Isnin, 23 Mei 2011

S/U Akhbar TGNA:JMM Ialah Pengecut Yang Sebenar!




1. Saya tertarik untuk mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah seperti yang disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia, muka surat 11 pada hari ini, 23 Mei 2011. Beliau dilaporkan berkata bahawa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebagai seorang yang bertopeng imej warak kerana sanggup memperalatkan pelajar sekolah agama di Kelantan untuk menghadiri program politik.

2.       Program yang dimaksudkan oleh Azwanddin itu ialah program Munajat Anak Muda Kelantan yang berlangsung di Padang Perdana, Kota Bharu pada 20 Mei 2011 yang lepas yang menyaksikan belasan ribu hadirin membanjiri Padang Perdana untuk program khatam al-Quran dan solat hajat.
3.       Azwanddin jelas sekali keliru apabila menyatakan bahawa pelajar-pelajar yang hadir diperalatkan. Hakikatnya, mereka hadir dengan kerelaan diri sendiri dan tanpa sebarang paksaan. Tentunya sebagai sebuah negara demokrasi, pelajar-pelajar tidak dihalang untuk menghadiri program sedemikian yang tentunya lebih baik daripada program konsert hiburan yang dibenarkan oleh UMNO / Barisan Nasional. Bahkan tindakan menyiarkan bahan lucah di dalam media eletronik dan cetak jauh lebih bahaya terhadap akhlak muda mudi dan ini langsung tidak ditegur oleh JMM.
4.       Perlu diingatkan bahawa tidak menjadi amalan kerajaan negeri Kelantan memaksa pelajar-pelajar atau guru-guru datang ke program politik seperti yang diamalkan oleh UMNO. Berlainan dengan UMNO yang hanya berani menggunakan kuasa paksaan bagi meramaikan program mereka. Contoh jelas antaranya ialah apabila UMNO memaksa semua guru-guru di Merlimau hadir dalam program kempen pilihanraya kecil DUN Merlimau pada 14 Februari 2011 yang lepas. Surat arahan tersebut dilampirkan bersama untuk rujukan. Demikian juga apabila guru-guru dipaksa untuk mendengar taklimat keselamatan yang antaranya diisi dengan ceramah yang memburuk-burukkan pemimpin Pakatan Rakyat.
5.       Jika JMM menyatakan Menteri Besar Kelantan sebagai pengecut kerana hanya berani berpidato di hadapan pelajar sekolah, maka JMM lebih pengecut apabila tidak berani untuk berdebat ekoran kenyataan seorang pemimpinnya yang menyamakan Menteri Besar Kelantan dengan Ayah Pin satu masa dahulu. Antara pihak yang mencabar debat dengan JMM ialah Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan. JMM perlu diingatkan bahawa berani berkokok di dalam akhbar sahaja tanpa berdepan dengan hujah adalah sebesar-besar sifat pengecut dan sifat ini ada pada pimpinan JMM.
6.       Hakikatnya, UMNO dan Barisan Nasional gerun dengan kehadiran begitu ramai anak muda di dalam program tersebut. Bahkan jika UMNO dan Barisan Nasional dengan segala kekuatan jentera yang ada berusaha untuk mengadakan himpunan seperti itu, ia tidak akan berjaya. Ini kerana budaya ‘upah dan suap’ yang sudah sebati dalam darah daging perjuangan mereka. JMM hanyalah merupakan ‘budak suruhan’ kepada UMNO dan hanya akan bercakap untuk kepentingan politik UMNO dan Barisan Nasional.
Sekian.
AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 23 Mei 2011 / 19 Jamadil Akhir 1432

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi