Blogger diberi amaran oleh Pak Menteri namun akhbar arus perdana di"galakkan" membuat liputan perbicaraan kes liwat edisi II. Ini menunjukkan secara jelas dua "standard" yang berbeza.
Akhbar Utusan Malaysia menyiarkan gambar-gambar katil dan tilam di kondominium dengan fakta yang tidak berpaut kepada keterangan mana-mana pihak.
Konspirasi 2: Laporan Dilihat Memfitnah Anwar
Kuala Lumpur, 5 Februari - Utusan Malaysia terus membuat laporan yang dilihat memfitnah Anwar walaupun akhbar itu di tegur oleh hakim perbicaraan semalam.
Namun Hakim Mohamad Zaibin Mohd Diah masih enggan mengenakan tindakan menghina mahkamah terhadap Utusan.
Akhbar itu hari ini menyiarkan pula gambar-gambar dengan berita yang tidak berpaut kepada fakta kes.
Semalam, Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat membuat laporan polis terhadap Utusan kerana dikatakan menyiarkan laporan ini yang dilihat bersifat fitnah bersabit keterangan Saiful.
Hari ini pula utusan menyiarkan gambar-gambar katil dan tilam di kondominium dengan fakta yang tidak berpaut kepada keterangan mana-mana pihak.
Gambar-gambar ini diambil oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia dan disebarkan kepada semua media asing walaupun secara umumnya wartawan dan jurugambar lain tidak dibenarkan masuk ke kondominium berkenaan.
“Tetapi keterangan gambar dari mana Utusan sendiri boleh dapat, dia tidak tahu apa yang dikatakan oleh Saiful semasa itu, tiada wartawan di dalam bilik itu, tetapi dia sanggup menulis keterangan gambar apa yang dikatakan Saiful Bukhari kepada hakim dan sebagainya.
“Jadi ini jelas konspirasi yang melibatkan Umno iaitu tuan punya Utusan Malaysia dan mungkin Perdana Menteri.
“Mengapa ini boleh dibuat oleh Bernama dan bersengkokol dengan Utusan Malaysia di nama saya nampak ramai media lain tidak guna kerana mereka tiada di situ sendiri. Tetapi yang khususnya Utusan Malaysia terbitkan di muka depan dengan banyak keterangan gambar yang tidak betul,”katanya.
Peguam Anwar Sankara Nair berkata selain Utusan, Sinar Harian turut melakukan kesalahan serius dengan memberi fakta salah bersabit gambar-gambar di muka depannya.
“Kami sebagai peguam telah membantah dan memohon kepada mahkamah satu amaran keras diberikan kepada Utusan dengan Sinar Harian yang telah menyiarkan gambar bersama berita tersebut.
“Walaubagaimanapun mahkamah telah menolak dan kami tidak puas hati dengan keputusan mahkamah.”
Beliau berkata mahkamah perlu mengeluarkan satu amaran keras kepada media tersebut memandangkan ianya disalah laporkan.
“Ini masanya yang sudah berlaku di sini, ini adalah menghina mahkamah dan juga sesuatu kesalahan di bawah akta media cetak dan publikasi,”katanya.
-Yusmawati Mhd Yusof/Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz/selangorkini
===================================================================================
Penulis Blog Perlu Bertanggungjawab & Beretika Lapor Kes Liwat Anwar
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Penulis blog perlu bertanggungjawab dan beretika dalam melaporkan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengelakkan tidak boleh diulas kerana masih dibicarakan atau mempengaruhi keputusan tersebut.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata mereka mempunyai tanggungjawab terhadap masyarakat, di samping masih tertakluk pada undang-undang berkaitan komunikasi di negara ini.
"Dengan trend yang ada sekarang ini, saya percaya penulis-penulis blog pun akan terasa mereka perlu bertanggungjawab terhadap masyarakat dan tidak bebas seperti aliran air semata-mata, mencurahkan ke sana dan melimpah ke sini.
"Mereka sendiri akhirnya akan ditembusi undang-undang. Mahu tidak mahu, undang-undang akan mencekau mereka pada tahap yang tertentu. Sebelum itu berlaku, seperti yang berlaku kepada penuntut di Aswara (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan), haruslah mereka memperbaiki pendirian mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan buku 'Melakar Jejak - Biografi Mohd Yusof Noor' di sini Jumaat.
Katanya Jabatan Peguam Negara sentiasa memantau laporan yang disiarkan menerusi blog-blog tertentu mengenai cara kes berkenaan dihuraikan, "sama ada secara am atau menghina dan menyalahi hukuman tidak boleh diulas."
Sementara itu, Rais berkata kementerian itu tidak menghalang atau menyekat Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk melaporkan perbicaraan kes berkenaan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh mahkamah.
RTM juga dibenar menggunakan istilah-istilah tertentu yang digunapakai oleh mahkamah disiarkan menerusi siaran berita tempatan bagi tujuan pengetahuan awam.
"Kes itu boleh dilaporkan mengikut sumber mahkamah, tinggal lagi kita tidak boleh membuat komen yang mempengaruhi pendirian hakim atau perkara yang sedang berjalan diberi komen baik buruknya.
"Kalau menceritakan tentang perjalanan kes itu seperti yang dizahirkan oleh mahkamah, ini kepentingan awam dan perlu diketahui," katanya.
Kes perbicaraan Anwar, 63, yang juga ketua Pembangkang serta Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008 bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu lepas.
BERNAMA
ISLAM IBARAT ROH ..MELAYU IBARAT JASAD ..Siapa yang Paling Bertakwa dialah yang terbaik..ALLAHUAKBAR
Sabtu, 6 Februari 2010
akhbar perdana yang teruk blogger cuma sampaikan kebenaran
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Surah Hud ayat 15-16
15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.
- Pemimpin Yang Menipu Rakyat
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).
Arkib Blog
-
▼
2010
(374)
-
▼
Februari
(52)
- jawapan standard masakini tentang pemakaian tudung
- 7 Tugas Dakwah Nabi SAW
- Tanda Cinta Terhadap Rasulullah S.A.W
- 2 kisah satu cerita ( menyesalkah rakyat selangor ...
- Royalty Minyak: 'Pa" Tak Konsisten
- Jawatankuasa Tata Tertib Kekang Putar Belit Media
- Rekod Maulidur Rasul Tanpa Perarakan Pulau Pinang
- Royalti: Ku Li sarat hujjah, Tok Pa tong kosong?
- Anwar Tangga ke 32 Global Thinker
- Melayu Dan Mamak Penang
- Tan Sri Harussani! Perempuan ini bagaimana? ( Apab...
- Inkues : Dr Pornthip vs Dr. Shahidan Md Noor ( go...
- Nah ...apa yang UMNO telah buat pada melayu di pul...
- Perarakan maulidur rasul tamparan hebat kepada uLA...
- Konflik Dalaman Dalam Gerakan Ikhwan Muslimin: Cer...
- 3 pakar DNA asing telah dilantiK DS Anwar Ibrahim
- PERHATIAN : thequran.com. adalah dakyah jahat mus...
- Orang Melayu dibuai angan-angan UMNO
- Cuaca Panas Luar Biasa Sekarang Apakah Bala Dari A...
- Tidak cukup dengan berarak, angkat sepanduk dan be...
- TGNA: Sebenar-benar mau-lud wujudkan suasana Islam...
- Beza Hukuman Rasuah di China vs Malaysia
- Anwar Ibrahim:DImalaysia dia dihina oleh media ban...
- Gempar : Musa Hasan terperangkap,
- akhbar utusan meloya: pemimpin UMNO suka ambil ber...
- Lihatlah Surat Ini. Aduh Malunya!!
- Engkau taknak kami Pun tak ingin aka berambus lagi...
- bior satu terkorban dari semua terkorban ..
- 100 ahli keluar parti satu pembohongan
- Muzakarah Hanya Untuk Isu Agama Sahaja - TGNA
- BN(BARANG NAIK) =Minyak naik 1 Mei 2010
- Permainan politik BN
- Enam sekeluarga yang rentung dalam kemalangan dike...
- Australia Mendahului Kritikan Antarabangsa Terhada...
- Skrip Saiful "Tak Lengkap"
- UMNO sudah suka berdemontrasi.
- Utusan Meloya mengabaikan kebajikan staffnya..Utam...
- Nukilan Zaid Ibrahim Mengenai Mahkamah
- akhbar perdana yang teruk blogger cuma sampaikan k...
- kebanggaan terserlah di wajah saifool biarpun maru...
- Ramlang Porigi sekali memperakui Anwar Difitnah
- Kes Liwat 2 - karut dan menjijikkan Sapa Nak Perc...
- Rileks La Bro. Parpukari Dok Maki Orang, Selamba Jer
- utusan memang meloyakan ...
- Misteri: Imej Baru Tanda Lekuk Hitam Pada Dahi Si ...
- Contoh Pemalsuan Bukti Untuk Kaitkan Anwar
- siapakah yang bercelaru !!!
- Siapa Dalang Membunuh Mahmud Mabhuh, Tokoh Brigade...
- Inilah yang dilaungkan konsep satu malaysia
- Cabaran zamry tak releven dan tak masuk akal
- Harga sebuah perjuangan Mossad bunuh pemimpin kana...
- Umno-BN Diselubungi Ketakutan Melampau
-
▼
Februari
(52)
blogger sempoi
-
-
Mohammed Yousef Manasra Pegawai Polis Yang HeroSetahun yang lalu
-
-
Kisah Rahmah : Nabi dan jenazah seorang Yahudi5 tahun yang lalu
-
Haram Hukumnya Wanita Mengikuti Senam Aerobic5 tahun yang lalu
-
Gelagat Pas Lebih Umno Daripada Umno6 tahun yang lalu
-
#YaAkhi,You Tell Me Now!!! Apa yang Ditolak??6 tahun yang lalu
-
MB ucap selamat berjaya kepada calon SPM6 tahun yang lalu
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN7 tahun yang lalu
-
-
Pembekal Bendera dan Barangan Kempen Pilihan Raya7 tahun yang lalu
-
Cara Bangun Untuk Bertahajjud.8 tahun yang lalu
-
-
-
Promo Indomaret9 tahun yang lalu
-
Pecah Berita Lagi!!!9 tahun yang lalu
-
Terima kasih rakyat Malaysia9 tahun yang lalu
-
Anak Nik Aziz Sertai Amanah9 tahun yang lalu
-
Ampun Tuanku !! Tolong Pecat Najib Dan Peguam Negara9 tahun yang lalu
-
-
RM2.6 billion untuk lawan DAP10 tahun yang lalu
-
Arsenal bakal sambar Reus10 tahun yang lalu
-
Zikir Munajat.avi10 tahun yang lalu
-
-
Lagi Pencalonan Untuk TG Hj Abd Hadi Dan Tuan Ibrahim10 tahun yang lalu
-
Politik samseng ganas makin berakar dalam PAS?10 tahun yang lalu
-
-
PRK Teluk Ensen ... undi BN tambah 0.35% je .. ce pikio11 tahun yang lalu
-
-
-
LEMBU Korban MENGAMUK Di IPOH, 9 Cedera11 tahun yang lalu
-
cartoon sex12 tahun yang lalu
-
Hakikat BN, PAS dan Syiah12 tahun yang lalu
-
PRU13: BAKAL MENJADI KENYATAAN!12 tahun yang lalu
-
Di Sekitar PIKOM PC Fair 2012 (III) @ KL Convention Centre12 tahun yang lalu
-
-
'Masuk PAS kerana prinsip, rezeki Allah tentukan'13 tahun yang lalu
-
gajah oh gajah13 tahun yang lalu
-
Tok Guru temu mata puak-puak demo di Shah Alam13 tahun yang lalu
-
Hujan Itu Rahmat14 tahun yang lalu
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah16 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan