Khamis, 22 April 2010

Pilihan Raya Kecil Pas Pertingkat Jentera Pilihan Rayanya Di Hulu Selangor


PAS telah mengerakkan jentera pilihan raya secara sepenuhnya untuk memastikan kemenangan calon PKR, Zaid Ibrahim. Dalam mesyuaratnya malam tadi yang dipengerusikan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang juga selaku Pengarah Pilihan Raya untuk pilihan raya kecil itu, Pas menambah kekuatannya dari 20% hingga 60% .

Perkara ini dijelaskan Setiausaha Agung Pas, Mustapa Ali dalam sidang akhbar di pejabat agung Pas Jalan Raja Laut barui ini. Menurutnya Pas mempunyai jentera yang tidak ada had tetapi Pas akan menghantar mengikut keperluan yang diminta oleh pihak PKR.

"Semalam kita telah mengadakan mesyuarat dan memutuskan untuk menambah jentera pilihan raya," ujar Mustapa. Dalam pada itu Mustapa mengesahkan Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat akan turun berkempen di Hulu Selangor sebaik MB Kelantan itu pulang dari Makkah 21 April ini. Nik Aziz berada di Makkah sejak seminggu lalu.

"Iya kita sudah mendapat maklum Tok Guru Nik Aziz akan turut berkempen sebaik dia pulang dari Makkah.," jelas Mustapa.

Dalam sidang akhbar itu ketika ditanya berhubung isu arak yang dilontarkan kepada Zaid, Mustapa menjelaskan bagi pihak Pas isu itu sudah selesai apabila Zaid telah menjelaskannya.

Katanya bagi Pas isu peribadi tidak sepatutnya ditimbulkan dalam pilihan raya. "Bagi Pas, Pas tidak pernah memainkan isu-isu peribadi sejak mula menyertai pilihan raya lagi," tambahnya.

Katanya sekiranya Pas ingin memainkan isu peribadi, Pas mempunyai banyak maklumat mengenai peribadi pemimpin Umno. Malah menurutnya beliau sendiri lihat dengan mata kepalanya ada pemimpin tertinggi Umno yang minum arak.

"Saya berani katanya, di kalangan pemimpin tertinggi Umno semuanya terlibat dengan arak, hanya Abdullah Badawi seorang saja yang tidak terlibat dengan arak," kata Mustapa.

Menurut beliau selain itu beliau juga ada beberapa maklumat mengenai keburukan lain pemimpin Umno tetapi tidak mahu mendedahkan kerana itu bukan cara Pas.

Beliau menyifatkan cara UBN memangkitkan isu peribadi menandakan UBN dalam keadaan terdesak. Dalam pemerhatian katanya inilah pilihan raya balik rendah tarafnya kerana menimbulkan isu peribadi yang melampau.

Kata Mustapa yang menjadi serangan peribadi UBN dalam pilihan raya ini ialah apa yang dinamakan sebagai
The Ibrahim Brothers, iaitu Anwar Ibrahim Khalid Ibrahim dan Zaid Ibrahim. Bagaimana pun yang teruk diserang ialah Zaid. sumber



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi