Isnin, 6 Februari 2012

Hasan Ali hina ulamak- Datuk Dr Mahfodz

Dr Mahfudz Pesuruhjaya PAS JohorFebruary 4, 2012.JOHOR BARU: Dewan Ulamak PAS menolak dakwaan PAS dipimpin oleh golongan sekular sebagaimana dinyatakan oleh bekas pemimpin parti itu, Datuk Dr Hasan Ali.

“PAS dipandu oleh majlis syura ulama yang menjadi penentu kepada hala tuju parti. Majlis itu berkuasa sepenuhnya terhadap parti.



“PAS bukan ditentukan oleh individu baik muryidul am, presiden atau ketua ulama,” kata Naib Ketua Dewan Ulamak, Datuk Mahfodz Mohamad.

Beliau mengulas kenyataan Dr Hasan yang mendakwa parti Islam itu dikuasai 72 peratus golongan sekular manakala 28 peratus lagi golongan ulamak yang mengikut telunjuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Hasan membuat dakwaan itu dalam satu ceramah di Johor malam tadi.

Pakar motivasi

“Dalam Pemuda ada ulamak, dalam Muslimah ada ulamak. Kita ada Dewan Ulamak. Datuk Nik Aziz Nik Mat ulamak, Datuk Seri Hadi Awang ulamak, Datuk Haron Din ulamak, Datuk Harun Taib ulamak.

“Saya anggap kenyataan Dr Hasan itu menghina ulamak,” tambah Mahfodz yang juga pesuruhjaya PAS Johor.

Mahfodz kenyataan Dr Hasan itu semata-mata untuk meraih sokongan kepada bekas exco agama kerajaan negeri Selangor.

Katanya, Dr Hasan pakar motivasi jadi dia memang pandai dalam membuat kenyataan untuk menagih sokongan./Freemalaysiatoday

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

blogger sempoi