Sabtu, 2 Oktober 2010

Apakata wang gaji kakitangan umno dipulangkan kepada kerajaan.........

"Image Hosted by ImageShack.usMajlis Pemulangan Wang Gaji Kaki Tangan Awam akan diadakan di setiap daerah untuk kemudahan anggota kerajaan memulangkan wang gaji yang pernah mereka terima sejak mula-mula bekerja. Pemulangan wang gaji itu adalah inisiatif PAS setelah menyedari bahawa ramai kaki tangan awam tidak ingin berdosa kerana memakan sumber yang haram. Para imam dan mufti digalakkan melakukannya dengan segera agar menjadi ikutan rakyat yang takut memakan sumber yang datang daripada hasil judi, arak dan rumah urut.

Demikianlah sinisnya pandangan terhadap sikap orang Melayu yang sanggup memulangkan wang ehsan sumbangan kerajaan Pulau Pinang. Lawak jenaka UMNO ini bolehlah dianggap sebagai Melayu menghina Melayu . Malu bangsa Melayu keseluruhannya kerana kedangkalan orang Melayu Pulau Pinang. Sudahlah merempat di tanahair sendiri, tunjuk pula kepada bangsa lain akan kebodohan sendiri. Bangsa lain memandang Melayu bodoh kerana Melayu menunjukkan kepada mereka kebodohan itu. Apa tidaknya, wang RM100.00 hak mereka sanggup dipulangkan kerana ditipu oleh pemimpin Umno yang merekacipta hukum fekah sendiri tanpa nas dan ilmu. Ini bodoh pertama.
Bodoh kedua, mereka mudah ditipu oleh ekstremis UMNO yang berbohong mengatakan wang ehsan itu sebagai wang judi walaupun kerajaan PP telah membuat sidang akhbar bahawa wang itu bukan datang dari sumber judi. Sepatutnya apabila satu pihak mendakwa wang ehsan itu hasil judi dan di pihak kerajaan menjelaskannya bahawa itu bukan hasil judi, mereka ambillah penjelasan kerajaan yang lebih berwibawa. Kenapa pakcik-makcik mudah percaya kepada dakwaan UMNO; bukankah jelas selama ini memang UMNO itu bermusuh dengan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang?
Bodoh ketiga, mereka memulangkan wang itu bukan kepada kerajaan Pulau Pinang tetapi kepada pemimpin UMNO yang tipu mereka. Kalau betul mereka ikhlas, sepatutnya mereka pulangkannya kepada exco agama atau pihak yang menyerahkan wang itulah. Kenapa pula serah kepada lintah darat UMNO? Entah ke mana wang itu selepas ini. Disapunyalah wang pakcik makcik itu.

Bodoh keempat, mereka takut terima hasil yang didakwa sumber judi tetapi tak takut kepada Allah dengan mengundi parti yang mengeluarkan lesen judi. Inilah mentaliti agama yang sempit orang Melayu UMNO. Samalah seperti isu bukan Islam masuk ke dalam masjid itu dulu. Nampak benar ceteknya ilmu dan kefahaman agama mereka. Mana lebih besar dosa antara terima bantuan kerajaan dari hasil judi ATAU mengundi dan mengangkat sesebuah kerajaan yang meluluskan lessen-lesen judi? Apakah tangan orang yang memangkah BN untuk mengangkat sebuah kerajaan yang jelas meluluskan lessen-lesen judi tidak berdosa besar? Bukankah ini lebih besar dosanya wahai pakcik-makcik? Harap-harap selepas ini pakcik-makcik janganlah lagi memangkah BN tahi judi itu.

Melayu Pulau Pinang ini hanya akan jadi cerdik hanya apabila mereka memulangkan semula semua gaji yang telah mereka terima selama tiga puluh tahun berkerja dengan kerajaan. Kalau sebulan purata RM 1 000 darab dengan 12 bulan setahun dan darab dengan 30 tahun, maka jumlahnya RM 360 000 wajib dipulangkan semula kepada kerajaan kerana gaji yang dibayar kepada mereka dulu juga hasil wang yang disatukan dengan sumber judi, arak dan lain-lain. Kalau  pendapatan purata RM 3 000, maka tuan-puan carilah sejuta ringgit untuk menolak bala dosa tuan-puan. Bolehlah dijual tanah, rumah, kereta dan segala harta untuk tujuan murni itu. Lepas itu, tinggallah di atas pokok macam warung Do Re Mi di atas pokok itu.
Semua kakitangan kerajaan UMNO wajib pulangkan semua gaji mereka kepada kerajaan kerana wang yang kalian makan itu adalah hasil judi dan arak. Naina Marecan mesti bantu PAS mengadakan majlis pemulangan wang gaji dari orang UMNO termasuk dari Najib, Muhyidin, Mashitah Ibrahim dan para mufti mereka.sumber
"

Jumaat, 1 Oktober 2010

TPM Lari Dari Tanggungjawab Pengarah PRK... Lantik Ku Li Sebagai Pengarah PRK Galas, Sangat Luar Biasa...

Jawatan pengarah pilihan raya Umno biasanya dipegang oleh Muhyiddin, kata Salahuddin. — Gambar fail

KUALA LUMPUR, 30 Sept — Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menyifatkan Umno keluar daripada norma biasa apabila melantik Ketua Umno Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah pilihan raya kecil DUN Galas.
Katanya, sebelum ini jawatan itu dipegang oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi BN.

Salahuddin berkata persoalan sekarang mengapa Muhyiddin lari daripada tanggungjawab tersebut.

“Kenapa Umno lari daripada norma biasa di mana Tan Sri Muhyiddin Yassin yang setiap kali berlaku pilihan raya kecil mesti timbalan perdana menteri yang jadi pengarah pilihan raya.

“Kenapa kali ini beliau lari?” kata beliau di sini hari ini.

Beliau turut menimbulkan persoalan mengenai janji-janji pilihan raya kecil kerusi Manek Urai Julai 2009.

“Mana janji beliau satu jambatan di Manek Urai, mana janji untuk memberi sumbangan RM1,000 sebulan kepada warga tua, mana janji beliau di Manek Urai,” katanya.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu bagaimanapun enggan menyentuh tentang pelantikan Tengku Razaleigh.

“Saya tidak mahu sentuh pasal Tengku Razaleigh tapi kenapa kali ini Timbalan Perdana Menteri lari daripada tangunggjawab.

“Itu persoalannya, lagi pun PAS tiada masalah dengan Ku Li, malah kita bersama dalam beberapa itu sebelum ini termasuk royalti minyak,” katanya.

Semalam, Muhyiddin mengumumkan bahawa Tengku Razaleigh telah dilantik sebagai pengarah pilihan raya Umno-BN di Galas.

Ia salah satu kerusi DUN dalam bahagian Parlimen yang diterajui Tengku Razaleigh.

Muhyiddin berkata keputusan itu diambil dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Umno semalam. Pengerusi Perhubungan Umno negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed pula dilantik timbalan pengarah dengan dibantu jentera parti di peringkat negeri dan pusat.

Muhyiddin berkata, beliau yakin dengan kepimpinan Razaleigh yang amat berpengalaman, berpengaruh lagi amat dihormati pengundi di DUN Galas.

Kerusi Galas kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Che Hashim Sulaima dari PAS akibat barah usus, Isnin lalu. Kekosongan kerusi itu membuka laluan kepada pilihan raya kecil ke-12 sejak Mac 2008.

DUN Galas selama ini dikuasai Umno, namun dalam pilihan raya lalu Che Hashim berjaya menawan kerusi itu dengan menewaskan calon Umno, Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Menurut Salahuddin, PAS memandang serius pilihan raya kecil DUN Galas dan menyifatkan cabaran yang bakal dihadapi nanti perlu ditangani dengan bijak.

“PAS anggap ini satu cabaran besar, jentera PAS perlu bersiap sedia jangan ‘terlalu over confident’, jangan rasa selesa yang penting PAS akan meningkatkan keupayaan dan komitmen.

“Cabaran PAS untuk menghadapi rintangan ini dengan bijak,” katanya.
Tambahnya satu mesyuarat khas pemimpin PAS akan diadakan pada 3 Oktober ini dan isu DUN Galas akan menjadi agenda utama.

“Mungkin pada hari itu Presiden PAS akan mengumumkan siapa yang akan menjadi pengarah pilihan raya bagi PAS,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

blogger sempoi