Serangan Israel ke atas flotila kapal yang membawa bantuan kemanusian kepada rakyat Gaza yang dikepung terus dikecam pelbagai pihak.
Bagaimanapun, menurut Husan apa yang paling dikesalinya ialah sehingga jam sembilan malam semalam, semakan menerusi laman web Bernama, menunjukkan tidak ada satu pun kenyataan dari mana-mana pemimpin Malaysia mengenai serangan Israel itu.
“Menteri Luar masuk tidur begitu awal? Kerajaan Malaysia hanya beroperasi mengikut jam pejabat hingga lima petang?
“Kita tidak merasa apa-apa dengan serangan Israel ini? Kita tidak risaukan tentang keselamatan rakyat kita? Kita tidak marahkan Israel bertindak kejam dalam perairan antarabangsa menghalang bantuan kemanusiaan untuk ummat manusia yang sedang menunggu dunia membuka jendela mereka? “ katanya dalam kenyataan medianya hari ini.
“Sweden, Sepanyol, Denmark dan Greece juga memberikan reaksi segera dengan memanggil duta Israel. Perancis meminta insiden ini segera disiasat. Malaysia?
“Sehingga jam 9 malam, 31 Mei 2010, semakan menerusi web Bernama, tidak ada satu pun kenyataan dari mana-mana pemimpin Malaysia mengenai serangan durjana Israel ini,” kata Husam.
Sehubung
“Jika Malaysia telah membayar RM 77 juta kepada syarikat Israel itu, kita mesti menyumbang untuk manusia tertindas di Gaza lebih banyak dari itu.
“Malaysia perlu menyokong tindakan Turki memanggil sidang khas Bangsa-bangsa Bersatu. Malaysia perlu menghantar apa jua bantuan yang diperlukan untuk warga kita yang terlibat,” katanya.
Menurut Husam, dalam respon segera, DAP, Pemuda Umno, PAS dan PKR masing-masing telah mengeluarkan kenyataan.
“Kerajaan Malaysia? Lena dalam dakapan Apco,” katanya.
1 ulasan:
SALAM YB HUSAM...mereka bukan saja berdengkur kerana pelukan APCO tetapi pada firasat saya mereka dah tidur sebantal dan "mimpi mereka adalah serupa".
Pemimpin umno adalah pemimpin paling bacul dalam planet ini....malu dengan pemimpin yang tidak Islam .... mereka lebih sensitif daripada pemimpin yang mengaku kunun nak tegakkan Islam.
Heran saya.....puak umno ni nak tegakkan Islam mana ... saya pun tak faham.....mungkin pencacai umno boleh tolong jawab bagi pihak pemimpin mereka yang bacul tu.
Catat Ulasan