Rabu, 27 Mei 2009

Bagaimana Sultan Muhammad al-Fatih bebaskan Kota Istanbul

Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut;
a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat

b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan

c. Kehendak yang kuat

d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat

e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan

f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta



Bentuk kota konstantinapole yang menabjubkan mempunyai ciri-ciri berikut :



Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;
a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter

b. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter

c. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebal

d. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!

e. Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa



Jadi cuba bayangkan betapa sukarnya untuk menembusi kota tersebut ..Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya. (wow dah ler tembok kuat kat laut pun ada pertahanan)

ok sekarang saya mahu menceritakan pula bagaimana halangan2 tersebut berjaya diatasi ..
a. Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu.
Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara Konstantinapole dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang!.

b. Rantai besi yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan dan pergerakan melalui laut.
Sultan Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh.
Mesti disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.
Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal musuh terbakar dan serangan dari lautan berjalan serentak dengan pengepungan sebelah daratan.

c. Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah kepada serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama setahun.
Sultan Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala teknik pembinaan semasa yang canggih.
Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Ia memang berjaya disiapkan seperti direncanakan.


Tok Guru@ sifu disebalik kekuatan dan kebijaksanaan Sultan Muhammad Al Fateh

Pertama, Ahmad 'ibn Ismail Al-Kori:


Guru istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang yang wara', tidak menyembah Sultan sama seperti orang lain memberikan tunduk hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran, Bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan mereka. Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad menghadhiri kelas mentafsir ayat-ayat Al Qur'an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-guru yang bersilih ganti.
Ahmad ibn Ismail lah yang mengajarkan Al Qur'an, hukum-hukum agama dan kepatuhan padanya. Ia juga membentuk rasa takwa dalam jiwa Sultan Muhammad dengan berbagai cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas pemerintah.

Kedua ialah Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy, lebih dikenali sebagai Ba'q Shamsuddin.

Beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap keperibadian Sultan Muhammad.
Beliau telah menginspirasikan Sultan MUhammad meningkatn aktiviti dakwah dan keislaman di bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara memperkuatkan empayar tersebut.
Beliaulah yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu.


Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain.
Beliaulah yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja. Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh bersara selepas lama memerintah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi.


Shamsuddin meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan misi pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai.
Kerana itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole. Guru yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah. Insan pada sisi lain Sultan Muhammad al-Fatih.

Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan ini, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif.
Sultan Muhammad dapat menganalisis dengan tepat permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum melancarkan misinya.
Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinbapole.
Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda baginda ternyata berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu!
Baginda bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah sebuah kenyataan.

Dari sudut kepimpinan, bapa baginda seorang yang berpandangan jauh. Sejak umur 14 tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar dengan alasan, bapanya ingin menumpukan kepada ibadah.
Namun, dalam dua keadaan kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin Kerajaan Uthmaniah. Selepas ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad diberikan peluang untuk menguruskan semula empayar yang sedang berkembang itu.
Melalui pendedahan berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang berkualiti.
Ditambah, sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan keruhanian dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta, ketika pengepungan kota itu berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan Muhammad.
Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota!

Pada hari pembukaan Kota Kontantinapole yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud syukur.


Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.


Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.


Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!".


Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Pertanyaan seterusnya, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!".
Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!".


Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!
Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul.

Begitulah secebis kisah tentang pemimpin dan tentera yang terbaik dibawah naungan Sultan Muhammad Al-Fateh..Begitu hebat sekali orangnya..menarik kan












Selasa, 26 Mei 2009

Makna dan nombor penting bagi sesebuah tayar

Ramai orang yang kurang faham tentang tayar termasuk diri saya .Di sini saya ingin berkongsi maklumat tentang tayar ..menarik untuk dibaca..

Ikuti makna nombor penting bagi sesebuah tayar:

- Untuk mengetahui usianya sila periksa bahagian tepi tayar yangterdapat kod nombor minggu dan tahun. Contohnya kod 2206 bermaksud tayarberkenaan dihasilkan di kilang pada minggu ke 22 pada 2006.

Kebanyakan pengeluar mengesyorkan jangka hayatnya ialah selama lima tahun dan jika lebih bermakna sudah luput tarikh dan dinasihatkan tidakgunakan pada kenderaan.

Pengguna juga perlu memahami nombor berikut yang terdapat di bahagiansisi tayar contohnya - 175/70R13 82H.

Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar tayar itu dalammilimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. Biasanya, jika lebihbesar nilai angka ini lebih lebar tayar itu.

Nombor 70 ialah nisbah aspek (aspect ratio) tayar atau ketinggian tayarberbanding lebarnya. Maksudnya ketinggian tayar adalah 70 peratuskelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 ke bawahdiklasifikasi sebagai tayar profil rendah.

Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan lebihbagus walaupun aspek keselesaan mungkin terjejas sedikit.
Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan ke semua tayar keretamenggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu.

Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebihbagus.Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkantayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar diameter lebih besaranda perlu menukar rim kepada diameter yang sama.

Nombor 82 melambangkan indeks keupayaan mengangkut berat tayar itu.Untuk mengetahui berat maksimum berlambangkan nombor "82" kami perlumerujuk kepada carta "Indeks Keupayaan Mengangkut Berat Tayar" yangditetapkan di peringkat antarabangsa.

Sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikul berat maksimum475kg. Berat maksimum merujuk kepada setiap tayar, kita perlumendarabkan empat kali untuk memperolehi kapasiti memikul beratkenderaan dengan empat tayar. (Contoh: 475 x 4 = 1,900kg)

Huruf H terakhir menyatakan kelajuan maksimum sesebuah tayar yangdireka.
Taraf kelajuan "H" dalam contoh, bermakna bahawa tayar ini bolehmencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j.

Di bawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambangoleh setiap huruf abjad.

- S - 180 km/j
-T - 190 km/j
-U - 200 km/j
- H - 210 km/j
- V - 240 km/j
- Z - melebihi had laju 240 km/j
- W - 270 km/j
- Y - 300 km/j

Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 ksj, hurufZR akan digunakan.

Ahad, 24 Mei 2009

Mengapa Mahkamah Rayuan bangkitkan soal mandatori? - Prof Dr Aziz Bari


Posted on Saturday, May 23 @ 00:47:20 PDT by Paktam


KEPUTUSAN Mahkamah Rayuan Jumaat lalu yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi lansung tidak memeranjatkan. Demikian komen spontan Profesor Dr Abdul Aziz Bari terhadap keputusan mahkamah yang menghukumkan Dato Seri Dr Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.Penghakiman 5 minit itu sungguh memeranjatkan banyak kalangan. "


Buat masa ini saya fikir kita belum perlu untuk membuat komen yang menyentuh aspek teknikal penghakiman Datuk Raus Sharif kerana beliau sendiri pun belum memberi penghakiman bertulis," ujar Aziz lagi.


Bagaimanapun, tambahnya, keputusan itu tidak terlalu memeranjatkan kerana sejak merdeka hanya ada tiga orang hakim yang berani membuat keputusan yang tidak menyebelahi parti yang didokong oleh kerajaan pusat.


Aziz berkata, itu pun keputusan Mahkamah Tinggi dan ada yang memprovok Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan darurat. Keputusan-keputusan yang menentang Kerajaan Pusat di buat dalam kes Dato Stephen Kalong Ningkan di Sarawak (1966), Dato Seri Joseph Pairin Kitingan di Sabah (1986) dan Dato Seri Nizar Jamaluddin di Perak (2008).


Sejak Februari lalu kebanyakan hakim memberi keputusan yang menyebelahi Umno termasuk keputusan Mahkamah Persekutuan yang bertentangan dengan peruntukan perlembagaan yakni Perkara 72(1)."


Ertinya kita perlu sedar bahawa bukan semua keputusan mahkamah selaras dengan kehendak dan semangat perlembagaan," tegasnya lagi.


Aziz turut mengingatkan, meskipun Zambry diputuskan oleh Mahkamah Rayuan sebagai sah, tetapi kedudukan Speaker Dato Ganesan tetap haram kerana cara perlantikannya melanggar peraturan dewan.Berbalik kepada keputusan Jumaat lalu Aziz berkata beliau berasa anih mengapa Mahkamah Rayuan menyebut soal mandatori (kewajipan termesti) dalam soal undi tidak percaya.


"Memang perlembagaan tidak mewajibkan begitu tetapi undi tidak percaya adalah cara yang terbaik kerana ia selamat dari manipulasi", ujarnya.Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa perlantikan Zambry sah kerana tidak ada kemestian di dalam perlembagaan bahawa mesti ada undi tidak percaya terhadap menteri besar yang ada.


Ketika mengulas perkara itu, Aziz berkata keputusan Mahkamah Rayuan tidak membantu memperkasa demokrasi. "Ia juga tidak selaras dengan kedudukan eksekutif di dalam sistem demokrasi berparlimen yang mesti mempunyai sokongan majoriti di dalam dewan".Aziz menegaskan di dalam keadaan undi tidak percaya tidak dihalang ia perlu dilakukan. Katanya, "Mahkamah sepatutnya memperkasa keperluan undi tidak percaya ini dan bukan sebaliknya".


Aziz berkata Raus mempunyai tugas berat untuk meyakinkan mengapa beliau memutuskan bahawa menteri besar yang ada boleh disingkirkan tanpa undi tidak percaya. Katanya, keputusan Mahkamah Rayuan itu akan membawa kesan yang besar kepada perlembagaan khususnya dan demokrasi umumnya.Beliau mengakui memang ada keadaan di mana undi tidak percaya tidak perlu. "Tetapi itu di dalam keadaan menteri besar yang ada enggan atau lari darinya. Dalam kes di Perak sekarang ini jelas tidak berlaku; malahan Nizar bersedia menghadapinya," kata Aziz.


Sebelum ini Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan berkata keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lalu membayangkan seolah-olah sultan mempunyai kuasa yang lebih besar daripada apa yang dinyatakan oleh perlembagaan. Katanya lagi, mahkamah telah meletakkan beban yang cukup berat untuk dipikul oleh Raja-Raja.


Aziz berkata umumnya keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah berita sedih buat demokrasi di negara ini. "Di sisi perlembagaan istana dan mahkamah mempunyai tugas untuk mempastikan semak dan imbang. Raja dan hakim berperanan mempastikan keadilan dan ketelusan, bukan mengambilalih fungsi rakyat dalam memilih kerajaan".


Beliau tidak bersetuju dengan para peguam Umno yang mendakwa keputusan Mahkamah Rayuan menamatkan krisis politik di Perak. "Yang pasti Nizar akan memohon untuk membuat rayuan dan kalau ditolak ia akan menyebabkan rakyat melihat mahkamah dengan pandangan yang negatif," ujarnya.

Khamis, 21 Mei 2009

ALLAH PASTI MENOLONG ORANG-ORANG YANG MENOLONG AGAMANYA

Allah mengungkapkan sebuah rahasia dalam al-Qur'an sebagai berikut:
“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Q.s. Muhammad: 7).

Sepanjang hidup mereka, orang-orang beriman melakukan usaha yang sungguh-sungguh untuk mendakwahkan ajaran-ajaran al-Qur'an di kalangan manusia, dan mendakwahkan perintah Allah. Di sisi lain, di sepanjang sejarah, selalu saja ada sekelompok orang-orang kafir yang menentang orang-orang beriman dan menghalangi mereka dengan kekerasan dan tekanan. Dalam al-Qur'an, Allah menyatakan bahawa Dia akan selalu bersama-sama orang yang beriman dalam menghadapi orang-orang kafir, bahawa Dia akan menjadikan urusan orang-orang beriman menjadi mudah, dan bahawa Dia akan membela dan menolong orang-orang beriman. Orang-orang beriman yang berjuang dengan ikhlas di jalan Allah dapat merasakan semua ini dalam setiap detik dalam kehidupan mereka, yakni Allah menjadikan urusanurusan mereka dapat diselesaikan dengan mudah, dan Allah memberikan kepada mereka kejayaan dan kebahagiaan. Bahkan dalam situasi yang sangat sulit, Dia memberikan kemudahan kepada orang-orang yang beriman. Bahkan ketika orang-orang lemah imannya berkeluh kesah, berputus asa, dan tidak melihat jalan keluar, Allah menurunkan bantuannya kepada orang-orang yang beriman dan memberikan kejayaan kepada mereka.

Orang-orang beriman yang yakin akan pertolongan Allah tidak pernah kehilangan harapan, dan mereka menunggu dengan penuh kegembiraan untuk melihat bagaimana Allah akan menyelesaikan masalah mereka. Nabi Musa dan kaumnya merupakan contoh dari peristiwa ini. Nabi Musa dan Bani Israel meninggalkan Mesir untuk menyelamatkan diri dari kekejaman Fir'aun. Tetapi Fir'aun dan bala tentaranya mengejar mereka. Ketika Nabi Musa dan kaumnya, Bani Israel, sampai di lautan, sebagian dari mereka yang imannya lemah merasa ketakutan dan kehilangan harapan, mereka berfikir akan terkejar oleh Fir'aun. Namun, Nabi Musa berkata, “Sesungguhnya Tuhanku besertaku, kelak Dia akan memberikan petunjuk kepadaku.” (Q.s. asy-Syu'ara': 62). Demikianlah Nabi Musa menunjukkan keimanannya bahawa Allah akan menolong orang-orang yang beriman. Kemudian Allah mengeringkan air laut sehingga memungkinkan Nabi Musa dan para pengikutnya melintasi lautan untuk menuju ke pantai seberang dengan selamat. Sementara itu, Dia menutup lautan untuk Fir'aun dan bala tentaranya sehingga mereka tenggelam.

Allah juga Menolong Orang-orang Beriman Melalui Cara-cara yang Tidak Terlihat Dalam beberapa ayat, Allah telah memberitahukan kepada orang-orang beriman tentang pertolongan yang Dia berikan kepada mereka.Misalnya, dalam sebuah ayat, Allah telah menyatakan bahawa Dia akan menjadikan musuh-musuh mereka melihat orang-orang beriman jumlahnya menjadi dua kali lipat:“Sesungguhnya telah ada tanda bagi kamu pada dua golongan yang telah bertemu (dalam pertempuran). Segolongan berperang di jalan Allah dan yang lain kafir yang dengan mata kepala melihat orang-orang muslimin dua kali jumlah mereka. Allah menguatkan dengan bantuan-Nya siapa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai mata hati.” (Q.s. Ali Imran: 13).

Allah Menolong Orang-orang Beriman dengan Cara Menggagalkan Rencana Jahat yang Ditujukan kepada Mereka
Sebagaimana telah disebutkan sebelumnya, orang-orang kafir menyebabkan kesulitan bagi orang-orang beriman dan membuat rencana jahat bagi mereka untuk menghalangi orang-orang beriman dari jalan Allah. Tetapi Allah memberitahukan dalam al-Qur'an bahawa semua rencana jahat terhadap orang-orang beriman itu akan digagalkan, akan dikembalikan kepada si pembuat rencana, dan sama sekali tidak akan mencelakakan orang-orang beriman. Di antara ayat-ayat tersebut adalah sebagai berikut:
“Ketika datang kepada mereka pemberi peringatan, maka kedatangannya itu tidak menambah kepada mereka, kecuali jauhnya mereka dari (kebenaran), Kerana kesombongan mereka di muka bumi dan Kerana rencana mereka yang jahat. Rencana yang jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang merencanakannya sendiri. Tidaklah yang mereka nanti-nantikan melainkan (berlakunya) sunah kepada orang-orang yang terdahulu. Maka sekali-kali kamu tidak akan mendapat penggantian bagi sunah Allah, dan sekali-kali tidak (pula) akan menemui penyimpangan bagi sunah Allah itu.” (Q.s. Fathir: 42-3).

Sebagai contoh dari hal ini adalah kehidupan Nabi Yusuf, yakni rencana yang dibuat untuk mencelakakan orang-orang beriman pada akhirnya berbalik kepada mereka sendiri dan mencelakakan si pembuat rencana. Sebagaimana diceritakan dalam Surah Yusuf, saudara-saudara Nabi Yusuf, yang dihinggapi rasa iri, merencanakan untuk melempar beliau ke dalam sumur. Ketika Nabi Yusuf a.s. masih muda, rencana yang lain juga dibuat oleh istri gubernur, di mana Nabi Yusuf tinggal di tempat itu. Sesuai dengan janji-Nya, Allah menggagalkan semua rencana itu dan melindunginya dari madharat. Setelah rencana itu dibuat, Allah memberikan kekuasaan kepada Nabi Yusuf atas seluruh perbendaharaan negeri. Setelah itu, Nabi Yusuf berkata bahawa rencana orang-orang kafir itu menemui kegagalan.

(Yusuf berkata), 'Yang demikian itu agar dia (al-Aziz) mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak berkhianat kepadanya di belakangnya, dan bahawasanya Allah tidak meridhai tipu daya orang-orang yang berkhianat'.” (Q.s. Yusuf: 52).


BEBERAPA RAHSIA AL-QURAN

- Harun Yahya


Selasa, 19 Mei 2009

Pilihan raya adalah jihad bagi merubah mungkar

Penglibatan dan penyertaan para pengundi amat penting bagi menentukan corak pentadbiran negara yang lebih efisyen pada masa-masa akan datang dengan memilih calon yang lebih Islamik dalam segenap aspek kehidupan.

Pengundi yang berorientasikan ajaran Islam tidak akan merugikan undinya dengan memilih calon yang mensia-siakan peranan, tugas serta tanggungjawabnya sebagai wakil mereka, apatah lagi calon yang pernah disabitkan seperti dalam laporan akhbar terlibat dalam menerima atau memberi rasuah, dengan kata lain ia terkenal sebagai pengamal rasuah.

Mana-mana pengundi yang tersalah pilih calon yang bertanding dalam pilihan raya dengan memberi kemenangan mudah kepadanya, akan disoal di hadapan Allah pada hari akhirat mengapa bersekongkol dengan pihak yang menganiyai golongan yang tertindas, selepas pilihan raya, rakyat dibebankan dengan kenaikan harga minyak, tol, tarif air, mungkin juga eletrik dan sebagainya dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah

Pengundi merupakan majikan (bos) ketika pilihan raya berlangsung

Allah SWT menjelaskan menerusi ayat 54 surah al-Zukhruf yang bermaksud : Maka Firaun mempengaruhi kaumnya (dengan perkataan itu) lalu mereka patuh kepadanya, kerana sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasiq.

Jelas dari apa yang diungkapkan Allah dalam ayat di atas menunjukkan bahawa para pengundi diumpamakan Allah sebagai golongan yang fasiq jika masih terus meyokong, bersama-sama atau cenderung kepada golongan yang menggunakan pengaruh atau pangkat bagi memperdaya golongan yang diperintah.

Justeru, pengundi ibarat majikan kerana calon yang bertanding dalam pilihan raya menagih kerja daripada pengundi buat tempoh lima tahun, tetapi selepas menang, segala sumpahan janjinya terhadap pengundi diabaikan, malah pengundi diperbodoh-bodohkan. Mengapa pengundi mensia-siakan peluang dengan memilih calon yang tidak komited pada janji apatah lagi kepada Islam, mereka patut dihukum dengan tidak diberi peluang untuk terus berkuasa.

Mana janji-janji mereka untuk mendaulatkan agama Islam, sedangkan syiar-syaiarnya seperti surau dirobohkan, ke mana menghilang mereka yang dipilih oleh pengundi dengan membisu seribu bahasa, sedangkan pada masa yang sama penganut agama lain sanggup berdepan dengan pelbagai rintangan dan risiko. Di mana jati diri pemerintah yang beragama Islam dalam isu ini?

Pilihan raya adalah salah satu bentuk jihad bagi merubah mungkar

Menurut Setiausaha Agung Gerakan Islam Lubnan, Syeikh Faisal Molawi merangkap Pengerusi Majlis Fatwa Eropah menegaskan, bahawa penyertaan pengundi dalam memilih bakal pemimpin dalam pilihan raya adalah satu tindakan jihad.

Ini kerana apabila calon yang menang dari kalangan mereka yang berjiwa Islam, akan menggunakan pengaruh, peranan serta tanggungjawabnya bagi memberi khidmat kepada Islam, iaitu dengan menolak segala usaha pemerintah yang mahu meneruskan agenda mungkar seperti penganjuran program maksiat seperti Akademi Fantasia, konsert Jom Heboh, sehati berdansa, Raja lawak (lawaking), filem-filem yang jelas tersasar daripada ajaran Islam seperti Anak Halal, Gubra, Sepet, Akhirat, Cicakman dan lain-lain.

Walaupun usaha tersebut dianggap payah untuk dilakukan, kerana pemerintah yang ada telah menanam benih maksiat dalam jiwa dan sanubari khusunya golongan remaja yang disifatkan sebagai golongan yang akan memberi undi kepada mereka, namun segala itu adalah kerja Allah SWT yang tidak mustahil memenangkan golongan yang bercita-cita untuk mendaulatkan hukum al-Quran.

Sehubungan itu Allah menjelaskan menerusi ayat 7 surah Muhammad : Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu tolong agama Allah maka Dia akan menolong kamu dan menetapkan pendirian kemu.

Penyertaan dalam pilihan raya dianggap jihad kerana mampu menahan/menyekat kerakusan pihak berkuasa yang telah menyimpang jauh dari amalan ajaran agama Islam, maka melakukan pembaikan/pengislahan itu menepati matlamat penyertaan dalam pilihan raya.

Justeru, menurut Syeikh Molawi lagi, mana-mana individu atau kumpulan atau kelompok Islam yang tidak mengikut serta dalam membuang undi bagi memenangkan calon-calon yang berjiwa Islam pada pilihan raya, adalah dianggap berdosa kerana seolah-olah mereka bersetuju dengan tindakan nagatif yang dilakukan oleh pemerintah yang sedia ada.
Tidak boleh dianggap ringan untuk membuang undi bagi mengalahkan golongan yang berorientasikan fahaman Sekular, Sosialis, Kapaitalis, Komunis dan lain-lain, kerana ia bercanggah dengan ajaran agama Islam.

Sesungguhnya hukum menyertai pilihan raya bukanlah kekal, ia boleh dimansuhkan jika yang memerintah itu kembali kepada proses pemilihan pucuk pimpinan seperti yang pernah dilakukan oleh para Khulafa� Rasyidun.

Tetapi perlu diingat, bahawa selagi Barisan Nasional memerintah dan berusaha untuk mengekalkan pemerintahan, sudah pasti ia akan kekalkan sistem pilihan raya atas alasan demokrasi, namun dari apa yang dapat dilihat, proses pilihan raya di Malaysia adalah tidak bebas, penuh dengan penipuan dan rasuah politik, di mana para pengundi disogok dengan pelbagai jenis rasuah bagi memenangkan calon-calon yang tidak bermaruah, hanya berjanji pada pilihan raya tetapi selepas berakhirnya pilihan raya, mereka tidak mengenal pengundi yang memenangkan mereka.

Tipu adalah satu dosa, sama ada ketika atau di luar pilihan raya

Sehubungan itu baginda Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : Berpeganglah kalian kepada kejujuran, karena itu akan membimbing kepada kebaikan, dan kebaikan itu akan membimbing ke syurga. Seseorang hamba yang berbuat jujur dan membiasakan sifat ini hingga dia dicatat di sisi Allah Taala sebagai seorang yang shiddiq (jujur). Berhati-hatilah kalian dari dusta,karena dusta itu akan membimbing kepada kejahatan, dan kejahatan itu akan membimbing ke neraka. Seseorang hamba yang berdusta dan membiasakannya hingga dicatat di sisi Allah Taala sebagai seorang pendusta. (Hadis Riwayat Al-Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu Dawud, Malik, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ad-Darimi, sedangkan lafadznya dari Muslim)

Justeru, berwaspadalah wahai pengundi-pengundi sekelian daripada termakan kata-kata manis calon yang memang mengamalkan sifat dusta, kerana ia tidak akan membawa rakyat kepada kebaikan, malah menempah kemarahan Allah SWT sekali gus tidak mendapat tempat di sisi-Nya pada hari kiamat.

Ustaz Zainudin Hashim

Jumaat, 15 Mei 2009

Dato Ramly Ali dan skandal

patut ler cepat benor kes rayuan zambery rupanya dia ada skandal dalam kes vk lingam yakni
antara 3 org yg disebut untuk jadi hakim oleh vk lingam.Mereka adalah Dato' Heliliah Mohd Yusof, Dato' Ramly Ali dan Dato Ahmad Maarof. Ketiga-tiga nama ini telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi oleh Yang Dipertuan Agung pada 1 February 2002,.

Tapi memang sebelum nie pun aku percaya mahkamah masih tidak bebas sepenuhnya ..masih ada lagi hakim yg tiadak amanah...

sumber daripada Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham

Khamis, 14 Mei 2009

SALING BERDEBAT MENYEBABKAN HILANGNYA KEKUATAN

Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan jangan saling berdebat, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Q.s. al-Anfal: 46).

Akhlak Qur'ani bercirikan kerendahan hati. Orang-orang yang berpegang pada nilai-nilai akhlak dalam al-Qur'an menghindari pertengkaran, mencari jalan keluar dari masalah, memberikan kemudahan kepada orang, dan tidak menunjukkan ketamakan. Tanpa berpegang pada akhlak Qur'ani, pertikaian dan konflik tidak dapat dielakkan. Adalah hal yang sangat wajar jika setiap orang memiliki pendapat yang berbeza-beza. Misalnya, 20 orang dapat mengusulkan 20 pemecahan yang berbeza-beza. Masing-masing pemecahan mungkin saja cocok bagi atau benar bagi orang yang bersangkutan. Jika setiap orang bersikukuh bahawa usulannya yang benar, dapat dipastikan yang terjadi adalah kekacauan dan konflik. Dalam kes seperti ini, jika tidak terwujud kesepakatan dari 20 orang tersebut, maka yang terjadi adalah pertengkaran dan ambisi pribadi, yang dapat menghapuskan amal saleh yang telah dilakukan untuk mencari ridha Allah. Akibatnya, seluruh kekuatan dari 20 orang tersebut akan hilang, persatuan dan persaudaraan di antara mereka akan lemah.
Orang-orang yang beriman harus saling mencintai satu sama lain, berkorban dan mempererat kesetia-kawanan dan kerja sama di antara mereka. Terutama pada saat-saat menghadapi kesulitan, mereka harus menyibukkan diri mengingat Allah, lebih bersabar dan saling membantu. Saling berdebat dapat mengurangi kekuatan, sedangkan kerja sama dapat meningkatkan kekuatan di antara orang-orang beriman. Dalam ayat lainnya, Allah telah mengungkapkan rahasia bahawa jika orang-orang beriman tidak menjadi teman dan pelindung satu sama lain, maka akan terjadi kekacauan dan kerusakan besar di muka bumi:

“Adapun orang-orang yang kafir, sebagian mereka menjadi pelindung bagi sebagian yang lain. Jika kamu tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah (saling melindungi), niscaya akan terjadi kekacauan dan kerusakan yang besar.” (Q.s. al-Anfal: 73).

Masing-masing dari rahasia Allah tersebut telah diungkapkan, dan orang-orang Muslim dibebani tanggung jawab. Orang Muslim tidak boleh menganggap bahawa pertengkaran dengan sesama Muslim merupakan hal yang remeh, dengan mengatakan, "Bagaimanakah jika kita berdebat?" Kerana, sebagaimana telah diberitahukan oleh Allah kepada kita, setiap pertengkaran antara orang-orang Muslim, ertinya menghilangkan kekuatan orang-orang beriman, terhadap hal ini, orang-orang Muslim akan dimintai tanggung jawab oleh Allah. Itulah sebabnya Nabi kita tercinta saw. bersabda, "Takutlah kepada Allah, berdamailah sesama kamu agar Allah menciptakan perdamaian sesama Muslim."[7]

Orang-orang Muslim jangan sampai saling melihat kesalahan atau kekurangan masingmasing, tetapi sebaliknya supaya menutupi kesalahan sesama Muslim yang lain dengan penuh kasih sayang. Kekuatan orang-orang beriman berasal dari persatuan ini, ertinya mengerahkan segenap tenaganya untuk mendakwahkan agama Allah dan akhlak al-Qur'an. Dengan persatuan, mereka dapat berkonsentrasi untuk menyampaikan tandatanda keberadaan Allah melalui karya-karya ilmiah dan melakukan pelayanan yang bermanfaat bagi umat manusia. Namun, kita harus ingat bahawa setiap orang yang melakukan pelayanan ini harus diniatkan terutama untuk mencari kehidupan yang abadi di akhirat dan agar diselamatkan dari azab Allah.

PETIKAN DARI BUKU "Beberapa Rahsia Dalam Quran"

HARUN YAHYA



Isnin, 11 Mei 2009

10 negara yg menjadi neraka bagi bloggers

Komisi perlindungan untuk wartawan (CPJ) dalam memperingati hari Kebebasan Pers Dunia pada 3 Mei, di tahun 2008 ini menemukan para blogger dan wartawan online menjadi kelompok yang banyak dipenjarakan melebihi wartawan cetak maupun wartawan televisi.“

Para blogger adalah garda depan revolusi informasi dan jumlah mereka berkembang dengan cepat,” ujar eksekutif direktur Joel Simon. “Namun pemerintah juga belajar cepat menggunakan teknologi untuk menghadapi para blogger dengan sensor dan menyaring internet, membatasi akses online dan data personal sumber. Ketika semua yang dilakukan gagal, maka pemegang otoritas akan dengan mudah memenjarakan blogger untuk mengintimidasi komunitas online agar diam atau melakukan sensor sendiri.

”CPJ kemudian melakukan penelitian terhadap para bloger di seluruh dunia. Setidaknya terkumpul sepuluh negara dalam daftar yang digolongkan negara terburuk yang menjadi ancaman bagi blogger dan kebebasan pers.

1.Burma
Merupakan negara dengan sensor yang ketat bagi media cetak dan televisi, kini juga mulai membatasi aktifitas blog dan internet. Tekanan bagi pengguna internet pribadi sangat kecil –hanya sekitar satu persen menurut OpenNet Intiative– sehingga banyak warga mengakses internet melalui kafe. Namun, pemerintah membuat aturan ketat bagi kafe dengan akses internet, bahkan memonitor pengguanaan e-mail dan metode komunikasi lain dan menutup akses dari situs kelompok lawan politik. Setidaknya ada dua blogger yang masuk penjara, yakni Maung Thura, yang populer dengan sebutan Zarnagar, karena setelah melansir video mengenai Cyclone Nargis 2008.

2. Iran
Otoritas negara ini tak segan-segan menahan para blogger yang mengkritik mengenai agama, figur politisi, revolusi Islam dan berbagai simbolnya. Pemerintah meminta seluruh blogger mendaftarkan situsnya ke Kementrian Seni dan Budaya. Pemerintah mengklaim telah menutup jutaan situs. Baru-baru ini kantor kejaksaan yang khusus menangani kasus internet dan bertugas dalam intelijen dibentuk. Blogger Omidreza Mirsayafi dijebloskan penjara karena dianggap menghina pemimpin spiritual negara, yang tewas di Penjara Evin pada Maret.

3. Syria
Pemerintah menggunakan filter untuk menutup situs yang sensitif secara politik. Para blogger bisa ditahan jika terbukti mengisi situs yang bikin alergi pemerintah. Pada tahun 2008, menteri komunikasi memerintahkan pemilik kafe internet untuk mencatat setiap pelanggan dan berapa kali menggunakannya dan mengirimkan dokumentasi ini secara berkala. Whaed al-Mhana, pengacara untuk situs arkeologi yang dianggap membahayakan, diperiksa dipengadilan karena kritikannya mengenai peledakan pasar di kota tua Damaskus.

4. Cuba
Hanya pejabat pemerintah dan orang-orang yang mempunyai hubungan dengan Partai Komunis yang bisa mengakses internet. Pada umumnya masyarakat menggunakan internet malalui hotel atau kafe internet yang dikontrol ketat pemerintah, yang artinya harus membayar mahal dengan voucher. Pemerintah pernah memenjarakan 21 penulis dalam situs online dalam satu dekade ini.

5. Saudi Arabia
Sekitar 400 ribu situs di tutup di negara kerajaan ini, termasuk yang berhubungan dengan politik, sosial atau isu-isu agama. Pemerintah akan dengan cepat menutup apapun yang kontra dengan negara atau sistemnya. Blogger Ahmed al-Farhan dipenjara tanpa diadili untuk beberapa bulan pada tahun 2007 dan 2008 karena menyuarakan perubahan dan pembebasan kepada tahanan politik.

6. Vietnam
Para blogger nekat mencoba mengisi berita-berita independen yang telah ditinggalkan oleh media tradisional yang dikontrol pemerintah. Pemerintah menanggapinya dengan membuat aturan. Akhir september lalu, blogger terkenal Nguyen Van Hai, yang dikenal Dieu Cay, dijatuhi hukuman 30 bulan penjara atas tuduhan menghindari pajak. Dalam penyelidikan CPJ menunjukkan hukuman itu sebagai balasan dari blog Nguyen. Pada oktober 2008, menteri informasi dan Komunikasi membuat agen baru untuk memonitor internet.

7. Tunisia
Seluruh lalu lintas internet harus melewati jaringan sentral, yang membuat pemerintah bisa menyaring ini dan memonitor e-mail. Penulis online Slim Boukhdhir dan Mohammed Abbou harus mendekam di penjara karena tulisannya.

8. Cina
Hampir 300 juta orang menggunakan internet –melebihi negara manapun di dunia. Namun pemerintahnya masih sempat melakukan program sensor bagi pengguna online. Kontrol yang ketat dilakukan dan jangan harap ada e-mail yang bebas dari monitor pemerintah. Setidaknya ada 24 penulis di dunia maya telah masuk penjara. Pada tahun 2008, Kantor Badan Pembersihan Pornogarfi dan Memerangi Publikasi Ilegal mengumumkan telah menghapus lebih dari dua juta situs yang haram di negeri Tirai Bambu ini.

9. Turkmenistan
Presiden Gurbanguly Berdymukhammedov membuka isolasi negaranya dari dunia dengan menyediakan akses internet. Namun, pertama kali ada kafe internet tahun 2007, tentara menjaganya setengah mati. Meski jaringan telekomunikasi Rusia MTS, masuk pasar Turkmenistan dan mulai menawarkan akses internet melalui telepon genggam pada Juni 2008, tetap saja pengawasan pemerintah ketat dalam usahanya menghindari adanya situs yang mengkritik pemerintahan.

10. Mesir
Semua lalulintas komunikasi melalui internet harus melewati layanan milik pemerintah Yakni Egypt Telecom. Setidaknya tercatat 100 blogger ditangkap pada tahun 2008. Blogger Abdel Karim Suleiman, yang terkenal dengan Karim Amer, harus mendekam empat tahun di penjara karena dianggap menghina Islam dan Presiden Mesir Hosni Mubarak.

(Tempointer aktif.com)

kemenangan Nizar adalah kemenangan rakyat...


Alhamdulillah syukur nampaknya masih ada lagi sinar keadilan di negeri perak..Tahniah diucapkan kepada hakim abdul aziz abd rahim kerana telah mengembalikan keyakinan rakyat terhadap institusi kehakiman ..sebelum keputusan dibuat ramai pihak yg percaya bahawa badan kehakiman masih tidak bebas ,tp alhamdulillah berkat doa rakyat akhirnya MB kita yg mmg sah dari dulu lg telah berjaya mndapat pengishtiharan MB yANG SAH ..dan sekarang memang sah ler zambery yg sememangnye MB haram dari dulu lagi adalah MB HARAM.


Diatas keputusan tersebut marilah kita sama2 bersyukur dengan membuat solat sunat syukur 2 rakaat .seperti saranan dari tok guru kita ..Tapi perlu diingat masih ada lagi rintangan yg perlu ditempuhi .persoalan sekarang

1) Adakah SULTAN akan perkenankan pembubaran DUN

2) Apakah yg BN akan lakukan selepas ini dalam berita td NAJIBTUYA ada buat kenyataan

yg ada sesuatu yg akan dilakukan ...

Apa-apa pun kita sama2 teruskan berdoa dan memberi sokongan padu pada wira2 kita

semoga negeri perak akan stabil dan keresahan rakyat akan berakhir..


Pesan TOK GURU .....


KOTA BHARU : YAB Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan beberapa kenyataan dan nasihat kepada seluruh rakyat Malaysia sebentar tadi sebagaimana di maklumkan melalui talipon oleh sdr. Mat Ali semasa dihubungi sebentar tadi. Beliau bersama Tok Guru semasa pengumuman kemenangan Nizar di umumkan.



Kata Tok Guru :"Setelah kita menang di Perak kini Perak telah bertukar menjadi Emas buat Pakatan Rakyat, Kejahatan telah terbukti dan kebenaran telah menjelma. Saya menasihati agar yang beragama Islam untuk puasa sunat esok hari serta sembhyang Sunat Syukur 2 rakaat. Jangan terlalu gopoh dengan kemenangan ini"Selain itu dimaklumkan setelah Tuan Guru menerima berita itu beliau telah solat sunat dan disusuli dengan sujud syukur.

Ahad, 10 Mei 2009

Ceramah Isu DUN di Ipoh malam ini

Ceramah Isu terkini DUN Perak dan PPSMI akan diadakan di Surau Taman Meru 2B ,
Jelapang jam 9.00 malam ini. Penceramahnya ialah Dato' Seri Nizar Jamaluddin, Cikgu Azmi Hamid, Tan Sri A. Samad Said dan Peguam Hanipa Maidin. Semua di jemput hadir.

Sabtu, 9 Mei 2009

video tghh dan idham lim berceramah di marang 8/5/09

sidang dun 7 mei tidak sah DR.AZIZ BARI






PAKAR perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berpendapat sidang Dun Khamis lalu, 7 Mei tidak sah kerana beberapa sebab. Sidang itu adalah rentetan dan siri perbuatan-perbuatan haram yang beranak-pinak dan terus menimbulkan kekecohan dan kekeliruan dalam negara.




Beliau berhujah, dari awal lagi sidang mengetepikan kedudukan dan kuasa Speaker yang ada yakni V. Sivakumar dan kemudian pelbagai arahan serta perintah dibuat oleh Setiausaha Dun dan Setiausaha Kerajaan yang tidak mempunyai autoriti yang sah.




Kedua, katanya pada hari itu sendiri sidang dilakukan melalui rampasan, khususnya Hee Yit Foong yang bertindak memulakan sidang meskipun Sivakumar ada dan masih belum disingkirkan. Itu belum lagi mengambilkira kedudukan Hee yang sebenarnya masih di dalam penggantungan. Bagaimana Hee boleh dibenarkan memulakan prosiding yang kemudian memilih Datuk M Ganesan, soal Aziz.




Ditanya mengenai titah Raja Muda merasmikan sidang, Aziz berkata: "Ini tidak penting kerana ini dilakukan dalam sidang yang permulaannya sudah tidak sah. Dan ini pun bukan pokok. Kalau pembukaannya pun sudah tidak sah, tidak perlu kita bercakap hal-hal yang dilakukan selepas itu".Aziz berpendapat V. Sivakumar masih lagi Speaker Dun Perak yang sah. Di dalam persidangan haram itu Ganesan kelihatan tidak begitu petah bercakap dan tidak begitu mahir dengan peraturan dewan sehingga terpaksa dibantu oleh Datuk Hamidah Osman.




Aziz menyifatkan kekecohan di Dun Perak itu adalah yang kedua selepas rampasan kuasa oleh BN pada 5 Februari. Sebelum ini polis juga menghalang sidang Dun Perak Mac lalu sehingga ia terpaksa diadakan di bawah pokok kira-kira 100 meter dari premis rasmi."




Apa yang berlaku di Perak itu bagaikan persetubuhan haram yang melahirkan anak dan cucu yang kemudiannya melibatkan komplikasi dan kekeliruan tentang taraf dan hak anak-anak yang tidak berdosa itu," tegasnya.Paling menyedihkan, kata Aziz lagi, sebagaimana sidang di bawah pokok dua bulan lalu sekali lagi polis memainkan peranan utama."




Sebelum ini kita mendengar bagaimana Ketua Polis Negara sendiri dalam kekecohan yang berlaku di Dewan Rakyat mengakui yang mereka tidak boleh masuk dewan. Anihnya di Perak ada pula undang-undang lain yang mereka pakai".Di sisi perlembagaan dan undang-undang mahkamah, apalagi polis, sebenarnya mereka tidak boleh campur urusan dewan.




"Apa yang polis lakukan ialah pencerobohan dan jenayah. Tetapi kita tak boleh buat apa-apa kerana kita bergantung kepada polis. Ini kes pagar makan padi," katanya kesal.Sebab itu, tegas Aziz, cara menyelesaikan krisis di Perak ialah dengan membubarkan dewan kerana apa yang berlaku minggu lalu jelas menunjukkan keadaan makin teruk dan kerajaan haram pimpinan Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan terus menghadapi masalah dan terpaksa bergantung kepada istana dan polis untuk berfungsi."




Ini berlawanan dengan perlembagaan kerana istana dan polis ada peranan dan kerja masing-masing, bukan mengawal dan membantu kerajaan untuk berkuasa", tambahnya.Aziz berkata hanya kerajaan diktator yang berfungsi begitu dan dalam sistem demokrasi kerajaan hidup dan tegak berdasarkan sokongan rakyat, bukan atas bantuan polis dan mahkamah.




"Apa yang berlaku di Perak, oleh kerana cara BN membentuk kerajaan begitu misteri maka lawan mereka tidak dapat menerimanya". Aziz berkata hanya golongan fasis yang tidak percaya dengan pilihan raya sahaja yang akan mengambil tindakan ganas dan di luar kebiasaan untuk berkuasa.Anihnya, Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dalam komennya Jumaat lalu berasa sedih kerana "pihak pembangkang melanggar undang-undang dan membuat kekecohan".Khamis lalu Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin juga menyalahkan pembangkang kerana membawa budaya rimba dan menentang titah sultan, perintah mahkamah dan arahan polis.Aziz berkata di sisi undang-undang sesuatu tindakan tidak boleh dilihat berasingan dari suasana yang melatarinya.




"Apa yang dilakukan oleh ahli-ahli Dun di Perak adalah respons yang akan dilakukan oleh sesiapa pun termasuk oleh BN sendiri kalau mereka melaluinya. Dengan itu adalah tidak adil untuk menuduh mereka ganas, liar dan sebagainya sedangkan kita tahu bagaimana mereka dilayan oleh polis dan pihak sekretariat kerajaan negeri," jelasnya.Sebelum ini pelbagai pihak mengkritik keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengganggu kuasa Speaker V Sivakumar dan sikap pihak polis yang berat sebelah dan tidak profesional.

Berita buruk pada pengguna tmnet streamyx

Bermula dari bulan MEI 2009, TMnet Streamyx telah menyempitkan jalur lebarnya. Semua nombor IP terlibat. Hanya nombor IP yang bermula dengan 60.48.XXX.XXX sahaja yang berkelajuan seperti biasa.Jika anda menggunakan router bagi mendail nombor ini, anda memerlukan paling kurang 10 minit (itu pun jika anda bernasib baik).Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai, TMnet Streamyx melakukan ini semua bagi menghadkan penggunaan Internet di kalangan orang biasa agar mereka kembali kepada media lama iaitulah TV dan radio (yang semua orang tahu ia dipantau oleh kerajaan).Media baru seperti SMS, MMS dan Internet dilaporkan telah menggugat keuntungan syarikat siaran televisyen besar seperti Media Prima dan juga menggugat politik Barisan Nasional. Mereka semakin kehilangan penonton dan juga para pengiklan yang menjadi tunjang syarikat mereka. Kerajaan Barisan Nasional pula semakin kehilangan para penyokong.


Barisan Nasional Tak Cukup TV , Nak Berblog Pula
Lantaran dari itu, janganlah anda hairan mengapa talian 1-300 TMnet Streamyx sering sibuk. Mereka dihujani dengan aduan sama dan tiada apa yang boleh pekerja mereka lakukan.Mereka hanya menjalankan tugas. Mereka ibarat polis yang menerima arahan daripada Perdana Menteri. TMnet juga terpaksa menggaji pekerja yang bodoh dan jujur bagi menjayakan projek kotor kerajaan ini. Ini juga, telah mengakibatkan bilangan pekerja mereka menjadi sedikit sehingga membuatkan anda terpaksa menunggu lama, menanti skrip klasik yang tersusun dari kakitangan TMnet ini.Ramai kakitangan yang berpengalaman di TMnet telah berhenti dan ada yang bekerja dengan syarikat jalur lebar yang lain, di dalam dan di luar negara.Johan Jaafar selaku orang nombor satu Media Prima yang baru, jelas sekali kekurangan idea bagaimana untuk memenangi hati penonton dan pengiklan serta mengelak bersekongkol dengan kerajaan Barisan Nasional.Sekatan sistematik yang tersembunyi ke atas Internet kita ini, bukan sahaja menyusahkan para penulis blog, tetapi juga syarikat kecil dan besar yang berasaskan Internet. Jika syarikat anda selalu menggunakan Internet bagi tujuan emel atau pun sebagai alat komunikasi (Skype, MSN, YM dan lain-lain) syarikat anda juga akan turut berada di dalam masalah yang sama.Harap maklum.Sebarkan pada rakan-rakan anda yang masih kebingungan akan masalah sebenar kelajuan TMnet Streamyx.

wallahulam sekiranya ada yg tak bersetuju cuba kaji tengok byk kes kelembapan dan gangguan sambungan telah berlaku sy sendiri 2 x dah buat aduan sebab talian lost connection mau tunggu 2 -3 hari baru blh seetle..byr mcm biasa gak..sy percy ramai lg yg alami kesulitan ..

Selasa, 5 Mei 2009

Tokoh Islam - Syeikh Dr. Yusof Al Qaradhawi


Saya ingin berkongsi dengan sdr/i petikan ucapan Sahibus Samahah Syeikh Dr. Yusof Al Qaradhawi baru-baru ini.


Kita mengenali Syeikh Dr. Yusof Al Qaradhawi sebagai ulama' tersohor didunia Islam hari ini. Semasa mudanya beliau belajar di Universiti Al Azhar Mesir. Kemudian beliau mengajar di Al Azhar. Semasa itu beliau bergiat aktif didalam pergerakan Ikhwanul Muslimin, sehingga ke tahap mengangkat senjata berjihad menetang rejim Israel la'natullah hi 'alaih.


Disebabkan kelantangan beliau mempersoalkan kefasikan pemerintah rejim di Mesir, Syiekh Dr. Yusof Al Qaradhawi telah dikenakan tindakan buang negeri dan persona non grata. Beliau kemudiannya menetap dan menjalankan kegiatan da'wahnya di Qatar sehingga kini. Beliau adalah antara tokoh ulama' yang sangat dibenci oleh rejim Israel, Amerika dan kerajaan-kerajaan dinegara umat Islam kerana keberanian beliau memperkatakan perkara yang haq..


(Untuk lebih mengetahui sejarah beliau sila baca buku "Perjalanan Hidupku:Dr Yusuf Al Qaradhawi" yang telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu terbitan Pustaka Al Kautsar, Jakarta, Mei 2003).
Dr. Yusuf Al Qaradhawi ni sekarang sudah agak berumur. Beliau lahir pada 09 Sept 1926, beliau kini berumur 85 tahun hijrah (83 tahun masehi). Kesihatannya pun tidak berapa menggalakkan, beliau kini hidup diatas kerusi roda.


Tapi apa yang membuat saya terharu dan terpegun dalam ucapan beliau baru-baru ini. Syeikh Dr. Yusuf Al Qaradhawi menyatakan bahawa sebelum menutup mata, hanya sat sahaja cita-ciat beliau; ini adalh teks terjemahan ucapan beliau:
"Saya hanya mempunyai satu sahaja cita-cita sebelum dipanggil Ilahi. Saya kepingin sangat mahu ke Ghozzah bumi Filistin. Disana saya ingin sangat menemui tentera rejim Israel la'natullah, dan saya ingin sangat menembak mati mereka seramai yang mungkin. Dan saya tidak takut sekiranya pesawat canggih rejim Israel datang dan mengebom saya hingga berkecai, kerana saya terlalu ingin berjumpa ALLAH dalam keadaan syahid. Saya sangat cemburu dengan sahabat-sahabat saya Almarhum Assyahid Syeikh Hassan Al Banna, Assyahid Syeikh Yaasin, Assyahid Syeikh Ahmad Rantissi yang mereka semuanya dapat bertemu ALLAH dalam keadaan badan berkecai kerana syahid ditangan musuh-musuh ALLAH. Moga ALLAH mengabulkan doa dan impian saya yang terakhir ini".

Saya hanya mampu menitiskan airmata mendengar dan menghayati rintihan dan doa Syeikh Dr. Yusuf Al Qaradhawi ini. Dalam keadaan umur yang lanjut dan kesihatan yang tak mengizinkan, beliau masih mempunyai semangat jihad yang tinggi.


Alangkah baiknya kalau agamawan-agamawan dan ilmuan-ilmuan Islam dalam negara kita ini mempunyai semangat yang sama. Ni apa yang kita tengok telatah dan kelaku 'ilmuan-'ilmuan dan agamawan-agamawan kita yang terlalu sibuk dengan berpolitik, sibuk dengan nak berebut jawatan, sibuk dengan agihan habuan sehingga rela diperkuda dan dijadikan lembu yang dicocok hidung oleh golongan yang berkepentingan sehingga nak bercakap pasal Islam pun dah tak berani. Apa lagi nak mempertahankan Islam..sehingga kita lihat Islam hari ni diperkotak-katikkan sesuka hati oleh mereka yang sudah sedia membenci Islam. Sehingga bersekongkol sebantal dengan kafir harbi dihalalkan atas nama politik ghonimah..


Moga ALLAH melahirkan lebih banyak ulama'-ulama' berjiwa besar saperti Syeikh Dr. Yusuf Al Qaradhawi..ameen..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

blogger sempoi