Khamis, 10 Jun 2010

Pengarah Apco tak jadi beri keterangan




Jawatankuasa hak dan kebebasan, Parlimen yang dijadualkan mendengar keterangan daripada Pengarah Serantau, Apco Worldwide, Brad Staples, hari ini tidak menjadi kenyataan.

Ia berikutaNONEn keputusan untuk menangguhkan mesyuarat hari ini. Keputusan itu memeranjatkan seorang lagi saksi yang dipanggil memberi keterangan hari ini - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

"Mereka (jawatankuasa itu) sedang membincangkan sesuatu...Saya tidak tahu apa yang dibincangkan itu,” katanya selepas menunggu kira-kira 90 minit untuk dipanggil.

“Saya tunggu tetapi tidak dipanggil bagi memberi keterangan. Saya kemudiannya dimaklumkan oleh setiausaha Dewan Rakyat bahawa mesyuarat ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.”

Staples juga dilaporkan kecewa kerana prosiding berkenaan ditangguhkan.

"Kami ingin tahu bila sesi pendengaran ini akan diadakan," katanya kepada Bernama.

Pada mesyuarat jawatankuasa ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diminta mengemukakan bukti-buktinya yang mengaitkan 1Malaysia dengan konsep One Israel.

NONEBeliau yang juga ketua umum PKR sebelum ini berkata Apco Worldwide adalah firma yang bertanggungjawab mencetuskan kedua-dua idea 1Malaysia dan One Israel.

Berikutan itu, pada 22 April lalu, Dewan Rakyat memutuskan melalui undian suara untuk merujuk Anwar kepada jawatankuasa tersebut.

Selain Karpal Singh dan R Sivarasa yang mewakili Pakatan Rakyat, anggota parlimen lain yang menganggotai jawatankuasa itu ialah Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee, Datuk Seri Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah), Datuk Razali Ibrahim (BN-Muar) dan Nancy Shukri (BN-Batang Sadong).

Ia dipengerusi oleh Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang juga Yang Dipertua Dewan Rakyat.


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz0qPCVraj0

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Surah Hud ayat 15-16

15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.


- Pemimpin Yang Menipu Rakyat


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Arkib Blog

blogger sempoi