Sabtu, 5 November 2011

Air dari mesin RO diragui

mesin

Penggemar air reverse osmosis (RO) dinasihatkan supaya berhati-hati apabila membeli air berkenaan daripada mesin jualan yang terdapat di merata tempat.

Ini berikutan penemuan beberapa mesin air RO yang diragui kandungan airnya, selain faktor kebersihan yang tidak terjamin.

Nasihat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) itu berikutan hasil penemuan empat mesin sedemikian dalam operasi bersepadu di negeri ini, semalam.

Dalam operasi berkenaan yang turut disertai pegawai Metrology Corporation Malaysia Sdn Bhd (MCM), empat mesin air RO, yang setiap satunya bernilai hampir RM6,000, turut dirampas.

Ketua Penguat kuasa KPDNKK Melaka, Abd Hafidz A Rahim berkata, mesin berkenaan dirampas kerana ketika pemeriksaan ia didapati tidak ditentusahkan (calibrated).

Menurutnya, kajian awal yang dijalankan menunjukkan bahawa walaupun mesin berkenaan mengenakan bayaran 20 sen untuk satu liter air, namun air diperoleh cuma sekitar 900 milimeter.

“Selain itu, walaupun mesin ini dikatakan sebagai mesin air RO, namun kandungan airnya meragukan,” katanya. – [SH]

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi