Penduduk majoriti & minoriti – rumah ibadat
Aku tak faham kenapa ada daripada penduduk yang membuat tunjuk perasaan kerana tidak membenarkan pembinaan kuil Hindu di seksyen 23 Shah Alam, atas alasan seksyen 23 adalah kawasan majorii penduduk Melayu-Islam. Dialog yang baik boleh dilakukan, tetapi bukan tunjuk perasaan dan mengusung kepala lembu, ini perbuatan menghina agama dan bangsa lain serta lembu malang tersebut yang amat ditegah.
Kalau mahu katakan bahawa penduduk seksyen 23 adalah bukan majoriti penduduknya bukan beragama Hindu, itu sudah semestinya, di kawasan mana di Malaysia ini yang sesuatu kawasan itu majoriti penduduknya beragama Hindu? Mungkin ada tapi terlalu sedikit…..
Aku dibesarkan di Ipoh , sebuah bandar yang majoriti penduduknya bukan Melayu-Islam. Di Ipoh penduduk Melayu-Islam kurang daripada 25% daripada jumlah keseluruhan penduduk, begitulah demografinya.Ada sebuah masjid di Ipoh, tersergam indah, dibina berhampiran dengan kawasan majoriti bukan Islam, hanya sebatang sungai kecil yang memisahkan, lokasi masjid ini juga berdekatan dengan rumah aku, tetapi tidak pula pernah ada masyarakat bukan Islam di situ membantah pembinaan masjid tersebut, malah mereka tak pernah membantah apabila ahli-ahli masjid tersebut mengaji dan bertahrim pada waktu awal pagi.
Aku yakin, penduduk Melayu Islam Malaysia juga penuh dengan sifat toleransi, Cuma ada pihak-pihak yang mahu mengeruhkan keadaan, yang berfikiran pendek dan bertindak mengikut hati dan perasaan.
Tetapi rata-ratanya persefahaman antara kaum dan agama di Malaysia ini masih kurang dan perlu diperbaiki, aku bagi satu contoh yang amat mudah di sini, yang pernah ditanya oleh seorang kawan aku. Di Pulau Pinang, masyarakat Cinanya (Hokkien) menamakan kuey tiaw goreng sebagai Char Kuey Tiaw, dan mungkin cara mereka goreng kuey tiaw ini sedikit basah dan diletakkan udang dan kerang, jadi ada masyarakat melayu yang tertarik dengan gaya masakan kuey tiaw ini, dan menamakannya ‘char kuey tiaw’ (asalnya ‘char kuey tiaw penang’), jadi sudah sinonim dalam masyarakat melayu ‘char kuey tiaw’ bermaksud kuey tiaw goreng yang agak basah dan sedikit berkuah serta ada udang dan kerang, sedang dalam masyarakat cina, ‘char kuey tiaw’ bermaksud kuey tiaw goreng, tak kira basah atau kering, ada udang dan kerang atau tiada. Jadi masyarakat Melayu terkeliru dengan perkataan char kuey tiaw dan kuey tiaw goreng gaya masakkan Hokkien Pulau Pinang.Ya, ini hanya perkara kecil, tetapi bagaimana salah faham ini terjadi dalam hal-hal yang sensitif?
Formula One, One Malaysia
Perdana Menteri tersayang terus membuat kejutan, satu team F1-1 Malaysia akan menyertai grand prix F1 pada tahun 2010. Beliau menyatakan yang ianya akan dijayakan hasil usahasama kerajaan dan sektor swasta, beliau ada menyebutkan tentang Proton-Lotus, dan akan menggunakan teknologi Lotus. Terfikir pula, pastinya Proton mempunyai keuntungan yang tinggi kerana mampu menyertai F1, dan Proton bukanlah syarikat yang boleh dikatakan benar-benar swasta, ianya masih lagi syarikat berkaitan kerajaan, dan tanggungjawab utama mereka ialah membantu rakyat, apakah keuntungan yang mereka buat melalui penjualan kereta Proton untuk membiayai sebahagian daripada perbelanjaan Team F1-1 Malaysia? Perbelanjaan sesebuah pasukan F1 adalah amat tinggi, sila rujuk kepada artikel berikut:
In March, 2007 F1 Racing published its annual estimates of spending by Formula One teams. The total spending of all eleven teams in 2006 was estimated at $2.9 billion US. This was broken down as follows; Toyota $418.5 million, Ferrari $406.5 m, McLaren $402 m, Honda $380.5 m, BMW Sauber $355 m, Renault $324 m, Red Bull $252 m, Williams $195.5 m, Midland F1/Spyker-MF1 $120 m, Toro Rosso $75 m, and Super Aguri $57 million.
Bayangkanlah jika pasukan F1-1 Malaysia membelanjakan sekurang-kurangnya 100juta USD (lebih RM 300juta) untuk satu tahun. Apa maknanya? pastilah Proton untung, kerajaan kaya, tetapi mengapa masih ramai rakyat yang miskin? Proton jual kereta mahal-mahal, tekan rakyat, pastu buat Team F1? Ini belum ditambah dengan kos penganjuran perlumbaan F1 sepang.
Apakah ini maksud rakyat didahulukan?
Tentera Hijau Dari Gunung
-MEGArevoluTion-
Kaedah: Jika barang itu menjadi perantara, maka tidak ada riba
5 hari yang lalu
1 ulasan:
Kalau nak kira majoriti,maknanya takkan ada satupun kuil hindu akan dibina di Malaysia kerana majoriti penduduk Malaysia beragama Islam.
Kena lah berbincang jangan ikut perasaan,kerana terburu2 itu dari syaitan.berhati2 itu dari malaikat.
Catat Ulasan