Rabu, 5 Januari 2011

Nak Jadi Pengampu pun agak-agak ler....

BUNUH PENGKRITIK SULTAN, SATU CADANGAN YANG HINAProf Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Seorang YB dan NGOs tertentu mencadangkan agar pengkritik sultan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Walaupun ada kaitan dengan politik kepartian tertentu -itu bukan urusan saya- tetapi saya ingin mengulas cadangan ini di sudut hukum Islam seperti berikut;
1. Cadangan ini sebenarnya lebih hina dan besar dosanya daripada menggalakkan pemerintah berzina, atau berjudi atau minum arak atau kesemua maksiat yang lain. Ini kerana, nyawa dalam Islam amat berharga dan haram ditumpahkan tanpa sebab yang sah. Cadangan ini bererti menggalakkan pemerintah membunuh orang tanpa sebab yang diizinkan oleh Allah dan Rasul. Dosa membunuh dalam Islam lebih besar dari dosa zina, arak, judi dan lain-lain.
2. Sultan bukanlah nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik. Kepercayaan sesetengah pihak bahawa haram mengkritik atau berbeza pendapat dengan sultan seakan menyamakan kedudukan sultan dan raja melayu dengan para nabi a.s. Sedang para al-khulafa al-rasyidin iaitu Abu Bakr, Umar, Uthman dan ‘Ali yang jauh lebih mulia dari sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka. Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih.
Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini.Sahabat Nabi s.a.w tidak pernah menggesa agar dibunuh pengkritik mereka. Bahkan dalam Sirah, ada beberapa kejadian yang sahabat tidak bersetuju dengan cadangan Nabi s.a.w dan membantah baginda seperti yang berlaku kepada ‘Umar r.a ketika perjanjian Hudaibiyyah, pun Nabi s.a.w tidak membunuh beliau.
3. Pada saya, pencadang hukuman tersebut; adalah pengampu yang melebihi had. Jika dia muslim, dia seorang yang ‘kering perasaan’ dan tidak takutkan Allah mengenai ‘darah orang lain’. Mungkin dia berhujah dengan undang-undang yang dia fahami sehingga dia lupa syariat Allah yang Maha Tinggi yang mengharamkan ditumpah darah dan nyawa manusia tanpa sebab yang sah di sisi syarak. Wajib dia bertaubat dan menarik balik cadangan tersebut.

Selasa, 4 Januari 2011

Kejayaan Negeri Kedah dalam mentadbir



warta kedah

ALOR SETAR 3 JAN- Rakyat Kedah kini yakin dengan pemerintahan Kerajaan sekarang yang bertujuan memberi kesejaheraan kepada mereka. Ini berikutan dengan  peningkatan hasil balak akan digunakan untuk pembangunan rakyat, kata Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

Katanya, rakyat mulai faham apabila Kedah berjaya mengutip premium balak lebih RM50 juta bagi 2010.

“Tahun ini sukacita saya maklumkan hasil balak negeri Kedah bertambah baik mencecah RM50 juta. Hasil balak premium ini adalah atas keluasan tanah 2,400 hektar”, katanya.

Menurutnya, berdasarkan laporan Ketua Audit Negara Kedah berjaya meningkatkan hasil balak 205 peratus berbanding sebelum 2008 dengan hasil kutipan hanya sekitar RM8 juta ketika Kedah di bawah pemerintahan kerajaan lalu.

Apabila kerajaan baru mengambil alih pemerintahan pada Mac 2008 hasil balak mencecah RM35 juta dan meningkat kepada RM38 juta pada tahun 2009.

Beliau  berkata, peningkatan  itu adalah hasil keberkesanan sistem tender terbuka yang dilaksanakan dan sejak perubahan polisi dibuat ternyata  hasilnya bertambah  dan polisi yang diperkenalkan ini bukan untuk menindas mana-mana pihak.

“Jika saya boleh ubah dasar dan polisi dalam pentadbiran untuk kesejahteraan rakyat saya akan buat.

“Dan apa yang saya buat ketika memperkenalkan tender terbuka balak ada yang tidak puas hati tapi syukur kerana perubahan itu kita menjasikan hasil balak meningkat hampir 205 peratus”, katanya.

Kejayaan ini adalah hasil ketelusan Kerajaan Negeri mengubah polisi kepada yang lebih baik yang diyakini dapat meningkat pendapatan negeri seterusnya dapat digunakan untuk pembangunan rakyat.

“Inilah polisi yang terbaik pernah saya ubah. Pemberian balak tidak lagi diberi secara anugerah dan setelah saya umumkan dibuat tender terbuka, polisi ini amat berkesan. Ia secara tidak langsung dapat menghindari gejala rasuah kronisme,” katanya.

Hasil balak cecah RM51 juta tahun 2010!oleh SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

ALOR SETAR 3 JAN – Kedudukan kewangan kerajaan negeri Kedah terus kukuh dengan peningkatan terhadap hasil premium balak sehingga RM51 juta setahun bagi tahun 2010, atas keluasan tanah yang sama.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan menyatakan bahawa peningkatan ini adalah pendekatan terhadap tender terbuka yang diamalkan oleh kerajaan negeri.

Ini juga disebabkan daripada perbelanjaan berhemah yang diamalkan oleh kerajaan serta kecekapan dan sifat berjimat kakitangan kerajaan dalam menjalankan khidmat mereka kepada rakyat.

“Bagi tahun 2008, kerajaan hanya peroleh RM8 juta setahun, pada saiz hutan yang sama, tetapi dibawah tender terbuka, kita (kerajaan) berjaya menghasilkan RM38 juta bagi tahun 2009, dan kini untuk tahun 2010, peningkatan sehingga RM51 juta setahun.

“Dengan ini, kedudukan kewangan kerajaan negeri berada dalam keadaan kukuh, di mana kita tidak perlu untuk meminjam daripada kerajaan persekutuan.

“Sepanjang tahun 2010, Allah bagi banyak nikmat kepada kita, walaupun dilanda banjir besar, hasil kewangan kita bertambah stabil hasil kecekapan dan ketulusan kita dalam melaksanakan tugas,” ujar beliau pada perhimpunan bulanan kakitangan awam di Wisma Darul Aman.
sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

blogger sempoi