Di sebabkan fahaman Islam adalah suatu tabi'ie kepada kehidupan, maka ramai juga umat islam yang belum faham tentang maksud islam itu dengan sebenarnya, mereka ini yang terdiri dari baka islam yang buta dan di butakan pula oleh golongan penjajah yang sentiasa hendak menjajah pemikiran mereka sehingga kebanyakan umat islam berjaya di kelirukan
Musuh-musuh umat islam menyedari kebodohan umat islam tentang islam yang mereka anuti terutama golongan yang berfahaman sekular yang mengasingkan agama dan politik, golongan ini yang ramai mendapat pendidikan awal daripada barat kemudian membawa fahaman tersebut ke dalam negara sendiri dan mengembangkannya kemudian di labelkan sebagai islam
Di negara islam Albania ketika di kuasai oleh kominis mereka menyatakan bahawa kominis adalah sebahagian daripada islam, demikian juga dengan fahaman sosialisma di negara Mesir dalam tahun lima puluhan dan enam puluhan yang telah berlalu di mana para ulama telah di kerah dan di paksa supaya menyatakan bahawa sosialisma adalah sebahagian daripada islam
Apabila kerajaan inggeris menakluki India di mana ulama di upah supaya menyatakan bahawa pemerintahan Inggeris adalah Wali al amri yang mesti di ta'ati oleh orang-orang islam, di Afghanistan pula apabila Russia menakluki negara tersebut maka Russia telah melantik seorang mufti dan memintanya supaya menyatakan bahawa walaupun pemerintah telah melaksanakan sistem kominis akan tetapi ia tidak bertentangan dengan kominis
Di negara kita Malaysia pula fahaman Nasionalis pula telah di perkenalkan kepada umat islam dengan menggunakan orang politik bagi menyatakan bahawa Nasionalis tidak bertentangan dengan ajaran islam kerana Nasionalis dan islam itu adalah sama-sama membawa maksud kepada satu fahaman atau ideologi dan satu aqidah semata-mata iaitu fahaman kebangsaan dan fahaman islam adalah sama tiada berbeza, kerana itulah mereka menyatakan bahawa islam itu bangsa nasionalis melayu dan nasionalis melayu itu adalah islam
Di dalam al quran Allah berfirman yang mafhumnya:
" Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami telah mencipta kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah jadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan, sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih ketakwaannya di antara kamu (bukan kerna bangsa) Sesungguhnya Allah Maha mendalam pengetahuannya " (Al Hujurat 13)
dipetik dari pakkaramu..
Kaedah: Jika barang itu menjadi perantara, maka tidak ada riba
5 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan