Pengalaman prof .Dr Aziz Bari Tentang Bersih 3.0 Dan Kejahilan Polis
Oleh Prof. Dr. Aziz Bari
SAKSI MATA Saya ditahan sekitar jam 350 petang semalam dekat OCBC ketika hendak pergi basuh muka di paip di situ. |
Penguatkuasa DBKL dan polis ramai-ramai keroyok saya dan menjerit: "Ini baju kuning tangkap!".
Saya tak kenal atau ingat identiti mereka tetapi saya terus diseret dan dimaki hamun.
Mereka
kelihatan hendak mengejar orang lain tetapi bila mereka gagal mereka
terus cekup saya hanya kerana saya pakai baju kuning BERSIH! Aneh. Sejak
bila pakai baju kuning satu jenayah di Malaysia?
Itu sudah cukup jelas untuk memberi kita isyarat tentang integriti polis dan agensi lain termasuk DBKL.
"Tua tak sedar diri, dah tua duduk rumah sajalah."
Itulah
antara ejekan yang saya dengar sewaktu diheret oleh anggota polis untuk
dikumpul di depan DBKL. Kemudian saya ada mendengar rungutan yang polis
turut mengejek kami: "Ini semua anjing Anwar Ibrahim'"
Sewaktu
diheret polis mengugut seorang petugas media yang cuba mengambil gambar
saya ditangkap. Begitu juga ketika kami semua dikumpul dekat Kelab
Diraja Selangor.
Macam samseng
Pelik,
adakah undang-undang menyekat orang ambil gambar di negara ini? Seorang
pelajar fotografi mengadu kameranya yang berharga ribuan ringgit
dimusnahkan oleh seorang anggota polis.
Umumnya
saya lihat polis bertindak ganas dan memihak kepada Umno-BN. Pada saya
hari itu polis kelihatan macam samseng PERKASA. Mereka nampak jelas
marah dengan Pakatan Rakyat.
Tetapi yang lucunya bila saya
tinggikan suara dan tanya undang-undang apa yang mereka gunakan anggota
polis tersipu-sipu dan cepat-cepat beredar. Ini berlaku ketika kami
dihimpun macam pendatang asing dekat Kelab Diraja Selangor.
Itulah
gelagat anggota polis berpangkat rendah yang mulanya cuba tunjuk garang
dan samseng. Para pegawai mereka duduk jauh-jauh.
Pada satu
peringkat saya jerit seorang pegawai supaya segera beri rawatan kepada
seorang Orang Kena Tahan (OKT) yang terbaring kesakitan. Pegawai ini
panik dan tak tahu buat apa-apa. Saya kata, "awak ada budi bicara dan
kalau orang ini mati awak akan disoal."
Pegawai ini pucat tak terkata apa-apa.
Itu
semua menunjukkan pasukan polis ini jahil dan keliru dan takut dengan
kerajaan Umno-BN. Mereka hanya berani bila mereka bergerak dalam
gerombolan. Mereka mungkin tak ada akses kepada Internet dan hanya
dengar arahan bos mereka saja.
Sikap samseng dan mentaliti gerombolan pasukan polis ini kelihatan apabila ada tahanan baru sampai.
Tahanan
ini akan dibawa melalui kumpulan anggota polis pangkat rendah dan
ketika inilah anggota polis ini akan mengambil kesempatan mengejek dan
memaki hamun tahanan yang sudah lemah longlai diheret itu.
Ada juga yang akan mengambil kesempatan menumbuk, menyepak dan menampar tahanan itu.
Pada
satu tahap seorang anggota Unit Amal PAS yang sedia ditahan bersama
kami diseret ke dalam gerombolan anggota polis itu. Riuh rendah
kedengaran di sebalik van dan trak itu.
Apa yang kelihatan
apabila anggota Unit Amal itu diseret kembali ke dalam kumpulan, beliau
lembik; mungkin telah dipukul oleh anggota-anggota polis yang
menyeringai macam singa dalam kandang menunggu mangsa itu.
Dalam
garang dan samseng itu polis ini tidak tahu apa-apa. Ketika di Kelab
Diraja Selangor, saya lihat pihak polis panik bila kami ramai-ramai
tanya sama ada kami ini ditahan atau ditangkap. Maklumlah konstabel dan
koperal apa tahu.
Pegawai pun tidak berani duduk dekat sebab ada
OKT yang tanya soalan dalam bahasa orang putih. Lucu. Masa di DBKL
seorang sarjan yang tadinya kasar dan sombong mula berlembut apabila
makin ramai di kalangan tahanan yang panggil saya "profesor".
Gambaran kebodohan dan ketakutan
Sewaktu
di Pulapol, Ketua CID Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin ada datang.
Bukan main lagilah Cawangan Khas (SB) dan komando polis mengiringi dia.
Begitu juga pegawai-pegawai lain yang datang bersama. Berdesup-desup
mereka tabik dan hentak kaki.
Itulah agaknya gambaran kebodohan dan ketakutan mereka. Ikut perintah orang atas tak kira apa.
Di
Pulapol peguam tak dibenarkan masuk langsung. Dan suasana dalam khemah
kelam, di situ tak teratur. Pihak polis macam tak pasti apa yang perlu
dibuat sedangkan ini bukan kali pertama mereka menangani demonstrasi
BERSIH.
Ini jauh berbeza dengan imej tenteram yang cuba ditunjukkan oleh media milik Umno-BN termasuk RTM.
Satu
lagi yang saya nampak ialah majoriti anggota polis yang bertugas ialah
Melayu. Ada segelintir India dan Cina. Tapi yang bongkak, sombong dan
ganas ialah Melayu dan India. Mereka inilah yang bongkak dan ganas.
Anggota Cina amat tertib dan beradab.
Para pegawai meskipun ramai Melayu tidaklah sombong sangat. Mungkin kerana mereka mudah dikenali melalui uniform mereka.
Sewaktu
di Pulapol saya dibawa ke meja Cawangan Khas (SB). Meskipun saya
ditanya soalan-soalan yang saya kira aneh, ia tidak lama. Saya tidak
tahu kenapa. Mungkin kerana mereka tidak mahu berdebat dengan saya.
Pesta pukul orang
Atau
mungkin mereka simpati. Mereka ada bertanya sama ada saya disakiti.
Saya kata saya cuma sakit hati. Saya sempat sebut pada mereka: "Wah hari
ni polis berpesta pukul orang."
Saya sakit hati kerana polis
tidak peduli hak asasi rakyat. Buktinya cukup banyak. Ada yang mengadu
dicekup sewaktu sedang makan dalam dalam restoran. Ada yang ditangkap
ketika di lobi hotel. Dan ada juga yang ditahan ketika dia hendak
membeli tiket di stesen LRT.
Mereka berada jauh dari Dataran
Merdeka yang diisytihar kawasan larangan. Mereka juga sudah bersurai.
Mereka dipukul dan diheret oleh polis hanya kerana mereka pakai baju
kuning. Malah ada yang tidak pakai baju kuning pun dicekup sama.
Ertinya
hari itu polis geram dengan orang ramai. Polis sudah menjadi
seolah-olah kaki pukul Umno-BN dan gerombolan anti-Bersih. Ini salah di
sisi undang-undang. Apa lagi perlembagaan sebagai undang-undang
tertinggi dan utama negara.
Pasuka polis, sebagaimana
cabang-cabang perkhidmatan awam yang lain termasuk angkatan tentera,
perlu bersikap berkecuali dan menjaga undang-undang.
Tanggapan
saya terhadap polis, khususnya selepas BERSIH 3.0, mereka jahil, keliru
dan tertekan. Akhlak mereka juga rendah. Ini ternyata bila Suruhanjaya
Dzaidin sendiri merakamkan bahawa pasukan polis antara agensi kerajaan
yang paling korup di negara ini.
Sebab itu saya tidak hairan
apabila polis gagal membezakan antara menjunjung undang-undang dengan
mengampu atau mempertahankan Umno-BN.
Apa pun jika lihat gambar
besar kita itu semua tidak memeranjatkan. Kalau para hakim dan anggota
Suruhanjaya Pencegahan SPR yang dilindungi oleh perlembagaan secara
jelas pun takut dengan Umno-BN siapalah anggota-anggota polis ini.
Tulisan Dr Abdul Aziz Bari - Malaysiakini
Surah Hud ayat 15-16
15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.
- Pemimpin Yang Menipu Rakyat
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan