gifrajaan sebanyak RM1 bilion bagi projek pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia.

Menurut sumber, peruntukan besar itu diluluskan oleh Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.



Kedai Rakyat 1Malaysia dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 22 Jun 2011 di LRT Kelana Jaya di sini.

Bagaimanapun, pemberian peruntukan RM1 bilion kepada Mydin tidak disenangi oleh pemimpin perniagaan Melayu.

“Mengapa diberikan kepada pasar raya Mydin, apa yang mereka bantu kepada peniaga Melayu.

Gergasi runcit

“Begini bukan cara untuk membantu peniaga Melayu…..ia untuk mengkayakan lagi gergasi runcit itu,” kata seorang pemimpin dewan pernigaan Melayu yang enggan namanya disiarkan.

Beliau menambah, sepatutnya peruntukan sebegitu besar diberikan kepada dewan perniagaan kerana mereka lebih tahu dan memahami bagaimana untuk memajukan peniaga Melayu.

Sementara itu, Presiden Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur (DPMMKL) Datuk Syed Amin Aljefry berkata, tahap perniagaan orang Melayu masih tidak berganjak.

Bagaimanapun, beliau menolak dakwaan pihak tertentu kononnya peniaga Melayu tidak mampu bersaing dengan peniaga kaum lain.

“Cuma barangkali peniaga Melayu masih menghadapi kelemahan dalam bidang pemasaran tetapi dalam bidang yang lain kita boleh bersaing dengan sesiapa pun,” tambahnya.

Khamis, 28 Julai 2011

Dah pencen baru bersuara......


"Mengapa mereka hanya bersuara diambang persaraan?

Pertama

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pernah mengeluarkan kenyataan mengenai campur tangan pihak ketiga didalam tugas PDRM, boleh rujuk di sini dan sini. Berikut merupakan antara ucapan beliau.

"Semua jenis orang mengganggu, orang-orang dari kementerian itu sendiri, orang-orang luar yang berkepentingan seperti orang-orang yang mahu melakukan perkara-perkara yang tidak betul - mereka akan cuba untuk mengganggu"

"kementerian yang saya sebutkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), sudah tentu kementerian lain yang tidak boleh memberikan saya arahan "


"Saya tidak mahu ada pihak beri arahan salah. Arahan mesti dari polis, bukan dari orang luar.

"Malah, ada pegawai-pegawai saya yang dikawal. Tindakan sedemikian salah dan ianya terbukti membelakangkan undang-undang"


"Saya hanya luahkan perkara yang betul supaya semua pihak sedar tindakan campur tangan itu boleh menjejaskan siasatan.

"Saya sentiasa mengingatkan bakal KPN akan datang supaya menjadi pemimpin yang baik dan jangan biarkan sesiapa mempengaruhinya melakukan perkara melanggar undang-undang dan berhati-hati kerana banyak kritikan perlu dihadapi.

"Jika kita komited, ikhlas dan jalankan tugas untuk Allah, kita tidak akan kecewa,"


Kedua
Bekas Hakim Makamah Tinggi Sibu, Ian HC Chin, pernah mendedahkan ugutan Perdana Menteri, Dr.Mahathir untuk memecat mana-mana hakim yang membuat keputusan tidak menyebelahi pihak kerajaan. Antara petikan dari beliau. Rujuk di sini dan sini.



"Perdana Menteri ketika itu menyuarakan rasa tidak gembira dengan keputusan berkenaan (keputusan berhubung petisyen pilihan raya kerusi Bukit Begunan yang memihak kepada calon Bebas, Donald Lawan pada 21 April 1997) dan beliau merujuk kes itu sebagai 'the Borneo Case' serta bertanya sama ada hakim yang membuat keputusan itu, hadir pada persidangan terbabit.


"Apa yang saya dedahkan ini berlaku selepas dua penghakiman saya iaitu keputusan kes petisyen pilihan raya kerusi Bukit Begunan dan saman fitnah pada 5 Februari 1997 (Raveychandran v Lai Su Chon & Ors).

"Dalam penghakiman saman fitnah itu, saya merujuk kepada kes 'MGG Pillai V Tan Sri Dato Vincent Tan Chee Yioun & Other Appeals (1995) 2 MLJ 493' dan menjadikannya alasan untuk menolak pemberian pampasan yang luar biasa tinggi dalam kes saman fitnah terhadap keperibadian seseorang," katanya dipetik oleh The Borneo Post.

"Hanya seorang Hakim Mahkamah Rayuan memberi maklum balas dengan bertanya sama ada beliau (Dr Mahathir) akan gembira sekiranya sejumlah RM1 juta ditetapkan sebagai ganti rugi dalam kes saman fitnah.

"Beliau (Dr Mahathir) bersetuju dengan cadangan itu dan menunjukkan rasa puas hatinya dengan memberi kenaikan pangkat kepada hakim berkenaan (kini sudah meninggal dunia) ke Mahkamah Persekutuan apabila wujud kekosongan walaupun ada ramai hakim yang lebih kanan.

"Saya amat kecewa dengan semua ini tetapi beberapa Hakim Mahkamah Persekutuan menemui saya selepas sesi dialog itu dan memberi nasihat jangan mempedulikannya. Malah, yang lebih melegakan saya apabila seorang Hakim Mahkamah Tinggi menyifatkan perbuatan bekas Perdana Menteri itu sebagai keterlaluan.

"Seingat saya, sejurus selepas bekas Perdana Menteri itu mengambil alih pentadbiran negara, beliau giat berkempen membanteras rasuah dan mahu setiap orang takutkan Tuhan tetapi berdasarkan apa yang berlaku pada persidangan itu, ternyata beliau mahu orang takut untuk membuat penghakiman yang tidak disukainya," kata Chin.

Chin berkata, selepas persidangan itu, beliau menyertai satu bengkel antara 26 hingga 30 Mei 1997 bersama beberapa hakim dan pegawai kehakiman yang didakwanya berlaku usaha mempengaruhi mereka supaya berpegang kepada pandangan bahawa kepentingan kerajaan harus diberi keutamaan mutlak apabila membuat penghakiman.

"Saranan yang keji itu dilakukan Presiden Mahkamah Rayuan sendiri dan tiada siapa pun bersuara ketika sesi soal jawab. Pencabulan keadilan tidak berakhir di situ. Suatu pagi, rakan sejawat, Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang menemui saya ketika kami bersama-sama berkhidmat di Kuching.

"Beliau menyuarakan kekecewaan berikutan panggilan telefon daripada Ketua Hakim Negara ketika itu, meminta beliau menolak petisyen pilihan raya yang akan didengar di Kota Kinabalu.

"Kamil meminta pendapat saya. Kami menimbang kemungkinan membuat laporan polis atau menulis kepada Ketua Hakim Negara bagi merekodkan apa yang dicakapkan menerusi telefon tetapi beliau memutuskan tidak melakukan apa-apa kerana tiada bukti melainkan dakwaannya terhadap Ketua Hakim Negara,"

"Walaupun beliau (Dr Mahathir) kini bukan lagi Perdana Menteri dan tidak boleh mengugut untuk melucutkan jawatan mana-mana hakim dan tidak sepatutnya digeruni hakim, gabungan parti yang pernah diterajuinya masih berkuasa dan responden kedua dalam kes ini menang atas tiket gabungan itu. Jadi mungkin ada yang berpendapat saya masih menyimpan dendam terhadap mana-mana pihak.

"Oleh itu, saya mahu mendengar daripada pihak berkenaan (peguam atau mereka yang terbabit) sama ada wujud kebimbangan seumpama itu dan mahu memohon supaya saya menarik diri. Kerana pendedahan ini, pihak yang terbabit dalam sebahagian besar penghakiman saya sejak insiden 1997 tentu bimbang kemungkinan saya tunduk kepada tekanan sehingga mempengaruhi penghakiman.

"Tiada kata-kata yang dapat melenyapkan semua kebimbangan itu. Anda perlu membaca penghakiman saya dan memutuskan sama ada ia berasaskan bukti dan undang-undang atau sebaliknya dipengaruhi ugutan,"

Ketiga
Bekas Hakim Makamah Persekutuan, Gopal Sri Ram, pernah mendedahkan bahawa hakim menjadi 'alat' kepada eksekutif yang melantik mereka. Antara petikan beliau. Boleh rujuk sini dan sini.



"Hakim begitu gelisah untuk membantu eksekutif...dan apabila anda mengetepikan undang-undang untuk membantu mereka, hasilnya ialah penghakiman yang mengarut,”

Sebagai contoh, beliau berkata apabila mahkamah menyerahkan kepada mahkamah persekutuan untuk membuat keputusan yang diinginkan oleh kerajaan persekutuan.

Sri Ram berkata campurtangan eksekutif itu jelas bertentangan dengan doktrin pengasingan kuasa.
Kuasa untuk menentukan salah atau tidah serta menghukum adalah eksklusif di tangan badan kehakiman dan Sri Ram berkata tanggungjawab itu tidak sepatutnya dinodai oleh eksekutif.

Utusan belum perlu bayar tunggakan bonus lagi

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Utusan Melayu (M) Bhd bagi mencabar keputusan Mahkamah Perusahaan yang mengarahkan syarikat akhbar milik Umno itu membayar tunggakan bonus dua bulan gaji kepada petugasnya bagi 2009.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Abang Iskandar Abang Hashim di kamarnya pagi ini.

"Mahkamah menetapkan 14 September bagi mendengar permohonan semakan kehakiman,” katanya.

Utusan Melayu diwakili oleh peguam S Rutheran.

Pada 24 Mei Mahkamah Perusahaan memerintahkan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad membayar tunggakan bonus dua bulan gaji kepada petugasnya.

Presiden mahkamah itu Susila Sithamparam berkata Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) yang membawa kes itu ke mahkamah telah membuktikan bahawa Utusan Melayu mencatat keuntungan pada tahun berkenaan.

Kata beliau dalam penyata beraudit 2009 yang terkandung dalam laporan Tahunan 2009nya, Utusan Melayu mengisytiharkan bahawa ia mencatat keuntungan kumpulan berjumlah RM5.121.

"Responden (Utusan Melayu) tidak boleh menolak hakikat bahawa ia adalah sebuah syarikat pemegangan dan mempunyai anak syarikat. Mahkamah berpendapat perkataan "keuntungan" atau "profit" dalam Perkara 44 Perjanjian Bersama membawa maksud keuntungan yang diraihnya sebagai sebuah syarikat pemegangan pada 2009.

"Kesatuan itu telah membuktikan responden (Utusan Melayu) mencatat keuntungan pada 2009," katanya.

Susila memerintahkan Utusan Melayu mematuhi Perkara 44 Perjanjian Bersama dengan serta-merta.

NUJ membawa kes itu ke mahkamah pada 23 Mac tahun lalu apabila Utusan Melayu tidak membayar bonus dua bulan gaji kepada petugasnya untuk 2009 dengan alasan sehingga 31 Dis 2009, penerbit akhbar Utusan Malaysia itu mengalami kerugian RM26,169,490 sebagai syarikat individu.

NUJ memohon mahkamah memerintahkan syarikat itu supaya mematuhi Perkara 44 Perjanjian Bersama bertarikh 5 Sept 2006 yang ditandatangani antara NUJ and Utusan Melayu (M) Bhd.

Manusia Pelik Di Dunia

Manusia pelik Di Dunia, Manusia hantu, Manusia seram, Manusia aneh, Manusia misteri, Manusia berhantu, Manusia menakutkan, Manusia kisah seram, Manusia filem seram, Manusia cerita seram, Manusia cerita, Manusia gambar, Manusia foto, Manusia lagu, Manusia latar belakang, Manusia misteri nusantara, Manusia cacat


01

Lama rambut
Cina Pu???County, asli daerah kursi Lipu staf perempuan di department store.
Cahaya hitam, panjang di Amerika Serikat pada tahun 1994, memiliki rambut panjang 3,869 meter rambut panjang merupakan Guinness Book of World Records pada tahun 1999, mereka untuk rambut panjang 5,085 meter, mata-openers.

02

Lagi janggut
Lebih dari 60 tahun desa panjal India kuno kota di barat India?????
3,75 meter untuk menampilkan mereka janggut panjang, mulai dari 38-tahun-potong lagi pada janggut,
Dia telah diterapkan ke Guinness Book of World Records.

03

Kuku Terpanjang
Salt Lake City, Utah Amerika Serikat 65 tahun wanita dari Jerman, dan Jerman di Mongolia li ? sejak 1979, menolak untuk memotong kuku indah mereka sendiri, sehingga mereka lebih panjang.
Pada tahun 2006, panjang paku pada setiap dia lebih dari 0,84 meter (33 inci), kedua mencapai total panjang fingernails 8,53 meter (28 kaki)
Edmund di mana telah menjadi Guinness World Record for the longest fingernails dalam Manusia

04
Hidung terbesar di dunia
Turki dari 57 tahun telah membangun sekitar Danau Mehmet Oz ?
Karena yang panjang-panjang 8,8 sentimeter-panjang hidung, secara resmi dinamakan sebagai “telah lama hidung terbesar di dunia manusia” raksasa dan hidung juga telah dimasukkan ke dalam Guinness Book of World Records.

05

Lagi hidung
Jurang yang????? Emmott 80-tahun dari orang tua yang tinggal di pedesaan Turki. Nya hidung dari usia muda dan tidak sama dengan orang lain. Pengukuran dari orang tua dan menemukan sebuah hidung memiliki panjang 14 cm panjang dan sekarang telah membuat sebuah Guinness Book of World Records lagi hidung.

06

Manusia yang paling menonjol mata
American Kim Goodman ? exophthalmos membuat matanya 11 millimeters berbeda.
13 Jun 1998, Los Angeles, California di Amerika Serikat “prime time: Guinness Book of World Records” TV show film di tempat matanya diukur.
Kim adalah dia memakai topi es di kepala setelah hit tiba-tiba, untuk pertama kalinya menemukan bahwa dia adalah unik dan mengejutkan beberapa bakat.
Her mata adalah jauh lebih menonjol dari biasanya.
Sejak itu yang menganga sepanjang pembayaran, ia akan ke mata.

PM Turki kurangkan hubungan dengan Israel jika enggan minta maaf

Rabu, 27/07/2011 - Akhbar Turki, Hurriyet melaporkan bahawa Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata beliau akan menggunakan Pelan “B” jika usaha baru-baru ini bagi mendapatkan permohonan maaf dari Israel gagal. Erdogan mengancam untuk terus melemahkan hubungan yang sudah retak dengan Israel dengan mengurangkan lagi wakil diplomatik Turki di Tel Aviv berikutan Israel menolak untuk meminta maaf atas serangan maut tentera laut mereka ka atas kapal Turki- Mavi Marmara, membayar pampasan kepada keluarga mereka yang mati dalam serangan serta membatalkan sekatan ke atas Semenanjung Gaza.

Sembilan rakyat Turki terbunuh dalam serangan terhadap kapal itu dalam usaha untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan berikutan sekatan unilateral Israel ke atas Semenanjung Gaza.

Rabu, 27 Julai 2011

Kain Kapan Termahal Di Dunia.....

Ini merupakan kain kafan BVLGARI yang asli.Hanya dijual kepada orang-orang kaya di Arab Saudi.Astarghfirullahalazim , walaupun kain kapannya harga beratus-ratus ribu itu belum tentu boleh menjamin kita di alam kubur dan akhirat.

kain kapan bvlgari

kain kapan bvlgari

kain kapan bvlgari

kain kapan bvlgari

kain kapan bvlgari

85,000 tiket Malaysia lawan Singapura habis dijual

Semua 85,000 tiket yang disediakan untuk perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Piala Dunia antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur malam esok, telah habis dijual, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek hari ini.

Beliau berkata, penjualan tiket yang menggalakkan dan di luar jangkaan itu membuktikan sokongan padu rakyat Malaysia terhadap pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya tetap kukuh.

"Petang ini semua 85,000 tiket sudah habis dijual yang membuktikan rakyat Malaysia sememangnya yakin dengan pasukan kebangsaan.

"Saya menyeru semua penyokong datang memberi sokongan padu sehingga kita menang saingan ini,” katanya kepada Bernama ketika ditemui dalam tren KLIA Transit dalam perjalanan ke KL Sentral bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta anggota kabinet yang lain bagi kempen kibar Jalur Gemilang.

Sebanyak 60,000 tiket telah dibeli pada hari pertama tiket perlawanan itu dijual Selasa lalu.

Malaysia kalah 3-5 pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar di republik itu, Sabtu lalu.

- Bernama

Sistem Biometrik: Terlalu mahal, tiada timbang tara, terlalu lama untuk dilaksanakan

Mewakili Sekretariat PakatanRakyat, kami mengalu-alukan penyataan Perdana Menteri mengenai pelaksanaan sistem biometrik yang secara tidak langsung mengesahkan bahawa pengundi hantu dan pengundian berulang-kali memang wujud dalam amalan pilihanraya di negara ini. Langkah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mencadangkan pelaksanaan sistem biometrik untuk mengekang masalah pengundi hantu dan pengundian berulang kali adalah bukti bahawa pimpinan Barisan Nasional sekalipun tidak mampu menafikan suara rakyat yang menyertai BERSIH2.0.

Maka, kita wajar mengucapkantahniah kepada ratusan ribu rakyat Malaysia yang menyertai kempen BERSIH 2.0 dan turun ke perhimpunan aman pada 9 Julai 2011 baru-baru ini. Tanpa kesabaran dan keberanian mereka, SPR dan Barisan Nasional akan terus menafikan bahawa penipuan-penipuan ini wujud.

Namun begitu, penerimaan terbuka oleh SPR dan Barisan Nasional itu diikuti pula dengan cadangan sistem biometrikyang hanya akan menambahkan masalah; bukannya menyelesaikan pelbagai penipuan yang berlaku selama ini. Kosnya menelan belanja ratusan juta ringgit dan akan membebankan rakyat yang sudah pun berhadapan dengan bebanan kos sara hidup yang tinggi.

Mereka yang biasa dengan pelaksanaan sistem biometrik dan sistem komputer yang melibatkan seluruh negara dan jutaan rakyat Malaysia tahu bahawa sistem sebegini akan berhadapan dengan pelbagai masalah teknikal dan risiko keselamatan sistem. Maka tidak hairanlah SPR tidak boleh memberi komitmen sama ada ia boleh dilaksanakan menjelang PRU13; kerana mereka sendiri sedar ia akan mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan.

Lebih penting lagi adalah ketidakupayaan sistem biometrik menghalang pengundi hantu dan pengundi berulangkali kerana ia dibina berdasarkan pendekatan yang salah; iaitu setiap yang mempunyai kad pengenalan adalah pengundi yang sah. Ini akan membolehkan ramai pendatang asing yang diberikan kad pengenalan mengundi dalam PRU13.

Justeru, pendirian banyak pihak yang mempersoalkan kewarasan dan kebijaksanaan cadangan itu adalah tepat apatah lagi apabila penyelesaian sedia ada melalui penggunaan dakwat kekal adalah mudah, murah dan berkesan. Bukan sahaja sistem biometrik mahal dan memakan masa untuk dilaksanakan, kita juga khuatir ia akan melambatkan proses membuang undi pada hari pengundian yang akan mengurangkan kecenderungan pengundi keluar mengundi.

Sistem biometrik juga akan menghapuskan proses timbang tara (melalui penyertaan ejen mengundi/polling agent dan ejen pengiraan/counting agent dalam proses membuang undi) sedia ada yang memberi ruang kepada parti-parti politik memainkan peranan memastikan pilihanraya adalah adil dan saksama. Apabila tanggungjawab dan kuasa (sekarang ini di tangan ejen mengundi dan ejen pengiraan) untuk menyemak pengundi dan memastikan proses pengiraan adalah adil dipindahkan sepenuhnya kepada sebuah sistem komputer, parti-parti politik tidak ada peluang untuk memeriksa, menyemak dan memainkan peranan dalam proses pembuangan dan pengiraan undi.

Kewujudan peluang ini sebagai proses timbang tara adalah ciri-ciri utama sebuah pilihanraya yang bersih dan adil. Makanya, sebarang langkah yang berhasrat untuk menghapuskan penglibatan parti-parti politik sebagai timbang tara adalah bertentangan dengan kehendak rakyat yang disuarakan melalui BERSIH 2.0.

SPR wajib kembali kepada 8 tuntutan yang disuarakan melalui BERSIH2.0 terutamanya penggunaan dakwat kekalkerana langkah itu adalah berkesan, murah, memberdayakan peranan parti-parti politik dan digunakan secara meluas di seluruh dunia. Sistem pilihanraya di negara ini memerlukan reformasi keseluruhan, bukannya pindaan-pindaan kecil yang akan menelan belanja ratusan juta tetapi menimbulkan pelbagai masalah baru yang menyemarakkan kemarahan rakyat.

*Kenyataan daripada sekretariat Pakatan Rakyat, diwakili Mohd Hatta Md Ramli (Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS), Liew Chin Tong (Setiausaha Antarabangsa DAP) dan Rafizi Ramli (Pengarah Strategi PKR).

Analisis :Sistem Biometrik; Bukan masalah teknikal, tapi hilang percaya...

Adakah sistem biometrik yang diperkenalkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal membasmi penyelewengan "pengundi hantu", dalam pilihan raya yang akan datang? Pakar dalam bidang biometrik mengakui bahawa dari segi teknikalnya, ia adalah mudah, digunakan secara umum, malah kosnya tidak tinggi, namun sistem ini gagal membasmi penyelewengan sepenuhnya.

Teh Hon Seng (gambar kanan) yang berkecimpung dalam sistem biometrik berkata, sistem ini telah wujud di negara kita, iaitu cap jari dan maklumat yang terkandung dalam MyKad. Beliau mengambil contoh bagaimana MyKad dan cap jari sudah memadai apabila kita menyemak akaun kita di bank mahupun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Identiti pemilik MyKad boleh dikenalpasti kerana Mykad mengandungi maklumat cap jari pemiliknya.

Maka beliau menjangkakan tiada masalah besar seandainya sistem ini juga digunakan ketika pilihan raya. Malah, beliau menganggap ia lebih baik daripada dakwat kekal, kerana seandainya sistem ini dilaksanakan, seseorang pengundi yang layak tidak perlu mendaftar sebagai pengundi lagi, kerana memadai dengan MyKad, Mykad Reader (alat pembaca kad) dan pengenalpastian cap jari.

Menurut Teh Hon Seng, penggunaan sistem ini tidak menelan kos yang tinggi, lain kata seandainya ada pihak yang cuba mengaut keuntungan dari projek ini. Pada perhitungannya, alat pembaca kad dijual pada harga antara RM300 hingga RM500 di Malaysia. Jikalau satu alat pembaca kad ditempatkan di setiap saluran pusat pengundian, maka hanya beberapa ribu yang dibelanjakan di setiap pusat pengundian.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa penyelewangan tetap akan wujud meskipun sistem biometrik digunakan. "Sistem itu baik, namun ada kemungkinan juga berlaku penyelewengan dengan menggunakan komputer. Cuma, ia agak rumit untuk berbuat demikian."

Teh Hon Seng berkata, di luar sistem tersebut, penyelewengan tetap boleh berlaku seandainya petugas diarah untuk membenarkan mereka yang cap jarinya tidak selaras dengan MyKad-nya masuk untuk mengundi. Malah dalam keadaan yang tidak dipantau, penyelewengan lebih senang untuk mengambil tempat.

Selain itu, sistem biometrik juga berdepan dengan masalah teknikal, misalnya kulit pada jari yang sudah rapuh, sehingga sukar untuk dikenalpasti alat sistem biometrik, kata Teh Hon Seng.

Chin Huat: Masalahnya hilang percaya...

AJK BERSIH 2.0 Wong Chin Huat pula berterus-terang, bahawa persoalan sistem biometrik sebenarnya kembali kepada masalah "kepercayaan". Beliau mengambil contoh, apabila kita menggunakan perkhidmatan online banking, kita sebenarnya menaruh kepercayaan kepada pihak bank.

Beliau berkata, pertukaran dalam urus-niaga adalah jelas, wang ditukar dengan barang, namun teknologi di alam internet adalah "tanpa bunyi, tanpa bayang, tanpa bau" - ia bukan senang untuk membina kepercayaan kerana semuanya "maya". Masalahnya hari ini adalah rakyat telah hilang percaya terhadap kerajaan. Justeru itu, Wong Chin Huat (gambar kanan) mempersoalkan, bagaimana kerajaan meraih kepercayaan rakyat dengan memperkenalkan sistem biometrik?

Pada hemat Wong Chin Huat, syarat yang ada pada hari ini belum memadai untuk melaksanakan sistem biometrik, maka kerajaan harus melaksanakan salah satu tuntutan BERSIH 2.0, iaitu "penggunaan dakwat kekal". Seandainya kerajaan enggan berbuat demikian, Wong mencabar kerajaan untuk mendedahkan rancangan kerajaan sepenuhnya dalam reformasi sistem pilihan raya, agar dibuka untuk perbincangan awam.

KEDAH.FM menjadi alat propaganda UMNO


Walaupun nenek ni dah tua, tapi telinga ni kira ok lagi….macam besa pagi2 lpas ‘menyorok’ nenek buka la radio nak sejukkan telinga ni, at the moment, pukul 8 pagi, jd buka la Radio Malaysia Kedah f.m…..nak tau gak berita2 pasai Kedah ni….

Tapi, malang tidak berbau, sebagai rakyat yang nak tau isu2 semasa, dah tentu pasal Kedah….hairan bin ajaibnya semua berita dalam Radio Malaysia Kedah f.m. dok cita yang baik2 pasai UMNO….pasai kerajaan negeri (Pakatan Rakyat) semuanya tak baik, buat tu tak baik, buat yang ni tak baik…pendek kata, semuanya buat tak betul saja la….sana jahat, sini jahat

Ni bukan sekali nenek dok dengaq, banyak kali dah, tun pun yang nenek terbuka chanel radio tu, tak kira yang tak buka lagi…

Elok radio tu kita ubah nama RADIO UMNO KEDAH F.M….jadi kita tau berita depa siar pasai UMNO saja yang baik dan betul2 belaka keja depa buat kat orang Kedah…..

Kalau macam ni cara depa (UMNO), camna orang Kedah nak tau apa yang kerajaan la buat kat rakyat, takkan dah takluk Kedah nak buat benda tak elok kat rakyat….tak logik langsung…..

Dalam radio tadi, depa buat cita pasai kerajaan la tak buat pa2 kat orang2 di Kuala Kedah, x da pembangunan walau dah 3 TAHUN PERINTAH….

Wartawan tu pun interbiu nelayan kat situ, dia punya cita macam nak marah p nada, tergelak pun ada…

Ada ka patut dia kata, kerajaan patut buat tempat tuk nelayan2 jual kat situ bagi orang luar mai beli situ, tapi apa pun kerajaan tak buat, tak tolong orang2 susah….

Dia fikir ka dak, masa BN perintah 50 TAHUN DULU apa yang depa buat kat orang2 kat situ, depa senang ka dulu???? Bila dah PAS perintah, terus jadi susah, miskin….logik ka tu????

Abis tu dah 50 TAHUN SENANG takkan tak boleh simpan duit sampai la ni….ni 3 TAHUN BARU PERINTAH dah hingaq suruh buat macam2….masa 50 TAHUN DULU ampa tak kata apa pun…

Nenek tak marah kat orang kampung tu, tapi geram la, dia cakap pnm cm baca dialog saja…dah wartawan tu bg skrip, baca ja la….dapat duit lagi kot (maaf kalau silap)…..

Ni ccita pasai budak2 KUIN kena gantung, dalam radio kata depa kena gantung tanpa buat siasatan (macam cita CSI)….nenek tua ni kesian tengok budak2 tu, last2 depa juga kena…

Nenek nak tanya depa, masa depa dok demo tu, depa siasat tak dulu perkara yang betul…depa kata KUIN halau budak2 Tahfiz…tak halau pun, depa yang rasa dihalau….6 hero ini pun buat demo la….pi cita kat suratkhabar la, yang tu tak betul yang ni tak betul…tapi depa tak kata plak nak jumpa MB dulu ka…..depa boleh kata MB yang patut jumpa depa….

Radio UMNO Kedah FM... tapi guna duit rakyat

Kekejaman Tentera Jepun

Kekejaman Tentera Jepun, yang pernah menjajah negara kita dulu ..tapi ini berlaku di negara lain..Di bawah beberapa gambar kekejaman tentera jepun ,jom saksikan


000_a676c623975e2cb684ad2c6c5f1874b51

001_9b5b04b9824fc61f4226a25fe74b728c1

002_b92d156ecc04c0a5ace9aa846f13f2981

003_f1b9f6e84efc73daf70c1ed4e9c008a21

004_d6f8aea78da9312713058dd39cdb1e1f1

005_b84ab2c1d85dbc3d2dc5539a4f8391461

006_ca77782262b421eb1a8e2d781ed6ed931

007_1ec3462152856e3f510824b8688e61251

008_24632996004843518b3321f3e141cef21

009_d271c68ddb85f30ecd354e7070b624d01

010_d95a392b3deff5064fd7b3ddc8d2b11b1

011_9d032a6943533eeb2722205c0517afbc1

012_2825540901469539ac318a7c365533221

013_ca26dd2c3f8044c4fe5dff555eab743f1

014_6eaa5620ed02a6378a801a534c4610821

015_b3e62d7d10c9926c13829e850f32fcff1

016_96fe140514f205ec45324377f2620e422

017_b1b946a1c6bd55e79bee0fa4c3eac96c1

018_18086005ad0148879a32ddb1407437171

019_313db27aa2e2b9959d69fbeaba7d29f71

020_a3d6e4397e6174d456eb1beb32d727c81

021_f550e9132ea991789dd6ea50817d2fcf1

022_573284f65a32454ea5119e1adb0e50661

023_626cc7da06d1ab927ec0a4947da66f711

025_d3459b69bdaef6a42cec0972102796861

026_67f427e2989655945409fbcdf5c3a9741

027_7d214a10fc6db5436501630f6b4694fd1

028_55eab33094dd382918fdd2dbe16613f91

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

http://bongsuwhitepolkadot.blogspot.com/2012/05/nota-kemahiran-hidup-tingkatan-2.html