لَوْ كَانَ عَرَضاً قَرِيباً وَسَفَراً قَاصِداً لاَّتَّبَعُوكَ وَلَـكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ وَسَيَحْلِفُونَ بِاللّهِ لَوِ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ يُهْلِكُونَ أَنفُسَهُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ
Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).

Buat Renungan Pengunjung

Bible menyebut,"Berikan kepada raja-raja apa yang menjadi milik raja dan berikan kepada tuhan apa yang menjadi milik tuhan ."Akibatnya ,prinsip itu menyempitkan agama dengan pemerintahan negara .Antara faktor-faktor adalah doktrin-doktrin sekular yang memisahkan undang-undang dengan agama......

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Wednesday, February 10, 2010

BN(BARANG NAIK) =Minyak naik 1 Mei 2010

Minyak pasti naik 1 Mei 2010 ini. Dulu kata hanya pada 1 Mei 2010 rakyat akan tahu berapa akan naik (bukan minyak naik tapi dijual tanpa subsidi).


Tapi sekarang kemungkinan akan diumum dua bulan lebih awal (agaknya sebab orang takut beli kereta sebelum 1 Mei 2010, nanti jualan kereta merudum).

Menurut penganalisis permotoran terkemuka iaitu Paul Tan, hanya akhbar Sin Chew yang dapat sedikit maklumat mengenai mekanisma kenaikan minyak pada 1 Mei 2010 ini , iaitu :

1. Satu mekanisma pendaftaran kenderaan akan diadakan pada bulan Mac 2010.

2. Mereka yang ada lebih dari satu kereta hanya layak untuk membeli minyak pada harga subsidi untuk satu kereta sahaja . (Jadilah kenalah pindah daftar kereta atas nama isteri, isteri-isteri ke, anak-anak ke, ayah ke, datuk ke, nenek ke, asalkan masih hidup dan bukan hantu).

3. Mereka yang tiada kenderaan tidak akan dapat subsidi.

4. Jika pengguna menggunakan lebih minyak dalam tempoh sebulan, selebihnya dia akan membeli minyak tanpa sebarang subsidi.

5. Kuota sebulan adalah antara 100 liter ke 300 liter.

6. Kapasiti enjin atau cc kenderaan kemungkinan tidak diambil kira dalam mekanisma ini (mungkin pukul rata).

Bersedialah kita semua untuk ikat perut. Puasa , dapat pahala.

Biar minyak naik, jangan kita naik minyak. Motosikal kan ada, apa susah.

************ ********* ********* ****
It looks like Sin Chew has some details according to an unnamed source.

- Some kind of ‘registration exercise’ will begin in March in preparation for the new system’s implementation on the 1st of May.
- Maybe the government has changed their mind and will reveal our new nightmare two months ahead instead of the night before?
- Someone who owns multiple cars will only be eligible for subsidy worth for one car only.
- Someone who does not own a car does not get any subsidy quota.
- If a car owner finishes his monthly subsidy quota, the person can continue to puchase fuel, but at unsubsidised market rates.
- Quota is expected to be anything between 100 to 300 liters per month.
-The government is considering removing the engine capacity variable from the formula that determines your monthly subsidy.

Sumber : http://paultan. org/2010/ 02/01/new- updates-on- may-1st-fuel- subsidy-system/

[+/-] Read More...

Permainan politik BN





Pada masa ini terdapat beberapa jenis game yang sedang dimainkan serentak oleh BN. Diantaranya ialah:-

1) 'Game lakonan/Acting game':
Disini watak utama ialah seorang lelaki muda bernama Saiful yang berlakon dalam filem berjudul Liwat Bab 2. Walaupun lakonannya tidak memuaskan langsung, penulis berpendapat mungkin beliau akan berjaya meraih anugerah pelakon terbaik dari pihak BN

Dalam skrip baru ini yang telah ditiru dari skrip lama, Saiful telah membuat tuduhan bahawa beliau telah diliwat oleh Anwar Ibrahim, ketua pembangkang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pada masa kejadian tersebut dalam tahun 2008, Anwar pun sudah berumur 60 tahun lebih dan adalah sukar untuk dipercayai bahawa seorang lelaki muda yang berumur 20 tahun lebih seperti Saiful tidak mampu melepaskan satu tumbukan yang hebat untuk menjatuhkan Anwar jika diserang oleh Anwar seperti yang diceritakan olehnya di Mahkamah. Takkan Saiful begitu taufoo sekali sehingga tidak boleh berlawan dengan Anwar yang juga mempunyai backache sejak dipenjarakan atas tuduhan korupsi dulu yang merupakan fitnah juga.

Tuduhan liwat ini memang mustahil dipercayai oleh orang yang berfikiran waras dan logik.

2) 'Game agen/Agents’ game':
Game ini sedang dimainkan di Pulau Pinang dimana 2 orang dari PKR iaitu Zahrain dan Tan Tee Beng dengan tiba-tiba buat serangan mengejut keatas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Zahrain telah membuat kenyataan bahawa Lim adalah seorang ‘dictator, chauvinist and communist-minded’ sementara Tan pula telah membuat kenyataan bahawa ‘Lim is a leader of no class’.

Menurut Lim, kedua-dua orang ini telah merajuk sebab mereka ataupun saudara mereka tidak berjaya mendapat kontrak. Jika benar, maka mereka menyertai PKR untuk mendapat habuan sahaja. Ataupun mereka mungkin ialah agen BN yang telah diberi arahan untuk menyerang pada masa ini, entahlah.

Tetapi penulis ingin menyeru Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang supaya sentiasa berwaspada oleh kerana rampasan kuasa di Perak berlaku tahun lalu pada masa Tahun Baru Cina dan sekarang kebetulannya sudah dekat Tahun Baru Cina pun. Oleh itu, mana tahu? BN sangat suka main game masa Tahun Baru Cina.

3) 'Lompat, si katak lompat':
Game ini amat merbahaya dan telah berjaya menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. BN sentiasa main game ini walaupun selalu menafikan demikian. Game ini dimainkan oleh BN pada waktu pagi, tengahari, petang, malam, tidak mengenal musim dan waktu dimana pihak BN sentiasa membuat percubaan untuk menyogok ADUN-ADUN atau anggota Parlimen Pakatan Rakyat.

4) 'Game gosip dan serangan peribadi/The Gossip Game':
Kerajaan BN menggunakan senjata ini untuk melemahkan pentadbiran negeri-negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat. Dalam game ini yang sedang dimainkan serentak di Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor, fitnah telah dilemparkan keatas Ketua Menteri Lim Guan Eng, Menteri Besar Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menimbulkan keraguan rakyat keatas kemampuan mereka dalam urusan pentadbiran negeri.Terlalu banyak game yang dimainkan oleh BN sejak 8 Mac 2008.
Masa telah tiba untuk rakyat berkata,"Dah cukuplah, JibTUYA. Game over!"

[+/-] Read More...

Tuesday, February 9, 2010

Enam sekeluarga yang rentung dalam kemalangan dikenal pasti






Jenazah enam sekeluarga yang rentung dalam satu kemalangan di Km 252, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Senawang, Negeri Sembilan pagi tadi, selamat dikebumikan malam ini. Dari kiri : Norfadilah Isnin, 32 (wife), Muhammad Hanif Iman, 6, Nurul Natasha Huda, 11, Muhammad Danial Iskandar, 10 dan Suhaimi Ghazali, 41 (suami).(Adi Putra tiada didalam gambar)

SEREMBAN: Polis mengenal pasti enam mangsa sekeluarga yang rentung dalam satu kemalangan di Kilometer 252, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Senawang menghala ke Selatan dekat sini, pagi tadi.
Mereka ialah Pengarah Urusan Fadhilat Herbs Sdn Bhd, Suhaimi Ghazali, 41; isterinya Nor Fadilah Senin, 32; serta empat orang anak mereka, Nurul Natashahuda, 11; Mohd Daniel Iskandar, 10; Mohd Hanif Iman, 6; dan Adi Putra, 2.


Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abdul Halil Hamzah berkata, mayat kesemua mangsa dituntut keluarga mereka hari ini untuk dibawa ke rumah keluarga di Kampung Bukit Pegoh, Pernu, Melaka dan dijangka dikebumikan hari ini. Dalam kejadian pada kira-kira 1.30 pagi itu, keenam-enam mangsa rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas dipercayai terbabas lalu melanggar belakang sebuah treler yang diletakkan di tepi lebuh raya. Mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja''afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat. Anggota bomba bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 dan Senawang hanya dapat mengeluarkan mangsa kira-kira tiga jam kemudian selepas sebuah kren digunakan untuk mengangkat treler bagi mengeluarkan mangsa yang terperosok di dalam kereta yang hangus di bawah treler. Sementara itu, bapa saudara Allahyarham Suhaimi, Nowawi Johari, 60, yang ditemui di bilik mayat HTJS berkata beliau mendapat berita itu apabila salah seorang kakitangan Fadhilat Herbs menghubunginya pada kira-kira jam 11.30 pagi ini. "Mereka sekeluarga bertolak dari Melaka untuk bercuti dan berjumpa stokis di Bukit Merah Lake Town Resort, Perak pada Sabtu lalu, dan kemalangan itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Melaka. "Kemalangan itu sungguh menyayat hati kerana yang meninggal dunia membabitkan Suhaimi, isteri dan kesemua empat anak mereka. Kali terakhir saya jumpa arwah Suhaimi Jumaat lalu," kata beliau.


Allahyarham Suhaimi adalah pengasas dan pengarah urusan Fadhilat Herbs Sdn Bhd, manakala isterinya adalah pengarah kewangan syarikat itu. Kilang syarikat itu yang mempunyai 35 orang petugas, terletak di Teluk Mas, Melaka dan beroperasi sejak dua tahun lalu. Pengurus pentadbiran syarikat itu, Siti Aishah Senin, 25, berkata Allahyarham Suhaimi dan isterinya sangat rapat dengan pekerja mereka. -Bernama

[+/-] Read More...