SACRAMENTO – Satu eksperimen yang membuktikan makanan di restoran McDonald’s tidak reput menimbulkan tanda tanya mengenai bahan yang terkandung di dalamnya.

Seorang jurufoto dari New York membiarkan sebiji burger Happy Meal bersama kentang goreng di atas rak di rumahnya selama 18 minggu dan mengambil gambar perubahan makanan itu setiap tiga hari.

Bagaimanapun sehingga hari ke-137, makanan tersebut masih kelihatan sama seperti mana ditinggalkan dahulu.

Menurut saintis, bahan pengawet bukan sebab utama burger itu tidak reput tetapi ia berpunca daripada kandungan lemak yang tinggi di dalam makanan tersebut, menyebabkan makanan itu mempunyai kelembapan rendah.

Permukaan makanan yang kurang lembap menyebabkan kulat tidak mudah membiak dan makanan tidak akan reput.

Selain itu, kandungan garam tinggi turut memainkan peranan kerana ia berfungsi sebagai bahan pengawet makanan