Khamis, 3 Jun 2010

Kabinet Senator - Petanda Umno-BN Bakal Hancur

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid menyifatkan rombakan kabinet yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah tindakan yang bertentangan dengan prinsip KPI (Petunjuk Prestasi Utama) yang beliau sendiri laungkan."Najib cenderung untuk memilih mereka yang dirasakan mudah bekerja untuk kepentingannya.

Beliau mengenepikan pandangan akar umbi dengan melantik kroni menjadi menteri melalui jawatan senator.

"Secara rasionalnya, kredibiliti barisan kabinet itu terletak kepada kewibawaan Najib sebagai Perdana Menteri dan lantikan barisan kabinet baru ini sebenarnya akan memburukkan lagi imej negara," ujarnya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Menurut Abdullah Sani lagi, Najib masih lagi mahu melantik orang yang diragui prestasi dan rekodnya, malahan ada di antara mereka turut terpalit dengan beberapa skandal yang melibatkan dana awam dengan jumlah peruntukan yang besar.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Najib yang tidak melantik Ahli Parlimen di kalangan Umno seperti Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Samad yang dilihat lebih baik dan meyakinkan.

"Individu seperti ini boleh memberikan harapan kepada rakyat untuk melaksanakan tugas dan amanah.

"Saya menganggap bahawa kestabilan politik dalam Umno-BN bagaikan 'telur di hujung tanduk'.

"Mereka ini tidak lagi relevan dan bakal hancur dan adalah ketentuan Ilahi," katanya lagi.

Tambah beliau, semua ini berpunca apabila kerajaan tidak memberikan keutamaan kepada orang yang berwibawa.

"Saya cadangkan Datuk Seri Najib Razak segera meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, kerana jawatan itu tidak sesuai untuk beliau," katanya dalam nada sinis.sumber

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi