Selasa, 22 Februari 2011

Mengempur Propaganda BN APCO

Kelebihan BN ialah mereka mampu menguasai mekanisma penyebaran propaganda dengan baik dan berkesan. BN menguasai media perdana, samada dalam bentuk bercetak, elektronik, mahupun secara maya, yang mana semua mekanisma ini dimanfaat sepenuhnya oleh mereka untuk menyebarkan propaganda gabungan parti nasionalis sekular ini. Media propaganda yang mereka kuasai ini dilihat dapat dipergunakan oleh BN secara berkesan untuk menarik sokongan masyarakat, khususnya para pengundi kepada mereka.

BN juga nampaknya amat memanfaatkan kelebihan mereka sebagai kerajaan yang tentunya menguasai jentera-jentera kerajaan yang sepatutnya bebas dari kepentingan kepartian, di mana jentera-jentera ini turut diperkudakan sebagai media propaganda mereka. Pendekatan propaganda yang lebih berbentuk mendekati dan memikat hati dan jiwa pengundi melalui agenda bantuan materi dipergunakan sepenuhnya oleh BN, bukan sahaja melalui jentera-jentera ini malah melalui institusi-institusi kemasyarakatan seperti masjid, badan-badan kebajikan, pertubuhan belia dan sebagainya. 
Pakej yang digunakan BN untuk menguasai minda dan jiwa pengundi melalui penguasaan saluran informasi atau maklumat  dan pendekatan menabur bantuan materi, sebenarnya telah banyak mendatangkan keuntungan kepada mereka. Pakej ini nampaknya berkesan di sepanjang masa dan keadaan. PR (Pakatan Rakyat) kelihatan belum mampu menandingi BN dalam menguasai mekanisma menarik sokongan pengundi seperti itu.
Banyak isu, samada di peringkat nasional atau tempatan yang secara jelas memihak kepada PR dan dilihat mampu digunakan untuk menarik sokongan pengundi. Contohnya isu-isu Felda yang dibangkitkan oleh ANAK di kalangan para penoroka sendiri. Tetapi realitinya isu tersebut masih gagal menarik sokongan padu para peneroka kepada PR. Yang nyata bukan soal isu itu tidak menarik atau tidak berimpak tinggi, tetapi ianya lebih kepada keberkesanan media propaganda BN kelihatannya telah mampu menangani isu itu dan sekaligus mengagalkan agenda PR. 
PR masih gagal memperkukuh dan mengefektifkan media propaganda mereka untuk menguasai bukan hanya minda pengundi malah turut menguasai jiwa dan emosi mereka. Penulis merasakan bahawa PR wajar meningkatkan lagi usaha dan mengkaji secara tuntas berkaitan dengan mekanisma atau media-media yang mereka perlu garap dan terokai untuk berdepan dengan strategi propaganda BN yang semakin mengancam itu. Pendekatan dan strategi yang berkesan perlu dikenalpasti dan diperkukuhkan. Samada ianya pendekatan atau strategi baru atau yang lama diberi nilai baru, perlulah diberi perhatian, pemantauan dan penilaiaan keberkesanan yang rapi. Pendekatan yang telah lasak dan kelihatan berkesan yang digunapakai hari ini, seperti pendekatan ceramah, blogging, sebaran risalah, program kebajikan, ziarah, dialog, rekreasi dan sebagainya rasanya amat perlu dibedahsiasat secara rapi untuk diberi nafas baru atau ditambah nilai agar ianya dapat mendatangkan impak yang lebih besar kepada sasaran. Perhatian juga perlu diberi kepada pendekatan menguasai jiwa dan emosi pengundi, bukan semata-mata menguasai minda dengan asakan-asakan isu yang kadang-kadang tidak langsung mempedulikan sensitiviti jiwa atau emosi sasaran. Dalam usaha untuk menguasai minda dan jiwa sasaran atau pengundi, pendekatan yang lebih menyeluruh, yang meliputi propaganda intelek dan sentuhan ruhani dan jiwa amat perlu diberi penekanan. 
Pada PRU ke 10 yang lalu, PAS khususnya, telah meraih undi Melayu yang amat memberangsangkan. Bagaimana ini berlaku ? Apakah faktor-faktor yang membawa kepada perubahan itu ? Perbahasan berkaitan dengan faktor-faktor yang mendatangkan impak kepada pola undi PRU10 itu telah banyak diketengahkan oleh pelbagai pihak. Namun sewajarnya kita turut menkaji dan meneliti apakah bentuk mekanisma pada masa itu, samada dirancang atau tidak terancang, yang membolehkan maklumat sampai kepada pengundi secara berkesan, dan apakah pendekatan yang dilakukan pada masa itu, sehingga kita dapat kuasai jiwa dan emosi pengundi untuk memberi undi kepada kita? Dan yang paling mustahak, apakah penambahbaikan berterusan yang perlu kita usahakan agar mekanisma atau pendekatan itu tetap releven dan berkesan? sumber
"
 

Rabu, 16 Februari 2011

Tahukah bahwa harga disekeliling kita naik tanpa disedari ?

Dalam konteks kecetekan pemahaman Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan terhadap konsep federalisme apabila beliau mencabar Kerajaan Pakatan Rakyat menurunkan harga barangan, dan usaha Pakatan Rakyat untuk mengurangkan subsidi korporat dan memindahkannya kepada subsidi rakyat terbanyak, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) ingin mengemukakan beberapa analisis terkini setelah meneliti Buku Jingga Pakatan Rakyat yang bermatlamat untuk meningkatkan pendapatan boleh guna (disposable income) dalam kalangan rakyat khususnya dalam mengharungi suasana ekonomi domestik dan antarabangsa yang tidak menentu.
Yang berikut adalah salah satu analisa KPRU mengapa program Buku Jingga wajar dilaksanakan untuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat terbanyak:

BEBAN INFLASI TIDAK TERKAWAL
Dalam konteks kecetekan pemahaman Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan terhadap konsep federalisme apabila beliau mencabar Kerajaan Pakatan Rakyat menurunkan harga barangan, dan usaha Pakatan Rakyat untuk mengurangkan subsidi korporat dan memindahkannya kepada subsidi rakyat terbanyak, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) ingin mengemukakan beberapa analisis terkini setelah meneliti Buku Jingga Pakatan Rakyat yang bermatlamat untuk meningkatkan pendapatan boleh guna (disposable income) dalam kalangan rakyat khususnya dalam mengharungi suasana ekonomi domestik dan antarabangsa yang tidak menentu.

Yang berikut adalah salah satu analisa KPRU mengapa program Buku Jingga wajar dilaksanakan untuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat terbanyak:


BEBAN INFLASI TIDAK TERKAWAL

Banyak pihak bersetuju bahawa Malaysia berdepan dengan masalah inflasi yang semakin menghimpit kehidupan harian rakyat. Jadual Indeks Harga Pengguna (IHP) dirujuk bagi membuat keputusan belian seseorang. Berikut ialah Jadual IHP yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia baru-baru ini

Jenis Barangan Jan – Nov 2010 / 2009 (%)

Makanan dan Minuman Bukan Alkohol - 2.4
Minuman Alkohol dan Tembakau - 3.7
Pakaian dan kasut - -1.4
Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan api lain - 1.1
Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan isi rumah - 0.7
Kesihatan - 1.6
Pengangkutan - 1.4
Komunikasi - -0.2
Perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan - 1.7
Pendidikan - 1.7
Restoran dan hotel - 1.9
Pelbagai barangan dan perkhidmatan - 2.8

Berdasarkan jadual di atas, KPRU merumuskan bahawa berlaku peningkatan yang ketara dalam Makanan & Minuman Bukan Alkohol (2.4%) sejak setahun lalu. Bebanan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan miskin tidak terkawal dek menampung perbelanjaan makanan harian yang semakin meningkat. Buktinya, sub kumpulan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol mencatatkan peningkatan harga drastik seperti beras, roti dan bijirin lain (0.9%), daging (2.9%), sayur-sayuran (8.1%), gula, jem, madu, coklat dan manisan (10.2%)[2] merupakan antara makanan-makanan yang kerap dibeli oleh rakyat dan dihidang di atas meja makan rumah.

Di luar Jadual IHP, kadar kenaikan harga cukup menggerunkan dan sering diabaikan oleh kerajaan yang memerintah dalam proses pembuatan dasar. Umpamanya, harga bawang merah yang biasanya dijual pada harga RM6 sekilogram meningkat berkali-kali ganda kepada RM13 sekilogram di Sarawak. Manakala, dilaporkan bahawa harga minuman teh tarik meningkat sebanyak 10 sen mulai awal tahun ini.

KPRU berpendapat, kerajaan melaksanakan skim kawalan harga tanpa menyelesaikan masalah struktur ekonomi secara keseluruhannya. Timbul persoalan, apakah peruntukan Program Pengedaran Barang Perlu seperti minyak masak, gula, tepung, gas, petrol dan diesel sebanyak RM200 juta sebagaimana yang disebut dalam Belanjawan Negara 2011 akan menjadi suatu lagi pembaziran wang rakyat? Jelas, KPRU melihat kadar kenaikan harga yang berlaku di luar Jadual IHP adalah lebih pantas berbanding angka-angka purata yang dikumpulkan oleh Jabatan Statistik Malaysia dan mempersoalkan keberkesanan skim kawalan harga dalam menyelesaikan masalah.


NAIK HARGA BARANG, KEGAGALAN KERAJAAN MAKIN TERSERLAH

Kegagalan kerajaan dalam mengatasi kenaikan harga barang keperluan sentiasa terserlah setiapkali musim perayaan, lebih-lebih lagi apabila barangan dan perkhidmatan (e.g minyak masak) tersebut ‘dikawal’ harga dan bekalannya tanpa penyelesaian jangka panjang. Tambahan pula, harga siling yang dikenakan tidak jauh bezanya dengan harga pasaran.
Pengamatan KPRU mendapati selari dengan penjualan Transaksi PPB Group Berhad, sebuah syarikat pemprosesan gula yang dimiliki oleh Robert Kuok kepada Felda Global Ventures Sdn Bhd dengan nilai RM1.5 bilion pada bulan Januari 2010 telah menyaksikan kerajaan menaikkan harga gula pada masa yang sama.

Sementara itu, limau Mandarin yang berharga RM28 sekotak mengalami kenaikan sebanyak RM4 – RM5 semenjak setahun lalu. Harga bawang kecil pula dilaporkan meningkat dua kali ganda berbanding harga asal iaitu RM4 –RM5 sekilogram kepada RM11 sekilogram. Sempena perayaan Thaipusam, harga sebiji kelapa di Pulau Pinang telah naik kepada RM1.50 berbanding RM1.20.


Kawalseliaan dan inflasi adalah produk kerajaan

Dalam hal ini, KPRU mempersoalkan pendekatan kerajaan dalam menangani isu berkenaan yang bersifat adhoc sahaja sambil memperuntukkan sejumlah peruntukan dan masa yang terbukti tidak berkesan. Contohnya seperti berikut dengan mengambil krisis kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi:

* Belanjawan Negara 2011 memperuntukkan RM1 bilion untuk Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) di bawah tanggungjawab Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.[11] Jika benar, mengapakah wang tersebut tidak digunakan untuk ‘mengawal’ harga minyak masak yang kini berdepan krisis kekurangan bekalan barangan kawalan itu di pasaran?

* Menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menangani krisis bekalan dan harga barang. Jika benar, di manakah peranan dan keberkesanan Majlis Harga Barang Negara dalam isu ini? Di manakah dasar stok penimbal? Di manakah keberkesanan Akta Kawalan Bekalan 1961?

* Mengakui bahawa pembungkusan minyak masak bersubsidi adalah tidak menguntungkan. Ini adalah sebab mengapa Sime Darby menghentikan operasi pembungkusan minyak masak sekaligus didakwa pencetus krisis kekurangan bekalan minyak masak. Jika benar ia merugikan, mengapa minyak masak itu terus diberi subsidi? Inilah kesan kawalan harga yang dinafikan oleh kerajaan sejak sekian lama di mana kekurangan bekalan akan tetap berlaku kerana reaksi Sime Darby terhadap dasar kawalan harga dalam jangka masa panjang (tidak menguntungkan) memaksanya untuk mengalihkan segala sumber-sumbernya kepada bentuk pengeluaran lain (menguntungkan) yang tidak dikawal oleh kerajaan.

* Menyarankan Lembaga Minyak Masak Sawit Malaysia (MPOB) agar memberikan lesen pembungkus dan pembekal minyak masak kepada koperasi kononnya ini dapat menyelesaikan masalah.

* Ataupun, punca masalah disebabkan oleh syarikat kroni pemimpin politik sebagai pembekal minyak masak mengabaikan kuota bekalan kepada peruncit-peruncit tempatan yang ditetapkan kerajaan dan mengeksport minyak masak ke luar negara dengan harga yang lebih tinggi? Meskipun Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bekalan ditambah 14,000 tan metrik lagi kepada 84,000 tan metrik bulan Januari, pihak peruncit menyatakan bekalan kepada mereka masih tidak berubah (baca sebagai: berkurangan) kerana pihak pembekal yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin politik terus mengabaikan kuota tersebut atau mendakwa kerajaan telah menurunkan kuota tempatan.

Dengan mengambilkira kos yang diperuntukkan untuk mengawalselia harga dan tingkahlaku pasaran sudah cukup tinggi berbanding dengan kadar kenaikan kos inflasi yang dicatatkan selama ini. KPRU berpandangan bahawa kawalseliaan adalah sama seperti inflasi. Kedua-duanya adalah ‘produk’ yang dihasilkan oleh kerajaan tanpa disedari oleh mana-mana pihak.

Dalam contoh di atas, kerajaan yang tidak berupaya “mengawal” tindakan pihak pembekal “terpaksa” menekan pihak peruncit dalam isu kekurangan minyak. Begitu juga, dalam isu kenaikan harga, kerajaan yang tidak berupaya “membetulkan” perjanjian dengan syarikat berkepentingan tertentu seperti IPP yang membebankan rakyat “terpaksa” memotong subsidi rakyat dengan naratif “rasionalisasi subsidi” yang cuba “mislead” rakyat berhubung keseluruhan isu ekonomi negara. Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat dinasihati agar tidak mengulangi kegagalan dasar kerajaan Barisan Nasional di masa akan datang.

NAIK CUKAI PERKHIDMATAN, KERAJAAN TETAP BELANJA BOROS

Sewaktu pembentangan Belanjawan Negara 2011, kerajaan telah meningkatkan kadar cukai perkhidmatan dari 5% kepada 6% ke atas:

* Semua perkhidmatan bercukai kecuali kad kredit dan kad caj.

* Mengenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar.

Menurut Jabatan Kastam Malaysia, perkhidmatan bercukai yang ditakrifkan antaranya seperti berikut;

* Kumpulan hotel termasuk rumah rehat, homestay, resort, motel, perkhidmatan rumah urut, apartment yang melebihi 25 buah bilik.

* Kumpulan restoran di luar hotel yang mempunyai nilai jualan setahun melebihi RM3 juta.

* Kelab malam, dewan tari menari, cabaret, pusat kesihatan, dan rumah urut.

* Penyedia insurans yang berdaftar, misalnya semua jenis polisi insurans kepada semua pertubuhan perniagaan, dan perkhidmatan insurans yang dibayar oleh syarikat untuk kakitangan syarikat.

* Perkhidmatan telekomunikasi dalam bentuk telefon, faksimili, telefon selular, postpaid, prepaid dan talian tetap dan jalur lebar.

Kajian kes McDonalds

Seseorang yang berbelanja di restoran Pizza Hut, McDonalds, OldTown Kopitiam terpaksa membayar cukai perkhidmatan 6% berbanding 5% sebelumnya. Sekiranya begitu, restoran-restoran berkenaan juga dikatakan mempunyai nilai jualan tahunan sebanyak RM3 juta dan ke atas. Contohnya, jumlah bayaran yang dibuat di restoran McDonalds untuk sebelum dan selepas kenaikan kadar cukai perkhidmatan;

* 6% X RM21.60 (Nilai belian di McDonalds) = RM1.30. Jumlah bayaran kepada restoran tersebut adalah RM22.90.

* 5% (Cukai perkhidmatan sebelum 2011) X RM21.60 (Nilai belian di McDonalds) = RM1.10. Jumlah bayaran kepada restoran tersebut adalah RM22.70.

Berdasarkan kepada pengiraaan di atas, jelas menunjukkan berlaku kenaikan 20 sen dalam pembelian di restoran McDonald! Naik 1% bermakna pengguna terpaksa membayar 20 sen untuk nilai belian RM21.60 dan semakin tinggi nilai beliannya, semakin tinggilah nilai cukai perkhidmatan yang dikenakan yang akhirnya akan menjadi sebahagian statistik semasa jadual IHP.

Cukai tersembunyi

Tidak ramai rakyat yang mengetahui bahawa kesan negatifnya sekiranya cukai perkhidmatan ini dikenakan walaupun ia tertera dalam resit pembelian, namun berapa ramaikah yang menyimpan resit setiap kali pembelian dan membuat penjumlahan di akhir tahun? Berapakah jumlah cukai perkhidmatan yang dibayar oleh setiap individu kepada kerajaan setiap tahun? Dan berapa ramaikah yang mengetahui bahawa terdapat 37,028 premis perniagaan seluruh negara yang berhak mengutip cukai perkhidmatan? Inilah perkara yang cuba disembunyikan oleh kerajaan dengan harapan rakyat terus bersikap pasif.

Ekonomi bawah tanah (underground economy)

Akibat daripada kelemahan kerajaan, tanpa mempunyai maklumat dan informasi cukai perkhidmatan yang sah, rakyat terus dibebani dengan para peniaga restoran yang mengambil kesempatan yang mengenakan cukai perkhidmatan pada kadar 5% hingga 10%. Menurut Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), dari tahun 2008 sehingga Mac 2010, sejumlah 132 aduan pengguna telah diterima yang mendakwa telah dikenakan cukai perkhidmatan 5% – 10% tanpa kebenaran pihak berkuasa. Ini sekaligus mengesahkan kewujudan aktiviti ekonomi bawah tanah (underground economy) yang berlaku kerana tiada penguatkuasaan undang-undang yang berkesan.

Hasil lumayan cukai perkhidmatan

Kenaikan mana-mana kadar cukai bukanlah suatu tindakan yang digemari rakyat apatah lagi pada kali ini, kerajaan turut memasukkan cukai perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar dalam usaha menampung pendapatan negara. Pada Belanjawan 2010 lalu sahaja, kerajaan memperkenalkan cukai perkhidmatan kad kredit yang telah menjana pulangan hasil yang dianggarkan sebanyak RM331 juta setahun. Dan kenaikan 1% cukai perkhidmatan juga akan memberikan pulangan hasil sebanyak RM680 juta[19] tanpa mengambil kira prospek pertumbuhan ekonomi pada tahun 2010 dan 2011. Berdasarkan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2011, hasil cukai perkhidmatan adalah berjumlah RM4.1 bilion, berbanding RM3.9 bilion pada tahun 2010.

Kepada 3 juta pelanggan Astro seluruh negara misalnya, yang membayar yuran dalam lingkungan RM100 sebulan atau RM1,200 setahun, mereka terpaksa membayar tambahan sebanyak RM6 atau RM72 setahun sekiranya cukai perkhidmatan 6% dilaksanakan. Malah, Ernst & Young pula menganggarkan tambahan RM148 juta lagi akan dimasukkan ke dalam tabung perolehan kerajaan berdasarkan audit kewangan tahunan Astro 2009.

Lebih daripada itu, kerajaan pasti menikmati kutipan hasil cukai perkhidmatan yang lumayan dengan penyenaraian stesen penyiaran televisyen berbayar seperti Astro dan pengecualian duti import untuk barangan-barangan berjenama seperti mana yang dibentangkan oleh kerajaan dalam Belanjawan Negara 2011. Menyedari lumayannya hasil cukai perkhidmatan, adakah mustahil kerajaan akan meningkatkan kadar yang lebih tinggi di masa akan datang?

Kesimpulan

Apa yang lebih mengecewakan adalah sikap kerajaan yang boros berbelanja dan menguruskan wang rakyat dengan tidak bertanggungjawab adalah perkara yang harus ditangani terlebih dahulu sebelum bertindak menaikkan kadar cukai. Perkara ini samalah seperti menarik wang subsidi minyak berjumlah RM750 juta dan berbelanja RM900 juta sebagai bonus untuk tujuan politik.

KPRU sentiasa berharap dengan mengurangkan kos pengawalseliaan akibat masalah struktur ekonomi negara, dana tersebut dapat disalurkan dan dimanfaatkan secara langsung oleh rakyat terbanyak. Apabila peningkatan gaji tidak sejajar dengan peningkatan tekanan hidup, rakyat memerlukan pendapatan boleh guna yang lebih banyak. Kenaikan harga dan inflasi merupakan salah satu masalah yang membebankan rakyat terbanyak dalam hal ini. Identifikasi masalah dan punca-punca masalah oleh KPRU dalam laporan ini menyokong pelaksanaan program Buku Jingga agar pendapatan boleh guna rakyat terbanyak dapat ditingkatkan. sumber

Ahad, 13 Februari 2011

DR.MAZA :Rejim Yang Zalim Mesti Ditukar!

Dunia Arab bergolak. Dari Tunisia ke Mesir dan biarlah ia menjalar ke seluruh pelusuk daerah yang dikuasai oleh rejim yang zalim; yang menghina agama, menghisap darah rakyat, memundurkan negara, memerintah untuk kepentingan kroni dan keluarga, mengaut kekayaan peribadi sedangkan rakyat dalam kemiskinan. Memang sepatutnya telah lama ia bergolak. Persis seperti kata ‘Ali bin Abi Talib r.a:
“Sesungguhnya binasanya manusia terdahulu kerana mereka menghalang kebenaran sehingga ianya dibeli. Mereka membentangkan kezaliman sehingga ianya ditebus”. (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/201, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Rakus
Dunia Islam adalah dunia yang kaya. Kedudukan negara-negara umat Islam amat strategik. Malangnya, ramai para penguasa yang zalim dan korupsi menguasai politik. Lihatlah Tunisia, walaupun majoriti penduduknya muslim tetapi pemimpinnya di samping zalim dan khianat, mempersendakan agama; memperlekehkan puasa Ramadan, mengharamkan tudung kepala (hijab) ke atas wanita dan pelbagai lagi.
tunisia_first_lady_leila_ben_ali.jpg
First Lady Tunisia - Leila Ben Ali
Isteri Ben Ali bekas Presiden Tunisia yang diusir oleh rakyatnya bernama Leila al-Tarabulusi yang dulu ‘First Lady Tunisia’, dilaporkan oleh media Perancis membawa lari emas Tunisia ke Dubai seberat 1.5 tan. Semasa berkuasa, beliau atas nama suami bermewahan dengan harta negara. Padah perbuatan suami, ditambah dengan sikap ‘berlebihan’ isteri dan keluarga.
Lihatlah Mesir, jika pemimpinnya amanah betapa besar kekayaan yang dapat dikaut dari hasil Suez Canal atau Terusan Suez yang menghubungkan antara Laut Mediterranean dengan Laut Merah. Tax dari terusan tersebut jika diuruskan dengan betul menjadi sumber yang amat besar untuk negara itu. Bahkan dikatakan mampu membiayai setiap warga Mesir.
Mesir ada gas. Mubarak salurkannya kepada negara haram Israel. Israel membeli gas Mesir lebih murah dari rakyat Mesir sendiri. Sungai Nil yang subur tidak diusahakan secara bersungguh oleh Kerajaan Mesir, bahkan mereka masih mengimport makanan dari luar. Rakyat Mesir ramai yang hidup dalam kemiskinan. Dilaporkan lebih 42 peratus dari 81 juta lebih rakyat Mesir berada di bawah paras kemiskinan. Jutaan rakyat hidup tanpa rumah dan makan. Peranan Mubarak hanyalah menjaga kepentingan diri, kroni, Israel dan Amerika!
Itu di Mesir, di sana masih ada lagi Syria, Yaman, Morocco dan lain-lain yang hampir sama keadaannya. Malang sekali, di bawah rejim-rejim yang berkuasa itu media dibisukan, fakta dibohongi dan rakyat diperbodohkan. Nyawa dan darah rakyat begitu murah. Mereka menyeksa dan membunuh pengkritik. Gambar rejim-rejim ini diangkat dan disanjung secara upah ataupun paksa. Rakyat hidup menderita dan kelaparan. Kekayaan dibahagi secara songsang. Harta setiap pemimpin dan keluarga mereka mencecah ratusan billion dolar, sedangkan pendapatan rakyat tidak sampai satu dolar pun sehari. Bahkan ada pendapatan yang tidak sampai seratus ringgit Malaysia sebulan.
Bohong
Para pemimpin yang selekeh dan tidak amanah menguasai kebanyakan Dunia Islam dan Arab. Mereka diagungkan oleh golongan yang berkepentingan dan disokong oleh segelintir rakyat yang diperbodohkan. Barat yang kononnya inginkan demokrasi disebarkan, namun mereka hipokrit dalam masalah Dunia Islam. Mereka membiarkan pemerintah kuku besi terus di tampuk kuasa selagi kepentingan mereka dijaga. Jiwa kapitalis Barat melebihi kehendak demokrasi mereka. Jadi, Dunia Islam bak kata Nabi s.a.w:
“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” (Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, al-Hakim dll. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih dan ini disetujui oleh Al-Zahabi).
Salah Sasaran
Malang sekali, ulama-ulama ‘pro rejim’ seperti Mufti Mesir yang hari ini sibuk menasihati rakyat agar jangan berdemonstrasi dan mengalu-alukan langkah Hosni Mubarak untuk proses pembaharuan, tidak pula selama ini membantah kerakusan kuasa yang berlaku. Pada hari pemerintah mengaut dan menghisap darah rakyat, mereka sibuk membahaskan isu-isu ketaatan rakyat kepada pemimpin dan tidak pula bertegas tentang kewajipan pemimpin menunaikan hak rakyat. Jika Hosni gagal membuat perubahan dalam masa 30 tahun memerintah, apakah mungkin dia boleh melakukannya dalam masa 7 bulan yang dijanjikan?! Jika mampu pun, bererti dia selama ini khianat kerana tidak melakukan pembaharuan itu dalam masa 30 tahun tiba-tiba hari ini dia menyatakan ia boleh dilakukan dalam masa 7 bulan!.
mubarak-image.jpg
Gambar Hiasan
Hari ini golongan agamawan khususnya dari aliran ‘salafi’ sibuk membahaskan tentang demokrasi dan demonstrasi bukan dari ajaran Islam. Bagi saya itu adalah persoalan persepsi bagaimana kita memahami demokrasi dan dalam konteks apa demokrasi itu dilihat. Kita patut bertanya mereka apakah pemerintahan otokrasi atau kukuh besi itu dari ajaran Islam? Apakah membiarkan pemerintah menghisap darah rakyat tanpa membantah itu dibenarkan oleh Islam?
Persoalan falsafah dan konteks demokrasi dan demonstrasi memang patut dibincang dan dihalusi di sudut fekahnya. Namun adalah tidak adil apabila rakyat bercakap soal demokrasi dan demonstrasi lalu fatwa haram atau bid’ah dikeluarkan, sedangkan ketika pemerintah mengamalkan kuku besi, kezaliman, rasuah dan merompak hasil negara, golongan agama ini muncul dalam media untuk hanya mengingatkan rakyat tentang syurga dan neraka, tetapi tidak pula membaca nas-nas agama yang mengingati pemerintah bahawa kezaliman mereka adalah dosa yang amat besar dan neraka yang bakal menanti. Apakah agama hanya candu untuk rakyat bawahan supaya dapat melupakan kerakusan orang atasan?! Nabi s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolongan kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)” (Riwayat Ahmad, al-Nasai dan Ibn Abi ‘Asim. Dinilai oleh al-Albani. (lihat: Ibn Abi ‘Asim, al-Sunnah, tahqiq: Al-Albani, hlm 337-339).
Mengapakah golongan pro-rejim tidak mengingatkan pemimpin mereka tentang hadis Nabi s.a.w: “Allah tidak lantik seseorang hamba itu menguasai sesuatu rakyat kemudian hamba itu mati dalam keadaan dia menipu rakyatnya, melainkan Allah haramkan untuknya syurga” (Riwayat Muslim).
Demonstrasi Aman
Ya, tiada siapa yang bersetuju dengan demonstrasi ganas. Rakyat diharapkan keluar ke jalan dengan aman sebagai tanda bantahan atas kezaliman rejim-rejim mereka. Ia salah satu dari menzahirkan bantahan terhadap kemungkaran. Dalam hadis seorang lelaki datang mengadu kepada kepada Rasulullah s.a.w, katanya:
“Sesungguhnya jiranku menyakitiku”. Sabda Nabi s.a.w: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”. Maka mereka berkata: “Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).
Demikian, Nabi mengajar bahawa kadang-kala cara menyelesaikan kezaliman dengan mendapat sokongan ramai di jalan. Bantahan orang ramai boleh menakutkan orang yang zalim. Jika sekadar kezaliman jiran kita boleh bertindak sedemikian, apatahlagi kezaliman rejim yang jauh lebih besar dan sukar disingkirkan. Pasti sokongan yang lebih besar dan bantahan di jalan yang lebih hebat diperlukan. Apa yang penting, penunjuk perasaan tidak boleh menumpahkan darah sesama umat Islam dan rakyat, juga tidak merosakkan harta awam dan mereka yang tidak bersalah.
Dunia Arab dan Islam mesti berubah. Eropah telah lama menyingkirkan pemimpin mereka yang korupsi dan kuku besi. Kadang-kala hak binatang yang dinikmati oleh Barat lebih baik dari hak manusia yang hidup di bawah rejim-rejim yang berkuasa di Dunia Arab dan Islam. Jatuh! Jatuh! Jatuhlah segala rejim!.

Sabtu, 12 Februari 2011

Punca Revolusi Di Mesir..

Bermula dengan pembunuhan seorang anak muda bernama Khalid ..Apabila dia telah menangkap gambar rasuah yang berlaku antara anggota polis dengan seorang penagih ..dan seorang blogger iaitu seorang anak muda telah mengetahui dan menyebarkan kes pembunuhan tersebut di laman sosial seperti facebook dan twitter dan atas sebab inilah lah revolusi ini  juga digelar revolusi fB.Akibat dari inilah kebangkitan anak2 muda tidak dapat dibendung lagi..

Selain itu di Mesir adalah Negara yang paling ramai SB ataupun siput babi yang menangkap sesiapa saja yang cuba mengugat parti NDP pimpinan hosni Mubarak .Sb2 ini juga bersekongkol dengan mossat(Israel) & CIA(as).Anjing2 ini menangkap musuh2 politik NDP dan diseksa di satu tempat tahanan .Di tempat tahanan ini mangsa2 yg ditahan diseksa dengan begitu dahsyat.Penyeksaan yang paling ringan ialah dicabut kuku dan antaranya ialah memasukkan jarum ke dalam tubuh melalui jari tangan.

Penyokong Ikwanul Muslimin adalah yang paling ramai ditahan .Cara penahanan juga begitu jahat.Sekiranya yang hendak ditahan tidak dapat ditangkap maka keluarga mangsa pula ditangkap .

Dari segi pentadbiran pula korupsi begitu teruk sekali .Dikhabarkan menteri Kabinet di bawah Mubarak mempunyai asset  berbillion ringgit dan yang paling rendah asetnya ialah 5.4 billion  .Mubarak mempunyai tanah dan rumah di London,new york dan bayak lagi isterinya pula mempunyai 5 billion  di swiss bank .Pelabur pula perlu memberi 50% kepada anak2 beliau sekiranya ingin beroperasi di mesir.Begitu lah begitu korup sekali pemerintahan regim mubarak ini..

Rakyatnya pula dibelenggu kemiskinan hampir 43% rakyat mesir berada di bawah paras kemiskinan dengan perbelanjaan seisi keluarga hanya rm6 sehari .Selain itu di mesir juga merekodkan kadar penceraian yang tinggi akibat kemiskinan dan terdapat hampir 600 ribu kanak2 terbiar di jalanan .

Hubungan mubarak dengan regim zionis dan amerika pula memang tidak disenangi rakyatnya .Paling tidak boleh diterima apabila tentera2 mesir menutup pintu gaza apabila gaza diserang dan menyebabkan lebih 1470 rakyat gaza terbunuh bukan itu sahaja malahan bantuan dari Negara luar juga disekat oleh regim mubarak.Bukan saja rakyat mesir malahan mencetuskan kemarahan seluruh dunia tetapi mubarak buat tak peduli.Rakyat mesir masih memendam kemarahan ..

Mengapa Mubarak masih boleh bertahan biarpun pilihanraya diadakan ?
Inilah akibat dari pilihanraya yang tidak adil ..SPR mesir dikuasai mubarak media pula hanya melaporkan kempen NDP .pembangkang dizalimi dan ditangkap terutama ikhwanul muslimin dan rakyat diugut.

MAKA RAKYAT MEMILIH JALANAN DAN BUKAN PILIHANRAYA!!!

Persamaan Emelda, Farah Diba, Elena, Laila dan Rosmah


Presiden Tunisia, Zine el-Abidin Ali tersungkur oleh revolusi rakyat. Bersamanya ialah wanita pertama Tunisia, Laila Trabelsi yang melarikan diri keluar negeri. Gaya hidup Laila yang gila-gila mewahnya, sedangkan rakyat umumnya dalam kancah kemiskinan adalah antara faktor tumbangnya seorang presiden.
Hari ini apabila isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor tiba-tiba menjadi buah mulut di kalangan rakyat Malaysia kerana berperanan ‘lebih sudu dari garpu’ dalam kepimpinan kerajaan 1Malaysia, ia mengingatkan kita kepada rentetan kisah wanita pertama yang menyumbang kepada kejatuhan suami mereka dan kerajaan yang didokongnya.


ZAMSHA telah menghuraikan watak Laila dalam Harakah keluaran lalu. Saya ingin menyambung dengan beberapa wanita pertama lagi. Antaranya Emelda Marcos atau nama sebenarnya Imelda Remedios Visitacion Trinidad Romualdez menjadi wanita pertama Filipina mulai 30 Disember 1965 sehingga 25 Februari 1986.
Isteri kepada Presiden Ferdinand Marcos itu terkenal sebagai seorang yang suka mencampuri urusan negara sewaktu suaminya menjadi Presiden. Bayangkan sewaktu menjadi isteri Presiden, Emelda juga adalah seorang ahli Parlimen bagi kawasan IV-A Filipina (12 Jun 1978 hingga 25 Februari 1986), Ambassador Plenipotentiary and Extraordinary (1978–1986) dan Menteri Pembinaan Insan (1978-1986).
Sebagai wanita pertama dia sudah memiliki segalanya, termasuk seorang Presiden di dalam genggamannya. Apa lagi yang diperlukannya dengan memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan?
Bersama suaminya Marcos, Emelda sangat mewah berbelanja menggunakan wang kerajaan. Misalnya membeli-belah di New York, Rome dan Copenhagen pada 1983 dengan RM5 juta dollar. Membeli hartanah di Manhattan, antaranya Crown Building 51 juta dollar dan Herald Centre bernilai 60 juta dollar. Nafsunya untuk membeli koleksi barangan mewah tidak dapat ditahan, dia akan berbelanja besar setiap kali ke luar negeri. Setiap kritikan rakyat terhadap tingkahlakunya dijawab dengan selamba bahawa, itu adalah tugasnya untuk memberi cabaran positif atau memotivasi golongan miskin. Iyalah, mungkin golongan miskin akan lebih teruja berusaha menjadi kaya dengan melihat kemewahannya.
Selepas kejatuhannya, Emelda menjadi popular dengan pendedahan koleksi kasut mewahnya sebanyak 2,700 pasang tersimpan rapi di istana tinggalannya.
Seorang lagi wanita pertama yang suka menyibuk mencampuri urusan kerajaan pimpinan suaminya ialah Elena Ceausescu, isteri dictator Rumania Nikolai Ceausescu. Sewaktu suaminya sedang menakah karier politik, dia juga tidak ketinggalan membina karier politiknya sendiri. Bermula 1972, dia memegang pelbagai jawatan penting dalam Parti Komunis Romania. Pada Jun 1973 Elena muncul sebagai orang kedua terpenting dalam hairaki parti selepas suaminya, menjadi penasihat utama partinya dalam isu-isu antarabangsa.
Pada tahun 1980, Elena menjadi Timbalan Perdana Menteri Pertama, sewaktu saminya menjadi Presiden Romania. Gandingan Nikolai dan Elena menjadi sangat berkuasa, melakukan pelbagai penindasan terhadap rakyat. Senarionya sama dalam pemerintahan mana-mana diktator, di mana presiden dan kroni adalah kaya raya sewaktu rakyat dihimpit kemiskinan.
Revolusi rakyat Romania 1989 berjaya menjatuhkan rejim Nikolai Ceauşescu. Elena dan suaminya ditangkap di Targoviste, dibicarakan lalu dijatuhi hukuman mati. Dia dan suaminya sehidup semati, terbukur kaku bersebelahan di sisi bangunan selepas ditembak. Elena semasa hayatnya mungkin tidak seghairah Emelda dalam membelanjakan harta rakyat untuk barangan mewah, tetapi dia sibuk mencampuri urusan pentadbiran suaminya.
Farah Diva Pahlavi adalah permaisuri kepada raja Iran, Shah Mohd Reza Pahlavi. Seperti juga wanita utama bagi mana-mana diktator, Farah Diva muncul sebagai watak pemboros menghabiskan duit negara. Majlis penabalannya sebagai Permaisuri era Iran moden tahun 1967 menelan belanja 10 juta dollar, angka yang cukup besar pada masa itu.
Farah Diba seorang yang sangat meminati seni budaya, menghabiskan duit yang banyak untuk menganjurkan pelbagai program kegemarannya itu. Dia mempunyai pekerja yang ramai untuk menjayakan apa-apa program yang selaras dengan kehendaknya. Kehidupan diraja mereka sangat mewah, sedangkan rakyat bawahan tidak terbela. Mana-mana rakyat yang bangkit menentang kerajaan akan menerima padah seksaan dari perisik Savak.
Revolusi Islam pimpinan Ayatullah Khomeini 1979 berjaya mengusir Shah, Farah serta seluruh keluarga diraja mereka. Mereka pernah hidup mewah di istana tetapi menjadi pelarian di beberapa buah negara.
Laila, Emelda, Elena atau Farah Diba adalah antara nama-nama besar di sisi suami mereka yang dianggap diktator. Sifat utama mereka ialah boros dan sibuk mencampuri urusan suami selaku ketua kerajaan.
Menarik juga untuk kita persoalkan apakah sifat-sifat tersebut ada pada ‘wanita pertama Malaysia’ Rosmah Mansor? Hingga setakat ini dialah pemegang watak Perdana Menteri apabila menggantikan Perdana Menteri sewaktu sakitnya, Menteri Luar apabila mengetuai delegasi negara ke beberapa buah negara luar, Menteri Hal Ehwal Wanita dengan projek Permatanya dan Menteri Pertahanan apabila merasmikan program PLKN. Adakah Rosmah seorang pemboros membelanjakan wang negara? Entahlah, rakyat lebih tahu.
Cuma bezanya setakat ini suaminya Najib belum menyerlahkan watak diktator tulen. Selagi adanya Akta Keselamatan Dalam Negeri yang mengurung manusia tanpa bicara, selagi tiada kebebasan media sepenuhnya, selagi jentera kerajaan disalahgunakan sepenuhnya untuk kepentingan politik BN; bermakna sifat diktatornya tetap ada, namun mungkin ia belum setaraf para diktator dunia.
Soalnya, apakah rakyat harus menunggu sampai Perdana Menteri Malaysia menjadi diktator tulen baru rakyat berkira-kira untuk menyahkan Najib dan Rosmah dari persada kuasa? Masa itu sudah terlambat. Jadi jangan sampai negara huru hara macam di Tunisia dan Mesir baru nak bertindak. Bertindaklah segera melalui proses demokrasi yang aman.


Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Apa itu asobiyah..



"Assalamualaikum.... td aku terbaca teks dr mykmu

Definisi asobiyyah yang diberi oleh Nabi Muhammad SAW dapat difahami menerusi hadith Baginda SAW :

Seorang lelaki (ayah perempuan yang meriwayatkan hadith) bertanya: Wahai Rasulullah, adakah dianggap ashobiyyah, puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya? Jawab Baginda s.a.w.: Tidak, tetapi ashobiyyah ialah apabila seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman.

(hadith riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan sebagainya) Imam Al-Munawi ketika mensyarahkan perkataan Ashobiyyah lalu berkata:
“Iaitu membantu kezaliman…” (rujuk Aun Al-Ma’bud)

Adapun tentang kecintaan terhadap sesuatu bangsa, Rasulullah s.a.w. sendiri ada menegaskan mengenai kecintaan terhadap bangsa Arab sebagaimana dalam hadith:

“Kecintaan terhadap bangsa Arab itu adalah (tanda) keimanan dan kebencian kepada mereka adalah (tanda) kemunafiqan(.Imam Al-Hakim berkata:Hadith ini sahih walaupun tidak diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim.)

Dapat difahami sayang kepada bangsa sendiri iaitu bangsa melayu yang di amanahkan pula oleh Allah untuk menerajui islam di negara ini tanpa melakukan penindasan kepada bangsa-bangsa lain adalah tidak di larang. Dalam masa yang sama sebarang kezaliman , kemungkaran dan kemaksiatan tetap dibenteras walaupun dilakukan oleh bangsa sendiri.

Maksud umum kepada asobiyyah bukan setakat berlaku apabila pembelaan kezaliman kepada bangsa tetapi ia juga boleh berlaku apabila kezaliman yang dilakukan oleh kumpulan, puak, organisasi, keluarga, parti atau jamaah dibela dan dipertahankan.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Desediakan oleh: Ustaz Zamri Hashim
Sekretariat MUIS

Rabu, 9 Februari 2011

Mahukah anda harga rumah & kereta lebih murah?...

Pakatan Rakyat akan mencadangkan "penyelesaian radikal" bagi mengurangkan bebanan cukai yang dikenakan ke atas rakyat Malaysia mengikut Dasar Automotif Negara (NAP).

NONETimbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata cadangan itu akan dibentangkan pada Persidangan Ekonomi Pakatan yang dijadualkan pada bulan depan.

Katanya, cadangan berkenaan bertujuan mengurangkan tiga jenis cukai yang sekarang membebankan pembeli dan melipat gandakan harga kereta. Ini termasuk cukai import, cukai eksais dan cukai jualan.

Katanya, walaupun kenderaan di bawah 1,500 cc, cukai yang dikenakan sekurang-kurangnya 60 peratus untuk eksais, 10 peratus cukai jualan manakala 30 peratus cukai import, 60 peratus cukai eksais dan 10 peratus cukai jualan untuk kereta import.

"Ini bermakna bagi setiap kereta paling kecil yang dijual oleh Perodua pada harga RM40,000, sebanyak RM16,500 cukai dibayar kepada kerajaan.

housing hulu kelang"Oleh itu, masanya telah tiba untuk rakyat menilai dasar-dasar baru yang radikal untuk mengurangkan harga kereta dan rumah," katanya pada sidang media mingguan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, pagi tadi.

Beliau turun mendesak kerajaan Umno-BN memohon maaf kepada rakyat dan menjelaskan bagaimana rakyat dibebani dengan hutang sepanjang masa.

Azmin berkata hutang isi rumah yang tinggi sehingga mececah 74 peratus dari keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada November tahun lalu adalah bukti kurangnya pendapatan rakyat menerusi dasar ekonomi yang dilaksanakan kerajaan persekutuan.

Menurutnya, polisi yang diamalkan tidak lagi relevan memandangkan setiap keluarga terpaksa menanggung hutang negara yang kini melebihi 50 peratus kepada KDNK selain hutang peribadi.

"Kita yakin kalau mahu menjana ekonomi, rakyat perlu ada kapasiti untuk belanja kerana hutang isi rumah yang tinggi," jelas beliau.

NONEAhli parlimen Gombak itu juga menjelaskan prospek malap ekonomi negara dan ketidakupayaan rakyat menikmati taraf hidup baik berpunca daripada tindakan melindungi kepentingan kroni.

Katanya, hutang isi rumah yang dicatat berjumlah RM577 bilion berdasarkan statistik bulanan Bank Negara Malaysia merangkumi bebanan pinjaman kereta (RM118 bilion), pinjaman perumahan (RM225 bilion) dan pinjaman peribadi (RM22 bilion) selain anggaran hutang kad kredit (RM200 bilion).

Ini jelasnya membuktikan kadar perbelanjaan pendapatan rakyat semakin rendah setiap tahun dengan kadar hutang yang tinggi.

"Sikap Umno-BN dalam menangani maslaah harga kereta dan rumah yang mahal dihadapi rakyat adalah bukti mereka tidak mempedulikan kesengasaraan rakyat. Rintihan rakyat selama ini terpaksa menanggung perbelanjaan yang tidak dapat dielakkan langsung tidak diendahkan," katanya lagi.

Selasa, 1 Februari 2011

21 NGO menolak sekatan internet

Kami merupakan kumpulan masyarakat madani yang amat bimbang mengenai niat kerajaan persekutuan untuk menyekat Internet, mengikut laporan akhbar baru-baru ini yang mengungkap pegawai kanan kementerian berkenaan "peraturan hasutan siber" dan perluasan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan untuk meliputi media dalam talian


Kami membantah sekeras-kerasnya sebarang percubaan untuk memperluaskan skop Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan sekali lagi menggesa kerajaan supaya memansuhkan akta ini berserta Akta Hasutan dan undang-undang lain yang terlalu menyekat dan yang tiada tempatnya dalam masyarakat moden dan demokratik yang menjadi cita-cita negara kita.
Keberkesanan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dalam membelenggui akhbar selama berdekad-dekad begitu nyata, amat mengerikan jika peruntukan drastiknya dikenakan terhadap penerbitan dalam talian, justeru menyebarkan kesan "seram" yang sama kepada ruang Internet.  Tidak mustahil bahawa permit disyaratkan untuk laman sesawang berita, seperti yang berlaku di negara China.  Dan melihat kepada jumlah buku yang diharamkan setiap tahun di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, besar kemungkinan penulisan dan bahan multimedia yang tertentu dalam Internet dicop "penerbitan yang tidak diingini", manakala pengguna Facebook dan Twitter pula dituduh menyebarkan "berita palsu".
Ciri Akta Mesin Cetak dan Penerbitan yang paling membimbangkan ialah kekurangan sekatan dan imbangan - terutamanya peruntukan yang menyatakan keputusan Menteri adalah muktamad, berbanding dengan Akta Komunikasi dan Multimedia yang sekurang-kurangnya mengandungi rujukan penghakiman.
Jika Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dikenakan kepada Internet, ruang siber kita akan menjadi lembab dan ia mungkin meradikalkan pendapat yang berbeza.
Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein (gambar kiri) berkata pindaan tersebut masih di tahap perbincangan dan masih "terlalu awal" untuk dipersoal oleh pihak media dan orang awam.  Namun bagi kami, kekurangan ketelusan dan rundingan awam juga merupakan sebahagian daripada masalahnya.  Kami membantah sekeras-kerasnya pendekatan kerajaan yang tidak telus dalam memperkenalkan undang-undang dan pindaan dengan mendedahkan sedikit sahaja maklumat mengenai intipatinya, justeru menimbulkan kerunsingan orang awam.  Ketiadaan rundingan awam dalam perkara-perkara yang memberi kesan yang besar terhadap masyarakat menunjukkan bahawa hal-hal ini besar kemungkinannya bermasalah, namun kerajaan masih berkeras mahu meneruskannya tanpa mengendahkan pendapat orang awam.
Justeru, kami percaya bahawa ancaman kawalan Internet memang wujud, seperti yang nyata dengan tertubuhnya kumpulan merentasi kementerian - yang terdiri daripada Menteri Dalam Negeri; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim; Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Nazri Abdul Aziz; and Peguam Negara Abdul Gani Patail - yang menumpu kepada sekatan kebebasan ekspresi dalam talian.
Tujuannya ketara - untuk mengawal media bebas yang terakhir.
Kebangkitan isu ini ketika seluruh negara menanti-nanti pilihanraya umum yang dijangka pada tahun ini menunjukkan motivasi politik wujud di sebaliknya kerana Internet dikatakan faktor penyumbang kepada keputusan pilihanraya kerajaan persekutuan yang paling teruk dalam empat dekad pada tahun 2008.  Malah, kerajaan persekutuan nampaknya mencontohi negera jiran seberang selat, di mana kerajaan yang dipimpini Parti Tindakan Rakyat meningkatkan gangguan dan kawalan terhadap media dalam talian menjelang pilihanraya.
Kami ingin memperingatkan kerajaan bahawa sebarang pelanggaran jaminan "tiada sekatan Internet", yang diwar-warkan kepada pelabur asing supaya mereka menyertai projek Koridor Raya Multimedia sejak ia dilancarkan pada tahun 1996, akan memburukkan nama Malaysia dan memudaratkan pelaburan.
Sebarang percubaan untuk menyekat kebebasan Internet akan mendesak kumpulan masyarakat madani dan orang awam untuk membawa isu ini ke pilihanraya.  Kami menyeru masyarakat, yang sudah lama dikekang dari segi kebebasan akhbar, berpersatuan dan berhimpun, untuk bangkit dan mempertahankan sempadan terakhir untuk kebebasan ekspresi - pastikan suara anda didengari dalam ruang bebas yang masih ada atau tunjukkan bantahan anda di peti undi.
Kenyataan bersama ini diusahakan oleh:
Pusat Kewartawanan Bebas Malaysia (Centre for Independent Journalism)
Charter 2000-Aliran
Writers Alliance for Media Independence
1 Muted Malaysia
Dan disokong oleh:
All Women's Action Society (AWAM)
Civil Rights Committe of KL-Selangor Chinese Assembly Hall (CRC-KLSCAH)
Civil Society Committee of Lim Lian Giok Cultural Development Centre
Coalition of Anti-Genetically Modified Mosquitoes
Community Action Network
Community Development Centre (CDC)

Gabungan NGO Kelantan(Coalition Of NGOs Of Kelantan)
Health Equity Initiatives
Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
Lawyers for Liberty
Malaysia Youth and Student Democratic Movement (DEMA)
Pekan Frinjan
Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
Persatuan Masyarakat Selangor & Wilayah Persekutuan (PERMAS)
Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS)
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM
Women's Aid Organisation (WAO)  sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

http://bongsuwhitepolkadot.blogspot.com/2012/05/nota-kemahiran-hidup-tingkatan-2.html