KISAH HARI INI : RENIEW ROADTAX
PERBEZAAN KOS TAHUN LEPAS DAN TAHUN INI
JENIS KENDERAAN : VAN NISSAN VANETTE(1991)
- 2008-2009(3RD PARTY)
ROAD TAX RM120
INSURAN RM137
JUMLAH RM257
- 2009-2010(1ST PARTY)
ROAD TAX RM120
INSURAN RM354
PA INSURAN RM86
JUMLAH RM560
Apa beza 1st party ngan 3rd party. Untuk pengetahuan umum, tiada beza!!!! Kenderaan lama yang masih beroperasi di atas jalan raya malaysia tidak akan diendahkan oleh mana-mana bengkel-bengkel kereta (wakil pihak insuran) untuk dibaiki sekiranya berlaku kemalangan. Anda tak percaya, carilah mana-mana bengkel wakil insuran yang mahu membaiki kenderaan lama anda. Seribu satu alasan akan diberikan oleh bengkel tersebut.
Untuk memperbaharui road tax, pengguna kenderaan lama akan memilih insuran 3rd party kerana lebih murah dan sememangnya perlu memperbaharui insuran walaupun ia tidak bermakna sekiranya berlaku kemalangan. Pada tahun ini, insuran 3rd party dilupuskan untuk kenderaan lama, maknanya pengguna tiada pilihan selain terpaksa membayar insuran 1st party yang lebih mahal sekali ganda. Sedangkan insuran yang terpaksa diambil tidak mempunyai fungsi dan merugikan pelanggan.
CUBA BAYANGKAN.
Ada dikalangan saudara-saudara anda yang mempunyai anak yang ramai. Hasil pendapatan untuk menyara anak-anak dan keluarga adalah melalui perniagaan sayur-sayuran secara kecil-kecilan menggunakan sebuah van. Pada penghujung bulan Disember, road tax dan insuran van tersebut tamat tempoh dan perlu diperbaharui. Dalam masa yang sama perbelanjaan untuk persekolahan anak perlu dikeluarkan memandangkan pembukaan sesi persekolah bakal bermula. Cuba bayangkan kos yang perlu dikeluarkan oleh keluarga tersebut, kos persekolahan dan tambahan kos insuran kenderaan yang tidak munasabah akan membebankan mereka. Sekiranya anda bekerja dengan gaji melebihi RM2000, mungkin ini perkara kecil dalam hidup anda. Tapi sekiranya anda penduduk kampung yang pendapatannya tak menentu bagaimana?... Inilah yang dikatakan rakyat didaHULUkan..
Boleh mampoih la dengan 1 Malaysia!!!
2 ulasan:
1Malaysia yang paling dan sangat megutamakan rakyat supaya rakyat lebih susah dan memberi tekanan supaya rakyat yang tak tahan dengan tekanan boleh sokong depa...
Zaman Jepun boleh la depa buat macam tu..Ciput punya 1Malaysia.
BN sebuk myk tailand mahal dari malaysia... di thailand tol takde, roadax takde.. malaysia semua BN nak kutip dari rakyat
Catat Ulasan