Ahad, 15 Mei 2011

Harga Barang Naik, Muhyiddin Perbodohkan Rakyat



SHAH ALAM 14 MEI : Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin harus peka kepada teguran orang ramai terhadap kenaikan harga barangan dan bukannya marah terhadap kritikan sebegitu, kata Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifli Ahmad.

Muhyiddin juga berbohong apabila mendakwa Malaysia satu- satunya negara yang  mengawal harga barangan dengan memberi subsidi bagi mengurangkan beban rakyat, kata beliau.


Kita tahu di negara barat pun sistem subsidi itu memang diberikan, Amerika memberi subsidi besar kepada sektor pertanian mereka dan sebagainya, begitu juga kepada negara-negara yang maju seperti Eropah, Jepun dan sebagainya." kata Dr Dzulkifli.
"Jadi Muhyiddin ni..samada dia betul- betul jahil ataupun dia buat-buat tak tahu atau nak menipu rakyat," tambah beliau.  
Pagi tadi  Muhyiddin sekali lagi memilih majlis membabitkan penduduk luar bandar untuk  mendakwa kononnya Malaysia adalah negara ulung memberikan subsidi kepada rakya.
Justeru, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak wajar pihak-pihak tertentu menggunakan alasan kenaikan harga barang untuk mempersalahkan kerajaan.
“Kenaikan harga barangan yang berlaku tidak boleh dijadikan alasan untuk menuduh kerajaan tidak bertanggungjawab atau tidak buat sesuatu untuk kepentingan rakyat.
“Tidak ada kerajaan lain yang kawal harga, kalau negara lain, mereka bayar dengan harga pasaran sebenar,” kata Muhyiddin ketika berucap pada majlis Sarapan Pagi 1 Malaysia di Kampung Sungai Ular Pahang.  
 Rakyat Malaysia terpaksa menanggung kos sara hidup yang semakin tinggi selepas kerajaan pimpinan Najib Razak memotong subsidi yang mengakibatkan harga barangan keperluan seperti gula dan petrol meningkat secara mendadak.
Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli berkata, kerajaan turut menarik subsidi gula bernilai RM116 juta, tetapi mengekalkan peruntukan RM19 bilion setahun kepada syarikat IPP seperti YTL Corporation Berhad, Malakoff Corporation Berhad dan Genting Sanyen.
Dr Dzulkifli berkata keluhan rakyat mengenai kenaikan harga barangan berpaksi kepada dasar-dasar tidak seimbang kerajaan khususnya yang membabitkan pemberian subsidi kepada syarikat-syarikat besar.    
"Dia (Muhyiddin) masih dalam pemikiran lamanya yang belum sedar bahawa rakyat hari ini sudah celik dan punya keberanian untuk menegur bahkan mengkritik kerajaan sebab rakyat hari ini tahu bahawa mereka sebenarnya yang mengangkat kerajaan."
"Dia masih lagi mempunyai minda lama yang menganggap bahawa kerajaan itu bos dan rakyat mesti dengar dan ambil apa saja yang kerajaan beri, kononnya kerajaan tahu semua," tambah Dr Dzulkifli 
Muhyiddin mendakwa walaupun harga barangan naik “rakyat dapat menikmati limpahan ekonomi dan peluang pekerjaan yang ada ekoran kemasukan pelaburan asing.”
Ini bukan kali pertama Muhyiddin memberikan maklumat salah kepada penduduk luar bandar. Pada pilihanraya Sarawak beliau mengisytiharkan Malaysia sebagai negara maju, malah antara yang terbaik di seluruh dunia.


“Perisytiharaan” itu dibuat kepada sekumpulan pengundi Iban di sebuah rumah panjang berhampiran Sri Aman Sarawak.

Kenyataan itu bercanggah dengan ketetapan agensi-agensi antarabangsa yang masih menyenaraikan Malaysia sebagai sebuah ekonomi membangun. Malah Perdana Menteri Najib  Razak sendiri  mensasarkan 2020 untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju, jika ekonomi berkembang purata lapan peratus setahun.sumber

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi