Selasa, 15 November 2011

UMPORNO buat onar di masjid2 di Seberang Perai ..

SEBERANG PERAI 15 Nov: Umat Islam di Seberang Perai, Pulau Pinang berang dengan tindakan pihak tertentu yang mengedarkan salinan VCD lucah berunsur fitnah yang dikaitkan dengan ketua pembangkang, di beberapa buah masjid.

Pengerusi masjid Guar Perahu, Abu Bakar Dakilani Abu Hassan berkata, kira-kira 50 salinan pita seks itu ditemui di sekurang-kurangnya di lapan masjid di kawasan itu.

Beliau berkata, ramai jemaah mengambil VCD itu kerana tertipu dengan perkataan ‘Wasiat Tok Guru dan Saksikan’ yang tertera pada VCD kerana menyangkakan ia merujuk kepada amanat Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

“Tetapi mereka terkejut besar apabila memainkan pita itu di rumah dan mendapati bahawa ia adalah video seks yang didakwa melibatkan Anwar (sedang mengadakan hubung seksual) dengan seorang wanita,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Sehubungan itu, kira-kira 100 orang mengadakan perhimpunan membantah tindakan berkenaan di luar masjid Guar Perahu, petang semalam.

Abu Bakar berkata tunjuk perasaan itu adalah untuk menunjukkan bagaimana umat Islam berang dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab mengedarkan video lucah itu di kawasan masjid.

“Kami mahu beri mesej jelas bahawa mereka yang edarkan VCD ini melakukan tindakan yang memalukan serta tidak bermoral,” katanya.

Menurut Abu Bakar, dua lagi pengerusi masjid dari Sugai Lembu dan Kubang Semang juga membuat laporan polis di balai Kubang Semang selepas bantahan itu.

“Kami mahu polis siasat dengan serius dan tangkap mereka yang bertanggungjawab mencemarkan nama baik masjid kita,” katanya lagi.

Pada Mac lalu, video seks fitnah itu disebarkan oleh tiga individu yang dikenali sebagai trio Datuk T yang terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Pimpinan KEADILAN bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya individu dalam video berkenaan adalah Anwar berdasarkan kepada susuk tubuh pelaku terbabit.

Anwar, yang turut berulang-kali menafikan pembabitannya dalam video itu juga telah membuat laporan polis, namun kini disiasat atas dakwaan memberi “maklumat palsu”, satu lagi usaha yang dilihat untuk memenjarakannya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi