Isnin, 13 Disember 2010

Umno tak layak bincang soal kepimpinan Islam

Merujuk kenyataan dua ketua bahagian Umno, iaitu  Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh (Sinar Harian-edisi online, 11 Disember 2010) dan Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman (Sinar Harian-edisi Kelantan, 11 Disember 2010), maka saya menganggap kedua-dua mereka itu tidak layak bercakap mengenai kepimpinan Islam.

Ini kerana parti Umno itu sendiri tidak pernah berniat untuk memartabatkan Islam sebagai  teras kepimpinan negara.


Kunci kepada kenyataan dua ketua bahagian itu adalah respons kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh al-Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai perlantikan timbalan perdana menteri Malaysia seharusnya dari kalangan seorang muslim yang soleh. Bagi saya, kenyataan Tuan Guru ini adalah suatu prinsip jelas dalam kepimpinan Islam, maka apabila ia dipadukan kepada individu yang bernama Lim Kit Siang yang kebetulan Penasihat parti DAP, maka ia sudah kelihatan suatu polemik yang menimbulkan penolakan total pihak Umno. Jelas terserlah kebebalan Umno di dalam menghayati maksud tersirat Tuan Guru sebagai tokoh uyang tegas memperjuangkan asas dakwah di dalam bentuk olahan politik Islam.
Apabila meneliti respons Fatmi itu, ia jelas tidak bersetuju lalu menyifatkan kenyataan Tuan Guru sebagai kenyataan politik. Demikian pula Zawawi yang baru setahun jagung memegang ketua bahagian telah meletakkan taraf kenyataan Tuan Guru sebagai kebudak-budakan. 
Justeru Fatmi mahupun Zawawi boleh dianggap mewakili pemikiran pemimpin Umno yang begitu alahan (alergic) tatkala membincangkan soal kepimpinan politik, bila mana isu kepimpinan dipadukan dengan nilai-nilai kempimpinan Islam. Ia semacam cuba mengelakkan daripada menerima hakikat teras kekuatan Malaysia hari ini adalah Islam biukannya kaum. Oleh itu, ramai pemimpin Umno dan penyokong mereka menganggap kenyataan Tuan Guru sebagai aancaman kepada poerjuangan Umno dan Barisan Nasional itu sendiri. 
Sehubungan itu, kenyataan dilapor media tersebut boleh fahami sebagai respons yang jelas membayangkan sikap hipokrit pemimpin Umno terhadap Islam. Maka kenyataan Fatmi dan Zawawi sebenarnya boleh dijadikan disifatkan sebagai kebudak-budakan bukannya kenyataan Tuan Guru yang kebudak-budakan.
Ini kerana kenyataan itu, awal-awal lagi didapaati bercanggahan dengan prinsip kebebasan dan hak-hak beragama individu warganegara Malaysia. Di samping itu, kenyataan tersebut dilihat sebagai tidak menggambarkan sifat orang Melayu yang beragama Islam yang cuba mempermainkan usaha dakwah dalam konteks seruan Islam.
Sementelah pula, ia adalah bercanggah dengan ajaran Islam sendiri yang telah menetapkan ukuran akil baligh di dalam menentukan dosa dan pahala, sedangkan Lim Kit Siang sebagai orang yang akil baligh, peguam dan politicians berpengalaman, amat pasti ia amat matang dengan pendiriannya tentang agama. Justeru kenyataan itu yang turut memperlekehkan kewibawaan Lim Kit Siang sekaligus menggambarkan sikap pemimpin Umno yang tidak menghormati kepimpinan pihak lawan yang jelas bercanggah dengan sunnah Raslullah SAW.  Malah ia suatu kedangkalan dalam memahami nilai diplomasi politik dalam negara ini.
Sebagaimana Nabi Muhammad SAW sendiri sebagai Perdana Menteri pertama di dunia ini yang memartabatkan Islam di dalam pemerintahan tidak pernah pun menyebut fasal  ‘bangsa-bangsa’ jauh sama sekali menerima pakai prinsip kebangsaan di dalam menguruskan politik dan pentadbiran Negara. Sedangkan kewujudan bangsa itu sedia ada lebih awal lagi. Hakikat ini, Umno sudah jauh tersasar.  Justeru itu, agak pelik dan ajaib sekiranya pemimpin Umno itu bercakap soal ‘masuk Islam’ dan menilai keikhlasan seseorang itu untuk masuk Islam, sedang amalan parti dia sendiri bercanggah dengan nilai-nilai Islam. 
Masakan tidak, disebabkan pemimpin Umno-lah seorang ulama seperti Ustaz Ibrahim Mahmood dan pengikutnya dibunuh di dalam Peristiwa Memali tahun 1985. Malah pernah berlaku, alim-ulama termasuk dari Kelantan turut ditahan di bawah oleh akta zalim ISA. Tidak padan dengan itu, pernah arwah Tuan Guru Haji Mustapha dari Pasir Tumboh telah diseret ke mahkamah dan dijatuhkan hikuman atas dakwaan kononnya mengkafir sesama Islam.   Sedang semua tuan guru atau ustaz tersebut berhujah bersandarkan kitab suci al-Quran dan hadis Nabi SAW.
Lebih teruk lagi, dalam era kekuasaan Umno jugalah berlakunya sekatan bantuan kepada sekolah agama Islam di seluruh negara akibat terpengaruh dengan Amerika yang mentohmahkan sekolah-sekolah agama sebagai pusat aktiviti pengganas. Melarang guru dan ustaz di sekolah-sekoilah memakai kopiah, kerana kopiah identiti Islam. Paling malang lagi, Umno era Abdullah Ahmad Badawi turut memperkenalkan Islam Hadhari sebagai pendekatan yang salah kerana ia didapati seiringan dengan pemikiran orientalis yang bertujuan mengelirukan ajaran Islam sebenar. 
Jawapannya, terlalu banyak percanggahan amalan pemimpin Umno sepanjang mereka berkuasa di negara ini yang dilakukan adalah tidak menyokong usaha memartabatkan Islam itu sendiri.
Oleh sebab itu, sejak negara merdeka sehingga ke hari ini, Umno sebagai parti yang memperjuangkan Melayu, didapati tidak berani menawarkan kepada pemimpin MCA atau pun MIC untuk duduk ke jawatan Timbalan Perdana Menteri. Atau sekurang-kurang bersifat demokratik untuk membuka jawatan timbalan menteri besar atau ketua menteri kepada MCA atau MIC. Sebaliknya, amalan kebangsaan Umno itu diragui kerana pernah menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew, Pulau Pinang kepada Gerakan meskipun pada satu ketika kerusi Umno majoriti di dewan negeri Pulau Pinang. Begitu juga dalam konteks Sabah, era Dr. Mahathir pernah mencaturkan jawatan Ketua Menteri kepada sistem giliran membolehkan pemimpin bukan Melayu mendudukinya.
Justeru itu, dalam negara yang mencatatkan hak-hak atas prinsip demokrasi apa salahnya membincangkan jawatan TPM itu kepada bukan Melayu. Paling tidak salah, sekiranya bakal penjawat TPM itu seorang beragama Islam. Ini kerana Islam adalah agama Persekutuan dan penganut Islam adalah mewakili majoriti rakyat yang kebetulan merentasi kaum––tidak  hanya orang Melayu malah ada Cina, India, Sabahan, Sarawakian dan kaum-kaum lain adalah beragama Islam. Maka, nilai Islam itu sudah merentasi nilai-nilai perkauman yang dipuja oleh Umno, MCA dan MIC. Logik inilah menjadi hujah bagi Tuan Guru Nik Abdul Aziz melontarkan idea jawatan TPM itu hendaklah berteraskan prinsip perlembagaan dan hendaknya juga selari dengan Islam, iaitu seorang yang soleh. Di sini diperturunkan kenyataan sebenar Tuan Guru seperti di dalam blognya:
Apa yang penting ialah dasar, jika dasar Islam. Sesiapapun boleh menjadi pemimpin. Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa Menteri Besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh. Penasihat DAP, Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang muslim yang soleh. Ini prinsip Islam yang perlu dipatuhi dalam membentuk kepimpinan negara dan ummah. Seorang muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!
Rumusannya, kita umat Islam mahu pun rakan-rakan dari agama selain Islam, janganlah mudah percaya dengan ‘ajakan Islam’ yang terhambur dari mulut pemimpin Umno. Kerana mulut mereka hakikat memiliki bau yang busuk terhadap Islam itu sendiri. Lantaran itu, komen Ketua Umno Pasir Puteh dan Bahagian Kota Bharu tersebut adalah olahan politik yang menyerlahkan kelemasan bernafas dek kebimbangan hilangnya kuasa dalam pilihan raya umum akan datang. 
Oleh:
Wan Nik Wan Yussof,
Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan.sumber

"
 

Sabtu, 11 Disember 2010

Analisis & congakan Untung Nasib PR Perak dalam PRU13


"SEPINTAS LALU PILIHANRAYA UMUM 2008  Dalam Pilihanraya Umum 2008 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Perak,jumlah pengundi berdaftar adalah sebanyak satu juta seratus sembilan puluh enam ribu seratus enam puluh orang pengundi (1 196 160) di 59 buah Dun dan 24 buah Parlimen di negeri Perak. Secara pecahannya pula,bilangan pengundi mengikut kaum adalah Melayu (53.1%),Cina (35.61%),India (10.88%) dan lain-lain (1.22%).Berikut pula adalah jumlah undi yang diperoleh oleh Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat di Perak:

LEMBARAN SATU
N1-N14
LEMBARAN 2
N15-N28

LEMBARAN 3
N29-N42

LEMBARAN 4
N43-N59



Pada dasarnya,berdasarkan keputusan PRU 12 tersebut,kedudukan kerusi adalah berimbang di mana BN memiliki 28 buah kerusi manakala PR pula berjaya membentuk kerajaan dengan kelebihan tiga kerusi apabila berjaya memenangi 31 buah kerusi.Untuk rekod,kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang melalui tindakan tiga orang Adunnya lompat parti dan menjadi proksi Barisan Nasional di Dewan Undangan Negeri Perak.

Walaupun hanya dibezakan dengan tiga kerusi,undi popular iaitu jumlah undi terkumpul untuk seluruh negeri Perak adalah sebanyak 53 peratus bagi Pakatan Rakyat dan 47 peratus bagi Barisan Nasional.Di beberapa buah negara lain,undi popular diambil kira dalam menentukan kerajaan yang bakal dibentuk dan jika ini digunapakai,Pakatan Rakyat sebenarnya mempunyai sebuah kerajaan yang kuat di Perak selain boleh mengelakkan kes lompat parti daripada terus berlaku.

Antara faktor utama pengumpulan jumlah undi yang tinggi oleh Pakatan Rakyat adalah kerana jumlah majoriti yang diperoleh di kawasan pengundi Cina cukup tinggi,manakala di kawasan Melayu Campuran,Barisan Nasional hanya menang dengan majoriti undi yang kecil di bawah paras 1000 undi.Majoriti tertinggi di Perak diperoleh oleh DAP melalui calonnya Ngeh Koo Ham di Sitiawan yang memperoleh majoriti 8529 undi manakala majoriti terendah diperoleh oleh calon UMNO bagi Dun Pengkalan Baru,Datuk Hamdi Abu Bakar yang menewaskan calon Pas dengan hanya berkelebihan 14 undi.

Sebagai sesuatu yang penting untuk diperhatikan,berikut disenaraikan kawasan-kawasan Dun yang dimenangi oleh wakilnya dengan kelebihan undi kurang daripada 1000 undi:

1.N5 Selama (kawasan Melayu)
UMNO menang majoriti 355

2.N6 Kubu Gajah (kawasan Melayu)
UMNO menang majoriti 66

3.N9 Kuala Kurau (kawasan Campuran)
PKR menang majoriti 467
4.N10 Alor Pongsu (kawasan Melayu)
UMNO menang majoriti 95

5.N12 Selinsing (kawasan Melayu)
Pas menang majoriti 547

6.N13 Kuala Sepetang (kawasan Campuran)
PKR menang majoriti 564

7.N15 Trong (kawasan Melayu)
UMNO menang majoriti 916

8.N16 Kamunting (kawasan Campuran)
UMNO menang majoriti 555

9.N17 Pokok Assam (kawasan Cina)
DAP menang majoriti 865

10.N20 Lubuk Merbau (kawasan Melayu)
Pas menang majoriti 72

11.N23 Manjoi (kawasan Campuran)
UMNO menang majoriti 348

12.N29 Kepayang (kawasan Campuran)
DAP menang majoriti 490

13.N35 Manong (kawasan Melayu)
UMNO menang majoriti 749

14.N36 Pengkalan Baru (kawasan campuran)
UMNO menang majoriti 14

15.N43 Sungai Rapat (kawasan campuran)
UMNO menang majoriti 636

16.N45 Teja (kawasan Cina)
PKR menang majoriti 175

17.N53 Rungkup (kawasan campuran)
UMNO menang majoriti 454

18.N56 Changkat Jong (kawasan campuran)
PAS menang majoriti 899

PRU 13 TAHUN 2011?
Khabar angin begitulah.Mungkin tempoh kerajaan memerintah penggal yang ke 12 ini akan menjadi tempoh yang paling singkat dalam sejarah politik negara.Pelbagai petanda awal ditebak untuk merasionalkan tekaan bahawa PRU 13 bakal berlaku seawal Mac depan rentetan daripada teka-teki Pilihanraya Negeri Sarawak,penangguhan pemilihan MT UMNO selama lapan belas bulan dan terbaru pendakwaan terhadap DS Mohd Khir Toyo.Sebagai penganalisis politik yang tidak bertauliah,penulis merasakan penanda-penanda aras tersebut sudah terlampau dekat,namun persoalannya adakah Pakatan Rakyat dan Pas khususnya telah bersedia untuk menghadapi pilihanraya ini?Di pihak Barisan Nasional,semestinya mereka telah ada satu "grand-design" merampas Perak secara rasmi seperti yang berlaku pada Terengganu pada tahun 2004.Cuma yang untungnya,persempadanan semula masih belum mampu dibuat,maka terselamatlah kawasan-kawasan pengundian daripada kekacauan persempadanan tersebut.

Di Perak umumnya,tiada pihak yang boleh merasa selesa dengan kedudukan sebenar,di mana BN akan turun sebagai kerajaan dan PR juga akan turun sebagai kerajaan.Jika dahulu dalam tahun-tahun sebelumnya BN turun sebagai penyandang dan PR pula tidak meletakkan harapan yang terlampau tinggi,kini tidak lagi. Tumpuan bakal terarah kepada siapa yang sebenarnya diiktiraf secara rasmi sebagai kerajaan di hati rakyat. Oleh itu,kedudukan akan dijangka panas di 18 buah kerusi terbabit kerana kekuatan kedua-dua belah pihak sebenarnya berimbang dan dipisahkan dengan majoriti yang kecil.Untuk rekod juga,sepuluh kawasan panas tersebut diwakili oleh wakil BN manakala 8 daripadanya pula adalah wakil daripada Pakatan Rakyat. Persoalannya,adakah kerusi-kerusi tersebut bakal beralih arah atau kekal di status quo masing-masing?

Ramalan Berdasarkan Situasi Semasa

Dap mempunyai 18 buah kerusi di mana kesemuanya adalah kawasan majoriti Cina dan kawasan campuran majoriti Cina.Hanya terdapat satu kerusi dominasi Cina dimenangi oleh calon MCA dalam PRU12 iaitu di Dun Chenderiang.Di atas kertas,majoriti yang diperoleh oleh calon DAP cukup tinggi kecuali di dua Dun iaitu Dun Pokok Assam dan Kepayang.Oleh itu,secara realistiknya,dijangka DAP bakal menghadapi laluan mudah  untuk mempertahankan 16 daripada 18 kerusinya di Lembah Kinta.

Malah,secara analisis mudah,dijangkakan DAP bakal mendapat pertambahan undi yang tinggi di kesemua kawasan yang ditandinginya memandangkan peratus sokongan kaum Cina dianggarkan beralih kepada setinggi 70 peratus kepada Pakatan Rakyat kesan sentimen perkauman yang ditimbulkan semenjak akhir-akhir ini.Malah,kredibiliti MCA dan Gerakan sebagai parti yang mewakili kaum Cina di Perak dilihat malap tanpa mempunyai tokoh yang mampu mengembalikan sokongan kaum Cina kepada mereka.Sebenarnya, sekiranya kita rajin untuk memerhatikan perkara ini,peralihan undi Cina di Perak kepada DAP bukan berlaku pada tahun 2008 tetapi semenjak tahun 2004 lagi menjadikan DAP menjadi wakil pembangkang teramai di Parlimen kebanyakannya disumbangkan oleh kerusi-kerusi dari negeri Perak seperti Ipoh Timor,Ipoh Barat dan Batu Gajah.Maka,adalah diyakini bahawa sokongan ini akan kekal disebabkan tiadanya faktor penolak yang jelas dalam kalangan pengundi Cina terhadap DAP di Perak.

Oleh itu,16 buah kerusi mungkin sudah di dalam tangan Pakatan Rakyat.Persoalannya,bagaimana pula hendak mencari baki sekurang-kurangnya 15 lagi kerusi seperti dalam Pilihanraya Umum yang lalu?Adakah Pakatan Rakyat dapat mengekalkan status quo di kerusi-kerusi mereka termasuk kerusi Jelapang,Behrang dan Changkat Jering yang mana Adunnya telah lompat parti?Itu adalah sesuatu yang menarik untuk diperhatikan oleh kita semua.

Mengintai Kekuatan Barisan Nasional

Jika kita hendak mencongak untung nasib politik sendiri,memahami kekuatan lawan adalah sesuatu yang penting untuk kita mengatur gerakerja bersama.Jika kekuatan Hang Tuah terletak pada huruf Ta,persolannya di manakah letaknya kekuatan Barisan Nasional?

Perlu diingatkan,kekuatan BN bukan terletak pada huruf B mahupun N,tetapi kekuatan mereka sekarang tidak lain dan tidak bukan adalah perkauman.Lihatlah bagaimana gendang perkauman dipalu dan dicanang rentaknya tingkah-bertingkah.Adakah kita fikir strategi itu tidak menjadi?Sebenarnya,cakap-cakap perkauman ini masih lagi laku dalam kalangan orang Melayu luar bandar yang tidak mengikuti media baru. 

Oleh itu,secara umumnya,di sini disenaraikan kawasan-kawasan Dun di Perak yang menjadi kubu kuat Barisan Nasional khususnya UMNO iaitu Dun Pengkalan Hulu,Temenggor,Kenering,Kota Tampan,Batu Kurau,Lintang,Hulu Kinta,Bukit Chandan,Belanja,Bota,Tualang Sekah,Chenderiang,Ayer Kuning,Sungai Manik,Kampung Gajah,Pangkor dan Slim.Jika dicongak,terdapat 17 buah kerusi selesa untuk Barisan Nasional di Perak.

Di peringkat Pakatan Rakyat pula terdapat 16 kerusi selesa DAP,dua untuk PKR dan dua untuk PAS.Ini bermakna terdapat 20 kerusi selesa untuk Pakatan Rakyat.

Jika ditambah 20 kerusi Pakatan dan 17 kerusi Barisan,maka terdapat 37 buah kerusi quo daripada kedua-dua belah pihak,maka masih terdapat baki 22 buah kerusi Dun yang perlu direbut oleh kedua-dua belah pihak bagi membentuk kerajaan.Secara umumnya,perlumbaan kali ini bukan hanya mahu mendapat kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan tetapi lebih daripada itu mendapatkan seberapa banyak jumlah kerusi supaya mampu membentuk kerajaan yang kuat sekaligus mengelakkan peristiwa lompat parti berulang kembali.Oleh itu,untuk mendapatkan kerajaan yang kukuh,sesebuah parti perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 40 buah kerusi supaya kedudukan dalam Dun menjadi 40-19 dan mencapai kedudukan 2/3 dewan.

Peluang Pakatan Rakyat?
Dalam pilihanraya umum yang lalu,UMNO dilihat mengungguli kerusi majoriti Melayu dan DAP menguasai kerusi majoriti Cina.Jika ini masih berlaku,kedudukannya masih seimbang 17-16.Untuk menang,mana-mana parti tidak boleh bergantung kepada kawasan yang berdemografi majoriti sesuatu kaum,malah sebenarnya perlu menembusi kerusi campuran yang banyak di Perak.Oleh itu,isu perkauman adalah tidak relevan dalam kes di Perak.

Jika isu perkauman cukup berjaya pun di Perak,UMNO hanya mampu menang di kerusi Melayu (di mana mereka memang telah mendominasi di kerusi Melayu).Jika UMNO terus menerus dengan agenda perkaumannya,maka diyakini bahawa mereka akan tewas di kerusi-kerusi campuran di mana terdapat kawasan campuran yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional dengan majoriti tipis.

Pilihanraya kecil Bukit Gantang adalah satu contoh kerusi campuran yang menarik untuk diperhatikan.

Dalam Pilihanraya Umum 2008,Parlimen Bukit Gantang mempunyai 55 471 orang pemilih berdaftar.Secara umumnya,kawasan Bukit Gantang dianggap sebagai satu kawasan campuran dengan peratusan pengundi 63.5% Melayu,27.1% Cina,9.1% India dan baki 0.2% lain-lain kaum.Berikut adalah keputusan rasmi PRU12:

Allayarham Roslan Shaharum (PAS)     20 015
Datuk Azim Zabidi                 (BN )      18 499
M.Morgan                            (bebas)     872

majoriti: PAS - 1566

Pada 7 April 2009,satu Pilihanraya kecil di P59 Bukit Gantang diadakan setelah kematian penyandang,Haji Roslan Shaharum (Pas) secara mengejut akibat serangan penyakit jantung.Keputusan PRK Bukit Gantang tersebut menunjukkan Pas menang dengan majoriti 2789,meningkat daripada 1566 sebelumnya.Jumlah undi yang diperolehi oleh calon Pas,Datuk Seri Nizar Jamaluddin adalah sebanyak 21 860 manakala calon BN,Ismail Saffian pula memperoleh 19 071 undi.Walaupun terdapat peningkatan undi buat Barisan Nasional,itu belum cukup untuk menafikan pertambahan undi yang tinggi terhadap Pas,di mana secara logiknya UMNO sepatutnya mendapat lebih undi memandangkan ketika itu heboh isu penderhakaan terhadap Sultan Perak.

Pas dilihat tidak hilang sokongan pengundi Melayu,(malah dilihat menetap dan bergerak dalam jumlah yang sedikit daripada turun naik undi),walaubagaimanapun memperoleh hampir 85 peratus undi Cina di kawasan Kuala Sepetang,membuktikan betapa isu perkauman hanyalah perangkap makan tuan buat Barisan Nasional.

Apapun,mahkamah rakyat Perak telah hampir untuk bersidang tahun hadapan.Kita akan melihat siapakah yang bakal dihakimi oleh rakyat untuk memerintah negeri Perak Darul Ridzuan.

p/s:ini adalah pandangan peribadi penulis semata-mata.Penulis meraikan perbezaan pendapat oleh mana-mana pihak dalam membuat ramalan terhadap keadaan politik di negeri Perak.
artikel asal penulis di  sumber
"
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

blogger sempoi