ISLAM IBARAT ROH ..MELAYU IBARAT JASAD ..Siapa yang Paling Bertakwa dialah yang terbaik..ALLAHUAKBAR
Sabtu, 28 Februari 2009
PAS-UMNO ( Islam -Nasionalis ) Di Pakistan & Palestin Mula Berdamai ...
Ya, Saya tahu. Berita dari Pesyawar Pakistan, Selasa 24 Februari… Kelompok pro-Taliban di Pakistan, bersedia ‘damai’ melalui gencatan senjata untuk jangka waktu yang tidak terbatas dan mahu membebaskan tahanan. Kelompok itu menerima gencatan senjata setelah pemerintah menyetujui perlaksanaan syariat Islam khusus di Lembah Swat. Kelompok gerila pro-Taliban di Lembah Swat yang dipimpin Maulana Fazlullah itu memperjuangkan syariat Islam selama dua tahun terakhir.
Lapan hari lalu, pemerintah Pakistan telah bersetuju melaksanakan syariat atau hukum Islam sebagai satu-satunya aturan hukum di Lembah Swat. Gencatan senjata tidak terhad itu merupakan gencatan senjata tetap untuk mengganti gencatan senjata yang berlaku sementara selama 10 hari. Mereka juga membebaskan tiga orang sebagai bukti ‘niat baik’, dua di antaranya adalah ahli politik. Pemerintah tempatan menyambut baik gencatan senjata itu kerana menganggap langkah itu sebagai perkembangan positif dan membuka peluang perdamaian abadi.
Walaupun penduduk tempatan bergembira atas kesepakatan tersebut, tetapi bagi AS, Eropah, Afganistan, dan India merasa bimbang dengan perlaksanaan undang Islam itu kerana ianya akan menyuburkan gerakan kelompok perlawanan di wilayah Barat Laut Pakistan yang selama ini menjadi .’markas’ Taliban dan Al Qaeda. Demikian menurut REUTERS/AFP/LUK. Begitu juga di Palestin, dikatakan kumpulan HAMAS menyambut baik untuk menghentikan perbalahan dengan FATAH dari PLO (Pertubuhan Pembebasan Palestin) semalam (Lihat berita di TV semalam).
Kalau di Malaysia PAS (Parti Islam Se Malaysia) adalah gerakan berpaksikan Islam, dan UMNO (United Malay National Organization) adalah berdasarkan perjuangan kebangsaan Melayu. (Sila undang-undang tubuh kedua-dua parti). Kalau di Lembah Swat Pakistan, kumpulan pro-Taliban adalah kumpulan Islam yang puluhan tahun menentang pemerintah nasionalis Pakistan. Begitu juga di Palestin HAMAS yang perjuangkan Islam tulin sentiasa dihalangi oleh kumpulan nasionalis Arab termasuk Fatah dari PLO yang asalnya pimpinan Yasir Arafat. Pertentangan antara Islam dengan nasionalis ini sentiasa berlaku sepanjang sejarah.
“
Kalau PAS di Pakistan dan di Palestin, sudah mulai ke meja rundingan dengan UMNO di sana, ada ke ruang perundingan seperti itu boleh dilaksanakan di Malaysia sekarang?” Saya tanya pendapat dia.
“PKR dan DAP nak letak di mana?”
“Kan UMNO pun ada rakan kongsi, seperti MCA, MIC dan segala macam! Sama le. Kalau UMNO setuju negara Islam, tentu PAS mahu. Kan UMNO pun selalu cakap pasal Islam?” Saya jelaskan.
“Kalau sama-sama setuju negara Islam, orang bukan Islam nak buang ke mana? Mereka sudah tentu tolak negara Islam!”
“Cara berfikir engkau kena betul.” Kata saya. “Kalau DAP yang dikatakan amat tebal perkaumannya boleh kawan dengan PAS yang keras nak ‘negara Islam’, takkan le UMNO tak boleh motivasi parti-parti gabungannya. Tak pernah saya fikir kerajaan pimpinan DAP nak ‘amal makruf nahi munkar’ macam Khalifah Umar Abdul Aziz! Tapi hal ini boleh terjadi. Kalau ada negara Islam, mengapa nak buang orang bukan Islam? Cara berfikir kamu, sudah berunsur kepengganasan! Negara Islam bukan nak buang atau bunuh orang bukan Islam,
tetapi WAJIB melindungi orang bukan Islam. Ada hak istimewa orang bukan Islam dalam negara Islam!”
Orang Islam pun tak faham agama sendiri, apa lagi orang bukan Islam, kecuali orang bukan Islam yang cerdik?
Sekian catatan santai kali ini.
ibnuhasyim.com
Jumaat, 27 Februari 2009
Kehadiran PAS dalam Pakatan Rakyat.
Kehadiran PAS dalam Pakatan Rakyat adalah atas dasar-dasar titik persamaan dasar perjuangan Islam yang diperjuangkan PAS dengan PKR dan DAP. Di sini PAS jelas dengan matlamat utama mereka iaitu untuk menumbangkan Kerajaan Persekutuan yang diterajui BN. Ini kerana BN dipenuhi dengan rasuah dan zalim. Lihat sahaja akta ISA yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam dan melanggar hak asasi manusia, BN juga jelas tidak mampu membahagi sama rata hasil kekayaan negara Malaysia. Lalu PAS berijtihad untuk bekerjasama dengan PKR dan DAP atas titik persamaan menentang rasuah, menentang kezaliman, memperjuangkan hak asasi rakyat dan ingin mewujudkan keadilan sosial di Malaysia. Sedangkan Rasulullah menyetujui dengan Halful Fudhul, siapa kita untuk menolak konsep sejagat yang dibawa baginda Rasulullah. PAS bukan sengaja mahu bekerjasama dengan PKR dan DAP atas dasar gila kuasa. PAS tetap dengan dasar utama mereka iaitu agenda Negara Islam.
Kemerdekaan, Kebebasan dan Islam! Inilah perkataan yang dilaungkan semasa revolusi Islam Iran. Kita selalu berbicara tentang revolusi Iran, tetapi apakah kita faham tentang bagaimana revolusi Iran itu berlaku? Revolusi Iran yang dipimpin oleh Ayatollah Khomeini itu menggabungkan seluruh rakyat Iran tanpa mengira apa ideologi mereka, ada yang berideologikan Islam, dan ada yang berideologikan sosialis. Tetapi Khomeini faham, untuk menjatuhkan Syah Iran yang berkuasa, Khomeini telah menggabungkan seluruh rakyat Iran dari pelbagai aliran ideologi untuk menentang Syah Iran, mereka bergabung atas titik persamaan untuk menumbangkan kezaliman yang lebih besar. Setelah Syah Iran ditumbangkan, barulah Ayatollah Khomeini dengan kebijaksanaannya bergerak untuk menubuhkan Republik Islam. Dengan majoriti rakyat Iran yang menyokong pemerintahan Islam semasa itu, Ayatollah Khomeini telah diberikan kejayaan oleh Allah. PAS telah banyak belajar dari peristiwa ini. Konsep inilah yang telah menjadi tunjang dalam Revolusi Iran.
PAS sedar, untuk menumbangkan kerajaan yang diterajui BN, mereka harus bekerjasama dengan PKR dan DAP untuk membentuk sebuah pakatan yang diasaskan atas titik-titik persamaan untuk menentang satu bentuk kezaliman yang jauh lebih besar. Kezaliman Barisan Nasional. Jika selepas kerajaan zalim BN tumbang barulah Islam akan dapat diperjuangkan oleh PAS dengan lebih jaya. BN juga mesti ditumbangkan terlebih dahulu kerana merekalah yang telah banyak merosakkan keadilan ekonomi dan sosial di Malaysia.
Jika PAS tidak mampu untuk menegakkan Islam dalam Pakatan Rakyat, masa ini barulah PAS boleh berkira-kira untuk keluar dari Pakatan Rakyat, tetapi hanya setelah BN tumbang.
Bayangkanlah sekarang, PAS dan parti-parti dalam Pakatan Rakyat terpaksa berhadapan dengan BN dalam pilihanraya yang tidak adil dan penuh rasuah dan bermacam-macam lagi taktik kotor BN. Jika BN ditumbangkan, dan jika PR tepaksa dibubarkan atas perbezaan prinsip dan ideologi, maka kemungkinan besar PAS dan parti-parti politik lain akan dapat bertanding dalam pilihanraya yang jauh lebih adil, dan ini akan mencerahkan peluang PAS. Tetapi jauh sebagai sebuah harapan, diharapkan kerjasama dalam PR akan berterusan dan Islam akan diterima di Tanah Air, InsyaAllah.
Sokongan Bukan Islam
PAS jelas, untuk menegakkan Islam di Malaysia, PAS harus menguasai majoriti 2/3 dalam Dewan Rakyat (untuk mengubah Perlembagaan Negara, harus kita faham di sini, untuk menegakkan undang-undang Islam, Perlembagaan Negara mesti diubah, atas sebab inilah undang-undang Islam di Terengganu dan Kelantan yang telah di draf oleh Kerajaan PAS tidak dapat ditegakkan). Tetapi dengan kekuatan dan Jumlah Melayu Islam di dalam Dewan Rakyat, ianya tidak mencapai 2/3 (Jumlah kerusi Melayu-Islam di Dewan Rakyat tidak mencecah 130 daripada 222 kerusi). Jika PAS menang semua kerusi di Kawasan Parlimen yang majoritinya Melayu Islam, jumlahnya takkan sampai 2/3 kerusi di Dewan. Jadi di sini PAS memerlukan sokongan ahli Dewan yang bukan Islam untuk menegakkan Negara Islam, perkara ini telah dinyatakan dengan jelas oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Almarhum Ustaz Fadzil Noor bgitu berpandangan jauh dalam hal ini. Kelihatannya seperti agak sukar, tetapi PAS tetap komited dengan perjuangan mereka, oleh itu PAS memperkenalkan kebaikan sistem pemerintahan Islam kepada rakyat Malaysia yang bukan Islam. Islam ialah rahmat untuk seluruh Alam, kebaikan Islam bukan hanya untuk umat Islam sahaja.
Semangat Nasionalisme Melayu sering melanda kita hingga kita membenci kaum bukan Melayu dan Bukan Islam di Malaysia. Bukankah Rasulullah sendiri menentang semangat Asabiyyah(semangat menolong bangsa sendiri atas dasar kezaliman dan terlalu mencintakan bangsa sendiri). Dalam Al Quran sendiri ada menyatakan yang Allah telah mencipta berbagai-bagai bangsa itu untuk saling kenal mengenali. Di Malaysia, orang-orang melayu sering berprasangka terhadap bangsa-bangsa bukan Melayu, kita menganggap mereka sebagai bangsa penumpang dan pendatang. Pada asalnya mereka memang bangsa pendatang, tetapi dalam usaha untuk mencapai kemerdekaan, Puak UMNO yang mewakili melayu telah menerima cina sebagai rakyat Tanah Melayu, dan konsep ini telah ditentang olah PAS dan Parti Negara. Tetapi setelah UMNO sendiri yang menerima kehadiran Cina dan India sebagai rakyat, UMNO sendiri yang melancarkan dasar diskriminasi terhadap Cina dan India. PAS yang pada mulanya menentang pemberian hak kerakyatan secara Jus Soli kepada Cina dan India telah membuka minda mereka yang kini Malaysia telah dikongsi oleh 3 bangsa. Oleh itu PAS secara jelas dengan konsep keadilan Islam untuk semua, tidak kira Melayu-Islam, Cina atau India.
Jika kita terlalu membenci cina, cuba kita tanya pada diri kita, sejak Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan, telah banyak wang (berbillion ringgit) yang sepatutunya dibahagi secara adil kepada semua rakyat, tak kira Melayu maupun bukan Melayu telah pun dibelanjakan untuk melayu sahaja, itupun kebanyakkannya unutk mengayakan Melayu dari kalangan UMNO. Pendapatan negara yang ekonominya ditunjangi oleh bangsa cina digunakan unutk membangunkan orang-orang Melayu terutamanya dari golongan UMNO! Setelahlebih 30 tahun dasar ini dijalankan dan tidak berjaya, kerajaan tetap meneruskannya juga. Inilah yang ditentang keras oleh PAS, PKR dan DAP, ketidak adilan Sosial! Golongan Melayu selalu berpandangan bahawa golongan Cina mencuri kekayaan negara yang sepatutnya milik bangsa Melayu, tetapi cuba kita fikir, sudah berapa billion ringgit malaysia duit hasil dari kutipan cukai daripada bangsa cina telah digunakan untuk mengayakan beberapa individu dari melayu UMNO. Perompak wang Melayu bukanlah bangsa cina, tetapi UMNO!
Atas nama ketidakadilan sosial yang ditimbulkan UMNO-BN, kita harus tumbangkan mereka, Islam tidak mengajarkan kita mencuri wang rakyat walaupun rakyat itu dari kalangan bukan Islam.
Rasulullah sendiri telah menerima kehadiran kaum Yahudi dalam Negara Islam Madinah, tetapi dengan bersyarat, bahawa Yahudi mesti mematuhi piagam Madinah. Lihat Artikel 17 Piagam Madinah: ”Wajib bagi semua orang Islam untuk membantu dan menyampaikan simpati kepada seorang Yahudi yang telah memasuki satu perjanjian dengan kita. Janganlah sama sekali satu kezaliman dilakukan keatas mereka atau musuh mereka dibantu untuk menentangi mereka.”
Lihat artikel 39 Piagam Madinah:”Jika masyarakat ketiga melancarkan perperangan ke atas orang Islam dan Yahudi dalam perjanjian ini mereka akan memerangi secara bersatu. Meraka akan saling bantu membantu dan akan bersangka baik dan mentaati.Orang Yahudi dakan menanggung perbelanjaan perperangan dan orang Islam menanggung perbelanjaan mereka sendiri.”
Baca sendiri persetiaan yang dibuat oleh Rasulullah dengan orang-orang Yahudi Madinah sedangkan Yahudi ialah bangsa yang dilaknat Allah SWT. Rasulullah juga menegaskan, perbelanjaan keatas Islam dilakukan oleh orang Islam sendiri, apakah ini yang berlaku di Malaysia?
Kita juga selalu melenting apabila orang-orang bukan Islam terutamanya yang dari parti politik DAP, MCA dan MIC yang selalu menentang keras tentang konsep Negara Islam. Majoriti daripada mereka menentang kerana meraka tidak memahami konsep Negara Islam. Kerajaan BN yang setelah lebih 50 tahun merdeka sedikitpun tidak berusaha untuk menerangkan konsep Negara Islam kepada orang-orang bukan Islam termasuk orang-orang Islam sendiri, PAS dibiarkan berjuang bersendirian untuk menerangkan konsep negara Islam, bayangkanlah......Orang-orang Islam sendiripun banyak yang tidak mengetahui dan memahami konsep Negara dan undang-undang Islam, bagaimana kita boleh mengharap bangsa-bangsa yang bukan beragama Islam (yang majoritinya dari parti DAP, MCA, MIC dan Gerakan termasuk keADILan) memahami tentang Islam.
Rasulullah juga pernah bersabda ”barangsiapa yang menyakiti Dzimmi, maka dia telah menyakiti aku”.
Tentera Hijau dari Gunung dan Chip Jihad
SPRM Perlu Siasat Ketua Perhubungan Umno Perak-Nik Aziz
Pertukaran nama baru daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR), belum memadai apabila banyak kes yang dilaporkan Pakatan Rakyat seperti disenyapkan.Sebaliknya pantas sekali bertindak kalau melibatkan aduan daripada pemimpin Umno.
Buktinya Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar terus disiasat SPRM setelah menerima laporan pemimpin Barisan Nasional (BN).Sebelum ini Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato’ Seri Ahmad Said Hamdan membuat kenyataan pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa V. Sivakumar kerana menggantung Menteri Besar Perak dan enam anggota Exco daripada menghadiri persidangan Dun.
Mengulas perkembangan tersebut Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mempersoalkan mengapa SPRM tidak menyiasat orang yang dikatakan menjadi punca kepada tiga Adun Pakatan Rakyat di Perak berpaling tadah.“Sepatutnya yang bertanggungjawab mencetus isu tersebut dan membawa tiga Adun terbabit ke Istana Perak perlu disiasat SPRM kerana segala masalah yang berlaku sekarang berpunca dari situ.“
Kita belum mendengar ada maklumat badan tersebut menyiasat Pengerusi Perhubungan Umno Perak yang baru dilantik, kerana difahamkan dia ada hubungan dengan tiga Adun tersebut hilang dan muncul di Putrajaya.“Hilang ke mana.. tentunya ada hubung kait pemimpin tertentu. Jadi kita persoalkan kenapa tidak disiasat pihak terbabit, kalau benar-benar mahu lebih profesional,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka, semalam.Beliau berkata, SPRM seolah-olah berfungsi menyiasat kes tertentu sahaja dan pembaharuan yang dilakukan sekarang tidak memperlihatkan badan itu benar-benar telus.“
Selama tidak ada sifat taqwa pada pengerusi dan jawatankuasanya, mereka tidak akan melakukan siasatan ke atas pemimpin negara. Yang disiasat hanya anak-anak bilis.Habiskan duit rakyat“Oleh itu, tubuh apa jenis badan sama ada polis atau badan pencegah rasuah, ia menjadi kerja sia-sia kalau dilihat terhadap apa yang berlaku sekarang. Habis masa dan wang rakyat,” katanya.Sebelum ini tiga bekas Adun Pakatan Rakyat di Perak, Hee Yit Foong (Jelapang), Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) hilang dan tiba-tiba muncul bersama Dato’ Seri Najib Razak di Putrajaya.“
Tindakan itu tidak sah, tindakan yang tidak membawa ke syurga, bahkan tindakan yang boleh membawa ke neraka,” kata Menteri Besar Kelantan.Menurutnya tindakan pemimpin yang menjatuhkan kerajaan di luar normal biasa jelas tidak ada dalam diari perjuangan Islam.Beliau juga mempersoalkan adakah kerana Dato’ Seri Nizar Jamaluddin melakukan kesalahan rasuah sehingga Pengerusi Perhubungan Umno Perak bertindak merampas kerajaan negeri dengan cara tidak halal.“Yang menjadi persoalannya kenapa Pengerusi Umno bertindak demikian. Adakah Nizar melanggar peraturan Kerajaan atau menyalahgunakan kuasa hingga menyebabkan berlakunya rampasan kuasa di Perak.“
Jika tidak demikian bermakna tindakan dilakukan pihak berkenaan berasaskan semata-mata nafsu. Memuja nafsu dan bertindak seperti gengster,” katanya.Menurutnya segala yang berlaku kerana Umno membuang sifat taqwa kepada Allah menyerlahkan lagi amalan mereka memisahkan agama dan politik.Beliau berkata, berdasar kepada tindak tanduk Umno itu membuat rakyat terutamanya golongan cerdik pandai semakin menjauhi parti tersebut.Tindak tanduk Umno seperti gengstar“Apabila Umno mencetuskan banyak isu, semakin dibenci golongan intelek, katanya.Malah katanya, orang muda sekarang melihat pemimpin Umno semacam terkena allergic.“Seorang bekas mufti mengatakan Umno sekarang sudah menjadi allergic dan saya pula anggap macam penyakit berjangkit yang mesti dijauhi orang ramai," katanya.
Beliau juga berkata, sekiranya seseorang pemimpin itu mendapat kedudukan tinggi kerana amalan rasuah yang diamalkan, mereka tidak layak hidup di muka bumi ini,” katanya.Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyifatkan Umno sekarang berada dalam kolam najis kerana amalan rasuah sudah sebati dengan pemimpin parti itu.“Mana rakyat boleh menerima pemimpin sebegitu,” katanya.
http://www.harakahdaily.net/
Posted by Azizul Nizam at 11:04 PM 0 comments
Rabu, 25 Februari 2009
DAP SEMAKIN FAHAM ISLAM SETELAH BERSAMA PAS DALAM PAKATAN RAKYAT
UMNO menuduh Hj Nizar boneka DAP, mengikut telunjuk Nga dan Ngeh, pentingkan Cina dari Melayu, setiap ucapan kena rujuk DAP, kenyataan akhbar juga ikut kehendak DAP, beri kuasa DAP agih tanah pada Cina dan sebagainya. Hari ini saya nak cabar kerajaan haram BN dedahkan semua yang didakwa dengan bukti-buktinya, lapor pada SPRM atau polis dan seretlah Hj Nizar dan semua EXCO ke mahkamah. BN ada kuasa haram, gunakanlah kuasa haram untuk mengiyakan apa yang kamu dakwa.
Sebenarnya itu semua dakwaan kosong, fitnah, palsu, tak ada modal nak cari isu, mereka-reka isu palsu supaya rakyat terpedaya, media pula dikuasai oleh mereka, Samad Majid dari FM Perak pula buat lapuran dalam Berita Perak di Radio setiap hari. Setiap dakwaan dan tuduhan tidak pula Hj Nizar sebagai MB dan EXCO diberi peluang menjawabnya.
Hubungan antara pimpinan Pakatan Rakyat Perak cukup intim, saling memahami, tidak pernah menimbulkan isu yang sensitif samada agama atau yang menyentuh hak orang Melayu. Hj Nizar pula setiap kali memulakan ucapan dalam apa sahaja majlis samada majlis itu dihadiri ramai orang bukan Islam atau tidak, pasti muqaddimah ucapannya dimulakan dengan petikan ayat-ayat al Quran, diterjemah dan diberi kupasan untuk tujuan dakwah kepada mereka. Kadang-kadang diterjemah dalam bahasa Inggeris supaya mereka lebih memahaminya.
Nga, salah seorang EXCO DAP sentiasa mengikuti ayat-ayat Quran yang dibaca oleh Hj Nizar dan bertanya saya dari ayat mana dan surah apa. Saya beritahu ayat dan surah yang dibaca. Katanya dia mahu study di rumah ayat yang dibaca oleh Hj Nizar. Di mini perpustakaan Nga ada terjemah al quran dalam bahasa Inggeris, dia cari ayat tersebut dan dikajinya. Akhirnya beliau kagum dengan Hj Nizar, menurut Nga ayat-ayat Quran yang dibaca Hj Nizar mesti ada kaitan dengan majlis yang diadakan. Malahan, beliau turut mencari mana-mana ayat al Quran yang berkaitan dengan prinsip keadilan, kebajikan, integriti, ketelusan dan amanah, beliau bertanya saya dan meminta saya mengajarnya bagaimana cara menyebut dalam bahasa Arab, saya menulis dalam huruf rumi ayat-ayat tersebut dan ternyata dibacanya dalam ucapan dan ceramah walaupun pelat, diterjemah dan dihurai dengan begitu baik prinsip-prinsip tersebut mengikut ajaran al Quran.
MCA, MIC dan semua parti komponan BN yang lain, ada atau tidak pemimpin mereka membuka al Quran, membaca dan menterjemah serta mengulas mana-mana konsep mengikut ajaran Islam. Seingat saya, tidak ada pemimpin MCA dan MIC yang berbuat demikian, sebab itu mereka tidak faham Islam walaupun berkawan dengan UMNO sejak sekian lama, apatah lagi UMNO yang menjadi rakan mereka sendiri tidak faham Islam. Sebaliknya, DAP sejak berkawan dengan PAS, sama-sama memerintah Perak khususnya, cukup memahami konsep keadilan, amanah dan kebajikan mengikut ajaran Islam. Bahkan mereka juga tahu hukum Hudud yang selama ini mereka diberi gambaran yang salah oleh media dan pemimpin BN.
Qari dan Qariah Perak telah menjuarai tilawah al Quran peringkat Kebangsaan. Ngeh dari DAP mencadangkan kepada MB Perak supaya mereka diberi anugerah berupa sumbangan, MB setuju beri 5 ribu setiap seorang, Ngeh cadang 10 ribu setiap seorang, sebab mereka telah mengharumkan nama Perak. Malahan turut dicadangkan kerajaan taja mereka mengerjakan haji atau umrah. Cadangan tersebut diberi perhatian oleh MB dan bersetuju buat majlis dan beri sumbangan 10 ribu seorang dan jurulatihnya 5 ribu.
Seorang Tok Guru pondok dari Pengkalan Hulu yang juga ahli majlis fatwa negeri Perak yang dikenali dengan nama Pak Teh. Pak Teh ada pondok yang mempunyai murid yang agak ramai, pondok Pak Teh agak uzur, muridnya ramai, gurunya pula tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Pak Teh ada memohon kira-kira 45 ekar tanah hutan di belakang pondoknya. Tanah hutan tersebut dipohon sejak bertahun-tahun dahulu untuk diusahakan dengan pertanian. Pak Teh mengadu pada Dato' Seri Hj Nizar sempena lawatan kerja MB Perak ke Pengkalan Hulu.
Di pejabat, MB mengarahkan pegawainya menyemak semula permohonan Pak Teh, dalam semakan MB, didapati permohonan Pak Teh sudah lengkap laporannya di PTG, semua Jabatan berkaitan menyokong permohonan Pak Teh dengan mengatakan tiada halangan untuk diberi pertimbangan kelulusan, tetapi fail tersebut tidak diangkat ke mesyuarat EXCO untuk diluluskan, Hj Nizar terus mengarahkan PTG menyediakan fail segera untuk diangkat ke mesyuarat EXCO supaya diberi pertimbangan kelulusan. Dan mesyuarat EXCO terus meluluskan, Ngeh bertanya kepada MB mengapa hanya 45 ekar sahaja yang diluluskan, tanah kerajaan luas lagi di Pengkalan Hulu, untuk mencari dana bagi tujuan pendidikan Ngeh mencadangkan diberi sahaja 100 ekar. Tujuan Pak Teh mohon tanah kata Negh bukan untuk kepentingan peribadi tetapi kepentingan bagi melahirkan tokoh-tokoh ulama di Perak. Itu kata Cina DAP yang sering ditohmah oleh UMNO. Tajol Rosli jadi MB Perak sejak 10 tahun dulu bersama dengan EXCO muslim yang lain, Pak Teh pula ahli Majlis Fatwa negeri Perak, permohonan tanah yang diajukan kepada MB BN ketika itu diabaikan. Sepatutnya mereka malu dengan Ngeh yang nampaknya lebih prihatin terhadap perkembangan pendidikan Islam di Perak.
DAP tidak pernah membantah apa sahaja cadangan mengenai hal ehwal Islam, apabila bantuan perkapita diberi semula kepada Sekolah Agama Rakyat, EXCO DAP tidak membantah. Mereka tidak pula meminta supaya sekolah-sekolah Cina turut diberi bantuan perkapita. Permohonan-permohonan untuk tujuan baik pulih masjid, surau, sekolah-sekolah agama sering diluluskan oleh MB, DAP dan EXCOnya tidak juga membantah atau dengki. Program-program Islam yang dicadangkan dan dilaksanakan oleh kerajaan Negeri seperti buka puasa dan solat tarawikh di dataran DBI, kempen solat, tazkirah setiap hari sepanjang Ramadhan menggunakan pembesar suara dan juga azan Zohor di Surau SUK menggunakan pembesar suara tidak pernah dibantah oleh DAP.
Sebenarnya DAP dengan semua ADUNnya jauh lebih baik, prihatin, mudah mesra dan pandai menyesuaikan diri berbanding dengan MCA dan MIC. Sebab itu, mereka ditolak oleh pengundi Cina dan India. Orang Melayu juga yang payah berubah, tetapi Insya Allah saya yakin, perkembangan politik mutaakhir ini menunjukkan orang Melayu juga akan berubah untuk menolak BN secara total dalam pilihanraya akan datang.
Dipetik dari blog misbahul munir
Kemajuan & kemunduran, Borjuis Kaya & Proletariat Marhaen, Keadilan Insan dan sosial. BHG 2
Aku dambakan sistem ekonomi yang lebih adil
Atau mungkin kerana sistem ekonomi kita yang tidak berlandaskan takwa, iman dan kesederhanaan yang menyebabkan keberadaan ekonomi Negara kita menjadi bobrok? Sistem ekonomi Islam bolehlah kita bayangkan begini, seperti yang Prof Dr Hamka bayangkan, Seorang Ibu yang membesarkan dan menyusukan, pasti tidak mengharapkan apa-apa balasan dari anaknya, tetapi anaknya harus sedar dengan sendiri bahawa tanggungjawab dia sebagai anak untuk menampung kehidupan ibunya. Oleh kerana itu Islam mengenakan zakat pendapatan dan zakat perniagaan yang rendah, kerana zakat dan cukai yang rendah dapat menjana ekonomi Negara dan mengelakkan “ideologi meminjam”.
Bayangkan di Negara kita, cukai pendapatan individu yang tinggi dan cukai yang tinggi sebenarnya agak merencatkan ekonomi Negara. Syarikat-syarikat konglomerat borjuis juga terpaksa meminjam dengan banyak dari pihak bank untuk menjana sesuatu projek besar yang mereka usahakan, ini akibat cukai yang terlalu tinggi yang dikenakan pihak kerajaan hingga menjadikan dana mereka kurang mencukupi untuk membiayai projek mereka sendiri. Ini juga amat menguntungkan pihak bank, yang secara percuma dapat untung “atas angin” dan menggalakkan riba. Zakat perniagaan yang rendah akan meri ruang untuk syarikat itu mempunyai dana yang besar dan kurang perlu untuk berhutang, mereka juga akan mampu menaikkan pendapatan pekerja mereka. Apabila mereka dapat memperbesarkan syarikat mereka dengan kurang tanggungan hutang, maka sesebuah syarikat itu dapat menambahkan guna tenaga kerja, dan secara tidak langsung juga cukai yang diberikan oleh kerajaan juga akan meningkat.
Kita pergi ke kilang-kilang, dan cuba tanya kepada pekerja-pekerja di kilang itu, apakah cukup dengan pendapatan mereka yang sekitar RM500.00-RM600.00, kemungkinan besar mereka akan menjawab, cukuplah sekadar keperluan mereka, jika mahu lebih, mereka akan melakukan kerja lebih masa, apakah ini keadilan sosial? Cukup untuk sekadar keperluan sendiri? Mereka langsung tidak terfikir tentang tanggungjawab sosial mereka untuk berkhidmat untuk masyarakat. Begitu juga dengan kerja lebih masa, hingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga, apakah ini keadilan sosial? Masyarakat kita terlalu kurang tentang kesedaran keadilan insan dan keadilan sosial.
Ada juga suara-suara yang menyatakan, jika semua orang kaya, lalu zakat yang dikeluarkan akan diberi untuk siapa? Ini pernah terjadi pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz. Terlupakah mereka pada ujian Allah? Sebuah Negara yang kaya pasti akan mengalami kejatuhan dan kemoerosotan ekonomi, jadi semasa inilah pungutan zakat dapat digunakan untuk menampung ekonomi yang merosot.
Pinjaman Pelajaran
PTPTN, apakah ianya terpaksa dibayar semula? Sepatutnya para pelajar hanya perlu membayar jumlah pinjaman yang digunakan untuk kos sara hidup sahaja, pinjaman yang digunakan untuk pembiayaan pelajaran termasuk membayar yuran dan membeli buku, tidak perlu dibayar. Ini kerana (secara rasionalnya), pada masa hadapan, setelah mereka menamatkan pelajaran, mereka akan bekerja dengan jumlah pendapatan yang agak tinggi. Dengan pendapatan yang tinggi ini, mereka akan membayar zakat dan cukai, potongan KWSP juga lebih tinggi daripada mereka yang tamat pelajaran di peringkat yang agak rendah. Potongan KWSP dan cukai ini akan menjana ekonomi Negara, jadi secara tidak langsung, mereka belajar tinggi-tinggi untuk menjana ekonomi Negara, tetapi mengapa mereka perlu membayar PTPTN dengan jumlah penuh dan jumlah ini agak tinggi. Keadilan sosial di sini agak senget timbangannya. Yang lebih malang lagi, KWSP ialah ialah pelabur kepada dana PTPTN, dengan PTPTN yang sukar untuk mendapat semula hutang mereka, maka dividen simpanan yang kita dapat melalui KWSP juga kurang, jadilah kita seperti lagu bangau oh bangau, jadi jangan kita tertanya-tanya mengapa dividen KWSP begitu rendah sekali.
Projek Koridor (Kaki lima)
Dahulu heboh dengan pembangunan koridor sana-sini, unutk memajukan seluruh Negara, aku juga gembira jika kekayaan ekonomi Negara dapat dikongsi seluruh Negara dan semua rakyat dapat merasainya. Tetapi cara perlaksanaanya amat mengecewakan aku, cara perlaksanaanya masih tetap seperti cara yang dahulu. Di kampung aku, nun jauh di utara, ada nelayan kecil-kecilan yang ke laut untuk mencari rezeki, cari makan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, jika dapat lebih diguna untuk bayar hutang. Atas nama projek koridor utara, maka pengkalan atau jeti sampan tempat mereka menurunkan hasil telah dibuat baru, dari kayu tukar ke batu, besar, suka mereka kerana dapat jeti baru, menampakkan kemajuan kampung kata mereka. Bingung aku, kemajuan apa? Jumlah hasil tangkapan dan pendapatan mereka tidak akan meningkat kerana jeti baru itu. Bukankah kerajaan sepatutunya memberikan sampan baru yang lebih besar kepada mereka, memberikan enjin yang lebih besar, menghantar mereka ke kursus untuk penangkapan ikan yang lebih berkesan, inilah sahaja cara untuk menambahkan pendapatan mereka, dengan sampan dan enjin yang lebih baik, mereka dapat pergi lebih jauh untk menangkapkan ikan dan menambahkan pendapatan mereka. Dengan Jeti baru, hutang mereka tidak akan berkurangan, usaha ini sangat berkurangan. Sekarang ini nelayan-nelayan di kampong aku masih menggunakan basikal-basikal tua dan motorsikal-motorsikal lama dan tidak akan dapat membeli kereta yang baru. Aku yakin dalam kerajaan ada golongan yang bijak pandai, tetapi mengapa sebaliknya idea yang mereka hasilkan, ataupun cadangan mereka ditolak mentah-mentah. Yang lebih memburukkan keadaan, kontraktor yang membangunkan jeti juga datang dari bandar-bandar dan kitaran kekayaan tidak mengalir kepada penduduk-penduduk kampung. Tidak keterlaluan juga untuk aku mengatakan bahawa kontraktor-kontraktor yang mendapat tender projek juga ialah dari kalangan “kroni”. Ini ialah antara contoh yang dapat dijadikan gambaran mengapa sistem ekonomi kita tidak dapat dijana dengan baik.
Ini bukan artikel politik sempit dan murahan tetapi aku langsung tidak lihat keadilan sosial dan keadilan insan di Malaysia. Jika anda Nampak, cuba tunjukkan pada saya dengan jelas.
Tentera Hijau dari Gunung
Kemajuan & kemunduran ,Borjuis Kaya & Proletariat Marhean ,Keadilan Insan Dan Sosial BHG 1
Aku tinggal di sebuah kawasan perumahan flat usang, di belakang sana ada kawasan setinggan, di depan sana ada apartmen sederhana, dan di atas bukit sana ada kondominium mewah. Di atas sana juga ada Café tempat orang-orang berada bersantai, tetapi di kawasan bawah ini, beberapa ratus meter sahaja jaraknya hanya ada gerai-gerai makan yang kadang-kadangkala tikus berkeliaran lari, apakah ini takrif kemajuan? Di kawasan ini juga penuh dengan masalah sosial, tetapi aku lihat manusia-manusia di sini umpama tidak mempedulikannya, seolah-olah bahawa kerosakan sosial itu satu lambang kemajuan.
Mengapa pusat pentadbiran, kewangan, perindustrian, pendidikan, perdagangan, & pengangakutan kesemuanya dilonggokkan di kawasan sekitar Lembah Kelang? Aku agak hairan mengapa pihak yang berkuasa membiarkan ini terjadi. Bagaimana dengan kawasan-kawasan lain di Malaysia, aku rasa ini merupakan ketidak seimbangan sosial. Ini akan menimbulkan banyak penghijrahan rakyat dari kawasan lain ke kawasan Lembah Kelang hingga kawasan Lembah Kelang ini sudah tidak mampu diuruskan dengan baik lagi. Mengapa pihak berkuasa dilihat seperti tidak mampu untuk membahagi dan mengagihkan kekayaan Negara secara menyeluruh untuk sampai ke seluruh pelosok Negara dan kepada semua rakyat?
Negara kita ini kaya, tapi mungkin cara pembahagian kekayaan tidak adil atau sistemnya tidak betul atau akibat juga mungkin akibat ketirisan dan rasuah yang berleluasa. Saudara Anwar Ibrahim selalu mencanangkan mengapa pada tahun 70an dahulu, secara ekonominya Malaysia adalah standing dengan Korea Selatan dan Taiwan, tetapi kini mengapa kita talah jauh ketinggalan dengan mereka? Bukankah Taiwan banyak menghadapi pergolakkan politik dan Korea Selatan menghadapi perang saudara? Malaysia yang Allah kurniakan dengan Petroleum dan pelbagai lagi kekayaan hasil bumi, tetap tidak mampu menandingi Korea Selatan dan Taiwan yang kurang hasil bumu mereka, mengapa? Di mana kesilapan pihak yang menggariskan dasar ekonomi dan kewangan Negara?
Pendapatan
Jurang pendapatan antara rakyat di Negara ini juga amat luas jaraknya, bayangkanlah masih ada kilang-kilang yang memberikan pendapatan dibawah RM500.00 sebulan, tapi cuba kita tanya pula berepa pendapatan seorang pengurus di sebuah kilang yang sama juga, berlipat kali ganda pendapatannya, inilah yang tidak adil dan tidak islamik. Mereka dari golongan borjuis selalu member alas an bahawa ini terjadi akibat taraf pendidikan dan tanggungjawab kerja yang berbeza. Apakah mereka tidak terfikir bahawa pekerja bawahan golongan proleteriat marhaen juga adalah manusia yang juga mempunyai tanggungjawab lain dalam kehidupan. Sistem Kapitalis dan masyarakat liberal yang menjunjung konsep ini langsung tidak memikirkan konsep keadilan sosial. Oleh kerana itu Islam menekankan konsep keadilan insan untuk kebaikan semua pihak. Ini kerana jika terlalu banyak individu yang miskin, yang lahir daripada konsep ini, maka kerajaan terpaksa sedikit sebanyak terpaksa bertanggungjawab lebih terhadap mereka, dan ini melibatkan wang. Kerajaan terpaksa mengenakan cukai yang tinggi untuk menampung golongan bawahan.
Selasa, 24 Februari 2009
Perak Dan Malaysia Tercinta
Semalam semasa menonton TV3 suku, aku mendengar memanda Perdana Menteri ada berkata-kata, yang penggantungan Menteri Besar dan enam orang exco Perak (yang tiada pengesahan halal) adalah cubaan Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Perak (tanpa status halal) BN. Memanda Dolah Sleepy, berkata dengan cara ini Pakatan Rakyat boleh melakukan undi tidak percaya di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri. Dengan cara ini pasti Kerajaan Negeri Perak (tidak halal) BN akan tumbang kerana kekurangan majoriti dalam dewan kerana 7 dari ahli DUN mereka telah digantung. Aku agak terkejut, apabila memanda Dolah Sleepy berkata begitu, maknanya dia tahu dengan jelas yang untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan dengan cara yang sah, undi tak percaya harus dilakukan. Tetapi mengapa mereka tidak mengguna cara ini untuk mengambil alih kerajaan Perak daripada kerajaan Negeri Pakatan Rakyat sebelum ini? Mengapa mereka perlu mengheret Sultan untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Perak.
Media menggembar-gemburkan yang penggangtungan Menteri Besar beserta 6 exco Kerajaan Negeri (yang tidak sah) akan mencetuskan kacau bilau dan merencatkan Kemajuan Negeri. Kita mesti ingat, kemajuan, fakta, keadilan atau apa sahaja wajib berdiri atas kebenaran. Yang mesti kita faham ialah, yang digantung oleh Speaker DUN ialah Ahli Dewan Undangan Negeri, bukannya Menteri Besar dan Exco! Kerana Menteri Besar dan Exco dari Pakatan Rakyat masih belum dijatuhkan secara sah. Jadi siapa yang merencatkan perkembangan Negeri Perak? Kalau tidak melainkan BN yang secara tidak malu menyatakan mereka secara sah memegang tampuk kerajaan Negeri Perak. Media telah mengubah isu ini dengan mengatakan Zambry and the gank ialah peneraju kerajaan Negeri Perak, tetapi mereka hanyalah Ahli Dewan Undangan Negeri, tiada isu Menteri Besar dan exco yang digantung.
Semalam semasa tengok TV3 suku, aku ada menonton Ibrahim Ali bercakap mengenai isu lompat parti, geli hati aku, tetapi sesungguhnya dia memang layak untuk berbicara soal ini, kalau ada pun yang lebih layak, sudah tentu dianya ialah ADUN Bota. Putera Katak dan Raja Katak.
Pro Patria Islamiyya Malaya
Tentera Hijau dari Gunung
Khamis, 19 Februari 2009
Perhebatkan Dialog Antara Muslim dan Non Muslim
Islam tegak di atas Burhan [ bukti dan dalil ] ! .... demikian antara ungkapan tegas Tok Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada kami rombongan Dewan Pemuda PAS Pusat di Pejabatnya pagi kelmarin .
Al Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Negeri Kelantan ini cukup ramah dan mesra menyambut ketibaan rombongan kami .
Saya memimpin rombongan Dewan Pemuda PAS Pusat dalam misi lawatan kerjanya untuk mengundang sendiri YAB Tuan Guru Datuk Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi merasmikan Penubuhan Kem Akademi Kepimpinan Pemuda DPP Pusat di Kok Lanas Kelantan pada 14 Mac 09 kelak sekaligus melancarkan modul terkini Akademi Kepimpinan Pemuda .
Alhamdulillah jika tiada halangan , insyaallah majlis perasmian tersebut akan berlangsung dengan jayanya pada 14 Mac nanti disamping ucapan oleh beberapa pimpinan PAS Pusat yang akan dinamakan kemudian .
Sewaktu rancak kami berbincang dan saya menjelaskan tujuan kedatangan kami , Tok Guru sempat mengambil kesempatan untuk memberi amanah dan tazkirah kepada kami yang saya kira sangat tinggi nilai malah sangat bermakna buat kami .
Antara yang ditegaskan oleh Tok Guru agar ditangani oleh Dewan Pemuda PAS Pusat khususnya ialah :
3. Mengharapkan agar pemimpin muda dalam PAS dapat menggerakkan perjuangan Islam ini dengan lebih gigih merentas agama dan budaya sehingga dilihat PAS sebagai sebuah jamaah besar untuk rakyat bernaung setelah rakyat putus harap dengan UMNO dan BN , sesuai dengan slogan PAS For All .
4. Jadikan kelantan sebagai model pentadbiran yang telus dan bersih termasuklah melahirkan pemimpin yang tidak boleh dibeli dan dirasuah oleh UMNO dan BN . Sambil menceritakan bagaimana terdapat ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan yang ditawarkan puluhan juta ringgit untuk melompat parti . Alhamdulillah mereka thabat dengan perjuangan Islam .
Lawatan Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat ke Pejabat Menteri Besar Negeri Kelantan turut disertai oleh Saudara Sabki Yusuf selaku Setiausaha DPPP , Yb . Zaki Ibrahim selaku Bendahari DPPP , Saudara Adram Musa EXCO DPPP , Yb. Ustaz Baihaqi Atiqullah EXCO DPPP , Sdr Zuraidin EXCO DPPP , Dr. Rosli Alani EXCO DPPP , Wan Azimin EXCO DPP Negeri Kelantan dan Sdr Hj. Khairil AJK Akademi Kepimpinan Pemuda DPPP .
Tahniah Pas(Nukilan Nik Abduh Nik Mat)
Tahniah PAS!
Di masa susah kaulah kawan
Di mana susah kaulah di depan
Untuk yang lemah kaulah sandaran yang gagah
Untuk yang duka kaulah penawar dan penenang
Dalam ribut dan taufan kaulah tunjang
Dalam gelora dan gelap kaulah menara dan cahaya
Tiada dagang bersamamu
Tiada cemas di belakangmu
Dirimu ada kekuatan
Dirimu adalah kekuatan
Kekuatan jadi mulia bersamamu
kelemahan jadi bacul di hadapanmu
Tahniah PAS!
Musuh tidak nampak kecualimu
Musuh tidak marah kecualimu
Musuh tidak takut kecualimu
Keranamu kebatilan menjadi lebur
Keranamu kezaliman menjadi berantakan
Keranamu kejahilan menjadi hilang
Kaulah kelibat di medan
Kaulah syakhsiyah dalam kembara
Kaulah figura keramaian
Kawan dan musuh menakjubimu
Dia dan mereka menyanjungimu
Aku dan kami mencintaimu
Tahniah PAS!
Beginikah Allah memuliakanmu?
Surah Hud ayat 15-16
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.
- Pemimpin Yang Menipu Rakyat
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).
Arkib Blog
-
▼
2009
(331)
-
▼
Februari
(9)
- PAS-UMNO ( Islam -Nasionalis ) Di Pakistan & Pales...
- Kehadiran PAS dalam Pakatan Rakyat.
- SPRM Perlu Siasat Ketua Perhubungan Umno Perak-Nik...
- DAP SEMAKIN FAHAM ISLAM SETELAH BERSAMA PAS DALAM ...
- Kemajuan & kemunduran, Borjuis Kaya & Proletariat ...
- Kemajuan & kemunduran ,Borjuis Kaya & Proletariat ...
- Perak Dan Malaysia Tercinta
- Perhebatkan Dialog Antara Muslim dan Non Muslim
- Tahniah Pas(Nukilan Nik Abduh Nik Mat)
-
▼
Februari
(9)
blogger sempoi
-
-
-
Awas! Gua Hira ada Penunggu yang lapar!!!4 tahun yang lalu
-
Kisah Rahmah : Nabi dan jenazah seorang Yahudi4 tahun yang lalu
-
Haram Hukumnya Wanita Mengikuti Senam Aerobic5 tahun yang lalu
-
Gelagat Pas Lebih Umno Daripada Umno5 tahun yang lalu
-
#YaAkhi,You Tell Me Now!!! Apa yang Ditolak??5 tahun yang lalu
-
DIET KENYANG AZUE - DAY 35 tahun yang lalu
-
MB ucap selamat berjaya kepada calon SPM6 tahun yang lalu
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN6 tahun yang lalu
-
-
Pembekal Bendera dan Barangan Kempen Pilihan Raya6 tahun yang lalu
-
Cara Bangun Untuk Bertahajjud.7 tahun yang lalu
-
-
Promo Indomaret8 tahun yang lalu
-
Pecah Berita Lagi!!!8 tahun yang lalu
-
Terima kasih rakyat Malaysia8 tahun yang lalu
-
Anak Nik Aziz Sertai Amanah8 tahun yang lalu
-
Ampun Tuanku !! Tolong Pecat Najib Dan Peguam Negara9 tahun yang lalu
-
-
RM2.6 billion untuk lawan DAP9 tahun yang lalu
-
Pic Viral Benzema in Arsenal FC9 tahun yang lalu
-
Zikir Munajat.avi9 tahun yang lalu
-
-
-
Politik samseng ganas makin berakar dalam PAS?9 tahun yang lalu
-
-
PRK Teluk Ensen ... undi BN tambah 0.35% je .. ce pikio10 tahun yang lalu
-
-
-
LEMBU Korban MENGAMUK Di IPOH, 9 Cedera11 tahun yang lalu
-
cartoon sex11 tahun yang lalu
-
Hakikat BN, PAS dan Syiah11 tahun yang lalu
-
PRU13: BAKAL MENJADI KENYATAAN!11 tahun yang lalu
-
Di Sekitar PIKOM PC Fair 2012 (III) @ KL Convention Centre12 tahun yang lalu
-
-
'Masuk PAS kerana prinsip, rezeki Allah tentukan'12 tahun yang lalu
-
gajah oh gajah12 tahun yang lalu
-
Tok Guru temu mata puak-puak demo di Shah Alam12 tahun yang lalu
-
Hujan Itu Rahmat13 tahun yang lalu
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-