Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bicara sahaja mengenai bulan ramadhan,dihati orang-orang mukmin pastinya berdetik keinginan untuk menemui malam lailatul qadar,malam yang lebih istimewa dari seribu bulan.
Sebagaimana firman Allah:
"Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan."
(Surah al-Qadr, ayat 1 - 2)
Seribu bulan yang membawa erti 83.333 tahun inilah yang dicari-cari oleh setiap mukmin kerana Allah terang-terang dalam al-quran dan diperakui oleh rasulullah dalam banyak hadis-hadis tentang istimewanya malam ini.Antaranya:
"Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, (yaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul, sebagai rahmat dari Tuhanmu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."[QS Ad Dukhan: 3 - 6]
Gandaan pahala melakukan amal ibadat pada malam itu dikatakan mempunyai nilaiannya lebih 29,500 kali ganda kerana difahami daripada ayat itu, ganjaran pahala adalah lebih banyak dan baik melebihi seribu bulan.
Kebesaran Lailatul Qadar adalah berdasarkan dua perkara.
Pertama, kerana pada malam itu diturunkan al-Quran.
Kedua, pada malam itu akan turun malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang berpuasa dengan ikhlas.
Disebut sebagai Lailatul Qadar kerana pada malam itu akan turun malaikat untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seisi penduduk bumi. Ia juga dikenali dengan nama Lailatul Syaraf bermaksud malam kemuliaan dan Lailatul Tajalli yang bermakna malam Allah melimpahkan cahaya dan hidayah-Nya kepada orang yang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.
Sayid Qutub, penulis tafsir Fi Zilalil Quran melukiskan suasana Lailatul Qadar secara puitis.
"Namanya Malam Al-Qadar, yang kadang-kadang berarti taqdir (ketentuan) atau tadbir (ketetapan), juga berarti nilai atau posisi. Kedua-duanya sesuai dengan peristiwa alam yang agung itu. Peristiwa Alquran, wahyu, dan risalah, tempat tidak terdapat peristiwa-peristiwa di dunia ini, yang lebih besar, lebih benar, dan lebih berarti daripadanya. Malam yang lebih baik dari seribu bulan. Angka tidak berarti pembatasan, tetapi dimaksudkan adalah banyaknya nilai. Berapa ribuan bulan dan tahun telah berlalu tanpa meninggalkan pengaruh apa-apa, tanpa perubahan, seperti yang ditinggalkan oleh satu malam yang penuh berkah dan kebahagiaan Lailatul Qadar.
(Fi Zilalil Quran, Juz 6, hlm. 3944-3946).
Penentuan tarikh dan malam sebenar berlakunya Lailatul Qadar sering kali berlaku perselisihan pendapat di kalangan ulama. Pendapat yang kuat menyatakan bahawa adalah pada malam ganjil sesudah hari yang kedua puluh Ramadhan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan.
Perkara ini sesuai dengan hadis Rasulullah daripada Ibnu Umar yang bermaksud:
"Sesiapa yang ingin mencari Lailatul Qadar hendaklah pada malam kedua puluh tujuh."
Sebuah lagi hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim bermaksud:
"Carilah dengan segala upaya kamu malam al-Qadar pada malam-malam ganjil daripada sepuluh malam akhir Ramadhan."
Jelas daripada kedua-dua hadis itu bahawa Lailatul Qadar hanya berlaku pada satu malam pada Ramadhan. Ia adalah sebagai perangsang kepada seluruh umat mukmin supaya berebut-rebut untuk mencari pahala dan ganjaran malam al-Qadar dengan melipat gandakan amal ibadat pada malam akhir Ramadhan al-mubarak.
Apabila dicermati,banyak perkara yang Allah sengaja sembunyikan dari pengetahuan hamba-Nya termasuklah rasulullah sendiri.Antaranya:
* Allah menyembunyikan Lailatul Qadar untuk menguji umatnya sejauh mana tahap amal ibadat mereka sepanjang Ramadhan;
* Allah menyembunyikan saat penerimaan doa (ijabah segala doa) pada Jumaat agar kita berdoa sepanjang hari itu;
* Allah menyembunyikan sembahyang Wusta dalam solat lima waktu supaya kita memelihara semua waktu solat fardu;
* Allah menyembunyikan isim adzam antara nama-nama-Nya agar kita menyebut semua nama-Nya (Asmaul Husna);
* Allah menyembunyikan makna maksiat yang sangat terkutuk supaya kita menghentikan melakukan apa juga bentuk maksiat;
* Allah menyembunyikan siapa yang menjadi wali antara mukmin supaya kita berbaik sangka terhadap semua orang mukmin;
* Allah menyembunyikan kedatangan hari kiamat supaya kita selalu bersiap sedia; dan
* Allah menyembunyikan ajal manusia supaya kita selalu dalam persiapan menemui-Nya;
Betapa Maha Bijaksananya Allah,sesuai dengan zat-Nya yang Maha Agung, klu untuk berlakunya lailatul qadar ialah pada malam-malam akhir ramadhan.Kerana Allah sudah mengerti tabiat mahkluknya yang bernama manusia,hanya bersemangat diawal ramadhan,kemudian semangat pula untuk berhari raya dan melupakan istimewanya ramadhan. Jika sahabah ridhuanullah menangis apabila berpisah dengan ramadhan,kita dizaman ini bergembira dengan sungguh hati disaat berpisah dengan ramadhan. Dikala insan bermuhasabah tentang hakikat ini,alasan akal "oh,itu sahabah nabi,tidak sama dengan kita" tidak boleh diterima kerana kita dan mereka adalah sama manusia. Janganlah kita nafikan hakikat bahawa mereka-mereka itulah qudwah dan tauladan untuk ummat dulu kini dan selamanya.
[++]Salah satu doa yang dianjurkan Rasulullah saw. dibaca pada Lailatul Qadar berdasarkan hadis riwayat Imam Ahmad, Tirmidzi, dan Ibnu Majah, serta dikutip oleh Imam Nawawi dalam kitab Al-Azkar antara lain,
"Allahumma innaka afuwwun tuhibbul afwa fa'fu 'anni. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku.
Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi
(segala yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kejahilan diriku sendiri)
Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam
"
Kaedah: Jika barang itu menjadi perantara, maka tidak ada riba
5 hari yang lalu
1 ulasan:
ijoks2009-Dok tunggu malam penuh berkah.
Catat Ulasan