ISLAM IBARAT ROH ..MELAYU IBARAT JASAD ..Siapa yang Paling Bertakwa dialah yang terbaik..ALLAHUAKBAR
Isnin, 30 April 2012
gambar:salah satu taktik sb pakai gelang kuning
Walaupun gambar agak x clear, boleh perhatikan pergelangan kiri masing2 - korg akan perasan gegelang kuning yg depa pakai.

Polis Yg Buka Sekatan Di Dataran Semalam?

---------------------------------------------------------------------------------

Ini pula satu dari contoh yang dinyatakan oleh SU UMNO kat atas tu..

Ahad, 29 April 2012
Sabtu, 28 April 2012
kecemasan ada 6 set pemasangan gangguan bunyi utk pekakkan telinga
Kecemasan! ! ! share! ! !
Dah lihat? ? ?
Kerajaan BN membeli enam set peralatan AKUISTIK jauh JARAJ, bersedia untuk menyerang rakyat pada hari 428
DBKL telah pemasangan gangguan bunyi frekuensi tinggi,
Dipercayai digunakan untuk menyuraikan perhimpunan esok.
Ini boleh menyebabkan rasa sakit dan kehilangan pendengaran sementara, sila membawa earplug!
Segera share! ! !
The BN government purchased six sets of equipment LRAD(Long Range Aquistic Device) , ready to attack the citizen on 428,
City Hall staff installating of high-frequency sound interference, Believed to be used to disperse the rally tomorrow.
This may cause pain and temporary hearing loss, please bring earplugs!
SHare Immediately! ! !
Isnin, 23 April 2012
Rakyat tidak lagi hanya angguk dan terima
Sama
jugalah keadaannya di Malaysia di mana pemerintah sudah berkuasa lebih
setengah abad. UMNO-Barisan Nasional pastinya berharap rakyat menerima
bulat-bulat segala cogan kata mereka. Antara cogan kata yang lebih
mudah diserapi ialah "Satu lagi projek Barisan Nasional". Slogan ini
boleh ditemui di mana-mana tapak projek pembangunan yang ditaja kerajaan
dan rakyat umum pun sudah menerima sebagai hakikat bahawa "projek" itu
semestinya "BN". Kalau bukan BN, siapa lagi?Walau bagaimanapun, keberkesanan cogan kata BN tersebut ada buruknya juga. Projek kerajaan tidak semestinya berjaya dan ada kalanya gagal dan terpaksa dilupakan begitu sahaja. Namun, berapa lama lagikah rakyat harus turut perintah UMNO supaya terus lupa dan leka? Persoalannya, sudahkah tiba waktunya untuk rakyat membilang kembali kegagalan dan bangkit melawan kebobrokan yang sudah keterlaluan?
Tahun 2008 terpahat dalam sejarah Malaysia (bergantung kepada siapa yang menulisnya) sebagai tahun rakyat menyuarakan hasrat untuk perubahan. Harapan ini dimanifestasikan melalui keputusan PRU-12 yang melihat UMNO-BN hilang majoriti 2/3 dalam Dewan Rakyat dan parti-parti pembangkang dipilih menjadi kerajaan di empat negeri - Selangor, Perak, Pulau Pinang, dan Kedah - di samping Kelantan yang sekian lama menjadi kubu PAS. Jangkaan bahawa UMNO-BN pastinya berubah juga tidak kesampaian kerana dalam tempoh empat tahun kemudiannya, pelbagai indikator menunjukkan rejim setengah abad ini tidak mampu mengubah tabiat zalimnya. Kalau sudah 50 tahun memerintah tanpa perlu menghiraukan sesiapa, memanglah sukar untuknya berubah dan menjadi baik dengan tiba-tiba.
Jelasnya,
motivasi UMNO-BN dalam politik negara adalah untuk mengekalkan kuasa,
walau apa jua yang berlaku. Terdapat kajian sejarah yang menafsirkan
tragedi pada 13 Mei 1969 bukan sebagai konflik yang organik, tetapi
sebenarnya dimanipulasi untuk menguntungkan pihak-pihak tertentu dalam
merampas tampuk kuasa kerajaan persekutuan. Akibatnya, mitos orang
Melayu melawan bukan Melayu demi mempertahankan maruah bangsa dan negara
telah dicipta semula berkali-kali untuk memperkasakan ideologi
perkauman UMNO sebagai sesuatu yang semulajadi, seoalah-olah ia perintah
Tuhan. Struktur penghasilan dan pengekalan kuasa ini serupa jika tidak
sama dengan konsep Dewaraja pada zaman feudal.Untuk UMNO terus berkuasa, rakyat perlu percaya dan menerima tanpa syarat bahawa orang Melayu ditindas golongan bukan Melayu. Untuk UMNO terus relevan, rakyat perlu sentiasa dipecahbelahkan supaya sistem perwakilan politik kita terus bergantung pada kontrak perkongsian kuasa yang ditandatangani si bangsawan dan dimaktubkan sebagai kontrak sosial tanpa sebarang konsensus rakyat. Maka, sesiapa yang berani mempersoalkan UMNO seringkali dilabel anti-Melayu, anti-Islam, atau anti-Raja. Label-label ini barangkali alasan mudah untuk tindakan kekerasan diambil ke atas mereka yang tidak turut perintah. Ramai juga yang terkena dan meringkuk bertahun-tahun dalam penjara.
Namun,
tanpa disedari UMNO, zaman sudah berubah. Rakyat biasa tanpa mengira
kaum dan agama sudah menemui matlamat yang sama dalam tuntutan supaya
negara dibebaskan daripada penyelewengan dan pentadbiran kotor. Gerakan
BERSIH 2.0 yang menuntut pilihanraya adil dan bersih adalah salah satu
contoh rakyat mampu bersatu demi matlamat yang sama dalam melawan
kerakusan UMNO-BN. Tuntutan BERSIH bukan hanya supaya BN dikalahkan,
sebaliknya BN harus menang dalam pilihan raya yang tidak dipersoalkan
kesahihannya. Kenapa BN takut pilihanraya bersih? Kenapa tidak memberi
hak mengundi secara automatik kepada sesiapa yang layak? Kenapa daftar
pengundi tidak telus dan bersih? Kenapa boleh terjadi 300 orang
pengundi dalam sebuah rumah? Kenapa orang mati masih layak mengundi?
Kenapa orang asing boleh menjadi warganegara dan pengundi sah dalam satu
hari? Kenapa SPR tidak pernah mengenali penyelewangan pilihanraya?
Kenapa dakwat kekal yang dijanjikan tiba-tiba ditarik perlaksanaannya
pada PRU-12? Kenapa Najib Razak yang hampir kalah pada 1999 tiba-tiba
menang dengan majoriti lebih 95 kali ganda pada 2004?
Soalan-soalan
di atas bukan sahaja tidak mampu dijawab UMNO-BN, malah Perdana Menteri
sendiri tidak kenal malu apabila menjanjikan demokrasi yang terbaik di
dunia. Tak sempat rakyat habis ketawa, Ketua Polis Negara mengumumkan
hanya 1% anggota polis terlibat rasuah. Terkini, Pengerusi SPR pula
berkata daftar pengundi Malaysia adalah yang terbersih di seluruh
dunia. Saya ingin meminta maaf terlebih dahulu, tetapi tiada kata-kata
yang lebih sesuai untuk menggambarkan respons saya selain ungkapan
Bahasa Inggeris "What the hell!"Adakah rakyat akan menerima penjelasan si pemerintah dengan begitu sahaja? Ataupun kita turun ke ibukota pada Sabtu ini, 28 April, 2012 dan menghantar mesej yang jelas kepada bangsawan baru negara ini, iaitu kita tidak akan lagi tunduk dan menerima, kita akan bantah dan minta supaya yang rosak dibuang, yang jahat dipenjarakan, dan yang zalim dihancurkan.
Perubahan ini perlu bermula dari kesedaran rakyat bawahan sendiri. Rakyat perlu memberanikan diri supaya tidak lagi angguk dan terima, duduk dan diam, atau putus asa dan lupa. Rakyat boleh mengubah nasib negara dan masyarakat sekiranya kita berganding bahu dan bangkit melawan. Demokrasi bukan lagi permainan yang dikawal si pemerintah dan rakyat tidak akan terus menerima arahan bahawa demokrasi hanya boleh terpakai di tempat-tempat tertentu. Peristiwa perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2012 telah menunjukkan rakyat akan menang dalam pertarungan demokrasi jalanan walau apapun yang berlaku. Meriam air kimia, gas pemedih mata, dan macam-macam lagi keganasan polis boleh menyakitkan dan mencederakan para peserta, tetapi pemerintah tidak berupaya menewaskan semangat rakyat yang perjuangkan keadilan.
428, kita jumpa di Kuala Lumpur.
Rabu, 18 April 2012
Isnin, 16 April 2012
GAMBAR MARKAS PAS DI ROBOH OLEH BN
Gambar Markas PAS Di Roboh Umno BN
Namun kerana kerakusan dan kezaliman rejim Ali Rustam yang kian hari kian goyah telah nekad untuk merobohkan mercu tanda ini.
Namun semangat pengerak dan penyokong gerakan Islam PAS kawasan Bukit Katil tidak akan goyah dengan peristiwa pahit ini. Peristiwa pahit ini akan menambahkan lagi semangat kami untuk menumbangkan rejim Ali Rustam pada PRU 13 nanti..
SUMBER
Ahad, 15 April 2012
ISU PTPTN:KEBODOHAN TAHAP MELAMPAU!!!!

KEBODOHAN ISU PTPTN MEMANG DAH MELAMPAU!!!Ada Timbalan Dekan buat statement dalam berita yang semua loan mesti dibayar lebih dia ambil contoh caj bank yang patuh syariah (samada dalam bentuk upah atau apa-apa saja).Siap Berita pencacai di tv pada hari ini gunakan hadith...Ni yang dikatakan bangang tak bertempat agak2 ler nak bandingkan loan untuk beli barang dengan loan untuk belajar!! ,aper dia ingat pendidikan ini barang ker per...
kesimpulannya "say yes for free education "sekiranya tak reti nak buat serah pada pakatan rakyat perintah ..Ini lah realiti media malaysia cuba sedaya upaya mempertahankan pemerintah biarkan untuk mengurangkan beban rakyat.tidak pula kedengaran suara anwar ibrahim berhujah dalam tv yang ada kritikan yang bagi saya tidak adil kerana hujah dari pihak yang tak pro kerajaan dinafikan terus tanpa ada peluang untuk
disampaikan .
Sabtu, 14 April 2012
Isu kapal selam menarik perhatian media Hong Kong
Ketika kes pengambilan komisen pembelian kapal selam masih dalam siasatan mahkamah Perancis, pengamal media Hong Kong mendedahkan melalui laman internet bahawa 36 juta euro disyaki telah disalurkan kepada Najib dan rakannya melalui sebuah syarikat Hong Kong.
Kini, media Hong Kong, Ming Pao mulai mengikuti perkembangan kes ini, malah mengesahkan bahawa Abdul Razak adalah salah seorang pengarah syarikat Hong Kong tersebut.
Ming Pao, sebuah akbar yang dimiliki Tiong Hiew King, tycoon Malaysia, telah melaporkan pada 7 April 2012, bahawa sebuah syarikat Hong Kong diheret dalam kes ini, di mana sebuah syarikat Perancis disyaki menyogok Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia sekarang, yang menyandang jawatan Menteri Pertahanan ketika kes ini berlaku.
Menurut laporannya, yang memetik sebuah agensi berita, bahawa syarikat DCNS telah menjual tiga kapal selam kepada Malaysia sebelum ini, dan 36 juta euro disyaki telah disalurkan kepada Najib dan rakannya, melalui sebuah syarikat Hong Kong.
Setelah siasatan dibuat, Ming Pao telah mengesahkan bahawa syarikat Hong Kong tersebut bernama Terasasi, dengan Abdul Razak Baginda dan Abdul Mulim Baginda sebagai pengarah syarikat. Kedua-dua orang ini beralamatkan Kuala Lumpur, tetapi alamat syarikat di Hong Kong ini merupakan syarikat setiausaha.
Laporan ini memetik tulisan John Berthelsen, Editor Eksekutif akhbar The Standard di Hong Kong yang tulisannya disiarkan di laman The Asia Sentinel.
Sebelum ini, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar mendesak agar Perdana Menteri Najib menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, dan menyaman John Berthesen serta Asia Sentinel sekiranya ia jelas merupakan satu fitnah semata-mata..
*Tulisan ini disedut dan diterjemah dari teks asal.
Khamis, 12 April 2012
Hamidah bagi kita ambil undi pangkah sdr radzi zainon....
Barang Hamidah sedang beredar
Dalam pada itu, ada pula yang bertanya, daripada peruntukan mana pula Hamidah memberi kali ini?
| http://ajijoi.blogspot.com/, | 11 Apr 2012 |
Rabu, 11 April 2012
Anak Lelaki Dato Harussani Kini Bersama PAS
Anak Lelaki Dato Harussani berbaju coklat ...Ketika sesi ceramah Pakatan rakyat
Di Taman Soon Choon Ipoh Semalam..
Surah Hud ayat 15-16
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.
- Pemimpin Yang Menipu Rakyat
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).
Arkib Blog
-
▼
2012
(75)
-
▼
April
(21)
- video 5 minit sebelum gas dilepaskan
- gambar:salah satu taktik sb pakai gelang kuning
- Video Perbandingan BBC News Dengan astro ..Lihat s...
- Polis Yg Buka Sekatan Di Dataran Semalam?
- sentimental video bersih 3.0
- kecemasan ada 6 set pemasangan gangguan bunyi utk ...
- Rakyat tidak lagi hanya angguk dan terima
- GAMBAR LAWAK PERLI NAJIB ..KAH KAH KAH
- GAMBAR MARKAS PAS DI ROBOH OLEH BN
- ISU PTPTN:KEBODOHAN TAHAP MELAMPAU!!!!
- Isu kapal selam menarik perhatian media Hong Kong
- Hamidah bagi kita ambil undi pangkah sdr radzi za...
- Anak Lelaki Dato Harussani Kini Bersama PAS
- bersih 3.0:Bagaimana SPR Menipu di Perak?
- Tuu dia..Bapak altantuya kembali lagi..
- Midah sekali lagi membuat onar ...Kini di soon cho...
- The Best Of Ustaz Azhar Idrus
- JOM BERSIH 3.0 :KERAGUAAN WARGA ASING MENGUNDI D...
- MCA kondem Islam.. DAP tanya IKIM nak tahu Islam.....
- Mohon Solat Hajat Untuk Tuan Guru Dr.Harun Din
- BUDAYA GENGSTER DALAM UMNO MAKIN MENJADI -MENJADI ...
-
▼
April
(21)
http://wirajiwa.bumicyber.com/
-
-
恫言622在马莫草场扎营过夜 青年阵线准备示威至国会宣誓37 minit yang lalu
-
Kenali Mursyidul Am Ikhwan Muslimin dari dahulu sehingga sekarang54 minit yang lalu
-
Dua kongsi gelap berebut kawasan edar dadah di Taiping.Sejam yang lalu
-
Gempar!! Timbalan Pengerusi SPR Masuk Umno?Sejam yang lalu
-
Tulahan : Dulu PAS tegas, sekarang ?2 jam yang lalu
-
-
-
Anwar Nafi Bincang Kerajaan Perpaduan – FOKUS3 jam yang lalu
-
-
"Pas takkan bersama Umno..Umno bawa Islam celup"-TGNA5 jam yang lalu
-
Ini sumber dana Umno BN untuk PRU13?6 jam yang lalu
-
Kali Ini Pasti Berbeza: Sedia Untuk Lebih Dari Sehari6 jam yang lalu
-
-
-
Pekak Kena Lempang Guru Sebab Tayar Pancit13 jam yang lalu
-
-
isu kenaikan tambang basSehari yang lalu
-
-
Kerajaan Nak Main Sorok2 La Pulak...!!!!Sehari yang lalu
-
24.6.13 : Kuli PM, Anwar TPM?2 hari yang lalu
-
@abdhalimspeaker fail petisyen Dun Teluk Bahang3 hari yang lalu
-
Gempar! Najib Umumkan Skuad Mujahidin Ke Syria3 hari yang lalu
-
Gambar Mangsa Bersama Kereta Tertimbus 6 Meter Di PP..4 hari yang lalu
-
-
NAIB CANSELOR UiTM KUTUK CINA? RASIS?6 hari yang lalu
-
-
Kesan Ajinomoto Pada KesihatanSeminggu yang lalu
-
WANITA Meninggal Dunia SELEPAS Pembedahan MEMBESARKAN PAYUDARASeminggu yang lalu
-
-
Multazam...Tempat paling dimakbulkan doa!Seminggu yang lalu
-
Chamberlain goal for England vs Brazil2 minggu yang lalu
-
-
Kita Berjuang Bukan Untuk JawatanSebulan yang lalu
-
Analisis PRU13 : Hadapi Penipuan UMNoBN Dengan Muslihat di PRU14Sebulan yang lalu
-
PRU13: BAKAL MENJADI KENYATAAN!Sebulan yang lalu
-
Gambar Maria Farida Liuk Lentuk Di GimSebulan yang lalu
-
PENGALAMAN INDAH BERSAMA BN SEPANJANG 2012 - SIRI TIGA4 bulan yang lalu
-
-
Di Sekitar PIKOM PC Fair 2012 (III) @ KL Convention Centre6 bulan yang lalu
-
Cara mengatasi ganguan untuk melayari MediaPerak.Com7 bulan yang lalu
-
Doa Untuk M'hilangkn Rasa Marah9 bulan yang lalu
-
-
-
LAMAnya tak bukak blogSetahun yang lalu
-
Tok Guru temu mata puak-puak demo di Shah AlamSetahun yang lalu
-
-
