Sabtu, 11 Februari 2012

Samsung 7 Chronos: Nipis Dan Ringan

samsung_series_7_chronos_hands-on_sg_0


Berdasarkan kejayaan yang dicapai oleh Samsung dalam komputer riba Siri 9, kini syarikat tersebut kembali memperkenalkan siri baru iaitu Siri 7 Chronos.

Dilengkapi bersama sarung yang diperbuat daripada aluminium, ringan dan kompak, Siri 7 Chronos juga turut dimuatkan bersama teknologi terkini daripada Intel Core i5 Quad Core yang mana mampu menyediakan data memori flash sebanyak 8GB kepada papan utama.

Menurut Pengarah Urusan, Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd., Kwon Jae Hoon, Siri 7 Chronos mampu meningkatkan penggunaan komputer riba di kalangan peminatnya.

“Matlamat kami untuk menghasilkan komputer riba yang bukan sahaja dapat memudahkan perjalanan hidup penggunanya, malah dapat digunakan dalam pelbagai bidang dan dapat memenuhi permintaan pasaran.

“Kami juga mempercayai bahawa penciptaan Siri 7 Chronos merupakan kemuncak kepada penghasilan serta penggunaan komputer riba,” ujarnya pada majlis pelancaran komputer tersebut di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selain memiliki kelajuan yang tinggi, Siri 7 Chronos juga turut dilengkapi paparan berkualiti tinggi bersama teknologi MAX Screen 14 inci.

Tanpa mengorbankan keselesaan untuk bergerak bersama skrin seluas 14 inci, pengguna malah memiliki kelebihan paparan yang lebih luas serta jelas berbanding skrin 13 inci sebelum ini.

Menurut Pengurus Negeri, Intel Malaysia dan Brunei, Prakash Mallya, pengguna komputer kini lebih berminat kepada komputer riba yang lebih ringan dan nipis supaya ia mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja mereka pergi.

“Justeru, kami di Intel percaya Siri 7 Chronos mampu memenuhi keperluan tersebut dan memberikan pengalaman komputeran bersama Intel Core i5,” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut berkenaan komputer riba Samsung 7 Chronos anda boleh layari www.samsung.com.my

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

blogger sempoi