Selasa, 30 Jun 2009

Zainab Al Ghazali Al Zubaili


Telah berlaku suatu peristiwa di dalam abad ini ke atas seorang wanita Mesir yang bergerak di dalam harakah Islamiah di Mesir yang dapat dijadikan tauladan. Semasa perkahwinan akan dijalankan di antaranya dengan suaminya, Zainab Ghazali telah mengenakan syarat supaya suaminya membenarkannya untuk bergiat di dalam harakah Islamnya. Katanya, “Hak saya untuk membuat syarat kepada engkau supaya tidak menghalang saya untuk berjihad di jalan Allah S.W.T, di mana saya telah diletakkan tugas-tugas dan tanggungjawab sebagai mujahidin di dalam harakah ini. Janganlah engkau bertanya apa yang akan saya buat, tetapi hendaklah engkau yakin dan percaya sepenuhnya akan tindakan saya.” Dia memperingatkan suaminya lagi, “Sekiranya berlaku Pertembungan di antara perkahwinan dengan dakwah, akan berakhir perkahwinan dan kekal dakwah kepada Allah SWT. Saya minta kepada engkau supaya menunaikan janji engkau. Janganlah engkau tanya siapakah saya akan berjumpa. Saya berdoa kepada Allah SWT supaya Allah jadikan balasan jihad yang saya lakukan ini sebahagiannya untuk engkau, sekiranya amal saya ini diterima oleh Allah SWT.” Apakah kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh Zainab Ghazali dan rakan-rakannya untuk harakah Islamiah?

Contoh seorang Muslimah Abad 20

Siapakah Zainab Al Ghazali Al-Zubaili? Zainab Al Ghazali Al-Zubaili nama sepenuhnya. la dilahirkan di sekitar tahun 1917, di awal abad dua puluh ini, 65 tahun usianya ketika ini. Mula ditahan dalam tahun 1965, ketika itu usianya sekitar 44 tahun. Akibat dari penyeksaan yang dahsyat yang ditanggungnya dalam tahanan ketika diambil statement oleh pendakwa, mereka menyangka umurnya lebih 90 tahun, pada hal umurnya ketika itu 44 tahun - menunjukkan betapa beratnya seksaan yang dilakukan oleh rejim Jamal Abdel Nasser. Zainab Al-Ghazali mengasaskan penubuhan “Jamaah Saidatina Muslimah”.

Satu gerakan wanita yang selari dengan Ikhwan Muslimin yang mempunyai method cara dan matlamat yang sama dengan Ikhwan Muslimin. Meski pun beliau dipilih menjadi ketua pertama Jamaah itu, namum beliau telah berbai’ah dengan Mursyidul Ikhwan Muslimin, Hassan Al-Banna, pada penghujung abad 14 hijrah beliau ditugaskan memimpin Jemaah Saidatina Muslimah.
Tujuan jamaah ini ialah untuk memimpin wanita Islam dan menyedarkan mereka serta mengangkat darjat mereka untuk menyebarkan panji-panji Islam, agar memahami Islam, agar wanita-wanita Islam dapat menjalankan peranan wanita dengan mengikut contoh wanita salafus soleh. Dengan itu mereka berkeyakinan umat Islam akan dapat dibangunkan semula dan negara Islam akan dapat ditegakkan dengan lelaki yang dididik oleh wanita yang bernaung di bawah Al-Quran dan As-Sunnah. la berjuang meletakkan wanita sebagai ibu yang dapat mendidik rijal (pejuang) untuk membangunkan Islam. Ketika itu proses pembaratan sedang hebat berlaku di Mesir. Kemasukkan sosial budaya barat sedang berlaku dan terus melanda budaya umat Islam - pakaian, tingkah laku dan pemikiran mereka sedang hanyut dalam budaya Barat yang menuju ke arah kehancuran. Inilah dia belenggu sekularisma.

Zainab Al-Ghazali berjuang membebaskan belenggu sekularisma ini.
Beliau sangat yakin bahawa masa depan umat ini bergantung kepada peranan ibu-ibu, oleh kerana itu gerakan beliau ini antaranya untuk memberi pimpinan yang wajar pimpinan Islam kepada wanita Islam. Untuk melahirkan rijal, tenaga lelaki yang bersedia menjualkan dirinya untuk Islam. Tanggungjawab umat hari ini, sangat berat iaitu membebaskan diri dari kongkongan dan cengkaman sekularisma yang menguasai negara mereka, membebaskan diri mereka daripada jahiliyah yang sedang mengongkong hati dan pemikiran mereka. Tanggungjawab ini sangat berat. Sekularisma bukan sahaja wujud sebagai teori semata-mata bahkan ia wujud sebagai institusi yang mengikat teguh sesamanya. Beliau berkeyakinan bahawa Daulah Islam akan tetap ditegakkan kembali dengan izin Allah SWT dengan syarat melalui satu jalan iaitu JALAN ISLAM. Negara Islam tidak dapat ditegakkan dengan lain-lain jalan kecuali JALAN ISLAM. Menurut beliau lagi, cara utama untuk kembali kepada JALAN UTAMA ini ialah Revolusi Pemikiran (Thaurah Fikriyah) - satu revolusi yang dapat mengubah pemikiran Jahiliyah kepada pemikiran Islam, berdasarkan 'aqidah Islam. Ini memerlukan Tarbiyah - pendidikan amali untuk membentuk sikap, tindakan-tindakan dan tingkah laku serta pemikiran Muslim dan Muslimah menjadi pemikiran Islam. Beliau menyebutkan ini sebagai langkah awal dalam pembentukan Daulah Islam. Beliau fahami ini daripada Al-Quran tentang sunnah perubahan. Sebagaimana firman Allah SWT yang maksudnya, “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu kecuali mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka.”

Bahawa perubahan itu tidak akan berlaku kecuali adanya perubahan diri itu, yang difokuskan kepada jiwa dan hati manusia. Ini merupakan satu macam ketentuan - sunnatullah dalam mengatur perubahan sejarah. Bahawa perubahan diri ini bermula dengan perubahan pemikiran, peribadi dan tingkah laku diri manusia. Inilah fahaman beliau yang mendalam tentang Islam. Beliau menganjurkan untuk menuju kepada Daulah Islam, hendaklah mengadakan revolusi pemikiran perubahan yang pantas seperti sikap para sahabat. Beliau memetik kata-kata Syed Qutb dalam memperkatakan Jilun - Quraanun - Fariid, satu generasi Quran Yang Unik, bila mereka memeluk Islam, mereka sekali gus meningggalkan ciri-ciri Jahiliyah secara menyeluruh. Perubahan atau Revolusi yang pantas dan cergas ini dilakukan dan seluruh pandangan mereka tentang nilai-nilai hidup dilihat mengikut neraca Islam, bukan neraca dunia atau Jahiliyah. Beliau memahami bahawa langkah-langkah yang dijalankan oleh Rasulullah SAW dalam Dakwah baginda.

Langkah pertama dalam membuat perubahan ialah melalui Tarbiyah atau pendidikan keatas para sahabat, mereka dididik oleh Rasulullah SAW bukan pada teori bahkan pada diri dan tingkah laku mereka. Tarbiyah ini meliputi Tarbiyah Rohani dan Jasmani.
Tarbiyah yang menekankan kepada pembentukan Iman yang mendalam, sehingga tercerna dan lahir dalam tingkah laku mereka, sehingga Al-Quran tercerna dan tercetak pada diri dan tubuh badan mereka. Sehingga segala tindakan mereka adalah Islam - di lihat sahaja pada diri salah seorang dari mereka sudah ternampak akan Islam, ternampak akan Daulah Islam pada diri mereka, dan seterusnya hidupnya adalah Islam. Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW yang mendidik jiwa mereka melahirkan manusia mithali yang unggul dalam sejarah peradaban manusia. Demikianlah natijah hasil dari didikan Iman, yang jelas pada sirah para sahabat. Lihatlah!! Seorang pemuda yang kacak dan anak tunggal dari keluarga hartawan, Mus’ab ‘Umair namanya - ia yakin dengan ajaran Muhammad SAW dan terus memeluk Islam sebagai agamanya, sehingga akhir hayatnya. Setelah ibunya mengetahui bahawa Mus’ab mengikut ajaran Muhammad SAW, maka ia mengugut tidak akan memberi harta warisan kepada Mus’ab, seandainya ia tidak mahu kembali kepada agama nenek moyangnya. Mus’ab sudah bulat keimanannya, demikianlah hasil didikan Rasulullah SAW terhadapnya ia terus beriman dengan ajaran Muhammad SAW. “Aku memilih ajaran Muhammad dari memilih harta kekayaan.” Ibunya pula terus bersumpah, ia tidak mahu makan sehingga Mus’ab kembali kepada agama asalnya. Sebaliknya Mus’ab pula bersumpah, “

Seandainya ibuku mempunyai 100 nyawa, dan keluar satu demi satu dari tubuhnya aku tetap dengan ajaran Muhammad SAW, aku tetap dengan kalimah LAILAHA ILLALLAH, namun aku tinggalkan Islam, sekali-kali tidak.” Inilah kesan yang terus menerus dari Tarbiyah, Mus’ab ketika syahid di medan Jihad, tatkala kain yang ada padanya untuk ditutupkan ke atas tubuhnya tutup kepalanya, terdedah kakinya, tutup kakinya terdedah kepalanya. Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkan bahagian kepalanya ditutup dengan kainnya dan bahagian kakinya ditutup dengan daun kayu. Demikianlah Mus’ab sanggup meninggalkan kesenangan dan kekayaan, dan rela mengorbankan dan menjual dirinya kepada Islam… semoga syurga firdaus ganjarannya. Pengorbanan demikian tidak sanggup dilakukan oleh manusia kecuali mereka yang dididik dengan Iman. Inilah sebagai satu syarat yang diwujudkan oleh Zainab Al-Ghazali, agar Negara Islam dapat dikembalikan.
Semasa beliau memimpin Jamaah Saidatina Muslimah, beliau telah dapat membawa masuk ramai wanita-wanita Islam di Mesir dan mereka telah dibentuk dan dididik mengikut model Tarbiyah Madrasah Rasulullah SAW. Di antara mereka yang rapat hubungan dengan Zainab Al-Gahazali ialah dua saudara Syed Qutb, Aminah Qutb dan Hamidah Qutb, Halidah Hassan Al-Hudaibi, Al-Hayah Sulaiman Al-Zubair, Fatiraah Al-Fath, Aminah Al-Jauhati, Al-Waliyah Al-Hudaibi dan Al-Afdah. Mereka inilah yang beliau sifatkan sebahagian dari mereka sebagai sebahagian anak-anaknya, sebahagian dari mereka sebagai adik-adiknya, sebahagian dari mereka sebagai kakak-kakaknya, dan sebahagian dari mereka sebagai ibu-ibunya. Kerana di antara mereka ada yang berumur 85 tahun, Ummi Ahmad namanya, ia telah di tangkap oleh rejim Jamal Nasser ketika ia berusia 85 tahun, ketika Zainab mendengar berita itu, ia memperkatakan bahawa ini adalah petanda baik bagi Islam. Musuh-musuh Islam telah gentar kepada wanita Islam yang telah tua lagi uzur. Ini menunjukkan hasrat dan minat terhadap Islam terlalu tinggi. Musuh-musuh Islam telah gentar, mereka tidak dapat membezakan antara yang bertenaga dan tidak bertenaga, antara wanita dan lelaki, antara tua dan muda, semuanya sama sebagai musuh mereka.

Setelah Mursyidul 'Am Hassan Al-Banna syahid dimamah peluru durjana yang tidak mengenal insan beriman atau tidak, Zainab Al-Ghazali terus berbai’ah kepada Hassan Al-Hudhaibi, Mursyidul 'Am pengganti Hassan Al-Banna. Ia terus mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pimpinan Ikhwan Muslimin. la mendengar pandangan mereka dan mengambil pengajaran daripada mereka.

Beliau bersuami, suaminya seorang yang dihormati, seorang ‘Ulama yang berilmu tinggi dan sangat kuat memberikan dorongan kepada isterinya untuk meneruskan dakwah ditengah-tengah masyarakat manusia di Mesir. Zainab Al-Ghazali menceritakan ketika penyeksaan yang dihadapinya di penjara sampai kemuncaknya, mereka telah menggunakan berbagai cara bagi melemahkan jiwa dan rohnya menyebabkan ia terpaksa dibawa ke hospital. Rejim Jamal Abdel Nasser memaksa suaminya menceraikannya dan membawa surat cerai itu ke dalam bilik kurungan di hospital, di mana Zainab sedang dirawat. Ketika saudara-saudaranya melawatinya mereka menceritakan ketika suaminya dipaksa menceraikan Zainab Al-Ghazali, ia bersumpah “sekali-kali tidak, aku menceraikan isteriku”. Demikianlah keteguhan, kesetiaan dan pengorbanan suaminya, sehingga ia kembali menemui Tuhannya ketika Zainab Al-Ghazali masih dalam Tahanan. Kisah tahanan ke atas Zainab Al-Ghazali adalah sangat mengagumkan, kerana seorang wanita telah dapat menanggung penyeksaan yang lebih berat dari penyeksaan ke atas lelaki. Beliau menyebutkan, sebelum ia ditahan, Jamal Nasser memerintahkan Jamaah Saidatina Muslimah dibubarkan dengan menghantar notis melalui mahkamah, dan akan menarik notis pembubaran itu dengan syarat Zainab Al-Ghazali mestilah berkerjasama dengan Parti Istrokiyah. Zainab Al-Ghazali menolak, kemudian ia ditawarkan menjadi Menteri Kebajikan Masyarakat, beliau menjawab,

Dalam perjuangan ku tidak bercadang untuk menjadi menteri aku hanya mahu berdakwah” Jamal Nasser telah putus asa memujuk Zainab Al-Ghazali untuk masuk Parti Istrokiyah, Jamal Abdel Nasser memerintahkan untuk menangkap Zainab Al-Ghazali Sewaktu beliau dibawa keluar dari rumahnya satu pembunuhan telah dirancangkan, sebuah kereta merempuh kereta yang membawa Zainab Al-Ghazali. Setelah rancangan awal ini gagal, akhirnya Zainab ditahan, setelah di tangkap semula, setelah dibebaskan pada tahun 1964.
Zainab Al-Ghazali terus dibawa ke penjara dengan sebuah kereta, dalam perjalanan itu dimaki hamun yang tidak dapat diterima oleh akal dan tidak dapat digambarkan oleh fikiran. Setelah sampai ke penjara ia diseret ke bilik kurungan dengan kata-kata yang kesat, yang tidak wajar dihadapkan kepada binatang, apatah lagi kepada manusia. Mereka mengugut untuk membunuhnya seperti mana yang mereka lakukan kepada berpuluh-puluh anggota Ikhwan Muslimin, mereka mengugut untuk menanam hidup-hidup seperti mana yang mereka lakukan kepada berpuluh-puluh orang yang sealiran dengan Zainab Al-Ghazali. Dengan kata-kata yang kasar, ia diheret ke bilik kurungan oleh seorang lelaki yang bertubuh besar seperti syaitan hitam. Zainab Al-Ghazali mengesahkan saya berdoa dalam hati saya, “Ya Allah, kurniakanlah ke atas ku ketenangan, dan tetapkanlah pendirian ku bersama-sama pendukung-pendukung kebenaran, dan tabahkanlah hati ku dengan mengingati Engkau, dan kurniakanlah akan daku keredhaan dengan perkara yang Engkau redhai.” Itulah yang dapat saya katakan. Kemudian saya terus dimasukkan ke dalam bilik kurungan. Dalam bilik kurungan itu ada dua orang lelaki (syaitan) yang sedang duduk di atas meja membelek-belek buku catatan, yang saya tahu itu adalah buku catatan Syahid Abdul Fatah Ismail. Tahulah saya bahawa Abdul Fatah juga ditangkap ketika itu. Di waktu itu saya mendengar azan Asar, saya bersyukur kerana Allah SWT telah menyelamatkan saya daripada ‘keganasan syaitan’. Saya dapat menunaikan sembahyang, dan tiba-tiba datang lagi syaitan durjana, dengan sikap yang kasar dan keras memerintahkan saya ke sel kurungan. Saya diheret ke sel kurungan dan penyeksaan pun bermula. Semasa saya diheret ke sel kurungan, saya melihat dalam sel penjara itu tubuh-tubuh manusia yang diseksa, tahulah saya bahawa mereka dari keluarga Ikhwan Muslimin. Mereka sedang diseksa dan dipukul, memenuhi sel-sel penjara itu. Mereka adalah pemuda-pemuda yang saya sifatkan sebagai anak-anak saya, pemuda yang pernah dan sering datang meminta pengajaran dan nasihat dari saya. Saya berdoa, “Ya Allah tetapkanlah pendirian kami, Ya Allah peliharalah kami daripada kejahatan orang-orang yang jahat.” Saya dimasukkan ke dalam sel kurungan, kuasa letrik Dinyalakan dengan kuat, sebagai satu bentuk penyeksaan. Bilik itu dipenuhi anjing-anjing, anjing-anjing yang saya tidak tahu berapa banyak bilangannya. Anjing-anjing itu dilepaskan kepada saya, saya memejamkan mata dan meletakkan dua tangan saya ke dada saya, kerana saya gerun melihat anjing-anjing ganas lagi lapar itu. Saya dengar pintu ditutup dengan rantai dan dikunci. Saya merasai seluruh tubuh saya dikerumuni dan digigit oleh anjing itu. Saya membuka mata dan kemudian memejamkan mata saya, kerana penyeksaan yang amat sangat. Ketika itu saya berdoa kepada Allah SWT dalam hati saya, dan anjing-anjing itu terus menggigit dan menggigit, merobak-rabikkan dan memanjat-manjat seluruh tubuh saya - itulah yang saya rasai. Saya berdoa, “Ya Allah!!! Tetapkanlah hati ini dan palingkanlah hati dari yang lain, ya Allah, agar hati ini melupakan penyeksaan ini. Ya Allah!!” Kemudian saya dengar pintu dibuka orang, dan saya dibawa keluar. Saya menyangka pakaian saya yang putih bersih ini berlumuran darah, itulah yang saya rasai dan sangkakan. Alangkah terkejutnya saya, tiada apa-apa kesan, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Saya tahu bahawa Allah SWT bersama-sama dengan saya. Maha suci Engkaulah Wahai Tuhan ku. Beliau mengeluh dan merasai nikmat kurniaan Allah yang tinggi serta kemurahan Allah SWT kepadanya dan pemeliharaan Allah kepadanya. Zainab Al Ghazali menceritakan; syaitan yang memegang tangan saya bertanya kepada saya: Bagaimana anjing-anjing itu tidak merobak-rabikkan daging engkau. Bagaimana anjing itu tidak menggigit engkau!!! Ada dua orang syaitan ketika itu, masing-masing memegang belantan di tangan mereka. Waktu itu hari hampir 'Isyak…kerana bayang-bayang dari luar kelihatan kemerah-merahan. Saya dibiarkan bersama anjing-anjing itu selama tiga jam. Inilah satu bentuk penyeksaan yang saya rasai…saya berserah bulat kepada Allah SWT kerana lebih berkuasa dari segala-galanya. Kemudian peningkatan penyeksaan pun diteruskan. Satu ketika saya direndam dalam air sejuk, pada hal ketika itu musim sejuk, dilepaskan pula udara sejuk. Beliau menyatakan, satu ketika ia melihat surat arahan tulisan tangan Jamal Abdel Nasser (laknatullah ‘alaih) kepada pegawai penjara yang memerintahkan supaya Zainab Al-Ghazali diseksa lebih dari seksaan terhadap lelaki. Demikianlah segala macam penyeksaan mereka lakukan. Bermula dengan gigitan anjing-anjing, ke dalam sel yang berisi air dan udara sejuk dan macam-macam lagi penyeksaan, dengan segala sepak terajang dan pukulan-pukulan cota yang menyebabkan Zainab Al-Ghazali terpaksa dirawat di hospital beberapa kali. Beliau mengesahkan, satu hari pengawal penjara yang ditugaskan untuk memukulnya, tidak mahu memukulnya. Ia berkata,



Duhai Makcik ku (Ya Khali), tidak sanggup saya memukulmu, tidak ada sebab mengapa harus saya memukul mu, Ya Khali.” Rupa-rupanya ketika itu, ketua penjara mengintai perbualan mereka, ia menyeret keluar dan memaki hamun pemuda itu. Pada esok harinya, ketua penjara memberitahu kepada Zainab Al-Ghazali, pemuda itu ditembak mati.
Pegawai penyeksa-penyeksa di penjara terkejut kehairanan bagaimanakah keseksaan yang amat berat itu sanggup ditanggung oleh wanita yang lebih berat penyeksaan yang ditanggung oleh lelaki dan tidak sanggup ditanggung oleh sebarangan lelaki. Iman seorang wanita yang kebal dan kental, lebih kuat dari bubur - Muhathah. Mereka amat takjub dan mereka mengatakan, ini adalah suatu perkara yang luar biasa. Salah seorang dari mereka datang berjumpa dengan Zainab Al-Ghazali. Ia bertaubat dan meminta Zainab untuk mengajarnya Islam dan bagaimanakah hendak mendirikan solat. Ini menunjukkan bahawa mereka bukan sahaja dilatih keganasan fizikalnya, malah dilatih dengan fahaman mereka. Oleh kerana itu ada di antara mereka berkata kepada Zainab Al-Ghazali: Kamu sering berkata tentang Neraka Jahanam. Sekarang kamu berada dalam neraka Jamal Abdul Nasser. Mintalah keampunan dari Nasser atau Engkau terima syarat-syarat yang ditawarkan olehnya. Ketika Zainab berkata: Allah…Allah…., salah seorang dari mereka berkata: Seandainya kami nampak Allah yang kamu sebut itu, kami akan tangkap ia dan penjarakan bersama-sama kamu. Inilah kekufuran yang berlaku. Inilah yang menyebabkan mereka takut dan gentar kepada gerakan Islam. Kemudian beliau dibicarakan dalam mahkamah pura-pura, beliau dipenjara seumur hidup. la dipenjara bersama-sama dengan Hamidah Qutb, bersama-sama seorang wanita yang sarat mengandung. Pada hari-hari awal di dalam kem tahanan tentera, mereka dihidangkan dengan roti kering yang disapu dengan najis. Mereka menahan kelaparan yang amat sangat. Mereka ditempatkan di tempat yang busuk lagi kotor. Mereka menjenguk keluar, manalah ada kiranya sisa-sisa makanan, ada pengawal penjara yang baik sedikit mencampakkan kulit-kulit pisang ke dalam sel kurungan, mereka ambil dan makan kulit-kulit pisang itu, mereka tidak sanggup memakan roti yang disapu dengan najis. Zainab Al-Ghazali dipenjara di sebuah kem tahanan tentera yang terletak di pinggir kota Kaherah. Beliau melihat wanita-wanita yang telah rosak akhlaknya, mereka rosak kerana dadah dan arak, mereka telah kehilangan kehormatan mereka, akibat dari proses pembaratan yang dilakukan oleh rejim sosialis. Zainab Al-Ghazali dan saudara-saudaranya itu diberi layanan yang buruk, berbeza sama sekali layanan yang diberikan kepada wanita-wanita Yahudi yang ditangkap kerana kegiatannya sebagai "spy" adalah lebih baik daripada layanan yang diterima oleh Zainab Al-Ghazali, Hamidah Qutb dan saudara-saudara mereka yang lain. Sehingga beberapa lama beliau ditahan, di satu pagi sekitar tahun 1973, beliau dipanggil dan ditunjukkan surat pembebasan. Betapa berat kakinya untuk meninggalkan saudaranya Hamidah Qutb, tapi apakan daya semuanya diserahkan kepada Allah SWT, kerana Allah SWT lebih berkuasa dari segala-segalanya. Tidak lama kemudian Hamidah pun dibebaskan.

Menurutnya, satu perkara yang menguatkan beliau sanggup menanggung penyeksaan, kerana beliau sering berjumpa Rasulullah SAW dalam mimpinya. Oleh itu beliau yakin bahawa perjuangannya adalah benar dan jalan yang ditempuhinya adalah benar. Rasulullah SAW bersabda, “Syaitan diharamkan menyerupai ku.” Oleh itu ia bermimpi berjumpa Rasulullah SAW adalah satu perkara yang benar.
Demikianlah kisah Zainab Al-Ghazali, yang kini masih hidup, dan terus menjalankan tugas-tugas yang berat ini bersama-sama Mujahid-Mujahid yang lain untuk mengembalikan umat manusia dan alam ini kepada Islam. Berikutan dengan penangkapan beramai-ramai sahabat kita Ikhwan Muslimin oleh rejim Mendiang Anwar Sadat dan diteruskan oleh rejim Husni Mubarak (Zainab Al Ghazali) turut juga ditangkap, tapi kali ini ia hanya ditahan di rumah sahaja kerana dengan alasan sudah uzur. Semoga Allah SWT memelihara mereka.

Sumber : Mustafa Ramadhan

KETUA PEMUDA yg berasa hebat




JEJAKA PERASAN

Hari ini di dalam akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan tersiar kenyaaan Mohd Afandi Yusoff, Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.

Malah kata Afandi, untuk berdebat dengan Perdana Menteri, Nik Aziz perlu melalui ujian saringan terlebih dahulu iaitu dengan berdebat dengan Pemuda UMNO. Kata Afandi lagi, kalau debat dengan Pemuda UMNO pun tidak berjaya, maka usah berangan untuk berdebat (dengan PM).

Begitulah al-kisah seorg pemuda yg bgtu bersemangat nak berdebat dgn NIkAziz ..sebelum tu baik ler bermuhasabah diri tue..nak tunjuk hero ,aper yg aku tau najib tue dengan bini pun takut ..elok ler ader panglima muda back up ketua kesayangan nya najib...sebabnya najib mmg perlukan bantuan ...

kah kah kah nak berdebat dgn TGNA .....


Ahad, 28 Jun 2009

CALON bn di manik Urai


KUALA KRAI: Pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Tuan Aziz Tuan Mat, 39, calon Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil Manik Urai, umum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Manik Urai, Kelantan hari ini.

Kelmarin Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengumumkan Hj. Fauzi Abdullah , seorang peniaga sebagai calon yang akan mewakili PAS.

Sabtu, 27 Jun 2009

Nasihat Tuan Guru Nik aziz nik mat

Tahniah Pas Tambun


Pas Kawasan Tambun semakin kukuh dengan tertubuhnya Pas Cawangan Pekan Chemor.

Mesyuarat agung kali yang pertama telah diadakan pada 17 Jun 2009 dan dirasmikan setiausaha Pas Kawasan Tambun, saudara Ahmad Khair Faizal. Turut hadir Naib Ketua PKR Bahagian Tambun , saudara Thanimalai.

Majlis perasmian telah diadakan di restoran Naina Mohamed, Pekan Chemor. Didalam ucapan perasmian, beliau telah memberikan fokus terhadap perkembangan dan halatuju parti. " Agenda Pas Kawasan Tambun semestinya juga menjadi agenda utama Pas diperingkat cawangan", demikian antara petikan ucapan setiausaha kawasan.

Beliau juga mengingatkan saf pimpinan cawangan untuk bekerja kuat membina kekuatan parti. Ini khususnya bagi meningkatkan sokongan pengundi cina dan india yang merupakan sebahagian besar masyarakat di Pekan Chemor.

Selepas proses pemilihan, Pas cawangan Pekan Chemor telah memilih Ustaz Wan Ahmad Tarmizi sebagai ketua cawangan. Beliau juga merupakan Ketua Urusan Ulama Pas Kawasan Tambun dan Ahli Majlis Dewan Bandaraya Ipoh (DBI) sewaktu Pakatan Rakyat memerintah Perak.

Keterangan foto : Sdr. Ahmad Khair Faizal selaku setiausaha Pas Kawasan Tambun menyerahkan sijil pendaftaran cawangan Pekan Chemor kepada Ketua Cawangan, Ustaz Wan Ahmad Tarmizi.


Greenboy : Senyuman AF Ust Wan mengambarkan banyak agenda yang akan dilakukan di Pekan Chemor

hanya kiasan-nik aziz nik mat


KOTA BAHARU 26 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kenyataannya pada 21 Jun lepas mengaitkan UMNO dengan komunis dan ajaran sesat hanyalah satu kiasan atau perumpamaan.

"Boleh jadi kerana saya kata nationalis dan komunis itu serupa, begitu juga dengan ajaran sesat, (bagi saya) semua fahaman yang menolak Islam, semuanya kita panggil ajaran sesat,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian bagi menjelaskan ucapannya pada satu ceramah di Kuala Krai apabila beliau menyamakan perjuangan UMNO seperti ajaran sesat Ayah Pin dan menyamakan UMNO sebagai mempunyai ideologi sosialis kerana menolak agama dan prinsip ketuhanan. - Bernama

ceramah isu semasa di kg sg.rokam ipoh





Tarikh :28 Jun 2009 (Ahad)

Tempat :Dewan Dato Ahmad SaidKg Sungai Rokam, Ipoh

Jam :9.00 malam


Penceramah Utama :YB V. Sivakumar (Speaker Perak) &

YB Nga Kor Meng (Ahli Parlimen Taiping)

Penceramah Lain : YB Lee Boon Chye (Ahli Parlimen Gopeng),

Ust Abu Bakar Hussin (PJ Pas Perak),

Sdr Anuar Zakaria (S/U PKR Perak),

Sdr Ir Radzi Zainon (Timb. YDP Pas Gopeng


SEMUA DIJEMPUT HADIR( FREE OF CHARGE )harap maklum

Jumaat, 26 Jun 2009

micheal jackson kembali ke rahmatullah


Akhirnya lagenda pop dunia, Michael Jackson meninggal dunia semalam. Begitulah takdir Allah. hebat mana pun kita, kalau sudah sampai masa Allah nak panggil kita kena pergi juga.
Khabarnya Michael Jackson telah peluk Islam sejak 2007. Banyak yang kata itu spekulasi untuk tarik bantuan Pak Arab masa itu memandangkan keadaan kewangan beliau tenat. Allah jua yang maha tahu…kita lihatlah kat mana kuburnya nanti.




Michael Jackson, 50, telah kembali kerahmatullah pada 4 pg waktu tempatan (12 GMT) di UCLA medical Centre, kematian disebabkan serangan jantung, untuk pengetahuan beliau telah memeluk agama Islam pada 20 Nov 2008, dan nama Islamnya ialah Mikael Jackson.Tetapi akhbar-akhbar barat menafikan kematian beliau adalah dalam agama Islam, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.. AminApa yang menarik dalam pengumuman oleh Abang beliau adalah seperti berikut:
Speaking on behalf of Jackson's family, his brother, Jermaine, said doctors had tried to resuscitate the star for more than an hour without success.
He added: "The family request that the media please respect our privacy during this tough time."
"And Allah be with you Michael always. I love you." Para pengunjung boleh melayari secara lansung di http://news.bbc.co.uk/2/hi/entertainment/8119993.stm

TG Nik Aziz sanggah mufti perak

KOTA BHARU - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dianggap tidak terdedah dengan sejarah politik Islam sehingga menganggap PAS sebagai punca perbalahan orang Melayu di negara ini.


Kalau betullah PAS menjadi punca balah, maka Nabi Muhammad saw juga menjadi punca masyarakat Arab ketika itu berbalah.
Ini kerana PAS meniru apa yang dilakukan Nabi Muhammad saw. Apakah Nabi Muhammad saw menjadi punca belah. Sedangkan apa yang berlaku punca pecah belah datang daripada orang yang lawan Islam," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mursyidul Am PAS itu bertanya sekarang siapa punca berpecah belah, parti Islam atau parti kebangsaan yang berteraskan sekular.
Menurutnya, orang Islam kena tengok semula sejarah, adakah Nabi Muhammad saw menjadi punca perbalahan masyarakat ketika itu atau orang yang melawan ajaran dibawanya.
"Kalaulah Nabi Muhammad saw menjadi punca balah, maka apa yang dikatakan Mufti Perak itu betullah.


Sedangkan baginda berbalah dengan bapa saudara dan masyarakat Arab bagi menegakkan Islam. Jadi siapa yang menjadi punca balah," katanya di sini.
Sebuah akhbar hari ini menyiarkan kenyataan Mufti Perak yang dianggap kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan bagi menegakkan ideologi politik mereka.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang Menteri Besar Kelantan berkata, PAS ditubuh di Pulau Pinang oleh alim ulama yang asal berada dalam Umno.
Namun katanya mereka keluar daripada Umno dan menubuh sebuah parti Islam pada 1951.
Beliau juga berkata, Umno ialah United Malay National Organization yang memperlihatkan parti itu berjuang berteraskan kaum.


"Jadi mengapa dia sibuk dengan kita, sedangkan dia parti Melayu. Pelawalah orang Melayu seramai yang boleh kerana mereka parti orang Melayu.
Tetapi sekarang mengapa pula orang Melayu sudah ramai yang lari daripada Umno. Orang Melayu sudah lari kepada PAS, KeADILan dan DAP," tambahnya.
Menurutnya juga Umno selama ini secara jelas menyebut agama lain dan politik lain dalam perjuangan mereka.
Sedangkan beliau berkata, Islam meminta manusia berpadu sama ada dengan orang Melayu, Cina dan India.
"Kalau perpaduan sebenar biarlah semua kaum dalam BN dan Pakatan Rakyat berpadu," katanya.


Oleh itu beliau meminta supaya mufti terbabit supaya lebih baik menggunakan masa yang berharga untuk mempengaruhi Umno supaya tukar dasar kebangsaan kepada Islam.
"Berapa sen harga kaum Melayu atau bangsa Arab di Padang Mahsyar kelak. Dalam keadaan PAS masuk Perikatan dahulu lalu dengan dijemput pun PAS ditendang keluar.
"Inikan pula kita yang cuba sorong-sorong kepala. Sebab itu saya tengok sehari dua ini Umno macam orang gila talak pula," katanya.


Sebelum ini ketika mengadakan pertemuan dengan warga pendidik di Kuala Krai, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut perpaduan hanya diminati antara PAS dan Umno sahaja dan bukan melibatkan parti lain.

Khamis, 25 Jun 2009

Manek Urai: Guru Diminta Sokong BN.

Guru tak boleh berpolitik.... Menteri berkempen supaya Guru mengundi UBN boleh...

MANIK URAI, 23 Jun (Bernama) -- Seramai 187 guru dan warga pendidik yang layak mengundi pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Manik Urai pada 14 Julai ini diseru supaya memilih calon Barisan Nasional (BN) bagi memastikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) berjaya dilaksanakan.Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata walaupun pemilihan calon merupakan hak seseorang individu, namun sokongan terhadap kerajaan akan memastikan PIPP dapat dilaksanakan demi faedah generasi masa depan.

Selanjutnya Bernama.Isa: Di Seru..... Kekasih Ku Seru... Guru-Guru Di Seru... perghhh.... macam tajuk filem/drama pulak... kalau dah di seru... dan kalau guru-guru tak ikut seruan tu macam-mana pulak...?Kena transfer ke pendalaman ke...? Untuk belajar ilmu Seru.... dengan Tok Batin Orang Asli ha.. ha.. ha.... Apakah PIPP selama ini tak berjayakah... Kalau tiada PRK Manek Urai rasanya tak ada isu PIPP ni agaknya kan...? Kalau UBN menang sekalipun... apakah PIPP akan dilaksanakan di Negeri Kelantan....? (Bunyi macam ugutan pun yea..., setiap kali PRK mesti ada lawak BODOH dari UBN ni... tak pernah belajar dari kesilapan lansung... nak membodohkan rakyat jer... kerja diorang nih... )

Puad Zarkashi... ko dah gosok gigi belum... makan jering banyak sangat nih... bau la wooiiii.... MULUT BAU HANCING Laaaaaaaa......kah ..kah.. kah . .huak.. huak...

ikut suka aku (isa)
Edit Post

Rabu, 24 Jun 2009

HIMPUNAN 100 Ribu PAKATAN RAKYAT 30 JUN





Pakatan Rakyat akan menganjurkan Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 rakyat pada 30 Jun nanti, demikian lapor harakahdaily.


Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, program tersebut diadakan bagi menjelaskan kekeliruan terhadap segala fitnah dan konspirasi yang ditimbulkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) dengan tujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.
Beliau yang mewakili Sekretariat Pakatan Rakyat menyeru orang ramai hadir ke program tersebut yang akan diadakan di Stadium MPPJ, Kelana Jaya bermula pukul 9.00 malam.

Program ini diadakan bagi menerangkan kepada orang ramai terhadap fitnah dan konspirasi yang dimainkan oleh Umno-BN yang bertujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat,” jelas beliau kepada Harakah.


Satu ceramah perdana akan diadakan pada malam tersebut dimana kesemua pemimpin utama Pakatan Rakyat dijangka hadir.


Antara yang telah menyatakan persetujuan untuk hadir pada malam tersebut; Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat KeADILan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Tokoh DAP Lim Kit Siang dan pemimpin-pemimpin utama ketiga-tiga parti.


http://greenboc.blogspot.com
Dikirim dalam News & Politics

Selasa, 23 Jun 2009

UMNO NAK AJAR ISLAM KAT TOK GURU???


batu nisankan UMNO dengan segera. kerana, mereka sudah lama mencandukan agama Islam yang dicintai


UMNO NAK AJAR ISLAM KAT TOK GURU???


Sinar Harian beberapa hari lalu melaporkan, Penasihat agama Menteri Besar Terengganu, Kamal saidin menyifatkan Tok Guru NIk Abdul Aziz yang menolak kerajaan perpaduan adalah sama seperti menolak ayat Al-Quran.KOMEN:Nampaknya, puak-puak munafiq ini sudah mula nak ajar tuan guru nik aziz tentang ayat Al-Quran. Islam tidak pernah ajar dasar nasionalis yang diperjuangkan oleh UMNO. Malah, dalam hadis. Pemikiran asobiyyah seperti perjuangan UMNO adalah pemikiran yang ditolak.


Sabda Nabi SAW;لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ عَلَى عَصَبِيَّةٍMaksudnya;"Bukan dari kalangan kami mereka yang kempen/menyeru kepada asobiyyah. Bukan dari kalangan kami mereka yang berperang atas dasar asobiyyah. Bukan dari kalangan kami mereka yang mati atas dasar Asobiyyah[1]

"Dalam menafsirkan maksud Asobiyyah, tuan kitab "aun mabud menyebut;مَنْ يَدْعُو النَّاس إِلَى الِاجْتِمَاع عَلَى عَصَبِيَّة وَهِيَ مُعَاوَنَة الظَّالِمMaksudnya;"mereka yang menyeru manusia kepada perhimpunan atas asobiyyah adalah mereka yang memberi pertolongan kepada orang zalim[


2]"Asobiyyah adalah fikrah perkauman, kedaerahan, keteaman, kegroupan dan sebagainya sehingga sampai satu tahap menafikan kebenaran.Perangai asobiyyah ini wujud pada UMNO. Ekoran itulah, mereka sanggup menolak islam, mencandukan agama, menafikan hak manusia, menangkap manusia dalam ISA dan sebagainya, semata-mata kerana mahukan semangat kemelayuan mereka ini dibangunkan disamping menghaprakkan bangsa selain melayu.Justeru, sebelum UMNO mahu mengajar Tuan Guru Nik Abdul aziz tentang ajaran Al-Quran, sewajibnya UMNO tukar dahulu dasar parti sesat mereka, daripada kekufuran kepada Islam.


Sekian

Ahad, 21 Jun 2009

IKRIMAH BIN ABU JAHAL


Abu Ishaw As-Ayabi’i meriwayatkan, ketika Rasulullah SAW berhasil menaklukkan kota Makkah, maka Ikrimah berkata: Aku tidak akan tinggal di tempat ini!” Setelah berkata demikian, dia pun pergi berlayar dan memerintahkan supaya isterinya membantunya. Akan tetapi isterinya berkata: “Hendak ke mana kamu wahai pemimpin pemuda Quraisy?” Apakah kamu akan pergi kesuatu tempat yang tidak kamu ketahui?” Ikrimah pun melangkahkan kakinya tanpa sedikitpun memperhatikan perkataan isterinya.

Ketika Rasulullah SAW bersama para sahabat lainnya telah berhasil menaklukkan kota Makkah, maka kepada Rasulullah isteri Ikrimah berkata, “Ya Rasulullah, sesungguhnya Ikrimah telah melarikan diri ke negeri Yaman kerana ia takut kalau-kalau kamu akan membunuhnya. Justeru itu aku memohon kepadamu supaya engkau berkenan menjamin keselamatannya.”

Rasulullah SAW menjawab, “Dia akan berada dalam keadaan aman!” Mendengar jawapan itu, maka isteri Ikrimah memohon diri dan pergi untuk mencari suaminya. Akhirnya dia berhasil menemukannya di tepi pantai yang berada di Tihamah. Ketika Ikrimah menaiki kapal, maka orang yang mengemudikan kapal tersebut berkata kepadanya, “Wahai Ikrimah, ikhlaskanlah saja!”

Ikrimah bertanya, “Apakah yang harus aku ikhlaskan?”

“Ikhlaskanlah bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan akuilah bahawa Muhammad adalah utusan Allah!” Kata pengemudi kapal itu.

Ikrimah menjawab, “Tidak, jesteru aku melarikan diri adalah kerana ucapan itu.”

Selepas itu datanglah isterinya dan berkata, “Wahai Ikrimah putera bapa saudaraku, aku datang menemuimu membawa pesan dari orang yang paling utama, dari manusia yang paling mulia dan manusia yang paling baik. Aku memohon supaya engkau jangan menghancurkan dirimu sendiri. Aku telah memohonkan jaminan keselamatan untukmu kepada Rasulullah SAW.”

Kepada isterinya Ikrimah bertanya, “Benarkah apa yang telah engkau lakukan itu?”

Isterinya menjawab, “Benar, aku telah berbicara dengan baginda dan baginda pun akan memberikan jaminan keselamatan atas dirimu.”

Begitu saja mendengar berita gembira dari isterinya itu, pada malam harinya Ikrimah bermaksud untuk melakukan persetubuhan dengan isterinya, akan tetapi isterinya menolaknya sambil berkata, “Engkau orang kafir, sedangkan aku orang Muslim.”

Kepada isterinya Ikrimah berkata, “Penolakan kamu itu adalah merupakan suatu masalah besar bagi diriku.”

Tidak lama selepas Ikrimah bertemu dengan isterinya itu, mereka pun pulang kembali, setelah mendengar berita bahawa Ikrimah sudah pulang, maka Rasulullah SAW segera ingin menemuinya. Kerana rasa kegembiraan yang tidak terkira, sehingga membuatkan Rasulullah SAW terlupa memakai serbannya.

Setelah bertemu dengan Ikrimah, baginda pun duduk. Ketika itu Ikrimah berserta dengan isterinya berada di hadapan Rasulullah SAW Ikrimah lalu berkata, “Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah.”

Mendengar ucapan Ikrimah itu, Rasulullah SAW sangat merasa gembira, selanjutnya Ikrimah kembali berkata, “Wahai Rasulullah, ajarkanlah sesuatu yang baik yang harus aku ucapkan.”

Rasulullah SAW menjawab, “Ucapkanlah bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya. Ikrimah kembali bertanya, “Selepas itu apa lagi?” Rasulullah menjawab: “Ucapkanlah sekali lagi, aku bersaksi bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa sesungguhnya Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya.” Ikrimah pun mengucapkan apa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW selepas itu baginda bersabda, “Jika sekiranya pada hari ini kamu meminta kepadaku sesuatu sebagaimana yang telah aku berikan kepada orang lain, nescaya aku akan mengabulkannya.”

Ikrimah berkata, “Aku memohon kepadamu, ya Rasulullah, supaya engkau berkenan memohonkan ampunan untukku kepada Allah atas setiap permusuhan yang pernah aku lakukan terhadap dirimu, setiap perjalanan yang aku lalui untuk menyerangmu, setiap yang aku gunakan untuk melawanmu dan setiap perkataan kotor yang aku katakan di hadapan atau di belakangmu.”

Maka Rasulullah SAW pun berdoa, “Ya Allah, ampunilah dosanya atas setiap permusuhan yang pernah dilakukannya untuk bermusuh denganku, setiap langkah perjalanan yang dilaluinya untuk menyerangku yang tujuannya untuk memadamkan cahaya-Mu dan ampunilah dosanya atas segala sesuatu yang pernah dilakukannya baik secara langsung berhadapan denganku mahupun tidak.”

Mendengar doa yang dipohon oleh Rasulullah SAW itu, alangkah senangnya hati Ikrimah, maka ketika itu juga ia berkata, “Ya Rasulullah! Aku bersumpah demi Allah, aku tidak akan membiarkan satu dinar pun biaya yang pernah aku gunakan untuk melawan agama Allah, melainkan akan aku ganti berlipat ganda demi membela agama-Nya. Begitu juga setiap perjuangan yang dahulu aku lakukan untuk melawan agama Allah, akan aku ganti dengan perjuangan yang berlipat ganda demi membela agama-Nya, aku akan ikut berperang dan berjuang sampai ke titisan darah yang terakhir.”

Demikianlah keadaan Ikrimah, setelah ia memeluk Islam, ia sentiasa ikut dalam peperangan hingga akhirnya ia terbunuh sebagai syahid. Semoga Allah berkenan melimpahkan kurnia dan rahmat-Nya kepada Ikrimah.

Dalam riwayat yang lain pula diceritakan, bahawa ketika terjadinya Perang Yarmuk, Ikrimah juga ikut serta berperang sebagai pasukan perang yang berjalan kaki, pada waktu itu Khalid bin Walid mengatakan, “Jangan kamu lakukan hal itu, kerana bahaya yang akan menimpamu adalah lebih besar!”

Ikrimah menjawab, “Kerana kamu wahai Khalid telah terlebih dahulu ikut berperang bersama Rasalullah SAW, maka biarlah hal ini aku lakukan!”

Ikrimah tetap meneruskan niatnya itu, hingga akhirnya ia gugur di medan perang. Pada waktu Ikrimah gugur, ternyata di tubuhnya terdapat lebih kurang tujuh puluh luka bekas tikaman pedang, tombak dan anak panah. Abdullah bin Mas’ud pula berkata, “Di antara orang-orang yang termasuk dalam barisan Perang Yarmuk adalah Haris bin Hisyam, Ikrimah bin Abu Jahal dan Suhail bin Amar. Di saat-saat kematian mereka, ada seorang sahabat yang memberinya air minum, akan tetapi mereka menolaknya. Setiap kali air itu akan diberikan kepada salah seorang dari mereka yang bertiga orang itu, maka masing-masing mereka berkata: “Berikan saja air itu kepada sahabat di sebelahku.” Demikianlah keadaan mereka seterusnya, sehingga akhirnya mereka bertiga menghembuskan nafas yang terakhir dalam keadaan belum sempat meminum air itu.”

Dalam riwayat yang lain pula ditambahkan, “Sebenarnya Ikrimah bermaksud untuk meminum air tersebut, akan tetapi pada waktu ia akan meminumnya, ia melihat ke arah Suhail dan Suhail pun melihat ke arahnya pula, maka Ikrimah berkata: “Berikanlah saja air minum ini kepadanya, barangkali ia lebih memerlukannya daripadaku.” Suhail pula melihat kepada Haris, begitu juga Haris melihat kepadanya. Akhirnya Suhail berkata: “Berikanlah air minum ini kepada siapa saja, barangkali sahabat-sahabatku itu lebih memerlukannya daripadaku.” Begitulah keadaan mereka, sehingga air tersebut tidak seorangpun di antara mereka yang dapat meminumnya, sehingga mati syahid semuanya. Semoga Allah melimpahkan kurnia dan rahmat-Nya kepada mereka bertiga. Amin.”

Sumber : DarulNuman

Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup

Renung-renungkan dan selamat beramal…

Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah...aku bertanya pada Ibu.
'Ibu, kataku, ada cerita apa yang menarik dari Umrah....?' Maklum, ini pertama kali aku ber Umrah.
Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya. .
Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya bergabung untuk Umrah di bulan July 2007 yang lalu.
Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah.
Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kabah. Jadi aku punya kesempatan untuk bertanya tentang Umrah.
Ibu berkata...'Shinta, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup.

Panggilan pertama adalah
Azan', ujar Ibu.

Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas.. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti'.

Saya terpekur.... .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan sholat karena meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah....... . ..


Ibu melanjutkan, 'Shinta, Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji.
Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. J alan nya bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'.


Mata saya semakin berkaca-kaca..Subhanallah....saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.. ......Alhamdulillah..
.

Dan panggilan ke-3', lanjut Ibu, 'adalah KEMATIAN.

Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Karena itu Shinta, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... .......Insya Allah syurga adalah balasannya.. ...


Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi , saya sujud bertaubat pada Allah karena kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya. ....
Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan baju Ihram dan berniat..... .....
Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan Semesta Alam........


Huraisy
Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama
'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini
dari timur hingga ke barat.. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : 'Hai
Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?'
Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang..'

'Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.

Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.

Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.

Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.

Kelima, orang yang suka minum arak.'

kesal saya dgn sikap buruk sangka saya terhadap org lain dan sikap tidak tahu berterima kasih dgn kawan yg sentiasa berlapang dada…..





Sabtu, 20 Jun 2009

Pandangan Muraqib al-Am Ikhwan Muslimin Jordan Mengenai Politik Malaysia



"Dalam kunjungan ke Jordan baru-baru ini wakil Harakah, Ustaz Imran b Selamat sempat menziarahi Syeikh Dr. Hammam Said di ibu pejabat pergerakan al-Ikhwan al-Muslimin di ibu negara Amman. Ikuti temuramah yang dapat dirakamkan dalam pertemuan tersebut pada hari Sabtu, 7hb Feb 2009 iaitu sehari selepas kejatuhan kerajaan negeri Perak Darul Ridzuan.


Sebelum ini tuan lebih dikenali dalam lapangan bidang akademik khususnya dalam bidang ilmu-ilmu hadis. Bolehkah tuan ceritakan serba sedikit mengenai perjalanan semasa menuntut ilmu?

Segala pujian bagi Allah. Selawat dan salam ke atas Saiyidina Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda sekalian. Perjalanan hidup saya dalam menuntut ilmu bermula di rumah, di mana ayah saya merupakan salah seorang ulama hadis.

Saya terdedah dengan perpustakaan yang secara khususnya mengandungi kitab-kitab hadis semasa usia yang sangat muda. Lebih kurang usia 10 tahun, saya sudah membaca kitab-kitab besar yang berkaitan dengan ilmu hadis, kesusasteraan, bahasa Arab seperti karangan al-Mutanabbi dan lain-lain. Begitu juga buku-buku yang berkaitan dengan biodata para perawi hadis, juga karangan Ibnu Hajar dan lain-lain.

Perkembangan awal ini semua membantu pengajian saya di peringkat universiti. Saya menamatkan pengajian dalam bidang syariah di Universiti Damsyiq pada tahun 1965. Sudah diketahui umum, pengajian syariah di universiti tersebut sangat sukar, yang lulus hanya sekitar 5-6 orang sahaja.

Malah kadang kala hanya 3 orang. Antara guru-guru yang mendidik saya ialah Syeikh Mustafa Siba’ie, Dr. Mustafa Zarqa dan ramai lagi ulama yang besar. Kemudian setelah bekerja hampir 5 tahun, saya ke Universiti al-Azhar dan mempelajari ilmu hadis dalam kuliah Usuluddin. Saya berjaya menamatkan pengajian di peringkat M.A dan Phd dengan pangkat pertama. Dengan kurnia dari Allah, tesis yang saya hasilkan sangat jarang dilakukan iaitu mengenai illal hadis merupakan yang pertama pernah ditulis seumpamanya.

Tesis tersebut berbeza dengan yang lain. Kemudian hasil kajian saya itu tersebar dan menjadi subjek yang diajarkan di universiti-universiti, bermula dengan Universiti Jordan di fakulti syariah. Kajian saya itu dianggap sebagai syarah kepada kitab al-‘Ilal karangan Imam al-Tirmizi. Ianya kemudian diajarkan dalam dunia Islam di peringkat pengajian tinggi.

Alhamdulillah. Saya juga aktif dalam bidang keilmuan dan selama 25 tahun, saya telah menulis dalam pelbagai displin ilmu. Di antara ialah himpunan hadis-hadis berkenaan fitnah akhir zaman, hukum-hakam kewangan, kesempurnaan Nabi, jihad dan lain-lain. Semua ini sedang dalam proses untuk cetakan. InsyaAllah.

Di manakah tuan menyumbangkan khidmat setelah tamat pengajian?

Saya mengajar di Universiti Jordan hingga tahun 1988 sebelum dipilih menjadi ahli (parlimen) Majlis Perwakilan Jordan pada 1989. Saya dipilih semula menjadi ahli perwakilan pada tahun 1993 dan kekal hingga tahun 1997. Kemudian saya dilantik menjadi penasihat syar’ie bagi Hospital Islam di Jordan. Kemudian saya mengajar di universiti swasta Al-Zarqa selama setahun. Setelah itu, saya dilantik menjadi Muraqib al-‘Am dalam jemaah al-Ikhwan al-Muslimin.

Bilakah tuan menyertai gerakan al-Ikhwan al-Muslimin dan bagaimana tuan memandang tanggungjawab sebagai Muraqib al-‘Am (Jordan) ketika ini?

Saya menyertai jamaah al-Ikhwan al-Muslimin pada waktu yang sangat awal iaitu ketika berumur 12 tahun. Alhamdulillah, saya masih ingat sejarah itu dan kini saya masih berada dalam jemaah ini. Tugas saya sekarang ini sebagai Muraqim al-‘Am sangat berat dan bukanlah tugas yang mudah.

Tanggungjawab ini sangat besar kerana ia berkaitan dengan maslahah beratus-ratus ribu para pemuda Islam untuk membawa mereka menuju ke satu matlamat pada masa yang mendatang. Memperbaiki jamaah ini agar dapat berperanan dalam masyarakat. Memimpin jamaah ini untuk memastikan ianya dapat mencapai matlamat-matlamat Islam. Semoga Allah memudahkan segala urusan ini.

Dalam majalah al-Mujtama’ (3-9 Zulkaedah 1429H) tuan pernah menyeru kaum muslimin kepada sistem ekonomi antarabangsa yang baru dengan bersumberkan rujukan Islam. Mengapakah dunia Islam terlalu bergantung pada sistem kapitalisme, seolah-olah sukar sekali untuk keluar daripadanya?

Sistem kapitalisme telah gagal di negara-negara mereka (Barat). Mereka menghadapi kehabisan sumber dengan satu ledakan yang besar. Ledakan ini diibaratkan ia telah meninggalkan satu ruang kosong. Manusia menyangka kegiatannya masih berjalan.

Ekonomi yang hanya memaparkan jumlah angka, apabila mereka cuba mendapatkan kepastian mengenai jumlahnya, lalu mereka mendapati tiada jumlah apa pun. Semua ini hanya mempersendakan orang ramai dan permainan yang menipu. Tiada aktiviti ekonomi yang berlaku pada hakikatnya. Kerana ia hanyalah ibarat jaminan yang dibuat tanpa akad yang sah. Begitulah sistem kapitalisme, ia tidak berdiri di atas perkara yang jelas secara hakiki. Ia hanya dibina atas dasar kepercayaan di antara mereka yang terlibat.

Kini sudah jelas dasar kepercayaan ini sebenarnya adalah satu pembohongan. Tiada jumlah dalam simpanan secara realiti. Dalam beberapa bulan, berlaku kejatuhan ekonomi dengan kerugian berbilion-bilion dolar di Amerika.. begitu juga di Britain dan Eropah. Sistem ini telah gagal dan tiada siapa yang mampu untuk mempertahankannya.

Beberapa hari lalu, saya telah mendengar daripada Pengarah Bank Islam Jordan, bahawa negara Britain yang dulunya meletakkan syarat-syarat yang ketat untuk membuka bank-bank Islam di negara itu, kini telah mempelawa perbankan Islam agar datang ke Britain untuk membuka cawangan-cawangannya dan dipermudahkan untuk beroperasi. Ini menunjukkan bahawa ekonomi Islam di negara mereka mempunyai kedudukan yang dihormati.

Kita mahu meluaskan ekonomi Islam, tiada riba, tiada penipuan berbentuk spekulasi, tiada monopoli (ihtikar) dan tiada perniagaan atas kertas tanpa kewujudan nilai wang yang jelas. Iaitu ekonomi dengan dokumen yang jelas dan berpijak di bumi yang nyata. Kita perlu memperkemaskan sistem ekonomi Islam di negara kita dan jadikan ia pelindung ekonomi di negara kita. Kemudian menyebarkannya ke peringkat antarabangsa.

Apa pendapat tuan, jika sesetengah pihak menganggap mustahil dunia Islam dapat keluar dari sistem kapitalisme?

Yang menjadi perkara mustahil di sini ialah mustahil sistem ini dapat bertahan di negara-negara barat. Mesti ada alternatif lain sebagai pengganti. Sistem sosialis telah gagal dan sistem kapitalis juga gagal. Yang tinggal hanya sistem Islam.Tuan tentu mengetahui kejayaan parti-parti pergerakan Islam pada pilihanraya tahun lalu (2008). Tuan juga pernah menghadiri negeri Perak pada tahun lepas dan tahu parti gerakan menguasai negeri tersebut. Adakah tuan tahu bahawa kes terbaru ini, kerajaan negeri Perak telah dijatuhkan dengan pengkhianatan 3 orang Adun yang tidak berpegang dengan prinsip Islam. Apa komen tuan berhubung perkara ini?

Perkara paling penting, pergerakan parti Islam mesti memiliki kekuatan dalam menentukan perjalanan(nya) dan kekuatan di kalangan anggota masyarakat. Sekiranya kekuatan ini teguh, inilah yang dapat menjamin satu kerajaan yang kuat. Tetapi pada hakikatnya, kadang-kala bergabung dengan parti-parti lain, kita tidak dapat menjangka apa yang bakal berlaku sekiranya terjadi pertembungan pada kepentingannya atau kaedah ancaman digunakan. Ketika itu bertukarlah haluannya dan kita telah membina hubungan di atas asas yang tidak kukuh. Kita sepatutnya membina kekuatan yang kukuh dan meletakkan pergantungan yang tinggi dalam saf kita, di kalangan para pemuda kita dan parti gerakan Islam mesti memiliki kekuatan kita sendiri. Betulkah kerajaan Perak sudah dijatuhkan? Tiada daya upaya kita melainkan dengan izin Allah (sambil menggelengkan kepala).

Secara peribadi, tuan sudah mengenali Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang sekian lama, apa pandangan tuan pada peribadi, kepimpinan dan kesungguhan usaha beliau dalam lapangan dakwah Islam di negaranya dan di peringkat antarabangsa?

Saya mengenali Syeikh (Tuan Guru) Haji Abdul Hadi bin Awang, sudah melebihi 20 tahun. Ke mana sahaja saya pergi dalam dunia Islam ini pasti saya akan mendapati beliau berada bersama di hadapan saya. Beliau adalah seorang yang memiliki kesungguhan sekian lama dalam dakwah (menyeru manusia) kembali kepada agama Allah dan aktif dalam menjalankan kerja-kerja Islam. Beliau bukanlah seorang tokoh hanya di peringkat negara Malaysia, bahkan ketokohan beliau berada pada peringkat dunia Islam. Saya mengucapkan tahniah kepada negara Malaysia kerana peribadi beliau dan kepimpinannya. InsyaAllah, saya dapat melihat padanya terdapat sifat ikhlas, benar, tsabat (tetap pendirian) dan istiqamah. Semoga Allah sentiasa membantu beliau dan menambahkan keberkatan pada usahanya. Amin.
Tuan pernah menyebut bahawa pergerakan Islam perlu menguatkan tarbiah terhadap ahli-ahlinya, memperbanyakkan kegiatan dakwah Islam dan tidak hanya dalam urusan politik.. boleh tuan jelaskan mengapa tarbiah ini sangat penting?

Tidak syak lagi, bahawa tarbiah adalah satu juzuk asas dalam pembentukan jemaah. Gerakan Islam yang mengambil peranan yang banyak dalam bidang politik dan mungkin aspek tarbiah berkurang. Kita mahu mengambil ruang yang lebih besar dalam aspek tarbiah dan mengambil berat terhadapnya. Jemaah al-Ikhwan al-Muslimun juga mempunyai manhaj tarbiah yang terperinci di semua negara-negara. Inilah yang menjaga jemaah dan menjadikannya kuat. Untuk itu, Parti Islam juga perlu memiliki program tarbiah yang terperinci untuk ahli-ahli dan para pengikutnya.

Apa pandangan tuan tentang masa depan gerakan Islam? Apakah kemungkinan yang bakal berlaku sekiranya kepimpinan parti Islam ini tidak lagi dipimpin oleh para ulama sebaliknya oleh golongan intelektual dalam parti tersebut?

Kewujudan para ulama pada peringkat tertinggi adalah jaminan paling besar bagi sesebuah gerakan Islam ini. Kerana hubungan umat dengan para ulama adalah satu hubungan yang kuat. Apabila terdapat ulama di situ, maka kepimpinan tersebut berjalan di atas dasar al-Kitab (al-Quran) dan sunnah Rasulullah s.a.w.

Ini menjadikan orang ramai berasa tenteram dan selesa dengan kepimpinan tersebut. Jika kepimpinan itu hanya semata-mata bersifat politik, pragmatisme dan urusan politiknya datang dari luar (rujukan) Islam, luar dari al-Kitab dan as-Sunnah… akhirnya orang ramai tidak lagi bersatu di bawah kepimpinan sebegitu. Namun, kepimpinan yang ada ini jika berterusan seperti yang dituntut, akan bertambah kekuatannya dengan izin Allah. Masa depan akan menjadi baik. Saya menjangkakan suatu hari nanti, parti ini akan mendapat majoriti kuasa. InsyaAllah.

Akhir sekali, apa nasihat tuan untuk rakyat Malaysia?

Rakyat Malaysia menganggap Islam itu sebagai satu agama dan anutan yang bersifat nasional (dalam negara). Ini tidak terdapat di negara selain Malaysia. Ini adalah satu pealuang untuk menyebarkan agama Islam. Juga saya nasihatkan agar diadakan pembelajaran bahasa Arab dan memperkemaskan kemahiran dalam bahasa Arab. Saya mendapati ada penggunaan bahasa Arab di Malaysia. Namun, saya mahu bahasa Arab menjadi bahasa utama di Malaysia. Ini boleh berlaku dengan usaha orang-orang yang berkebolehan, terpilih dan (sedia) berjihad dengan kurniaan Allah.

Kamu berikan keutamaan kepada bahasa Arab dan laksanakan syariat Islam dan hukum hakam Islam dalam segala lapangan kehidupan. Kerana agama kita inilah yang menjaga kehidupan kita di dunia dan akhirat. Semoga Allah memberikan taufik kepada kamu semua. Amin.

Sumber:-
http://www.pmram.org/index.php?

Jumaat, 19 Jun 2009

Pakai Tudung, Walaupun Tidak Islam -Spencer Wall


SPENCER Wall, seorang wanita Amerika Syarikat (AS) berusia 20 tahun asal West Texas, tergolong unik dan luar biasa di tengah masyarakat majoriti bukan Islam. Dia yang beragama Kristian, tetapi sejak akhir April lalu telah memutuskan untuk memakai pakaian Muslimah, bertudung lengkap selama satu tahun ini. Apa tujuannya?


Wall mengatakan dia bukan ber'eksperimen' tetapi belajar dari pengalaman. Dia nak rasa bagaimana menjadi golongan minoriti seperti komuniti Muslim, yang selalu dipandang sebelah mata dan dicurigai di negaranya, walaupun dia bukan mewakili komuniti tersebut. "Saya bukan ingin mewakili Muslimah atau komuniti Muslim.. Saya hanya ingin tahu bagaimana rasanya menjadi seperti mereka.. sebentar saja ..." ujar Wall.

Perubahan penampilan Wall tentu sahaja mengundang banyak tanya dari teman-teman dan orang-orang sekeliling. Wall memang mengalami hal-hal yang tidak diharapkannya sejak memakai tudung dan pakaian Muslimah. Orang kerap memandang Wall dengan curiga, tidak mahu bercakap dengannya dan sering dicemuh. Bahkan pernah ada pengunjung di restoran tempatnya bekerja, menolak dilayani Wall. Tetapi seperti kebanyakan Muslimah di AS yang kerap menerima kelaku seperti itu, Wall tidak ambil peduli dan tetap terus melangkah.

Pertanyaan yang kerap diterima ialah, asal dari mana? Kerana orang-orang Amerika masih melihat warga Muslim sebagai imigran atau pendatang. Mulanya Wall menjelaskan, 'ingin belajar dari pengalaman..' Tapi lama-lama, dia pun bosan juga, dan jawab pendek,"Saya bukan Muslim, tetapi saya pakai tudung kerana sukakanya!" Meski demikian, Wall mengakui jawapan itu tidak sepenuhnya benar, kerana jauh di dalam hatinya ia merasa tidak boleh keluar rumah tanpa berpakaian Muslimah. "Saya pernah cuba tak pakai tudung sehari saja, tetapi tak boleh..."

Kini bukan hanya dalam berpakaian, Wall juga mengikuti kebiasaan bagaimana sepatutnya sikap seorang Muslimah. Ia menolak hubungan bebas terutama dengan lelaki. Pernah di toko pakaian, Wall meminta pelayan toko itu menutupi ruang terdedah apabila kakinya ternampak semasa mencuba-cuba pakaian. Wall mengatakan, pengalamannya 'menjadi seorang Muslimah' mengajarnya untuk menghargai dan menghormati hal-hal yang bersifat peribadi. Satu hal yang tidak pernah ia rasakan dalam ajaran agama Kristien.

Bahkan katanya, suatu hari nanti ia juga ingin rasa bagaimana hendak bersolat 5 kali tiap hari. "Seperti yang anda tahu, kami hidup di tengah masyarakat yang tidak peduli dengan aktiviti ibadah. Dengan pengalaman saya sekarang, saya rasa diri saya lebih dekat dengan Tuhan," ungkap Wall. "Pengalaman ini mengajar saya untuk menghormati wanita yang membuat keputusan ' tinggal tetap di rumah, menjaga dan mendidik anak-anak saja..' menghormati mereka yang bertudung lengkap, beraktiviti di luar atau menjadi seorang CEO.." sambungnya.

Rabu, 17 Jun 2009

OUR HERO



HIDUP HIDUP HIDUP RAKYAT..

BUBAR BUBAR BUBAR DUN ..

BEGITULAH LAUNGAN Hero rakyat perak ....

Begitulah seorang pemimpin berani yang cuba menunaikan janji nya

untuk membawa isu ini di parlimen ..

AYUH KITER ...

TERUS BERSAMANYA... semangat beliau amat ditagih oleh pencinta keadilan

dan penentang UBN ..

syabas DATO SERI NIZAR JAMALUDDIN
"kebenaran pasti akan datang"

Menghadapi realiti masyarakat Melayu Malaysia



Melayu bukan hanya terdapat di Malaysia. Ia terdapat di Thailand, Brunei, Singapura, Kemboja, Sri Lanka, Afrika Selatan dan Indonesia. Di sini takrifnya ialah bangsa Melayu dan bukannya rumpun Melayu. Kalau rumpun Melayu maka ia lebih luas meliputi keseluruhan Indonesia, Filipina, malah Madagascar. Tetapi di sini apa yang hendak ditakrifkan ialah orang Melayu yang berbahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama Islam.

Oleh kerana orang Melayu di Afrika Selatan, Sri Lanka dan Kemboja sudah tidak berbahasa Melayu, maka mereka boleh dianggap sudah tidak Melayu lagi. Sementara orang Melayu yang tidak beragama Islam sebahagiannya di Indonesia dan Singapura, maka mereka juga bukan orang Melayu.

Apakah yang dikatakan sebagai adat istiadat Melayu? Ia termasuklah upacara perkahwinan dan amalan lain budaya orang Melayu seperti menyambut Hari Raya. Maka orang Melayu yang ada seperti takrifan itu ialah di Malaysia, Singapura, Thailand , Brunei dan Indonesia. �

Namun begitu jati diri Melayu sebagai bangsa yang mempunyai negara sendiri hanya ada di Malaysia dan Brunei. Ini kerana Melayu di kedua-dua negara ini mempunyai raja-raja sendiri dan mereka pada asal dan asasnya menjadi rakyat kepada raja masing-masing. Ini kerana pada suatu masa orang Melayu ini mempunyai negeri masing-masing lengkap dengan sistem pemerintahan yang diketuai oleh raja masing-masing. Negara mereka inilah yang dipanggil negeri-negeri Melayu.

Negeri Melayu di Thailand sudah tidak ada. Pattani, Narathiwat, Songkhla dan Yala sudah menjadi wilayah di dalam Thailand, dan orang Melayu di sana adalah warganegara Thailand yang taat setianya adalah kepada raja Thai, dan mereka setaraf denmgan lain-lain warganegara Thai. �

Memang terdapat negeri-negeri Melayu di Indonesia dahulu, khususnya di Sumatera. Tetapi mereka telah ditakluki oleh Belanda dan apabila Indonesia diisytiharkan pada 17 Ogos 1945, negeri-negeri Melayu di situ dengan raja-rajanya sudah dimansuhkan. Negeri mereka hanyalah merupakan wilayah di dalam Indonesia. Mereka adalah warganegara Indonesia setaraf dengan lain-lain warganegara. �

Sementara Singapura pula asalnya sememangnya sebahagian daripada Kesultanan Johor-Riau. Tetapi ia telah dijual oleh sultan ketika itu kepada Britain. Maka ia menjadi tanah jajahan Britain sebagai sebahagian daripada negeri-negeri Selat. Maka apabila Singapura mencapai kemerdekaan, orang Melayu menjadi warganegara republik di situ setaraf dengan lain-lain warganegara.

Cumanya pada masa itu Singapura sedang bersedia untuk menyertai gagasan Malaysia, maka kedudukan orang Melayu di situ adalah serupa dengan bumiputera di Malaysia. Iaitu mereka juga mempunyai hak istimewa dalam erti kata perhatian diberikan kepada mereka sebagai pribumi yang tidak wajar dibiarkan ketingggalan dalam arus pembangunan.

Maka apabila Singapura menyertai Malaysia pada 16 September 1963, kedudukan orang Melayu di situ adalah seperti orang Melayu lain dalam Malaysia. Bahawa mereka menjadi bangsa yang mempunyai hak istimewa di bawah naungan raja-raja Melayu diwakili oleh Yang di-Pertuan Agong. Seperti orang Melayu dan bumiputera lain di Malaysia, orang Melayu Singapura dinaungi kembali di bawah Raja-raja Melayu. �

Sememangnya semua warganegara tanpa mengira bangsa adalah rakyat kepada Yang di-Pertuan Agong di negeri-negeri yang tidak ada sultan. Tetapi peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai wakil raja-raja Melayu adalah mempertahankan perlembagaan persekutuan di mana di dalamnya termaktub pernyataan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, agama Islam adalah agama rasmi, kedudukan raja-raja Melayu sebagai raja negara serta adanya hak keistimewaan orang Melayu sebagai bangsa yang merupakan rakyat asal kepada raja-raja Melayu dan perhatian wajar diberikan supaya mereka tidak ketinggalan berbanding kaum-kaum lain. �

Inilah realiti masyarakat Melayu di Malaysia. Apabila Singapura dikeluarkan daripada Malaysia dan menjadi republik, maka kedudukan orang Melayu di sana adalah setaraf dan tidak berbeza daripada warganegara kaum lain. Tidak ada istimewanya. Namun begitu kerajaan Parti Tindakan rakyat (PAP) tetap memberi perhatian khusus kepada orang Melayu supaya mereka tidak ketinggalan dan program berdikari dilakukan supaya mereka dibantu tanpa menjadikan mereka itu istimewa. �

Sementara Brunei apabila merdeka, muncul sebagai sebuah negeri Melayu dengan rajanya dan kedudukan orang Melayu adalah istimewa berbanding dengan kaum bukan Melayu di negara itu. Singapura dan Brunei merupakan contoh perbandingan kepada Malaysia yang berada di tengah-tengah, iaitu antara Singapura dan Brunei dalam rujukannya kepada bangsa Melayu. �

Maka kini di dunia, hanya ada dua negara Melayu iaitu Malaysia dan Brunei. Walaupun Malaysia sebuah negara demokratik, liberal dan pelbagai kaum tetapi dari segi perlembagaan yang muncul daripada sejarah menunjukkan ia adalah negara Melayu. Maka gagasan inilah yang diperjuangkan Umno. Sementara PAS yang pernah merupakan biro agama Umno juga berdiri atas landasan ini. �

Biro Agama Umno ini kemudian menjadi Persatuan Islam Se-Tanah Melayu. Mereka memperjuangkan bahawa kepentingan orang Melayu mesti dipertahankan khususnya mengenai identiti Islamnya. Apabila Umno bekerjasama dengan MCA dan MIC dalam Perikatan yang tentunya akan berlaku kompromi, maka PAS muncul sebagai sebuah parti Islam yang keras untuk memastikan orang Melayu tidak ketinggalan berbanding dengan kaum lain. �

Bagaimanapun pada tahun 1982, perubahan besar berlaku dalam PAS. Ada dua ciri baru PAS muncul selepas kejatuhan Tan Sri Asri Muda. Pertama, gagasan kepimpinan ulama yang menghasilkan Majlis Syura dipandu oleh Mursyidul Am. Ciri Islam ini jelas apabila PAS membawa gagasan menolak asabiyah, yang ditakrifkan sebagai perkauman, kebangsaan dan nasionalisme.

Bagi PAS, negara Islam yang diperjuangkan tidak mengenal kaum. Ia juga tidak membezakan antara penganut agama. Perjuangan PAS adalah inklusif membela semua kaum dan anutan agama. Tetapi Islam pula dianggap sebagai ideologi parti di mana agama ini tentunya terunggul unggul, malah hegemonik. Bukan untuk menjadikan Islam sebagai menindas, tetapi sebaliknya membela dan memberikan keadilan serta kebajikan kepada rakyat. �

Maka mengapakah terdapat usul daripada muktamar PAS yang menghendaki 30 peratus ekonomi hendaklah bumiputera? Sementara kalau dilihat polisi perumahan kerajaan PAS Kedah yang memperuntukkan kuota bagi penjualan rumah untuk bumiputera, tidakkah itu perkauman atau asabiyah? �

Tetapi realitinya ialah jika polisi-polisi itu tidak ada. Apa akan jadi? Tanpa ragu-ragu lagi, orang Islam akan terus ketinggalan dan orang Islam juga tidak mampu untuk memiliki hartanah. Mengapa jadi demikian? Hakikatnya orang Melayu tidak berkemampuan untuk berniaga. Mereka akan ketinggalan. Ini adalah realiti Melayu di Malaysia. Islam adalah agama fitrah dan agama realiti. PAS adalah parti Islam. Di sinilah cabarannya apabila berdepan dengan orang bukan Islam dalam Pakatan Rakyat.

Rabu, 10 Jun 2009

ucapan Tuan Ibrahim Tuan Man



Ulasan ini difahamkan di buat oleh oleh Dato' Tuan Ibrahim, sebaik sahaja memenangi Naib Presiden PAS dalam Muktamar ke55.

Selasa, 9 Jun 2009

Keputusan terkini Jawatankuasa PAS Pusat

SENARAI KEPUTUSAN
JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011


PENGERUSI TETAP (MTB)
Abu Kasim Bin Abdullah, Ustaz Haji

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Hussin Bin Haji Ismail, Haji


PRESIDEN (MTB)
Abdul Hadi Hj Awang , YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji

NAIB PRESIDEN


Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’ Ustaz(877)
Salahuddin Ayub, YB (824)
Mahfuz Omar, YB Dato' Haji (663)


AHLI JAWATANKUASA KERJA

Mohamad Nizar Jamaluddin, YAB Dato' Seri Ir (854)
Idris Haji Ahmad, Ustaz Haji (799)
Kamarudin Jaffar , YB Dato’ (769)
Azizan Abd Razak, YAB Dato’ Seri Ustaz (653)
Hasan Mohd Ali , YB Dato' Dr Hj (642)
Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. Haji (638)
Abdul Ghani Samsudin, Ustaz Haji(637)
Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz Haji (622)
Mohamed Hanipa Maidin, Sdr (619)
Amiruddin Hamzah, YB Dato' Ir. (606)
Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali, YB Dr. (589)
Ab Ghani Abdul Rahman, Ustaz Haji (584)
Dzulkefly Ahmad, YB Dr. (576)
Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr. (530)
Hashim Jasin, YB Ustaz Haji (522)
Mazlan Aliman, Sdr (513)
Taib Azamudden Md Taib, YB Ustaz Haji (508)
Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. (488)

PEMERIKSA KIRA-KIRA

Mohd Rashidi Bin Hassan
Musaniff Abd Rahman


Diharap kepada yang menang untuk meningkatkan lagi jentera PAS seterusnya dapat memacu PAS untuk terus kehadapan ..sekarang masa untuk PAS terus menjadi parti harapan untuk rakyat ..sekalung tahniah diucapkan kepada yang terpilih dan bagi yang kalah sama-sama lah menguatkan parti ..

Khamis, 4 Jun 2009

ALLAH MENGABURKAN PEMAHAMAN ORANG-ORANG KAFIR

Jika orang-orang kafir tidak dapat memahami al-Qur'an, ini merupakan rahasia yang sangat penting yang dijelaskan dalam al-Qur'an. Sesungguhnya ini merupakan rahasia penting, Kerana al-Qur'an itu merupakan kitab yang sangat jelas, mudah, dan sederhana. Siapa pun yang mahu dapat membaca al-Qur'an dan mengkaji firman Allah tentang akhlak terpuji yang diridhai-Nya, keadaan surga dan neraka, dan tentang berbagai rahasia yang juga diketengahkan dalam kitab ini. Meskipun hukum-hukum Allah tersebut tidak terbantahkan, sebagian orang tidak mampu memahami al-Qur'an, sekalipun telah sangat jelas. Di samping itu, orang-orang seperti insinyur nuklir atau profesor biologi, yang dapat memahami cabang-cabang sains yang rumit seperti fizik, kimia, atau matematika, dan mampu memahami Budhisme, Hinduisme, Shintoisme, materialisme atau komunisme, anehnya mereka tidak mampu memahami al-Qur'an. Orang-orang yang berpegang pada sistem non-al-Qur'an yang rumit tersebut bagaimanapun tidak dapat memahami agama Allah yang jelas dan mudah, bahkan mereka juga tidak mampu memahami persoalan-persoalan yang jelas yang terkandung di dalamnya.

Bahawa mereka tidak dapat memahami fakta yang sangat jelas, sesungguhnya ini juga merupakan keajaiban tersendiri. Dengan menunjukkan bahawa mereka memiliki kekurangan yang parah dalam hal pemahaman, Allah menjelaskan bahawa sebagian orang memiliki kehidupan yang berbeza. Di sisi lain, hal ini memberikan bukti terhadap fakta bahawa sesungguhnya hati, akal, dan pemahaman itu berada di tangan Allah. Allah menyatakan bahawa Dia akan menutupi hati dan pemahaman orang-orang yang dihinggapi perasaan takabur, iaitu orang yang tidak mahu berserah diri kepada Allah. Fakta bahawa mereka dapat memahami apa saja kecuali al-Qur'an, ini menjelaskan bahawa Allah telah memalingkan mereka dari ayat-ayat-Nya, dan mereka terhijab dari al-Qur'an Kerana ketidakikhlasan mereka. Adapun sebagian ayat yang membincangkan masalah ini adalah:

“Dan apabila kamu membaca al-Qur'an, niscaya Kami adakan antara kamu dan orang-orang yang tidak beriman dengan kehidupan akhirat, suatu dinding yang tertutup, dan Kami adakan tutupan di atas hati mereka dan sumbatan telinga mereka, agar mereka tidak dapat memahaminya. Dan apabila kamu menyebut Tuhanmu saja dalam al-Qur'an, niscaya mereka berpaling ke belakang Kerana bencinya.” (Q.s. al-Isra': 45-6).

“Dan di antara mereka ada orang yang mendengarkanmu, padahal Kami telah meletakkan tutup di atas hati mereka (sehingga mereka tidak) memahaminya dan sumbatan di telinganya. Dan jika mereka melihat segala tanda, mereka tetap tidak mahu beriman kepadanya. Sehingga apabila mereka datang kepadamu untuk membantahmu, orang-orang kafir itu berkata: 'Al-Qur'an ini tidak lain hanyalah dongengan orang-orang dahulu'.” (Q.s. al-An'am: 25).

“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat dari Tuhannya lalu dia berpaling daripadanya dan melupakan apa yang telah dikerjakan oleh kedua tangannya? Sesungguhnya Kami telah meletakkan tutupan di atas hati mereka sehingga mereka tidak memahaminya, dan sumbatan di telinga mereka, dan meskipun kamu menyeru mereka kepada petunjuk, niscaya mereka tidak akan mendapat petunjuk selama-lamanya.” (Q.s. al-Kahfi: 57).

Sebagaimana telah dijelaskan dalam ayat-ayat tersebut, mengapa orang-orang kafir tidak dapat memahami al-Qur'an, rahasianya adalah bahawa Allah telah menutupi pemahaman mereka dan meletakkan tutup di hati mereka Kerana penolakan mereka. Ini merupakan keajaiban besar yang menunjukkan kebesaran Allah, dan bahawa Dia adalah pemilik hati dan fikiran setiap orang.

Sumber dari Buku: Beberapa Rahsia Dalam AL-Quran

Oleh : Harun Yahya





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi