BN juga nampaknya amat memanfaatkan kelebihan mereka sebagai kerajaan yang tentunya menguasai jentera-jentera kerajaan yang sepatutnya bebas dari kepentingan kepartian, di mana jentera-jentera ini turut diperkudakan sebagai media propaganda mereka. Pendekatan propaganda yang lebih berbentuk mendekati dan memikat hati dan jiwa pengundi melalui agenda bantuan materi dipergunakan sepenuhnya oleh BN, bukan sahaja melalui jentera-jentera ini malah melalui institusi-institusi kemasyarakatan seperti masjid, badan-badan kebajikan, pertubuhan belia dan sebagainya.
Pakej yang digunakan BN untuk menguasai minda dan jiwa pengundi melalui penguasaan saluran informasi atau maklumat dan pendekatan menabur bantuan materi, sebenarnya telah banyak mendatangkan keuntungan kepada mereka. Pakej ini nampaknya berkesan di sepanjang masa dan keadaan. PR (Pakatan Rakyat) kelihatan belum mampu menandingi BN dalam menguasai mekanisma menarik sokongan pengundi seperti itu.
Banyak isu, samada di peringkat nasional atau tempatan yang secara jelas memihak kepada PR dan dilihat mampu digunakan untuk menarik sokongan pengundi. Contohnya isu-isu Felda yang dibangkitkan oleh ANAK di kalangan para penoroka sendiri. Tetapi realitinya isu tersebut masih gagal menarik sokongan padu para peneroka kepada PR. Yang nyata bukan soal isu itu tidak menarik atau tidak berimpak tinggi, tetapi ianya lebih kepada keberkesanan media propaganda BN kelihatannya telah mampu menangani isu itu dan sekaligus mengagalkan agenda PR.
PR masih gagal memperkukuh dan mengefektifkan media propaganda mereka untuk menguasai bukan hanya minda pengundi malah turut menguasai jiwa dan emosi mereka. Penulis merasakan bahawa PR wajar meningkatkan lagi usaha dan mengkaji secara tuntas berkaitan dengan mekanisma atau media-media yang mereka perlu garap dan terokai untuk berdepan dengan strategi propaganda BN yang semakin mengancam itu. Pendekatan dan strategi yang berkesan perlu dikenalpasti dan diperkukuhkan. Samada ianya pendekatan atau strategi baru atau yang lama diberi nilai baru, perlulah diberi perhatian, pemantauan dan penilaiaan keberkesanan yang rapi. Pendekatan yang telah lasak dan kelihatan berkesan yang digunapakai hari ini, seperti pendekatan ceramah, blogging, sebaran risalah, program kebajikan, ziarah, dialog, rekreasi dan sebagainya rasanya amat perlu dibedahsiasat secara rapi untuk diberi nafas baru atau ditambah nilai agar ianya dapat mendatangkan impak yang lebih besar kepada sasaran. Perhatian juga perlu diberi kepada pendekatan menguasai jiwa dan emosi pengundi, bukan semata-mata menguasai minda dengan asakan-asakan isu yang kadang-kadang tidak langsung mempedulikan sensitiviti jiwa atau emosi sasaran. Dalam usaha untuk menguasai minda dan jiwa sasaran atau pengundi, pendekatan yang lebih menyeluruh, yang meliputi propaganda intelek dan sentuhan ruhani dan jiwa amat perlu diberi penekanan.
Pada PRU ke 10 yang lalu, PAS khususnya, telah meraih undi Melayu yang amat memberangsangkan. Bagaimana ini berlaku ? Apakah faktor-faktor yang membawa kepada perubahan itu ? Perbahasan berkaitan dengan faktor-faktor yang mendatangkan impak kepada pola undi PRU10 itu telah banyak diketengahkan oleh pelbagai pihak. Namun sewajarnya kita turut menkaji dan meneliti apakah bentuk mekanisma pada masa itu, samada dirancang atau tidak terancang, yang membolehkan maklumat sampai kepada pengundi secara berkesan, dan apakah pendekatan yang dilakukan pada masa itu, sehingga kita dapat kuasai jiwa dan emosi pengundi untuk memberi undi kepada kita? Dan yang paling mustahak, apakah penambahbaikan berterusan yang perlu kita usahakan agar mekanisma atau pendekatan itu tetap releven dan berkesan? sumber
"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan