Selasa, 14 Februari 2012

39 Isteri,94 Anak Dan 33 Cucu

























Ziona Chana, lelaki berasal dari India ini hanyalah berusianya 67 tahun sahaja namun, Dia memiliki sebuah keluarga yang sangat besar. Percaya atau tidak dia memiliki 39 wanita sebagai isterinya.

Dari hasil perkahwinannya itu, dia dikurniakan 94 anak dan 33 cucu. Jumlah keluarga itu masih bertambah dengan kehadiran 14 anak perempuan tiri yang telah dimiliki oleh beberapa isterinya.

Ziona dan keluarganya menetap di sebuah rumah yang dibina di sebuah bukit di perkampungan Baktwang, Nizoram, India.Bangunan rumah keluarga Ziona mirip seolah-olah rumah flat. Rumahnya setinggi 4 tingkat dan mempunyai 100 bilik.

Dalam satu malam keluarga ini boleh menghabiskan 30 ekor ayam, 60 kg kentang, dan 100 kg nasi. Sewaktu makan bersama, bilik makan akan menjadi sesak seperti sebuah restoran.

Ziona adalah ketua mazhab agama ‘Chana’ yang didirikan oleh ayahnya pada 1942. Ziona percaya bahawa dia akan mampu memerintah dunia apabila ahli keluarganya telah mencapai 400 orang.

Sumber

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

blogger sempoi