Gambar yang disiarkan oleh Jeebond dari Blogpolitik
mempersoalkan siapakah lelaki-lelaki yang tidak memakai ‘T’ Shirt BERSIH tetapi
mengenakan jacket yang membuka halangan yang telah didirikan oleh pihak DBKL di
sekitar Dataran Merdeka.
Tindakan mereka yang mengalihkan atau membuka
halangan tersebut telah menyebabkan para Peserta BERSIH 3.0 memasuki kawasan
Dataran Merdeka.
Akibatnya tindakan dari Pihak Polis bermula maka
berbagai berita yang buruk tentang Himpunan BERSIH 3.0 disiarkan oleh Media
yang dikawal pihak UMNO/BN.
Antaranya adalah berita seperti di bawah..
---------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR 28 April - Seperti mana dijangka, perhimpunan Bersih 3.0 yang
diadakan di ibu negara hari ini berakhir dengan keganasan.
Ia berikutan tindakan peserta perhimpunan itu yang bertindak ganas dan
biadab bukan sahaja dengan merempuh sekatan polis malahan turut menyerang serta
memukul sehingga menyebabkan 11 anggota pasukan keselamatan cedera.
Tidak cukup dengan itu, peserta-peserta demonstrasi juga bertindak liar
apabila mereka menyerang dan menterbalikkan sebuah kereta polis yang terbabas.
Mereka juga turut memusnahkan kawat besi dan penghalang yang dipasang di
laluan masuk ke Dataran Merdeka, penyokong Bersih sanggup melakukan apa sahaja
keganasan termasuk mencederakan petugas media sehingga parah.
Tindakan ganas kumpulan itu bermula apabila mereka merempuh benteng pasukan
polis yang berbaris di depan pusat beli-belah KLCC kira-kira pukul 10.30 pagi
sehingga mengakibatkan beberapa anggota polis mengalami kecederaan – Lidah Rasmi
UMNO
Dalam ramai dari kita yang tertanya-tanya..
tiba-tiba muncul Zaharin Mohd Yasin, Setiausaha UMNO Bandar Tun Razak membuka
cerita..
Bacalah apa yang di tulisnya dalam wall FB miliknya ini…
Dalam mengatakan
orang lain bodoh.. dia sendiri mempamerkan kebodohannya kerana terlalu
bangga untuk menceritakan rahsia yang sepatutnya dirahsiakan beliau
mendedahkannya kepada umum..
Ini pula satu dari contoh yang dinyatakan oleh SU UMNO kat atas tu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan