Jumaat, 6 Mei 2011

Kebebasan Media = 143 daripada 196 negara

KUALA LUMPUR - Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan kedudukan Malaysia dalam indeks kebebasan media amat memalukan berbanding negara membangun, apabila mencatat kedudukan 143 daripada 196 negara. “Berdasarkan kedudukan negara adalah amat memalukan jika dibandingkan dengan beberapa negara termasuk Kemboja, Filipina, Thailand dan Indonesia yang berada di kedudukan yang lebih baik.

“Walaupun kita selalu menganggap Malaysia sebagai negara maju berbanding beberapa negara tersebut, namun kita patut malu apabila kedudukan kebebasan media tidak berlaku. Lihat sahaja negara Timor Leste yang baru sahaja merdeka, tetapi mempunyai kedudukan yang lebih baik daripada Malaysia,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Beliau mengulas kajian yang dibuat sempena Hari Kebebasan Akhbar Dunia pada 3 Mei oleh Freedom House yang berpangkalan di Amerika Syarikat yang mengklasifikasikan akhbar di Malaysia masih tidak bebas.

Menurut Nik Nazmi, kebebasan media sudah lama membelenggu media arus perdana di Malaysia, malah kerajaan Barisan Nasional (BN) turut mengenakan cengkaman terhadap media alternatif dan bebas, menyebabkan kebebasan media di Malaysia terus merudum. “Situasi ini sudah lama berlaku akibat kongkongan daripada BN terhadap media arus perdana.

“Tetapi yang terbaru apabila BN turut melancarkan serangan terhadap portal Sarawak Report, Malaysiakini sehingga tidak dapat diakses dengan Penafian Perkhidmatan (DDOS) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak bulan lepas.

“Sebelum ini Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim pernah memberi jaminan tiada gangguan terhadap laman berita dalam internet tetapi yang berlaku adalah sebaliknya,” kata beliau yang juga Adun Sri Setia.

Dalam pada itu, beliau menyarankan kepada kerajaan tidak lagi campur tangan terhadap kebebasan media supaya setiap laporan tidak berpihak kepada mana-mana parti.

“Kerajaan tidak perlu campur tangan lagi dalam kebebasan media supaya kod etika kewartawanan tetap terpelihara. “Serahkan sahaja kepada semua kumpulan media untuk mereka menjalankan tugasan tanpa campur tangan dan pengawalan kerajaan yang mempunyai kepentingan politik,” ujarnya.

Pada 2009, Malaysia berada di tangga 143, tetapi menunjukkan sedikit pencapaian pada tahun lepas dengan menduduki tangga 141 dalam isu kebebasan media.
Menurut kajian yang dijalankan Freedom House, 10 negara teratas dari segi kebebasan akhbar adalah Finland, Norway, Sweden, Belgium, Iceland, Luxembourg, Andorra, Denmark, Switzerland, Liechtenstein, Belanda dan Palau. Laporan itu meletakkan setiap negara kepada tiga kategori iaitu bebas, separa bebas dan tidak bebas.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi