ISLAM IBARAT ROH ..MELAYU IBARAT JASAD ..Siapa yang Paling Bertakwa dialah yang terbaik..ALLAHUAKBAR
Rabu, 29 September 2010
Hinanya Utusan Malaysia! Cuba anda bandingkan
Akhbar Utusan Malaysia yang dahulunya merupakan lidah rasmi kerajaan. Lidah rasmi bangsa melayu. Hari ini diperalatkan UMNO-BN sehingga terlalu hina dan dibenci orang-ramai. Slogan “Penyebar Fikiran Rakyat” perlu ditukar menjadi “ Pengesat Tahik UMNO-BN”. Anda baca sendiri lapuran media terkemuka berbanding Utusan Malaysia berkait isu Richard Branson.
Agendadaily.Com
Apa Hal ni… Ini nampaknya lagi aksi mau tunjuk hebat campurtangan dalam undang-undang negara lain. Billionaire 'gila-gila' yang terkenal juga pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson telah minta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak campurtangan hentikan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau cakap itu dalam ucapan di satu sidang peluang pelaburan di Kuala Lumpur pagi Isnin. Dakwanya ia duri dalam imej baik Malaysia. Dulu bekas Naib Presiden Amerika Al Gore pernah buat perangai sama waktu berada di Kuala Lumpur. Richard dan Gore adalah rakan.– 27/9/2010
Malaysiakini.Com
Branson: Perbicaraan liwat Anwar jejas pelaburan Sep 27, 10 3:51pm
Usahawan jutawan Britain Sir Richard Branson berkata perbicaran liwat membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung memberi kesan ke atas Malaysia dan mematahkan semangat pelabur untuk menanam modal di negara ini."Malaysia mempunyai reputasi yang baik di luar negara. Tetapi apa yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim membawa kesan buruk ke atas Malaysia,” katanya pada majlis khas forum Invest Asia 2010, anjuran International Herald Tribune di Kuala Lumpur, hari ini. "Saya fikir ia bukan isu utama tetapi yang pasti ia bagaikan duri dalam daging. Saya berpendapat ini telah berlarutan agak lama. Ini tidak baik di luar negara,” katanya . Bercakap kepada kira-kira 800 pemimpin perniagaan di Kuala Lumpur, Branson berkata, imej negara masih lagi penting kerana ia membolehkan kerajaan untuk menarik para pelabur dan pada masa yang sama, melaksanakan dasar yang lebih baik untuk melengkapinya.
Berita Harian.
Tinjauan pelaburan Malaysia menggalakkan: Branson 2010/09/27 KUALA LUMPUR: Tinjauan pelaburan Malaysia di seberang laut pada masa ini amat menggalakkan tetapi beberapa isu perlu ditangani supaya tidak menjejaskan reputasi negara di kalangan pelabur asing, kata usahawan Britain, Sir Richard Branson. Bercakap kepada kira-kira 800 pemimpin perniagaan di sini, beliau berkata, imej negara masih lagi penting kerana ia membolehkan kerajaan untuk menarik para pelabur dan pada masa yang sama, melaksanakan dasar yang lebih baik untuk melengkapinya. "Saya rasa Malaysia mempunyai reputasi yang baik tetapi beberapa isu seperti apa yang berlaku dengan bekas Timbalan Perdana Menteri anda, menjejaskan Malaysia," kata beliau pada majlis khas forum Invest Asia 2010, anjuran International Herald Tribune di sini, hari ini.
The Star.
KUALA LUMPUR, Malaysia (AP) - British billionaire Richard Branson said Monday that Malaysia should split up and privatize large government-owned companies to increase competition and woo foreign investors. Branson, whose Virgin Group is a shareholder in a Malaysia-based long-haul budget airline, also said political issues such as the sodomy trial of opposition leader Anwar Ibrahim have damaged Malaysia's reputation among foreign investors. Branson said Anwar's second sodomy trial is negative for Malaysia's image with investors. "Not in a major way but it's definitely a thorn in the side of Malaysia's otherwise very good reputation," he said. "This has gone on for a long long time. It looks bad overseas. If you are a bold leader, you should get rid of things like that which damages your reputation," he said, without elaborating.
Dan ini dia lapuran Penyebar Fikiran Rakyat…
Utusan Malaysia
Iklim pelaburan: Richard Branson selar sikap Anwar 27/09/2010 4:10pm Oleh
WAN NAJIB WAN DAUD KUALA LUMPUR 27 Sept. – Bilionair dan usahawan terkenal dunia, Sir Richard Branson menyelar sikap bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perosak kepada imej dan iklim pelaburan negara.Beliau yang juga pengasas Kumpulan Virgin berkata, iklim pelaburan Malaysia di peringkat antarabangsa amat menggalakkan tetapi beberapa isu perlu ditangani agar tidak menjejaskan reputasi negara di kalangan pelabur asing. – Utusan
Munasabahlah rakyat membenci alat propaganda UMNO-BN ini. Ia menjadi akhbar sampah bahkan beberapa kali menghadapi kempen bakar akhbar. Ia dipaksa beli oleh syarikat dan dibahagi percuma kepada pelajar sekolah untuk dipaksa baca. Masyarakat inginkan maklumat yang telus dan bukannya pengampu kerajaan yang sanggup memperbodohkan rakyat.
Munasabahlah surat khabar Utusan termasuk Berita Harian jatuh Mendadak Sejak Tahun 2004
Menurut Blogger uppercaise, jualan Utusan dan Berita Harian telah jatuh mendadak bermula dari tahun 2004 sehingga sekarang dan kini tempatnya telah diambil alih oleh Metro dan Kosmo. Dan apabila Utusan kehilangan pembaca kilangnya terpaksa ditutup termasuklah di Wakaf tapai, Terengganu.
Macamana rakyat nak baca jika baca utusan pun menjadi loya tekak. Menipu atas darat kering kata orang Terengganu. Penyebar Fitnah kepada Rakyat. Kalau betul pun keputusan bola dan nombor judi ekor saje. Adakah Wan Najib sebagai wartawan salah faham dalam mencatatkan berita? Nak kata tak faham bahasa Inggeris, tak munasabah. Atau mungkin terlalu ingin mengampu Najib Tun Razak, sebagai PM. Inilah sokong membawa rebah. Sehina-hina tanah, dipijak ditapak kaki, tetapi bila terkena najis anjing dan babi, sah pula menjadi alat samak. Akhbar Utusan ni kalau buat alat samak konfem tak sah. Pemimpin Umno sendiri pun taknak buat istinjak. Habis hitam punggung mereka kena dakwat suratkhabar. Sudah sampai masanya Utusan Malaysia memerlukan tuan baru selepas PRU-13 nanti. Selamatkah Awang?sumber
Isnin, 27 September 2010
Nizar: UMNO dicabar tukar jadi Pekembar
Menurut timbalan pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tindakan itu bagi memastikan orang Melayu memahami agenda politik Umno.
Katanya, di kawasan pedalaman, kebanyakan orang Melayu tidak faham apa itu Umno kerana ia dalam bahasa Inggeris. Malah menurut Nizar, ada juga di kalangan ahli Umno sendiri tidak tahu dan memahami singkatan bagi nama Umno itu.
Menteri besar Perak yang disingkirkan itu berhujah jika Umno ikhlas berjuang untuk masyarakat Melayu termasuk mempertahankan bahasa dan budayanya, adalah amat menghairankan bagi mereka mengekalkan nama dalam bahasa penjajah.
“Tidak perlu malu bagi menggantikan nama Inggeris - Umno dengan versi Melayu - PekeMbar untuk mencerminkan agenda politik mereka,” kata Nizar. Menurut beliau Umno sebenarnya adalah parti perkauman dan juga hiprokit kerana menggunakan nama Inggeris untuk memperkenalkan budaya dan bahasa Melayu.
Dakwanya setelah mencapai kemerdekaan 53 tahun, Umno tetap merupakan sebuah parti rasis kerana hanya memperjuangkan hak Melayu sedangkan PAS bergelut untuk kepentingan Islam dan juga bukan Islam.
Nizar berucap di sebuah ceramah baru-baru ini di Kampung Batu Enam, Selama di Perak.
Pada ucapannya itu, beliau juga membidas tindakan kerajaan dan mepersoalkan mengapa pembelajaran tulisan Jawi dikeluarkan daripada sistem pendidikan di sekolah-sekolah.
Katanya, akibat tindakan itu, sebahagian besar generasi muda tidak boleh membaca dalam tulisan Jawi dan menyukarkan pembelajaran Al-Quran dan agama kerana kebanyakan bahan berkenaan adalah dalam bahasa Arab yang menggunakan tulisan Jawi.sumber
Khamis, 23 September 2010
Umno menentang Malayan Union memberi kerakyatan kepada kaum minoriti
Pepatah Cina ada menyebut: 'Yang menang jadi raja, yang kalah jadi penjahat' (chengzhe wei wang, baizhe wei kou). Pepatah ini sering digunakan dalam konteks penulisan sejarah. Sejarah sering ditulis pihak yang menang dalam perang merebut kuasa. Maka, yang menang itu diagung-agungkan dan yang kalah dicerca semahunya.
Lihat sahaja bagaimana Hang Tuah dan Hang Jebat digambarkan dalam 'Sejarah Melayu'.
Hang Tuah diagung-agungkan sebagai wira menyelematkan Melaka dan Hang Jebat dicerca sebagai penderhaka yang kejam dan hina. Hang Jebat digambarkan seorang yang mabuk kuasa mengamuk menuntut bela atas kematian sahabat karibnya. Beliau dikatakan kebal kerana keris Taming Sari berada ditangannya. Maka Hang Jebat seorang sahaja sudah cukup untuk mengambil-alih istana Sultan Melaka.
Hakikatnya, 'Sejarah Melayu' ditulis oleh penulis-penulis yang diupah pihak istana. Mana mungkin huraiannya adil dan saksama menggambarkan setiap tokoh dan peristiwa di Melaka. Hang Jebat misalnya dikatakan bertindak sendirian. Tidak ada yang lain yang menyokongnya.
Namun bila direnung secara rasional, adakah mungkin benar Jebat seorang mampu menundukkan semua hulubalang raja? Bala tentera kerajaan Melaka bukan hanya seorang dua. Malah dikatakan mencecah puluhan ribu jumlahnya. Takkan Hang Jebat begitu hebat sehingga mampu menewaskan kesemuanya?
Mungkinkah apa yang berlaku sebenarnya adalah perang saudara? Hang Jebat adalah ketua pihak pemberontak dan beliau disokong ribuan rakyat yang simpati dengan perjuangannya. Kumpulannya tewas maka Hang Jebat sebagai ketua dicerca dan dihina seolah-olah tidak ada seorang rakyat pun yang menyokongnya.
Tidak cukup dengan itu, Hang Jebat dituduh pula mengamuk setelah ditikam Hang Tuah membunuh ramai rakyat Melaka yang tidak berdosa. Sehebat manapun seorang pahlawan itu, mana mungkin setelah parah tertusuk keris di badan mengamuk tujuh hari tujuh malam membunuh ribuan manusia?
Mustahil pada saat ini untuk kita mengetahui apakah sebenarnya yang terjadi. Kisah Hang Tuah dan Hang Jebat berlaku sudah sekian lama. Tidak ada sumber bukti yang sahih yang dapat memisahkan yang mana fakta dan yang mana rekaan semata-mata.
Tokoh-tokoh lain tak disebut
Namun dalam pengkajian sejarah kemerdekaan negara yang hanya separuh abad usianya, banyak sumber boleh diselidiki untuk menghasikan ulasan yang adil dan saksama. Misalnya, dalam mengkaji persoalan siapakah pejuang kemerdekaan negara, tidak mungkin hasilnya akan menjurus hanya pada Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan pemimipin Parti Perikatan yang lain?
Nama-nama seperti Burhanuddin Al-Helmy (kiri), Ahmad Boestamam, Mustapha Hussain dan ramai lagi, kenapa lenyap begitu sahaja dalam buku-buku teks sejarah rasmi negara?
Yang pasti, yang terawal berjuang ke arah kemerdekaan bukanlah golongan elit dan bangsawan Melayu yang menubuhkan Umno pada tahun 1946. Yang terlebih dahulu menyemai semangat merdeka adalah orang-orang kebanyakan seperti Ibrahim Yaakub, Ishak Haji Muhammad, Burhanuddian Al-Helmy dan Mustapha Hussain. Malangnya, kerana mereka bukanlah daripada golongan elit masyarakat Melayu yang berdamping dengan penjajah British, usaha mereka tidak berhasil.
Namun perjuangan dan pengorbanan mereka tidak sia-sia. Walaupun telah sekian lama tidak diberi penghormatan, kisah perjuangan mereka kini mula terserlah melalui buku-buku yang tersadur dengan interpretasi sejarah yang berbeza daripada apa yang sering dihidangkan dalam buku-buku sejarah rasmi negara.
Peranan dan sumbangan Umno ke arah kemerdekaan memang tidak dinafikan. Namun hakikatnya, ketika Umno ditubuhkan pada tahun 1946, kemerdekaan Tanah Melayu bukan matlamat perjuangannya. Umno ditubuhkan asalnya untuk menentang penubuhan Malayan Union. Yang ditentang adalah perlucutan kuasa raja-raja Melayu dan undang-undang yang memberikan hak kewargenegaraan kepada semua golongan imigran yang termaktub dalam gagasan Malayan Union yang dicadangkan.
Malah Umno dalam tempoh lima tahun sejak penubuhannya begitu berkeras tidak mahu membuka taraf kerakyatan kepada orang-orang Cina, India dan orang-orang bukan Melayu yang lain di Malaya.
Pengasas dan Presiden Umno ketika itu, Dato' Onn Jaafar mulai sedar kemerdekaan akan hanya tercapai jika masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaya dapat bersatu dan bekerjasama. Namun usahanya untuk membuka keahlian Umno kepada kaum yang lain ditentang hebat, memaksa beliau meletakkan jawatan dan mengasaskan parti politik yang lain.
Fahaman kiri dituduh komunis
Dalam keadaan Umno yang masih terkial-kial dengan isu kerakyatan, sudah ada sebenarnya usaha untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaya di bawah satu suara untuk menuntut kemerdekaan.
Usaha ini dipelopori pertubuhan-pertubuhan di bawah naungan Putera (Pusat Tenaga Rakyat) dan AMCJA (All-Malaya Council of Joint Action). Putera dipelopori Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diketuai Burhanuddin Al-Helmy dan disokong hebat masyarakat Melayu di luar bandar. AMCJA pula didokong kesatuan-kesatuan pekerja dan beberapa pertubuhan bukan Melayu yang lain.
Malangnya semua pertubuhan ini tidak mendapat restu pihak British. Alasan utamanya ialah semua pertubuhan ini berfahaman kiri dan dituduh bersekongkol dengan pihak komunis.
Maka kewujudan dan pengaruh mereka menjadi ancaman besar kepada pihak British yang mahu memelihara kepentingan mereka sendiri. Semua pertubuhan haluan kiri ini diharamkan dan ramai pemimpin-pemimpin mereka ditahan. Penahanan mereka ini membuka laluan untuk Umno memimpin perjuangan ke arah kemerdekaan yang sebelum itu bukan merupakan matlamat yang diperjuangkan.
Buku-buku teks sejarah sekarang tidak banyak mengulas tentang kisah-kisah ini. Sejarah kemerdekaan negara dirumuskan dalam fakta-fakta ringkas yang disusun dalam bentuk carta dan gambarajah. Mana mungkin pelajar-pelajar sekarang mampu menyelami dan menghayati sejarah negara dengan kaedah pembelajaran seperti ini?
Namun inilah realitinya sekarang. Sejarah hanyalah satu matapelajaran yang memerlukan penghafalan 'fakta' sepertimana yang termaktub dalam buku-buku teks dan rujukan.
Saya berpendapat semua rakyat Malaysia perlu didedahkan dengan penulisan-penulisan sejarah yang berbeza. Bermula daripada sekolah menengah, golongan muda perlu didedahkan dengan kisah-kisah perjuangan semua golongan dan kumpulan pejuang kemerdekaan termasuklah kisah perjuangan Kesatuan Melayu Malaya, PKMM, Putera, AMCJA, Umno dan Parti Komunis Malaya.
Semua pertubuhan-pertubuhan ini telah menyumbang ke arah kemerdekaan.
Kemerdekaan diperolehi secara aman
Maka, selain daripada membaca kisah perjuangan tokoh-tokoh seperti Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Tan Cheng Lock, semua rakyat Malaysia perlu digalakkan juga memahami perjuangaan tokoh-tokoh lain seperti Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam (kiri), Mustapha Hussain, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, Chin Peng dan lain-lain.
Antara tokoh-tokoh ini memang terdapat tokoh-tokoh komunis yang terlibat dalam pembunuhan dan keganasan. Namun keganasan sebenarnya tidak berlaku hanya di sebelah pihak. Dan pihak komunis tidak juga mengganas membabi buta tanpa sebab.
Ada sejarahnya dan ada kisah di sebaliknya. Fakta sejarah itu tidak semuanya hitam dan putih. Terdapat kisah dan interpretasi yang berbeza. Tidak salah bagi kita untuk memihak kepada sesuatu interpretasi yang tertentu, namun salah rasanya jika kita tidak mengambil tahu akan interpretasi-interpretasi lain yang wujud.
Secara peribadi saya percaya tatkala segala kisah perjuangan ini dirungkai dan dibahas, ramai yang akan bersetuju dengan kesimpulan bahawa kaedah perjuangan yang diambil Tunku Abdul Rahman merupakan jalan terbaik untuk mencapai kemerdekaan.
Tunku menuntut kemerdekaan daripada pihak British secara aman dan teratur. Kebijaksaan Tunku berunding memastikan Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dengan mewarisi sistem dan prasarana pentadbiran yang licin dan berkesan. Ini banyak menyumbang kepada kemajuan negara yang lebih pesat berbanding dengan bekas tanah jajahan British yang lain seperti Ghana, Nigeria, India dan Pakistan.
Namun dalam keghairahan kita memperingati jasa dan pengorbanan Tunku dan rakan-rakannya yang lain, janganlah diabaikan pengorbanan tokoh-tokoh negara yang lain. Janganlah dinafikan kemerdekaan yang kita nikmati hari ini sedikit sebanyak adalah hasil perjuangan mereka juga.sumber
Rosmah Pembazir Wang Rakyat !!
Oleh : edyesdotcom
REFORMASI adalah sebahagian dari sebuah REVOLUSI !!
Kenapapeningkan kepala pertahankan sekolah hamil,ayuh tukar kerajaan
"Assalamualaikum,,..
Dasar manusia yang menghalakan cara untuk mencapai matlamat tidak akan sedar.Apabila kita menentang keujudan sekolah hamil tampillah mereka membela kononya untuk membantu anak gadis yang hamil kerana berzina.Kononnya anak gadis yang hamil ini akan dikaunseling kearah memberi mereka peluang kedua.Tapi apakah corak kaunseling itu?Adakah kelas kelas mengaji agama sejak dari asas sehinga ke peringkat paling advance?Kalau tidak ada, tak usah melaunglah kaunseling yang berasaskan ideologi akal tidak akan berjaya.
Di samping itu kenapa kaunseling hanya kepada mereka yang sudah hamil? Di mana kaunseling kepada yang belum hamil dan yang belum pandai berzina.Sikap kepada idea sekolah hamil ini tidak ubah cari penyakit dan kemudian ubati penyakit serta pertahankan tindakan mengubat penyakit yang sengaja dicari dengan alasan alasan yang menarik sambil menyalahkan pihak lain yang menentang.
Kalau beginilah sikap orang melayu jangan terperanjat satu hari nanti negara kita akan menjadi macam negara negara barat dan orang orang melayu sama macam orang orang barat yang sudah hilang pedoman.Kalau ditanya siapa jua pun dari kalangan orang melayu, pasti mereka tidak mahu anak anak mereka terjebak dengan kehamilan luar nikah tetapi mampukah mereka menghalang arus maksiat yang melanda negara?Maka di situ jawabnya kepada soalan apa yang kita buat ketika menentang penubuhan sekolah hamil.Kita menentang maksiat dan menentang maksiat turut melibatkan usaha menukar kerajaan yang ada.Kita tidak akan terjebak dengan hujah hujah orang orang yang mempertahankan penubuhan sekolah hamil sebagai satu usaha membasmi masalah kerana kita yakin kalau keseluruhan pembasmian maksiat termasuk penguatkuasaan undang undang Islam tidak dibuat segera, tak ada satupun idea mengatasi masalah akan membawa kepada kehidupan yang sejahtera di dunia dan di akhirat.
Oleh itu, kenapa peningkan kepala memikirkan langkah mengatasi kejadian hamil luar nikah, ayuh bersama kita usahakan agar kerajaan yang ada ditukar pada PRU akan datang.
Kepada pembela sekolah hamil, tak usah angkuh dengan usaha kamu itu dan tak usah sombong kononnya kamulah yang pandai mencari penyelesaian kepada masalah yang kamu sendiri puncanya..Insaflah kawan dan ayuhlah bersama kita menukar kerajaan.sumber
"
Selasa, 21 September 2010
Zam celaru: Selamat tinggal Umno BN
IPOH, 21 Sept: “Sekadar mahu bersatu dengan asas bangsa semata-mata yang rapuh dan longgar, malah ternyata telahpun gagal, maka saya ucapkan selamat tinggal kepada Umno dan BN,” kata Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim.
Beliau menegaskan bahawa sesungguhnya Pakatan Rakyat adalah pilihan rakyat Malaysia untuk melahirkan sebuah negara yang mempunyai masa depan yang lebih baik setelah dihancur dan dirosakkan oleh Umno BN sekian lama.
Justeru, beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin (Zam) yang dipetik sebagai berkata perpaduan Umno dan PAS tidak akan menjamin kekuatan bangsa, sebaliknya tiga parti utama pengasas BN iaitu Umno, MCA serta MIC perlu memulihkan jati diri dengan tegas dan berani menerusi pendekatan baru, untuk menjamin masa depan negara.
“Walaupun kenyataan Zam nampak keliru dan bercelaru, namun hakikat yang saya dapat ambil dari bekas menteri Umno itu ialah dia sudah mengakui mustahil akan wujudnya perpaduan selagi Umno tidak mahu kembali kepada Islam sebagai landasan perjuangan,” ujar Khalil di dalam blognya.
B eliau menambah, penegasan awal oleh kepimpinan PAS bahawa asas perpaduan sesama Melayu atau dengan banga lain adalah di atas dasar dan asas yang diajarkan oleh Islam sebagaimana yang berlaku di Madinah semasa tertubuhnya Kerajaan Islam contoh.
Demikianlah, jelasnya penyatuan semua bangsa di bawah Pakatan Rakyat yang terdapat sebuah parti Islam iaitu PAS adalah asas yang kukuh bahawa penyatuan semua bangsa bukan kerana idealogi masing-masing yang dipertahankan namun kerana kehebatan Islam itu sendiri yang lengkap dan melengkapi idealogi manusia yang banyak kepincangan.
Ini, kata beliau tentunya kerana idealogi Islam bersumberkan dari Al-Quran dan As-Sunnah.
“Malah saya membantah kenyataan Zainuddin yang tidak bertanggungjawab sebagai seorang Islam dengan berkata perjuangan berasaskan ideologi, terutamanya agama, tidak mengenal tolak-ansur, bersifat keras serta wajah manis mereka adalah bersifat sementara dalam menunggu kesempatan.
“Kenyataan Zam semacam menolak kesyumulan Islam yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang mengaku Islam,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong.
Katanya, kecelaruan pemikiran Zam yang mengajak bersatu atas asas bangsa semata-mata tanpa matlamat yang jelas melihatkan kecetekannya dalam menelusuri kekuatan bangsa mana sekalipun yang memerlukan kekuatan penghayatan rohani, akhlak atau moral.
Isnin, 20 September 2010
Ancaman terbaru buat pelayar siber !!!!!!
MALWARE ATTACK!!!! Perhatian buat semua webmaster blog dan pelayar siber
Beberapa portal berita di Malaysia termasuk The Malaysian Insider dan Malaysia Kini dipenuhi amaran malware - perisian yang boleh merosakkan komputer daripada pengendali web pencarian gergasi, Google.Malware itu dikatakan berasal dari 'Innity' sebuah syarikat jaringan pengiklanan online. Google kini menghalang pengguna dari memasuki lebih 600 laman web setelah Innity mula menyiarkan iklan yang menghubungkan kepada laman web yang dicemari malware berbahaya.
Hari ini saja, beberapa laman seperti The Star, The Malaysian Insider, Malaysia Kini, Berita Harian dan My Sinchew turut terjejas.
Malah banyak blog pro kerajaan seperti Pisau.net, Minda Intelek Melayu dan juga blog Bumiyang.blogspot tak dapat dibuka. Begitu juga blog pemimpin terkenal seperti CheDet.cc.
Mengikut laporan 'Google Safe Browsing', Innity telah menjadi hos untuk perisian berbahaya yang disebarkan ke laman web yang menyiarkan iklannya.
Pemilik laman web yang terlibat dinasihatkan membuang semua kod dan iklan dari Innity sehingga ia menyelesaikan masalah ini. Untuk langkah keselamatan, buang semua link iklan atau blog dan portal yang mempunyai jangkitan Malware ini untuk sementara waktu.
Innity dalam laman webnya mendakwa jaringan pengiklanannya melayan lebih 2.1 billion iklan dan mempunyai lebih 29 juta pengguna sebulan termasuk 250 laman web terkenal di Malaysia, Singapura, dan negara Asia Tenggara yang lain.
Google telah mengesan ancaman itu pada 19 September dan ia meliputi pelayar internet terkenal termasuk milikan Google sendiri iaitu Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan Safari yang digunakan pengguna Apple.
Malware merupakan perisian yang direka bentuk untuk memasuki ke dalam sistem komputer dan menyebabkan resiko kerosakan komputer tanpa disedari oleh pengguna.
Nama Malware wujud daripada gabungan ‘malicious’ yang membawa maksud niat jahat dan ‘software’ pula bermaksud perisian. Perisian ini dicipta oleh individu yang mempunyai kepakaran berkenaan kod program pelbagai perisian. Tujuan golongan ini ialah untuk mengganggu, mengancam dan menimbulkan masalah kepada pengguna komputer.
Pada masa ini Malware diwujudkan untuk tujuan mengaut keuntungan. Bukan saja untuk mengganggu sistem komputer tetapi ia juga digunakan untuk mencuri data, identiti, wang serta maklumat pengguna, semata-mata bagi mengaut keuntungan yang berlipat ganda oleh penjenayah siber.
Serangan malware termasuklah terhadap kebanyakan blog yang ada diantaranya terus tidak dapat diakses kecuali mereka yang mengambil risiko mengabaikan arahan daripada melayari blog-blog berkenaan. Beberapa template tertentu dikesani mudah untuk berkompromi dengan malware ini.
Bagi yang telah terkena jangkitan malware ini pastikan anda membersihkan "cookies" daripada browser-browser anda.
Pastikan portal dan blog anda TIDAK memasang iklan daripada Innity dan manggaonline. Bagi iklan pop-up dari widgeo.net yang mengganggu pelayaran blog, buang widget yang memaparkan data pengunjung. Sekalipun cantik dan maklumatnya bermakna, tetapi iklan popup yang diterbitkan terlalu menganggu sehinggakan pengunjung boleh menjadi bosan kerananya.
Semua malware akan menyebabkan sistem komputer bertambah lambat seperti penyambungan Internet dan juga masa untuk sistem ‘boot’ menjalankan operasinya.
p/s: bagi webmaster blog, anda dinasihatkan supaya bertindak segera mengatasi perkara ini supaya mengelakkan blog atau portal di blacklist selamanya oleh Google. Bagi pelayar internet, elakkan dari memasuki laman yang ada amaran tersebut kerana ia akan merosakkan PC/Laptop anda dalam jangka masa panjang!
Jumaat, 17 September 2010
Laporan Polis Ke Atas Akhbar KOSMO!
Sepertimana yang telah diumumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Mohd Aiseri Alias, di dalam sidang media beliau di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pada 15 September 2010, satu laporan polis telah dibuat oleh Dato’ Sukri Mohamed ke atas akhbar Kosmo! di atas laporan (tentang sidang akhbar Dato’ Sukri Mohamed di Pejabat Sultan Kelantan pada 14 September 2010) bertajuk “Gelaran ayah bonda ditarik” yang disiarkan oleh akhbar itu pada 15 September 2010.
Kandungan laporan akhbar Kosmo! yang dipertikaikan adalah:
1. “Sehari selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra semalam bertindak menarik balik gelaran ‘Tuanku’ daripada ayahanda baginda, Sultan Ismail Petra.”
2. “Turut ditarik balik ialah gelaran ‘Tengku’ yang diberikan kepada bondanya, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.”
3. “Anggota Majlis Perajaan Negeri (MPN), Datuk Mohd. Shukri Mohamed berkata, penarikan kedua-dua gelaran itu dibuat kerana ia hanya diberikan kepada Sultan dan Raja Perempuan.”
Tujuan laporan polis ini dibuat adalah kerana laporan akhbar Kosmo! ini menggambarkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra, telah bertindak zalim ke atas ayahanda dan bonda Baginda dengan menarik balik gelaran ‘Tuanku’ dan gelaran ‘Tengku’ daripada ayahanda dan bonda Baginda hanya sehari selepas Baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan sedangkan pada hakikat sebenarnya Baginda tidak pernah berbuat demikian manakala Dato’ Sukri Mohamed pula tidak pernah mengucapkan perkataan-perkataan demikian atau perkataan-perkataan yang membawa maksud demikian di dalam sidang akhbar tersebut.
Laporan akhbar Kosmo! ini telah membuat satu tuduhan yang amat berat kepada kedua-dua Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan dan Dato’ Sukri Mohamed serta merupakan satu fitnah yang sengaja diada-adakan di mana perbuatan memfitnah adalah merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan. Siasatan ke atas laporan ini sedang dibuat oleh pihak polis.
Selain membuat laporan polis ini, Dato’ Sukri Mohamed juga telah membuat satu permintaan bertulis kepada akhbar Kosmo! supaya mengemukakan permohonan maaf dan pembetulan secara bertulis di atas laporannya itu. Permohonan maaf dan pembetulan secara bertulis ini diminta dibuat di dalam akhbar itu di dalam masa 24 jam dari tempoh penghantaran notis itu.
Permintaan bertulis yang sama telah turut dibuat ke atas akhbar Sinar Harian di atas laporan bertajuk “Gelaran ‘Tuanku’ ditarik balik” yang disiarkan oleh akhbar itu pada 15 September 2010 di mana kandungan laporan akhbar Sinar Harian yang dipertikaikan adalah:
1. “Gelaran ‘Tuanku’ dan ‘Tengku’ yang dikurniakan kepada Sultan Ismail Petra Ibni Sultan Yahya Petra dan Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid akan ditarik balik berikutan pemasyhuran anakandanya, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan kelmarin.”
2. “Ahli Majlis Perajaan Negeri (MPN), Datuk Shukri Mohamed berkata, penarikan balik gelaran itu dilakukan kerana gelaran tersebut hanya diberikan kepada Sultan dan Raja Perempuan.”
Permintaan bertulis yang sama juga telah dibuat ke atas akhbar Utusan Malaysia di atas laporan bertajuk “Gelaran ‘Tuanku’ Sultan Ismail dan ‘Tengku’ pada Raja Perempuan Kelantan gugur” yang disiarkan oleh akhbar itu pada 15 September 2010 di mana kandungan laporan akhbar Utusan Malaysia yang dipertikaikan adalah:
1. “Gelaran ‘Tuanku’ yang dipakai bekas Sultan Kelantan dan ‘Tengku’ pada Raja Perempuan Kelantan sebelum ini gugur secara automatik berikutan pemasyhuran anakanda sulung baginda berdua, Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan di Istana Balai Besar kelmarin.”
2. “Ketika menjelaskan perkara tersebut, jurucakap Istana Kelantan yang juga Ahli Majlis Perajaan Negeri (MPN), Datuk Shukri Mohamed berkata, gelaran ‘Tuanku’ dan ‘Tengku’ hanya diberikan kepada Sultan yang memerintah serta permaisuri baginda sahaja.”
Salah satu dari tiga akhbar ini, iaitu akhbar Sinar Harian, telah mengemukakan permohonan maaf dan pembetulan secara bertulis di atas laporannya itu pada 16 September 2010.
Akhbar-akhbar Kosmo! dan Utusan Malaysia pula telah gagal mengemukakan permohonan maaf dan pembetulan secara bertulis di atas laporannya itu dan kini bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang daripada Dato’ Sukri Mohamed.
http://thekelantaninsider.blogspot.com/
Khamis, 16 September 2010
Nurul Izzah:Mengapa saya ajak Perkasa berdebat?
Semenjak tulisan saya menjemput Perkasa untuk berdebat tentang kedudukan istimewa orang Melayu pada 31 Ogos lalu diterbitkan, bermacam-macam tohmahan telah dikeluarkan terhadap saya.Saya dipanggil pengkhianat, dituduh cuba mengelirukan rakyat, tidak matang, buta sejarah dan juga kini dilibatkan dalam siasatan polis kerana dituduh menghasut.
Hairan, kerana orang yang mencadangkan supaya pemilikan tanah Kampung Baru dibuka sebanyak 40 peratus kepada bukan Melayu tidak pula mengalami nasib yang sama seperti saya.
Saya sudah jelaskan bahawa bukanlah niat saya untuk meminda peruntukan Perlembagaan Persekutuan tentang kedudukan orang Melayu, tetapi sekadar untuk mencari penjelasan tentang apa yang dilaung-laungkan oleh Perkasa tentang perjuangan mereka untuk melindungi orang Melayu.
Yang saya hujahkan dalam tulisan saya sebelum ini adalah bukan kedudukan istemewa orang Melayu dipersoalkan tetapi PELAKSANAAN dasar-dasar yang hanya menguntungkan segelintir orang Melayu dipersoalkan?
Sayangnya, jemputan saya itu ditolak mentah-mentah oleh pimpinan Perkasa dengan alasan soal kedudukan orang Melayu tidak boleh didebatkan, sedangkan yang saya mahu bincangkan hanyalah pelaksanaan dasar-dasar yang dikatakan dibuat atas peruntukan perlembagaan.
Kerana jemputan saya sudah ditolak, biarlah saya jelaskan sahaja di sini, apa sebenarnya menimbulkan kegusaran saya tentang perjuangan Perkasa dan soal kedudukan istimewa orang Melayu.
Pertama soal kuota dalam perkhidmatan awam. Mengikut statistik tahun 2009, 78.2 peratus daripada kakitangan awam adalah Melayu, dan Bumiputera lain membentuk 7.7 peratus. Selebihnya adalah bukan Melayu dan bukan Bumiputera.
Namun, kerajaan juga sedang berusaha untuk merekrut lebih ramai bukan Melayu dalam perkhidmatan awam, kerana keperluan menyampaikan perkhidmatan kepada warga pelbagai kaum.
Bagaimanakah dasar kuota ini selaras dengan keperluan untuk menunjukkan kepelbagaian dalam sektor awam?
Kedua, soalan yang sama juga boleh ditanya dalam hal kuota biasiswa kepada orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Saya mahu melihat lebih banyak biasiswa diberikan sebagai usaha memastikan kesaksamaan yang boleh tercapai dengan pendidikan yang menyeluruh.
Oleh itu, bukankah lebih baik sekiranya semua pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ditukarkan kepada biasiswa penuh sebagai memenuhi semangat Fasal 153 Perlembagaan persekutuan?
Saya juga percaya Perkasa sudah tentu akan bersetuju dengan saya kalau saya cadangkan sebahagian pendapatan Petronas, 30 peratus keuntungan tahunan misalnya, disalurkan kepada satu dana pendidikan untuk membiayai biasiswa anak-anak kita.
Perkara ini tidak mustahil kalau akaun Petronas didedahkan kepada umum melalui parlimen. Usaha melaksanakan tadbir urus yang cekap ini semestinya selaras dengan perjuangan mempertahankan hak-hak orang Melayu.
Ini sebenarnya lebih bermanfaat daripada melaung-laungkan meminta orang Melayu mendapat lebih banyak biasiswa daripada kaum lain. Dalam bahasa mudah, apa gunanya orang Melayu mendapat tujuh biasiswa, dan kumpulan lain mendapat tiga tempat sahaja. Yang saya perjuangkan adalah banyakkan biasiswa menjadi 100 tempat, contohnya, sudah pasti ramai orang Melayu mendapat manfaat.
Kuota kemasukan ke universiti juga sebenarnya sudah diubah pada zaman pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003, supaya lebih bersemangat meritokrasi. Bukankah ini mencabuli hak keistimewaan orang Melayu, kalau mengikut apa yang telah dilaung-laungkan Perkasa?
Saya juga tertarik dengan usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meliberalisasikan 27 sub-sektor dalam sektor perkhidmatan.
Perkara 153 (1) Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan “Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.”
Kepentingan ini termasuklah dalam keutamaan lesen-lesen perniagaan. Jadi adakah ini bermakna liberalisasi ini bertentangan dengan perlembagaan?
Tidakkah ini memberi kesan kepada “hak Melayu”?
Oleh kerana kedudukan Bahasa Melayu juga dijamin perlembagaan, bagaimana pula dengan usaha Dr Mahathir pada tahun 2003 memperkenalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ingggeris (PPSMI), yang kini sudah dihapuskan? Soal Perlembagaan tidak dibangkitkan ketika itu. Jelas, peruntukan Perlembagaan itu bukanlah kaku, sebaliknya ia fleksibel dan boleh disesuaikan dengan tuntutan zaman.
Mahkamah Tinggi pada Mei lalu juga telah mengisytiharkan bahawa PPSMI tidak bertentangan dengan perlembagaan kerana sekolah-sekolah masih mengekalkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Dan perkara paling besar dalam soal kedudukan orang Melayu ini tentulah pegangan ekuiti Bumiputera yang ditetapkan pada kadar minimum 30 peratus.
Inilah dasar yang begitu kuat dipertahankan Perkasa dan sekutunya Umno.
Dasar ini pada saya cukup kabur sekali, kerana tidak jelas apa yang dipertahankan sebenarnya. Adakah memperuntukkan minimum 30 peratus itu akan mengayakan keseluruhan orang Melayu? Adakah ia akan menaikkan taraf hidup orang Melayu? Adakah ia dapat menyelesaikan masalah kemiskinan bandar, yang mangsanya kebanyakannya adalah orang Melayu?
Dan data-data berkenaan polisi ini juga sebenarnya terlalu kabur. Kajian terbitan Universiti Malaya pada 2002 mengatakan pegangan orang Melayu sebenarnya sudah mencapai 33.7 peratus, Institut Kepimpinan Strategik Asia (ASLI) pada 2006 pula meletakkan angka 45 peratus. Sementara pihak kerajaan pada 2006 juga mengatakan pegangan ekuiti Bumiputera hanya 18.9 peratus.
Perbezaan-perbezaan angka dikatakan berpunca daripada masalah metodologi. Namun yang pasti, walau apa angkanya, orang Melayu terbanyak tidak mendapat faedah daripada dasar ini.
Jika Perkasa bersungguh dan ikhlas, saya menjemput Perkasa untuk sama-sama mencadangkan satu dasar 'Pengagihan Semula secara Adil Kekayan Ekuiti Bumiputera' sediada didalam syarikat-syarikat tersenarai dan bukan tersenarai yang memperolehi projek kerajaan dan pengswastaan dari kerajaan, konsesi lebuhraya dan penjanaan elektrik, dan syarikat berkait dengan kerajaan (GLC) untuk dijualkan 30 peratus daripada saham milik individu atau syarikat bumiputera dengan menggunakan nilai saham 'par-value' yang menjadi metodologi penilaian saham rasmi kerajaan kepada seramai mana orang Melayu dimana 25 peratus saham tadi dimasukkan kedalam Tabung Biasiswa Pendidikan dan selebih 5 peratus kepada koperasi pekerja syarikat penyumbang tadi. Dan baki 70 peratus pegangan asal masih didalam tangan pemilik individu dan syarikat bumiputera tadi.
Untuk menguji keberkesanan dasar ini, saya cadangkan kita mulakan dengan syarikat Kenchana Petroleum, Scomi, CIMB, Perimekar, APCO dan sebuah syarikat pembinaan yang menerima kontrak membina sebuah jambatan di Pasir Mas satu ketika dahulu.
Apa yang saya cuba bangkitkan ini sebenarnya bukanlah perkara baru. Kerana itu saya terkejut apabila bermacam-macam tohmahan ditujukan kepada saya.
Debat yang saya cadangkan ini sebenarnya adalah sesuatu yang telah dijangka oleh sesetengah pengasas negara kita.
Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail sendiri pernah mengatakan bahawa kedudukan istimewa adalah satu penghinaan kepada kemampuan orang-orang Melayu. Jangan lupa Allahyarham adalah juga anggota Kabinet pertama Tunku Abdul Rahman.
Maka Tun Dr Ismail mengatakan kedudukan orang Melayu ini akan ditentukan oleh orang Melayu sendiri. Beliau meramalkan dengan semakin ramai Melayu yang berpendidikan dan mendapat keyakinan diri, mereka sendiri akan menghapuskan kedudukan istimewa ini.
Walaupun bukanlah tujuan saya di sini untuk menghapuskan peruntukan perlembagaan itu, kerana yang saya persoalkan adalah dasar dan pelaksanaan.
Tapi apa yang hendak saya katakan adalah proses perubahan seperti yang diramalkan bekas timbalan presiden Umno itu hanya boleh bermula dengan muhasabah melalui perdebatan.
* Penulis adalah ahli Parlimen Lembah Pantai. Beliau mengalu-alukan maklum balas di mp@nurulizzah.com
Isnin, 13 September 2010
Pembunuhan Sosilawati ke-2 dahsyat selepas kes Altantuya-PAS
Menurut Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar, kes pembunuhan mendiang Altantuyaa Sharibuu sebelum ini menggemparkan negara apabila dibom dengan C4 di Bukit Raja, Shah Alam pada 19 Oktober empat tahun lalu.
"Kematian al-Marhumah Sosilawati dan tiga yang lain adalah kes kedua paling dahsyat selepas kematian mendiang Altantuya," ujarnya petang tadi ketika dihubungi Harakahdaily.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengesahan pihak polis bahawa Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, telah dibunuh.
Mayat mereka juga dibakar, manakala abunya dibuang ke dalam sebuah sungai dekat Ladang Gadong, di Tanjung Sepat, Banting.
Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi, sepatutnya Polis sudah boleh mengesan suspek pembunuh lebih awal memandangkan saspek yang juga seorang peguam bergelar 'Datuk' turut dikaitkan dengan kehilangan empat individu setahun yang lalu.
"Selepas empat individu yang menjadi perhatian rakyat dilaporkan mati menjadi abu, baru Polis boleh mengaitkan saspek dengan kes empat orang yang hilang tahun lepas," ujarnya sambil menasihatkan bakal Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar supaya memperbaiki sistem siasatan kepolisan tanah air.
Beliau turut tidak menolak kemungkinan bahawa kes tersebut turut membabitkan pemimpin negara yang berprofil tinggi sebagaimana kes pembunuhan Altantuya.
"Kalau Polis masih enggan mendedahkan siapakah peguam bergelar 'Datuk' yang dimaksudkan, mungkin rakyat selepas ini akan anggap pembunuh Sosilawati ini mungkin ahli politik yang berprofil tinggi, seperti kes Altantuya," ujarnya sambil mendesak Polis menjelaskan motif di sebalik kenyataan media tanpa laporan forensik yang dibuat Mohd Bakri petang tadi.
Seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang dihubungi kemudian mengecam pihak yang terbabit yang sanggup membunuh lalu membangkar keempat-empat mangsa sebelum dihanyutkan dalam sungai berdekatan Ladang Gadong di Tanjong Sepat, Banting.
"Sekiranya benar apa yang diumumkan oleh Datuk Mohd Bakri dalam sidang media tadi, PAS mengecam pembunuhan dahsyat itu," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.
Beliau turut menasihatkan pasukan Mohd Bakri membuat pengesahan lanjut beserta laporan rasmi dari Jabatan Forensik.
Ini kerana, katanya laporan itu boleh mengurangkan rasa gelisah rakyat terhadap tahap keselamatan mereka masing-masing.
Beliau, mewakili PAS turut merakamkan takziah kepada keluarga mangsa sambil mengajar rakyat membantu Polis supaya kes dasyat seperti itu tidak berulang lagi di tanah air kelak.
"Mewakili PAS, takziah...saya harap keluarga mangsa bersabar."
"Saya seru seluruh rakyat Malaysia sama-sama membantu Polis agar kes sebegini tidak berulang," ujarnya. - Harakahdaily
Rabu, 8 September 2010
Hishamuddin Rais: Umno 'kecutkan' minda Melayu
Penulis kontroversi, Hishamuddin Rais berkata minda Melayu kini telah 'dibonsaikan' (dikecut dan diubah seperti pokok bonsai) oleh agenda politik Umno dengan tujuan bagi mengekalkan budaya takut terhadap bukan Melayu.
Bekas tahanan ISA itu berkata Umno sentiasa menyemarakkan kebimbangan perkauman untuk menyakinkan rakyat bahawa parti itu pilihan terbaik bagi orang Melayu kekal di hadapan dari segi pembangunan sosial dan ekonomi di Malaysia.
"Proses 'membonsai', mengosongkan dan mengejutkan orang Melayu ini berlaku lama dahulu pada zaman British. Melayu diketuai oleh pemimpin yang malas dan mereka yang malas berfikir,” kata Hishamuddin pada forum 'Malays are muted too!' di Kuala Lumpur malam semalam.
Aktivis kontroversial itu berkata Melayu telah lama diindoktrin supaya takut kepada idea baru dan dihantui ketuanan Cina sehingga menganggap kaum itu satu ancaman terhadap kewujudan mereka.
Mengambil contoh, peranan bomoh atau pawang, Hishamuddin mendakwa Umno menggunakan taktik yang sama untuk menyakinkan orang Melayu bahawa mereka sentiasa berdepan atau berlawan dengan hantu.
"Di Malaysia agak mudah. Hantu bagi orang Melayu adalah Cina. Melayu dibuat percaya bahawa terdapat pelbagai macam hantu dan rakyat patut berterimakasih kepada Umno kerana menyelamatkan mereka.
"Ia seperti taktik bomoh di kampung, di mana penduduk diberitahu terdapat macam pelbagai hantu untuk ditangani...Umno menggunakan modus operandi yang sama,” katanya.
Hishamuddin mendakwa seperti zaman penjajah British di Malaya, Umno sedar minda Melayu yang bebas adalah ancaman terhadap parti tu. Justeru, mereka berusaha memastikan minda Melayu tidak bebas dan boleh terus dikongkong.
Tambahnya, Umno tidak akan bersetuju membebaskan minda Melayu kerana akan menjejaskan kuasa parti yang memerintah itu serta penguasaan kekayaan negara oleh mereka.
Musim kilat petir mengganas di Malaysia sekarang
"Harap semua pihak berhati-hati dan ambil langkah keselamatan. Sekarang musim petir dan kilat sabung menyabung. Tujuh ekor lembu mati dipanah petir di Selangor pada 6 September 2010. Malaysia adalah antara negara tertinggi di dunia yang dipanah petir dan kilat. Maklumat lanjut di http://kilatmalaysia.blogspot.com
Tuesday September 7, 2010
Seven cows hit by lightning at plantation
By EDWARD R. HENRY
SEPANG: Farmer H. Kanapiraan was devastated after seven of his cows were killed by lightning.
“The cows were grazing under an oil palm tree at about 7.30am when there was a flash of light.
“I rushed to the site and found the cattle lying dead around the tree,” he said.
Kanapiraan, 28, was planning to sell the cows during the Hari Raya period. They were grazing some 2km from his farm shed at Bedford Estate, Tanjung Sepat here.
He later lodged a report at the Tanjung Sepat police station.
Kanapiraan said he was hoping to make some money by selling the cows on Friday.
“This is the second time such an incident occurred. Two months ago, a couple of my cows died in the same manner.
“The seven cows were worth about RM15,000. Now, I just have nine cows left.
“I hope I can secure some financial help to purchase more calves,” he added.
According to a veterinarian, one cow was struck by lightning while the others standing in the wet ground nearby died through conductivity.
He said each spark of lightning can affect an area of a few kilometres.
http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2010%2F9%2F7%2Fnation%2F6990566
"Isnin, 6 September 2010
Akur bantahan, TV3 tarik balik iklan kontroversi
KUALA LUMPUR, 5 Sept: Setelah dikritik dan dibantah banyak pihak, stesen televisyen swasta TV3 hari ini menarik balik iklan kontroversi Aidil Fitri yang disiar stesen itu sejak beberapa hari lalu.
Iklan tersebut didakwa seperti cuba menyamakan perayaan Aidil Fitri dengan unsur-unsur Krismas, Hindu dan Buddha apabila memuatkan elemen menaiki beca terbang ala Santa Claus, bunga teratai dan pelita.
Pihak mereka juga turut memohon maaf di atas penyiaran iklan tersebut yang telah mengguris hati umat Islam.
Permohonan maaf itu diumumkan melalui Buletin Utama jam 8 malam tadi.
Sementara itu Dewan Pemuda PAS Pusat bercadang menghantar surat bantahan ke stesen televisyen tersebut dan juga kepada Kementerian Penerangan esok ekoran penyiaran iklan tersebut.
Selain mengguris perasaan umat Islam, iklan tersebut juga dakwa mereka mengelirukan dan boleh menjerumuskan umat Islam ke kancah syirik.
Biarpun menepati konsep 1Malaysia, namun iklan tersebut dilihat mencemar kemuliaan Aidil Fitri yang akan disambut umat Islam tidak lama lagi.
Sehubungan itu, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) digesa cermat dan memantau iklan, filem dan drama yang bertentangan dengan nilai dan syariat Islam sepanjang perayaan ini.
Iklan tersebut juga mendapat kritikan hebat umat Islam di laman FaceBook yang mandakwa TV3 sengaja mahu membangkitkan kemarahan orang Islam.
Mereka juga mendakwa, iklan tersebut adalah yang paling rendah nilai dalam sejarah iklan TV3.
Sabtu, 4 September 2010
Mansuh senarai hitam, bukan bayar ansuran
Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS ketika dihubungi Harakahdaily berkata, pihaknya mahu tindakan senarai hitam terhadap pengguna jalan raya itu dihapuskan sehingga mereka dibuktikan bersalah di mahkamah.
"Kita nak tahu adakah bila mangsa bayar secara ansuran, mereka akan dapat terus cukai jalan?
"Adakah apabila mereka tak meneruskan bayaran, cukai jalan itu akan dimatikan? Jadi saya menunggu penjelasan terperinci daripada menteri berhubung perkara ini," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Tambahnya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak boleh menyenarai hitam kesalahan jalan raya pengguna jika pengguna tersebut tidak mahu menjelaskan bayaran dan mahu membawa perkara itu ke mahkamah.
"Kalau mahkamah putuskan seseorang itu bersalah, mahkamahlah yang tentukan bentuk hukuman.
"Bagaimana JPJ dan PDRM boleh mendahului keputusan mahkamah? soalnya.
"Saya minta kalau polis dan JPJ nak orang ikut undang-undang trafik, mereka juga perlu mematuhi prosedur undangh-undang. Tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan notis tanpa saman," katanya lagi.
Sebelum ini, Kabinet memutuskan untuk menarik balik tindakan menyenarai hitam kesalahan di jalan raya, buat sementara waktu, bagi membolehkan orang ramai memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan, bermula hari itu hingga 28 Feb tahun depan.
Manakala selepas itu, mereka perlu menjelaskan notis-notis yang diterima samada secara sekaligus atau boleh dijelaskan secara ansuran.
"Kase tetap tegaskan, mereka yang belum dibuktikan bersalah di mahkamah tidak boleh disenarai hitam," katanya.
Jumaat, 3 September 2010
SAMBUTAN KEMERDEKAAN: PERAK HAMBAR & LESU
Oleh: DR RAJA AHMAD AL-HISS
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat sedih upacara Sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke – 53 pada tahun ini peringkat Negeri Perak yang telah diadakan di Stadium Perak, Ipoh hambar dan lesu tanpa kehadiran rakyat bagi menyambutnya bersama-sama pada tahun ini dengan terciptanya sejarah buruk yang amat memalukan.
Suasana ini dapat dilihat kekosongan seluruh sudut Stadium Perak yang memburukkan suasana sambutan pada kali ini. DPPN Pk tidak tahu di mana punca sebenarnya permasalahan ini, tetapi kerajaan negeri mesti melihat keadaan tersebut secara serius. Bulan Ramadhan bukanlah halangan untuk rakyat menzahirkan semangat patriotisma walaupun berpuasa.
Sejarah seperti ini tidak sepatutnya berulang kerana ianya amat memalukan kita yang sudah mencapai kemerdekaan yang ke – 53.
Sepatutnya kerajaan negeri mengkaji dahulu permasalahan tersebut dan pada awal lagi kempen sambutan pada tahun ini juga lesu. Inilah punca sebenarnya rakyat tidak menyambut seranan kerajaan negeri terutamanya tahun ini.
Kerajaan negeri sepatutnya memperbanyakkan kempen dan informasi sambutan Kemerdekaan di peringkat negeri.
DPPN Pk juga dimaklumkan banyak NGO-NGO serta badan-badan induk tidak dilibatkan dalam majlis sambutan Kemerdekaan peringkat negeri.
DPPN Pk yang sentiasa membuka pintu kerjasama dalam isu-isu dan perkara kepentingan negara juga tidak dijemput untuk majlis tersebut berbanding sewaktu Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak memerintah dahulu seluruh NGO, hattan parti politik dijemput untuk menjayakan sambutan Kemerdekaan.
DPPN Pk meminta kerajaan negeri memulihkan kembali suasana yang memburukkan nama Negeri Perak dan berharap suasana seperti ini tidak akan berulang lagi di masa hadapan.
DPPN Pk menyeru kepada seluruh rakyat Negeri Perak agar mengembalikan semangat kemerdekaan sebenar bagi seorang rakyat yang merdeka jiwanya!
Khamis, 2 September 2010
Apa rasional Najib tarik subsidi, beri bonus
SHAH ALAM, 1 Sept: Langkah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM934.65 juta dengan memberi RM500 bonus kepada setiap kakitangan kerajaan wajar dipersoal secara rasional.
Menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, langkah Najib itu seakan tidak selari dengan langkah rasionalisasi subsidi dengan menarik semula subsidi lima komoditi asasi yang bernilai RM750 juta demi mengurangkan beban perbelanjaan kerajaan.
"Bukan saya tidak setuju dengan pemberian ini, saya sokong rakyat diberi bonus, tetapi apa rasional Najib menarik RM750 juta subsidi dan berbelanja RM900 juta untuk bonus," ujarnya di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Shah Alam, petang ini.
Bagaimanapun, beliau menyokong kakitangan awam, khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana layak menerima bonus tersebut.
Baginya, tindakan Najib yang juga Menteri Kewangan itu seakan suatu tindakan bermotif politik ekoran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan pemberian elaun RM500 kepada kakitangan kerajaan negeri.
"Apakah pemberian itu semata-mata kerana Pulau Pinang bagi bonus, maka dia pun bagi," ujarnya yang juga anggota Lajnah Politik PAS Pusat.
Beliau turut mencabar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin supaya tampil menjelaskan langkah terbaru Najib itu.
Ini kerana, katanya, Khairy merupakan antara pemimpin Umno yang dilihat menonjol menjelaskan tentang rasionalisasi subsidi sebagai alternatif terbaik menangani perbelanjaan defisit yang dialami kerajaan pusat sejak 11 tahun lalu.
Menurutnya, langkah Najib itu sebenarnya berbeza dengan langkah kerajaan Pulau Pinang dan Selangor memberi bonus kepada kakitangan kerajaan negeri masing-masing.
"Pulau Pinang dapat bagi bonus, Selangor dapat bagi bonus disebabkan pengurusan kerajaan yang baik serta perbelanjaan yang berjimat cermat.
"Tetapi, kerajaan federasi (pusat) sendiri pun dah mengaku defisit dengan rasuah dan pembaziran dalam perbelanjaan, dia kata subsidi tidak efisyen, tiba-tiba dia bagi pula," beliau menambah.
Dzulfikar Mashoor
harakahdaily
Rabu, 1 September 2010
PAS beri amaran pada Zainuddin Maidin
Parti Islam Se-Malaysia memandang serius fitnah yang dilemparkan oleh bekas Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Zainuddin Maidin yang mengatakan bahawa semasa Tragedi 13 Mei 1969 PAS minta Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ‘merampas’ harta-harta orang Cina, manakala ketika Konfrontasi Malaysia-Indonesia PAS menyebelahi Indonesia supaya ‘mengambil’ Malaysia.
Kenyataan yang dibuat dalam temuramah bertajuk "Zam Dedah Hasutan Jahat PAS" bersama umno-online itu adalah satu fitnah yang besar dan cuba memberikan gambaran buruk berkenaan PAS kepada orang-orang Cina dan rakyat keseluruhannya. Kenyataan beliau itu jelas sengaja dicipta bagi mencemarkan imej dan nama baik PAS sebagai sebuah parti yang mendokong kedaulatan negara dan perpaduan rakyat.
PAS yakin beliau dan Umno kini terdesak untuk memburukkan PAS dan sanggup mencipta fitnah di bulan Ramadhan ini bagi menarik sokongan bukan Melayu untuk kepentingan politik mereka.
Umno sudah sinonim dikaitkan dengan penciptaan kisah-kisah fitnah dan propaganda jahat demi survival politik mereka yang kini tertekan dengan penolakan bukan Melayu dinegara ini. Tuduhan bahawa PAS menyokong Indonesia semasa konfrontasi juga sengaja direka bagi menunjukan bahawa PAS ini tidak patriotik sedangkan begitu ramai tokoh-tokoh politik dalam PAS telah berjuang memartabatkan kedaulatan negara dan menjaga kepentingan rakyat.
PAS menuntut Zainuddin menarik balik fitnah yang diciptanya itu dan memohon maaf dalam masa 3 hari. Sekiranya beliau enggan menarik balik fitnah itu PAS akan mengarahkan semua organisasi PAS negeri dan dewan-dewan untuk membuat laporan Polis dan seterusnya akan mengemukakan saman kepada beliau.
Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Surah Hud ayat 15-16
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.
- Pemimpin Yang Menipu Rakyat
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).
Arkib Blog
-
▼
2010
(374)
-
▼
September
(17)
- Hinanya Utusan Malaysia! Cuba anda bandingkan
- Nizar: UMNO dicabar tukar jadi Pekembar
- Umno menentang Malayan Union memberi kerakyatan ke...
- Rosmah Pembazir Wang Rakyat !!
- Kenapapeningkan kepala pertahankan sekolah hamil,a...
- Zam celaru: Selamat tinggal Umno BN
- Ancaman terbaru buat pelayar siber !!!!!!
- Laporan Polis Ke Atas Akhbar KOSMO!
- Nurul Izzah:Mengapa saya ajak Perkasa berdebat?
- Pembunuhan Sosilawati ke-2 dahsyat selepas kes Alt...
- Hishamuddin Rais: Umno 'kecutkan' minda Melayu
- Musim kilat petir mengganas di Malaysia sekarang
- Akur bantahan, TV3 tarik balik iklan kontroversi
- Mansuh senarai hitam, bukan bayar ansuran
- SAMBUTAN KEMERDEKAAN: PERAK HAMBAR & LESU
- Apa rasional Najib tarik subsidi, beri bonus
- PAS beri amaran pada Zainuddin Maidin
-
▼
September
(17)
blogger sempoi
-
-
-
Awas! Gua Hira ada Penunggu yang lapar!!!4 tahun yang lalu
-
Kisah Rahmah : Nabi dan jenazah seorang Yahudi4 tahun yang lalu
-
Haram Hukumnya Wanita Mengikuti Senam Aerobic5 tahun yang lalu
-
Gelagat Pas Lebih Umno Daripada Umno5 tahun yang lalu
-
#YaAkhi,You Tell Me Now!!! Apa yang Ditolak??5 tahun yang lalu
-
DIET KENYANG AZUE - DAY 35 tahun yang lalu
-
MB ucap selamat berjaya kepada calon SPM6 tahun yang lalu
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN6 tahun yang lalu
-
-
Pembekal Bendera dan Barangan Kempen Pilihan Raya6 tahun yang lalu
-
Cara Bangun Untuk Bertahajjud.7 tahun yang lalu
-
-
Promo Indomaret8 tahun yang lalu
-
Pecah Berita Lagi!!!8 tahun yang lalu
-
Terima kasih rakyat Malaysia8 tahun yang lalu
-
Anak Nik Aziz Sertai Amanah8 tahun yang lalu
-
Ampun Tuanku !! Tolong Pecat Najib Dan Peguam Negara9 tahun yang lalu
-
-
RM2.6 billion untuk lawan DAP9 tahun yang lalu
-
Pic Viral Benzema in Arsenal FC9 tahun yang lalu
-
Zikir Munajat.avi9 tahun yang lalu
-
-
-
Politik samseng ganas makin berakar dalam PAS?9 tahun yang lalu
-
-
PRK Teluk Ensen ... undi BN tambah 0.35% je .. ce pikio10 tahun yang lalu
-
-
-
LEMBU Korban MENGAMUK Di IPOH, 9 Cedera11 tahun yang lalu
-
cartoon sex11 tahun yang lalu
-
Hakikat BN, PAS dan Syiah11 tahun yang lalu
-
PRU13: BAKAL MENJADI KENYATAAN!11 tahun yang lalu
-
Di Sekitar PIKOM PC Fair 2012 (III) @ KL Convention Centre12 tahun yang lalu
-
-
'Masuk PAS kerana prinsip, rezeki Allah tentukan'12 tahun yang lalu
-
gajah oh gajah12 tahun yang lalu
-
Tok Guru temu mata puak-puak demo di Shah Alam12 tahun yang lalu
-
Hujan Itu Rahmat13 tahun yang lalu
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-