Selasa, 30 November 2010

Barcelona Membelasah Real Madrid pagi tadi....


Barcelona

5 - 0

Real Madrid


Jose Mourinho denied Real Madrid were humiliated after they suffered a crushing 5-0 defeat at the hands of rivals Barcelona on Monday night.
David Villa accepts the plaudits after his double
GettyImagesDavid Villa accepts the plaudits after his double
Goals from Xavi, Pedro, a double from David Villa and a last-gasp effort from Jeffren saw Barcelona secure a victory that sends them top of the Primera Liga and inflicted the worst defeat of Mourinho's career.
Real also saw Sergio Ramos dismissed late on at Camp Nou but although he admitted his team played poorly, Mourinho denied the result represented a full-scale embarrassment for his side.
"One team played very good, one team very bad," Mourinho said. "One deserved to win and deserved to lose. Humiliated? No. It's easy to deal with this loss, we just weren't good enough.
"We gifted them two goals that were almost ridiculous. I was watching the game. I tried to change things at the interval and we came out quite well, but then they scored again and there was nothing I could do - the game was lost.
"Last week we had a point more than Barcelona and today we have a point less. And as I have always said, Barca is the finished article while Madrid is still a long way off that."
Guardiola - who when asked if this result could result in Mourinho's departure, as an 8-0 win over Almeria saw Juanma Lillo lose his job, replied: "I don't think so" - said of the result: "'This match isn't representative of the difference between the two teams. They are a very good team, they came here unbeaten and as league leaders. Today all of our players played well and that was the difference.
"Now it's very easy to we are better than them, but only time will tell. In a few years time, we will see. They are on a spectacular level, but we were better today.
"In these two years we have been superior to Madrid - that's true. With time, we can enjoy these things more,'' he said. And we will enjoy this for a few days now as well."
Villa, who converted following two superb passes from Lionel Messi, said: "It's been a very important win. We looked for the victory and we got it. And the result and the manner in which we achieved it, you cannot ask for more.
"We are two points clear. We need to continue working hard. We are in November. Just as before the game nothing was lost, now neither have we won anything. We have an advantage but we need to continue working."
Real midfielder Xabi Alonso insisted that all is not yet lost in La Liga after Real suffered their first defeat of the season.
"We didn`t expect a game like this but there's a lot of the season left and this isn't over," Alonso told AS. "They have made things a lot easier for themselves by scoring the first so early and then getting the second quickly. It's been very difficult. We have to learn from the mistakes we've made."

Isnin, 29 November 2010

Ketuanan Islam : alternatif yang enggan difikirkan

1. Seusai Kongres PKR , kini UMNO dan BN seperti mendapat peluru tembaga untuk dibidik tepat ke jantung PKR khasnya dan Pakatan Rakyat amnya. Biadab , kurang ajar , khianat , pelacur politik dan 1001 kata - kata kesat dihamburkan ekoran kenyataan dari presiden PKR Datin Seri Wan Azizah binti Dato' Wan Ismail .

2. Saya tidak sempat menghadhiri Kongres PKR kerana menerima undangan saat akhir sedang saya telah mempunyai komitmen untuk menghadhiri Hari keluarga DPP Malaysia di Pulau Pangkor . Walau bagaimana pun saya mengikuti perkembangan dan berita mengenainya . Terlebih dahulu saya ucapkan syabas kepada PKR dan AMK yang telah selesai berkongres semoga PKR dan AMK semakin utuh dan mantap selepas ini mendepani cabaran dan halangan perjuangan yang sukar ini .

3. Tidak puas - puas UMNO dan BN membelasah PKR . Sebelum dan selepas kongres , ada sahaja peluru baru yang dilepaskan oleh pelbagai agensi mereka untuk membunuh PKR dan sekaligus dilihat sebagai percubaan untuk melemahkan Pakatan rakyat. Terkini isu Ketuanan Melayu menjadi turning point UMNO dan BN untuk memperbaharui serangan ke atas Pakatan Rakyat .

4. Wartawan pula bertalli arus menghubungi saya untuk mendapatkan pandangan mengenai kenyataan tersebut dan saya tegaskan atas 3 point penting :

A. ]  Sejak merdeka sehingga kini sudah lebih 50 tahun , Melayu belum menjadi tuan .

UMNO dan BN awal - awal lagi sebenarnya tidak layak pun hendak bercakap soal Ketuanan Melayu , apalagi bersilat untuk mempertahankannya . Keris panjang tidak bersarung milik UMNO selama ini tidak ubah seperti keris sisip di pinggang sang pengantin . Bukan sahaja tidak berfungsi malah sedikit pun tidak menambah keberanian sang pengantin selain hanya menurut sahaja apa yang disuruh . Disuruh bangun mereka bangun , disuruh duduk mereka duduk , disuruh senyum mereka senyum , disuruh suap mereka suap , disuruh makan mereka makan , disuruh basuh periuk belanga mereka basuh. Menurut saja apa yang disuruh walau keris tersisip dipinggang , bersampin dan bertanjak .

Sepanjang tempoh 50 tahun lebih inilah , menyaksikan melayu hilang maruah , hilang jati diri , hilang tanah , hilang kuasa , hilang upaya ekonomi dan hilang kehebatan . Malah fenomena ini diakui sendiri oleh pemimpin UMNO dan BN apabila sehari dua ini mereka selalu bertanya kemanakah hilangnya kuasa politik orang melayu ? . Walaupun soalan itu seperti mahu menyalahkan Pakatan Rakyat tetapi rakyat umumnya mengetahui bahawa Pakatan Rakyat belum sepenggal mengurus pemerintahan beberapa buah negeri yang dimandatkan oleh rakyat , sementara Kerajaan Persekutuan masih berada di bawah pemerintahan UMNO dan BN malah berkuasa penuh sejak lebih 50 tahun yang lalu . Pertanyaan itu seperti UMNO meludah ke langit dan akhirnya menimpa muka sendiri .

B. ] Tidak salah perjuangkan bangsa dan pertahankannya sebagaimana yang telah termaktub di dalam perlembagaan .

Melalui perlembagaan Malaysia yang sedia ada telah dimaktubkan hak keistemewaan orang melayu . Saya tidak prejudis mengenainya bahkan mempertahankan hak bangsa dan berbangga dengan bangsa kita melayu juga adalah adalah suatu yang tidak bertentangan dengan Islam . Sebagaimana nabi saw sendiri berbangga sebagai bangsa Arab Quraisy .Terutama majoriti penduduk negara ini ialah melayu dan mereka pula rata - ratanya masih perlu pembelaan kerana taraf hidup yang rendah angkara amalan kronisme dan dasar ekonomi yang korup oleh kerajaan UMNO dan BN sejak 53 tahun yang lalu .

[ Lantaran selama  ini hanya segelintir melayu yang kaya raya dan harta negara berlegar dari kalangan pembesar dan kroni mereka. ]

Memperjuang dan mempertahankan hak bangsa yang saya maksudkan tidaklah menjadikan bangsa kita tuan dan bangsa lain pula hamba .Pertahankan hak bangsa kita malah berbangga menjadi bangsa melayu adalah suatu yang positif dan wajar namun jangan sekali - kali kita menzalimi bangsa lain serta tidak berlaku adil terhadap bangsa lain sekalipun berbeda agama justeru inilah yang dilarang.

C. ] Saya mencadangkan Ketuanan Islam menggantikan Ketuanan Melayu tajaan UMNO dan BN .

Justeru Islam adalah agama Allah tuhan yang mencipta manusia dan seluruh alam ini.  Allah swt , tuhan yang namanya mahu digunakan oleh seluruh agama samawi dalam negara kita . Islam pula bukan hak orang melayu sahaja , bahkan bangsa India dan China jauh lebih awal menerima Islam . Islam adalah agama yang adil untuk semua .

Islam dirujuk kepada kitab suci al Quranul Karim yang rata - rata pemimpin Pakatan Rakyat termasuk non muslim mula memetiknya untuk berhujjah justeru ia satu pengiktirafan kepada kebenaran yang dibawa oleh Islam . Islam adalah satu agama yang lengkap merangkumi semua persoalan hidup termasuk perkara yang melibatkan hubungan sesama manusia seperti ekonomi , sosial , politik dan undang - undang , juga hubungan manusia dengan tuhan  seperti ibadah .

5. Negara dan dunia serta seluruh isinya memerlukan Islam . Saya menegaskan demikian bukan bermakna Islam memaksa manusia menganutnya . Menerima bukan semestinya menganut Islam . Ahli zimmah [ non muslim yang tidak menentang Islam ] boleh menerima sistem dan dasar kepimpinan serta pemerintahan Islam sementara mereka kekal dengan agama dan kepercayaan mereka. Seperti kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menjadikan Khlaifah Umar bin Abdul Aziz sebagai idola dan contoh kepimpinannya , maka perlu difahami bahawa Khalifah umar bin Abdul Aziz menjadi hebat kerana Islam yang diyakininya. sumber

Jumaat, 26 November 2010

TPM! JANGAN INGAT ORANG MUDA BOLEH DICUCUK HIDUNG...


KUALA LUMPUR, 26 Nov: PAS mengingatkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa belia Malaysia bukan kayu yang tidak bernyawa, kerana mereka hidup di zaman langit terbuka dan maklumat di hujung jari.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, belia tahu menilai yang mana intan dan kaca.

“Generasi ini tidak senang melihat kepincangan yang berlaku di dalam negara kita.

“Mereka tidak akan biarkan setengah abad kedua diperintah oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab kepada negara dan generasi masa depan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas seruan Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri di Seminar Pemimpin Muda Malaysia di Parlimen semalam supaya generasi muda tidak terpedaya dengan kumpulan yang mempunyai kepentingan tersendiri yang membawa ideologi dan perjuangan yang indah bunyinya.

Menurutnya, seruan Muhyiddin itu sebagai satu kenyataan yang tersilap sasaran.

“Mungkin beliau membayangkan sedang berucap dengan perwakilan Umno yang terdiri daripada saluran satu yang hanya menelan maklumat melalui media lapuk Umno sahaja,” ujarnya.

Beliau menambah, sebagai generasi yang kritis dan mempunyai idealisme perjuangan yang tersendiri amat tidak sesuai untuk menyokong Umno BN di negara ini.

Katanya, mereka sudah boleh melihat contoh hidup yang telah dipamerkan oleh pimpinan negeri Pakatan Rakyat yang jauh lebih baik dari segi ketrampilan, ketelusan dan ketertiban ketika melaksanakan mandat rakyat di negara ini.

“Macam mana Tan Sri Muhyiddin hendak menyeru supaya belia ini bersama dengan Umno BN, sedangkan mereka mengalami keperitan hidup lantaran sikap gelojoh dan boros pemimpin umno sehinggga memberi kesan kepada mereka untuk membina kualiti hidup yang lebih baik,” katanya lagi.

Jumaat, 19 November 2010

Bid'ah dalam perkahwinan orang melayu

PAS Adalah Pemangkin Politik Malaysia Kini


"Hakikatnya PAS terpaksa berdepan dengan UMNO dalam arena politik di Malaysia. Parti sekular-kebangsaan yang menolak Islam sebagai asas perjuangan ini disaluti dengan pelbagai noda dan dosa yang tidak lagi mampu dibersihkan.

Hal ini berlaku kerana mereka sendiri yang mengakuinya, pembuktian yang tidak boleh disanggah, dan tindak-tanduk pemimpinnya yang tidak cerdik.

UMNO sudah hilang kualiti, kredibiliti, dan integriti di mata rakyat. Merekalah pengkhianat Melayu. Tanah orang Melayu di Pulau Pinang berpindah milik kerana UMNO tidak amanah. Tanah Simpanan Melayu semakin mengecil kerana UMNO merompaknya atas nama pembangunan. Majoriti Melayu dimiskinkan oleh UMNO hanya sanya kerana mahu menjadikan golongan itu sebagai mangsa gula-gula politik. Majoriti pemimpin UMNO dan kroni mereka dikayakan melalui rasuah, penyelewengan, dan salah guna kuasa.

Maka wang rakyat menjadi harta mak bapak UMNO. Pembangunan melalui projek mega dijaja ke sana ke mari sebagai usaha melahirkan negara berpendapatan tinggi. Lantaran itu, kepedulian terhadap rakyat berpendapatan rendah disirnakan. Melatalah Melayu di luar bandar dan pedalaman. Yang dikatakan "bantuan" untuk mereka tidak lebih daripada serdak atau sisa makanan yang dibahagi-bahagikan setiap kali ada pilihan raya.

Melayu di luar bandar dan pedalaman mesti diajar supaya menyedari bahawa mereka selama ini didodoikan dengan hidangan berkala. Bukan itu yang mereka perlukan. Mereka perlukan jaminan masa depan yang mampu menjulang martabat melalui pembahagian kekayaan negara. Melayu berhak hidup bahagia di bumi Malaysia.

Melayu merempat dibumi sendiri kerana UMNO pengkhianat, perasuah, perampas, dan penyeleweng. Oleh sebab itu, mereka hilang kelayakan untuk disokong. PAS wajib menanam kebencian Melayu kepada UMNO atas sebab-sebab yang dnyatakan itu jika betul-betul mahu menjadi teras politik di bumi Malaysia.

Selasa, 16 November 2010

Media massa malaysia begitu jelik !!!

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (N UJ) katanya akan berjumpa dengan MB Kedah Azizan Razak untuk mendapat penjelasan berhubungan larangan kerajaan Kedah kepada beberapa media massa dariapa membuat liputan sidang DUN Kedah dua hari lepas. Larangan itu kerana media massa berkenaan dianggap biadap dan tidak bertanggungjawab dalam laporan mereka.

Tujuan NUJ itu ialah untuk mendapat penjelasan lanjut. Apa yang dilakukan NUJ itu baik untuk mendapat gambaran sebenarnya apa yang berlaku. Kalau dilihat dari sudut media arus persana yang dipamerkan kesalahan ialah Azizan Razak semata-mata.

Ramai yang tidak tahu hujung pengkal kenapa Azizan menjadi perungus dengan media massa terutamanya arus perdana yang menyeleweng fakta mengenai bantuan bajir. Sebagai MB tentulah Azizan marah dan 'murih' kerana memberi laporan yang tidak bertanggungjawab dan beretika.

Dan adalah haknya juga kalau beliau mengarahkan supaya pintu pagar bangunan SUK Kedah atau pintu Dewan Undangan Negeri dari dicerobohi oleh penyangat berlesen itu. Siapa yang tidak marah kalau orang memfitnah dan memburukkan kita tanpa fakta. Bukan bermakna wartawan yang memiliki pas media atau pas dari syarikat dimana mereka bekerja boleh melaporkan mengikut kehendak tuan mereka. Mereka perlu berpegang kepada prinsip kebebasan dan kebenaran dalam penyiaran.

Hendaknya NUJ bukan saja berjumpa dengan Azizan Razak untuk mendapat penjelasan dan menyiasat siapa yang salah. Tetapi NUJ juga harus berjumpa dengan pihak media yang dikatakan menyeleweng fakta dan menimbulkan kemarahan Azizan Razak. Misalnya cara RTM menonjolkan sikap peringus Azizan dengan mengulangi kata-kata Azizah tidak profesional, kejam dan tidak adil.

Kenapa ia dipusing berulang kali? Apa yang hendak ditonjolkan? Apakah wartawan RTM yang diherdik ataupun dikesali itu tidak bersalah? Apakah wartawan berkenaan sama suci dengan Zaid Ibrahim?

Saya percaya NUJ akan bersikap adil dan tidak akan memihak. NUJ diharap memperkatakan kebenaran dan tidak akan cuba menjadi alat ataupun perkakas kepada mana-mana pihak. Antara lain tujuan penubuhan dan peranan NUJ ialah untuk memastikan wartawan beretika sepanjang masa di samping membela nasib wartawan yang tertindas.

Nampaknya sikap melampau wartawan yang menjadi hamba kepada pihak tertentu makin berleluasa dan bermahaja lela. Ia bukan saja berlaku dari kalangan wartawan akhbar yang dikenal pasti menjadi lidah rasmi Umno tetapi agensi berita nasional yang selama ini diperakui akan nilai berita dan laporannya juga mula menunjukkan sikap mabuk.

Tenguk apa yang dilaporkan mengenai Husam Musa semalam, kononnya Exco Kelantan berkenaan membuat kenyataan Pas membuka pintu kepada Zaid Ibrahim. Sebaik melihat tajuk berita itu saya sudah merasakan ia ganjil dan pelik. Saya tidak fikir Husam secepat itu membuat panggilan dan seruan 'haji' kepada Zaid sebelum Zaid masih lagi mengenakan ikhram atau mamasang niat.

Ternyata hari ini Husam menafikan laporan agensi berkenaan. Kata Husam laporan itu hanya rekaan semata-mata dan bukan lahir dari lidahnya. Husam kesal dan marah dengan laporan itu. Beliau meminta agensi itu membuat pembetulan. Kalau agensi itu enggan membuat penjelasan Husam perlu bertindak termasuk menyaman agensi berkenaan.

Laporan sebegitu sengaja untuk merosakkan imej Husam. Pada tilikan saya ada niat untuk memburukkan Husam dan sekaligus memecah belahkan perpaduan dalam Pas.

Apa yang berlaku itu tentulah sungguh dikesalkan kerana ia berlaku atau dilakukan oleh sebuah egensi nasional. Kalau agensi nasional juga sanggup membuat berita dari laptop berskrin syaitan apalah dengan akhbar atau media yang jelas menjadi lidah parti.

Celakaan saya ini bukan saja kepada media arus persana yang menjadi lidah kepada Umno. Tetapi media lain yang bebas dan pro pembangkang juga harus berhati-hati. Anda kena jaga etika dan prinsip kebebasan berakhbar. Apa yang penting ialah melaporkan atas kebenaran dan natijah kebaikan bukan memecah belahkan.

Saya bimbang kalau media massa tidak menjadi etika masing-masing menyebabkan media massa di negara ini tidak akan dipercayai lagi. Rakyat akan menerima akhbar atau media massa tidak lebih daripada bacaan untuk menghambat bosan saja tetapi bukan untuk mengambil apa-apa iktibar atas peranan itu kerana mereka diragui.



sumber

Kelebihan Zulhijjah

BULAN Zulhijjah, khususnya 10 hari awalnya, adalah peluang kedua selepas Ramadan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredaan serta keampunan Allah SWT selain daripada pahala amalan.
Rasulullah SAW menyebut: “Sebaik-baik hari di dunia adalah 10 hari itu.” (Riwayat al-Bazzar: Albani) 
Ini juga dinyatakan dalam firman Allah SWT bahawasanya: “Demi Fajar dan hari-hari yang 10.” (Al-Fajr, 1)

Majoriti ulama menyatakan 10 hari itu merujuk kepada hari pertama hingga 10 Zulhijjah dan bukan 10 terakhir Ramadan. (Zad Al- Ma’ad, Ibn Qayyim)


Ia juga disebut oleh baginda Rasulullah SAW bahawasanya: “Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan daripada 10 hari ini.” (Riwayat Al-Bukhari)

Sebagaimana kita sedia maklum, beberapa amalan digalakkan untuk sepanjang 10 hari terawal Zulhijjah yang diketahui sangat besar pahalanya, seperti:

1. Berzikir. 

Iaitu dengan memperbanyakkan zikir seperti ‘Subhanallah’, ‘Alhamdulillah’, ‘La ilaha Illa Allah’ dan ‘Allahu Akbar’. Ia bersumber daripada hadis riwayat At-Tabrani yang diakui sahih oleh Imam Al-Munziri di mana Allah SWT menyebut ertinya: “Supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.” (Al-Hajj, 28)

Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu’ adalah 10 hari Zulhijjah ini dan ini juga adalah pendapat majoriti ulama.

2. Berpuasa. 

Sangat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah) pula hari terbaik untuk berpuasa.

Rasulullah SAW bersabda mengenai kelebihan Hari Arafah, bahawasanya: “Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih daripada Hari Arafah.” (Riwayat Muslim)

Baginda juga menyatakan puasa itu menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

3. Melakukan amalan bersedekah, membaca al-Quran, solat sunat dan lain-lain. 

Ia semuanya termasuk di dalam umum hadis yang menunjukkan ia sangat disukai oleh Allah SWT.

4. Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan taubat bagi sesiapa yang masih teragak-agak dan menangguhnya.

Sungguh biadap jika umat Islam bersuka ria dengan melampaui batas haram pada hari yang sangat agung di sisi Allah SWT ini.

Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

5. Bertakbir.

Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa Saidina Ali menyatakan, permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu Asar hari ketiga tasyrik.

6. Melakukan sembelihan korban.

Allah SWT berfirman: “dan berdoalah dan berkorban,” dan “Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) maka ia adalah daripada tanda ketakwaan hati.” (Al-Hajj, 32)

Hadis Riwayat At-Tarmidzi, Abu Daud, Gharib menyebut: “Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai Allah SWT pada hari korban kecuali berkorban (dengan menyembelih binatang).”

Hukum berkorban adalah sunat muakkad (yang dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta. Demikian pendapat majoriti ulama, termasuk sahabat besar seperti Abu Bakar As-Siddiq RA, Umar Al-Khattab RA dan Ibn Mas’ud RA berpendapat ia WAJIB bagi mereka yang berkemampuan.

Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang berniat awal untuk melakukannya digalakkan menahan diri daripada memotong rambut dan kuku. Ia berdasarkan hadis sahih riwayat Muslim bahawasanya: “Barang siapa yang ingin menyembelih (berkorban), dan sudah masuk 10 awal Zulhijjah, maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya sehinggalah sampai korban dilaksanakan.” (Muslim, 3/39)

Justeru, majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.

Bagaimanapun, ia tidak termasuk dalam kategori haram kerana Aisyah RA pernah meriwayatkan beliau pernah menempah (menandakan dan membeli binatang) dan diniatkan untuk dilakukan korban.

Aisyah RA menyebut bahawa tiadalah Rasulullah SAW mengharamkan apa- apa (ketika menunggu masa untuk menyembelih) hinggalah sampai waktu sembelihan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, dibenarkan memotong kuku jika ia boleh mengganggu kesempurnaan wuduk dan kewajipan lain.

Tidak dibenarkan berkorban hanya dengan membayar harganya atau membeli daging lembu yang disembelih dari pasar, lalu disedekahkan atas niat korban.

Tatkala itu, ia dianggap sedekah biasa saja dan bukan korban yang disyariatkan pada hari raya Aidiladha.

Pahala korban jauh lebih hebat daripada bersedekah harganya saja. Ia adalah fatwa oleh majoriti ahli ilmu seperti Imam Abu Hanifah, Malik, Syafie, Ahmad dan lain-lain.

Firman Allah SWT: “Daging unta dan darahnya sekali-kali tidak dapat mencapai (keredaan) Allah tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Hajj, 37)

Untuk melakukan korban, binatang yang sebaik-baiknya ialah unta, diikuti oleh lembu, kerbau, kemudian biri-biri dan kambing.

Dalam menentukan pembahagian daging ini, daging korban yang dilapah perlu dibahagikan satu pertiga kepada individu yang berkorban, satu pertiga kepada fakir miskin, jiran serta saudara mara dan selebihnya satu pertiga kepada sesiapa yang memintanya.

Ini berdasarkan firman Allah SWT bahawasanya: “Dan makanlah ia, dan berikanlah ia kepada orang yang susah dan fakir,” (Al-Haj, 28) dan ayat ke-36 surah Al-Haj: “Dan makanlah ia, dan berikanlah kepada orang yang memintanya dan yang tidak memintanya.”

Bagaimanapun, dilarang memberi upah kepada tukang lapah dan penyembelih atas usahanya (iaitu dengan ditetapkan dari awal).

Namun, ia ‘harus’ jika termasuk daripada kalangan fakir miskin atau diberi secara sukarela orang ramai sebagai hadiah.

Malah, daging korban juga tidak dibenarkan dijual sebagaimana dipersetujui majoriti ulama.

Selain daripada itu, dalam menentukan syarat sah korban, sesebuah organisasi atau syarikat tidak boleh mengeluarkan perbelanjaan dan menyembelih korban atas nama syarikat.

Ini adalah kerana korban mesti dilakukan oleh individu tertentu atau untuk individu tertentu, dan semestinya bukan untuk organisasi yang bukan manusia.

Dalam melaksanakan korban ini, Rasulullah SAW menamakan hari sembelihan, iaitu 10 Zulhijjah sebagai Haji Akbar. (Riwayat Abu Daud dengan sanad sohih: Ibn Qayyim dan Albani). Sayyidina Ali Abi Talib juga pernah ditanya apa itu Haji Akbar, beliau menjawab: “Ia adalah hari sembelihan (iaitu haji raya pertama).” (Riwayat At-Tirmidzi)

Menurut Ulama, itulah yang dimaksudkan dalam ayat surat At-Taubah tetapi sesetengah ulama lain membawakan hujah mereka mengatakan Haji Akbar itu adalah Hari Arafah.

Sesetengah ulama pula bersama sahabat seperti Ibn Abbas RA dan Ibn Umar RA yang menyatakan Haji Akbar adalah hari Arafah yang jatuhnya pada hari Jumaat dan pahalanya disebut sehebat 70 kali pahala Haji biasa.

Ia juga disebut oleh Imam Al-Ghazzali, ini bermakna pada Haji Akbar, semua orang yang berada di Arafah akan diampunkan.

Namun, ada sahabat mengatakan Haji Akbar adalah hari Arafah yang jatuh pada hari Jumaat, manakala Saidina Ali pula mengatakan ia hari korban pada 10 Zulhijjah dan setengah yang lain pula menyebut ia adalah semua hari-hari wukuf di Mina (hari Tasyrik).

Akhirnya, perlu dipastikan bahawa tarikh hari raya Aidiladha menurut ijtihad pemerintah kerajaan Saudi bagi menyatukan umat Isl

Oleh Zaharuddin Abd Rahman

Isnin, 15 November 2010

EDISI SEMASA :Poster lelaki wali perempuan

BUKTI...lukisan dalam bentuk poster yang digunakan lelaki terbabit.
BUKTI...lukisan dalam bentuk poster yang digunakan lelaki terbabit.
TAHAN...pengantin perempuan yang ditahan.
TAHAN...pengantin perempuan yang ditahan.
KUALA LUMPUR: Satu lukisan wajah seorang lelaki yang didakwa seorang daripada Wali Songo digunakan seorang jurunikah haram sebagai pengganti kepada wali pengantin perempuan yang dinikahkannya.
Dikenali sebagai Ustaz Hashim, lelaki warga Indonesia terbabit mendakwa lukisan berkenaan simbolik kehadiran ulama Islam terkenal di Pulau Jawa pada kurun ke-17 itu yang kononnya sentiasa berdampingan dengannya secara ghaib.
Setakat ini, ustaz temberang itu dipercayai sudah melakukan banyak upacara akad nikah termasuk lelaki yang ingin berpoligami dan dia akan membawa lukisan dalam bentuk poster itu ke rumah setiap pengantin yang akan dinikahkannya.

Bagaimanapun, kegiatannya terbongkar apabila sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyerbu sebuah rumah setinggan di Jalan Kubur, Pantai Dalam, di sini, ketika lelaki itu hendak menikahkan satu pasangan, malam kelmarin.

Ketika serbuan pada kira-kira jam 8 malam, sepasang bakal mempelai yang lengkap berpakaian pengantin dicekup bersama dua wanita dan 21 lagi lelaki dipercayai rakan dan saudara pasangan berkenaan.

Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali, berkata ketika serbuan semua yang ditahan berada di dalam rumah berkenaan dan menyaksikan upacara pernikahan yang dilakukan jurunikah haram itu.

“Bagaimanapun, jurunikah yang dikenali dengan panggilan Ustaz Hashim itu melarikan diri dengan memanjat siling rumah. Pemeriksaan sekitar kawasan rumah gagal menemui jurunikah itu.

“Sehubungan itu, kami memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ustaz terbabit menghubungi Jawi,” katanya.

Che Mat berkata, ketika disoal siasat 25 orang di dalam rumah berkenaan termasuk bakal pengantin pada mulanya memberi alasan mengadakan kenduri doa selamat.

Bagaimanapun, pasangan bakal mempelai itu tidak mampu berdalih apabila ditanya mengapa mereka lengkap berpakaian pengantin, lantas mengaku mereka mengadakan majlis pernikahan.

Menurutnya, bayaran yang dikenakan Ustaz Hashim kepada mereka yang menggunakan khidmatnya adalah antara RM5,000 hingga RM 6,000.

“Siasatan awal juga mendapati kebanyakan pasangan yang menggunakan khidmat ustaz palsu itu adalah mereka yang ingin berpoligami kerana tidak perlu mendapatkan kebenaran isteri pertama.

“Selain itu, sijil nikah yang diberikan sekadar menggunakan kertas biasa yang ditulis tangan dan ditandatangani lelaki digelar Ustaz Hashim itu,” katanya.

Che Mat berkata, pasangan bakal pengantin itu akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini manakala 23 yang lain dibebaskan selepas diambil keterangan.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Sabtu, 13 November 2010

edisi kejelikan media :Kene ajar sikit media talibarut umno nie!!



Ramai wartawan yang hadir ke sidang media Menteri Besar Kedah selepas mesyuarat mingguan Exco terpinga-pinga apabila, Dato’ Seri Azizan Razak menunjukkan keberangannya kepada RTM dan TV3.

Beliau betul-betul marahkan RTM dan TV3 yang telah menyiarkan laporan bohong kononnya kerajaan negeri ‘lembab dan berlepas tangan’ dalam menangani isu banjir besar yang melanda Kedah.


Bermula dari Menteri Besar, pegawai-pegawai dan seluruh kakitangan kerajaan negeri semuanya geram dengan laporan jahat oleh kedua-dua media talibarut BN yang membuat tohmahan tidak berasas bahawa mereka hanya ‘berpeluk tubuh’ dalam menanganai isu banjir, walhal semua agensi kerajaan bertungkus lumus siang dan malam membantu mangsa banjir.

Sewaktu menanti keberangkatan tiba Tuanku Sultan Kedah ke pusat penempatan mangsa banjir Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti baru-baru ini, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Syed Unan Masri telah mengherdik para pemimpin BN negeri yang mengeluarkan tohmahan tidak berasas tersebut.
Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung dan ADUN Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah adalah antara yang tersipu-sipu terkena ‘semburan’ bekas orang penting pentadbiran negeri itu.
RTM dan TV3 sangat melampau dalam laporan isu banjir. Laporan banjir mereka penuh dengan propaganda untuk memburukkan kerajaan negeri. Orang ramai yang ditemuramah semuanya adalah orang Umno dan setiap percakapan mereka telah telah diprogramkan terlebih dahulu.

Seorang mangsa yang ditemubual media talibarut BN itu memberitahu bahawa tiada langsung bantuan dari pihak Negeri atau PAS, walhal di sebalik tabir wakil rakyat PAS menghulurkan hamper hingga ke pintu rumahnya. Mungkin dia tidak kenal wakil rakyat, tapi mustahil dia tak kenal simbol bulan yang terpampang dibungkusan barang yang diterimanya. 

Seorang makcik yang ditemuramah memberitahu kononnya kerajaan negeri hanya memberi bantuan kepada penyokong ‘mereka’. Maksudnyanya tentulah penyokong PAS atau Pakatan Rakyat. Walhal, kakitangan kerajaan negeri tidak kenal pun mangsa itu Umno atau PAS sewaktu menjalankan tugas. Semuanya diberi sama rata.

Seorang Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) sekitar kampung Pulau Timbul, Jitra melahirkan kekesalan media talibarut BN yang melaporkan kononnya pihak kerajaan negeri dan PAS tidak nampak batang hidung di musim banjir.

“Kami (MKK PAS) yang membuka pos memasak makanan setiap hari dari hari awal banjir melanda. Datuk Johari Baharum (Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani) dan Datuk Zaini Jakpar (ADUN Bukit Kayu Hitam) antara yang mai makan di tempat kami dan dia pun tahu kami orang PAS, tiba-tiba media laporkan PAS tak pedulikan mangsa banjir…” keluh Pengerusi MKK tersebut kecewa.

Chor Chee Heung menuduh Menteri Besar mula menangani banjir di hari kelima, padahal tindakan membantu mangsa banjir bermula pada 1 November, hari pertama banjir mula melanda Daerah Padang Terap.
Sewaktu banjir berada di kemuncak Ustaz Azizan langsung tidak pulang ke rumah, bergerak awal pagi menangani banjir dan pulang lewat malam selepas melawat ke pusat-pusat penempatan banjir.
Macam mana beliau hendak pulang ke rumah kerana rumahnya di Jalan Sultanah turut dinaiki air ke paras lutut di dalam rumah. Lebih 20 tempat mangsa banjir dilawatinya. Datuk Seri Mahdzir Khalid yang lebih muda darinya sewaktu jadi Menteri Besar dulupun tidak mampu berbuat demikian. 

Lima Exco kerajaan negeri di mana kawasan DUN mereka terbabit dengan banjir. Mereka dan ADUN Pakatan yang lain bekerja sepenuh masa menangani masalah rakyat ketika banjir.
Hampir semua program dan mesyuarat dibatalkan untuk memberi tumpuan kepada banjir. Ada wakil rakyat PAS yang tidur di pusat penempatan. Jentera kerajaan negeri pun begitu. Semua jenteranya digerakkan hingga ke tahap maksimum. Pejabat Daerah, Majlis Bandaraya Alor Setar, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, SADA, semua agensi kerajaan negeri dan sebahagian GLC bekerja 24 jam.
Rakyat yang tidak buta mata dan hati nampak dengan jelas peranan kerajaan negeri.

Apabila tiba-tiba media talibarut BN menuduh wakil rakyat PAS dan kerajaan negeri hanya berpeluk tubuh maka ia adalah tuduhan yang sangat jahat. Hamburan kata-kata kasar dari seorang Menteri Besar masih dikira lunak berbanding kerja terkutuk yang RTM dan TV3 lakukan.
Melalui kerja berbohong dan memfitnah itulah, wang gaji diperolehi diguna untuk menyuap makanan ke mulut anak isteri. Alangkah hina. Mereka Perbuatan mereka, macam pelacur yang menjual maruah untuk menyara kehidupan. 

Sesekali mungkin kita hairan apakah golongan seperti itu tidak kenal atau tidak takut akan dosa pahala. Pembohongan yang dibuat sampai ke seluruh pelosok dunia. Selagi ada orang yang mempercayai, semakin besarlah dividen yang diperolehi dari saham yang dilaburkan.

Soalan kedua, jika mereka tidak pedulikan pun soal halal haram sekalipun, apakah media-media talibarut BN ini tiada rasa simpati langsung terhadap pihak yang dibuli mereka siang malam. Tidak henti-henti memfitnah PAS, kerajaan dokongannya serta Pakatan Rakyat.

Sudah acapkali saya menulis, orang bertanya soalan ini samalah dengan pihak yang bertanya rejim Zionis, apakah tiada langsung rasa simpati mereka terhadap umat Palestin yang dizalimi tanpa henti.
Kesimpulannya, kalau mahu menyuruh media-media talibarut BN seperti RTM dan TV3 ini berhenti dari membuli pihak Pakatan Rakyat menggunakan kuasa media maka samalah macam menyuruh Israel berhenti membuli Israel dengan kuasa senjatanya.
Hati mereka seolah-olah tertutup untuk bersimpati terhadap pihak yang mereka fitnah saban hari.

Soalnya, apa pilihan yang ada pada Pakatan Rakyat? Memaki hamun hanya memberi kepuasan sementara, tetapi tetap terus juga memfitnah atau melakukan propaganda.
Tindakan yang wajar ialah saman. Bekas Presiden PAS, Almarhum Dato’ Fadzil Noor, Presiden kini Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan Naib Presiden Dato’ Mahfuz Omar adalah antara pemimpin PAS yang pernah menang saman terhadap media-media pemfitnah ini.
Media talibarut BN ini sangat melampau dan mesti diajar secukupnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

http://bongsuwhitepolkadot.blogspot.com/2012/05/nota-kemahiran-hidup-tingkatan-2.html