Amanat Dato' Seri Anwar Ibrahim - Menjelang PRU 13
Assalamualaikum...
BACA, TELITI dan FAHAMI dengan mata HATI dan mata AKAL. Saya sudah dan
saya bertanggungjawab menyebarkannya. Semoga amanat ini benar dan apa
jua diluar kemampuan dan pengetahuan saya, saya serahkan kepada Allah
SWT. Hidup Islam dan rakyat!
Amanat Dato' Seri Anwar Ibrahim - Menjelang PRU 13
"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!
Saya mohon agar rakyat Malaysia bertenang dan dapat meluangkan 10 minit
dari masa berharga anda untuk membaca luahan hati saya agar rakyat faham
mengapa saya bersungguh-sungguh dan beria sangat ingin merebut
Putrajaya.
Jika saya katakan ia bukanlah perjuangan peribadi bagi membela
ketidakadilan yang telah berlaku ke atas saya, pastilah ramai yang tidak
akan percaya dengannya. Oleh itu, saya mengambil keputusan menulis
beberapa fakta agar ia dapat meyakinkan rakyat bahwa saya ikhlas dan
jujur memperjuangkan nasib kita semua.
Saya pernah dituduh liwat beberapa tahun lalu dan mahkamah mendapati
saya tidak bersalah atau lebih tepat saya tidak melakukan perbuatan
terkutuk itu sebagaimana yang didakwa oleh musuh-musuh politik saya.
Tidak cukup dengan itu, saya kemudiannya diheret semula ke mahkamah
dengan tuduhan lain pula. Kali ini mereka mendakwa saya telah melakukan
kesalahan ‘menyalahgunakan kuasa’. Saya akui saya tersilap mempercayai
anggota polis yang sering mengiringi saya ketika itu.
Saya telah meminta beliau menyiasat siapakah penulis buku ’50 dalil
mengapa Anwar tidak boleh jadi PM’. Hanya itulah kesalahan yang mereka
takrifkan sebagai ‘menyalahgunakan kuasa’ yang akhirnya menyebabkan saya
terpaksa meringkuk selama 6 tahun dalam penjara. Bolehkah anda
bayangkan perasaan saya dan keluarga ketika itu?
Sebaik keluar dari penjara, setelah 6 tahun menghabiskan sisa-sisa hidup
dengan pelbagai amalan keagamaan di dalam sana, saya amat bersyukur
akhirnya Tun Mahathir mengaku dalam satu sidang video bahwa beliau
memang sengaja mengada-adakan kesalahan saya bagi memastikan kerjaya
politik saya berkubur dalam penjara Sg.Buloh. Ramai rakyat yang telah
tahu dan pernah menonton video pengakuan Tun Mahathir ini. Anda juga
boleh melihat pengakuan Tun Mahathir di link youtube ini:
http://www.youtube.com/watch?v=aPKrsCqznS0
Apabila satu persatu tembelang BN terbongkar, mereka mulai berasa kurang
selesa serta risau dan mereka mula mengatur sebuah lagi fitnah bagi
‘menyibukkan’ saya dengan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan.
Tiba-tiba seorang pemuda mengaku diliwat oleh saya sehari selepas beliau
bertemu Dato Seri Mohd Najib di pejabatnya. Saya yang berada 6 tahun
dalam penjara seolah tidak pernah belajar bahwa ‘kebebasan’ itu adalah
nikmat yang harus saya syukuri. Saya sekali lagi terpaksa berhadapan
dengan kemelut yang amat memalukan saya dan keluarga.
Saya ingin bertanya, selama 6 tahun dalam penjara, berapa ramaikah
banduan yang telah saya liwat? Mengapa perlu tunggu keluar penjara untuk
melakukan perbuatan terkutuk itu? Saya sebenarnya tiada ruang untuk
menjelaskan kebenaran ini. Saya dinafikan keadilan. Saya juga turut
dinafikan hak bersuara di semua akhbar, stesen TV dan Radio milik BN.
Saya tiada tempat yang dapat menjelaskannya secara meluas kepada rakyat
jelata. Dimanakah dapat saya kemukakan bukti bahwa saya sungguh tidak
pernah melakukan perbuatan terkutuk itu? Mereka suruh saya buktikan di
mahkamah, sedang merekalah yang sebenarnya menguasai mahkamah. Ya benar!
Mahkamah kita masih belum bebas. Ia masih terus dikuasai sepenuhnya
oleh ‘orang’ yang berkuasa.
Saya menolak untuk bersumpah kerana bukan saya yang sepatutnya
bersumpah, tetapi orang yang mendakwa diliwatlah yang sepatutnya
bersumpah laknat. Dia telah pun bersumpah dan biarlah Tuhan sahaja yang
melaksanakan laknat-Nya ke atas mereka yang bersumpah bohong. Itu bukan
lagi dalam kekuasaan saya. LA HAWLA WALA QUWATAILLAH BILLAH. Jangan
lupa, beberapa individu yang terbabit memfitnah saya dahulu ada yang
telah mati dengan tragis dan ada pula yang masih hidup tetapi mengalami
sakit yang aneh. Dan berhubung DNA pula, saya enggan diambil sekali lagi
sample DNA kerana mereka telah punyai DNA saya dalam pertuduhan kes
liwat yang pertama dahulu. Saya bimbang seandainya mereka mempunyai
muslihat jahat terhadap sample DNA terbaru itu nanti. Saya harus lebih
berhati-hati.
Andaikata benarlah saya ini ‘kaki liwat’ sebagaimana fitnah mereka,
bukankah molek jika ianya saya lakukan di luar Negara. Saya mengajar di
sebuah Universiti di Amerika Syarikat, it’s a free country, jika
benarlah saya ini kebulur sangat meliwat seseorang, saya boleh
melakukannya dengan sesiapa sahaja yang saya ingini di sana. Mengapa
harus saya lakukan perbuatan jahat itu di Negara sendiri, di Negara yang
mana saya berpolitik, berkeluarga dan mempunyai ribuan kenalan dan
sahabat handai. Ia tidak masuk akal dan tidak munasabah. Ia satu fitnah
jahat yang amat berat buat saya dan keluarga.
Justeru itu saya berazam untuk menyelamatkan Malaysia dari kejahatan
orang-orang yang jahat dan tidak berperikemanusian itu. Saya rela mati
kerana rakyat Malaysia. Hanya dengan menguasai Putrajaya sahajalah
segala tipu muslihat mereka dapat kita bongkar kepada umum. Masa itu,
anda nilailah sendiri dan saya akan memaafkan anda yang turut menuduh
dan memfitnah saya ketika ini kerana saya mengandaikan bahwa anda
‘jahil’ atau ‘tidak tahu’ ketika itu. Saya akan biarkan anda semua
berkesempatan bertaubat kepada Allah atas dosa dari kesalahan memfitnah
saya, yang disifatkan Allah dan Rasul-Nya sebagai lebih buruk daripada
membunuh satu jiwa mukmin.
Berhubung pemilikan harta, setakat ini belum ada bukti bahwa saya
memiliki harta atau wang yang luar biasa banyaknya samada dalam mahupun
di luar negara. 9 tahun lamanya sebagai Menteri Kewangan Malaysia serta
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ramai dari kalangan pemimpin BN yang
berpendapat adalah amat bodoh saya tidak menggunakan kesempatan untuk
'membaham' khazanah negara ketika itu. Memang benar ketika itu saya
boleh sahaja melakukannya jika mahu, ia adalah dalam bidang kuasa saya
sebagai Menteri Kewangan Malaysia, namun hukum Allah dan syariat
Islamlah yang telah membendung saya dari melakukan perbuatan khianat
seperti itu kepada rakyat Malaysia.
Kami, pemimpin Pakatan Rakyat berjuang dengan menggunakan hasil
pendapatan masing-masing dan dari kemelut 'kekurangan dana' ini,
akhirnya membawa kepada keluarnya beberapa pemimpin yang 'kononnya'
ingin berjuang bersama tetapi rupanya mempunyai hasrat 'berbeza'.
Pemimpin Pakatan Rakyat yang bercita-cita jahat untuk meratah khazanah
kekayaan negara awal-awal lagi telah 'disingkir' oleh Allah Swt melalui
ujian-ujian-Nya. Antara mereka adalah Ezam Nor dan Zulkifli Nordin,
sekadar menyebut beberapa nama dari mereka. Syukur Alhamdulillah!
Baiklah, setakat itu sahaja yang dapat saya perjelaskan tentang apa yang
telah berlaku kepada saya selama ini. Saya ingin bertanya, apakah anda
sebagai rakyat Malaysia sanggup membiarkan orang yang paling bermotif
membunuh, menjadi PM? Jika anda sangsi dengan dakwaan saya bahwa mereka,
pemimpin-pemimpin BN terpaksa bersekongkol dengan perancang utama satu
plot pembunuhan hanya kerana ‘survival’ politik mereka, cuba anda
perhatikan fakta-fakta dan bukti-bukti di bawah ini:-
PEMBUNUHAN ALTANTUYA - WAJARKAH RAKYAT MENUTUP KES INI?
Firman Allah surah An Nisaa' (105): Sesungguhnya Kami telah menurunkan
kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara
manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah
kamu menjadi penentang (orang-orang yang tidak bersalah), kerana membela
orang-orang yang khianat (lagi berdusta),
Fakta Individu-individu yang terbabit secara langsung @ tidak dalam kes Pembunuhan Altantuya:
Altantuya Sharibuu @ Aminah bt. Abdullah adalah penterjemah Bahasa
Perancis bagi urusan pembelian kapal selam oleh Kementerian Pertahanan
Malaysia melalui 'Perimekar' milik Penganalisis Strategi Ketenteraan
Malaysia yang juga merupakan teman baik Dato Seri Mohd Najib.
Dato Seri Mohd Najib - Menteri Pertahanan Malaysia / Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Abdul Razak Baginda - Penganalisis Pertahanan kepada Kementerian Pertahanan Malaysia / pemilik 'Perimekar'.
Ketua Inspektor Hazilah Hadri - (UTK) yang berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.
Koperal Sirul Azhar Umar - (UTK) juga berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.
Aziz Buyong - Kolonel Tentera / Pakar bom C4.
Abdullah Ahmad Badawi - Perdana Menteri Malaysia / Menerima Kertas Siasatan dari Penyiasat Polis Tentera Malaysia (MP).
Khairy Jamaludin - Menantu Perdana Menteri Malaysia / Menyimpan Kertas
Siasatan berkenaan bagi tujuan survival politiknya setelah ketiadaan Pak
Lah nanti.
Rosmah Mansor - Isteri Dato Seri Mohd Najib / Berada di tempat mayat diletupkan dengan C4.
Norhayati - Isteri Kolonel Aziz Buyong / Pembantu Khas Rosmah yang turut berada di tempat kejadian letupan bom C4.
Fakta-Fakta lain dalam kes Pembunuhan Kejam Altantuya:
Bom C4 milik Angkatan Tentera Malaysia.
Dua anggota UTK - Suspek utama pembunuhan adalah body guard di pejabat Dato Seri Mohd Najib.
Rekod Imigresen kemasukan Altantuya dan sepupunya ke Malaysia
di'lenyap'kan oleh seseorang dari Jabatan Imigresen Malaysia dengan
arahan orang-orang tertentu bagi menutup konspirasi ini.
Zahid Hamidi ketika mengambilalih tugas Menteri Pertahanan Malaysia
akhirnya terpaksa membuat kenyataan 'konon'nya Angkatan Tentera Malaysia
tidak memiliki Bom jenis C4 dan itu adalah amat bercanggah dengan
kenyataan sepanjang kes perbicaraan Pembunuhan Altantuya di mahkamah.
Atas arahan siapakah beliau 'berbohong' dan untuk survival siapa?
Keterangan-keterangan ringkas dan jelas:
Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari Unit Tindakan Khas,
yang juga merupakan ‘body guard’ Dato Seri Mohd Najib tidak pernah
mengenali Altantuya sebelum kejadian 'bunuh' itu dan tidak langsung
mempunyai 'motif' untuk membunuh model berkenaan tetapi mereka berdua
mungkin telah diarah oleh sesorang 'yang berkuasa' untuk melaksanakan
kerja-kerja pembersihan dalam konspirasi pembunuhan ini. Mereka berdua
akhirnya didapati bersalah oleh mahkamah kerana membunuh dengan niat dan
dijatuhi hukuman mati oleh hakim mahkamah. Mereka ini jelas telah
'dikambing hitamkan' oleh pihak tertentu dalam usaha menutupi pekung
'pengarah sebenar konspirasi' pembunuhan Altantuya.
Abdul Razak Baginda memang mempunyai motif untuk membunuh Altantuya
kerana beliau dilaporkan 'kononnya' adalah pasangan kekasih kepada model
ini dan kedatangan Altantuya dengan sepupunya Burmaa Oyunchimeg adalah
'kononnya' untuk mengambil komisyen berjumlah US500 ribu yang dijanjikan
kepadanya seandainya pembelian kapal selam itu terlaksana. Adalah
difahamkan bahwa Syarikat milik Abdul Razak Baginda 'Perimekar' menerima
komisyen jualan sebanyak RM4.7 billion dari kerajaan Malaysia melalui
Kementerian Pertahanan Malaysia, hasil dari kejayaan dalam urusan
pembelian 3 buah kapal selam dari Perancis untuk kegunaan Tentera Laut
Malaysia.
Anehnya Abdul Razak Baginda kemudiannya didapati tidak bersalah dan dia
dibebaskan sepenuhnya dari pertuduhan membunuh kerana dilihat tiada
mempunyai kuasa untuk 'mengarah' suspek utama kes, yakni Ketua Inspektor
Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari UTK untuk melakukan pembunuhan
mangsa (Altantuya). Jadi siapakah yang mempunyai kuasa ketika itu? Jika
diamati serta diperhalusi, 'orang yang tak berapa nak cerdik' pun boleh
menilai fakta ini dengan baik. Cuba lihat rantaian fakta ini bagi
mengaitkan siapa jua yang bermain di minda anda sebagai 'suspek sebenar'
yang bertindak sebagai 'pengarah operasi' permbersihan nama baik
seorang PEMBESAR dalam kes pembunuhan ini.
Siapakah PALING BERMOTIF untuk membunuh Altantuya selain Abdul Razak
Baginda? Dan fakta yang paling penting untuk kita perhalusi adalah
siapakah yang berkuasa atau mempunyai kuasa untuk mengarah dua orang UTK
(Pengawal peribadi Dato Seri Mohd Najib - Hazilah dan Sirul) serta
Pakar Bom C4 tentera (Kolonel Aziz Buyong)? Siapakah pula yang
berkemungkinan mempunyai pengaruh dalam 'melenyapkan' rekod kemasukan
Altantuya ke Malaysia? Sudah tentulah ia melibatkan sesuatu yang AMAT
BESAR sehingga perlu dihapuskan wanita 'berbahaya' ini. Siapakah
pengarah sebenar dalam konspirasi pembunuhan ini? Apakah motif sebenar
nya? Apa jua jawapan yang bermain di'minda fikiran' anda, simpan dahulu
untuk telahan fakta berikutnya.
Dato Seri Mohd Najib kemudiannya bersumpah bahwa beliau tidak pernah
mengenali dan tiada kaitan samada secara langsung atau tidak dengan
Altantuya. Sedangkan umum akhirnya mengetahui bahwa Altantuya rupanya
adalah 'Perterjemah Bahasa Perancis' yang diguna pakai ketika
berlangsungnya urusan pembelian kapal selam berkenaan. Ini menyebabkan
Dato Seri Mohd Najib 'terpaksa' juga mengenalinya walaupun dia ingin
sangat agar rakyat tahu 'konon'nya dia tidak pernah mengenali Altantuya.
Fakta ini bukan omong kosong. Ia turut dinyatakan di mahkamah dalam
sebutan kes yang berlangsung di Paris, Perancis berhubung penipuan yang
berlaku dalam skandal penjualan dan pembelian kapal selam itu.
Menambah buruk persepsi itu adalah apabila sepupu Altantuya, Burmaa
Oyunchimeg mengemukakan bukti bergambar di mahkamah ketika diminta
memberi keterangan. Bukti itu adalah gambar Abdul Razak Baginda, Dato
Seri Najib dan Altantuya sedang menjamu selera di sebuah restoran
eksklusif. Ya lah! Takan hanya kerana keluar makan bersama sahaja terus
hendak dikaitkan beliau sebagai pembunuh, itu tidak adil dan zalim
namanya. Cuma yang jelas di sini adalah Dato Seri Mohd Najib telah
bersumpah 'bohong'. Dia sebenarnya memang mengenali Altantuya. Kenapa ia
seakan hendak di’sembunyi’kan dari rakyat Malaysia? Pasti ada sebab
BESAR disebalik semua itu.
Baiklah, sekarang amati pula dari sudut berbeza, Abdul Razak Baginda
hanya perlu melunaskan US500 ribu atau hanya kira-kira RM1.6 Juta sahaja
berupa komisyen kepada Altantuya. Dan jika mengambil kira jumlah
komisyen yang dimilikinya iaitu RM4.7 billion (Ringgit Malaysia Empat
Ribu Tujuh Ratus Juta), jumlah RM1.5 juta itu amatlah kecil dan boleh
dilunaskannya pada bila-bila masa sahaja. Sekali lagi, Abdul Razak
Baginda dilihat tiada sebab atau motif kukuh untuk membunuh 'kekasih
gelap'nya itu (Altantuya), dan lebih meyakinkan adalah beliau juga
dilaporkan tidak berupaya atau tidak mempunyai kuasa bagi mengarah
suspek-suspek yang terdiri dari Ketua Inspektor Hazilah, Koperal Sirul
dan Kolonel Aziz untuk melaksanakan tugas-tugas 'pembersihan' itu.
C4 adalah bom milik Angkatan Tentera Malaysia, dan harus diingat Dato
Seri Mohd Najib Razak adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri
Pertahanan Malaysia yang berkuasa penuh terhadap apa jua aktiviti
Angkatan Tentera Malaysia. Dari semua fakta ringkas di atas, anda pasti
sudah boleh mengagak serta mengetahui siapakah KETUA sebenar dalam
'KONSPIRASI PEMBUNUHAN KEJAM' ini. Demi survival politik dan survival
parti, 'orang yang zalim' ini terpaksa dilindungi oleh orang-orang besar
parti yang lainnya.
Apakah anda mengandaikan semua barisan kepimpinan BN itu 'bodoh', 'buta'
dan tidak mengetahui tentang hal sebenar ini? Tidak, mereka semua
bukanlah orang-orang yang bodoh, malah mereka bijak berpolitik dan tahu
apa sebenarnya yang sedang berlaku. Jika begitu, jika benar mereka semua
tahu, mengapa pula mereka beria-ia menyembunyikan fakta sebenar dan
sekaligus mempertahankan 'orang yang zalim' ini?
Nyatanya, semua ketumbukan kepimpinan BN sebenarnya amat sedar dan tahu
akan kebenaran ini, namun mereka jauh menyedari serta tahu bahwa
menyelamatkan 'orang zalim ini' adalah sama seperti menyelamatkan
kedudukan mereka sendiri. Mereka sedar seandainya jatuh 'orang yang
zalim' ini, maka hancur berkecailah keseluruhan empayar yang telah
mereka bina selama ini. Justeru itu, mereka tiada pilihan lain kecuali
berusaha mempertahankan juga 'orang yang zalim' ini sekalipun terpaksa
'membohongi' rakyat jelata. Tidak mungkin mereka mahu melihat Pakatan
Rakyat menguasai PUTRAJAYA hanya kerana kesilapan yang dilakukan oleh
'orang yang zalim' ini.
Mereka 'terpaksa' jua mengangkat 'orang yang zalim' ini sebagai pemimpin
mereka, walaupun hati mereka jelas menolaknya. Sayang sekali mereka
semua terlupa pada Tuhan. Mereka terlupa bahwa Tuhan Maha Mengetahui apa
sahaja yang mereka nyatakan atau sembunyikan dalam hati mereka. Mereka
lupa bahwa mereka kelak akan tetap didatangi oleh Malaikat Maut. Mereka
berusaha dan cuba untuk melupakan semua kemelut itu demi kehidupan dunia
yang fana ini. Ada di antara mereka yang telah menerima 'hukum' Allah
yakni mati, namun yang masih hidup terus leka dan lalai dengan segala
macam imbuhan duniawi yang diterima mereka dari 'orang yang zalim' itu.
Kehidupan dunia ini adalah segalanya bagi mereka-mereka ini. Mereka tahu
ada akhirat menanti tetapi mereka berasa 'yakin' kononnya mereka berada
di pihak yang benar dan akan 'terselamat' dari api neraka. Mereka
bersangka baik terhadap harapan palsu yang dijanjikan syaitan buat
mereka dan penyokong-penyokong mereka. Sedang mereka dan penyokong
mereka bersekongkol dengan 'orang yang zalim' itu, Allah juga mempunyai
rancangan-Nya. Dan sudah tentulah perancangan Allah jauh lebih baik dari
ciptaan-Nya.
Apa boleh buat saudara, kita terpaksa menunggu sehingga ke hari
pembalasan, yakni akhirat, bagi melunaskan semua yang kita persangkakan.
Takan kita semua mahu turut serta bersama mereka dalam menyokong 'orang
yang zalim' itu. Mereka sendiri pun sebenarnya 'terpaksa' menyokongnya
demi survival politik sempit mereka. Ayuh rakyat Malaysia, berfikir dan
bertindaklah dalam Pilihanraya Umum nanti. Mari kita tegakkan kebenaran
dan keadilan buat semua. Kita tunjukkan bahwa rakyatlah yang paling
berkuasa, dan bukan mereka para pemimpin yang jahat itu.Important link
to the case:
http://en.wikipedia.org/wiki/Murder_of_Shaariibuugiin_Altantuyaa
Harus diberi perhatian serius bahwa Allah dan Rasul-Nya telah acap kali
mengingatkan dan memberi amaran kepada kita agar berwaspada terhadap
suatu zaman di mana pemimpin yang dusta itulah yang akan 'dipercayai'
dan diberi kuasa. Ia sedang berlaku sekarang dan kita 'yang diberi
hidayah Allah' mudah membezakan antara penyokong yang melakukan kebaikan
(amal makruf) dengan mereka yang melakukan kebathilan (Mungkar)
Firman Allah surah Al Maa-idah (51): Hai orang-orang yang beriman,
janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani (yakni orang
yang suka berdusta) sebagai pemimpin-pemimpin (mu), sebahagian mereka
adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu
mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk
golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada
orang-orang yang zalim.
Hadis Rasulullah Saw pula menegaskan bahwa: Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan datang di kemudian hari nanti,
setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya.
Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu
(mendukung/menyokong) tindakan mereka yang berbuat aniaya itu, maka ia
bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan
dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga)”.- Hadis Riwayat
Tirmizi, Nasae’i dan Hakim.
Sudah jelas bahwa Allah dan Rasul-Nya melaknati orang-orang yang
berdusta dan berbuat aniaya. Malah penyokong-penyokong yang mendukung
aspirasi pemimpin-pemimpin jahat itu juga nantinya akan turut sama
terpelosok di kancah neraka jahannam. Pasti akan ada kelompok ini yang
bertanya: "Bagaimana pula dengan ustaz-ustaz dan ulama UMNO?. Apakah
mereka ini turut bernasib malang dan terpaksa menghuni neraka
jahannam?".
Jawapan saya 'itu semua, keputusan ke mana mereka akan dikembalikan
kelak, kita serah bulat-bulat kepada Allah Azzawajalla sahaja'. Bukan
kita yang berhak menentukan ke mana kembalinya mereka nanti. Namun, di
sebalik penyerahan tawakal kepada Allah, kita harus faham bahwa
Rasulullah Saw diutus bagi menyempurnakan akhlak kita semua. Dalam sirah
nabi banyak sekali dipaparkan kisah-kisah bagaimana Rasulullah Saw
bukan sahaja bijak dalam ilmu agama, malah Baginda amat arif menilai
akhlak orang-orang di sekelilingnya. Baginda mengajar semua khalifah dan
umat ketika itu bagaimana dapat mereka mengenali samada orang itu
berakhlak terpuji atau sebaliknya. Ini bermakna, mereka para ustaz dan
ulama bukan sahaja perlu menilai pemimpin dari sudut agamanya sahaja,
akhlak pemimpin itu turut menjadi faktor utama dalam penilaian mereka
sebelum seseorang pemimpin itu wajar disokong.
Seharusnya itulah yang menjadi panduan ustaz-ustaz dan Ulama UMNO di
dalam menentukan sokongan mereka. Menyokong membabi buta akan
menyebabkan mereka terdedah untuk menerima nasib yang sama dengan
kelompok ini kelak. Rasulullah Saw telah bersabda dalam banyak hadis
yang saya rangkumkan peringatannya, antara lainnya untuk mengenali
akhlak seseorang yang baik itu ada beberapa ciri utama:-
1. Pertama lihat suaminya samada dia bersolat fardhu di masjid atau tidak?
2. Kemudian lihat isterinya, apakah dia menutup aurat atau tidak?
3. Kemudian lihat pula anak-anak gadisnya, apakah mereka menutup aurat atau tidak?
4. Lihat bagaimana mereka sekeluarga berbelanja, apakah mereka boros atau tidak?
Walaupun banyak lagi ciri-ciri lain, solat fardhu umpamanya, boleh
dilakonkan watak itu dikhalayak ramai oleh seorang munafik kerana
kekerapan bersama dilihat menjadi faktor ia mudah dilakonkan. Jadi,
memadai melihat 4 ciri di atas yang ditekankan Rasulullah saw, yang saya
rasa amat sukar untuk dilakonkan kerana ia memerlukan seseorang itu
istiqamah dalam perilakunya itu. Itulah yang harus dinilai terlebih
dahulu agar kita dapat menetapkan kaedah menilai individu pemimpin
berkenaan seterusnya.
Akhirkata, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia, marilah kita
'share' amanat ini di kalangan fb'ians' dan teman kita semua di luar
sana, samada dengan mencetak dan mengedarkan amanat ini kepada keluarga
serta semua sahabat handai atau mencetak dan mengedarkan ia di
kampung-kampung, di mana maklumat ter'sekat' oleh pembangunan yang
sengaja di'tahan' ke sana oleh pemimpin-pemimpin tertentu.
Jika bukan saya serta pemimpin-pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat yang
bangkit memperjuangkan nasib kita semua, andalah yang terpaksa bangkit
dan berjuang bersama demi kesejahteraan generasi anak-anak kita yang
akan datang. Ayuh! Marilah kita semua 'Gegakkan Gempita' kerana semboyan
telahpun berbunyi. Setiap dari kita rakyat Malaysia berkewajipan
mencanang semboyan ini kepada sekurang-kurangnya ahli keluarga terdekat.
Andaikata anda berkuasa melakukan lebih dari itu, saya dahului dengan
ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.
Berilah peluang kepada Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada PRU ke 13
nanti. Saya akan pastikan semua mereka yang boros membelanjakan wang
rakyat termasuk Rosmah Mansor yang sanggup membeli sebutir cincin
berlian berharga RM24juta di kala rakyatnya ada yang masih hidup dalam
kemiskinan dan ahli keluarga kepada Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil
yang tergamak membelanja sampai RM250 juta wang dana Tabung Makanan kita
dalam skandal NFC di bawa ke muka pengadilan.
Janganlah 'terpedaya' atau 'diperbodohkan' lagi hanya kerana 'sogokan'
wang RM100, RM500 dan beberapa ratus lagi menjelang pilihanraya yang
akan di'saji'kan oleh pemimpin-pemimpin BN. Lihat angka yang mereka
'baham'. angka yang diberikan kepada anda amatlah kecil berbanding
jumlah yang mereka ambil tanpa restu anda semua. Nasihat saya, anda
ambillah wang itu kerana wang itu memang milik rakyat dan bukan milik
mereka, kemudian undilah Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti. Pakatan
Rakyat akan pastikan mereka-mereka yang bertanggungjawab atas setiap
kesalahan mereka itu menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan
yang telah mereka lakukan kepada negara dan rakyat Malaysia.
Bangkitlah wahai rakyat Malaysia!!!
Oleh: Anwar Ibrahim
-Sumber