Gambar Kamal Azhari Zuhra
Gambar menunjukkan bagaimana tindakan ganas n kejam tentera Syria yg membunuh orang2 awam tanpa mengenal usia. Inilah pasukan tentera yg membabi buta menyokong presiden yg zalim, tamakan kuasa dan ganas.
Satu himpunan aman akan diadakan di hadapan Kedutaan Syria, Jalan U Thant di sini, selepas solat Jumaat, 10 Februari ini.
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan berkata, orang ramai boleh menunaikan solat Jumaat di Masjid Tabung Haji atau masjid berdekatan sebelum berarak ke Kedutaan Syria.
Katanya, himpunan aman itu diadakan bagi membantah dan mengecam pembunuhan ke atas rakyat Syria oleh rejim Bashar Assad yang semakin meningkat.
Semalam, enam anggota Majlis Keselamatan Negara Teluk (GCC) telah bertindak mengusir diplomat Syria dan memanggil pulang duta masing-masing yang berada di Damsyik ekoran kematian orang awam yang terus meningkat di negara itu.
GCC dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan turut mengutuk pembunuhan yang dilakukan terhadap rakyat Syria yang tidak bersenjata sejak demonstrasi menentang Presiden Bashar al-Assad tercetus 11 bulan yang lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan