ISLAM IBARAT ROH ..MELAYU IBARAT JASAD ..Siapa yang Paling Bertakwa dialah yang terbaik..ALLAHUAKBAR
Isnin, 30 April 2012
gambar:salah satu taktik sb pakai gelang kuning
Walaupun gambar agak x clear, boleh perhatikan pergelangan kiri masing2 - korg akan perasan gegelang kuning yg depa pakai.
Polis Yg Buka Sekatan Di Dataran Semalam?
---------------------------------------------------------------------------------
Ini pula satu dari contoh yang dinyatakan oleh SU UMNO kat atas tu..
Ahad, 29 April 2012
Sabtu, 28 April 2012
kecemasan ada 6 set pemasangan gangguan bunyi utk pekakkan telinga
Kecemasan! ! ! share! ! !
Dah lihat? ? ?
Kerajaan BN membeli enam set peralatan AKUISTIK jauh JARAJ, bersedia untuk menyerang rakyat pada hari 428
DBKL telah pemasangan gangguan bunyi frekuensi tinggi,
Dipercayai digunakan untuk menyuraikan perhimpunan esok.
Ini boleh menyebabkan rasa sakit dan kehilangan pendengaran sementara, sila membawa earplug!
Segera share! ! !
The BN government purchased six sets of equipment LRAD(Long Range Aquistic Device) , ready to attack the citizen on 428,
City Hall staff installating of high-frequency sound interference, Believed to be used to disperse the rally tomorrow.
This may cause pain and temporary hearing loss, please bring earplugs!
SHare Immediately! ! !
Isnin, 23 April 2012
Rakyat tidak lagi hanya angguk dan terima
Sama jugalah keadaannya di Malaysia di mana pemerintah sudah berkuasa lebih setengah abad. UMNO-Barisan Nasional pastinya berharap rakyat menerima bulat-bulat segala cogan kata mereka. Antara cogan kata yang lebih mudah diserapi ialah "Satu lagi projek Barisan Nasional". Slogan ini boleh ditemui di mana-mana tapak projek pembangunan yang ditaja kerajaan dan rakyat umum pun sudah menerima sebagai hakikat bahawa "projek" itu semestinya "BN". Kalau bukan BN, siapa lagi?
Walau bagaimanapun, keberkesanan cogan kata BN tersebut ada buruknya juga. Projek kerajaan tidak semestinya berjaya dan ada kalanya gagal dan terpaksa dilupakan begitu sahaja. Namun, berapa lama lagikah rakyat harus turut perintah UMNO supaya terus lupa dan leka? Persoalannya, sudahkah tiba waktunya untuk rakyat membilang kembali kegagalan dan bangkit melawan kebobrokan yang sudah keterlaluan?
Tahun 2008 terpahat dalam sejarah Malaysia (bergantung kepada siapa yang menulisnya) sebagai tahun rakyat menyuarakan hasrat untuk perubahan. Harapan ini dimanifestasikan melalui keputusan PRU-12 yang melihat UMNO-BN hilang majoriti 2/3 dalam Dewan Rakyat dan parti-parti pembangkang dipilih menjadi kerajaan di empat negeri - Selangor, Perak, Pulau Pinang, dan Kedah - di samping Kelantan yang sekian lama menjadi kubu PAS. Jangkaan bahawa UMNO-BN pastinya berubah juga tidak kesampaian kerana dalam tempoh empat tahun kemudiannya, pelbagai indikator menunjukkan rejim setengah abad ini tidak mampu mengubah tabiat zalimnya. Kalau sudah 50 tahun memerintah tanpa perlu menghiraukan sesiapa, memanglah sukar untuknya berubah dan menjadi baik dengan tiba-tiba.
Jelasnya, motivasi UMNO-BN dalam politik negara adalah untuk mengekalkan kuasa, walau apa jua yang berlaku. Terdapat kajian sejarah yang menafsirkan tragedi pada 13 Mei 1969 bukan sebagai konflik yang organik, tetapi sebenarnya dimanipulasi untuk menguntungkan pihak-pihak tertentu dalam merampas tampuk kuasa kerajaan persekutuan. Akibatnya, mitos orang Melayu melawan bukan Melayu demi mempertahankan maruah bangsa dan negara telah dicipta semula berkali-kali untuk memperkasakan ideologi perkauman UMNO sebagai sesuatu yang semulajadi, seoalah-olah ia perintah Tuhan. Struktur penghasilan dan pengekalan kuasa ini serupa jika tidak sama dengan konsep Dewaraja pada zaman feudal.
Untuk UMNO terus berkuasa, rakyat perlu percaya dan menerima tanpa syarat bahawa orang Melayu ditindas golongan bukan Melayu. Untuk UMNO terus relevan, rakyat perlu sentiasa dipecahbelahkan supaya sistem perwakilan politik kita terus bergantung pada kontrak perkongsian kuasa yang ditandatangani si bangsawan dan dimaktubkan sebagai kontrak sosial tanpa sebarang konsensus rakyat. Maka, sesiapa yang berani mempersoalkan UMNO seringkali dilabel anti-Melayu, anti-Islam, atau anti-Raja. Label-label ini barangkali alasan mudah untuk tindakan kekerasan diambil ke atas mereka yang tidak turut perintah. Ramai juga yang terkena dan meringkuk bertahun-tahun dalam penjara.
Namun, tanpa disedari UMNO, zaman sudah berubah. Rakyat biasa tanpa mengira kaum dan agama sudah menemui matlamat yang sama dalam tuntutan supaya negara dibebaskan daripada penyelewengan dan pentadbiran kotor. Gerakan BERSIH 2.0 yang menuntut pilihanraya adil dan bersih adalah salah satu contoh rakyat mampu bersatu demi matlamat yang sama dalam melawan kerakusan UMNO-BN. Tuntutan BERSIH bukan hanya supaya BN dikalahkan, sebaliknya BN harus menang dalam pilihan raya yang tidak dipersoalkan kesahihannya. Kenapa BN takut pilihanraya bersih? Kenapa tidak memberi hak mengundi secara automatik kepada sesiapa yang layak? Kenapa daftar pengundi tidak telus dan bersih? Kenapa boleh terjadi 300 orang pengundi dalam sebuah rumah? Kenapa orang mati masih layak mengundi? Kenapa orang asing boleh menjadi warganegara dan pengundi sah dalam satu hari? Kenapa SPR tidak pernah mengenali penyelewangan pilihanraya? Kenapa dakwat kekal yang dijanjikan tiba-tiba ditarik perlaksanaannya pada PRU-12? Kenapa Najib Razak yang hampir kalah pada 1999 tiba-tiba menang dengan majoriti lebih 95 kali ganda pada 2004?
Soalan-soalan di atas bukan sahaja tidak mampu dijawab UMNO-BN, malah Perdana Menteri sendiri tidak kenal malu apabila menjanjikan demokrasi yang terbaik di dunia. Tak sempat rakyat habis ketawa, Ketua Polis Negara mengumumkan hanya 1% anggota polis terlibat rasuah. Terkini, Pengerusi SPR pula berkata daftar pengundi Malaysia adalah yang terbersih di seluruh dunia. Saya ingin meminta maaf terlebih dahulu, tetapi tiada kata-kata yang lebih sesuai untuk menggambarkan respons saya selain ungkapan Bahasa Inggeris "What the hell!"
Adakah rakyat akan menerima penjelasan si pemerintah dengan begitu sahaja? Ataupun kita turun ke ibukota pada Sabtu ini, 28 April, 2012 dan menghantar mesej yang jelas kepada bangsawan baru negara ini, iaitu kita tidak akan lagi tunduk dan menerima, kita akan bantah dan minta supaya yang rosak dibuang, yang jahat dipenjarakan, dan yang zalim dihancurkan.
Perubahan ini perlu bermula dari kesedaran rakyat bawahan sendiri. Rakyat perlu memberanikan diri supaya tidak lagi angguk dan terima, duduk dan diam, atau putus asa dan lupa. Rakyat boleh mengubah nasib negara dan masyarakat sekiranya kita berganding bahu dan bangkit melawan. Demokrasi bukan lagi permainan yang dikawal si pemerintah dan rakyat tidak akan terus menerima arahan bahawa demokrasi hanya boleh terpakai di tempat-tempat tertentu. Peristiwa perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2012 telah menunjukkan rakyat akan menang dalam pertarungan demokrasi jalanan walau apapun yang berlaku. Meriam air kimia, gas pemedih mata, dan macam-macam lagi keganasan polis boleh menyakitkan dan mencederakan para peserta, tetapi pemerintah tidak berupaya menewaskan semangat rakyat yang perjuangkan keadilan.
428, kita jumpa di Kuala Lumpur.
Rabu, 18 April 2012
Isnin, 16 April 2012
GAMBAR MARKAS PAS DI ROBOH OLEH BN
Gambar Markas PAS Di Roboh Umno BN
Namun kerana kerakusan dan kezaliman rejim Ali Rustam yang kian hari kian goyah telah nekad untuk merobohkan mercu tanda ini.
Namun semangat pengerak dan penyokong gerakan Islam PAS kawasan Bukit Katil tidak akan goyah dengan peristiwa pahit ini. Peristiwa pahit ini akan menambahkan lagi semangat kami untuk menumbangkan rejim Ali Rustam pada PRU 13 nanti..
SUMBER
Ahad, 15 April 2012
ISU PTPTN:KEBODOHAN TAHAP MELAMPAU!!!!
KEBODOHAN ISU PTPTN MEMANG DAH MELAMPAU!!!Ada Timbalan Dekan buat statement dalam berita yang semua loan mesti dibayar lebih dia ambil contoh caj bank yang patuh syariah (samada dalam bentuk upah atau apa-apa saja).Siap Berita pencacai di tv pada hari ini gunakan hadith...
Ni yang dikatakan bangang tak bertempat agak2 ler nak bandingkan loan untuk beli barang dengan loan untuk belajar!! ,aper dia ingat pendidikan ini barang ker per...
kesimpulannya "say yes for free education "sekiranya tak reti nak buat serah pada pakatan rakyat perintah ..Ini lah realiti media malaysia cuba sedaya upaya mempertahankan pemerintah biarkan untuk mengurangkan beban rakyat.tidak pula kedengaran suara anwar ibrahim berhujah dalam tv yang ada kritikan yang bagi saya tidak adil kerana hujah dari pihak yang tak pro kerajaan dinafikan terus tanpa ada peluang untuk
disampaikan .
Sabtu, 14 April 2012
Isu kapal selam menarik perhatian media Hong Kong
Ketika kes pengambilan komisen pembelian kapal selam masih dalam siasatan mahkamah Perancis, pengamal media Hong Kong mendedahkan melalui laman internet bahawa 36 juta euro disyaki telah disalurkan kepada Najib dan rakannya melalui sebuah syarikat Hong Kong.
Kini, media Hong Kong, Ming Pao mulai mengikuti perkembangan kes ini, malah mengesahkan bahawa Abdul Razak adalah salah seorang pengarah syarikat Hong Kong tersebut.
Ming Pao, sebuah akbar yang dimiliki Tiong Hiew King, tycoon Malaysia, telah melaporkan pada 7 April 2012, bahawa sebuah syarikat Hong Kong diheret dalam kes ini, di mana sebuah syarikat Perancis disyaki menyogok Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia sekarang, yang menyandang jawatan Menteri Pertahanan ketika kes ini berlaku.
Menurut laporannya, yang memetik sebuah agensi berita, bahawa syarikat DCNS telah menjual tiga kapal selam kepada Malaysia sebelum ini, dan 36 juta euro disyaki telah disalurkan kepada Najib dan rakannya, melalui sebuah syarikat Hong Kong.
Setelah siasatan dibuat, Ming Pao telah mengesahkan bahawa syarikat Hong Kong tersebut bernama Terasasi, dengan Abdul Razak Baginda dan Abdul Mulim Baginda sebagai pengarah syarikat. Kedua-dua orang ini beralamatkan Kuala Lumpur, tetapi alamat syarikat di Hong Kong ini merupakan syarikat setiausaha.
Laporan ini memetik tulisan John Berthelsen, Editor Eksekutif akhbar The Standard di Hong Kong yang tulisannya disiarkan di laman The Asia Sentinel.
Sebelum ini, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar mendesak agar Perdana Menteri Najib menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, dan menyaman John Berthesen serta Asia Sentinel sekiranya ia jelas merupakan satu fitnah semata-mata..
*Tulisan ini disedut dan diterjemah dari teks asal.
Khamis, 12 April 2012
Hamidah bagi kita ambil undi pangkah sdr radzi zainon....
Barang Hamidah sedang beredar
Dalam pada itu, ada pula yang bertanya, daripada peruntukan mana pula Hamidah memberi kali ini?
http://ajijoi.blogspot.com/, | 11 Apr 2012 |
Rabu, 11 April 2012
Anak Lelaki Dato Harussani Kini Bersama PAS
Anak Lelaki Dato Harussani berbaju coklat ...Ketika sesi ceramah Pakatan rakyat
Di Taman Soon Choon Ipoh Semalam..
Surah Hud ayat 15-16
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.
- Pemimpin Yang Menipu Rakyat
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).
Arkib Blog
-
▼
2012
(75)
-
▼
April
(21)
- video 5 minit sebelum gas dilepaskan
- gambar:salah satu taktik sb pakai gelang kuning
- Video Perbandingan BBC News Dengan astro ..Lihat s...
- Polis Yg Buka Sekatan Di Dataran Semalam?
- sentimental video bersih 3.0
- kecemasan ada 6 set pemasangan gangguan bunyi utk ...
- Rakyat tidak lagi hanya angguk dan terima
- GAMBAR LAWAK PERLI NAJIB ..KAH KAH KAH
- GAMBAR MARKAS PAS DI ROBOH OLEH BN
- ISU PTPTN:KEBODOHAN TAHAP MELAMPAU!!!!
- Isu kapal selam menarik perhatian media Hong Kong
- Hamidah bagi kita ambil undi pangkah sdr radzi za...
- Anak Lelaki Dato Harussani Kini Bersama PAS
- bersih 3.0:Bagaimana SPR Menipu di Perak?
- Tuu dia..Bapak altantuya kembali lagi..
- Midah sekali lagi membuat onar ...Kini di soon choon
- The Best Of Ustaz Azhar Idrus
- JOM BERSIH 3.0 :KERAGUAAN WARGA ASING MENGUNDI D...
- MCA kondem Islam.. DAP tanya IKIM nak tahu Islam..!!
- Mohon Solat Hajat Untuk Tuan Guru Dr.Harun Din
- BUDAYA GENGSTER DALAM UMNO MAKIN MENJADI -MENJADI ...
-
▼
April
(21)
blogger sempoi
-
-
-
Awas! Gua Hira ada Penunggu yang lapar!!!4 tahun yang lalu
-
Kisah Rahmah : Nabi dan jenazah seorang Yahudi4 tahun yang lalu
-
Haram Hukumnya Wanita Mengikuti Senam Aerobic5 tahun yang lalu
-
Gelagat Pas Lebih Umno Daripada Umno5 tahun yang lalu
-
#YaAkhi,You Tell Me Now!!! Apa yang Ditolak??5 tahun yang lalu
-
DIET KENYANG AZUE - DAY 35 tahun yang lalu
-
MB ucap selamat berjaya kepada calon SPM6 tahun yang lalu
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN6 tahun yang lalu
-
-
Pembekal Bendera dan Barangan Kempen Pilihan Raya6 tahun yang lalu
-
Cara Bangun Untuk Bertahajjud.7 tahun yang lalu
-
-
Promo Indomaret8 tahun yang lalu
-
Pecah Berita Lagi!!!8 tahun yang lalu
-
Terima kasih rakyat Malaysia8 tahun yang lalu
-
Anak Nik Aziz Sertai Amanah8 tahun yang lalu
-
Ampun Tuanku !! Tolong Pecat Najib Dan Peguam Negara9 tahun yang lalu
-
-
RM2.6 billion untuk lawan DAP9 tahun yang lalu
-
Pic Viral Benzema in Arsenal FC9 tahun yang lalu
-
Zikir Munajat.avi9 tahun yang lalu
-
-
-
Politik samseng ganas makin berakar dalam PAS?9 tahun yang lalu
-
-
PRK Teluk Ensen ... undi BN tambah 0.35% je .. ce pikio10 tahun yang lalu
-
-
-
LEMBU Korban MENGAMUK Di IPOH, 9 Cedera11 tahun yang lalu
-
cartoon sex11 tahun yang lalu
-
Hakikat BN, PAS dan Syiah11 tahun yang lalu
-
PRU13: BAKAL MENJADI KENYATAAN!11 tahun yang lalu
-
Di Sekitar PIKOM PC Fair 2012 (III) @ KL Convention Centre12 tahun yang lalu
-
-
'Masuk PAS kerana prinsip, rezeki Allah tentukan'12 tahun yang lalu
-
gajah oh gajah12 tahun yang lalu
-
Tok Guru temu mata puak-puak demo di Shah Alam12 tahun yang lalu
-
Hujan Itu Rahmat13 tahun yang lalu
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-