
ANDA kenal siapakan Insan Ini?
Siapakah insan istimewa ini?
Nama : Tuan Guru Hj Salleh bin Musa
Tarikh Lahir : 08.02.1929
Ayah : Tn Guru Hj Musa bin Salleh
Ibu : Khatijah bt Md Saad Mehamad
Tempat lahir : Pekan Sik
Bil Adik beradik : 8 orang
Anak ke : 3
Pendidikan : 1. Sek Rendah Keb Sik (Dan ke Pondok
Tn Hussin Kedah, kemudian ke Pondok Tn Guru Hj Mad Nawawi Gurun Kedah, ini
kurang mashur kerana Tn Guru Sekejap sahaja disana)
2. Pondok Pak Chu Him Gajah Mati Pendang Kedah
3.Darul Ulum Makkah dan menamatkan sijil kepujian
Aliy
4. Kemudian mendalami ilmu di Masjidil Haram Makkah
bersama syeikh-syeikh terkemuka diantaranya Syeikh Ismail Fatani , Syeikh
Yassin Al Fadani , Syeikh Abd Qadir Mandili , Syeikh Syed Alawi Al Malikki ,
Syeikh Syed Amin Qutubi dan syeikh muktabar lain .
Berkahwin dengan Hj Hatiah bt Hanafi Mendapat 2
orang cahaya mata semasa berlajar di Makkah. Tn Guru memiliki 11 orang cahaya
mata semuanya. Kini isteri beliau sudah meninggal dunia dan Tn Guru sekali lagi
berkahwin dengan Hj Sofiah bt Hj Awang Tahun 1964 Tn Guru pulang ke Tanah air
dan terus berkhidmat membantu mengajar di pondok ayah beliau di Pekan Sik . Tn
Guru menggantikan ayah beliau sebagai mudir Madrasah Ar Rahmaniah hingga
sekarang . Sekarang Tn Guru dibantu oleh anak belaiu Syeikh Muslim sebagai
Timbalan Mudir .
Tn Guru menumpukan dakwah sepenuh masa di Pondok
hingga sekarang dan beliau menyampaikan dakwah di setiap daerah di sekitar
negri Kedah Darul Aman .
KDYMM Sultan Kedah telah anugerahkan beberapa pingat
kebesaran , diantaranya B.K.M , S.D.K dan Tokoh Pendakwah Negeri Kedah tahun
2009, Pada tahun 2010 MB Kedah YAB Dato' Seri Di-Raja Ust Azizan Abd Razak
meanugerahkan Tokoh Pondok Negeri Kedah , 2011 beliau dinobat Tokoh Ilmuan
Daerah Sik Oleh Pegawai Daerah Sik
SEKARANG ULAMA ARAB TERUTAMNYA YAMAN , JORDEN,
MESIR SERING MENZIARAHI TN GURU KERANA TN GURU MERUPAKAN ULAMA YANG SEMPAT
MENDALAMI ILMU DENGAN ULAMA MUKTABAR MASJIDIL HARAM MAKKAH SATU KETIKA DULU
INSYALLAH
Antara masyaikh hafizahumullah yang menziarahi
beliau :
Syeikh Yussuf Al Hassani (Lubnan)
Syeikh Muhammad Ibrahim (Mesir)
Habib Kazim ( Yaman )
Habib Abdullah ( Jeddah)
Syeikh Habib ( Jorden)
Saudara yang saya kasihi ,Tn Guru Hj Salleh
merupakan ulama yang terkenal di Kedah sekarang kerana beberapa faktor
ketokohan beliau , diantaranya beliau merupakan Tn Guru Pondok yang paling tua
nisbah umur dikalangan Tn Guru Pondok disekitar Kedah .
-ke 2 Beliau merupakan tokoh ulama Tauhid di alam
melayu sekarang , seluruh pelajar pondok seluruh Malaysia , Thailand akan
berkumpul di Pondok Tn Guru Hj Salleh Sik setiap bulan Ramadan semata-mata
untuk belajar ilmu tauhid dengan Tn Guru Hj Salleh
- Ke 3 Beliau sangat petah dalam penyampaian ilmu
dan dakwah , mudah difahami apa yang beliau syarahkan
Kuliah minguan beliau setiap hari Jummat tidak
kurang dari 3000 orang yang hadir . Setiap hari beliau gigih mengajar di
Madrasah Ar Rahmaniah dan beliau keluar menyampaikan dakwah di seluruh daerah
didalam Kedah , hampir 24 tempat beliau jelajah setiap bulan , Allah beri
taufiq pada beliau , walau usia 83 tahun tetapi beliau masih bertenaga
menyebarkan ilmu dan berjuang .
-Ke 4 Ketokohan beliau tidak dapat dinafikan oleh
kawan dan lawan ,tegas dalam hukum menyebabkan ramai suka dengan beliau .
Allahyarham Pak Teh Keroh pernah berpesan pada muridnya "Kamu semua kena
(perlu) pakai (ikut ) segala fatwa dari Tn Guru Hj Salleh Sik"
-ke 5 Beliau sangat aktif berjuang untuk memastikan
Islam tertegak didalam negara Malaysia yang kita cintai. Wadah yang beliau
pilih adalah Parti Islam Se-Malaysia(PAS) kerana ini merupakan amanat dari dua
orang Guru Mulia beliau di Makkah iaitu Syeikh Qadir Mandili dan Syeikh Wan
Ismail ( Pak Da Eil)
-ke 6 Fikiran beliau sangat terbuka
-ke 7 Beliau merupaka tempat rujuk kepada pimpinan
tertinggi parti Parti Islam Se-Malaysia Peringkat Pusat & Negeri.
Seorang ulama di negeri Kedah apabila saya ziarahi
beliau, beliau berkata " Tn Guru Hj Salleh merupakan setengah daripada
orang yang memiliki wilayah yang luas dan punya sahabat dan musuh semua tunduk
padanya"
BERASA DOSA andai tidak perkenalkan Ulama yang
dikenali kepada Umum .
Masyarakat sekarang selalunya kenal ulama setelah
ulama itu meninggal , Alhamdulillah, sekarang mari kita mula berazam untuk
memperkenalkan ulama tempatan seramai mungkin kepada masyarakat umum , mudahan
dengan usaha ini ramai masyarakat dapat mengenali ulama kita yang masih wujud
untuk kita sama ambil menafaat dengan mereka . ULAMA PEWARIS ANBIA , seharusnya
kita mendekati mereka. Jangan setelah mereka meninggal barulah kita menyesal ..