Anda penggemar kopi? Tahukah anda kopi apa termahal di dunia? Pernahkan anda ingin tahu bagaimana kopi yang anda gemari itu mendapat namanya?

Aku tertarik dengan artikel dari wikipedia tentang sejenis kopi yang termahal ni. Apa yang membuatnya mahal sangat tu? Bukan kopi nya tapi cara ianya di proses…

Kopi yang aku maksudkan ialah kopi Luwak. Namanya terlalu asing namun inilah kopi yang paling mahal di dunia. Kenapa? Kopi ini telah di proses di dalam perut haiwan sebelum di proses semula oleh manusia.

Haiwan yang dimaksudkan ialah civet iaitu sejenis musang luwak yang banyak terdapat di Asia, Afrika dan Eropah.

Dikatakan petani di Jawa Timur akan memetik biji kopi yang terbaik untuk diberikan sebagai makanan civet atau musang luwak ini. Hanya biji kopi yang elok dan berkualiti tinggi sahaja diberi kepada haiwan ini.

Biji kopi ini kemudiannya akan melalui proses penghadaman di dalam perut civet ini dan bila najis haiwan ini keluar ia akan menghasilkan biji kopi yang tidak hadam yang unik dan sedap….!

Najis Civet dipungut untuk diproses.Proses pembersihan dan pemilihan biji kopi Civet yg terbaik untuk dikisar menjadi serbuk kopi.

Gambar Kopi luwak asli

Dan konon, rasa kopi luwak ini memang benar-benar berbeza dan spesial di kalangan para penggemar dan penikmat kopi.

Kopi Luwak juga menjadi hadiah Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono kepada PM Australia, Kevin Rudd, pada kunjungannya ke Australia di awal Mac 2010