Ahad, 27 September 2009

Meriam nabi wanita.. lari daripada tangkapan polis

PUTRAJAYA: Meriam Ahmad Shaharudin, wanita yang mengaku dirinya sebagai seorang daripada empat rasul selepas Nabi Muhammad s.a.w kini semakin berani menyebarkan dakyahnya dengan memutarbelitkan ayat suci al-Quran untuk kepentingan peribadi.

Dalam e-mel terbaru bertajuk 'Bukti saya sebagai rasul perempuan dan tugas saya yang dimajukan sendiri oleh Meriam' kepada Harian Metro semalam tetapi ditulis kelmarin, wanita yang pernah mendakwa sebagai Imam Mahdi pada 1993 itu menggunakan tiga petikan ayat suci al-Quran untuk menegakkan benang basahnya.

Dia terpaksa berbuat demikian selepas menerima kritikan bertalu-talu daripada umat Islam yang berang dengan perbuatan hinanya selepas didedahkan akhbar ini kelmarin.

Selain tidak mengaku perbuatannya bertentangan dengan Islam, Meriam turut menyalahkan golongan ulama yang didakwa kononnya menyebarkan ajaran 'salah'.

Meriam juga sanggup memutarbelitkan ayat 14, Surah at-Taubah yang berbunyi: "Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Ia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman."

Kamu dalam ayat itu didakwa Meriam merujuk kepada dirinya.

Lebih keji, Meriam turut memutarbelitkan ayat 40, Surah al-Ahzaab yang mendakwa ayat terakhir itu merujuk sifat Tuhan Yang Maha Berkuasa dan boleh berbuat apa saja yang dikehendaki, justeru dakwaannya sebagai rasul wanita tidak boleh dik e t e p i k an .

Biarpun majoriti pengirim e-mel mengkritik Meriam, termasuk menyuruhnya bertaubat, dakyah itu perlu dibendung oleh Jabatan Agama Islam Perak supaya tiada umat Islam terpesong.

Seorang pengirim e-mel sambil menasihatkan Meriam kembali ke pangkal jalan mendedahkan, seorang daripada tiga rasul lain yang dimaksudkan Meriam iaitu Neale Donald Walsch bukan beragama Islam.

“Saya sudah baca biodatanya di laman webnya. Dia bukan seorang Muslim dan mendakwa dirinya sebagai Messenger Of God (utusan Tuhan)," katanya.

Muka depan akhbar ini kelmarin melaporkan seorang wanita yang pernah menggemparkan negara kerana mendakwa dirinya Imam Mahdi pada 1993, kini muncul semula dengan kejutan lebih hebat apabila mengisytiharkan kononnya dia antara empat rasul Tuhan.

Meriam dalam emel bertarikh 16 Disember lalu mendakwa selain dia sebagai rasul wanita tunggal, tiga lagi rasul yang kononnya diutuskan Tuhan ialah Nabi Isa, Neale Donald Walsch dan seorang setiausaha sulit kanan pembesar negara.

Pada 1993, akhbar melaporkan, Meriam, seorang bekas guru lulusan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, mendakwa beliau dipilih sebagai Imam Mahdi bagi mengingatkan masyarakat Islam supaya membuat kebajikan dan meninggalkan kemungkaran.

Sebelum itu, akhbar melaporkan polis sudah mengeluarkan dua waran tangkap ke atas Meriam kerana gagal hadir di Mahkamah Syariah bagi menghadapi tuduhan menyebar ajaran sesat.


~penentang kesesatan~


INIKAH MAKNA RAKYAT DIDAHULUKAN !!!!!!!


KISAH HARI INI : RENIEW ROADTAX
PERBEZAAN KOS TAHUN LEPAS DAN TAHUN INI
JENIS KENDERAAN : VAN NISSAN VANETTE(1991)

- 2008-2009(3RD PARTY)
ROAD TAX RM120
INSURAN RM137
JUMLAH RM257

- 2009-2010(1ST PARTY)

ROAD TAX RM120
INSURAN RM354
PA INSURAN RM86
JUMLAH RM560

Apa beza 1st party ngan 3rd party. Untuk pengetahuan umum, tiada beza!!!! Kenderaan lama yang masih beroperasi di atas jalan raya malaysia tidak akan diendahkan oleh mana-mana bengkel-bengkel kereta (wakil pihak insuran) untuk dibaiki sekiranya berlaku kemalangan. Anda tak percaya, carilah mana-mana bengkel wakil insuran yang mahu membaiki kenderaan lama anda. Seribu satu alasan akan diberikan oleh bengkel tersebut.

Untuk memperbaharui road tax, pengguna kenderaan lama akan memilih insuran 3rd party kerana lebih murah dan sememangnya perlu memperbaharui insuran walaupun ia tidak bermakna sekiranya berlaku kemalangan. Pada tahun ini, insuran 3rd party dilupuskan untuk kenderaan lama, maknanya pengguna tiada pilihan selain terpaksa membayar insuran 1st party yang lebih mahal sekali ganda. Sedangkan insuran yang terpaksa diambil tidak mempunyai fungsi dan merugikan pelanggan.

CUBA BAYANGKAN.

Ada dikalangan saudara-saudara anda yang mempunyai anak yang ramai. Hasil pendapatan untuk menyara anak-anak dan keluarga adalah melalui perniagaan sayur-sayuran secara kecil-kecilan menggunakan sebuah van. Pada penghujung bulan Disember, road tax dan insuran van tersebut tamat tempoh dan perlu diperbaharui. Dalam masa yang sama perbelanjaan untuk persekolahan anak perlu dikeluarkan memandangkan pembukaan sesi persekolah bakal bermula. Cuba bayangkan kos yang perlu dikeluarkan oleh keluarga tersebut, kos persekolahan dan tambahan kos insuran kenderaan yang tidak munasabah akan membebankan mereka. Sekiranya anda bekerja dengan gaji melebihi RM2000, mungkin ini perkara kecil dalam hidup anda. Tapi sekiranya anda penduduk kampung yang pendapatannya tak menentu bagaimana?... Inilah yang dikatakan rakyat didaHULUkan..



Boleh mampoih la dengan 1 Malaysia!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

blogger sempoi