INGAT tak lagi Muntadhar al-Zeidi? Wartawan Irak yang melempar kasut ke kepala mantan Presiden AS George W. Bush. Sabtu hujung minggu lalu, peguamnya Zaidi mengumumkan bahawa kliennya itu akan dibebaskan bulan depan.
Al-Zeidi, 30, sangat benci dengan Bush yang telah membuat negaranya menjadi kacau-bilau. Bush adalah orang yang berada di belakang serangan AS terhadap Iraq pada tahun 2003. Ketika Bush akhir tahun lalu sedang berpidato, ia dibaling kasut oleh Zeidi. Akhirnya Zeidi diperosok ke penjara. Setelah setengah tahun lebih dipenjara, Zeidi yang dianggap pahlawan oleh masyarakat Arab, bukan hanya Iraq, sudah mendapat kepastian dibebaskan bulan depan se bagai imbalan atas perilaku baiknya selama di penjara.
“Peristiwa baling itu adalah perpisahan yang layak untuk Bush kerana perbuatannya di Iraq,” kata Dhaffir Al-Ani, seorang pelaksana undang-undang memberi komen mengenai pembebasan Zeidi. “Tindakan Zeidi adalah hasrat sebenar dari rakyat Iraq. Kemarahan terhadap Bush merupakan penderitaan dari seluruh rakyat.”
Zaidi sendiri sudah merengkok di penjara sejak 14 Desember 2008. Walaupun sebenarnya dihukum 13 tahun penjara, namun mahkamah menguranginya, menjadi satu tahun sahaja dengan pertimbangan beliau tidak mempunyai latar belakang jenayah sebelumnya. Zaidi akan dibebaskan pada 14 September, 3 bulan lebih cepat.
“Pembebasannya merupakan kemenangan dan penghargaan terhadap media Iraq.” Komen Karim Al-Shujairi, yang menghakiminya. (AK)
2 ulasan:
sepatutnya si-bush tu dilempar bom saja ..itu jin bertopeng manusia yg membunuh umat Islam seluruh dunia..
Allahuakbar,agak-agak ada tak orang mMalaysia yang berani buat begitu kat Najib c4
Catat Ulasan