Rabu, 4 April 2012

JOM BERSIH 3.0 :KERAGUAAN WARGA ASING MENGUNDI DI TERENGGANU .

KEMAMAN – PAS Terengganu mempunyai fakta kukuh bagi menyokong dakwaan mereka yang berjaya mengesan kira-kira 5,006 warga asing mendaftar sebagai pengundi di negeri ini, dengan 43 daripadanya turut dikesan tiada rekod dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tetapi tersenarai dalam daftar pemilih.

Pesuruhjayanya, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata, pendedahan itu bersandarkan fakta dan bukti serta bukan omongan kosong.

Justeru, beliau berkata, isu berkenaan juga akan dibangkitkan dalam Sidang Dun Terengganu yang akan bersidang pada 22 dan 23 Ogos ini.

“Selepas ini kita akan dedahkan lagi (beberapa perkara berkaitan). Terdahulu kita turut dedahkan mengenai terdapat seramai 44 orang pemilih di negeri ini mengundi lebih daripada sekali dan kita akan terus mendedahkan (perkara yang tidak betul),” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan dan beramah mesra bersama peniaga dan pengunjung Bazar Ramadan Chukai, di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penafian Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengenai dakwaan kewujudan pengundi warga asing dari Myanmar itu, sebaliknya memberitahu mereka asalnya warga Malaysia yang menjadi pelarian ketika zaman British sebelum dibawa balik ke negara ini dan diberi kerakyatan.

Ahmad turut menyifatkan PAS kini berada dalam keadaan tertekan sehingga membangkitkan isu berkenaan sedangkan isu itu bukan baru.

Mengulas lanjut, Abdul Wahid mendakwa, hakikatnya memang benar terdapat 5,000 lebih warga Myanmar diberi kerakyatan dan proses itu dilakukan di Langkawi, Kedah yang akhirnya mereka turut dibawa masuk ke negeri ini.

“Sebab apa proses dilakukan di Kedah dan mereka kemudian dihantar ke sini iaitu di kawasan Dun Kijal dan Air Putih? Perkara ini rancak dilakukan dalam kalangan pendatang asing tanpa izin (Pati) yang diberikan kad pengenalan. Ini adalah satu isu besar yang jadi isu negara.

“Soalnya sekarang, angka itu (pengundi warga asing) bertambah dengan banyak seolah-olah kemasukan itu memang dirancang dan satu lagi, saya mahu tegaskan mana ada orang Burma (Myanmar) keturunan Malaysia, paras rupa mereka pun Burma asli,” katanya.

Menurutnya, PAS hanya mahu sistem pilihan raya telus seperti bermain bola di padang yang rata- Sinar Harian

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi