Banjir : Biarkan MEDIA MEREKA dengan propaganda mereka..jadikan gambar2 ini sebagai menangkis segalanya
laporan banjir PKWR Alor Mengkudu
Di saat media-media pro APCO melemparkan pelbagai fitnah kononnya Kerajaan Negeri atau Pakatan Rakyat tidak pedulikan rakyat yang ditimpa bencana banjir, kami PKWR DUN Alor Mengkudu 'memekakkan telinga' terhadap segala tohmahan yang dilemparkan oleh golongan pondan politik yang hanya tahu menuding jari, berpeluk tubuh dan bercekak pinggang itu. Tidak sempat untuk melaporkan setiap aktiviti yang diatur sepanjang musim banjir ini, biarlah gambar-gambar berikut menceritakan seribu perkataan.
Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang membantu PKWR Alor Mengkudu menyalurkan bantuan mangsa banjir, antaranya para penderma, PAS dari negeri2 lain yang menghantar sukarelawan, Telekom, Yayasan Salam, Pasukan Perubatan Islam, Dewan Himpunan Penyokong PAS dll yang tidak sempat tersenarai di sini.sumber
2 ulasan:
Saya rasa x payahlah letak logo parti pada plastik beras tu,Dah macam terikut2 rentak umno je.
tapi banyak siar gambar individu ni apa kena? Tunjukkanlah keadaan mansa banjir. Bukan bergambar masa banjir. Tang ni yang mahfuz tegur tu, Sebok ambil gambar kenangan. Patut banyak siarkan gambar aktiviti bukan aksi lakunan.
Catat Ulasan