Gambar ehsan Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang

GEORGE
TOWN, 11 JUN: Mangsa gas pemedih mata polis yang dilepaskan sewaktu
perhimpunan BERSIH 3.0, Asrul Wadi Ahmad, kini terpaksa menanggung
derita cacat penglihatan sebelah mata.
Jurutera mekanikal berusia 26 tahun itu rosak penglihatan 80 peratus
di mata kanannya akibat ditembak dengan kanister gas pemedih mata semasa
penghimpunan di Kuala Lumpur pada 28 April lalu, juga telah hilang
pekerjaan akibat kecederaannya.
Dalam lawatan ke Kampung Sungai Korok, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim
Guan Eng telah bertemu dengan Asrul serta keluarganya untuk
menghulurkan derma RM5,000 bagi meringankan beban tanggungan hidup.
Menurut Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, kerajaan negeri
Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah berusaha untuk mendapatkan pekerjaan
untuk Asrul.
Setakat ini, beberapa syarikat telah pun menawarkan pekerjaan kepada
anak muda itu yang berani berjuang bersama dengan ratusan ribu rakyat
Malaysia untuk menuntut pilihan raya yang adil, bebas dan bersih.
Asrul yang berkelulusan ijazah kejuruteraan daripada Universiti Putra
Malaysia (UPM) adalah anak ketiga daripada Sembilan adik-beradik. –
Roketkini.com